ajari aku

Blog Mimbar Kata

tulislah

blog mimbar kata

sehelai daun

blog mimbar kata

hujan dalam sukma

blog mimbar kata

kaki memijak

blog mimbar kata

Showing posts with label sastera stpm. Show all posts
Showing posts with label sastera stpm. Show all posts

2 Jul 2019

kepenyairan sn baha zain

Baha Zain: Penyair, Eseis, Pemikir
Oleh SN PROF. EMERITUS DR. MUHAMMAD HAJI SALLEH


Baha Zain

PADA 15 Mac 2013, Panel Anugerah Sastera Negara telah memilih Baha Zain sebagai Sasterawan Negara Ke-12. Malah sebelum itu pun Baha Zain sudah diiktiraf sebagai seorang penyair, penulis esei dan penulis blog tersohor di Malaysia dan untuk sekian lamanya sudah pun mencapai suatu tahap gaya dan suara yang unik, dan watak kepengarangan yang sangat berbeza.

Dunia puisinya ditebar lebih luas. Beliau meninjau perkembangan di negaranya – termasuk kenyataan politik yang simpang-siur dan ekonomi yang tidak sama adil, tetapi dalam masa yang sama, amat prihatin terhadap segala hal yang berlaku dalam jagat diri dan dunia di luar dirinya – baik tragedi, peperangan, ironi, pergolakan sempadan mahupun pengembaraan. Semua ini mewarnai kehidupannya sebagai seorang penyair, lantas mempengaruhi karyanya.

Kehidupan awal Baha Zain dilatari oleh dunia kampung yang menjadi tempat beliau membesar. Tetapi di pihak yang lain beliau juga menjadi penghuni kota, tempat beliau menetap dan bekerja. Lantaran itu, tidak hairanlah jika karyanya banyak bertemakan proses perpindahan dari desa ke kota, dan juga proses kehancuran masyarakat tradisional – yang seterusnya meninggalkan kesan kepada penghijrahan itu, baik dari segi fizikal mahupun akliah. Namun, beliau tidak melebihkan desa mahupun bandar kerana kedua-duanya merupakan sebahagian daripada diri, nilainya serta sejarah hidupnya yang amat bererti baginya dalam dunia yang kacau ini. Baha Zain berusaha mengkaji watak dan hubungan antara manusia, memburu makna sebenar tanpa mengalah kepada klise dan tanggapan umum. Pembaca sering kali dibawa untuk meneroka pengalaman baru, dan dalam masa yang sama juga diajak menemui sesuatu yang bermakna daripada peristiwa yang saban hari berlaku dalam kehidupan kita.

Gaya intelektual

Bagi beberapa orang pengkaji, gaya karya beliau digolongkan ke dalam kumpulan puisi intelektual. Sajak intelektual ialah sajak yang berteraskan fikiran, atau menjadikan buah fikiran sebagai titik terasnya; bukan lagi perasaan yang dijadikan pusar seperti pada tahun-tahun sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua.

Gaya ialah tenunan watak, dan watak ialah peribadi dan pengenal. Gayanya agak susah untuk ditakrifkan. Tetapi seperti yang cuba saya sebutkan, bukan logika seluruhnya yang dituju. Walaupun gayanya ialah gaya intelektual namun yang sedang kita bincangkan ialah intelektual Melayu yang merasakan bahawa fikiran harus diimbangkan atau dilembutkan dengan perasaan yang baik. Oleh itu idea juga disampaikan dengan jalinan dan rujukan kepada perasaan – selain logik perbincangan. Dengarkan logika yang rimbun oleh tanah subur perasaan dan bawah sedar,

Kata-kata adalah daun
Lebat merimbun.

Datang musim,
Berdebu dan kering
Bertiup angin
Merembas segala
Yang ringan tak bermakna.

Yang tak terungkapkan
Tinggal diam
Alam kata
Terpendam segala.

Beliau memilih metafora untuk membawakan maknanya. Metafora ialah cara berfikir puisi/sastera dan yang lebih lembut dan lebih menyeluruh. Inilah salah satu teknik gaya intelektualnya yang juga meminjam ketidaklangsungan daripada sastera atau cara berfikir universalnya. Saya rasa ini bukan gaya yang konservatif tetapi menggunakan unsur puisi yang ternyata sudah berjaya ribuan tahun dan sejagat pula sifatnya.


Bahasa Baharuddin Zainal kelihatan bersahaja, namun ikhlas, menyentuh pinggir dan pusar perasaan, dan lunak berseni. Bahawa Baha memperlihatkan unsur-unsur gaya intelektual cukup jelas malah ada juga unsur akademik, iaitu yang mementingkan taakulan dan logik fikiran. Tetapi, seperti yang cuba saya sebutkan sebelum ini, logikanya lembut dan mudah lentur, taakulannya tidak keras dan tanpa pertimbangan unsur-unsur lain yang juga menyumbang kepada ekspresi yang lebih menyeluruh.

Yang dibawakan ialah gaya perbincangan; di dalamnya ialah suatu ajakan untuk terlibat dengan sesuatu idea dan mempertimbangkan hujah penyairnya. Hujah ini tidak memaksa kita menerima suatu keputusan atau kesimpulan, dan sering menyerahkannya kepada kita.

Dengarlah alur fikirannya berserta ajakan untuk turut menikmati perbincangan yang dibentangkan oleh penyair dalam sajak “Nama”. Beliau mempersoalkan makna nama dan bertanya apakah semua istilah itu kebetulan suatu penciptaan sahaja dan tiada logik kepadanya.

Tanpa nama bagaimana hendak membezakan
Pasir, batu, tanah atau kayu?

Beliau memulakannya dengan persoalan dan juga pertanyaan. Seterusnya beliau cuba berhujah:

Pasir tidak memerlukan nama
Batu tidak meminta nama
Tanah tidak mendaftarkan nama
Kayu tidak sedar apa namanya
Ini semua masalah manusia
Yang selalu gilakan nama.

Bersahaja, ringan, dengan tambahan sepalit humor ironi – kita diserahkan setimbun hujah. Hujahnya pula disokong hujah yang lain, sekali lagi dideretkan untuk penegasan,

Apa bezanya kalau kita menukar-nukar nama
Kayu jadi batu, batu jadi pasir dan pasir jadi tanah?

Melalui contoh-contoh di atas, beliau seakan-akan memalingkan kepada kita untuk bertanya pendapat dan tidak berminat untuk memutuskannya bagi pihak atau untuk kita. Ini gaya terkini untuk Malaysia, untuk bahasa Melayu yang sudah memasuki dunia demokratik dan intelektual. Bahasa harus dan selalu berubah dengan zaman dan pemikiran semasa. Selepas Kassim Ahmad, yang sedikit tajam dan menuntut persetujuan, Bahalah yang mengembangkan gaya ini.

Sebagai penyair muda lagi Baha memprotes bukan saja hal-hal yang berlaku dalam masyarakat 1960-an tetapi juga dalam cara beliau menyatakan pandangannya. Dari awal lagi beliau memilih untuk menjadi pemerhati yang kritis, yang enggan dikekang oleh propaganda atau slogan yang disogokkan oleh media massa mahupun politik. Baha memantau apa yang berlaku dalam masyarakat dan membuat penilaiannya sendiri.

Dilema penyair dan ramai orang muda adalah seperti yang dilakarkannya dalam sajak “Menyerah atau Melawan” (2008:52),

Sesekali manusia terlempar di gelap-gelita,
Bintang-bintang terdiam sementara,
Pagi menangguhkan sinarnya
Menghantar manusia ke dasar keberanian,
Budi bicara, akal dan pengalaman,
Memilih untuk menyerah atau melawan
Memadam atau menyalakan,
Sinar di samudera kehidupan …

Dalam baris-baris ini penyair melukis situasinya dan membuat kesimpulan untuk tidak menyerah kerana “betapa besarnya cahaya menunggu di depan”. Ada janji perubahan, pencerahan dan perkembangan yang lebih baik pada masa depan. Penyair harus bersabar untuk sementara waktu.
Mungkin inilah juga sebabnya mengapa beliau memilih untuk menetap di pinggir kota raya, pusat pemacu negara, tapak pembangunan dan kegagalan agar beliau dapat menilainya untuk abad kedua puluh dan kedua puluh satu. Dan tidak lupa juga menanti “sinar di samudera kehidupan”.
Daripada beberapa buah karya beliau yang awal lagi kita sudah dapat mengenali Baha sebagai seorang sasterawan yang dicorakkan kehidupan Malaysia kontemporari, penyair yang berjiwa terbuka dan murah hati, yang juga terpanggil untuk terus menilai dan mengkaji haluan yang dipilih oleh negaranya sambil tetap berpegang kepada pendiriannya (walaupun dalam kecelaruan senario politik dan globalisasi budaya yang terus bergelora). Bagi beliau globalisasi budaya telah “merenggut kehidupan sebilangan besar warga Malaysia apabila bandar-bandar tercemar dan nilai murni mulai reput oleh jelaga dan pencemaran”.



Pendekatan penyair ini terhadap tema puisinya tidak ubah seperti seorang yang mengupas bawang. Beliau mengupas kulit luar kehidupan warga Malaysia kontemporari untuk mendedahkan dilema, isu moral dan keseronokan mereka. Beliau yang tidak malu untuk menyampaikan pandangan, sering mengkritik kota raya yang mencengkam dan melemaskan warganya, seperti yang dilakarkan dalam karyanya yang berjudul “Kota Kertas Tandas”. Bait-baitnya berhujah dengan kita dan gerak logikanya cukup meyakinkan. Tidak menghairankan bukunya, Esei dan Puisi: Tentang Penulis dan Persekitarannya (2000), ialah koleksi puisi dan esei yang melukis protesnya terhadap arah nilai dan ekonomi yang memenangkan golongan kaya dan berkuasa.

Dalam Postponing Truth and Other Poems (2008), dunia kacau ini dilakar dengan dakwat hitam dan merah, dengan marah dan rasa rawan. Ini jelas dalam “Dari Sarajevo ke Jalan Lain ke Neraka” (2008:60). Kata penyair,

Ini adalah zaman yang mencatat sejarah silam,
Ibu-ibu dihamilkan dengan benih seribu dendam,
Anak-akan dilahirkan dengan tangisan pertama
di muncung senapang,
Ayah mereka tewas dengan lehernya ditusuk senjata tajam.

Dalam sebuah tulisan lain, saya pernah menulis (1986:77):
Sejak Perempuan dan Bayang-Bayang lagi sudah kita temui gaya yang khusus pada Baha Zain. Suaranya yang bersahaja, pengucapan hujahnya yang jujur, ditambah dengan garam sinisnya, maka karyanya mudah menjadi intens, misalnya dalam sajak-sajak seperti “Wajah Kota yang Kumal” dan “Kota Kertas Tandas”. Hal ini saya rasa, ialah suatu perkembangan di mana keghairahan nilai dapat juga diberikan salutan sinisme. Penyair juga terus mengekalkan humor ejekannya. Berbanding dengan penyair lain, nafas Baha agak panjang, sepanjang usaha mencari kata dan imejan. Idea dan imej dikenalkan kepada kita, dikembangkan hingga menjadi penuh dan memuaskan. Bahasa Baha lebih disaring daripada bahasa percakapan dan wacana akademik. Puisinya terletak pada kejituan ekspresi dan rincian baru. Beberapa baris daripada puisinya kekal dalam ingat pembaca kerana kebenaran maknanya diberikan muzik bahasa yang memasuki bawah sedar kita.

Dunia penyair yang membentangkan perbezaan dan persamaan

Baha Zain bermastautin untuk beberapa waktu di Jakarta dan Iowa, atau berkunjung ke beberapa kota dan negara, dan Amerika Syarikat, Eropah, Asia Barat dan Asia Timur serta Asia Tenggara. Puisi dan sasteralah yang membawanya ke sana untuk menghadiri persidangan kesusasteraan, pembacaan puisi dan wacana penerbitan. Namun, ada kalanya beliau juga ke luar negara untuk berlibur. Beliau pernah berkunjung ke China, Mesir, dan banyak negara Eropah. Semua tempat dan negara ini ialah pentas hidup baharu di tengah dunia baharu, dan tidak sedikit dijadikan sebagai titik perbandingan dengan situasi di negaranya. Selalu berfikir, selalu membandingkan dan menilai menjadikan, maka sajaknya selalu hidup dan bergerak ke hadapan. Sajak berikut melukis dunia mutakhir dengan warna ironinya (2008:157):

Apakah bezanya teh tarik dengan globalisasi
yang satu dibancuh di warung-warung lorong,
Yang lain itu dibancuh di White House, Washington, D.C.

Atas nama globalisasi pemimpin berkomplot sesama sendiri,
Atas nama liberalisasi mereka ganyang bahasa sendiri.
Apakah bezanya teh tarik dengan jati diri?
Sama saja – ditelan dan dikencing oleh liberalisasi.

“Liberalisasi” di sini bukan bermakna pembukaan minda dan dunia pemikiran, tetapi suatu dasar negara yang dianggap sebagai pelacur untuk digunakan oleh pemodal dari dalam dan luar negara.
Untuk dunia dalam dan luar negara banyak juga sajak awalnya yang menggunakan cat hitam atau kelabu untuk melukiskan wajahnya – alam yang rosak dan mulai musnah oleh kelalaian manusia. Manusia inilah juga yang memberikan potret kerakusan wang dan kuasa, dan merekalah juga antara penyebab pertumpahan darah yang tidak habis-habisnya. Puisinya sering terpercik dengan darah manusia yang tidak berdosa. Yang berdosalah yang mencipta kekacauan dan kematian ini.
Bagi beliau, London juga tidak terlepas daripada gambar suramnya. Sewaktu berada di sana, pada bulan Jun 1990 (2008:86), beliau mencatatkan baris-baris berikut:

Di kota kosmopolitan ini kita harus belajar mengira semula
Tak ada guru yang cekap, kecuali kalkulator atau keberanian
Itulah guru, itulah teman
Penghuninya hanyalah penonton dan murid yang keras atas pengalaman.
Penyair sebagai pengembara



Dalam sastera Melayu, kesedaran dunia yang lebih besar ini kita saksikan dalam karya seperti Hikayat Raja-raja Pasai dan Sulalat al-Salatin. Hikayat Hang Tuah melukis peta naratif manusia Melayu antarabangsa yang mengenali dunia secara alamiah kerana dia sendiri ialah penghuni dunia maritim, dan budayanya mengalun di lautan. Maka dia cepat berubah menjadi penghuni banyak pantai dan pondok. Dalam sastera moden, Hikayat Nakhoda Muda (1763) yang dikarang oleh anak nakhoda itu yang bernama Lauddin, di Lampung, serta karya Ahmad Rijaluddin, Hikayat Perintah Negeri Benggala di Pulau Pinang dan Kolkota, memulakannya pada 1810, dan setelah itu barulah diikuti oleh Abdullah Munsyi dan Harun Aminurrashid. Karya Baha Zain ialah salah satu perhentian dalam perantauan sastera Melayu-Nusantara yang tua dan luas rantau kembaranya.

