secebis

Blog Mimbar Kata

bahasa dalam puisi

blog mimbar kata

menatap kepayahan dalam denu

blog mimbar kata

kau ada

blog mimbar kata

Showing posts with label prosa. Show all posts
Showing posts with label prosa. Show all posts

28 Jan 2025

Teladan dalam Sulalatus Salatin

 


Singapura Dilanggar Todak

Tuan Jana Khatib seorang yang mahir ilmu khayal lillah telah datang ke Singapura. Dia telah menilik sebatang pohon pinang sehingga terbelah dua. Perbuatan itu menimbulkan kemarahan Paduka Seri Maharaja. Katanya Tuan Jana Khatib mahu menunjukkan kebolehan kepada isterinya. Tuan Jana Khatib telah dihukum bunuh. Sebaik darahnya menitik ke tanah, tubuh Tuan Jana Khatib telah ghaib.Tubuhnya itu dikatakan muncul di Langkawi. 

Selepas peristiwa ini, Singapura dilanggar oleh ikan-ikan todak. Ramai rakyat Singapura telah terbunuh. Paduka Seri Maharaja  menyuruh rakyatnya berkubukan betis menjadikan semakin ramai rakyatnya terbunuh. 

Seorang budak telah mencadangkan supaya berkubu batang pisang. Kecerdikan budak ini menimbulkan kerisauan di hati pembesar. Mereka mencadangkan budak itu dibunuh.

Raja yang meninggal dunia digantikan anaknya iaitu Raja Iskandar Syah. Raja Iskandar Syah mengahwini anak Tun Perpatih Tulus dan mendapat seorang anak bernama Raja Ahmad ataupun nama timangannya Raja Besar Muda. Raja Besar Muda dikahwinkan dengan Tuan Puteri Kamarul Ajaib, anak Raja Sulaiman Syah, raja Kota Mahligai.

Pembunuhan ke atas seorang yang tidak berdosa oleh pemerintah telah menyebabkan Temasik dilanda musibah. Ramai rakyat marhaen yang hilang nyawa akibat serangan todak yang luar biasa. Pengajaran dari peristiwa ini agar pemerintah tidak menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa.



 

5 Sept 2024

Sulalatus Salatin Versi Siak

 

Sulalatus Salatin Versi Siak

MANUSKRIP dari alam Melayu yang paling menonjol tentunya Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin, yang menjadi naskhah paling kerap disalin. sehingga kini terdapat 32 salinannya yang berselerak di seluruh dunia dan masih dibahaskan kalangan sarjana dalam pelbagai bidang, selain diterjemahkan ke bahasa asing malah malah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada 2001 sebagai warisan ketara.

Terdapat sebuah lagi versi Sulalatus Salatin yang tidak kurang menariknya, iaitu versi Siak yang ditulis Tengku Sa'id Tengku Deris, seorang penyurat daripada keturunan kelima Raja Kecil, iaitu pengasas Kesultanan Siak pada tahun 1723 yang mendakwa, Raja Kecil adalah putera Sultan Mahmud Syah ll, iaitu Sultan Marhum Mangkat Dijulang.

Kesultanan Siak Sri Inderapura wujud antara 1723 hingga 1946 di Siak, sebuah daerah di Riau, pantai timur Sumatera yang kini menjadi sebahagian entiti Republik lndonesia.

Pengasasnya digelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah (Marhum Buantan). Baginda didakwa oleh penduduk tempatan sebagai putera Sultan Mahmud Syah ll (Marhum Mangkat Dijulang) yang mangkat di Kota Tinggi Johor, pada tahun 1699

Selepas tahun 1511, iaitu ketika Melaka ditakluk Portugis, kesultanan ini berpindah dan menubuhkan Kesultanan Johor lama sekitar 1520-an yang kemudiannya dikenali sebagai Kesultanan Johor-Riau. Raja Kecil menjadi Sultan selama beberapa tahun tetapi kemudian menubuhkan pula Kesultanan Siak selepas kecundang berperang dengan kerabat Melayu-Bugis.

Sekiranya benar penduduk tempatan Siak mendakwa bahawa Raja Kecil adalah putera Sultan Mahmud, maka bererti Kesultanan Siak adalah keturunan daripada Kesultanan Melaka.

Terdapat 12 orang yang memerintah dengan menggunakan gelaran 'Duli Yang Maha Mulia Aduka Seri Sultan'. Sultan yang pertama sehingga keenam, iaitu Paduka Seri Sultan Yahya Abdul Jalil Muzaffar Syah, adalah keturunan Melayu-Siak jati.

Namun sejak 1784, Kesultanan Siak mengalami transformasi dengan tampuk pemerintahan berpindah ke dinasti Melayu-Arab, setelah berlaku rampasan kuasa di istana. Tengku Sayyid Ali, putera Syariff Othman, menantu Sultan Alamuddin Ibni Raja Kecil, menduduki takhta Kesultanan Siak yang ketujuh, bergelar Paduka Seri Sultan Sayyid Syariff Ali Abdul Jalil Saifuddin ibni Sayyid Othman.

Sultan Yahya terpaksa berkelana ke Terengganu dan mangkat di Dungun (bergelar Marhum Dungun). Seramai enam orang Sultan Siak dari dinasti Melayu-Arab memerintah diakhiri dengan Paduka Seri Sultan Sayyid Syariff Kasim ll Abdul Jalil Saifuddin (Marhum Rumbai). Perubahan dinasti ini juga membawa perubahan ke atas sistem dan tatacara pemerintahan Siak, tetapi tanpa mengubah asasi sistem induk pribuminya.

