secebis

Blog Mimbar Kata

bahasa dalam puisi

blog mimbar kata

menatap kepayahan dalam denu

blog mimbar kata

kau ada

blog mimbar kata

Showing posts with label kesusasteraan melayu elektif. Show all posts
Showing posts with label kesusasteraan melayu elektif. Show all posts

29 Oct 2014

SPM : Kesusasteraan Melayu Elektif 2014

 Percubaan SPM Kesusasteraan Melayu Elektif Negeri Kedah


Bahagian Satu
[40 markah]
Jawab semua soalan.

1. Ambil golok di atas puan,
Hendak berakait ke Kuala Kedah;
Usah dijolok sarang tebuan,
Badan sakit sesal tak sudah.

Anak indung anak ketitir,
Anak merbah terlompat-lompat; Yang dikendong habis tercicir,
Yang dikejar haram tak dapat
(Dipetik daripada Seuntai Kasih Secebis Harapan)

(a) Nyatakan jenis puisi di atas. [1 markah]
(b) Berikan tiga jenis unggas yang terdapat dalam petikan. [3 markah]


2. Maka terlalulah ramainya di bawah mahligai tuan puteri itu kerana rakyat Putera Jayapati terlalu banyak bangsanya hendak melawan rakyat raja itu. Maka sekaliannya orang di dalam negeri itu pun sangatlah hairannya, serta berkata-kata sesama sendirinya. “Haruslah orang muda itu dapat ia mengambil tuan puteri itu kerana terlalu kesaktiannya. Maka ia mengadakan rakyat berketi-keti, bijak laksana sekali-kali orang muda itu.”

Berdasarkan petikan di atas, nyatakan dua perwatakan Putera Jayapati. [4 markah]

3. Maka kata Raden Kesuma Wati, “Hai nujum, apalah di dalam nujum tuanku?” Maka kata ahlul nujum, “Jikalau tiada dapat telur burung merpati putih yang bersarang di dalam telinga naga yang di atas Gunung Meraksa Dewa itulah akan ubatnya paduka ayahanda itu.”
(Dipetik daripada Hikayat Cendawan Putih, teks Seuntai Kasih Secebis Harapan)
Berdasarkan petikan:
(a) Siapakah ‘paduka ayahanda’ itu? [2 markah]
(b) Nyatakan ubat penyakit ‘paduka ayahanda’ seperti yang dikatakan oleh ahlul nujum. [2 markah]


4. Ibu bapa adalah akar hidup kita
bukan sekadar tangga untuk naik dan turun ibu bapa adalah tunjang yang paling dalam tanpa mereka kita tidak mengenal alam.
(Dipetik daripada sajak Akar, oleh Hilmi Rindu)

(a) Nyatakan maksud gaya bahasa perbandingan terus [2 markah]
(b) Berdasarkan petikan di atas, berikan satu gaya bahasa perbandingan terus. [2 markah]

5. SELAMAT GAGAH : Hamba bersyukur, dapat selamatkan Datuk Bendahara…kalau tidak, datuk dan hamba tak dapat lagi berjumpa saudara-saudara semua di sini.Terima kasih, hulubalang-hulubalang berdua membantu kita, kita sama-sama selamat di sini

Berikan satu latar masyarakat berserta contoh yang terdapat dalam petikan drama di atas?

6. ROSEMERA: Begitulah ceritanya. Maka Kampung Baru kampong Melayu ini terus memburuk dan melayu. Janji akan lebih baru rupanya tambah bercelaru…Komuniti tikus tambah membiak dan semakin sihat, segar dan semakin besar. Longkang atas tanah dan bawah tanah terus juga melekat dan tersumbat. Banjir kilat dengan air hitam pekat dengan bau yang meloyakan tekak terus menyelinap masuk ke bawah rumah dan lantai dapur… (Dipetik daripada drama Muzikal Kampung Baru oleh Hatta Azad Khan )

Berdasarkan petikan di atas, nyatakan dua keadaan Kampung Baru [4 markah]


7. “ Tuangkan saja cuka getah ke belakang kerbaunya. Biar kerbau itu berulat dan mampus hingga busuk seluruh kampung. Biar Berahim tak boleh bersawah. Ini suatu balasan padanya yang senang-senang memokah gelung permatang kita! “

Jusoh bingkas bangun. Ada makna dalam kata-kata bininya itu. Dia menghampiri anak bongsunya yang terkangkang di pinggang bininya. Ditarik pipi Si mongel itu. Budak yang bertahi mata itu tersengih
( Dipetik daripada cerpen Gelungnya Terpokah oleh Shahnon Ahmad )

Berdasarkan petikan di atas, nyatakan satu teknik penceritaan berserta contoh.
[ 4 markah ]

8. Hari ini Mat Seman menjadi lain, usahkan mahu melenggok ke langit mengintai tahi hujan, mahu mengangkat punggung dari umbi pokok jambu air pun dia rasa malas. Biarlah hujan ribut, dia ingin bersama-sama kerbau-kerbaunya di lembah ini. Lembah Bilut akan dipertahankan, walaupun apa yang akan terjadi. Mat Seman tidak pernah meminta apa-apa bantuan daripada orang. Daripada wang sagu hati dia putus kaki,dia membina kandang baru yang ada atap untuk kerbau-kerbaunya, dia membeli penyodok untuk menolak tahi-tahi kerbaunya ke tepi setiap pagi.
( Dipetik daripada cerpen Anak Gembala oleh Zahari Affandi )

Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam petikan di atas . [4 markah]


9. Sah! Memang sah. Tiada sesiapa yang dapat menafikan lagi berita gempar itu. Biah ditemui di rumah setinggan sewaan Muhsin di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Bapa saudaranya sendiri bergegas ke Kuala Lumpur. Pagi ini, orang tua itu balik membawa berita gempar itu. Biah berkeras tidak mahu balik dan mahu bersama-sama Muhsin di Kuala Lumpur.
(Dipetik daripada novel Dari Lembah ke Puncak oleh Ghazali Lateh)
(a) Nyatakan dua latar tempat [2 markah]
(b) Apakah berita gempar yang diberitahu oleh bapa saudara Biah? [2 markah]

10. Setelah selesai menunaikan solat Zuhur secara berjemaah, Anuariza dan Syed Mustafa mengharungi anak paya yang airnya separas pinggang. Membawa bebanan berat di dalam air tidaklah sesukar menariknya menggunakan upih pinang di daratan. Tetapi mereka perlu lebih berhati-hati kerana mungkin ada haiwan berbisa yang mengancam keselamatan. Sampai di tepi paya, Auariza menarik guni buah asam kelubi ke atas tebing. Setelah itu, dia membantu Syed Mustafa dengan menghulurkan tangan dan menarik lelaki itu ke atas tebing.
(Dipetik daripada novel Jeriji Kasih oleh Ramlah Abd Rashid)

Berikan satu nilai berserta contoh yang terdapat dalam petikan di atas. [4markah]


Bahagian Dua
[60 markah]

Bahagian A
(Puisi Tradisional dan Prosa Klasik)

Jawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 2

1. Baca puisi di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


Syair Pentingnya Menjaga Hubungan Keluarga dan Persahabatan

Zahir peruntungan yang telah sejati,
Mendapat saudara handai sahabati,
Ahli kebajikan menyejukkan hati,
Setia amanah nyata dilihati.

Budi yang sama ikhlas mesra,
Menghabisi dukacita sengsara,
Bukan balas intan mutiara,
Melainkan rahmat dipohon segera.

Jatuh padanya itu sekalian,
Darjah kehebatan lagi kepujian,
Nur keelokan rahmat ketinggian,
Daripada ini hingga kemudian.

Kerana fakir tiada berkuasa,
Pada hamba lusuhlah jasa,
Budi yang ihsan dipohon sentiasa,
Ikatan reda sama sebangsa.

Sesungguhnya tenang rasa fikirku,
Serta rahmat anugerah Tuanku,
Yang telah menghasilkan maksudku,
Memecahkan di hati yang terbuku.

Keluasan panjang sinar dan silam,
Keadaan bertambah zahir tak kelam,
Fakir dan syukur hati di dalam,
Ke hadrat al- A’la Klaliq al- Alam.
(Dipetik daripada Seuntai Kasih Secebis Harapan)

(a) Huraikan maksud rangkap lima syair tersebut. [ 4 markah]
(b) Berikan empat ciri bentuk syair di atas. [ 8 markah]
(c) Ciptakan dua rangkap syair bertemakan persahabatan. [ 8 markah]

2. Berdasarkan Hikayat Indera Nata
(a) Jelaskan dua unsur kehebatan Indera Nata [8 markah]
(b) Huraikan tiga nilai murni dalam petikan di atas [12 markah]

Bahagian B
(Puisi Moden dan Drama)

Jawab sama ada Soalan 3 atau Soalan 4

3 Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

RUANG ISTIMEWA MASIH TERBUKA

Ruang ini pusara ayah bonda
dipenuhi haruman kasih sayang
selesa untuk berehat dan beribadat
di sini rasa kemanusiaan lebih mewah
jujur muhasabah diri lagi rela
insaf akan pahala dan dosa.

Ruang ini diikat seutas tali silaturahim
terjalin antara keluarga juga jiran
ikhlas menegur ingat-mengingatkan
menjaga lidah juga maruah
tergelincir di jalan cuma
hati kotor berdengki takut takbur.

Ruang cantik ini masih terbuka peluang
bertaubat dan berdoa mematahkan
jarum muslihat syaitan mengharap
diri tetap di landasan benar mohon
anugerah Ilahi berkekalan
permata iman dalam kawalan-Nya.

Khadijah Hashim

(a) Huraikan dua amanat yang ingin disampaikan penyajak [4 markah]
(b) Nyatakan empat gaya bahasa berserta contoh. [8 markah]
(c) Cipta sebuah sajak yang bertemakan mengenang jasa. Panjangnya sajak tersebut antara 12 hingga 15 baris. [8 markah]


4. Berdasarkan Drama Muzikal Kampung Baru karya Hatta Azad Khan:
(a) Huraikan dua perwatakan Gulam Russel. [8 markah]
(b) Bincangkan tiga nilai dalam drama Muzikal Kampung Baru [12 markah]

Bahagian C
( Cerpen dan Novel )

Jawab sama ada Soalan 5 atau Soalan 6

5. Berdasarkan cerpen Anak-anak Pejuang karya Ghazali Lateh;
(a) Terangkan dua pengajaran yang terdapat dalam cerpen. [8 markah]
(b) Huraikan tiga latar masyarakat dalam cerpen ini. [12 markah]

6. (a) Berdasarkan novel Dari Lembah ke Puncak karya Ghazali Lateh; Jelaskan dua peranan watak Latifah sebagai watak pembantu dalam menyokong watak utama [8 markah]
(b) Berdasarkan novel Jeriji Kasih karya Ramlah Abd Rashid; Huraikan tiga persoalan yang terdapat dalam novel ini. [8 markah]

Kertas Soalan Tamat


PERATURAN PEMARKAHAN

Pemberian markah berdasarkan isi dan penyampaian.
(a) (i) Isi
Markah bagi isi berdasarkan peraturan pemarkahan yang ditetapkan.

Fakta berserta huraian atau contoh 2 markah
Fakta berserta huraian dan contoh 2 markah
Fakta tanpa contoh 1 markah
Fakta betul, contoh salah 1 markah
Fakta salah, contoh salah 0 markah
Fakta / huraian / contoh (ada salah satu dan betul) 1 markah
Fakta salah, contoh betul 0 markah

(ii) Gaya bahasa

Fakta betul, contoh betul 2 markah
Fakta betul, contoh salah 1 markah
Fakta salah, contoh betul 0 markah
Fakta salah, contoh betul 0 markah
Fakta sahaja 0 markah

(b) Penyampaian

(i) [Bagi soalan Bahagian Satu] – Hendaklah dalam bentuk struktur / jawapan ringkas
/jawapan pendek.
[Bagi soalan Bahagian Dua] – Hendaklah dalam bentuk esei.

(ii) Hendaklah menggunakan bahasa yang gramatis, jelas dan lengkap.

(iii) Hendaklah menggunakan ejaan yang lengkap dan betul.

(iv) Bagi soalan perbandingan, hendaklah mengikut perbandingan terus, bukannya dalam bentuk yang disenaraikan.

(v) Hendaklah dalam tulisan yang kemas, jelas dan mudah dibaca.

Nota :
PENYAMPAIAN YANG TIDAK MEMATUHI PERATURAN (B) (i) – (v) DI ATAS AKAN DI POTONG MAKSIMUM 2 MARKAH BAGI SETIAP SOALAN.