Dunia yang rencam dan luas inilah yang kita baca atau kesan bayangnya dalam: Perempuan dan Bayang-bayang, Catatan Kertas Tengah Malam, Esei dan Puisi: Tentang Penulis dan Persekitarannya (2000) dan Postponing Truth (2008), yang terakhir ini puisi pilihan terbaharunya yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris.
Tetapi penglibatan sastera Baha Zain juga melangkaui batas puisi. Beliau juga menulis esei dan kritikan.

Penyair sebagai pengkritik

Sebagai pengkritik, sehingga kini Baharuddin Zainal sudah menerbitkan Mendekati Kesusasteraan (DBP: 1975), Esei Sastera Baharuddin Zainal (DBP: 1979), Esei dan Puisi Baha Zain: Tentang Penulis dan Persekitarannya (Pustaka Cipta: 2000), Berguru Pada Binatang (Pustaka Cipta: 2000), dan saya dimaklumkan bahawa sebuah kumpulan yang memuatkan esei terpilih daripada esei-eseinya dalam kolum Dewan Sastera.

Mengapa penyair harus juga menjadi pengkritik? Mengapa tidak dibiarkan pengkritik lain menulis tentang kejayaan dan kekurangan penyair dalam bidang ini? Apakah penyair merasakan bahawa oleh sebab mereka menulis puisi maka rahsia dan sihir bentuk ini lebih difahaminya dengan lebih mendalam dan benar? Apakah hanya pengarang dapat merasakan beban dan tanggungjawabnya dan tidak ramai manusia lain yang dapat masuk ke dalam siratan dan beban tanggungjawab ini?
Roland Barthes, sekitar 30 tahun yang lalu, mengisytiharkan kematian pengarang. Dalam beberapa maksud saya kira – kerana teks menjadi satu-satunya yang dibaca – fenomena ini lebih berlaku di Eropah, yang jatuh cinta dengan “textual criticism atau practical criticism” daripada negara-negara yang masih dekat dengan pembacaan lisan dan juga persembahan pertunjukan lama seperti wayang kulit dan selampit. Dalam menulis esei-esei begini, Baha bukan saja meniadakan kematian yang dipaksakan Barthes ke atas pengarang Eropah, tetapi juga seperti mengatakan, dengarlah suara dan kata-kata pengarang kita, yang masih petah berkata-kata dan terlibat dalam masalah masyarakatnya. Dialah yang lebih mengenali sastera, dan menghidupinya. Apabila dia berkata-kata, karya dan dunia sastera menjadi lebih jelas, lebih mendalam dan lebih indah.



Bagi seorang novelis, sajak ialah bentuk yang pendek dan mungkin tidak memuaskan. Mungkin yang kita bandingkan itu dapat diibaratkan seperti dua ekor burung yang berlainan bentuk dan spesiesnya: Misalnya raja udang yang kecil, indah dan laju terbangnya, dengan enggang yang lebih perlahan, tapi besar, megah dan juga dengan suara yang sama besarnya. Saya kira ini perbandingan yang tidak saksama – peribahasa Melayu menyebutnya membandingkan itik dengan ayam. Pendekatannya juga harus agak berlainan. Begitu juga ruang dan alatan puisi dan prosa naratif. Walaupun ada yang merasakan puisi itu terlalu pendek, kita tidak harus lupa bahawa puisilah bentuk yang mendahului prosa dan untuk ribuan tahun inilah yang menjadi wadah mongel alur fikiran dan naratif bangsa kita dan banyak bangsa yang lainnya. Puisilah yang menyimpan pemikiran terbijak bangsa-bangsa kita dalam perumpamaan, teromba, perbilangan dan sebagainya. Tradisi puisi kecil dan layangan ini terdapat di China, Korea, Jepun, dan di daerah Melayu-Nusantara dalam bentuk pantun dan pelbagai lagi.

Yang pendek itu padat, rapi dan disusun seperlunya. Puisi pendek tiada memperlihatkan lebihan atau pembaziran. Tetapi puisi juga tidak seperti sebuah karya matematik yang menuju terus kepada kesimpulannya. Sering dipilih oleh puisi ialah jalan lain, yang tidak langsung tetapi mencabar imaginasi dan kreativiti kita – dan memuatkan kias dan ibarat – cara yang lebih estetik dan menggoda perasaan serta taakulan.

Seperti gaya puisi Baha, pendekatan eseinya juga pintar dan ghairah, walaupun bahasanya diringankan untuk kesan yang lebih efektif. Walaupun berfikir tentang sesuatu persoalan cukup lama tetapi Baha masih berupaya memberikannya gerak yang baik malah sering menawan pembacanya. Keindahan ini bukan sahaja terletak pada pendekatannya, malah pada bahasanya. Saya terkesan bahawa pada tahun-tahun 1970-an, tulisan beliau banyak belajar daripada bahasa dan persekitaran sastera Indonesia yang dinamik dan baru dicanai oleh keperluan dan percampuran bahasa-bahasa di Jakarta dan kota-kota lain. Tetapi pada umumnya ini berlaku hanya pada peringkat permulaan – dari tapak kukuh ini beliau membina bahasa kritikannya sendiri. Namun sesekali terbaca juga pengaruh bahasa Goenawan Mohamad yang sangat menggoda itu dalam beberapa esei beliau.
Beliau pengkritik yang selalu terlibat dan keterlibatan ini merangsangnya untuk memikirkan masalah serta penyelesaiannya sendiri di luar pengaruh atau contoh dari luar. Dalam contoh berikut, misalnya Baha berwacana tentang bentuk dalam kolumnya (Disember, 2009: 6-7):

Kalau bentuk tidak memberikan banyak pilihan kepada sasterawan, dan tema ada pelbagai macam dan jenisnya dalam kehidupan sehingga memaksa pengarang yang perasa memikirkannya secara sedar – pengarang tersebut akhirnya akan sampai kepada suatu kenyataan hakiki, iaitu kemanusiaan dan ketuhanan. Hal ini ialah matlamat pengembaraan yang terunggul, yang tidak kering-kering digali sedalam dan selama mana pun…

Temanya selalu baru, terutama dalam kolum “Monolog Kecil” Dewan Sastera – dan penulis esei ini juga mengembara daripada soal-soal tentang kepengarangan dan penulisan kepada pengalaman sastera yang bertebaran di mana-mana, masalah negara, cetusan fikiran daripada pengarang-pengarang yang sedang dibacanya, hinggalah pengalamannya yang panjang di Dewan Bahasa dan Pustaka. Esei memberikannya ruang untuk mengembara dalam idea, membandingkan zaman dan makna. Tetapi yang selalu hadir ialah makna sastera dan fungsinya, sasarannya – kebenaran dan tanggungjawab moral pengarang. Kata beliau dalam “Catatan kepada Seorang Moderator”, “penulisan adalah amanah dan tanggungjawab yang sebenarnya: memperjuangkan kebenaran Tuhan dan kebaikan untuk manusia”. Beliau sering membaca karya-karya falsafah, komunikasi, sastera mutakhir serta juga majalah berita mingguan antarabangsa. Malah beliau sendiri pernah mencuba menerbitkan sebuah di Malaysia. Tetapi malangnya ketiadaan penulis yang baik dan pasaran yang sangat kecil menggagalkan usahanya ini.

A.F. Yassin melaporkan pengakuan Baha Zain pada malam pelancaran bukunya Belajar daripada Binatang dan Esei dan Puisi Bahasa Zain: Tentang Penulis dan Persekitarannya. Buku pertama ini ialah sebuah fabel, suatu kumpulan analogi, puisi-prosa naratif tentang hidup pada kurun ke-20 dan 21 ini.

Baha Zain artikulit dalam bicaranya tentang binatang. Baha Zain bercerita tentang katak, tentang ayam, tentang naga, tentang singa, tentang beruk, tentang lembu, tentang kancil, tentang helang, tentang ular senduk, tentang pipit (sejenis burung tentunya) dan tentang gajah. Ada lelucon dalam ceritanya dan menjadikan orang ketawa. Namun mereka secara tidak langsung mentertawakan diri manusia itu sendiri, bukan haiwan yang menjadi watak antagonis dan protagonis cerita.

Yang disasarkannya ialah makna kehidupan atau pelajaran yang tersedia buat manusia oleh alam dan bahagian-bahagiannya. Baha mungkin sealiran dengan pandangan peribahasa Riau, “Kalau nak belajar tentang manusia masuklah ke belantara”. Di belantara dia akan dapat mengutip makna, manik-manik kebijaksanaan dan moral yang tahan zaman dan tempat. A.F Yassin mengutip beliau sekali lagi:
Saya bercerita dan berkarya atas isu moral bukan isu politik dan ada yang menganggap karya saya sinikal.

Dan ternyata penyair ini tidak begitu menyayangi suku manusia yang dinamakan ahli politik, kerana mereka mencari kuasa, dan kuasa sering menghalalkan semua cara. Penyair, sasterawan, sejarawan dan ahli falsafah mencari kenyataan dan kebenaran. Dua suku ini akan selalu bertembung dan beradu pandangan hidup, dan kadang-kadang, walaupun tidak di Malaysia, golongan kedua ini dipenjarakan. Di Malaysia mereka hanya diintip, diikut dan ditakutkan. Mungkin sekarang ini mereka tidak pun terlalu dipedulikan kerana ahli politik tidak membaca sastera dan tidak tahu bagaimana sastera boleh mempengaruhi sesiapa pun. Jadi dibiarkan kerana kuasa sastera sudah menjadi terlalu kecil dan tidak akan menjatuhkan kuasa kerajaan.


Rupa lain puisi Baha Zain

Karya Baha diterjemahkan dalam bahasa-bahasa Inggeris, Korea, Rusia, Thai dan beberapa yang lainnya. Saya terlibat dalam penterjemahannya ke dalam bahasa Inggeris dan ingin berkongsi sedikit pengalaman saya dengan karya beliau. Selain mengkaji, saya menterjemah beberapa puluh buah sajak Baha Zain, yang terakhirdalam Postponing Truth and Other Poems (2008). Kita dapat mendekati puisi dan juga pengarangnya melalui kajian, tetapi saya kira, apabila kita menterjemah karya-karya seseorang pengarang, maka apabila kita rela atau tidak, kita akan masuk ke dalam rahsia-rahsia, yang diungkapkan bawah sedarnya, metaforanya yang berulang, jumlah kekasihnya dan juga mimpinya. Kita menjadi lebih akrab dengan setiap baris dan kata, idea dan sentimen, kerana setiapnya harus difahami sebaiknya, dan setelah itu dicarikan penjodoh bahasa sasarannya. Oleh yang demikian, seorang penterjemah ialah seorang sahabat yang menyokong, tetapi seorang penyimpan rahsia yang mungkin menghamburkan rahsia itu pada bila-bila masa, terutama apabila penerbitnya tidak melunakkan royalti seperti sepatutnya!

Saya mula menterjemah karya Baha sejak akhir tahun 1960-an kerana tidak ramai penterjemah pada zaman itu (malah sekarang juga), terutama daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris.
Sebagai seorang penterjemah karya beliau, saya mendapati agak lebih mudah memindahkan gaya serta kandungan karyanya ke dalam bahasa Inggeris. Memang ada beberapa kata-kata atau konteks kampung dan budaya Melayu/Malaysia yang tidak selalu mudah diinggeriskan, tetapi pada umumnya beliau berkata-kata dalam bahasa kontemporari, dan bahasa kontemporari Melayu juga bertindih ruang dan metafora dengan Inggeris.

Banyak tema yang dulunya menjadi khusus Eropah tetapi kini menjadi persoalan bersama: Keruntuhan budaya dan masyarakat desa, pemanasan dunia, keganasan, hak asasi manusia, kemiskinan dan juga peminggiran nilai moral yang pernah menjadi lunas utama kehidupan. Banyak tema ini juga disentuh dan dijadikan pusar persoalan dalam sajak dan eseinya.

Dan pada perasaan saya, kemerduan bahasanya juga dapat mengalir dengan cara yang tidak terlalu sulit ke dalam bahasa sasarannya. Misalnya dalam sajak “I am Kuala Lumpur”, “Akulah Kuala Lumpur”, (2008:164),

I am Kuala Lumpur
In my moments of sanity
There are no clogged roads,
The streets are clear
The snatch thief is still without his victim
The prostitute is asleep
All is at peace….

Tulisan Baha tidak melukiskan bahawa “segalanya aman”/ “all is at peace”. Malah sebaliknya – beliau mengajak dan sesekali mengheret pembacanya untuk berfikir (kerana sastera harus berfikir) dan bukan hanya sejumlah kata-kata, atau sekarung sentimen tipis dalam klise yang mengasarkan dan menjauhkan kita dari dunia dan seni madani. Setelah membaca sajak dan eseinya, kita merasakan bahawa kita sudah sampai ke daerah yang jarang kita masuki dan telah diperkaya oleh pengalaman sastera itu. Daerah ini bukan sahaja bersifat geografi, tetapi meliputi suatu benua perasaan, pemikiran, idea dan makna suatu kehidupan.

Demikianlah pembacaan saya terhadap karya Baha Zain, penyair, eseis dan pemikir.

Rujukan:

A.F Yassin, afyassin.wordpress.com/personalities/profile/zam…/baha/ diakses 3 Apri, 2013.
Baha Zain, 1974. Perempuan dan Bayang-bayang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Baha Zain, 1978. Dari Kertas Catatan Tengah Malam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Baha Zain, 2008, Postponing Truth. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Baha Zain, 1980. Tiga Catatan Perjalanan/Three Sketcehs from a Journey. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Haji Salleh, 2006. Menyeberang Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Catatan: Ucaptama ini telah disampaikan dalam majlis Bicara Baha Zain pada 22 Mei 2013 di Dewan Bahasa dan Pustaka.

klikweb

22 Jan 2016

KMK 2016 Kertas 4




Kesusasteraan Melayu Komunikatif
Kertas 4 Kerja Kursus

Arahan kepada calon:

Kerja kursus ini wajib dilaksanakan oleh setiap ca/on STPM, iaitu ca/on sekolah kerajaan, ca/on sekolah bantuan kerajaan, ca/on sekolah swasta, dan ca/on persendirian individu sebagai sebahagian daripada komponen pentaksiran sepanjang penggal 2 dan penggal 3.

Ada tiga soa/an kerja kursus yang dikemukakan. Anda dikehendaki memilih satn soalan sahaja. Ca/on mesti menyerahkan kerja kursus tersebut kepada guru!pemeriksa untuk dinilai.

