DRAMA BENDAHARA TEPOK
(Shaharom Husain)
SINOPSIS
Drama Bendahara Tepok mengisahkan tentang semangat dan kepahlawanan Bendahara Melaka ketika zaman pemerintahan Sultan Mahmud iaitu zaman kejatuhan Melaka kepada Portugis. Bendahara Tepok adalah merupakan Bendahara Melaka yang terakhir yang begitu menyanyangi Melaka dan sanggup mati demi mempertahankan kedaulatan Melaka daripada pencerobohan Portugis. Walaupun umur beliau ketika itu telah menjangkau 90 tahun dan lumpuh tetapi beliau berani dan bersemangat menentang Portugis demi membela agama, bangsa dan tanah air yang dicintai.
Walaupun lumpuh beliau masih lagi bersemangat dan meminta hulubalang yang menjaganya Selamat Gajah membawanya ke Melaka dan terus bertahan untuk menentang pencerobohan Portugis di Melaka. Namun begitu, Selamat Gajah terpaksa membawa Bendahara Tepok beundur di Ulu Muar kerana ramai pahlawan dan hulubalang Melaka telah terkorban. Selain itu, Sultan Mahmud, Tun Fatimah pemaisurinya dan hulubalangnya juga terpaksa berundur kerana Portugis sangat kejam dan tidak mampu bertahan lagi. Pada mulanya Sultan Mahmud dan hulubalangnya berhajat untuk membina semula sebuah negeri baru di Pagoh kerana pagoh termasuk didalam daerah Melaka. Namun begitu, Sultan Mahmud dan Hulubalang sekalian pengikut terpaksa berundur ke Pahang kerana kedatangan tentera Portugis untuk mendapat Sultan Mahmud Syah. Namun begitu, pada mulanya Bendahara Tepok tidak mahu berundur dan terus mara menentang tentera Portugis walaupun telah mendapat perintah daripada Sultan Mahmud tetapi setelah dipujuk oleh Selamat Gagah, Hang Nadim dan anaknya Khoja Ahmad agar berundur kerana angkatan Hulubalang Melaka sudah tidak mampu lagi untuk melawan kerana banyak yang tercedera. Akhirnya Bendahara Tepok bersetuju untuk berundur dan meminta seri Nara mengangkat batu besar dan membawa batu tersebut ke lubuk sungai untuk di campakkan untuk membuat pertimbangan iaitu jika batu yang dicampaknya itu timbul mereka akan kembali semula untuk mendapatkan Melaka dan jika tenggelam mereka terpaksa bernegeri di tempat lain.
Kesudahan cerita ini, Kota Bentayan dan kota Pagoh runtuh diserang Portugis. Sultan Mahmud syah dan Pemaisurinya serta pengiring pengiringnya terpaksa berundur ke Pahang, Kampar dan akhirnya, Puteranya baginda membuka negeri di Johor. Manakala angkatan Bendahara Tepok berundur ke sebuah lubuk anak Sungai Muar. Di lubuk itu, Bendahara Tepok telah mencampakkan batu yang dibawanya dan telah ditakdirkan batu itu tenggelam. Sejak itu, tempat tersebut dinamakan Lubuk Batu. Selepas peristiwa itu, Selamat Gagah membawa Bendahara Tepok itu sangat segera. Selepas itu, jajahan itu dinamakan Segera Amat iaitu pada masa kini dikenali sebagai Segamat. Apabila Bendahara Tepok itu meninggal dunia, jenazahnya dimakam di Lubuk Batu. Oleh Sebab itu, Bendahara Tepok juga dikenali sebagai Bendahara Lubuk Batu.
PEMIKIRAN
Drama ini mengutarakan pemikiran tentang semangat perjuangan rakyat Melaka menentang Portugis yang mahu menakluki Melaka. Semangat Bendahara Tepok yang sentiasa tinggi untuk melawan musuh biarpun mempunyai fizikal yang kurang upaya menyerlahkan ketinggian semangat perjuangan rakyat Melaka dalam mempertahankan watan daripada ancaman musuh.
PERSOALAN
Persoalan ketidakadilan dan kezaliman dalam pemerintahan
Ketidakadilan dalam pemerintahan memberikan kesan yang mendalam dalam pembinaan masyarakat yang berjaya dalam sesebuah negara. Contoh: Sultan Mahmud yang membuat keputusan yang zalim hingga ramai orang besar terkorban.