BAHAGIAN SATU

1. Jawapan
(a) Pantun empat kerat/ pantun empat kerat – Nasihat. 1 markah

(b) i. anak indung/ indung/ burung indung. 1 markah
ii. anak ketitir/ ketitir/ burung ketitir. 1 markah
iii. anak merbah/ merbah/ burung merbah 1 markah
Maksimum 4 markah


2. Jawapan
Dua perwatakan Putera Jayapati :
i. Seorang yang mempunyai kesaktian / terlalu sakti / kesaktiannya 2 markah
ii. Seorang yang bijaksana / bijak. 2 markah

3. Jawapan Markah
a. ‘Paduka ayahanda’ ialah Raja Indera Kemala Putera /ayahanda Raden Kesuma Wati
(2 markah )
b. Ubat penyakit ‘Paduka ayahanda’ :
telur burung merpati putih / telur burung merpati putih yang bersarang di dalam telinga naga / telur burung merpati putih yang bersarang di dalam telinga naga yang di atas Gunung Meraksa Dewa. (2 markah)
Maksimum 4 markah
4. Jawapan

a. Perbandingan terus bermaksud perbandingan yang menggunakan perkataan adalah atau ialah. 2 markah
b. Contoh; ibu bapa adalah akar hidup kita/
ibu bapa adalah tunjang yang paling dalam. 2 markah
Maksimum 4 markah
5. Jawapan
Latar masyarakat :
i. Masyarakat yang bersyukur /berterima kasih
Contoh: Hamba bersyukur dapat selamatkan Datuk Bendahara 2 + 2 markah
ii. Masyarakat yang membantu/ monolog / bekerjasama
Contoh: …hulubalang-hulubalang berdua membantu kita, kita sama-sama selamat di sini.
2 +2 markah


6. Jawapan
Keadaan Kampung Baru :
i. Kampung Baru terus memburuk 2 markah
ii. Kampung Baru terus melayu 2 markah
iii Komuniti tikus tambah membiak/semakin sihat/ semakin segar/ semakin besar
2 markah
iv.Semakin sihat/segar/semakin segar/ semakin besar 2 markah
v .Longkang atas tanah dan bawah tanah tersumbat vi.Banjir kilat dengan air hitam pekat / dengan bau yang meloyakan tekak / terus menyelinap masuk ke bawah rumah dan lantai dapur 2 markah
Maksimum 4 markah


7. Jawapan
i.imbas muka
contoh: Tuangkan saja cuka getah ke belakang kerbaunya biar kerbau itu berulat / mampus hingga busuk seluruh kampung / biar Berahim tak boleh bersawah. 2 markah
ii.pemerian
contoh: Jusoh bingkas bangun / Ada makna dalam kata-kata bininya./ Dia menghampiri anak bongsunya yang terkangkang di pinggang./ Ditarik pipi si mongel itu. / Budak yang bertahi mata itu tersengih. 2 markah
Maksimum 4 markah

8. Jawapan
Persoalan
i. mempertahankan harta benda / hak ii.kegigihan mencari rezeki 2 markah
ii. bijak mengurus kewangan 2 markah
Maksimum 4 markah


9. Jawapan
(a) i. di rumah setinggan sewaan Muhsin 1 markah
ii. di Jalan Ipoh 1 markah
iii. di Kuala Lumpur 1 markah
(b) Biah berkeras tidak mahu balik dan mahu bersama-sama Muhsin/ Biah berkeras tidak mahu balik dan mahu bersama-sama Muhsin di Kuala Lumpur. 2 markah
Maksimum 4 markah


10. Jawapan
Keimanan/Ketakwaan
Contoh: Anuariza dan Syed Mustafa menunaikan solat Zuhur secara berjemaah 2 + 2 markah

Kegigihan/kerajinan
Contoh: Anuariza dan Syed Mustafa mengharungi anak paya yang airnya separas pinggang/Membawa bebanan berat di dalam air tidaklah sesukar menariknya menggunakan upih pinang di darat./Sampai di tepi paya, Anuariza menarik guni buah asam kelubi ke atas tebing.
2 + 2 markah
Keberanian
Contoh: Tetapi mereka perlu lebih berhati-hati kerana mungkin ada haiwan berbisa yang mengancam keselamatan. 2 + 2 markah

Tolong-menolong/Bantu-membantu/Bekerjasama Contoh: Setelah itu, dia membantu Syed Mustafa dengan menghulurkan tangan dan menarik lelaki itu ke atas tebing.
2+2 markah
Maksimum 4 markah

Bahagian Dua

Bahagian A (Puisi Tradisional dan Prosa Klasik

Soalan 1
Jawapan

(a) Maksud rangkap lima syair;
i. Fikiran/ perasaan penyair/ penulis akan menjadi lapang/ senang/ bahagia. 1 markah
ii. memperoleh/ mendapat/ menerima rahmat/ kasih yang dianugerahkan/ dikurniakan oleh Allah/Tuhan. 1 markah
iii. Allah/ Tuhan telah memakbulkan/ menerima/ memperkenan permintaan/ hajat penyair/ penulis 1 markah
iv. menghuraikan/ menzahirkan/ meluahkan dari jiwa/ kalbu yang terpendam/ tersimpan/ tersirat. 1 markah
Maksimum : 4 markah

(b) Ciri bentuk syair :

i. Terdiri daripada 6 rangkap/ berangkap.

ii. Bilangan/ jumlah baris dalam serangkap/ rangkap adalah sama/ empat baris serangkap.

iii. Bilangan/ jumlah patah perkataan dalam sebaris tidak sama/ 3 hingga 5 patah perkataan

iv. Bilangan/ jumlah suku kata dalam sebaris tidak sama/ 9 hingga 13 suku kata sebaris.

v. Rima akhirnya sama / terikat contoh : aaaa

vi. bentuknya terikat / tidak bebas

vii. Mempunyai jeda
contoh: Setia amanah/ nyata dilihat
Maksimum 8 markah

c. Pengkaryaan (Syair persahabatan)

Nota: Calon mencipta satu rangkap syair sahaja, berikan
Tema : 2 markah
Bahasa :2 markah
Bentuk : 2 markah
Kreativiti : 2 markah

Calon mencipta selain syair, markah bentuk maksimum 1 markah sahaja.
Syair yang tidak menepati tema, markah tema 0 markah

Soalan 2


(a) Dua unsur kehebatan Indera Nata :
i. Bijak menyelesaikan masalah.
Contoh: Indera Nata bijak memberi pendapat kepada ayahandanya, Raja Rom, telah berjaya menyatukan semula ayah dan ibunya,Tuan Puteri Chenderawati yang telah lama terpisah.

ii. Berhemah dalam setiap tindakan.
Contoh: Indera Nata menyambut kedatangan raja-raja Mesir, Iraq, Siam, Keling dan Peringgi dengan penuh berhemah sehingga berjaya melembutkan hati mereka lalu membatalkan niat hendak membawa balik puteri- puteri mereka.

iii. Gagah menewaskan musuh yang luar biasa kekuatannya.
Contoh : Indera Nata berjaya merebut dan melarikan tujuh orang puteri raja daripada raksasa / Indera Nata menewaskan raksasa yang merancang hendak menyerang negeri Rom kerana menuntut bela atas kematian anaknya Si Batu Kembar yang telah dibunuh oleh Indera Nata dalam peperangan / Indera Nata berjaya menewaskan raksasa, mengikat dan membawa balik ke negeri Rom. / Indera Nata berjaya mendapatkan seekor gajah berganding emas.

iv. Seorang yang bertakwa kepada Allah S.W.T.
Contoh:Indera Nata sangat mempercayai kuasa Allah S.W.T dalam setiap tindakannya. Baginda hanya mengahwini empat daripada tujuh orang puteri raja kerana mengikut syariat / ajaran Islam.


(b) Tiga nilai murni :

i. Kasih sayang.
Contoh : Tuan Puteri Cenderawati amat mengasihi suaminya, Raja Rom.
2+2 markah
ii. Kebijaksanaan

Contoh : Indera Nata memberikan pendapatnya kepada ayahandanya, Raja Rom yang meminta isterinya, Tuan Puteri Cenderawati datang menemuinya sebaik sahaja baginda hidup semula. Indera Nata sebaliknya mahu Raja Rom pergi menemui isterinya itu,

iii. Berani.
Contoh : Indera Nata berani menentang raksasa yang terlalu gagah serta dapat mengikatnya, bahkan dibawa pulang ke negeri Rom.

iv. Berhemah tinggi.
Contoh : Indera Nata menyambut kedatangan raja-raja Mesir, Iraq, Siam, Keling dan Peringgi dengan penuh berhemah sehingga Berjaya melembutkan hati semuanya.

v. Beriman.
Contoh : Indera Nata percaya akan kekuasaan Tuhan. Selalu disebutnya bahawa Tuhan Maha Kuasa/ Indera Nata menyatakan manusia pelupa dan lalai manakala Tuhan tidak.

Bahagian B (Puisi Moden dan Drama)
Soalan 3

a. Dua amanat yang ingin disampaikan penyajak;

i. Kita hendaklah melengkapkan diri dengan akhlak yang baik/ berperibadi mulia.
2 markah
ii. Kita hendaklah menjaga hubungan/ silaturahim dengan ibu bapa. 2 markah

iii. Kita hendaklah menjaga hubungan/ silaturahim dengan jiran tetangga. 2 markah

iv. Kita hendaklah Insaf akan perbuatan dosa dan mencari / mendapatkan pahala. 2m

v. Kita hendaklah sentiasa menjaga tutur kata/ bersopan santun. 2 markah

vi. Kita hendaklah menjaga maruah diri. 2 markah

vii. Kita hendaklah ikhlas/ berhati hulur dalam berpesan- pesan/ nasihat- menasihati.
2 markah
viii. Kita hendaklah bersihkan hati dari sifat dengki/ iri hati / takbur / bongkak. 2 markah

ix. Kita hendaklah bertaubat dan berdoa moga dijauhkan dari tipu daya/ hasutan syaitan. 2 markah

x. Kita hendaklah memohon/ berharap berada di jalan yang lurus/ benar/ diredai.
2 markah
xi. Kita hendaklah memohon/ meminta kurniaan/ anugerah/ kenikmatan Allah/ Ilahi berkekalan/ selama- lamanya. 2 markah

x. Kita hendaklah berharap agar mendapat keredaan / keampunan Allah/ Ilahi. 2 markah

Maksimum 4 markah

d. Empat gaya bahasa berserta contoh;

i. Asonansi
Contoh: Ruang ini pusara ayah bonda (pengulangan vokal ‘a’ )

ii. Aliterasi
Contoh : hati kotor berdengki takut takbur (pengulangan konsonan ’t’)

iii.Anafora
Contoh: tergelincir di jalan cuma terkehel kaki tergelincir lidah menyakitkan hati

iv. Responsi/ simplok
Contoh : tangan kotor hanya terpalit lumpur hati kotor berdengki takut takbur.

v. Personifikasi
Contoh: Hati kotor berdengki takut takbur

vi. Kata ganda
Contoh: ingat-mengingatkan

vii. Metafora
Contoh: jarum muslihat/ permata iman/tali silaturahim

viii. Alusi
Contoh: Ilahi/ kawalan-Nya

ix. Inversi
Contoh: jujur muhasabah diri lagi rela / ruang ini diikat Seutas tali silaturahim.

x. Bahasa Arab
Contoh : Syaitan/ takbur/ muhasabah

Maksimum 8 markah

c. Pengkayaan Sajak. Nota:
i. Jumlah baris sajak yang dicipta oleh calon yang kurang daripada 7 baris, berikan markah maksimum 4 markah.

ii. Jumlah baris sajak yang dicipta oleh calon antara 7 hingga 11 baris, masimum markah

iii. Jika calon tidak menulis tajuk sajak, tolak 1 markah kreativiti.

iv. Jika calon menghasilkan sajak lebih daripada 15 baris, periksa seperti biasa.

v. Sajak yang tidak menepati tema, markah tema ialah 0.

vi. Jika calon menciplak sajak ( petikan ), maksimum markah ialah 1 markah.

Jika calon menciplak sajak ( lirik lagu ) maksimum markah ialah 3 markah.