Ca/on juga mesti melaksanakan semua aspek berkaitan dengan kerja kursus seperti yang ditetapkan dalam Manual Kerja Kursus Kesusasteraan Melayu Komunikatif.

Markah penuh bagi kerja kursus ini ialah 60 markah.

Calon dikehendaki memilih satu daripada tiga soalan kerja kursus yang berikut:

1 Tulis sebuah esei tentang budaya berdasarkan karya sastera yang anda kaj i.

Arahan

Esei ini hendaklah mengandungi:

(a) Pengenalan
(b) Objektifkajian
(c) Kaedah kajian
(d) Isi kajian
(e) Penutup
(f) Senarai rujukan

2 Kemukakan satu portfolio seorang tokoh yang dikenali yang mempunyai peribadi seperti Tun Perak dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), selenggaraan A. Samad Ahmad, (2003), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Arahan

Portfolio ini hendaklah mengandungi:

(a) Pengenalan
(b) Objektifkajian
(c) Kaedah kajian
(d) Isi kajian
(e) Penutup
(j) Senarai rujukan

3 Hasilkan satu persembahan multimedia berdasarkan talibun "Keindahan dan Kemakmuran Negeri" seperti yang termuat dalam Permata Sastera Melayu, selenggaraan Majlis Peperiksaan Malaysia, (2012), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Arahan

(a) Hasil kerja tersebut hendaklah mengandungi elemen multimedia, iaitu grafik, animasi, teks, dan audio-visual.
(b) Tempoh persembahan multimedia adalah antara tiga hingga lima mini!.
(c) Hasil persembahan multimedia hendaklah dihantar dalam cakera padat (CD). Nyatakan spesifikasi yang anda gunakan dalam menghasilkan tugasan tersebut. Contohnya: Power Point, Mikromedia Flash Nlx, Movie Maker, dan sebagainya.
(d) Calon perlu menyediakan laporan bertulis tentang projek multimedia yang dihasilkan.
Laporan tersebut hendaklah mengandungi perkara-perkara yang berikut.
(i) Sinopsis projek
(ii) Papan cerita

mpm 

7 Mar 2015

Sulalatus Salatin : Adat Istiadat dan Pantang Larang

Adat Istiadat dan Pantang Larang Dalam Sulalatus Salatin

 foto hiasan

ADAT ISTIADAT

Adat mengadap raja di balairung,

Para pembesar akan disusun mengikut pangkat kebesaran masing-masing. Bendahara, Penghulu Bendahari dan Temenggung akan duduk di seri balai. Anak-anak raja akan duduk dibahagian serambi balai sebelah kiri dan kanan. Sida-sida yang muda-muda akan duduk berselang seli dengan Bentara dan hulubalang yang berdiri di ketapakan balai.

Istiadat raja ke istana.

Gendang adi dipalu sebanyak tujuh ragam, nafiri dibunyikan. Sampai kali ke tujuh, maka raja pun keluar bergajah di arak ke istana. Mereka yang hadir akan duduk di tanah.

Adat menjunjung duli

Empat lima orang kepala bentara yang terdiri daripada sida-sida akan duduk di Seri balai. Segala perkakas diraja seperti ketur,kendi.kipas,dan barang sebagainya diselang selang kedudukannya. Sementara puan dan pedang berada dikelekan kiri dan kanan. Pedang kerajaan akan dipikul oleh Laksamana atau Seri Bija DiRaja.

Adat menyambut kedatangan Utusan Kerajaan dari Iuar.

Sambutan terhadap kedalangan utusan adalah berbeza mengikut tahap kebesaran kerajaan tersebut. Apabila utusan dari kerajaan yang besar seperti Pasai dan Haru, sambutannya menggunakan selengkap alat kerajaan seperti gendang, serunai bcergajah dan lain-lain. Sekiranya utusan datang dari negeri yang kurang kebesarannya, alat kelengkapan keraiaan untuk sambutan akan dikurangkan, cukup sekadar gendang, serunai sahaja, atau berpayung kuning atau bergajah. Walau bagaimanapun sepersalinan tetap akan diberikan.

Adat penganugerahan gelaran.

Adat ini dimulakan dengan menjemput mereka yang menerima gelaran ke istana. Jemputan penganugerahan adalah mengikut pangkat dan gelaran yang akan diterima. Jika "Perserian" orang besar-besar akan menjemputnya. Jika "Persangan",orang kecil menjemputnya. Jika "Pertuanan", orang sedang menjemputnya. Orang yang menerima anugerah akan dijemput dengan menggunakan gajah atau kuda. Di istana, riwayat mereka akan dibaca dan diberi persalinan mengikut gelaran yang diberikan. Untuk Bendahara diberi lima ceper persalinan, anak raja dan menteri empat ceper persalinan, dan ada yang tiada berceper sekadar diampu oleh hamba raja.

Adat istiadat perkahwinan di Raja

Adat ini dimulakan dengan adat meminang dan adat berjaga-jaga selama empat puluh hari empat puluh malam. Setelah selesai adat berjaga-jaga itu barulah diadakan majlis akad nikah. Misalnya perkahwinan antara Raja Omar dengan Raja Fatimah, bermula dengan menghantar sirih pinang dan emas belanja, perarakan dengan gajah dan akad nikah oleh kadi.

Adat menyambut malam tujuh likur atau malam dua puluh tujuh.

Pada waktu siangnya sejadah akan diarak ke masjid. Temenggung akan gajah, puan serta segala alat kerajaan dan gendang akan dibawa terlebih dulu ke masjid. Keesokannya, laksamana akan mengarakkan serban. Raia-raja Melayu akan berangkat ke masjid bertengkolok dan berbaju sarung.

Adat Raja Berangkat pada hari raya secara berusungan

Raja akan berangkat dengan usungan. Kepala usungan kanan akan dipegang oleh Penghulu Bendahari dan sebelah kiri oleh Laksamana. Di sebelah belakang pula Menteri Kedua. Hulubalang berjalan di hadapan raja dengan membawa alat kerajaan di kiri dan kanan, sementara Bentara memikul pedang. Bendahara berjalan di belakang raja dengan kadi, pakeh segala orang besar dan segala menteri yang tua.

Adat menyambut hari raya.

Bendahara dan segala Orang Besar-besar akan duduk berkampung dan usungan akan diarak oleh Penghulu Bendahari. Apabila usungan tiba, segala orang yang duduk dibalai turun berdiri, beratur bersaf-saf gendang akan dipalu tujuh ragam, diiringi nafiri. selepas tujuh kali, raja berangkat menaiki gajah dan diarak ke masjid dan barulah ke istana.

foto hiasan


PANTANG LARANG

Larangan memakai barangan berwarna kuning.

Orang-orang kebanyakan dilarang memakai sapu Langan, tepi tabir dan bantal besar yang berwarna kuning. Kain baju, destar yang berwarna kuning boleh dipakai sekiranya dianugerahkan oleh raja.

Larangan berbuat rumah bermanjungan bertiang gantung.

Rakyat dilarang membina rumah yang bertiang gantung dan tidak terletak ke tanah atau bertiang terus dari atap .

Larangan memakai penduk dan teterapan keris.

Orang kebanyakan dilarang bergelang kaki emas dan berkeroncong emas berkepala perak kecuali yang dianugerahkan oleh raja.

Larangan bertengkolok dan berbaju sarung.

Rakyat biasa tidak dibenarkan memakai baju sarung dan bertengkolok pada hari perkahwinan kecuali dikurniakan oleh raja. Sekiranya adat ini tidak dipatuhi, akan dikenakan hukuman denda

Larangan berbaju keling.

Rakyat tidak dibenarkan memakai pakaian ini kecuali disediakan oleh orang-orang Besar. Sekiranya adat ini tidak dipatuhi akan dikenakan hukuman denda.

Larangan berkelakuan biadap terhadap raja pembesar.

Rakyat mesti menghormati raja dan pembesar, sekiranya engkar akan dijatuhkan hukuman bunuh. Contohnya Perpatih Hitam cuba dibunuh oleh Laksamana kerana menguis tikar di hadapan Bendahara.

foto hiasan

Larangan menyebarkan fitnah.

Perbuatan menyebarkan fitnah adalah berdosa besar. Malah menyebabkan orang yang tidak bersalah teraniaya. Hukuman bunuh terhadap orang yang menyebar fitnah. Contohnya, Raja Mandaliar dan Kitul dijatuhkan hukuman bunuh kerana mereka yang bertanggun9jawab menyebarkan fitnah.

Larangan tidak mengikut perintah raja.

Rakyat atau pembesar mesti mematuhi perintah kerana jika ingkar akan dikenakan hukuman bunuh. Contohnya, Seri Bija Diraja diperintahkan bunuh oleh Sultan Mahmud Syah kerana tidak datang menghadap pada hari raya.

Larangan memakai sesuatu yang menjadi hak seperti isteri dan gundik raja.

Sesuatu yang menjadi hak raja tidak boleh diganggu kerana akan dijatuhkan hukuman bunuh. Contoh hukumah bunuh yang dijatuhkan kepada Hang Tuah yang dikatakan telah bermesra dengan salah seorang gundik raja.

foto hiasan

Larangan menderhaka.

Rakyat tidak boleh sesekali menderhaka kepada raja. Sekiranya menderhaka, mereka akan dikenakan hukuman bunuh. Contohnya hukuman bunuh ke atas Bendahara Seri Maharaja serta seluruh ahli keluarganya kecuali Tun Fatimah kerana dikatakan Bendahara sedang merancang untuk merampas kuasa atau cuba mencabar hak dan kedudukan raja.

Larangan menggunakan paying putih dan kuning

Payung kuning untuk anak-anak raja dan orang-orang Besar. Manakala payung putih untuk raja. Sekiranya tidak dipatuhi akan dikenakan didenda pati, yakni sekati lima.

Larangan bersekedudukan dengan isteri orang atau merampas isteri orang

Hukuman bunuh boleh dilakukan oleh si suami. Contohnya Tun Biajid menimang-nimang lembingnya pada sultan kerana perbuatan Sultan Mahmud Syah berkendak dengan isterinya. Pengiring sultan cuba membunuh Tun Biajid kerana berkelakuan biadap depan sultan tetapi baginda melarang kerana tindakan Tun Biajid betul dari segi undang-undang.

Larangan mencuri dan mengambil harta orang atau barang orang yang tercicir.

Hukuman kepada pencuri ialah hukuman bunuh. Sesiapa yang terjumpa harta mesti dihantar ke balai yang disediakan. Contohnya, semasa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah, baginda bertindak membunuh pencuri-¬pencuri yang ditemuinya pada malam baginda menyamar keluar untuk membanteras kegiatan kecurian yang terlalu berleluasa.

Larangan menyembah pembesar sebelum menyembah raja atau di hadapan raja.

Perbuatan menyembah pembesar sebelum menyembah raja akan dihukum cerca. Contohnya, Bendahara Seri Maharaja telah mencerca Raja Mandeliar kerana hendak menyembah Bendahara Seri Maharaja di balai raja.

foto hiasan

Larangan mengambil tunangan atau anak dara orang.

Hukuman bunuh akan dikenakan. Contohnya, Sultan Abdul Jamal berusaha membunuh Hang Nadim kerana telah melarikan tunangannya Tun Teja. Tetapi gagal kerana Hang Nadim sempat berlepas menyelamatkan diri dengan kembali ke Melaka.

Larangan-larangan diraja mengenai perhiasan, pakaian dan peralatan diraja

Larangan-larangan memakai kain kuning, membuat rumah dengan bentuk tertentu, membuat perahu dengan kelengkapan tertentu, memakai perhiasan emas, memakai keris tertentu dan lain-lain akan dikenakan hukuman sekati lima.

foto hiasan

KEPENTINGAN ADAT ISTIADAT  DAN  PANTANG LARANG

1. Menggambarkan keagungan dan kebesaran raja

Kedudukan raja yang tinggi dalam struktur pemerintahan dapat dilihat melalui segala adat istiadat dan juga pantang larang yang menunjukkan perbezaan ketara dengan golngan rakyat. Sebagai contoh, kedudukan raja semasa dalam balai penghadapan. Begitu juga dari segi pemakaian emas adalah barangan yang amat berharga adalah khusus untuk untuk golongan raja sahaja. Ini menunjukkan kedudukan dan ketinggian martabat raja di kalangan rakyat.

2. Menggambarkan Keagungan Kerajaan Melayu Melaka.

Adat istiadat yang disusun dan diperkenalkan oleh Sultan Muhammad Syah menunjukkan Kerajaan Melayu Melaka sebagai sebuah kerajaan yang agung, besar dan berdaulat. Sistem pentadbiran yang tersusun di mana raja sebagai pemerintah dibantu oleh pembesar-pembesar yang berwibawa bagi melancarkan perjalanan pentadbiran negeri.

3. Menggambarkan kesetiaan Rakyat.

Melalui adat istiadat dan pantang larang dapat menggambarkan masyarakat Melayu yang taat dan patuh serta sanggup menjunjung segala perintah dan peraturan yang dikenakan oleh golongan pemerintah. Mereka beranggapan bahawa golongan raja adalah berdaulat dan wajib ditaati dengan berpegang teguh prinsip :Pantang Melayu Derhaka Kepada Raja”.

4. Mengukuhkan Institusi Istana dan Pembesar Melayu

Melalui adat istiadat dan pantang larang dapat menggambarkan institusi istana dan kuasa pembesar dilindungi daripada ancaman jahat yang cuba untuk menjatuhkan mereka kerana melalui adat dan pantang larang, rakyat seolah-olah dinafikan hak mereka. Secara tidak langsung golongan istana dan pembesar akan dipandang tinggi dan mulia dan rakyat tidak berpeluang untuk mencabar institusi beraja.

2 Oct 2014

Penyuntingan Dalam Kesusasteraan Melayu Komunikatif


Penyuntingan Sepintas Lalu

Oleh Mohd Isa bin Abd Razak

Suntingan ialah pembetulan atau pembaikan karangan, buku, makalah dan sebagainya. Penyuntingan pula ialah perbuatan menyunting. Orang yang melakukan kerja-kerja penyuntingan dinamakan penyunting. Istilah lain bagi penyunting ialah editor.

Dari segi tugas, sebagaimana yang ditakrifkan oleh Gaya Dewan, penyunting berperanan memilih dan menyusun karya orang lain atau pihak lain untuk diterbitkan. Penyunting juga mungkin ditugaskan untuk menyediakan karya atau sekumpulan karya orang lain untuk diterbitkan. Malah penyunting sendiri mungkin bertugas untuk menyediakan sendiri manuskrip bagi diterbitkan.

Dalam sesebuah organisasi penerbitan yang besar istilah editor lebih lazim digunakan. Oleh sebab terdapat berpuluh jawatan editor dalam organisasi itu, maka jawatan-jawatan itu diberi gelaran tertentu berdasarkan tugas khusus para penjawatnya.