Persoalan kemungkaran mampu mendatangkan masalah kepada negara
Kemungkaran seperti pecah amanah, zalim, aniaya, hasad dengki dan lain-lain mengakibatkan kemungkaran dalam masyarakat di Melaka telah menghancurkan masyakarat itu sendiri.Contoh; Sultan Mahmud begitu zalim sehingga menghukum bunuh Raja Zainal, Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir dan keluarganya tanpa usul periksa.
Persoalan kekurangan nilai perpaduan dalam masyarakat
Perpaduan yang dibentuk dengan betul mampu membentuk masyakarat yang kuat dan kukuh. Contoh: kekurangan nilai perpaduan dalam kalangan rakyat Melaka telah mengakibatkan Portugis mampu menawan Melaka dengan mudah.
Persoalan semangat juang yang tinggi untuk menewaskan musuh.
Perjuangan dalam mempertahankan tanah air daripada ancaman pihak musuh. Contoh: ketinggian semangat juang Bendahara Tepok untuk terus berjuang mempertahankan Melaka daripada ancaman musuh harus dicontohi oleh masyarakat hari ini.
Persoalan Taat setia pada pemerintah
Seri Nara melahirkan kebimbangannya terhadap keselamatan Sultan Mahmud serta meluahkan taat setianya untuk melindungi baginda.
Persoalan Kezaliman Raja
Sultan Mahmud bertindak kejam membunuh keluarga Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir
WATAK DAN PERWATAKAN
Bendahara Tepok (Watak Utama)
• Merupakan Bendahara Melaka pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud
• Nama “Tepok” diperoleh kerana Datuk Bendahara menghidap sakit tepok atau sakit lumpuh.
• Datuk Bendahara sangat sayangkan negeri Melaka dan tidak ingin Melaka dijajah oleh Feringgi.
• Seorang yang berani dalam berjuang sehingga sampai ke titisan darah yang terakhir.
• Mempunyai semangat juang yang tinggi dalam mempertahankan negeri Melaka.
• Seorang yang penuh dengan kasih sayang terutamanya kepada negeri Melaka.
Hang Nadim
• Seorang hulubalang Melaka yang gagah berani.
• Bersemangat nasionalisme dan patriotisme yang tinggi
• Seorang yang penyabar
• Seorang yang bijaksana
Seri Nara
• Seorang hulubalang Melaka yang berani. Keberaniannya terserlah apabila dia sanggup berjuang berseorangan menentang Feringgi
• Bersemangat nasionalisme dan patriotisme yang tinggi
• Seorang yang berani bercakap benar walaupun terhadap sultan. Dia berani mengkritik sultan tentang cara pemerintahan negeri yang tidak adil.
• Seorang yang bijaksana
Sultan Mahmud
• Menjadi Sultan Melaka semasa kejatuhan Melaka ke tangan Feringgi
• Seorang sultan yang zalim
• Contoh: baginda telah membunuh ramai orang termasuklah Raja Zainal, Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir dan ramai lagi.
• Seorang sultan yang mementingkan diri sendiri dan angkuh.
• Contoh: beliau marah dan cuba mempamerkan keangkuhannya dengan menyatakan bahawa beliau mempunyai ramai hulubalang dan ramai rakyat walaupun pada ketika itu rakyat begitu menderita akibat diserang Portugis apabila Feringgi mencari baginda.
Struktur Plot
Permulaan
Hang Kadim telah tercedera kerana diserang oleh Portugis. Hang Kadim dan Seri Nara telah berundur ke Ulu Muar dan bertemu dengan Raja Sulaiman. Pasukan Raja Sulaiman yang bertahan di jambatan Sungai Melaka telah ramai yang terkorban yang terkorban dan Kota Melaka telah dapat dimasuki oleh musuh.
Perkembangan
Sultan Ahmad dapat meloloskan diri daripada kepungan musuh. Sultan Ahmad telah meminta Raja Sulaiman mengikutinya untuk berkubu dan membuat kota di Bentayan, Kuala Muar. Hang Kadim dan Seri Nara bertahan dan angkatan Sultan Mahmud serta permaisuri Sultan sampai di sana.
Kemuncak/ Klimaks
Ramai hulubalang terbunuh dan istana telah dibakar oleh askar Feringgi. Sultan Mahmud meminta semua rakyat taat kepada Sultan Ahmad yang akan mengantikannya. Sultan Mahmud bergerak ke Pagoh kerana askar-askar Feringgi sedang mencari Sultan Mahmud.
Peleraian
Khoja Ahmad telah menasihati ayahnya, iaitu Datuk Bendahara Tepok agar berundur dan mengikuti nasihat sultan untuk berundur ke Pagoh. Keruntuhan Melaka menjadi pengajaran kepada masyarakat Melayu Melaka.
