Sinopsis Sulalatus Salatin Bab I

Sinopsis Sulalatus Salatin Bab I

Bab I

Menjunjung Titah Raja

Merupakan sebahagian daripada “Mukadimah” teks Sulalatus Salatin. Bahagian ini menceritakan tentang Sultan Abdullah Ma’ayah Syah Ibn Sultan Ala Jalla Abdul Jalil Syah, iaitu Yang Dipertuan di hilir ketika itu. Baginda bertitah tentang sebuah Hikayat Melayu yang dibawa dari Goa. Baginda meminta agar hikayat itu diperbaiki “supaya diketahui semua anak cucunya”. Titah baginda telah diterima oleh Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad atau nama timangannya Tun Seri Lanang. Hikayat yang diperbaiki itu diberi nama oleh Tun Seri Lanang sebagai Sulalatus Salatin iaitu “Pertuturan Segala Raja-Raja”.

Catatan penting:

Tujuan penulisan teks:

  • Mengagungkan raja yang berketurunan suci, mulia dan berdaulat
  • Memberi pengajaran kepada anak cucu daripada peristiwa-peristiwa yang berlaku
  • Mengagungkan negara kota (Melaka) yang diperintah oleh raja-raja
  • Mengsahih/mengikhtiraf kedudukan raja-raja dengan memberi maklumat tentang keturunannya
  • Memberi panduan tentang etika pemerintahan dan moral seperti tugas-tugas raja dan pembesar dalam menjalankan pemerintahan dan membangunkan Negara Kota.

Penaklukan Iskandar Zul-karnain

Raja Iskandar ialah putera Raja Darab. Baginda berbangsa Rom dan berasal dari Makadunia (Macedonia). Baginda mengembara untuk “melihat negeri matahari terbit”, telah menyebabkan baginda sampai ke negeri Hindi yang diperintah oleh raja Kida Hindi. Baginda telah menyerang dan berjaya menakluki negeri tersebut, serta disuruh memeluk agama Islam. Raja Iskandar kemudiannya berkahwin dengan Syahrul Bariah puteri Raja Kida Hindi.

Catatan penting:

  • Raja Iskandar sebagai tokoh legenda
  • Mitos asal-usul keturunan raja-raja Melaka
  • Unsur pengembaaan (unsur lipur lara dan Hindu)

Perkahwinan Puteri Syahrul Bariah

Raja Iskandar dan Puteri Syahrul Bariah telah dinikahkan oleh Nabi Khidir a.s. Majlis perkahwinan itu berlangsung dengan penuh gilang gemilang dan telah dihadiri oleh para pemerintah dan pembesar yang menaburkan hadiah emas permata begitu banyak seperti “busut dua tiga timbunan”. Tidak lama kemudian, raja Iskandar meneruskan perjalanan dan pengembaraannya. Isterinya ditinggalkan di Hindi atas permintaan Raja Kida Hindi.

Catatan penting;

  • Kepentingan peristiwa yang menggambarkan kemuliaan dan kesucian Raja Iskandar yang dikaitkan dengan asal-usul keturunan raja-raja Melaka.

Zuriat Iskanar Zul-karnain

Puteri Syahrul Bariah melahirkan seorang putera yang diberi nama Raja Aristun Syah. Baginda kemudiannya dikahwinkan dengan Puteri Raja Turkistan dan dikurniakan seorang putera yang diberi nama Raja Aftus. Raja Aristun Syah menaiki takhta kerajaan setelah kemangkatan Raja Kida Hindi dan memerintah negeri Hindi selama 350 tahun. Keturunan baginda memerintah negeri Kida Hindi sehingga sampai kepada Raja Tersi Berderas. Raja Tersi Berderas berkahwin dengan anak raja Sulan, raja negeri Amdan Negara yang dikatakan sebagai anak cucu “Raja Nusyirwan Adil”. Hasil perkahwinan tersebut, baginda telah dikurniakan dengan tiga orang putera, iaitu Raja Hiran, Raja Suran dan Raja Fardin.

Perjalanan hendak menakluk negeri China

Raja Suran menaiki takhta selepas kemangkatan Raja Sulan. Baginda berhasrat menyerang dan menakluk negeri China. Dalam perjalanan, Raja Suran telah menyerang dan menakluki negeri Gangga Negara yang diperintah oleh Raja Gangga Shah Johan. Kemudian Raja Suran menakluki negeri Langgiu yang diperintah oleh Raja Chulan. Hasrat Raja Suran untuk menakluki negeri China telah dibatalkan kerana kebijaksanaan raja China . Raja China telah membuat muslihat (helah) dengan menghantar sebuah pilu/pilau (sejenis kapal) yang diisi dengan orang tua yang tanggal gigi, jarum seni yang berkarat, dan pohon kayu kesmak dan bidara yang berbuah.

Catatan penting:
  • Unsur tipu muslihat

Hendak mengetahui isi Laut

Raja Suran mengalihkan pandangan untuk melihat dan mengetahui isi laut. Jesteru itu, baginda telah menempa “sebuah peti kaca berkunci dan berpesawat dari dalam” daripada seorang tukang. Dengan menaki peti kaca tersebut, Raja Suran turun ke laut dan jatuh ke bumi bernama Dika yang diperintah oleh Raja Aktabul Ard. Negeri Dika didiami oleh kaum Bu Sum yang sebahagiannya beragama Islam dan sebahagiannya kafir.

Catatan penting:

  • Mitos asal-usul keturunan raja-raja Melaka
  • Mitos latar tempat/latar tempat fantasi
  • Unsur pengembaraan
  • Unsur Hindu (nama-nama watak dan latar)
  • Kepentingan mitos (menunjukkan unsur kesaktian dan keluarbiasaan watak)

Zuriat Raja Suran

Raja Akhtabul Ard mengahwinkan anaknya tuan puteri Mahtabul Bahri dengan Raja Suran. Hasil perkahwinan tersebut, baginda dikurniakan dengan tiga orang putera, iaitu Nila Pahlawan, Krisyna Pendita dan Nila Utama. Raja Suran menitahkan Raja Jin Asmaghiah Peri membuat tiga biji mahkota. Setelah mahkota itu siap, Raja Suran mewasiatkan mahkota tersebut kepada Raja Akhtabul Ard, supaya diberikan kepada ketiga-tiga orang puteranya. Kemudian Raja Suran naik ke darat dan kembali ke benua Keling. Baginda telah membuat kota di sana dan diberi nama Bijaya Negara.

Catatan penting;

  • Unsur wasiat

Comments