Mereka yang bertugas mencari bahan, memilih penulis dan melakukan kerja-kerja mengumpul bahan (seolah-olah seorang pemberita) digelar Editor Perolehan. Individu yang ditugaskan melaksanakan sesuatu atau menyelia keseluruhan penerbitan, digelar Editor Projek. Seseorang yang berperanan menilai isi bahan sama ada sesuai disiarkan atau tidak, dan bertanggungjawab kepada pihak pengurusan terhadap sebarang implikasi penyiaran bahan itu, termasuk kemungkinan dipertikaikan dari segi undang-undang, digelar Editor Substantif.

Editor Kopi pula berperanan meneliti kesemua aspek bahasa, kelancaran bahasa, dan keseragaman gaya paparan. Seterusnya kelompok editor yang terakhir, iaitu mereka yang bertugas menanda teks untuk panduan pereka bentuk dan pereka letak, digelar Editor Pengeluaran.

Sidang editor (sidang pengarang) sesebuah majalah yang berwibawa seperti majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) diberi gelaran yang istimewa, yang memperlihatkan hierarki jawatan itu, iaitu Ketua Editor, Editor, Timbalan Editor, dan Penolong Editor. Sementara majalah biasa lazimnya mempunyai Ketua Editor dan Editor sahaja. Dalam kes ini, semua tugas editor yang dinyatakan tadi diagih-agihkan sesama mereka. Dalam organisasi yang kecil, atau organisasi besar yang bukan badan penerbitan, para editor juga melakukan kerja pengurusan dan pembacaan pruf.

Di institut pendidikan guru, editor bukanlah nama jawatan rasmi. Malah dalam kes tertentu, yang menjadi editor ialah para pelajar. Pensyarah menjadi penasihat sahaja. Walau bagaimanapun, penerbitan rasmi institut mesti ditangani oleh staf akademik. Lazimnya, Ketua Jabatan atau seorang pensyarah kanan ditugaskan selaku Pengerusi Jawatankuasa Penerbitan Laporan Tahunan. Seorang Ketua Jabatan atau pensyarah kanan yang lain ditugaskan selaku Pengerusi Jawatankuasa Penerbitan Jurnal.

Pengerusi jawatankuasa yang berkenaan sepatutnya melaksanakan tugas Editor Projek, Ketua Editor dan Editor Substantif. Setiausaha jawatankuasa itu pula bolehlah berperanan selaku Editor Kopi dan Editor Pengeluaran. Setiap ahli jawatankuasa diberi peranan Editor Perolehan di samping melaksanakan tugas-tugas lain seperti membaca pruf, membantu menguruskan percetakan, menguruskan pengedaran, dan melakukan penyiaran di Internet. Tugas ini tidak termasuk tugas mereka bentuk dan mereka letak yang lazimnya dilakukan oleh Pereka Grafik, iaitu jawatan yang sememangnya terdapat di semua institut pendidikan guru.

Pengetahuan tentang penyuntingan memang dapat diperoleh melalui pembacaan. Dalam bahasa Melayu, buku yang membicarakan subjek ini dengan terperinci ialah Gaya Dewan Edisi Ketiga (1995). Buku ini sudah sepatutnya menjadi rujukan utama para penyunting, pereka bentuk dan pereka letak. Namun demikian, banyak perkara hanya dapat diselaraskan dan diselesaikan melalui mesyuarat rasmi atau perbincangan. Istilah "sidang pengarang" sewajarnya digunakan kerana dengan istilah itu para petugas sentiasa diingatkan bahawa mereka perlu melakukan kerja kumpulan dengan bersidang (berbincang dan bekerja).

Seterusnya marilah kita teliti tugas penyunting dari segi penyuntingan substantif dan penyuntingan kopi.

Penyuntingan Substantif

Penyuntingan substantif merujuk kepada pembaikan yang dilakukan pada sesuatu karya dari segi isinya dan organisasinya. Penyuntingan ini memberi tumpuan pada isi, bentuk, organisasi (susunan idea), dan tanggapan penulis. Fungsi penyuntingan substantif adalah seperti yang di bawah ini.

1. Membentuk ekspresi fikiran penulis, bukan membentuk fikiran itu sendiri
2. Menghapuskan ungkapan yang berlebihan, kata-kata yang tidak perlu, perkara yang tidak relevan (bukan menghapuskan idea penulisnya)
3. Mempermudah atau memperbaik manuskrip supaya dapat difahami dengan jelas oleh pembaca tanpa menjejaskan gaya bahasa penulis
4. Mencorak dan membentuk hasil penerbitan
5. Menulis atau mengolah semula tajuk

Oleh itu penyunting substantif berperanan menulis semula bahagian-bahagian dalam manuskrip tanpa menghilangkan gaya bahasa penulis, memastikan suara penulis sampai kepada pembaca dengan jelas dan berkesan. Jikalau perlu, dia boleh menyusun manuskrip itu semula. Selain itu, dia juga perlu mengenal pasti masalah teknikal, fakta atau sumber fakta, unsur plagiarisme, dan akhirnya memastikan tiada unsur yang boleh menimbulkan masalah perundangan.

Semasa melakukan penyuntingan substantif, perkara yang berikut perlu diberi perhatian.

1. Maklumat yang diberi itu baharu dan semasa, bukan semata-mata olahan semula bahan yang sudah terbit.
2. Pandangan dan cadangan yang dikemukakan berasaskan fakta yang sudah didokumentasikan.
3. Penulis benar-benar mempunyai sesuatu yang ingin diperkatakan, bukan cuma menyusun petikan dengan harapan untuk menghasilkan manuskrip bagi diterbitkan.
4. Pengaliran ideanya logik dan lancar selain dapat menarik perhatian.
5. Fakta yang dikemukakannya tidak bercanggah.

Penyuntingan Kopi

Umumnya editor kopi melakukan penyuntingan untuk memastikan karya yang akan disiarkan itu baik, tekal gayanya dan bebas daripada kesalahan. Tugas khusus editor kopi adalah seperti yang di bawah ini.

1. Memotong, menambah atau membetulkan isi karya mengikut keperluan dan kesesuaian bagi menjamin karya penulis memenuhi piawai penerbit
2. Memastikan karya memperkatakan tujuan karya itu ditulis
3. Melenyapkan percanggahan fakta
4. Membetulkan ketidaktentuan aspek bahasa seperti ayat, frasa dan pemilihan perkataan, ejaan, tanda baca, penggunaan huruf besar, penggunaan huruf kecil, dan kependekan
5. Menentukan keseragaman gaya paparan seperti jadual, senarai petikan, bibliografi, dan nota kaki
6. Memastikan idea penulis berkembang secara logik
7. Memastikan kapsyen berkaitan dengan ilustrasi
8. Menandakan arahan (mark-up) pada manuskrip dengan memberikan spesifikasi sebenar bagi setiap unsur yang melibatkan muka taip, saiz taip, dan jarak antara baris (leading).

Editor kopi yang baik ialah mereka yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam tatabahasa, termasuk tanda baca dan penggunaan huruf. Editor kopi yang baik juga perlu mempunyai "rasa bahasa", daya pemerhatian yang tajam, pengetahuan yang luas, kebolehan menggunakan perkataan yang sesuai, dan sifat-sifat positif seperti suka mengambil tahu, teliti, dan sabar.

Editor kopi majalah terlibat dalam semua aspek pengeluaran majalah iaitu menyemak reka letak, membantu memilih ilustrasi (termasuk foto), membaca pruf dan menulis rencana. Editor laporan tahunan, jurnal dan buletin di institut pendidikan guru juga melaksanakan fungsi yang sama.

Cara Kerja Penyuntingan

Secara umum, selepas proses penilaian dan pemilihan selesai, baca setiap karya tiga kali atau lebih. Pembacaan pertama bertujuan mendapat gambaran umum tentang bahagian yang perlu diubah dari segi isi dan struktur. Pembacaan kedua bertujuan memastikan isu yang dibincangkan dan mengesahkan kesahihan fakta. Pembacaan ketiga bertujuan menyemak kebenaran dan ketekalan perubahan yang dilakukan oleh editor terhadap manuskrip.

Segala perubahan dan penyusunan semula hujah dan idea hendaklah dijelaskan dalam manuskrip. Bergantung pada dasar dan peraturan penerbit, perubahan itu kadangkala perlu dipersetujui dahulu oleh penulis. Akhirnya, jika diperlukan, penyunting hendaklah menulis semula tajuk karya itu agar lebih menepati keperluan penerbitan dan dapat menarik perhatian pembaca.

Khusus untuk karya kreatif, tumpukan perhatian kepada lima perkara yang di bawah ini.

1. Anakronisme
Karya kreatif lazim mengandungi unsur anakronisme, iaitu kesilapan menempatkan sesuatu peristiwa, tokoh, tempat dan sebagainya pada zaman yang sebenarnya. Penyunting hendaklah meneliti perkara ini sebelum membuat keputusan sama ada hendak mengubahnya atau mengekalkannya. Contoh pertama, diceritakan bahawa watak utama menghubungi kekasihnya dengan telefon awam semasa Perang Dunia Pertama. Sudah adakah telefon awam pada masa itu? Contoh kedua, diperikan bahawa ketika mendaki Gunung Tahan, seorang anggota sekumpulan pengembara memetik bunga Rafflesia dan menjadikannya hiasan rambutnya. Adakah hal ini boleh diterima?

2. Bahasa
Secara umum, penyunting tidak sepatutnya mempersoalkan penggunaan bahasa dalam karya kreatif, terutama lakonan dan puisi. Yang penting, bacalah karya itu dengan teliti untuk memastikan penggunaan bahasa itu betul. Sebarang perubahan sepatutnya dilakukan setelah berunding dengan penulis.

3. Dialog
Dialog mempunyai peranan yang tersendiri dalam karya kreatif. Antaranya, dialog berkemungkinan mendukung jati diri watak dan memperkembang perwatakan. Oleh itu, penyunting hendaklah mengelakkan diri daripada mengubah dialog tanpa berunding dahulu dengan penulisnya. Sedapat mungkin, kekalkan gaya penulis. Walau bagaimanapun, pastikan juga bahawa perkara yang diperkatakan oleh watak itu jelas maksudnya.

4. Bahasa Basahan dan Dialek
Antara cara melukiskan warna-warni tempatan termasuklah menggunakan bahasa basahan atau dialek. Perubahan mungkin perlu dilakukan sekiranya bahasa basahan atau dialek itu terlalu banyak dan boleh mengganggu pemahaman pembaca. Sebelum perubahan dilakukan, berundinglah dahulu dengan penulis. Satu cara yang boleh dilakukan untuk mengatai masalah ini adalah dengan menyertakan glosari perkataan itu di hujung karya.

5. Plot
Jalan cerita atau plot karya kreatif itu juga perlu diteliti. Jikalau didapati ada masalah, jangan ubah plot karya itu. Biarlah penulis sendiri yang melakukannya.

Tulisan yang baik ialah luahan pemikiran yang jelas. Karya yang bernilai ialah tulisan yang meninjau ciri kemanusiaan. Olahannya pula mampu menarik perhatian, perasaan, dan menjana pemikiran pembaca.

Bagaimanakah sekiranya editor tidak memperoleh tulisan yang baik dan karya yang bernilai itu? Editor yang baik akan menjawab bahawa dia akan berusaha membentuk semula karya itu, sama ada bersendirian, bersama rakan sepasukan, atau bersama penulisnya, agar menjadi tulisan yang baik atau karya yang bernilai. Karya itu sudah tentu dipersembahkan pula dengan gaya yang menarik!

Diharapkan panduan ringkas ini dapat membantu pembaca, khususnya warga institut pendidikan guru, meningkatkan kualiti penerbitan masing-masing.


Lampiran
Senarai Semak Penyuntingan

1. Ayat betul, lancar dan jelas maksudnya.
2. Frasa betul dan berkesan – sesuai dengan konteks dan gaya.
3. Semua ejaan betul.
4. Penggunaan istilah betul dan tekal.
5. Penggunaan huruf besar, tanda baca, dan singkatan betul dan selaras.
6. Penomboran, bibliografi, dan nota kaki betul dan selaras.
7. Pemerengganan bertautan dan utuh.
8. Jadual, rajah dan sebagainya menepati piawai dan selaras.
9. Fakta benar dan jelas.
10. Mesej penulis boleh difahami oleh pembaca.
11. Tiada masalah perundangan: jiplakan, hasutan, fitnah, dan lain-lain.
12. Manuskrip bersih.
13. Penandaan (mark-up) sudah dilakukan.
14. Pruf sudah dibaca.
15. Pembetulan ditandai dengan kaedah penandaan pruf yang piawai.
16. Naskhah sedia untuk dicetak.

sambung menyambung


Penyuntingan Dalam Kesusasteraan Melayu Komunikatif

Dalam Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kertas 3 di peringkat STPM terdapat topik berkaitan dengan penyuntingan. Pelajar harus menguasai teknik penyuntingan dan satu soalan berkaitan penyuntingan dikemukakan dalam peperiksaan.

Contoh soalan penyuntingan adalah sebagaimana di bawah ini :

Baca petikan di bawah dan jawab soalan yang mengikutinya.

Aku benar-benar mengharapkan Cikgu Haron ada di majlis ini. Guru itu penting bagi menghadirkan diri, di samping anugerah yang patut di terimanya, ada makna yang tidak dapat ditimbal dengan kehadiran orang lain. Kehadiran-nya tidak juga dapat menganti oleh perkara yang lain atau oleh kehadiran-nya dalam waktu yang lain. Kepentingan itu menyangkut Cikgu Haron sendiri.

Dengar khabarnya Cikgu Haron juga mendapat jemputan ke majlis peringkat Kebangsaan, tetapi aku tidak pasti. Maklumat yang ku terima tidak resmi. Bagi ku, mempecayai maklumat yang tidak rasmi, yang tidak pasti pangkalnya hujung, yang tidak pasti juga benar tidaknya merupakan perbuatan orang yang tak sekolah.

Jangan percaya kepada khabar angin, kata Cikgu Haron sendiri ketika dia mengajar kami empat belas tahun yang lalu.

Namun, biarlah aku menerimakannya sebagai khabar angin sahaja. Di sini, kami dilarang mempercayai berita angin atau maklumat yang tentu belum punca dan betul salahnya. Sememangnya cara aku berfikir sudah dicanai begitu. Selagi aku tidak melihat wajah cikgu Haron, selagi itulah aku tidak percaya akan kedatangannya sebagai jemputan dan bakal menjadi tokuh guru.

Yang penting diriku sendiri. Aku ada sebab yang sangat berharga untuk mengharapkan Cikgu Haron menghadiri majlis ini. Kalau anugerah yang kuterima ini tidak kuberikan kepadanya, sekurangkurangnya aku perlu bergambar bersamanya. Akan adalah kenangan aku bersama-sama Cikgu Haron.