Teknik Plot
Teknik Pemerian
Penulis menceritakan secara langsung.
Contoh: Sultan Ahmad masuk dengan gopoh gapah cemas dengan pakaian berpalitan darah. Sekaliannya terkejut cemas dan terus duduk mengangkat sembah dan serempak berkata, “Daulat Tuanku”. (m/s 171)
Teknik Dialog
Pada keseluruhan drama ini ianya menggunakan teknik dialog. Kebanyakkan watak berdialog antara satu sama lain.
Contoh: Hang Kadim : Apa kata kau tadi, Nara? Raja adil harus dijunjung?
Seri Nara : Ya, raja adil dijunjung, rakyat taat dan setia. (m/s 176)
Teknik Imbas Kembali
Mengingat kembali peristiwa yang telah berlaku.
Contoh: ... Lepas kita berjuang di tepi pantai, anakanda terpaksa berundur berpisah daripada ayahanda. Anakanda diserang oleh tiga empat orang askar Feringgi. Kesemuanya dapat ditewaskan...
Ayat seru
Terdapat banyak penggunaan ayat seru dalam drama ini. Contohnya:
BENDAHARA: Cis, baculnya kau! (Halaman 181)
Pengulangan
Pengulangan kata dalam ayat yang digunakan oleh pengarang dapat dilihat seperti contoh yang berikut:
BENDAHARA: Lekas tandu aku bawa balik ke Melaka, langgar aku kepada Feringgi.
(Halaman 180)
Anafora
Anafora ialah pengulangan perkataan atau ungkapan pada awal baris. Pengarang juga menggunakan kata di awal baris.
Contoh:
HANG KADIM: Kalau benar, kesal kita, benarkan orang tua berjuang terus. Kalau Melaka ada tiga orang macam Datuk Bendahara, Kota Melaka takkan runtuh diserang Portugis (Halaman 178)
Inversi
Inversi ialah keterbalikan susunan kata dalam ayat. Contohnya:
SERI NARA: Tentu kesal, kerana kezaliman baginda membunuh, ramai orang besar terkorban.
Sinkof
Sinkof ialah penyingkiran perkataan seperti tak (tidak), bu (ibu), dan mau (mahu). Terdapat unsur penyingkiran kata yang dilakukan oleh pengarang secara meluas dalam drama ini. Antaranya ialah:
BENDAHARA: Agaknya, anakku, Tun Khoja Ahmad.
(Halaman 181)
Peribahasa
Peribahasa ialah ungkapan ringkas yang terdiri daripada kata-kata yang mempunyai pengertian tertentu. Peribahasa biasanya mengandungi pengajaran, prinsip, prinsip hidup, tatasusila dan teladan, termasuklah perumpamaan, bidalan, simpulan bahasa dan kiasan. Contohnya:
SERI NARA: Ya, semua berundur, nasi dah jadi bubur. (Halaman 171)
LATAR
Latar Masa
Mengambil masa yang singkat dan tidak sampai satu hari.
Secara keseluruhannya drama ini mengambil masa yang singkat dan tidak sampai satu hari. Pengarang juga tidak ada menyatakan masa yang jelas seperti pada waktu senja dan malam.
Pada zaman silam
Drama ini adalah pada masa zaman silam yang melibatkan pemerintahan Melayu Melaka, iaitu di bawah pemerintahan Sultan Mahmud sebagai sultan Melaka pada tahun 1511.
Latar Tempat
Latar Tempat Melaka
Secara keseluruhannya latar tempat drama ini adalah di sekitar Melaka.
Contoh: Bertam, Ulu Melaka yang merupakan tempat ramai perempuan berundur mengikut Penghulu Bendahari dan Datuk Temenggung sebai tempat berkubu.
Di dalam hutan
Latar tempat di dalam hutan jelas kelihatan.
Contoh: terdapatnya sebatang sungai dan sekitarnya hutan tebal dan berbatu-batu.
Kota Melaka
Contoh: Semua hulubalang dan rakyat jelata bergadai nyawa semata-semata untuk mempertahankan Kota Melaka daripada serangan Portugis dan Feringgi.,
Ulu Muar
Contoh: Merupakan tempat Seri Nara berundur.
Jambatan Sungai Melaka
Contoh: Merupakan tempat yang ramai rakyat dan hulubalang serta musuh Kota Melaka terkorban.
Bentayan dan Pagoh
Contoh: Merupakan tempat yang dipertahankan oleh Seri Nara, Hang Kadim dan rakyat jelata Melaka yang masih hidup setelah hampir keseluruhan Kota Melaka ditawan oleh musuh.