Pengkaryaan
1. Tema 2
2. Bentuk 2
3. Bahasa 2
Kreativiti 2
Maksimum 8 markah


Soalan 4

a. Perwatakan Gulam Russel :

i. Seorang yang prihatin terhadap masa depan penduduk Kampung Baru.
Contoh : Gulam Russel prihatin / sanggup bersusah payah demi memajukan Kampung Baru. 2+2m

ii. Seorang yang berpandangan jauh.
Contoh : Seorang yang sanggup bersusah payah menyediakan pelan Perancangan untuk memajukan Kampung Baru                                                                 2+2 markah

iii. Seorang yang menghormati orang yang lebih tua. Contoh : Gulam Russel menghormati Haji Pahlawan dan menganggapnya seperti datuknya sendiri                       2+2 markah

iv. Seorang yang percaya kepada ketentuan Allah.
Contoh : Gulam Russel menyatakan kepada Haji Palawan jodoh pertemuan di tangan Allah. 2+2m

v. Seorang yang mempunyai jati diri.
Contoh Gulam Russel merantau mencari ilmu, mengenali dunia dan sempadan baru, kenal orang lain, kenal gaya dan cara mereka. Yang elok saya belajar, yang tak elok saya tak tiru.   2+2 markah

Maksimum 8 markah


b. Nilai dalam drama Muzikal Kampung Baru :

i. Bersikap jujur
Contoh : Jalad dan Nasan tidak bersikap jujur dalam mbuat perubahan untuk memajukan Kampung Baru, sebaliknya mementingkan keuntungan peribadi terhadap setiap usaha yang telah dilakukan
2+2 markah

ii. Rasional.
Contoh : Haji palawan dan Raja Molek yang berfikiran sempit dalam menerima cadangan Gulam Russel sebaliknya mempersoalkan asal usul Gulam Russel yang merupakan anak
kacukan daripada pelbagai bangsa.                2+2 markah


iii) Keperihatinan
Contoh : Gulam Russel, Ratnasari, Rosemera, Tulus dan Joshua Ong amat prihatin terhadap nasib penduduk Kampung Baru yang jauh ketinggalan daripada kepesatan pembangunan Kuala Lumpur dan telah menyediakan cadangan pelan Perancangan untuk memajukan kampung tersebut. Markah 2 + 2

vi Keberanian
Contoh : Rosemera dan Ratnasari berani berhadapan dengan Penduduk kampung seperti Jalad dan Nesan untuk memberikan gambaran yang sebenar berkaitan dengan kehidupan penduduk Kampung Baru untuk tatapan masyarakat luar.  2+2 markah

v) Bersatu padu / bekerjasama / tolong menolong
Penduduk Kampung Baru yang tidak bersatu padu dalam melakukan usaha untuk memajukan Kampung Baru sebaliknya hidup berkelompok dan mementingkan diri sendiri. 2+2 markah

Maksimum 12 markah

Soalan 5

a. Pengajaran dalam Anak-Anak Pejuang :

i. kita hendaklah mengenang jasa orang lain.
Contoh : Ah Bee tidak pernah lupa jasa Pak Denan yang membenarkan Ah Bee dan bapanya Ah Yau menginap di rumahnya ketika darurat/ mengenang jasa tokoh pejuang tanah air.  2+2 markah

ii. Kita hendaklah berani mempertahankan tanah air. Contoh: Pak Denan berani berjuang menentang Malayan Malayan Union.                                                                 2+2 markah

iii. Kita hendaklah saling membantu
Contoh : Ah Bee sentiasa menghulurkan sumbangan kepada Pak Denan terutama sejak Pak Denan tinggal seorang diri.                                                                      2+2 markah

iv. Kita hendaklah prihatin/mengambil berat kehendak dan perasaan ibu bapa.
Contoh :Anak-anak Pak Denan tidak memahami semangat perjuangan ayah mereka selama ini. 2+2m

v. Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup.
Contoh : Pak Denan tabah membesarkan anak-anaknya seorang diri sehingga menjadi insan berpendidikan dan berjawatan tinggi.     2+2 markah

vi. Kita hendaklah insaf akan kesilapan yang lalu.
Contoh : Anak-anak Pak Denan akhirnya insaf dan meminta maaf kerana tidak memahami semangat perjuangan yang ada pada ayah mereka.                                      2+2 markah

vii. Kita janganlah memungkiri janji.
Contoh : Anak –anak Pak Denan tidak mengotakan janji mereka untuk menjemputnya ke Kuala Lumpur bagi melihat perarakan Hari Kebangsaan.                          2+2 markah

viii. Kita hendaklah menghargai pemimpin/ pejuang tanah air Contoh :Pak Denan menamakan anak-anaknya sempena nama pemimpin negara                               2+2 markah

ix. Kita hendaklah mempunyai semangat cinta akan tanah air negara/patriotisme ./
Contoh :Pak Denan tetap ingin ke Kuala Lumpur bagi menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan walaupun dihalang oleh anak-anaknya.                                           2+2 markah

x. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai cita-cita. Contoh : Pak Denan tetap/gigih berusaha untuk ke Kuala Lumpur bagi menyertai perarak                            2+2 markah

Maksimum 8 markah

b. Latar masyarakat :

i. Masyarakat yang berbilang kaum
Contoh : Terdapat keluarga Ah Bee yang mengusahakan perniagaan sayuran dan Maniam yang menjalankan perniagaan kedai kopi.                            2+2 markah

ii. Masyarakat yang mengenang jasa
Contoh :Ah Bee tidak pernah melupakan jasa Pak Denan yang membenarkanAh Bee dan bapanya Ah Yau menginap di rumahnya ketika darurat dahulu.     2+2 markah


iii. Masyarakat yang bantu-membantu
Contoh :Siapanya:Ah Bee sentiasa menghulurkan sumbangan kepada Pak Denan terutama sejak Pak Denan tinggal seorang diri                                             2+2 markah
.
iv. Masyarakat yang insaf
Contoh :Anak-anak Pak Denan akhirnya insaf dan meminta maaf kerana tidak memahami semangat perjuangan Pak Denan selama ini.                                2+2 markah

v. Masyarakat yang berani mempertahankan tanah air Huraian:Pak Denan berani menentang Malayan Union                                                                              2+2 markah

vi. Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan hidup Contoh:Pak Denan tabah membesarkan anak-anaknya seorang diri sehingga menjadi insane berpendidikan dan berjawatan tinggi. 2+2m

vii. Masyarakat yang mungkir janji                                   
Contoh:Anak-anak Pak Denan tidak mengotakan janji mereka untuk menjemputnya ke Kuala Lumpur bagi menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan.  2+2 markah

viii. Masyarakat yang menghargai pemimpin
Contoh:Pak Denan menamakan anak-anaknya sempena nama pemimpin negara. 2+2 markah

ix. Masyarakat yang cinta akan tanah air/patriotisme
Contoh: Pak Denan tetap ingin ke Kuala Lumpur untuk menyertai perarakan Hari Kebangsaan walaupun dihalang oleh anak- anaknya.                                      2+2 markah

Maksimum 12 markah

Soalan 6

(a) Peranan Latifah

(i) Membantu meringgankan penderitaan Jalil semasa di kampung Contoh: Latifah membantu merawat luka kaki Jalil akibat tertusuk kaca semasa di sawah.     2+2

(ii) Membantu kejayaan Jalil dalam pelajaran
Contoh: Latifah memujuk Pak Lang Ali/bapanya untuk membantu membayar yuran peperiksaan Jalil.
2+2 markah

(iii) Membantu memajukan syarikat Jalil
Contoh: Latifah menerima jawatan pengurus akaun di Syarikat Alam Hijau/syarikat milik Jalil. 2+2

(iv) Memberi sokongan moral ketika penduduk kampung memulaukan Jalil
Contoh: Latifah tetap berkawan dengan Jalil walaupun kawan-kawan dan orang kampung yang lain memulaukan/meminggirkan Jalil.                              2+2 markah

(b) Persoalan

(i) Kasih sayang dalam keluarga.
Contoh: Soleha sangat menyayangi anak-anaknya Anuariza dan Azuera .  2+2 markah

(ii) Pengabaian tanggunggjawab terhadap anak-anak.
Contoh: Syed Mustafa lebih mementingkan kerjaya sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anaknya.                                                                                        2+2 markah

(iii) Berani menghadapi cabaran.
Contoh: Anuariza berani berhadapan dengan ancaman binatang buas ketika mengutip buah asam kelubi di dalam hutan paya                                                                   2+2 markah

Kepentingan ilmu/pelajaran untuk masa depan.
Contoh : Soleha memasti anak-anaknya mendapat pendidikan Pendidikan walaupun tanpa suami.

(iv) Kemiskinan bukan penghalang kejayaan
Contoh: Walaupun Anuariza dan Azuera hidup dalam kemiskinan tetapi mereka berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan.                                   2+2 markah

(v) Tolong-menolong/Bantu-membantu/Bekerjasama dalam masyarakat.
Contoh: Penduduk kampung membantu majlis kenduri tahlil di rumah Syed Mustafa. 2+2

(vi) Tabah/Sabar/Cekal menghadapi cabaran hidup.
Contoh: Anuariza/Soleha tabah menghadapi hinaan dan cercaan penduduk kampung. 2+2

(vii) Beriman/ketakwaan kepada Allah.
Contoh: Anuariza dan Syed Mustafa menunaikan solat walaupun masih berada di dalam hutan paya ketika mengambil asam kelubi.                                                        2+2

(viii) Mengenang budi/jasa orang lain
Contoh: Soleha sanggup menerima lamaran Syed Mustafa kerana terhutang budi kepada keluarga Nek Siah.                                                                                            2+2

(ix) Gejala sosial dalam kalangan remaja.
Contoh: Syed Fariz terlibat dengan masalah mencabul, mencuri, merokok, peras ugut dan menubuhkan kumpulan haram.                                                             2+2

(x) Insaf/Sedar atas kesilapan.
Contoh: Syed Mustafa insaf akan kesilapannya yang mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak.                                                                                           2+2

SKEMA PEMARKAHAN TAMAT 

25 Aug 2014

Panduan Peperiksaan : Kesusasteraan Melayu SPM 2014




Jawab semua soalan Bahagian Satu.

Jawab tiga soalan Bahagian Dua, iaitu satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.


Bahagian Satu
[40 markah]

Jawab semua soalan.


1. Adapun orang tua yang hemat,
syaitan tak suka membuat sahabat.

Jika orang muda kuat berguru,
dengan syaitan jadi seteru.
[Dipetik daripada Seuntai Kasih Secebis Harapan]

Nyatakan dua pengajaran daripada puisi di atas [4 markah]


2. Maka kata naga itu, “ Ya Tuanku Raden Kesuma Ningrat , ambillah di dalam telinga patik ini.” Maka diambil oleh Raden Kesuma Ningrat dua biji telur itu maka dikasi kepada tuan puteri satu biji dan kepada Raden Kesuma Wati satu biji. Maka ia pun kembalilah, maka kata Raden Kesuma Ningrat, “ Hai landak putih kedua, pergilah engkau pulang dapatkan singa, katakan aku hendak pulang,” Maka pergilah landak itu.
(Dipetik daripada Hikayat Cendawan Putih hal. 79)

Berdasarkan petikan di atas, berikan dua nilai murni berserta contoh. [4 markah]


3. Raksasa itu pun terlalu sangat amarahnya. Maka ia pun menangkap Indera Nata serta dimamahnya tubuh Indera Nata.
Kalakian, maka Indera Nata itu pun tiada mara bahayanya itu tetapi semakin dimamahnya juga. Setelah itu maka dirasainya ngilu giginya. Maka segera dikeluarkannya dari mulutnya serta dihempaskannya kepada batu gunung itu. Batu itu pun pecah berhamburan.
(Dipetik daripada Hikayat Indera Nata hal. 49)

Apakah empat tindakan raksasa kepada Indera Nata dalam petikan di atas.
[4 markah]

4. madu ilmu
minuman ajaib
tiap tegukan menyalakan dahaga
bergandaan
tiap pertemuaan merasakan kehilangan
asyik pun berulangan
(Dipetik daripada sajak Madu ilmu,Shafie Abu Bakar)

Nyatakan dua ciri bentuk sajak di atas [4 markah]

5. PUTERA : Siapa Mamat?

KEBAYAN : Budak yang besar, fikirannya kecil. Yang naik basikal keliling kampong, suka menyanyi, suka berpantun tu. Tak pernah jumpa dia ke? Curi barang kamu, kipas kamu tu. Mustahil, orang sekeliling di sini kenal siapa Mamat itu.
(Dipetik daripada drama “Dongeng Sang Puteri”, oleh Wan Ahmad Ismail)

Berdasarkan petikan di atas nyatakan empat perwatakan Mamat. [4 markah]


6. Drama terdiri daripada pelbagai jenis. Berikan pengertian bagi jenis drama berikut :
a. Drama Realisme [2 markah]
b. Drama Bangsawan [2 markah]


7. “ Karim, kau lihat sendiri. Negara kita hari ini sudah jauh ke depan. Kita boleh membangunkan industri pengeluaran kereta sendiri dan tak lama lagi kita akan bina industri motosikal pula. Kita akan bina kilang kita sendiri! Semua itu untuk siapa?”
(Dipetik daripada cerpen “Benar Kata Ayah oleh Ria Asmira, halaman 90)
Senaraikan dua kejayaan Negara seperti yang digambarkan dalam petikan di atas. [4 markah]

8. Berdasarkan cerpen Melakar Impian, karya Mohd Kasim Mahmud, nyatakan watak utamanya dan dua watak lain yang terdapat dalam cerpen tersebut. [4 markah]


9. “Ibu tetap ibu, ayah tetap ayah.Tanpa mereka tidak ada aku di dunia ini. Jika mereka tidak menyerahkan aku kepada emak dan abah, tidak mungkin aku mengenali insan semulia mereka. Kasih yang emak curahkan pada aku langsung tidak berkurangan, walaupun sudah ada anak sendiri. Daripada aku terus mereka dan merencana kenapa dan mengapa ayah dan ibu meninggalkan aku, lebih baik aku fikirkan cara bagaimana untuk membalas budi emak dan budi arwah abah,” hatinya berbicara sendiri (Dipetik daripada novel Jeriji Kasih hal 34 dan 35)

Berikan dua nilai kemanusiaan berserta contoh berpandukan petikan di atas
[4 markah]

10. Dia mengambil dua mata pelajaran lebih daripada rakan-rakan sekelasnya. Mr Goh menggalakkan dia mengambil bahasa Inggeris 121, iaitu kertas bahasa Inggeris antarabangsa yang membolehkan dia ke luar negara jika keputusannya cemerlang. Dia juga mendaftar untuk menduduki mata pelajaran Pendidikan Islam. Masa mata pelajaran Pendidikan Islam dia akan berpindah ke tingkatan lima sastera kerana kebanyakan rakan sekelasnya mengambil mata pelajaran Bahasa Cina. Ketika itu, mata pelajaran Pendidikan Moral belum diperkenalkan.
(Dipetik daripada novel Dari Lembah ke Puncak )

Kemukakan dua nilai murni berserta contoh dari petikan di atas [4 markah]


Bahagian Dua
[60 markah]

Bahagian A
(Puisi Tradisional dan Prosa Klasik)
Jawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 2.