(Dipetik dan diubahsuai daripada cerpen “Anugerah”, Utusan Borneo, 16 Julai 2007)

Sunting petikan di atas dengan menggunakan simbol-simbol penyuntingan yang betul. [25]


Pelajar dikehendaki menyunting manuskrip/ skrip petikan yang dikemukakan. Pelajar perlu memahami kaedah penyuntingan dan penggunaan simbol pruf dalam penandaan teks yang disunting

Di bawah ini merupakan garis panduan penandaan  pruf berdasarkan Gaya Dewan. Pelajar perlu memahami penggunaan simbol pruf dan mengaplikasikannya dalam suntingan teks/ manuskrip.






Di bawah ini dikemukakan contoh skema pemarkahan soalan penyuntingan.





Nota Ringkas Penyuntingan

Terdapat dua jenis penyuntingan iaitu :
Penyuntingan Substantif
Penyuntingan Kopi

Aspek bahasa dalam penyuntingan lebih menjurus kepada peranan penyunting kopi

Peranan Penyunting Kopi

Edtior berperanan untuk :-
i. memotong, menambah atau membetulkan sesebuah karya mengikut keperluan dan kesesuaian
bagi menjamin karya penulis memenuhi piawai penerbit
ii. Memastikan karya memperkatakan tujuan karya itu;
iii. Melenyapkan pertentangan fakta;
iv. Membetulkan kesalahan dan kerancuan aspek bahasa seperti ejaan, ayat, frasa, pemilihan kata, tanda baca,penggunaan huruf besar, penggunaan huruf kecil, kependekan, penggunan istilah dan sebagainya.

Peranan Penyuntingan Substantif

Pembaikan atau penambahbaikan dari aspek isi dan organisasi sesebuah karya itu. Antaranya, isu yang berkaitan dengan penggunaan bahasa yang lewah, pengungkapan pemikiran penulis, fakta yang tepat, plagiarisme, pengolahan yang segar, inti pati cerita yang mekar dan bersesuaian, dan mengikut standard yang ditetapkan penerbit.

Penyuntingan karya kreatif melibatkan :

a. Anakronisme
b. Bahasa
c. Dialog
d. Bahasa Basahan dan Dialek
e. Plot

a. Anakronisme
Kesilapan menempatkan sesuatu peristiwa, tokoh, tempat, percakapan dan sebagainya pada zaman yang sebenarnya.
Contohnya :
1. Hang Jebat melihat-lihat jam tangannya sambil membetul-betulkan songkoknya.
2. “Cis! Nanti aku tembak kau dengan M16 ini,” teriak Tun Perak.
3. Rosli Dhobi, pejuang kemerdekaan Sarawak mati digantung pada tahun 1959 kerana membunuh Duncan Stewart.

b.  Bahasa
Ia melibatkan penggunaan :
1. Ejaan
2. Istilah
3. Tatabahasa
4. Semantik
5. Gaya Bahasa
6. Tanda Bacaan

Tanda Bacaan

i. Membantu penyusunan frasa, klausa dan ayat.
ii. Sebagai gambaran seni yang turut membantu pernyataan sikap, perasaan dan emosi penulis.

1. Tanda Noktah (.)
1.1 Di akhir setiap ayat lengkap.
Contoh :
Kesusasteraan tradisional terbahagi kepada lisan dan tulisan.

1.2 Penamat ayat perintah atau suruhan.
Contoh :
Jangan bising.

1.3 Penamat ayat tanya berbentuk retorik, yakni yang tidak memerlukan jawapan.
Contoh :
Siapa yang tidak tidak marah kalau diperlakukan demikian rupa.

1.4 Penamat ayat tanya dalam ragam cakap pindah.
Contoh :
Ketua Pengarah bertanya siapa pegawai projek program itu.

1.5 Kependekan Nama
Contoh :
Abg. Zohari Abdul Rahman
S. Jibeng

1.6  Selepas setiap nombor senarai tanpa tanda kurung.
Contoh : 
1. Singapura
2. Malaysia
3. Indonesia

1.7 Memisahkan Ringgit Malaysia dengan sen.
Contoh :
RM149.90

1.8 Menunjukkan tanda perpuluhan.
Contoh :
76.8 peratus
20.59 saat
5.5 juta

1.9 Tanda penulisan senarai bibliografi atau rujukan
Contoh : 
Hashim Othman 2003. Kemahiran Menulis : Perspektif Komunikasi. Kuala Lumpur.Dewan Bahasa
dan Pustaka.

2. Tanda Koma (,)

Ia merupakan tanda pemisah yang sementara sifatnya;
Ia bertujuan untuk memisahkan satu klausa atau frasa dengan yang lain.

2.1 Memisahkan tiga atau lebih unsur dalam ayat
 Contoh :
Dalam setiap aktiviti sekolah, seperti program orientasi pelajar baharu, pelantikan pengawas dam perhimpunan, pihak sekolah perlu menitikberatkan aspek pembudayaan amalan berbudi bahasa dan nilai murni.

2.2 Memisahkan frasa keterangan daripada ayat induk dalam ayat songsang.
Contoh : 
Selepas persaraan beliau daripada dunia pendidikan, Mahmud bertukar kerjaya.

2.3 Menggabungkan beberapa ayat menjadi satu ayat
Contoh :
Selain memberikan sumbangan yang banyak dalam bidang kesusasteraan Melayu dan bidang kebudayaan, Mahmud Ahmad merupakan salah seorang aktivis bahasa yang turut terlibat dalam meletakkan batu asas dalam memperjuangkan kedudukan bahasa Melayu di tempat yang sewajarnya di Singapura.

2.4 Menghubungkan ayat-ayat yang boleh berdiri sendiri dalam ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung seperti dan, sambil, tetapi, kemudian, serta dan lalu.
Contoh :
Bahasa Melayu bukan sahaja berperanan sebagai bahasa tonggak tamadun bangsa dan negara, khususnya sebagai bahasa kebangsaan, tetapi adalah antara elemen yang penting sebagai asas kepada pembentukan rakyat Malaysia yang unggul lagi perkasa.

2.5 Memisahkan ayat induk daripada petikan langsung
Contoh :
“Ini ada sepucuk surat untuk ibumu. Harap Lina sampaikan kepada ibu sebaik-baik sampai di rumah nanti,” pesan ayahnya sambil menghulurkan surat tersebut kepada Lina.

2.6 Memisahkan keterangan setara
 Contoh :
Menurut Pegawai Penyelidik Radiokimia, Insititut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT), Dr. Zaharuddin bin Ahmad, aktiviti nuklear ini boleh dibahagikan kepada dua tujuan utama iaitu keamanan dan bukan keamanan.

2.7 Menyisipkan kata, frasa atau klausa ke dalam sesuatu ayat atau perenggan
Contoh :
Oleh itu, selain memantapkan kursus fakulti ini, kerajaan sewajarnya membuka kursus yang sama di IPTA lain supaya mampu meramaikan profesional pertanian untuk memenuhi keperluan negara yang semakin berkurangan dan tidak mencaukupi.

2.8 Menandakan Contoh
Contoh :
Dia suka akan novel-novel Melayu, contohnya Salina, Merpati Putih Terbang Lagi dan sebagainya.

2.9 Menandakan unit geografi
Contoh :
Mahmud lahir pada 29 Mac 1906 di Kallang, Singapura.

2.10 Memisahkan unsur berlawanan
Contoh : 
Yang menang Barisan Nasional, bukan parti pembangkang.

2.11 Memisahkan kata dengan unsur ayat
Contoh :
Pementasan itu berakhir pada pukul 10.30 malam, 7 Mei 2006.

2.12 Menandakan Pengulangan
Contoh : 
Aku benci, benci dan benci.
Nyah kau dari sini.

3.0 TANDA SEMPANG ( - )

Fungsi-fungsi  tanda sempang.

3.1 Menunjukkan dan menegaskan ejaan sesuatu perkataan
Contoh :
Kata p-e-l-a-n-c-o-n-g-a-n dan p-e-l-a-c-u-n-g-a-n mempunyai makna yang berbeza.

Kata g-o-l-o-n-g-a-n tidak g-u-l-u-n-g-a-n tidak sama ertinya.

3.2 Menunjukkan pertuturan yang tidak lancar
Contoh :
“Sa-sa-ya, ” katanya dengan gugup.

3.3 Memisahkan angka yang berbeza fungsi
Contoh :
ISBN 983-62-8339-0
012-8920460

3.4 Menggabungkan kata dasar yang dipendekkan untuk menyatakan sifat.
Contoh : 
Anglo-Saxon
Indo-Belanda

3.5 Memisahkan huruf kecil dengan huruf besar
Contoh :
rahmat-Nya
pra-Kongres
Pan-Malaysia

3.6 Menandakan penulisan dalam transliterasi huruf Arab-Rumi
Contoh :
al-Fatihah
al-Quran

3.7 Memperjelas ungkapan yang seakan-akan sama
Contoh :
be-revolusi dengan
ber-evolusi

3.8 Merangkaikan angka yang menunjukkan tahun dengan akhiran –an
Contoh :
zaman 60-an
tahun 1990-an

3.9 Merangkaikan ke- dengan angka
Contoh : 
ke-9
ke-30

3.10 Menunjukkan kata gandaan
porak-peranda
simpang-siur
kertas-kertas kerja
Timbalan-timbalan Menteri

4. TANDA PISAH (—)

Fungsi tanda pisah, dan bentuknya lebih panjang daripada tanda sempang

4.1 Memisahkan keterangan bagi sesuatu idea atau siri idea
Contoh : 
Sepanjang kerjayanya sebagai ahli politik pelbagai kemewahan hidup sudah dikecapinya—wang, harta, kuasa dan wanita, bagaimanapun, dia tidak pernah berasa puas.

4.2 Menggantikan pengulangan nama penuh penulis dalam sesuatu penulisan, khususnya untuk katalog perpustakaan.
Contoh :
Nordin Hassan—Nordin
Jong Chian Lai—Jong


4.3 Memperlihatkan gangguan aliran pemikiran penulis, pembicara dan lain-lain yang terhenti,
berubah-ubah dan berpindah-pindah

Semasa berceramah di Labuan—isu ini sudah saya bangkitkan—pembangunan mapan adalah untuk generasi akan datang.

4.4 Memperkenalkan satu perkataan atau beberapa perkataan yang hendak ditegaskan.
Contoh :
Sejak kematian isterinya dia mengalami aneka tekanan perasaan—sedih, pilu, duka, lara rindu, dan kecewa.

4.5 Menyisipkan perkataan, frasa atau klausa untuk penegasan atau untuk maksud tertentu.
Contoh  :

Setelah balik dari Paris minggu depan—kalau tidak ada aral melintang—saya akan uruskan perkara itu.

4.6 Menggantikan perkataan “hingga”
Contoh :
Dalam tempoh 2001-2003 beliau menuntut di London.

5.0 Tanda Titik Bertindih ( : )
Contoh :
Terdapat 7 fungsi tanda
titik bertindih

5.1 Memperkenalkan atau menambah keterangan
Contoh :
Pendidikan di Malaysia : Sejarah, Sistem dan Falsafah

5.2 Menyenaraikan sesuatu perkara
Contoh :
Antara karya yang dihasilkannya ialah:

Pindah, Pemberontakan, Langit Nanga Hijau

5.3 Memisahkan judul kecil dengan judul utama
Contoh :
Penterjemahan : Satu Pengenalan

Islam Hadhari : Cabaran dan Harapan

5.4 Memisahkan adegan dan drama/filem/lakonan
Contoh :
Lantai T. Pinkie, 5:6
(Adegan 5, Babak 6)

5.5 Menunjukkan nisbah
Contoh :
9 : 6

5.6 Memisahkan jilid dan halaman
rujukan bagi buku berjilid
Contoh :
“Ketrampilan Penulis dalam Menuju Wawasan 2020”, Dewan Sastera,
7:6:25 (Jilid 7, Bilangan 8 dan Halaman 25)

5.7 Memisahkan surah dan ayat al-Quran
Contoh :
al-Baqarah 2:33
(Surah 2, Ayat 33)

6. TANDA KOMA BERTITIK ( ; )

Fungsi tanda koma bertitik ialah :

6.1 Memisahkan keterangan yang bersiri, yang berlainan kategori, jika keterangan itu dipisahkan oleh koma.
Contoh :
Kepada yang berjaya diucapkan tahniah; kepada yang belum berjaya, janganlah bersedih.

6.2 Memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambung oleh dan, tetapi, atau, namun dan lalu
Contoh :
Buat baik berpada-pada; buat jahat jangan sekali; jadikanlah ini amalan hidup kita.

6.3 Memisahkan lebih daripada satu klausa yang terdapat dalam sesuatu ayat.
Contoh :
Kritikan karya itu menggunakan pelbagai teori normatif; teori strukturalisme; teori takmilah; termasuklah teori femenisme.

6.4 Memisahkan klausa utama yang dimulai dengan kata hubung juga, kendatipun demikian,
malah, selain itu, oleh yang demkian, seyogianya dan lain- lain.
Contoh :
Peperiksaan STPM tinggal tiga bulan lagi; oleh sebab itu dia tekun mengulang kaji.

7. TANDA ELIPSIS ( …)

7.1 Menunjukkan satu siri atau senarai nama yang bersambung yang bermaksud dan seterusnya
atau dan sebagainya.
Contoh :
Kanak-kanak harus diajarkan membilang 1, 2, 3, 4…

7.2 Menunjukkan pengguguran bahagian teks sama ada di awal, pertengahan atau akhir
sesuatu ayat.
Contoh :
…asas-asas yang menjamin keharmonian dan kestabilan masyarakat. Kemajuan negara banyak bergantung pada perpaduan rakyat…Tanpa kestabilan, amat sukar untuk membangunkan dengan negara.

7.3 Memisahkan sekumpulan perkataan yang pendek dalam pengucapan dengan
tujuan memberi penegasan.
Contoh :
Buat tempahan itu segera…Telefon pihak tersebut hari ini juga…Lepas itu buat laporan kepada saya…Saya hendak awak selesaikan hari ini juga.


9.0 TANDA TANYA ( ? )

9.1 Pada akhir ayat tanya.
Contoh :
Yang mana satu pilihan anda?

9.2 Antara kalimat yang menyatakan bahagian kalimat yang disangsikan atau kurang dapat dibuktikan kebenarannya.
Contoh :
Tragedi itu berlaku sekitar tahun
1876 (?)

10.0 TANDA KURUNG ( )

10.1 Mengapit keterangan atau penjelasan tambahan.
Contoh :
Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) akan mengadakan mesyuarat tergempar.

10.2 Mengapit huruf atau angka yang menunjukkan bilangan
Contoh :
Perkara-perkara yang berikut hendaklah disediakan untuk mesyuarat itu :
(a) Prosiding mesyuarat;
(b) Agenda mesyuarat;
(c) Senarai panggilan mesyuarat.