Latar Masyarakat
Masyarakat yang patuh dan setia kepada sultan
Contoh: Seri Nara dan Hang Nadim menjadi lambing masyarakat yang taat kepada perintah Sultan.
Masyarakat yang mempunyai semangat juang yang tinggi
Contoh: Datuk Bendahara Tepok mempunyai semangat juang yang tinggi untuk melawan musuh Kota Melaka walaupun fizikalnya tidak sempurna.
Masyarakat yang mempunyai nilai tanggungjawab yang tinggi
Contoh: Hang Kadim dan Seri Nara memperlihatkan masyarakat yang mempunyai nilai tanggungjawab yang tinggi apabila berjuang untuk mempertahankan Melaka daripada serangan Portugis.
Masyarakat yang tidak adil dan kejam
Contoh: Sultan Mahmud mewakili lambing masyarakat yang kejam dan tidak adil dengan melakukan kezaliman sewaktu pemerintahannya.
Masyarkat yang berani.
Masyarkat Yang berani ini dapat dilihat melalui Watak Datuk Bendahara. Datuk Bendahara yang sudah tua, uzur dan tepok tidak gentar menentang angkatan tentera portugis yang menyerang Melaka kerana mempunyai semangat yang berkobar-kobar dan bertanggungjawab.
Nilai bertanggungjawab
Nilai tanggungjawab untuk mempertahankan negara daripada serangan musuh
Contoh: Terlihat dengan jelas pada watak Datuk Bendahara Tepok yang tidak mahu Melaka runtuh dan jatuh ke tangan musuh.
Nilai keberanian
Berani menentang musuh walaupun serba kekurangan
Contoh: Keberaniaan Datuk Bendahara Tepok harus dicontohi walaupun keadaan fizikalnya tidak berupaya, namun semangat juangnya begitu tinggi untuk melawan musuh.
Nilai kesetiaan
Kesetiaan golongan rakyat kepada sultan.
Contoh: Kesetiaan kepada sultan jelas terlihat pada watak Seri Nara dan Hang Kadim walaupun Sultan Mahmud telah banyak melakukan ketidakadilan dan kekejaman sewaktu pemerintannya.
Cinta akan Tanah Air
Contohnya, Sultan Ahmad menunjukkan semangat cinta akan tanah airnya dalam menentang musuh. Beliau tidak gentar menentang musuh sebaliknya menunjukkan darah-darah musuh yang terlekat pada pakaiannya
Prihatin
Contohnya Hang Kadim amat perihatin terhadap Bendahara Tepok. Beliau merisaukan kedaan Bendahara Tepok yang sedang berjuang dan membimbangi usaha Bendahara Tepok hanya sia-sia sahaja kerana Bendahar tepok sudah tua lagi tepok yang mahu menentang musuh.
PENGAJARAN
Kita hendaklah adil dalam menjalankan amanah sebagai seorang pemimpin. Janganlah kita seperti Sultah Mahmud yang mementingkan diri sendiri sehingga membunuh orang yang tidak bersalah.
Contoh: Sultan Mahmud telah membunuh ramai orang semata-mata untuk kepentingan diri sendiri antaranya Raja Zainal, Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir dan ramai lagi.
Kita hendaklah sentiasa bertangungjawab untuk mempertahankan negara daripada serangan musuh.
Contoh: Datuk Bendahara Tepok harus dicontohi kerana mempunyai nilai tangungjawab yang tinggi untuk mempertahankan Kota Melaka walaupun keadaan fizikalnya tidak sempurna.
Kita hendaklah berpegang teguh kepada ajaran agama dan menjauhi segala perkara yang mendorong ke arah kemungkaran.
Contoh: Contohnya Sultan Mahmud yang tidak adil dalam mentadbir Kota Melaka kerana kurang berpegang teguh dengan ajaran agama.
Kita haruslah berani mempertahankan negara dari ancaman petualang
Contoh: Hang Kadim mempunyai semangat juang yang tinggi untuk mempertahankan Melaka daripada serangan Portugis.
SUDUT PANDANGAN
Drama ini menggunakan sudut pandangan orang ketiga serba tahu. Penulis sebagai pencerita dapat mengetahui segala perkembangan watak-watak secara zahir dan batin.
Contohnya: Ungkapan sudut pandangan orang ketiga adalah seperti berikut:
SERI NARA dan HANG KADIM terdiam sambil berjalan-jalan
memandang-mandang keluar dengan cemas dan bimbang (Halaman 172)
nota cukup lengkap tapi point sikit sangat n tak de contoh..lau ada contoh lagi lengkap..;)
ReplyDelete