1 Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Pantun Berkait

Burung serindit di dalam cempaka,
Jatuh menimpa dayung petani;
Sumpah perajurit di bumi merdeka,
Taat setia gagah berani.

Jatuh menimpa dayung petani,
Dara menatang dulang suasa;
Taat setia gagah berani,
Rela berjuang sepanjang masa.

Dara menatang dulang suasa,
Ke sungai datar pergi membasuh;
Rela berjuang sepanjang masa,
Tiada gentar menentang musuh.

Ke sungai datar pergi membasuh,
Hinggap tempua mencari sarang;
Tiada gentar menentang musuh,
Senandung jiwa di medan perang.

Hinggap tempua mencari sarang,
Daun meranti gugur berjejal;
Senandung jiwa di medan perang,
Berpantang mati sebelum ajal.

Daun meranti gugur berjejal,
Buah pinang pecah di taman;
Berpantang mati sebelum ajal,
Jasa dikenang zaman-berzaman.


(a) Huraikan tema pantun berkait di atas. [4 markah]
(b) Jelaskan empat pengajaran yang terdapat dalam pantun berkait di atas. [8 markah]
(c) Huraikan empat nilai murni yang terdapat dalam puisi di atas. [8 markah]

2. Berdasarkan Hikayat Caya Langkara:
(a) Jelaskan tiga latar masyarakat dalam hikayat ini. [12 markah]
(b) Nyatakan empat pengajaran yang terdapat dalam hikayat ini. [8 markah]


Bahagian B
(Puisi Moden dan Drama)
Jawab sama ada Soalan 3 atau Soalan 4

3. Baca puisi di bawah dengan teliti dan jawab soalan mengikutinya

HARI TUANYA SINGGAH

di pentas terbuka
ia seakan mengalah
pada lakonan yang tersisa:
lolongan perih
membanting duka
lengkingan jerih
membelasah sengsara
sulur – sulur sepi
merayap dari perdu senyap
mencengkam usianya
di banir musim
hari tuanya singgah
di batas waktu yang saujana;

hanya pada babak terakhir
ia sempat mempersiapkan diri
dan menghayati kembali watak pilihan
sebelum ia rebah dengan skrip tergenggam
di puncak cerita sebuah kebenaran

Awang Abdullah

(a) Huraikan tema sajak di atas. [ 4 markah ]
(b) Huraikan empat persoalan sajak di atas. [ 8 markah ]
(c) Cipta sebuah sajak bertemakan keharmonian masyarakat tidak kurang daripada 12 baris. [8 markah ]


4. Berdasarkan drama “Menggapai Pelangi” karya Taha Abd Kadir:
(a) Nyatakan pemikiran drama tersebut (4 Markah)
(b) Huraikan struktur plot dalam drama tersebut. (8 Markah)
(c) ZAHID : Pada pendapat aku, kau membuat keputusan terburu-buru. Jalan terbaiknya, kau bincang semula dengan dia, atas dasar agama. Musibah yang menimpa kau tu, aku rasa ialah akibat kau melakukan maksiat. Maksud aku, kau selalu berdua-duaan pada hal kau bukan muhrim. Bukankah itu salah dari segi agama dan dimurkai Allah? Jalan terbaiknya kau bertaubatlah, Imran, kemudian lupakan saja.
(Dipetik daripada drama “Menggapai Pelangi”, oleh Taha Abd Kadir  hal: 330)

Huraikan empat unsur dedaktik yang terdapat dalam petikan di atas.
(8 Markah)


Bahagian C
(Cerpen dan Novel)
Jawab sama ada Soalan 5 atau Soalan 6


5. Dari arah Laut China Selatan, bayu masih terus bertiup. Hardi merelakan tubuh lampainya dijamah bayu lembut itu. Bajunya yang berwarna kuning kemerah-merahan itu berkibar-kibar ditiup bayu. Pada saat itulah, Hardi teringatkan perkenalannya dengan seorang gadis manis berdarah Kadazan. Peramah dan lemah-lembut orangnya. Mukanya bujur sirih.
(Dipetik daripada cerpen Bagai Hembusan Bayu Senja oleh Juri Durabi, halaman 152)

a) Nyatakan empat perwatakan Juliani berpandukan petikan di atas. (4 markah)
b) Berpandukan petikan, berikan dua gaya bahasa beserta contoh. (4 markah)
c) Berdasarkan kreativiti anda, sambungkan cerpen di atas. Jumlah perkataan tidak kurang daripada 80 patah perkataan. (12markah)

6. Berdasarkan novel Jeriji Kasih karya Ramlah Abd Wahab
(a) Huraikan nilai-nilai murni yang dimiliki oleh watak utama (10 markah )
(b) Jelaskan unsur kesabaran yang terdapat pada watak Anuariza (10 markah )


KERTAS SOALAN TAMAT


SKEMA JAWAPAN

Bahagian Satu

1. (i) Kita hendaklah bersikap jimat cermat dalam perbelanjaan. [2 markah]
(ii) Kita hendaklah menuntut ilmu sebanyak mungkin ketika usia muda.
[2 markah]

2. Nilai-nilai murni :

i Nilai baik hati / kemuliaan hati
Cth: “ Ya Tuanku Raden Kesuma Ningrat, ambillah di dalam telinga
patik ini” [2 markah ]

ii Nilai keadilan / bertimbang rasa
Cth: Maka diambil oleh Raden Kesuma Ningrat dua biji itu maka dikasi kepada tuan puteri satu biji dan kepada Raden Kesuma Wati satu biji.
[2 markah]

iii Nilai ketaatan/ kepatuhan
Cth: “ Hai landak putih kedua, pergilah engkau pulang dapatkan singa, katakan aku hendak pulang,” Maka pergilah landak itu.
[2 markah]

3. Tindakan raksasa :

i Menangkap Indera Nata [1m]
ii Memamah tubuhnya [1m]
iii Oleh kerana tiada apa berlaku semakin dimamahnya [1m]
iv Mengeluarkan dari mulutnya apabila rasa giginya ngilu [1m]
v menghempas tubuh Indera Nata ke batu. [1m]


4. Ciri bentuk sajak :
i. Bilangan patah perkataan tidak sama/sekata /berbeza dalam setiap baris iaitu 1 hingga 4 perkataan sebaris. [2 markah]
ii. Bilangan baris adalah 6 baris serangkap. [2 markah]
iii. Bilangan suku kata tidak sama/sekata/berbeza dalam setiap baris iaitu
4 hingga 14 suku kata sebaris. 2m
iv. Rima akhir bebas/tidak terikat [2markah]
v. Rima akhir abcddd [2markah]

5 Perwatakan Mamat
i Budak yang besar [1marka]
ii Fikirannya kecil [1markah]
iii Suka berbasikal [1markah]
iv Suka menyanyi [1markah}
v Suka berpantun   [1markah]

6 a Maksud drama Realisme
i Drama Realisme ialah drama yang menggambarkan realiti
atau peristiwa kehidupan masyarakat sebenar yang dapat dilihat
dengan nyata. [2markah]

b Maksud drama Bangsawan
i Drama bangsawan ialah drama tradisional yang masih belum
menggunakan skrip penulis dan sutradara. [2markah]


7. Dua kejayaan negara :

i Negara telah mencapai kejayaan. [2markah]
ii Membangunkan industri kereta sendiri. [2markah]
Maksimum 4 markah

8. Watak utama dan watak sampingan.

i Watak utama – Rosli   [2markah]
ii Watak sampingan
- Azwan  [1markah]
- Lamin  [1markah]
- Fuad  [1markah]
Maksimum 4 markah

9 Nilai-nilai kemanusiaan :

i. Kasih sayang – ibu ‘aku’ menyayangi aku 1m+1m
ii. Mengenang budi/ jasa—aku ingin membalas budi ibu bapanya 1m+1m
Maksimum 4 markah

10. Nilai-nilai Murni :

Rajin
Jalil mengambil dua mata pelajaran lebih daripada rakan-rakannya  [2 markah]

Kegigihan
Jalil mengambil mata pelajaran Bahasa Inggeris 121 untuk membolehkan dia ke luar negara/ mengambil mata pelajaran Pendidikan Islam dan terpaksa berpindah kelas  [2 markah]

Keyakinan
Jalil mempelajari mata pelajaran Bahasa Inggeris 121 dan Pendidikan Islam  [ 2 markah]

Berfikiran positif
Mr Goh menyuruh Jalil mengambil mata pelajaran Bahasa Inggeris 121  [ 2 markah]

Berdikari
Jalil mengambil mata pelajaran Pendidikan Islam walaupun terpaksa pindah ke kelas sastera
[ 2 markah]


Bahagian Dua

Soalan 1

Soalan 1(a) Tema pantun berkait ialah semangat cinta akan tanah air. [2markah]
cth. Sumpah perajurit di bumi merdeka [2markah]
Taat setia gagah berani.
[Maksimum: 4 markah]

Soalan 1(b) Pengajaran

(i) Kita perlulah mempunyai semangat patriotik/ cinta akan tanah air. [2 markah]

(ii) Kita hendaklah menumpahkan kesetiaan kepada tanah air. [2 markah]

(iii) Kita hendaklah rela berjuang mempertahankan tanah sepanjang
masa. [2 markah]

(iv) Kita janganlah takut menentang musuh yang mengancam negara. [2 markah]

(v) Kita hendaklah berani berkorban nyawa demi mempertahankan
tanah air. [2 markah]

(vi) Kita hendaklah mengenang jasa para pejuang yang meninggal dunia
demi mempertahankan tanah air. [2 markah]

[Maksimum: 8 markah]

Soalan1(c) Nilai murni

(i) Semangat patriotik/cinta akan negara [1+1 markah]
cth. Sumpah perajurit di bumi merdeka
Taat setia gagah berani

(ii) Keberanian [1+1 markah]
cth. Tiada gentar menentang musuh

(iii) Kesetiaan kepada negara [1+1 markah]
cth. Taat setia gagah berani

(iv) Rela berkorban nyawa [1+1 markah]
cth. Rela berjuang sepanjang masa
cth. Senandung jiwa di medan perang

(v) Mengenang jasa [1+1 markah]
cth. Jasa dikenang zaman-berzaman

[Maksimum: 8 markah]

Soalan 2

Soalan 2(a) Latar masyarakat
(i) Masyarakat yang mempercayai tilikan nujum. [2markah]
Cth: Raja Saiful Muluk memintaahli nujum melihat nasib anakandanya yang baru dilahirkan yang diberi nama Caya Langkara.
[2m]

(ii) Masyarakat yang yang tidak berdendam dengan orang. [2markah]
Cth: Caya Langkara tidak menyimpan dendam terhadap kedua-dua kakandanya, Muqaddam dan Muqaddim walaupun kedua-duanya pernah cuba membunuhnya. [2markah]

(iii) Masyarakat yang suka memfitnah orang lain / menipu. [2markah]
Cth: Muqaddam dan Muqaddim telah berbohong dengan ayahandanya tentang Caya Langkara sehingga Caya Langkara dan bondanya dibuang negeri. [2markah]

(iv) Masyarakat yang tidak menyiasat terlebih dahulu sebelum bertindak.
[2m]
Cth: Raja Saiful Muluk telah membuang Caya Langkara dan bondanya ke dalam hutan hanya kerana mendengar fitnah daripada kedua-dua anakandanya yang pendengki. [2markah]

(v) Masyarakat yang bertimbang rasa. [2markah]
Cth: Caya Langkara telah mengampunkan dosa kedua-dua kakandanya, malahan telah menjodohkan kakandanya dengan puteri yang cantik jelita. [2markah]

Soalan 2(b) Pengajaran

(i) Kita janganlah terlalu mempercayai tilikan nujum. [2markah]
(ii) Kita jangan berbuat menipu kerana buruk padahnya. [2markah]
(iii) Kita hendaklah menyiasat terlebih dahulu sebelum menjatuh sebarang hukuman. [2markah]
(iv) Kita mestilah mengamalkan perintah Allah dengan ikhlas terutama dalam pemerintahan. [2m]
(v) Kita hendaklah berterima kasih kepada orang yang telah menolong kita. [2markah]


Soalan 3

Soalan 3a. Tema
Tema – keinsafan diri seorang tua cth; seorang tua yang menyedari kesilapannya yang lalu dan cuba membaiki dirinya pada hari – hari terakhir kehidupannya. [ 2m + 2m]