10.3 Mengapit keterangan atau penjelasan sumber bahan.
Contoh :
Antologi puisi Kerikil Tajam dan Yang Terhempas dan Yang Putus memuatkan 55 buah puisi Chairil Anwar (Penerbit Dian Rakyat, 1994)

11.0 TANDA PETIKAN (“ ”)

11.1 Mengapit cakap ajuk.
Contoh :
“Kau hanya pondan yang berdiri di belakang perempuan,” kata Rusli Dhoby.

11.2 Mengapit petikan langsung daripada sumber lain yang panjangnya tidak lebih daripada tiga baris
Contoh :
Perwatakan Tun Dr. Mahathir Mohamad digambarkan oleh Subky Latif sebagai “sepanjang perjuangannya juga dia adalah seorang yang kontroversial”.

11.3 Mengapit judul rencana, karangan, puisi dan bab buku yang digunakan dalam kalimat.
Contoh :
Buku berjudul “Managing The Non-Profit Organization” yang ditulis oleh Peter F. Drucker amat sesuai menjadi rujukan bagi pengurusan organisasi yang tidak berorientasikan keuntungan.


8.0 TANDA SERU ( ! )
Contoh :
Hei, jaga sikit mulut itu!
Nah, rasalah tikamanku ini!
Jangan merokok!

12. TANDA MIRING ( / )

12.1 Sebagai pengganti kata dan, atau dan per ataupun digunakan emasa menulis
nombor alamat.
Contoh :
Tun/Tan Sri/Datuk/Datin/Tuan
Harga bunga itu 90 sen/kuntum.
No. 11, Jalan 12/146, Bandar Tasik Selatan, 57000 Kuala Lumpur.

12.2 Dalam penomboran kod surat rasmi, sistem fail dan sebagainya.
Contoh :
DBP/2-4/324/6/5-3 (44)


13.0 PENULISAN KATA MAJMUK

a. Kata yang terbentuk dengan merangkaikan dua atau lebih sehingga membawa maksud
khusus.

b. Hampir semua kata majmuk dieja secara terpisah dan bentuknya tidak boleh menerima
sebarang penyisipan unsur lain.
c. Empat jenis kata majmuk :

i. Rangkai kata bebas

ii. Nama gelaran/jawatan

iii. Istilah khusus

iv. Kiasan/simpulan bahasa

13.1 Kata Majmuk Rangkai Kata Bebas
Contoh :
tengah hari
kereta api
alat tulis
kapal selam

13.2 Kata majmuk gelaran/jawatan
Contoh :

naib pemuda
ketua wanita
timbalan presiden
inspektor polis

13.3 Kata majmuk istilah khusus
Contoh :
alat pandang dengar
cakera liut


13.4 Kata majmuk kiasan/simpulan bahasa
Contoh :
kaki pukul
muka tembok


13.5 Kata majmuk yang ditulis bercantum
Contoh :
apabila
antarabangsa
tandatangan
setiausaha
jawatankuasa
bumiputera
warganegara

13.6 Kalau kata majmuk menerima imbuhan awalan atau akhiran
sahaja, ejaannya tetap terpisah.
Contoh :
terima pakai – diterima pakai
temu duga – menemu duga

13.7 Jika menerima apitan :
Contoh :
kemas kini – pengemaskinian
anak tiri - menganaktirikan



14.0 PENULISAN KATA PUN

Pun yang bermaksud juga atau lantas ditulis terpisah.
Contoh :
Berbanding dengan dia, saya pun hebat dalam perdebatan.
Tanpa banyak bicara dia pun pergi.

13 pun Yang Bersambung
Contoh
adapun andaipun ataupun
bagaimanapun biarpun
kalaupun kendatipun
lagipun
mahupun meskipun
sekalipun sungguhpun
walaupun


15.0 PENULISAN KATA GANDA

i. Kata ganda penuh
ii. Kata ganda separa
iii. Kata ganda berentak

15.1 Kata Ganda Penuh
Contoh : 
mukun-mukun
kecil-kecil
molek-molek
cita-cita
minum-minum
santai-santai

15.2 Kata Ganda Separa
Contoh :
mengalu-alukan
ternanti-nanti
sepandai-pandai
bercakap-cakap
umpat-mengumpat


15.3 Kata Ganda Berentak
Contoh :
porak-peranda
simpang-siur
bukit-bukau
lenggang-lenggok
kuih-muih



16.0 PENGGUNAAN KATA

16.1 Bila dan Apabila
Bila dia sampai, dia terus marah.

16.2 Kedua dan Kedua-dua
Kedua ibu bapanya telah bercerai.

16.3 Karenah dan Kerenah
Karenah birokrasi perlulah dikurangkan.

16.4 Ia dan Ianya
Ianya baru bermula.

16.5 Mereka dan Mereka-mereka

Mereka-mereka yang mereka-rekakan cerita.

16.6 Dari dan Daripada

Tangan yang menghulur lebih baik dari yang menerima.

16.7 Berbagai dan Pelbagai
Berbagai data perlu dikumpul.

16.8 Setengah dan Sesetengah

Setengah perkara dapat dikompromi.

16.9 Ialah dan Adalah

Menurut Juita antara masalah dihadapi sepanjang di luar negara ialah dari segi makan.
Underwater World adalah akuarium akuatik terbesar di Asia.

16.10 Prihatin dan Perihatin
Keperihatinan kerajaan dengan menghantar tim perubatan (MASMEDTIM) ke kawasan tersebut amat disanjung.

16.11 Adakah dan apakah
Apakah tindakannya itu betul?
Dia sendiri pun tidak begitu yakin apakah dia patut menerima lamaran Masniah.

17. SEKILAS TENTANG UNGKAPAN DAN AYAT

17.1 Kata kerja transitif
a. Ada gadis yang tidak mahu melaporkan kepada ibu bapa kerana malu dan takut.
b. Menyentuh tentang agenda memartabatkan profesion keguruan dan kaitannya
dengan kualiti guru, beliau berkata, aspek pemilihan bakal guru telah diperketatkan.


17.2 Ayat Tergantung

Sebagaimana deritanya seorang gadis muda yang bertandang ke rumah saya beberapa hari sebelum menjelang Ramadan.

17.3 Pemilihan Ungkapan
i. Pahang guna senjata sulit kalahkan Selangor.
ii. Seramai lebih 2,000 orang pelawat telah mengunjungi Pameran Pendidikan yang telah
diadakan dari 13 hingga 15 Mei 2005.

TUJUH PROSES MANUSKRIP YANG LEBIH BAIK

Manuskrip yang baik adalah merupakan gabungan dua aspek, yakni SENI dan KRAFTANGAN.

Kesilapan sebahagian besar penulis adalah mengharapkan editor menjalinkan kedua-dua unsur itu.



Proses 1 – KAWAL EDITOR DALAMAN

Menulis itu seni, dan menyemak semula itu kraftangan. Jangan biarkannya bermaharajalela dalam
diri anda. Apabila menulis draf, ketepikan soal bentuk dan gaya. Semakin senang karya itu dibaca,
maka kian payah usaha untuk menulisnya.

Proses 2 – BACA UNTUK MEYAKINKAN DIRI SENDIRI

Bacalah manuskrip itu berulang kali. Yakinlah diri sendiri bahawa perkataan, ungkapan dan ayat adalah indah, baik dan persis. Gaya bahasanya menarik. Jalan ceritanya menambat hati pembaca. Usaha menambah baik karya itu hendaklah terus dilakukan.


Proses 3 – BANYAK-BANYAKLAH BERSABAR

Mustahil anda dapat menyemak dan mengeditkan karya itu sebaik sahaja
anda menyiapkannya. Perkataan, ungkapan dan ayat yang hendaklah dipastikan dapat memberi kesan
emosi kepada pembaca.

Proses 4 – GUNAKAN SENARAI SEMAK

Semasa membaca manuskrip, tanyakan pelbagai soalan.
1.Adakah pendulu karya itu akan menguntungkan pembaca?
*Maklumat
*Menghibur
2.Adakah pendulu itu menawarkan fokus yang jelas dan spesifik?

“Angle” atau “slant” (kecondongan) itu menambat pembaca.

5. Sudahkah pembaca dipimpin daripada satu persoalan kepada persoalan yang lain?

Pertautan dan jalinan cerita antara perenggan-perenggan atau dalam bab-bab.

6. Adakah cerita, persoalan, mesej, watak dan perwatakan, yang digarapkan memadai?

Judul?
Tema?
Latar ?
Dialog?
Pemilihan katanya?

7. Adakah anda lebih banyak menggunakan ayat aktif?
Ayat pasif lazimnya mendorong pembacaan yang pasif.
Ayat pasif memperlahankan aksi dalam tulisan.
Penulisan yang berkesan dan berkualiti itu memerlukan pelaku aksi itu di hadapan ayat.


8. Adakah setiap ayat dibina dengan kata kerja aktif?
Kata kerja ialah unsur yang cukup penting dalam binaan sesuatu ayat. Kata kerja yang dipilih pun
hendaklah kuat, dan memberikan kesan, misalnya dengan menambahkan kata adjektif.
Dia merenung tajam wajah Rokiah. Sufian memandang sayu kekasihnya yang berlalu meninggalkannya.

Perhatikan ayat pasif berikut:
i.Wajah Rokiah direnung tajam oleh dia.
ii.Kekasihnya yang berlalu pergi dipandang sayu oleh Sufian.

9. Sudahkah anda menggantikan kata-kata yang panjang dan sukar dengan kata yang mudah dan ringkas?

Elakkan penggunaan perkataan yang bombastik dan dirasakan gah, tetapi menyukarkan pemahaman
pembaca.
dekad daripada dasawarsa
minggu daripada pekan
merah ungu daripada merah lembayung
sarapan daripada minum pagi

10. Adakah anda menggunakan ayat panjang, pendek atau mempelbagaikannya mengikut keadaan?

Kata-kata yang digunakan boleh sahaja dalam bentuk anekdot, peribahasa, pantun, syair,
dialog harian atau bahasa berirama. Ayat yang berjela-jela hendak dielakkan agar segala yang diungkapkan itu tidak menjadi seperti khutbah.

Sesuatu perenggan itu paling banyak pun lima baris ayat, yakni sekitar 30 perkataan untuk
satu perenggan.


Proses 5 – PASTIKAN SEMUA MAKLUMAT, TERMASUK EJAAN DAN NAHU PERSIS
Selepas mengedit karya itu anda haruslah membaca karya itu sekali lagi. Kali ini
pembacaan adalah secara perlahan dan teliti. Periksa semua fakta, kata, petikan, ejaan dan nahu.
Pastikan produk terakhir anda itu sifar kerancuan bahasa.

Proses 6 – MEMBUAT SEMAKAN DENGAN PANCAINDERA TELINGA
Sekarang anda sudah mempunyai manuskrip yang jelas dan padat. Baca sekali manuskrip itu dengan
nyaring. Membaca dengan nyaring akan membolehkan kita menangkap nada dan aliran cerita.
Abu Bakar melontar ibu ciuman dari atas keretapi. Hatinya hancur bagaikan tauhu terhempas ke batu.

Proses 7 – DAPATKAN BANTUAN APABILA PERLU
a.Tunjukkan tulisan yang siap itu kepada orang lain apabila anda sudah benar-benar bersedia.
b. Tunjukkan draf manuskrip anda sebelum sampai ke peringkat akhir.
c.Terimalah kritikan dengan hati terbuka.

RENUNGAN TERAKHIR
Aspek bahasa dalam penyunting adalah merupakan asas kepada penyuntingan yang persis—yang tiada cacat celanya dari aspek kerancuan bahasa.


Cara Menulis Rujukan Lengkap Untuk Buku

Contoh:

Nama pengarang diikuti noktah
Semua nama pengarang hendaklah disenaraikan
Tahun penerbitan diikuti noktah
Tahun Hijrah hendaklah ditulis bersama-sama tahun Masehi seperti 1412H/1992
Judul buku (condong) diikuti noktah
Penyunting, penyusun, penterjemah (jika ada) diikuti noktah
Nama siri buku dan jilid atau bilangan dalam siri
(jika ada) diikuti noktah
Edisi selain daripada edisi pertama ditaip sebagai Ed. ke-… dan diikuti noktah
Bilangan jilid diikuti noktah
Tempat terbit (bandar) diikuti titik bertindih
Jika terdapat lebih daripada satu tempat terbit gunakan tempat yang pertama.
Contoh:
New York, London, Paris hendaklah ditaip New York.
Penerbit diikuti noktah

Baris ke-2 bagi setiap rujukan dan seterusnya hendaklah ditulis satu langkau dengan ensotan 12.5 mm.

Contoh:

a. Pengarang tunggal (termasuk nama samaran)

Arena Wati. 1991. Memoir Arena Wati: enda gulingku. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Brown, R. 1988. Topology: a geometric account of general topology, homotopy types and the fundamental groupoid. Chichester: Ellis Horwood Limited.

Ibn Hazm, Abu Muhammad cAli ibn Ahmad ibn Sacid. 1403H/1983. Jamharat ansab al‑carab. Beirut: Dar al‑Kutub al‑cIlmiyyah.

Miller, R.K. 1989. The informed argument. San Diego: Harcourt Brace Javonich Publishers.

Nik Anuar Nik Mahmud. 2000. Konfrontasi Malaysia Indonesia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.


b. Pengarang bersama

Abdul Samad Hadi, Shaharudin Idrus, Ahmad Fariz Mohamed & Abdul Hadi Harman Shah. 2006. Perubahan persekitaran dan kemudahterancaman Lembangan Langat. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ahmad Kamal Ariffin & Shahrir Abdullah. 2000. Pengiraan berangka kejuruteraan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Corcoran, K. & Fischer, J. 1987. Measures for clinical practice: a source book. New York: The Free Press.

Smith, M., Beck, J., Cooper, C.L., Cow, C., Ottaway, D. & Talbot, R. 1982. Introducing organizational behaviour. London: MacMillan.

Edisi Baru Dan Cetak Ulang [Ed. = Edisi]

Buckley, C.B. 1965. An anecdotal history of old times in Singapore. Cetak ulang. Kuala Lumpur: University of Malaya Press.

Cohen, J. 1977. Statistical power analysis for the behavioral sciences. Ed. semak. New York: Academic Press.

Shaharir Mohamad Zain. 1990. Beberapa masalah permulaan dalam sains hayat dan perubatan. Ed. ke‑2. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Karya Yang Dikenali Menurut Judul

Al‑Quran.

Cumulative bibliography of Asian studies, 1941‑1945: subject bibliography. 1972. 4 jil. Boston: G.K. Hall.

The encyclopaedia of Islam. 1960. Ed. ke‑2. Leiden: E.J. Brill.

Kamus Dewan. 1991. Ed. baru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Oxford regional economic atlas: the Middle East and North Africa. 1960. London: Oxford University Press.