Soalan 3b Persoalan

i. Sikap mudah mengalah cth;di pentas terbuka ia seakan mengalah [2markah]
ii. Kesepian dalam kehidupan cth ; salur – salur sepi merayap dari perdu senyap. [2markah]
iii. Sikap berputus asa dengan kehidupan cth ia seakan mengalah. [2 markah]
iv. Kesedaran pada usia tua cth ;hanya pada babak terakhir dia sempat mempersiapkan diri.
[2 markah]
v. Penderitaan/kesusahan menjalani kehidupan/menghabiskan sisa kehidupan sebagai seorang tua cth ;lolongan perih membanting duka/lengkingan jerih membelasah sengsara  [ 2markah]
vi. Kebenaran sebuah kehidupan yang akan tiba pada kematian cth;sebelum ia rebah dengan skrip tergenggam. [2 markah]
vii. Setiap manusia akan melalui hari – hari tuanya cth;hari tuanya singgah di batas waktu yang saujana. [2markah]

Soalan 3c Cipta sajak
Tema – 2 markah
Bahasa – 2 markah
Bentuk – 2 markah
Kretiviti – 2 markah
( kurang 12 baris dan tiada tajuk tolak markah kretiviti )


Soalan 4

Soalan 4(a) Pemikiran drama Menggapai Pelangi

i Pemikiran drama tentang konflik kejiwaan akibat daripada perjanjian dan sikap tanggungjawab terhadap sesuatu perbuatan. [2markah]
Contohnya, konflik kejiwaan dihidapi oleh Imran apabila kekasih lamanya muncul semula dan Imran
rasa bersalah dan mahu bertanggungjawab terhadap apa yang telah berlaku terhadap Rosma. [2markah]


Soalan 4(b) Struktur plot drama Menggapai Pelangi

i Permulaan
Imran terkejut menerima panggilan telefon daripada Norasma. Mereka telah mengatur untuk bertemu
dalam masa terdekat. [2markah]

ii Perkembangan
Norasma telah menceritakan segala peristiwa dan dugaan yang telah berlaku atas dirinya serta
keluarga. Imran rasa bersalah dan menyesal serta ingin menunaikan janjinya kepada Norasma dan
bertanggungjawab atas segala yang berlaku. [2markah]

iii Puncak / klimaks
Imran telah berterus terang kepada isterinya tentang perjanjian yang dibuat olehnya kepada Norasma.
Isterinya berasa sedih namun dapat memaafkannya dan merelakan keputusan yang dibuat oleh Imran
dengan reda. [2marlkah]

iv Peleraian
Norasma dan Imran telah memilih arah hidup masing-masing. Norasma memilih untuk ke Mekah
dan tidak mahu mengganggu kehidupan keluarga Imran. 2 markah]

Soalan 4(c) Unsur dedaktik

i Kita hendaklah berfikir dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. [1markah]
Contohnya, “kau membuat keputusan terburu-buru” [1markah]

ii Kita hendaklah berbincang terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan diambil. [1markah]
Contohnya, “Jalan terbaik kau bincang semula dengan dia" [1markah].

iii Kita hendaklah menjauhkan diri daripada melakukan maksiat. [1 markah]
Contohnya, “ Musibah yang menimpa kau tu, aku rasa akibat kau melakukan maksiat. [1markah]

iv Kita janganlah melakukan perkara yang dimurkai oleh Allah  [1markah]
Contohnya, “Bukankah itu salah dari segi agama dan di murkai Allah”. [1markah]

v Kita hendaklah segera bertaubat kepada Allah. [1markah]
Contohnya, “Jalan terbaiknya kau bertaubatlah”  [1markah]

Soalan 5

Soalan 5(a) Perwatakan Julaini :

- Gadis manis berdarah Kadazan   1m
- Seorang yang peramah.               1m
- Seorang yang lemah lembut.       1m
- Mukanya bujur sirih.                   1m
Maksima 4 markah

Soalan 5(b) Gaya bahasa serta contoh:

- Personafikasi contonya:     1m
Hardi merelakan tubuh lampainya dijamah bayu lembut itu. 1m
- Kata ganda contonya:       1m
kemerah-merahan, berkibar-kibar. 1m
- Peribahasa contohnya:      1m
mukanya bujur sirih.    1m
Maksimum 4 markah

Soalan 5(c) Sambungkan cerpen mengikut kreativiti.
Tema – 2 markah
Bahasa – 2 markah
Bentuk – 2 markah
Kretiviti – 2 markah
Teknik  - 2 markah


Soalan 6

Soalan 6(a) Nilai Murni watak utama

i. Bijaksana 1m
- Mendapat keputusan cemerlang dalam STPM  1m

ii. Kerajinan 1m
-Rajin melakukan pelbagai erja bagi membantu ibunya 1m

iii. Kasih sayang 1m
-Anuariza begitu sayangkan Soleha 1m

iv. Kesabaran 1m
-Anuariza bersabar melayani kerenah Syed fariz 1m

v. Rasional 1m
-Anuariza menerima dengan hati terbuka niat Solehe mahu
berkahwin dengan Syed Mustafa 1m

Soalan 6(b) Unsur kesabaran watak utama

i. Sabar menerima ketentuan Ilahi/ kecacatannya 1m
-Anuariza tidak pernah menyalahkan takdir di atas kecacatannya 1m

ii. Sabar Mencari rezeki 1m
-Anuariza sabar mengharungi paya untuk mencari asam kelubi 1m

iii. Sabar melayani kerenah Syed Fariz dan Syarifah Farisya 1m
-Anuariza sabar semasa melayani kerenah Syed Fariz semasa
ditugaskan menjadi guru tuisyennya 1m

iv. Sabar menerima berita perkahwinan ibunya 1m
-Anuariza bersabar apabila mendapat tahu bahawa ibunya berniat
berkahwin dengan Syed Mustafa 1m

v. Sabar menuntut ilmu 1m
-Walaupun diejek Anuariza telah menuntut ilmu sehingga berjaya 1m


24 Aug 2014

Nada




Nada

Tinggi rendah tekanan suara. Dalam  puisi, nada digunakan apabila membicarakan sikap penyair terhadap  yang dijadikan tumpuan perhatiannya. Nada berhubungan dengan perasaan penyair ketika  menulis puisi tertentu. Oleh itu nada timbul daripada motivasi dalam diri penyair. Antara jenis nada dlm sajak ialah nada melankolik, nada patriotik, nada protes, nada romantik dan nada sinis.

Nada Melankolik
 Nada yg menggambarkan susasana hati yang murung, mendayu-dayu  atau kehibaan. Nada begini sesuai untuk puisi yang mengemukakan persoalan penderitaan dan kehampaan.

Nada Patriotik
Nada yang menggambarkan suasana hati yang bersemangat. Tekanan suara biasanya lebih tinggi, pantas atau cepat. Nada ini sesuai  untuk mengemukakan persoalan perjuangan dan cita-cita yang  tinggal serta penuh keberanian. Pemilihan kata-katanya lebih lantang, tegas, nekad dan berani.

Nada Protes
Nada yg menggambarkan suasana hati yang penuh pemberontakan atau penentangan. Tekanan suara lebih tinggi dan pantas. Nada seperti ini sesuai untuk mengemukakan persoalan ketidakadilan  atau kekejaman  yang melahirkan kemarahan serta kebencian.

Nada Romantik
Nada yang menggambarkan suasana hati yang tenang dan damai. Tekanan suara agak tinggi  dan diselangi  dengan tekanan suara yang rendah atau perlahan. Nada ini sesuai  untuk mengemukakan persoalan yang berhubung dengan peristiwa indah dan menggembirakan, iaitu   harapan  atau impian bahagia. Pemilihan kata-kata membawakan kesan kelembutan serta kemerduan yang indah.


Nada Sinis
Nada yg menggambarkan hati yang kurang senang. Tekanan suara agak rendah  atau perlahan. Nada ini sesuai bagi mengemukakan persoalan yang tidak disukai atau dikritik penyair. Pemilihan kata-katanya agak lembut, bersahaja atau sederhana, tetapi penuh sindiran yang halus dan melahirkan kesan yang mendalam.


26 Aug 2013

Kesusasteraan Melayu SPM 2013




KESUSASTERAAN MELAYU SPM 2013

Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian Satu dan Bahagian Dua.
Jawab semua soalan Bahagian Satu.
Jawab tiga soalan Bahagian Dua, iaitu satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.

Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan berasingan. Sekiranya terdapat kertas jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan.

Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Bahagian Satu
[40 markah]
Jawab semua soalan.

1. Jual kelapa nak beli ayam,
Jual ayam nak beli itik,
Kalau ada emas berkoyan,
Rupa hodoh pun jadi cantik.
(Dipetik daripada Seuntai Kasih Secebis Harapan]

Berikan dua unsur gaya bahasa yang terdapat dalam petikan seloka di atas.
[4 markah]

2. Maka titah baginda, “ Wah, anakku mengapatah anakku berkata yang demikian kerana yang salah itu ayahanda juga ini melainkan ayahanda minta ampun banyak-banyak kepada anakku kerana aku juga yang berbuat aniayakepada anakku dari sebab taksir ayahanda kurang periksa kerana anak sendiri pun disangkakan orang lain.” (Dipetik daripada Hikayat Indera Nata hal. 38)

Berikan dua pengajaran dalam petikan di atas. [4 markah]

3. Setelah datang seraya menyembah, “Ya tuanku, sekarang ada hamba memegang pencuri waktu hamba pergi ke sungai mengambil air akan masak nasi itu. Ketika itulah dia mencuri, patik punya juadah dan terlalu banyak dimakannya. Inilah orangnya hamba ikat apa juga perintah tuanku kerana itu ia juadah hamba mengambil upahan menjualkan juadah orang di dalam satu rupiah lakunya sepuluh sen upahnya.”
(Dipetik daripada Hikayat Cendawan Putih, Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan, hal. 67 – 68)

(a) Siapakan ‘tuanku’ dalam petikan? [2 markah]
(b) Apakah alasan pencuri itu memakan juadah penjual tersebut?
[2 markah]

4. Bahasaku,
kau ialah pengelana
yang menitiskan madu cinta pada tanah yang kontang
yang menyuburkan rindu pada segara ilmu
yang mencambah benih kasih pada pohonan kering dan daunan layu
( Dipetik daripada sajak Pengelana Waktu, Ruzaini Yahya )

Nyatakan satu gaya bahasa berserta contoh berdasarkan sajak di atas. [4markah ]

5. GULAM RUSSEL : Masjid untuk umat Islam semua bangsa dan keturunan dibina di tengah-tengah. Khutbahnya bergilir-gilir dalam bahasa Melayu, Inggeris, Urdu, Tamil dan Mandarin.

TULUS : Bulan Ramadan aka nada bazaar Ramadan dan majlis berbuka puasa yang boleh disertai semua kaum. Semua kedai makan kecuali restoran tertutup di hotel dibuka waktu siang. Semua bentuk persembahan ditiadakan selama sebulan, kecuali lagu-lagu nasyid dan bacaan al-Quran.
(Dipetik daripada drama “Muzikal Kampung Baru”, oleh Hatta Azad Khan)
hal 209

Nyatakan empat unsur Islam dalam petikan di atas. [4 Markah]

6. ZAHID: (Terperanjat) Aik... setahu aku rumah tangga kau tidak ada masalah. Selama ini bukankah kau hidup bahagia? Isteri kau Norhayati kan seorang yang baik, penyayang, agak warak, cantik pula. Masalah apa pula lagi? (Diam seketika) Beginilah Imran, kita ni bekerja dengan firma swasta, jika ada mana-mana bahagian bermasalah, seluruh firma turut terjejas. Apa kata kita bincang sedikit. Engkau tu kawan aku, tapi dalam kerja, kawan tu kita kena ketepikan. Aku harap kau faham maksud aku.
( Dipetik daripada drama “Menggapai Pelangi”, oleh Taha Abd Kadir hal. 313)

Berdasarkan petikan di atas, nyatakan empat perwatakan Norhayati. [4 Markah]

7. Suara ayah bergema memecah keheningan pagi. Jelas dan nyata kata-kata itu diucapkan kepadaku. Aku bergerak malas menuju ke tingkap. Kubuka tingkap yang sekian lama tertutup rapat. Terpelohong. Kicauan burung-burung pagi seperti menyampaikan salam kepadaku. Angin pagi menerpa masuk bagaikan manusia kebuluran menjamah makanan.
( Dipetik daripada cerpen “Benar Kata Ayah” oleh Ria Asmira, hal. 81)

Apakah yang dimaksudkan dengan gaya bahasa simile dan beri satu contoh gaya bahasa simile dalam petikan di atas. [4 markah]
8. Petikan tali gambus memukau tanah Malaya. Lenggok lagu-lagu yang menyentuh hati pautan terluah jari seni Sarjan Seman. Lelaki itu tidak pernah menunjukkan keresahan sewaktu berjuang mempertahankan Negara. Ketika peluru musuh himpang himpit di telinganya, dia terus menentang petualang tanpa rimbunan resah di hulu hati.
“ Kau pejuang tanah air, Seman.”
Seremaia Vakarusa menyapu peluhnya.
“ Pahlawan melayu sebenarnya berani.”
( Dipetik daripada cerpen “Rindu Tanah Malaya” karya Hashim Latiff, hal. 132-133)

Berikan dua nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas beserta contohnya
[4 markah]

9. “Semua orang kata Fariz salah! Nenek kata Fariz nakal, kakak cakap Fariz jahat dan polis-polis di lokap sana kata Fariz tak guna! Sekarang abang pun nak cakap macam tu?” Syed Fariz memandang Anuariza. Marah
(Dipetik daripada novel Jeriji Kasih karya Ramlah Abd Wahab)

Nyatakan dua perwatakan Syed Fariz sebagaimana yang digambarkan dalam petikan di atas. [4 markah ]

10. Hari itu Jalil berkonflik besar dengan ibunya. Ibunya berkeras untuk berpindah. Jalil pula berkeras tidak mahu berpindah. Konflik dua beranak itu berlarutan. Akhirnya Mak Teh membuat keputusan meninggalkan Jalil seorang diri. Harapannya Jalil akan mengalah dan mengikutinya kemudian.
( Petikan novel Dari Lembah Ke Puncak, halaman 27/28)

Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam petikan di atas. [4 markah]

Bahagian Dua
[60 markah]

Bahagian A
(Puisi Tradisional dan Prosa Klasik)
Jawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 2.

1. Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Puisi A

Jual lembu nak beli bahtera,
Pergi berniaga ke luar negeri,
Akhirnya Jenin dah kaya-raya,
Ingin berkahwin dengan puteri.

Puisi B

Jatuh ketumbar menimpa dahan,
Kembang cempaka di tepi halaman,
Turun ke lembah menanam kandis,
Cuaca redup singgah di paya,
Jika sabar menerima dugaan,
Itulah tanda orang beriman,
Tidak mudah digoda iblis,
Akhirnya hidup di puncak jaya.

(a) Bandingkan bentuk puisi di atas. [8 markah ]
(b) Nyatakan dua gambaran sifat orang beriman yang terdapat dalam Puisi B [8 markah ]
(c) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam Puisi B [4 markah ]

2. Berdasarkan Hikayat Indera Nata dalam teks Seuntai Kasih Secebis Harapan.
a) Jelaskan tiga perwatakan Indera Nata. [12 markah ]
b) Huraikan dua nilai murni dalam hikayat ini. [8 markah ]

Bahagian B
(Puisi Moden dan Drama)

Jawab sama ada Soalan 3 atau Soalan 4

3. Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
berikutnya.

DI DADA MEREKA ADA KHALID

Mereka tak pernah mengimpikan puja sanjung
dan nama menggunung
di dada mereka ada khalid
di tangan mereka pedang keberanian
di hati mereka berkubu keyakinan
seorang mati seribu lagi bingkas
mengipas bara perjuangan

Perjuangan suci tak pernah tunduk
pada igau kematian
mati hanya mampu menumpaskan pengecut
hidup hanya bererti buat yang berani
biar seribu tahun
perjuangan luhur jalannya berlumpur.

Di dada mereka ada khalid
singa garang di padang juang
setiap hari akan mereka nantikan
musuh pulang mengusung walang
musuh walang mengusung keranda teman.

Shahrunizam Abdul Talib
(Bera, Pahang)

a. Huraikan tiga ciri bentuk sajak di atas. [ 6 markah ]
b. Semangat patriotik merupakan tema sajak di atas, nyatakan tiga bukti semangat tersebut yang digambarkan oleh penyajak. [ 6 markah ]
c. Bincangkan empat keindahan bahasa yang terdapat dalam sajak di atas.[ 8 markah ]

4. Berdasarkan drama Dongeng Sang Puteri karya Wan Ahmad Ismail:

(a) Nyatakan pemikiran drama tersebut. [4 Markah]
(b) Jelaskan empat perwatakan Puteri Lelewati Ayu [8 Markah]
(c) Berdasarkan kreativiti anda, ciptakan empat dialog bagi menyambung petikan di bawah. [8 Markah]
PUTERA : Saya ingat, itu yang ingin nenek tanyakan, kerana kebanyakan orang singgah ke tempat saya sering bertanya perkara itu. Mereka sangkakan saya ini anak bangsawan apabila melihat hasil kerja seni saya. Habis apa nek?

KEBAYAN : Ramai yang lain pun menyangka nenek daripada golongan atasan. Eeemmm, dengar cerita, ada seorang lelaki sering berkunjung ke tempat Putera. Siapa dia?

PUTERA : Lelaki? Berkunjung ke tempat saya? Ramai yang datang. Tiga empat orang setiap hari, membeli barangan seni saya. Yang mana satu? Eeemmm, mungkin yang itu agaknya...
( Dipetik daripada drama “Dongeng Sang Puteri”, oleh Wan Ahmad Ismail
hal 249 )

Bahagian C
(Cerpen dan Novel)

Jawab sama ada Soalan 5 atau Soalan 6

5. Berdasarkan cerpen Anak Gembala karya Zahari Affandi :

a) Bincangkan tema cerpen di atas. [4 markah]
b) Huraikan dua persoalan dalam cerpen di atas. [8 markah]
c) Jelaskan empat perwatakan Mat Seman. [8 markah]

6. Berdasarkan novel Dari Lembah ke Puncak karya Ghazali Lateh,

Huraikan lima sifat gigih yang ada pada watak utama beserta contoh.
[20 markah ]

KERTAS SOALAN TAMAT


SKEMA JAWAPAN

Bahagian Satu

1. (i) Anafora [2+2 m]
Contoh: Jual kelapa nak beli ayam,
Jual ayam nak beli itik,
(ii) Sinkof [2+2 m]
Contoh: nak
(iii) Responsif [2+2 m]
Contoh: Jual kelapa nak beli ayam
Jual ayam nak beli itik
[Maksimum: 4 markah]

2. Pengajaran :

i Kita mestilah meminta maaf jika telah melakukan kesalahan. [2m]
ii Kita janganlah menganiayai orang lain apatah lagi anak atau ahli keluarga kita sendiri. [2m]
iii Sebelum mengambil sesuatu sesuatu tindakan, kita perlu menyisat terlebih dahulu. [2m]

[Maksimum: 4 markah ]

3 (a) Tuanku dalam petikan ialah Raden Kesuma Ningrat [ 2m]
(b) Alasan pencuri itu memakan juadah penjual kerana lapar akibat tidak

[Maksimum: 4 markah ]

4. Gaya bahasa :
Sinkof ,
cth: ku, kau [2m]

Anafora,
cth : yang menitiskan….
Yang menyuburkan….
Yang mencambah…. [2m]

Asonansi
cth;bahasaku ( vokal a ) [2m]

Aliterasi
cth ;yang menitiskan madu cinta pada tanah yang kontang . ( konsonan n ) [ 2m]
Frasa menarik cth:menyubur rindu/mencambah benih kasih/menitiskan madu cinta. [2m]

[Maksimum:4 markah]

5. Unsur Islam
i Masjid (1m)
ii Khutbah (1m)
iii Bulan Ramadan (1m)
iv Puasa (1m)
v Lagu-lagu nasyid (1m)
vi Al-Quran (1m)

[Maksimum: 4 markah]

6 a Perwatakan Hayati
i seorang yang baik hati [1m]
ii seorang yang penyayang [1m]
iii seorang yang warak [1m]
iv seorang yang cantik [1m]

[ Maksimum 4 markah]

7. Gaya bahasa simile ialah gaya bahasa perbandingan yang menggunakan kata banding contohnya seperti, bak, bagai, macam dan sebagainya.
[2m]
Contoh simile:
i. Kicauan burung-burung pagi seperti menyamapaikan salam kepadaku.
[ 2m]
ii. Angina pagi menerpa masuk bagaikan manusia kebuluran menjamah makanan. [ 2m]
[ Maksimum 4 markah]

8. Nilai murni:
i. Nilai keberanian
contohnya “pahlawan melayu sebenarnya berani”.
[ 2m]
ii. Nilai keyakinan
contohnya “lelaki itu tidak pernah menunjukkan keresahan
Sewaktu berjuang mempertahankan negara”
[2m]
iii. Nilai patriotisme
contonya “kau pejuang tanah air, Seman.
[ 2m]
[ Maksimum 4 markah]


9. Perwatakan Syed Fariz
i. nakal 2 m
ii. jahat 2 m
iii. tidak berguna 2 m

[ Maksimum 4 markah]

10 . i. Konflik dalam keluarga 2 m
ii. Tegas dalam menyatakan pendirian 2 m
[Maksimum 4 markah]

Bahagian Dua

Jawapan Soalan 1

Soalan 1 (a) Perbandingan bentuk Puisi A dan Puisi B.
Puisi A merupakan seloka
manakala puisi B ialah pantun lapan kerat. [2 m]

Puisi A terdiri daripada empat baris serangkap
manakala puisi B terdiri daripada lapan baris serangkap. [2 m]

Dalam puisi A, semua baris adalah maksud
tetapi dalam puisi B pula terdiri empat baris pembayang dan empat baris maksud. [2 m]

Rima akhir dalam puisi A dan puisi B adalah seimbang.
Rima akhir puisi A ialah abab, manakala rima akhir puisi B ialah aabcaabc.
[1 + 1 m]

Jumlah patah perkataan sebaris dalam puisi A dan puisi B adalah seimbang
iaitu antara empat hingga lima patah perkataan. [1+1 m]
cth. Ingin berkahwin dengan puteri – empat patah perkataan
cth. Jual lembu nak beli bahtera – lima patah perkataan

Jumlah suku kata sebaris dalam puisi A dan puisi B juga seimbang,
iaitu antara sembilan hingga sebelas suku kata. [1+1 m]
cth. Cua/ca re/dup sing/gah di/ pa/ya – sembilan suku kata
cth. Kem/bang cem/pa/ka di/ te/pi ha/la/man – sebelas suku kata

Kedua-dua puisi berbentuk terikat dengan ciri puisi Melayu lama. [2 m]

[Maksimum: 8 markah]

Soalan 1(b) Gambaran sifat orang beriman.

Seorang yang sabar dalam menerima dugaan/cabaran hidup.
cth. Jika sabar menerima dugaan . [ 2+2 m ]

Seorang yang beriman / taat pada agama.
cth. Itulah tanda orang beriman [ 2 + 2 m ]

Tidak mudah digoda syaitan. [ 2 + 2 m ]
cth. Tidak mudah digoda iblis
Memperolehi kejayaan dalam hidup.
cth. Akhir hidup di puncak jaya [ 2 + 2 m ]

[Maksimum: 8 markah]

Soalan 1c Pengajaran

(i) Kita hendaklah sabar/tabah dalam menghadapi dugaan hidup. [2 m ]

(ii) Kita hendaklah patuh/taat pada ajaran agama. [2 m]

(iii) Kita jangan mudah terpengaruh dengan godaan iblis. [2 m]

[Maksimum: 4 markah]

Jawapan Soalan 2

Soalan 2a Perwatakan indera Nata

(i) Seorang yang menghormati orang yang lebih tua. [2m]
Cth: Dia tunduk memberi hormat kepada raja-raja dari tujuh buah negeri yang datang untuk mengambil puteri mereka setelah berjaya diselamatkan oleh Indera Nata dan menjamu mereka. [2m]

(ii) Seorang yang pemaaf. [2m]
Cth: Dia telah meminta isterinya Tuan Puteri Cendera Kesuma menghidupkan semula ayandanya Raja Rom yang telah dibakarnya dan sanggup memaafkan kesalahan ayahandanya itu yang menyesali perbuatannya selama ini. [2m]

(iii) Seorang yang berani. [2m]
Cth: Dia melawan raksasa seorang diri setelah anak-anak raja yang mengiringinya lari bersembunyi apabila melihat raksasa yang besar lagi gagah perkasa. [2m]

(iv) Seorang yang gagah. [2m]
Cth: Raksasa tidak berjaya membunuh Indera Nata walaupun tubuhnya telah dimamah dan dihempas ke batu oleh raksasa. Malahan keluar api menyala-nyala dari tubuh Indera Nata. [2m]

[Maksimum: 10 markah]

Soalan 2b Nilai murni
i. Nilai keberanian [2m]
Cth: Indera Nata berani melawan raksasa yang begitu besardan gagah perkasa seorang diri. [2m]

ii. Nilai kesetiaan [2m]
Cth: Tujuh puteri yang diselamatkan oleh Indera Nata tidak mahu pulang ke negara mereka semula dan sanggup menghambakan dirinya kepada Indera Nata. [2m]

iii. Nilai kemaafan [2m]
Cth: Tuan Puteri Cenderawati sanggup memaafkan kesalahan suaminya Raja Rom kepadanya dahulu kerana dia tahu Si Batu Kembar yang telah meracuni fikiran suaminya dan menganggap setiap manusia tidak lepas daripada melakukan kesilapan. [2m]

iv. Nilai kekesalan [2m]
Cth: Raja Rom amat menyesal dengan perbuatannya selama ini kepada isteri dan anaknya, Indera Nata sehingga tidak dapat membezakan antara ahli keluarga sendiri dengan orang lain. [2m]