Rujukan Kepada Hadith Ditulis Menurut Pengumpul Hadith

al‑Tabrani, Sulayman ibn Ahmad. 1311H/1894. Al‑Mucjam al‑saghir. Delhi: Al‑Matbacah al‑Ansari.

Karya Susunan [pnys. = penyusun]

Farid M. Onn (pnys.). 1982. Dinamisme dalam pengajaran, penyelidikan dan pentadbiran universiti. Kumpulan Kertas Kerja 2. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hamzah Hamdani (pnys.). 1980. Esei sastera Baharuddin Zainal. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhamad Hasan Tok Kerani Mohd Arshad. 1968. Al‑tarikh salasilah negeri Kedah. Susunan semula Mohd Zahid Shah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Karya Suntingan [pnyt. = penyunting]

Jamaluddin Md. Jahi (pnyt.). 2000. Pengurusan persekitaran di Malaysia: isu dan cabaran. Bangi, Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jamaluddin Md. Jahi, Kamaruzzaman Sopian, Mohd Jailani Mohd Nor & Abdul Hadi Harman Shah (pnyt.). 2001. Environmental management 2000. Bangi: Centre for Graduate Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Laily B. Din, Muhammad Yahya, A. Norhayati, M.S. Nizam, Waidi Sinun & A. Latiff (pnyt.). 2005. Danum Valley conservation area: physical, biological & social environments. Kota Kinabalu & Bangi: Yayasan Sabah & Universiti Kebangsaan Malaysia.

Selenggaraan [pngr. = penyelenggara]

Othman Ismail (pngr.). 1990. Peristilahan dan penulisan sains. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sharifah Barlian Aidid (pngr.). 1990. Siri bacaan pelajar Utusan: epidemik. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distribution Sdn. Bhd.

Sulaiman Masri & Zainal Abidin Bakar (pngr.). 1989. Kertas kerja seminar penggunaan istilah sains. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Berbilang Jilid [Jil. = Jilid yang dirujuk]

Abu Osman Md. Tap. 1987. Matematik pertama. Jil. 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abu Osman Md. Tap. 1988. Matematik pertama. Jil. 2 & 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Terjemahan [Terj. = Terjemahan]

Battle, J.A. & Shannon, R.L. 1978. Gagasan baru ilmu pendidikan. Terj. Jakarta: Penerbit Mutiara.

Fraleigh, J.B. 1988. Kursus pertama aljabar niskala. Terj. Abu Osman Md. Tap & Abdul Razak Salleh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nama Samaran

Arena Wati. 1991. Memoir Arena Wati: enda gulingku. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Keris Mas. 1979. Tiga puluh tahun sekitar sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Monograf

Harriet Wong, Hazita Azman & Lee Siew Chin. 1990. English language proficiency. Monograf 3, Pusat Bahasa, UKM. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Smail, J.R.W. 1964. Bandung in the early revolution 1945‑1946: a study in the social history of the revolution. Modern Indonesian Project Monograph Series. Ithaca: Cornell University Press.

Bab Dalam Buku [Dlm. = Dalam]

Abdul Latiff Mohamad. 2000. Kesan pembangunan sosio-ekonomi ke atas kepelbagaian biologi khususnya spesies tumbuhan endemik di Malaysia. Dlm. Jamaluddin Md. Jahi (pnyt.). Pengurusan persekitaran di Malaysia: isu dan cabaran, hlm. 72-103. Bangi: Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Fleishman, I.A. 1973. Twenty years of consideration and structure. Dlm. Fleishman, I.A. & Hunt. J.G. (pnyt.). Current development in the study of leadership: selected readings, hlm. 1‑37. Carbondale: Southern Illinois University Press.

Shamsuddin Suhor. 2004. Celik alam sekitar: pengurusan di peringkat isi rumah. Dlm. Jamaluddin Md. Jahi, Mohd Jailani Mohd Nor, Kadir Arifin & Azahan Awang (pnyt.). Alam sekitar dan kesejahteraan masyarakat Malaysia, hlm. 196-211. Bangi: Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia.


Zainal Abidin Abdul Wahid. 1964. Malaysia, South‑East Asia and world politics. Dlm. Wang Gungwu (pnyt.). Malaysia: a survey, hlm. 356‑374. New York: Frederick A. Praeger.

Karya Tanpa Tarikh (t.th.)/Tanpa Tempat (t.tp.) /Tanpa Penerbit (t.pt.)

al‑Fakhiri, Muhammad ibn cUmar. t.th. Al‑akhbar al-najdiyah. Suntingan cAbd Allah ibn Yusuf al‑Shibl. al‑Riyad: Matabic Jamicat al‑Imam Muhammad ibn Sucud al‑Islamiyyah.

Ibn Qayyim al‑Jawziyyah, Abu Abd Allah Muhammad ibn Bakr al‑Zarci al‑Dimisyqiyy. t.th. Aclam al‑Muwaqi cin rabb al‑calamin. 4 jil. Suntingan Muhammad Muhyi al‑Din cAbd al‑Hamid. Mesir: t.pt.

al‑Shafici, Muhammad ibn Idris. t.th. Al‑Umm. 7 jil. t.tp.: t.pt.

al‑Tabari, Abu Jacfar Muhammad ibn Jarir. t.th. Ikhtilaf al‑fuqaha'. Beirut: Dar al‑Kutub al‑cIlmiyyah.


DOKUMEN AWAM

Berikan maklumat yang lengkap.

Negara (atau negeri)/institusi terlibat diikuti noktah
Tahun penerbitan diikuti noktah
Bahan yang dirujuk (masukkan butiran lanjut) diikuti noktah

Contoh :

a. Dokumen awam yang diterbitkan

i. Parlimen dan Dewan Undangan Negeri

Akta Parlimen

Malaysia. 1990. Bernama Act 1967 (Revised 1990). (Act 449).

Malaysia. 1974. Environmental Quality Act. (Act 127).


Enakmen Dewan Undangan Negeri

Dewan Undangan Negeri Pahang. 1987. Enakmen pentadbiran ugama Islam dan adat Melayu Pahang No. 8/82 (Pindaan 1987).

Perbahasan di Parlimen (Penyata atau Hansard)

Dewan Rakyat Malaysia. 1984. Perbahasan rang undang‑undang mesin cetak dan penerbitan. Penyata rasmi Dewan Rakyat. 2(12): 1792‑1850 Parlimen Keenam Penggal Kedua.

Laporan dan Dokumen (Kertas Perintah)

Dewan Rakyat Malaysia. 1986. Peristiwa Memali. Kertas Perintah 21, tahun 1986.

Dewan Rakyat Malaysia. 1988. Ke arah memelihara keselamatan negara. Kertas Perintah 14, tahun 1988.

ii. Penerbitan kerajaan (Persekutuan, Negeri)

Warta Kerajaan Persekutuan

Federated Malay States. 1926. Government Gazette 18(12): Notification No. 3178.

Federated Malay States. 1939. Sedition Enactment 1939 (Enactment No. 13 of 1939). Government Gazette 31(23).

Malaysia. 1981. Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) (Pindaan) 1981. Warta Kerajaan 25 (8 Tambahan 1).

Malaysia. 1990. Akta Kehakiman 1964 (Akta 91). Warta Kerajaan 34(26): Nombor Makluman 10926.

Warta Kerajaan Negeri

Johor. 1990. Akta Eksais 1976: Peraturan‑peraturan Eksais (Lembaga Pelesenan) 1977. Warta Kerajaan Negeri Johor 34(1).

Laporan Kerajaan Persekutuan

Kementerian Pendidikan Malaysia. 1990. Huraian Sukatan Pelajaran Tingkatan III: Pendidikan Islam.

Malaysia. 2006. Rancangan Malaysia Kesembilan 2006‑2010.

Ministry of Finance Malaysia. 2001. Economic report 2001/2002: 63-77.

iii. Laporan jawatankuasa

Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia. 1987. Pedoman umum ejaan bahasa Malaysia. Ed. ke‑2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia. 1991. Pedoman umum pembentukan istilah bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

b. Dokumen awam yang tidak diterbitkan

Dokumen Kerajaan seperti surat menyurat yang mempunyai nombor koleksi sebagai pengenalan pasti, hendaklah digunakan nombor koleksi ini. Dokumen Kerajaan sejak zaman British banyak terdapat di Public Records Office dan India Office Library and Records (IOR atau pun IOL & R). Sekarang ini India Office Library menggabungkan juga Oriental Collection. Selain itu Singapura mempunyai koleksi atau bilangan siri tersendiri bagi Straits Settlements Records, iaitu siri A dan AA. Siri ini terdapat dalam mikrofilem yang didahulukan dengan NL, iaitu National Library. Koleksi di Arkib Singapura juga menggunakan NL. Selain itu untuk kemudahan, rujukan tambahan tempat bahan yang dirujuk itu dimasukkan dalam tanda kurung [ ]. Jika bahan demikian diperolehi di Arkib Negara Malaysia, bolehlah dimasukkan maklumat itu dan maklumat lain.

Board's Collection. IOR F/4/1069 (29204) 1828,1829. 1827. Surat Norman McIntyre kepada Secretary to the Government, Prince of Wales Island, Singapore and Malacca, 9 Ogos 1827.

CO 273/657/50601. 1939. Surat Governor Straits Settlements Sir T.S.W. Thomas kepada Secretary of State for the Colonies Malcolm MacDonald, 24 Januari 1939

Straits Settlements Records. IOR G/34/13. 1806. Surat A.B. Bone kepada H.R. Pearson, Secretary to the Government, Prince of Wales Island, 29 Januari 1806.

Straits Settlements Records. NL13 A32. 1826. Surat S.G. Bonham, Acting Resident of Singapore, kepada John Anderson, Secretary to the Government, Prince of Wales Island, Singapore and Malacca, 23 Disember 1826.

c. Dokumen pertubuhan antarabangsa

i. Bangsa‑Bangsa Bersatu

United Nations. 1974. The Charter of Economic Rights and Duties of States. General Assembly Resolution 321, 29. UN G.O.A.R Supplement. (No. 31), 50, UN Document A/9361. New York: United Nations.

United Nations. 1986. Report of the Committee on Information. General Assembly Official Records. Forty‑first Supplement No. 21 (A/41/21). New York: United Nations.

ii. UNESCO

UNESCO. 1960. Director‑General of UNESCO report. Paris: UNESCO.

iii. IAEA

IAEA. 1995. Coordinated research programme on assessment of environmental exposure to mercury in selected human populations. Vienna: International Atomic Energy Agency.

iv. WHO

WHO. 1991. Guidelines for the assessment of herbal medicines. Geneva: World Health Organization.


MAKALAH DALAM JURNAL

Berikan maklumat yang lengkap.

Nama pengarang diikuti noktah
Tahun diikuti noktah
Tajuk makalah diikuti noktah
Judul jurnal hendaklah ditaip condong. (huruf pertama bagi setiap perkataan dalam judul, kecuali kata sendi, hendaklah menggunakan huruf besar)
Maklumat keluaran (sama ada jilid, nombor keluaran, bulan atau musim)
Nombor keluaran (dalam tanda kurung) diikuti titik bertindih
Halaman seluruh makalah diikuti noktah

Angka Jilid hendaklah ditaip dengan angka Arab. Ini bermakna nombor jilid dalam angka Roman hendaklah digantikan dengan angka Arab.


Pengarang Tunggal

Contoh:

Andanastuti Muchtar. 2000. Gabungan pelekukan dan pelenturan dalam penjanaan nilai keliatan patah seramik alumina. Journal Institute of Materials Malaysia 1(2): 51-66.

Samad, S.A. 2004. Digital domain design of cascaded wave digital filters with tunable parameters. Iranian Journal of Electrical and Computer Engineering 3(2): 1-5.

Pengarang Bersama

Contoh:

Andanastuti Muchtar, Lim, L.C. & Lee., K.H. 2002. Finite element analysis of Vickers indentation cracking processes in brittle solids using elements exhibiting cohesive post failure behaviour. Journal of Materials Science 38(2): 235-243.

Hamzah, N., Mohamed, A. & Hussain, A. 2004. A new approach to locate the voltage sag source using real current component. Journal of Electric Power System Research 72: 113-123.

Kadir Arifin, Jamaluddin Md. Jahi, Ismail Bahari, Abd Rahim Md. Nor & Abu Bakar Che Man. 2005. Sistem pengurusan bersepadu: satu pengenalan. Malaysian Journal of Environmental Management 6: 3-22.

Law Chung Lim, Siti Masrinda Tasirin & Wan Ramli Wan Daud. 2003. A new drying model based on drying periods. Drying Technology 21(9): 1703-1722.

Marcos, A.M.L., Marcelo, R. & Lia, H. 2000. Quality certification and performance of Brazilian firm. An empirical study. International Journal of Production Economics 66: 143-147.
.
Judul Jurnal Yang Diringkaskan

Contoh:

Brown, R. & Higgins, P.J. 1978. On the connection between the second relative homotopy groups of some related spaces. Proc. London Math. Soc. 36 (3): 193‑212.


MAKALAH DALAM PROSIDING/PASCASIDANG

Contoh:

Kadir Arifin, Jamaluddin Md. Jahi, Abu Bakar Che Man, Ismail Bahari & Abd Rahim Md Nor. 2003. Perlaksanaan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OHSAS 18001:1999) di Malaysia: isu dan cabaran. Prosiding Pengurusan Persekitaran 2003, hlm. 107-115.

Rahmat, R.A., Jumari, K., Hassan, A. & Basri, H. 2002. Intelligent traffic control with image processing sensor. Proceedings of the 2nd World Engineering Congress, hlm. 339 - 344.


MAKALAH DALAM MAJALAH/BULETIN

Ismail Hamid. 1990. Sastera kitab. Dewan Sastera Mei: 79‑83.

Laupa Junus. 2006. RazakSAT dilancar ke angkasa lepas tahun ini. Estidotmy Februari: 10-11.

Nik Mohd Nasri Ismail. 1991. Punca ketidaksuburan lelaki. Sihat Julai: 24‑25.


MAKALAH, BERITA DALAM AKHBAR/SURAT KEPADA PENGARANG

Makalah Dengan Nama Pengarang/Penulis

Gunasegaran, P. 2006. Overworked students: give the kids chance to relax. New Straits Times, 21 February: 20.

Hashnan Abdullah. 2006. Mangsa tragedy asrama runtuh selamat pulang. Utusan Malaysia, 2 Februari: 3.

Mohamed Idris, S.M. 2006. Commercial vehicle drivers: procedures need review. New Straits Times, 16 February: 18.

Makalah Tanpa Pengarang/Penulis

Anon. 1992b. Peningkatan kes belia tidak membayar balik pinjaman. Utusan Malaysia, 30 Oktober: 10.

Anon. 2006. Kelantan ambil langkah segera bendung JE. Utusan Malaysia, 2 Februari: 5.