[ Maksimum:10 markah]

Jawapan Soalan 3

Soalan 3a.

i. Berjuang secara ikhlas tidak akan cepat mengalah/takut/cepat serah diri [1 m]

ii. Tidak takut dengan kematian/tidak gentar tentang mati/maut. [1 m]

iii. Kematian dapat menewaskan/mengalahkan golongan/orang pengecut. [1m]

iv. Kehidupan/hidup beerti kepada yang berani/orang yang berani. [1 m]

v. Biar hidup seribu tahun/lama lagi [1 m]

vi. Mereka akan terus berjuang / meneruskan perjuangan/pertahan Negara.[1 m]

[ Maksimum : 6 markah]

Soalan 3b.
i. Semangat tak pernah luntur/ di tangan mereka pedang keberanian/di hati mereka berkubu keyakinan. [ 2 m]

ii. Seorang mati seribu yang yang bangkit meneruskan perjuangan/ramai pejuang yang menunggu untuk berjuang/seorang mati seribu lagi bangkis. [ 2 m]

iii. Tidak takut pada kematiaan/tak pernah tunduk pada igau kematiaan. [ 2 m]

iv. Semangat perjuangan tidak pernah luntur/singa garang di padang juang. [2 m]

v. Sentiasa bersedia untuk berjuang/setiap hari akan mereka nantikan. [2 m]

[ Maksimum: 6 markah ]

Soalan 3c
i. Asonansi
pengulangan bunyi vokal a
baris 1 rangkap 3( di dada mereka ada khalid ) [2 m]

ii. Aliterasi
Pengulangan bunyi konsonan
- baris 1 rangkap 3(di dada mereka ada khlaid ) [2 m]

iii. sinkof
cth; tak [2 m]

iv. Responsif
cth; di dada mereka ada khalid
di tangan mereka pedang keberanian [2 m]

v. Anafora
cth; musuh pulang mengusung walang
musuh walang mengusung keranda teman [ 2 m]

vi. Metafora
cth ; pedang keberanian,bara perjuangan [2 m]
vii. Personifikasi
cth; mengipas bara perjuangan/ Perjuangan suci tak pernah tunduk [ 2 m]

[ Maksimum :8 markah]

Jawapan Soalan 4

Soalan 4a Pemikiran drama
i Dram a Dongeng Sang Puteri membawa pemikiran perbezaan darjat antara golongan istana dengan rakyat biasa.
Contohnya, konflik kehidupan berlaku apabilaTengku Mahmud golongan
istana berkahwin dengan seorang perempuan joget tanpa restu pihak istana.
[4 m]

[Maksimum: 4 markah ]

Soalan 4b Perwatakan Puteri Lelawati Ayu
i Seorang yang penyayang [1m]
Contohnya, dia amat menyayangi Nenek Kebayan. [1m]

ii Seorang yang suka merendah diri [1m]
Contohnya, Puteri selalu merendah diri dengan mengatakan dirinya hodoh, walhal dia seorang yang cantik. [1m]

iii Seorang yang setia [1m]
Contohnya, Puteri tetap setia bersama neneknya untuk tinggal di kawasan setinggan, walaupun ayah kandungnya mempelawa untuk tinggal di istana. [1m]

iv Seorang yang tidak suka meminta-minta [1m]
Contohnya, Puteri berpendapat orang yang suka meminta-minta merupakan ahli neraka. [1m]

v Seorang yang tabah [1m]
Contohnya, Puteri tabah menghadapi kehidupan yang miskin di kawasan setinggan yang busuk dan kotor. [1m]

vi Seorang yang tidak mudah mempercayai orang lain. [1m]
Contohnya, Puteri tidak cepat mempercayai kata-kataTengku Mahmud bahawa baginda merupakan ayahanda Puteri. Puteri menyiasat terlebih dahulu akan kata-kata Tengku Mahmud tersebut. [1m]

[Maksimum: 8 markah]

Soalan 4c : Rekacipta (empat) dialog drama
i Isi [2m]
ii Teknik [2m]
iii Bahasa [2m]
iv Kreativiti [2m]
[Maksimum : 8 markah]

Jawapan Soalan 5

Soalan 5(a)
Tema cerpen Anak Gembala ialah kegigihan dalam mempertahankan hak dan maruah diri. [2m]

Contohnya Mat Seman digambarkan gigih mempertahankan haknya untuk memelihara kerbaunya di Lembah Bilut walaupun diarah Penghulu Isa supaya berpindah. [2m]

Mat Seaman berusaha keras untuk mempertahankan haknya sebagai anak watan yang bibesarkan dalam keluarga yang pekerjaannya sebagai gembala kerbau daripada ditindas oleh pembangunan yang akan dijalankan di Lembah Bilut. [ 2m]

[Maksimum: 4 markah]

Soalan 5(b) Persolan yang terdapat dalam cerpen.

Persoalan pengorbanan seorang ketua keluarga. [1m]
Contoh: Mat Seman yang berkaki sebelah sanggup bersusah payah memelihara enam puluh ekor kerbau sebagai punca rezeki setelah berhenti menjadi askar. [1m]

Persoalan generasi muda yang mewarisi kepakaran dalam memelihara kerbau. [1m]
Contoh: Tidak mudah menyerah kalah walaupun kakinya dipotong. Mat Seman juga berani melepaskan kerbau peliharaannya bagi menghalang kerja-kerja pembangunan di Lembah Bilut. [1m]

Persoalan terhadap kecintaan terhadap ilmu. [1m]
Contah: Sutinah berhasrat untuk menghantar kesemua anak-anaknya ke universiti. Mat Seman pula berpandangan bahawa universiti adalah tempat untuk mendapatkan ilmu. Setelah berilmu mereka sendiri akan mewujudkan kerja. [1m]

Persoalan keberanian seorang lelaki. [1m]
Contoh: Mat Seman tidak mudah menyerah kalah walaupun kakinya dipotong dan berani melepaskan kerbau peliharaannya bagi menghalang kerja-kerja pembangunan di Lembah Bilut. [1m]

Persoalan pemodenan dan pembangunan yang mengancam budaya hidup di desa. [ 1m]
Contoh: Bagi Mat Seman, pembangunan di Lembah Bilut akan mengancam kesucian akhlak muda mudi di desa. [1m]

[Maksimum 8 markah]

Soalan 5(c) Perwatakan Mat Seman:

Seorang yang mencintai ilmu. [1m]
Contoh; Mat Seman bercita-cita supaya supaya semua anaknya belajar hingga ke universiti. [1m]

Seorang yang berpandangan jauh. [1m]
Contoh: Bagi Mat Seman pelajar lulusan universiti haruslah menjadi penternak moden seperti gembala lembu yang berkelulusan tinggi di Amerika Syarikat dan Australia. [1m]

Seorang yang tabah. [1m]
Contoh: Mat Seman seorang yang tabah. Walaupun kakinya putus dan bapanya meninggal dunia, Mat Seman tidak pernah mengalirkan air mata. Arwah bapanya dan datuknya telah mengasuh Mat Seman menjadi kuat. [1m]

Seorang yang berani.
Contoh: Mat Seman berani menentang pemodenan dan pembangunan yang akan mengancam budaya hidup di desa walaupun kakinya kudung. [1m]

Seorang yang pemurah. [1m]
Contoh: Mat Seman akan memberi baja tahi kerbau kepada orang kampung sebagai baja tanaman sayur-sayuran. Dia juga akan menyembelih kerbau setiap tahun pada Hari Raya Haji [1m]

[Maksimum 8 markah]

Jawapan Soalan 6
Sifat gigih watak utama :
. i. Gigih bekerja 1m
-Jalil gigih mengerjakan sawah untuk menyara kehidupannya 1m

ii. Gigih menuntut ilmu 1m
-Jalil gigih sehingga berjaya menjadi pelajar terbaik sekolahnya 1m

iii. Gigih menuntut hak 1m
-Jalil gigih berjuang untuk menuntut semula tanah arwah Pak Teh 1m

iv. Gigih menjayakan impian 1m
-Jalil gigih merealisasikan Taman Tema Nibung Park 1m

v. Gigih mencapai cita-cita 1m
-Jalil gigih berusaha mencapai cita-citanya menjadi usahawan
berjaya 1m

vi. Gigih mempertahankan pendiriannya 1m
-Jalil tetap dengan pendiriannya tidak mahu berpindah dari
kg Bukit Nibung walau pun terpaksa tinggal di dangau 1m

vii. Gigih melawan kemiskinan 1m
-Walaupun miskin Jalil masih berjaya menjadi anak kampung
berjaya 1m

viii. Gigih menghadapi orang kampung yang memulaukannya 1m
-Orang Kampung memulaukan Jalil dan keluarganya

ix. Gigih menunaikan wasiat arwah ayahnya 1m
-Jalil gigih mengumpul duit bagi menunaikan wasiat ayahnya
untuk memastikan tanah tersebut menjadi hak milik keluarganya 1m

x. Gigih menghadapi fitnah dan tuduhan orang kampung 1m
-Jalil gigih dan tenang menghadapi fitnah orang kampung yang
mengatakan abangnya Muhsin yang melarikan Biah 1m

[Maksimum: 20 markah]


4 Aug 2013

Estetik


Karya sastera merupakan garapan luapan perasaan pengarang yang dicurahkan dalam bentuk tulisan. Kata-kata yang digunakan pengarang adalah wahana penting yang menghubungkan karya dengan pembaca. Bahasa menjadi intisari utam sesebuah karya sastera. Sebagai karya seni yang mengandungi unsur keindahan, bahasa menjadi elemen penting dalam pernyataan keindahan tersebut. Sebuah karya sastera amat akrab dengan penggunaan bahasanya. Keindahan bahasa inilah yang menjadi nilai estetik karya berkaitan. Estetik yang termuat dalam bahasa berkaitan melenturkan pemikiran pengarang, kekuatan daya imaginatifnya, saranan emosi yang terbawa dalam karya serta amanat dan pesan yang mahu disampaikan dapat dikuliti melalui bahasanya.

Tokoh pengkaji ternama A. Teeuw menulis Tergantung pada Kata (1980). Buku ini menganalisis sepuluh puisi dari sepuluh penyair terkenal yang mewakili ciri-ciri pemakaian bahasa dan dan identiti estetik mereka. Kajian kebahasan dalam karya sastera ini dikenali sebagai stilsitika atau ilmu gaya bahasa. Umar Junus kemudian menghasilkan sebuah buku Stilistika Satu Pengantar (1989). Penciptaan karya sastera tidak terlepas dari penggunan stilistik yang menjadi identiti kebahasaan pengarangnya. Ini bermakna karakter bahasa berbeza antara seorang pengarang dengan pengarang yang lain. Perbezaan inilah yang meletakkan ketajaman estetik dan identiti estetik masing-masing. Wellek dan Warren (1995) melihat bahawa sifat estetis sesebuah karya itu meletakkan sesebuah karya sebagai mahakarya. Di samping itu penilaian estetis atas gaya bahasa, komposisi dan kekuatan penyampaian yang tercermin dalam pelbagai ujaran menjadi kriteria kehebatan sesebuah karya sastera.

Apakah Estetik?

Istilah estetik berasal dari bahasa latin “aestheticus” atau bahasa Yunani “aestheticos” yang bersumber dari kata “aithe” yang membawa maksud merasa. Estetik merupakan susunan bahagian daripada sesuatu yang berpola. Pola ini menyatukan bahagian-bahagian yang mengandungi keselarasan unsur sehingga menimbulkan keindahan. Estetik merupakan salah satu cabang ilmu pengetahuan yang membicarakan tentang keindahan dalam seni. Keindahan tersebut dapat dicapai melalui bentuk. Sekalipun estetik terus berubah mengikut selera masyarakat yang berubah. Namun prinsip-prinsip umum estetik dalam karya menjadi jambatan kepada kita mendapatkan pengalaman estetik.

Plato melihat keindahan sebagai dua bahagian. Pertama yang berkaitan dengan idea. Keduanya Plato menyebut bahawa bahwa yang indah dan sumber segala keindahan adalah yang paling sesderhana. Aristotle menyebutkan bahwa keindahan berkaitan keseimbangan dan keteraturan ukuran. Pandangan ini, menurut Aristotle, berlaku untuk benda-benda alam ataupun untuk karya seni buatan manusia. Karya seni yang dimaksudkan oleh Aristotle adalah sastera dan drama. Bagi Aristotle drama terutama dalam bentuk tragedi harus dinilai sebagai suatu peniruan. Karya seni diharapkan menjadi lambang atau simbol, yang maknanya dapat ditemukan dan dikenali oleh penggemar karya seni itu, berdasarkan pengalaman mereka sama ada mereka sebagai pembaca audien atau pemain.

Pada abad ke 20 para falsafah Barat membicarakan bidang estetik dengan memerhatikan apa yang disebut pengalaman estetik, baik dalam diri si seniman pencipta karya seni ataupun dalam diri para penggemar seni atau audien.

Terdapat pandangan yang menyatakan bahawa nilai seni dalam karya sastera tidak semata-mata terletak pada penggunaan bahasa. Keindahan bukan sekadar terpamer kepada kebolehan pengarang mengolah kata-kata saja, tetapi juga pada aspek-aspek lain yang berkaitan dengan seni pengalaman pengarang dan sebagainya. Dalam memahami nilai-nilai estetik pada karya sastera harus melihat pada hubungan antara aspek-aspek kesusastraan dengan kod-kod yang mendasarinya. Pemahaman ini berkait rapat dengan keilmuan semiotik.

Dalam melihat ke dalam sebuah karya sastera, ada tiga kelompok penting yang tidak harus dipisahkan iaitu penulis, karya, dan pembacanya. Ketetapan ini kemudian menghasilkan pandangan bahawa seseorang peneliti perlu mengetahui pengalaman estetik pembaca ketika mereka berhadapan dengan sebuah karya sastera. Hubungan estetik karya sastera dengan pembaca terletak pada proses pemaknaan yang dilakukan oleh pembaca karya sastera tersebut, di mana nantinya kita juga akan kembali berkaitan dengan penggunaan tanda-tanda atau semiotik pada karya sastera yang mereka baca.

Dengan menggunakan estetik sastera sebagai salah satu objek penelitian kesusasteraan, kita dapat menentukan makna atas pengalaman, emosi, dan perasaan yang terkandung dalam karya sastera tersebut sehingga pembaca menjadi pihak yang aktif. Ini menjelaskan bahawa dalam melihat estetik karya sastera bukanlah sekadar memerhati bahasa dan strukturnya dalam karya sastera. Ia harus ditumpukan kepada keseluruhan karya sastera berkenaan. Melihat ke dalam aspek-aspek unsur-unsur sastera yang terbentuk merupakan hasil dari pemikiran seni yang dituliskan kembali dalam karya sastera. Di sinilah letaknya nilai keindahan yang dapat ditemui pembaca. Hubungan karya dengan pembaca adalah memberi ruang kepada pembaca memahami apa yang tertulis dalam karya berkaitan.

Membaca merupakan proses penjelajahan ke dalam ruang teks. Ia tidak dibatasi oleh aksara tetapi proses membaca suatu karya sastera adalah perjalanan antara karya dengan pembacanya. Pembaca mencari kenikmatan membaca melalui narasi, penggunaan kata dan deksripsi yang dimuatkan pengarang melalui keupayaan dan ketrampilan pengarang mengolah bahasa. Keterikatan antara karya sastera dengan pembaca inilah yang membawa kepada pengalaman estetik. Apabila pembaca membaca karya sastera perkara penting yang ingin dicari adalah apakah pengalaman estetik yang terangkum dalam karya berkaitan.


Immanuel Kant menerusi “Critique of Aesthetic Judgement” mengungkapkan bahawa kita mengalami objek estetik dalam suatu tindakan perenungan yang bebas dari keinginan peribadi,rujukan terhadap realiti, pengaruh moral,serta kepentingan karya tersebut. Pengalaman estetik mempunyai jarak antara realiti sehari-hari dengan realiti yang tercipta di dalam karya sastera. Pengalaman baru yang diterima yang berbeza dari realiti yang kita rasakan dan alami sehari-hari, ini bermakna karya tersebut telah berhasil memberikan pengalaman estetik.

Karya seni diciptakan memiliki tujuan tertentu. Bagi masyarakat tradisional, karya seni biasanya digunakan sebagai pemujaan atau ritual, yang berkait dengan tuntutan agama, dan sebagai tontonan serta hiburan. Bagi masyarakat moden, karya sastera merupakan ekspresi diri, media pendidikan, industri, dan media komersial. Bagi seorang seniman, tujuan menciptakan sebuah karya seni digunakan sebagai ungkapan ekspresi peribadi, komunikasi idea, keindahan, dan sebagai hibura. Ketika seorang seniman menciptakan sebuah karya seni, maka nilai estetik akan terbentuk dalam sebuah karya seni tersebut. Setiap karya seni pastilah memiliki nilai-nilai keindahan, namun sesuatu yang indah belum tentu ia merupakan sebuah karya seni. Contohnya objek yang ada di sekitar kita seperti bintang, bulan, pantai, pergunungan, tasik dan sebagainya memiliki keindahan tetapi semua itu bukanlah sebuah karya seni.

Estetik dalam sebuah karya seni bertujuan melahirkan harmoni, agar tercipta suatu ketenteraman, ketenangan, kedamaian, dan kenyamanan yang mendatangkan kebahagiaan. Melalui kelima indera maka keindahan tersebut dapat merasakan dan menikmatinya. Perkara pertama dalam penikmatan karya seni adalah objek seni. Ia berkaitan dengan karya seni itu sendiri. Karya seni menghasilkan suatu bentuk seni yang indah. Ia tiba kepada audien dalam pelbagai media yakni visual dan audio. Media visual seperti seni tampak atau seni halus. Seni teater lebih kepada media audio dan visual, seni muzik lebih kepada media audio dan lain-lain. Persoalan yang diperdebatkan sejak zaman Plato dan Aristoteles mengenai objek seni berkisar pada ekspresi seni, unsur peniruan atau mimesis, persoalan seniman dan pengamatan seni itu sendiri.

Aspek seni berikutnya adalah penciptaan seni. Ia berkait dengan kreativiti dan ekspresi seniman atau penciptanya. Ia melibatkan aspek stail, gaya, pengaruh karya seni, serta persoalan yang termuat dalam karya berkaitan. Manakala khalayak seni melibatkan komunikasi karya seni dengan audien atau masyatakat. Bagaimana karya itu dapat dihayati dan berkomunikasi dengan khayalaknya. Kepentingan khalayak adalah untuk menjadikan karya seni itu dapat dihayati dan diterima masyarakat. Nilai seni akan berkait dengan dimensi pemikiran, kecenderungan dan norma dalam masyarakat. Ada karya yang dihasilkan tetapi dilupakan masyarakat maka karya itu gagal menemui khayalaknya. Aspek seterusnya adalah nilai seni. Nilai seni sering berhubungan dengan norma-norma yang terjelma dalam khalayak. Seni harus beriringan dengan penerimaan sosial dan keupayaan membawa nilai universal di dalamnya.

Aspek pengalaman seni merupakan komunikasi, penghayatan, dan apresiasi masyarakat dengan karya seni. Sebuah karya seni membuka komunikasi dengan khayalaknya. Ia membicarakan tentang pengalaman yang melibatkan panca indera, emosi, kecenderungan, minat, dan intusi seniman. Pengalaman seni berlaku dalam ruang waktu sebelum, semasa, dan sesudah. Ia kemudiannya membawa kepada konteks seni atau hubungan karya seni dengan khalayak. Apakah sebuah karya seni itu berupaya membawa apa yang diperlukan atau kecenderungan khalayaknya. Ia berkait pula dengan zaman, budaya, dan lingkaran kecenderungan khalayaknya. Pada zaman sebelum merdeka, karya-karya yang membawa nada perjuangan, kebebasan, pergelutan untuk melepaskan diri dari cengkaman penjajahan amat diterima masyarakat. Maka karya-karya Asas 50 misalnya, diterima khayalak kerana berupaya membawa nada, suara, emosi, dan kepentingan khalayaknya. Hubungan karya seni dan khalayak ini penting untuk menjadikan karya itu relevan, diterima dan dianggap sebagai karya seni yang indah dan bermakna.


Estetik Sajak Usman Awang.

Perhatikan sajak Kekasih di bawah ini :

Akan kupintal buih-buih
menjadi tali
mengikatmu
akan kuanyam gelombang-gelombang
menjadi hamparan
ranjang tidurmu

akan kutenun awan-gemawan
menjadi selendang
menudungi rambutmu

akan kujahit bayu gunung
menjadi baju
pakaian malammu

akan kupetik bintang timur
menjadi kerongsang
menyinari dadamu

akan kujolok bulan gerhana
menjadi lampu
menyuluhi rindu

akan kurebahkan matari
menjadi laut malammu
menghirup sakar madumu

Kekasih, hitunglah mimpi
yang membunuh realiti
dengan syurga ilusi.

Gambaran menyeluruh sajak ini yang menggunakan anafora dengan perulangan kalimat “akan ku…” pada setiap pembuka bait kecuali bait terakhir. Ia menimbulkan kesan perulangan dan pola paralelisme yang indah. Imej “buih-buih”, gelombang-gelombang, “awan-gemawan”, “bayu gunung”, “bintang timur”, “bulan gerhana”, “matahari” membawa maksud denotatif yang mudah difahami, namun implikasi konotatifnya menuntut renungan yang lebih teliti untuk mendapatkan impak metafizikalnya.
Objek buih membawa maksud suatu kesementaraan kerana buih ialah suatu lapisan tipis cecair dan buih ini mudah pecah sebagaimana terjadi pada buih sabun. Kehadiran kata buih adalah semata-mata untuk menimbulkan gambaran tidak kekal, kesementaraan, dan kehilangan. Ungkapan menganyam gelombang diasosiasikan dengan lautan yang merupakan sumber khazanah hidupan laut dan pelbagai harta dari pelbagai bentuk bernilai seperti permata dan minyak. Ia merupakan satu saranan kemewahan atau kemakmuran. Berlapiskan kemewahan, keselesaan, dan kelebihan ini membawa konotasi kepuasan yang dapat ditatap. Tidak ada rasa duka atau kekurangan sebaliknya disediakan dengan penuh kemewahan. Begitu juga dengan ungkapan awan-gemawan yang merupakan wap air yang bergumpalan seperti kapas putih yang berarak di langit luas. Awan membawa air dan bakal menjadi hujan yang akan turun ke bumi. Ia adalah kemakmurkan dan kesejahteraan yang dapat dirasa oleh bumi. Awan gemawan itu dijadikan tudung menutupi rambut secara konotatifnya menyerahkan segala kasih sayang sebagai balasan, hadiah, atau pemberian terhadap kesejahteraan seseorang.

Ungkapan bayu gunung membawa kesan rasa dingin dan selesa. Pertembungan antara kata bayu gunung dan pakaian malam semata-mata memberi gambaran keselesaan, kedamaian dan tenteram yang disediakan. Tidak ada gangguan sebaliknya selesa dan nyaman dalam tidur malamnya. Bintang timur pula lazimnya dikaitkan dengan pelaut dan nelayan yang menggunakan bintang sebagai penunjuk arah apabila berada di tengah samudera luas. Bintang timur dikaitkan dengan kerongsang mengias dada. Ia berusaha untuk menukilkan maksud ketulusan, keikhlasan, dan kematangan dalam membuat keputusan. Tidak ada emosi yang menganggu kerana semua dipangkalkan pada hati atau fikir yang rasional. Jelas pengarang mahu menunjukkan bahawa semuanya akan selamat, terkawal, dan matang. Tidak akan berlaku kelalaian atau tindakan negatif dalam membuat keputusan kerana payungnya adalah hati atau waras fikir dan akal bijak.

Pada penghujung sajak ini ditampilkan gambaran matahari dan sakar madumu.
Matahari akan menghirup sakar madumu. Ia merupakan kehadiran yanhg secara spontan dan tiba-tiba. Segala yang membina kemanjaan, keselamatan, kedewasaan, kematangan bertembung dengan implikasi baru dengan hadirnya matahari dan sakar madu. Sakar madu barangkali segala kemanisan, kejelitaan, kehalusan, dan kesempurnaan dan pengharapan boleh berakhir dengan kehadiran penganggu yang dijelmakan sebagai matahari. Segala yang indah dan lunak berdepan dengan risiko dan keterbalikan yang tajam. Seterunya cetus penyair :
Kekasih, hitunglah mimpi
yang membunuh realiti
dengan syurga ilusi.

Inilah pengakhiran sebuah kisah. Pada hujung sajak ini, pengarang mengembalikan realiti dan kesedaran baru. Bahawa manusia tidak harus tercampak dalam dunia ilusi yang melalaikan. Manusia harus berdiri pada realiti yang diterima. Ilusi akan membawa kepada kelalaian atau kepalusan tetapi realiti akan kekal sebagai kebenaran. Kalaulah kekasih konotasi kepada isteri maka ia sebagai peringatan. Bahawa perkahwinan bukan suatu ilusi tetapi tanggungjawab dan perkongsian. Cinta juga banyak diperangkap oleh ilusi dan akhirnya menjadikan manusia kecewa apabila menatap realiti. Tujuan penyair menamatkan sajak ini adalah untuk memberi peringatan bahawa cinta dan kasih sayang tidak abadi meski itulah yang diimpikan. Sebaliknya kita harus berpegang pada realiti meskipun ia tidak seindah yang diharapkan. Realiti jangan terbunuh oleh segala penyamaran mewah, unggul dan menawan. Soalnya sekarang siapa kekasih pada Usman Awang? Barangkali gadis, isteri atau sesiapa sahaja. Ia juga bolegh menukilkan konotasi baru seperti negara, tanah air atau kampung halaman.

kekasih - kopratasa

STATUS

Search This Blog

DAUN