Anon. 2006. Siapa angkasawan pertama Malaysia? Estidotmy, 22 Februari:10-11

BERITA DALAM AKHBAR

Berita/Rencana Dengan Nama Penulis

Ooi Tee Ching & Ganesan, V. 2004. Tourism set to rake in RM30b in receipts. New Straits Times, 28 May: B1.

Suffian A. Bakar. 2005. Pemegang saham syer rombak Lembaga Pengarah. Berita Harian, 5 Ogos: 17.

Berita/Rencana Tanpa Nama Penulis

Anon. 1992. Syarikat Itali akan sediakan radar kawalan laluan udara. Utusan Malaysia, 30 Oktober: 3.

Anon. 2000. Telefon bimbit bukan sekadar penghubung. Berita Harian, 5 Julai: 24.

Surat Kepada Editor

Fidani. 1992. Jangan salahkan imam, bilal saja. Surat. Berita Harian, 30 Oktober: 13.

Izhab, Z. 1992. Effective reading is the way to ensure success of science students. Surat kepada Editor. New Straits Times, 25 Januari: 9

Mohd Fauzi Zahat. 2006. Denda tinggi mampu buat pemandu serik. Surat. Berita Harian. 3 Februari : 12.


RUJUKAN UMUM AKHBAR

Berita Harian. 2005. 28 November.

New Straits Times. 2005. 31 Disember.

The Star. 2003. 2 Jun.

Utusan Malaysia. 2004. 10 & 17 September.


FILEM, VIDEO DAN SLAID

Nama pengarah filem hendaklah ditaip sekiranya pengarah sesebuah filem itu diketahui.


Filem

Ali Baba Bujang Lapok. 1960. Filem cereka. Singapura: Shaw Brothers.

Buli Balik. 2006. Filem cereka. Kuala Lumpur: Grand Brilliance Sdn. Bhd., Vision Works Sdn. Bhd. & Tall Order Productions Sdn. Bhd.

Caves: the dark wilderness. t.th. Filem. Chicago: Encyclopaedia Britannica Educational Corporation.

My name is Nadra (Natrah) not Bertha. 1992. Drama dokumentari. Singapura: Singapore Broadcasting Corporation.

Video

Geophysical techniques. t.th. Video. Milton Keynes: Open University.

Language and verbal skills. 1976. Video. Virginia: Association for Retarded Citizen.

Syed Arabi Idid. 1989. Bergelut ke Parlimen: Ampang Jaya dalam pilihanraya. Video dokumentari. Jabatan Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Slaid

Deacon, J.E. 1975. The Galapagos Island: birds. Slaid. New York: Harper & Row.

Energy generation and storage. t.th. Slaid. Singapore: Toppan Company.

Investigations in life science: man and nature. t.th. Slaid. Colorado: Crystal Productions.


Lagu Dan Karya Berbentuk Muzik

Mozart, W.A. 1770. “Coronation” mass in C, “Exultate Jubilate: K. 317. Slovak Philharmonic Chorus and Orchestra, Janos Ferencsik (konduktor), Laserlight Series 14 098. Santa Monica: Delta Music Incorporated, 1993.


BAHAN TIDAK TERBIT

Berikan maklumat yang lengkap.

Nama pengarang diikuti noktah
Tahun diikuti noktah
Judul diikuti noktah
Nombor folio, nombor kotak tempat bahan disimpan atau mana‑mana tanda pengenalan yang lain diikuti koma
Nama koleksi diikuti noktah
Nama tempat (institusi, bandar, negeri) bahan tersebut dihasilkan/disimpan diikuti koma
Tarikh diikuti noktah

Tesis Atau Latihan Ilmiah

Alfitra Salam. 1999. Kerjasama dan potensi konflik dalam hubungan Indonesia-Malaysia 1966-1991. Tesis Dr. Falsafah, Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Howie, J. 1977. Topics in the theory of groupoids. Tesis Ph.D. University of London.

Kadir Arifin. 2004. Integrasi sistem pengurusan kualiti (ISO 9001:2000), sistem pengurusan persekitaran (ISO 14001:1996) dan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OHSAS 18001:1999): Ke arah pelaksanaan dan pembentukannya di Malaysia. Tesis Dr. Falsafah, Program Pengurusan Persekitaran, Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mann, A.E. 1968. The palaeodemography of Australopithecus. Disertasi Ph.D. University of California, Berkeley.

Manuskrip Asal

Hamzah Fansuri. t.th. Sharab al‑c Ashiqin. MSS. Cod. Or. 7291(11), Perpustakaan University Leiden.

Kertas Kerja, Abstrak Persidangan Dan Sebagainya

Kadaruddin Aiyub & Kadir Arifin. 2001. Globalisasi, perniagaan dan alam sekitar: cabaran untuk industri kecil dan sederhana di Malaysia. Kertas kerja Persidangan Kebangsaan Pertama Keusahawanan dan Perniagaan Kecil. Anjuran Sekolah Pengurusan, Institut Pembangunan Keusahawanan, Universiti Utara Malaysia. Langkawi, 8-9 September.

Kadir Arifin, Jamaluddin Md. Jahi, Ismail Bahari & Abd Rahim Md. Nor. 2004. Sistem pengurusan bersepadu: ke arah kesedaran alam sekitar organisasi di Malaysia. Kertas kerja Seminar Kebangsaan Geografi dan Alam Sekitar 2004. Anjuran Program Geografi, Fakulti Seni dan Muzik, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tanjong Malim, Perak, 3-4 Julai.

Laporan Teknik

Che Husna Azhari & Wan Mohtar Wan Yusoff. 1990. Penghidrogenan selanjar minyak olein sawi mangkin emas dan platinum. Laporan akhir projek penyelidikan UKM 69/85.

Mohd. Kidin Shaharan. 1991. Kegunaan submartingale dalam masalah storan. Laporan Teknik 5. Pusat Pengajian Kuantitatif, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mesyuarat: Kertas Kerja, Laporan Dan Minit Mesyuarat

Bahagian Pendidikan Guru. 1989. Pendekatan baru tugas dan tanggungjawab pensyarah maktab‑maktab perguruan Malaysia. Kertas kerja Mesyuarat Pengetua‑Pengetua Maktab Perguruan Malaysia Kali Kedua. Lumut, Perak D.R., 7‑9 Ogos.

Laporan Unit Pengurusan dan Pentadbiran (URT). 1988. Mesyuarat Pengetua‑Pengetua Maktab Perguruan Malaysia Kali Kedua. Maktab Perguruan Lembah Pantai, Kuala Lumpur, 15‑16 September.

Minit Mesyuarat Pengetua‑Pengetua Maktab Perguruan Malaysia Kali Kedua. 1989. Lumut, Perak D.R., 7 ‑ 9 Ogos.

Temu Bual

Individu yang ditemu bual hendaklah tokoh yang berwibawa dalam bidang berkenaan.

Contoh:

Abdullah Hj. Mohd. Salleh. 1999. Sejarah penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur. Temu bual, 12 Mei.


BAHAN RUJUKAN ELEKTRONIK

Bahan rujukan elektronik seperti CD-ROM, laman sesawang, pangkalan data sesawang, jurnal-elektronik dan mel-elektronik hendaklah mempunyai maklumat berikut:

Nama pengarang diikuti noktah
Tahun diikuti noktah
Tajuk makalah diikuti noktah
Nama jurnal/buku (condong)
Nombor jilid (tebal)
Nombor keluaran (dalam tanda kurung)
Halaman seluruh makalah diikuti noktah
Jenis media (dalam tanda kurung)
Tapak /jejak /fail/alamat sesawang (tanpa garis bawah)
Tarikh capaian [dalam tanda kurung] diikuti noktah

Pengubahsuaian boleh dilakukan mengikut keperluan tanpa menjejaskan kesahihan sumber bahan yang dirujuk.

Contoh:

Clark, J.K. 1999. Humidity sensor. Journal of Physics 2(2): 9-13 http://www.cit.edu/phys/sensor.html [20 Julai 1999].

Crane, N. 1997. Electronic sources: MLA style of citation. http://www.uvm.edu/~ncrane/estyle/mla.html [31 Julai 2000].

Kawasaki, J.L. 1996. Computer administered surveys in extension. Journal of Extension 33(3): 204-210. http://www.apa.org/journals/webref.html [18 November 1999].

Medical Information Group. 1998. Arsenic contamination of drinking water. http://www.angelfire.com/ak/medinet/arsenic.html [4 Julai 2000].

Pritzer, T.J. t.th. An early fragment from central Nepal. http://www.ingres.com/~astanart/pritzker/pritzker.html [5 Jun 2000].

Howell, V. & Carlton, B. 1993. Growing up tough: New generation fights for its life: Inner city youths live by rule of vengeance. Birmingham News (CD-ROM) 1A. 1994 SIRS/SIRS 1993 Youth/Jil. 4/Makalah 56A [20 Julai 2000].

Clark, J.K. 1993. Complication in academia: sexual harassment and the law. Siecus Report 21(6): 6-10. (CD-ROM). 1994 SIRS/SIRS 1993 School/Jil. 4/ Makalah 93A [13 Jun 1995].


RUJUKAN UNDANG-UNDANG

Rujukan Kes

a. Nama-nama kes yang disebut di dalam teks hendaklah dicondongkan, termasuklah huruf ‘v’ yang tidak diikuti dengan tanda titik. Perkataan ‘dan’ digantikan dengan ‘ampersand’ (&).

Contoh:

Mohamad Ezam Bin Noor v Ketua Polis Negara & Other Appeals

Manakala di dalam catatan bawah pembutirannya hendaklah ditaip tahun kes tersebut dilaporkan, jilid Laporan dan halaman surat atau nombor perenggannya.

Contoh:

[2002] 4MLJ 449

b. Sekiranya pihak yang terlibat didalam kes ialah firma atau syarikat, hendaklah ditulis nama penuh firma atau syarikat itu.

Contoh:

British Imperial Oil Co. Ltd. v Federal Commissioner of Taxation.

c. ‘Ex parte’ hendaklah diringkaskan kepada ‘Ex p’.

Contoh:

R v Mental Health Act Commission; Ex p X (1988) 9
BLMR 77

d. Meringkaskan nama-nama kes

Sekiranya kes tersebut mempunyai nama yang panjang dan kes itu kerapkali dirujuk di dalam teks, maka hendaklah ringkaskan nama didalam teks dan juga catatan bawah.

Contoh:

Rujukan pertama:

Woolwich Equitable Building Society v Comrs of Inland Revenue [1993] AC 7

Rujukan selanjutnya didalam teks:

‘…..sebagaimana yang dinyatakan oleh Lord Goff di dalam Woolwich…’ atau boleh juga ditulis sebagai ‘di dalam kes Woolwich….’

Rujukan selanjutnya didalam catatan bawah:

Woolwich (n 55) 176

e. Kes-kes perkapalan

Nama kapal boleh digunakan bagi menggantikan nama
penuh kes tersebut. Bagaimanapun nama penuhnya hendaklah ditulis dalam rujukan pertama tanpa menambahkan huruf ‘SS’ (steamship) atau ‘MV’ (motor vessel).

Contoh:

Rujukan pertama:

New Zealand Shipping Co Ltd. V Satterwaite (AM) & Co Ltd (The Eurymedon)

Rujukan selanjutnya:

The Eurymedon

Nama popular kes

Nama popular bagi kes yang dirujuk bolehlah digunakan dan hendaklah ditaip di dalam tanda kurung selepas rujukan penuh awal.

Contoh:

Mirage Studios v Counter-feat Clothing Co Ltd [1991} FSR 145 (Ninja Turtle case)

Penyebutan kes di dalam catatan bawah

Sekiranya lebih daripada satu kes dirujuk, kes-kes tersebut hendaklah ditaip mengikut susunan kronologi di mana kes yang terbaharu ditaip kemudian sekali kecuali terdapat sebab-sebab tertentu yang perlu, susunan kronologi bolehlah diabaikan. Kes-kes berkenaan hendaklah dipisahkan dengan penggunaan semi colon (;)

Contoh:

Lee Gee Lam v Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Malaysia & Anor [1993] 3 MLJ 265; Saul Hamid bin Pakir Mohamad v Inspector Abdul Fatah bin Abdul Rahman & Anor [1999] 6 MLJ 800; Abdul Ghani Haroon v Ketua Polis Negara and Another Application [2001] 2 MLJ 689.

Kes yang tidak dilaporkan

Rujukan kepada kes yang tidak dilaporkan hendaklah menggunakan ‘rujukan neutral’ (jika ada). Sekiranya tidak terdapat ‘rujukan neutral’ tersebut, format yang perlu digunakan ialah:

1. Nama kes
2. Mahkamah yang mendengar kes tersebut
3. Tarikh keputusan dibuat
4. Halaman atau perenggan kes berkenaan boleh
didapati

Contoh:

Thannhauser v Westpac Banking Corporation (Federal Court Australia, 9 December 1991) [90]*

*kandungan berbentuk sedemikian hendaklah digunakan bagi menyatakan nombor perenggan di mana kes tersebut boleh diperolehi.

Keputusan yang disiarkan secara elektronik

Rujukan kes yang diperoleh daripada sumber elektronik hanyalah boleh digunakan sekiranya keputusan kes tersebut belum dilaporkan di dalam bentuk bercetak dan tidak mempunyai ‘rujukan neutral’

Contoh:

Cox v Robinson [2000] QCA 454 (Supreme Court of Queensland Court of Appeal, 7 November 2000). http://austlii.edu.au/au/cases/qld/QCA/2000/454.html [7 Januari 2000]

Laporan-laporan lain

Kes yang dilaporkan oleh akhbar hanyalah boleh dirujuk sekiranya ia tidak dilaporkan di dalam laporan lain. Nama akhbar tersebut hendaklah ditaip condong.

Contoh:

Kent v Griffiths. The Times. 10 Februari 2000.

Perundangan

Perundangan primer

Terdapat dua cara rujukan:

a) Penggunaan judul ringkas (tidak dicondongkan)

Contoh:

Defamation Act 1957 (Malaysia)

atau

b) Penggunaan judul ringkas, tahun dan nombor akta

Contoh:

Defamation Act 1957 (Malaysia) (Akta 286)

Perundangan kecil

Perundangan kecil hendaklah dirujuk dengan menggunakan judul, tarikh dan nombor siri

Contoh:

Community Charge Support Grant (Abolition) Order 1987 SI 1987/466

Perlembagaan

Contoh:

Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1957

Perbahasan Parlimen

Format rujukannya adalah seperti berikut:

1. Nama negara
2. Judul
3. Tarikh penuh perbahasan
4. Lajur
5. Nama penuh pembahas

Contoh:

Malaysia, Perbahasan Dewan Rakyat, Bacaan Kedua,
9 Mac 1993, 26 (Karpal Singh)

STATUS

Search This Blog

DAUN