Dapat disimpulkan, pengarangnya Tengku Sa'id menggunakan manuskrip ini untuk memperkukuh dakwaan Raja Kecil adalah sebenarnya putera Sultan Mahmud Syah ll yang berketurunan Melaka dan kedua, Kesultanan Siak merujuk kepada Kesultanan Melaka sebagai sumber daulat dan kuasa untuk membina kedaulatannya sebagai sebuah penguasa baru pada awal abad ke-18 di barat Selat Melaka.

Pengaruh luar, terutama yang berteraskan Arab-lslam berjaya mempengaruhi sistem dan institusi tempatan. Dalam konteks kerajaan tradisional Siak, peringkat tertinggi institusi kesultanannya berubah dari dinasti raja Melayu-lslam kepada dinasti raja Melayu-Arab-lslam.

Majlis tertinggi peribumi yang membantu pemerintahan dan pentadbiran sultan yang sebelumnya dikenali sebagai 'Majlis/Dewan Tunggulmanah' dirasonalisasikan dengan prinsip syariah lslam, dengan melantik kadi dan ulama menduduki Majlis ini, dalam usaha mengislamisasikan institusi peribumi.

Kedudukan geografi Siak juga yang bahagian perbatasan hulunya termasuk ke dalam lingkungan alam Minangkabau menyebabkan terjadinya sintesis di antara hukum adat Temenggung dengan hukum adat Minangkabau di dalam prinsip pentadbiran Siak.

Raja Kecil yang sentiasa berpetualangan dan berpengalaman di dalam politik di Riau mewarisi sistem ketemenggungan yang dicernakan dengan sistem Kedatuan dan adat Minangkabau. Maka tergabunglah unsur-unsur Melayu Temenggung-Perpatih-lslam. Di sinilah keistimewaan dan indahnya kaedah berkerajaan di Siak pada era Kesultanannya.

Komentar oleh Pro Canselor Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), Prof Emeritus Datuk Wira Dr Mohd Yusoff Hashim


Berita Harian


10 Jul 2023

Ketamakan Kuasa - Singapura Di Langgar Todak

 


Apabila ulama dihina semata-mata kerana kesombongan dan keegoan kuasa. 
Kesannya terjadi terhadap negeri dan kuasa. Kematian Tun Jana Khatib memunculkan todak menyerang Singapura.
Bila todak menyerang ramai memberi idea menyelamatkan negeri. Seorang budak dengan ide batang pisang. Idea diterima tetapi ketamakan dan  kerakusan kuasa masih belum berhenti sehingga budak yang bijaksana dibunuh.

Baca selanjutnya dalam Sulalatus Salatin

Singapura Dilanggar Todak 

ALKISAH diceriterakan orang yang empunya ceritera - alamat akan binasa negeri Singapura. Maka ada seorang Hamba Allah, orang Pasai, turun dari atas angin ke Pasai tiga bersahabat, Tuan Jana Khatib namanya; memahirkan ilmu khayal lillah lagi tamam dua belas alam. Oleh itu pergi dua bersahabat ke singapura, seorang pergi ke Samarlanga, itulah yang disebut orang tuan di Samarlanga, yang seorang tuan itu di Bunguran. Maka suatu hari Tuan Jana Khatib berjalan di Pekan Singapura bertudung; maka ia lalu Hampir pagar istana raja. Maka dipandangnya di pintu peranginan raja itu, ada seorang perempuan dilindung oleh pohon pinang gading; oleh Tuan Jana Khatib ditiliknya pohon pinang itu belah dua. 

Setelah dilihat oleh Paduka Seri Maharaja perihal itu maka baginda pun terlalu murka; titah baginda, "Lihatlah kelakuan Tuan Jana Khatib, diketahuinya isteri kita ada di pintu maka ia menunjukkan ilmunya. "Maka disuruh baginda bunuh; Tuan Jana Khatib pun dibawa orang akan dibunuh, Hampir ujung negeri tempat orang membuat bikang; di sanalah ia ditikam orang. Maka titik darahnya setitik, badannya pun ghaiblah. Orang yang membunuh itu pun kembalilah, dipersembahkannya kepada raja. Maka oleh perempuan yang membuat bikang itu, darah Tuan Jana Khatib yang titik itu ditutupnya dengan tudung bikangnya. Dengan berkat darah wali Allah, perempuan itu pun menjadi kayalah dari harga bikangnya; tutup bikang pun menjadi batu. ada sekarang di Singapura. Ada  diceriterakan orang, badan Tuan Jana Khatib itu terhantar di Lengkawi, ditanamkan orang di sana. Inilah dibuat orang pantun: 

Telur itik dari Singgora, 
Pandan tersandar di batang tui; 
Darahnya titik di Singapura, 
Badan terhantar di Lengkawi. 

Hatta tiada berapa lama antaranya, maka datanglah todak menyerang Singapura, berlorupatan lalu ke parit. Maka segala orang yang di pantai itu banyak mati dilorupati todak itu; barang yang kena terus-menerus olehnya. Maka tiadalah dapat orang berdiri di pantai itu lagi. Maka geruparlah orang berlari-larian ke sana ke mari, semuanya mengatakan, "Todak datang menyerang kita; banyaklah sudah mati ditikamnya." Maka paduka Seri Maharaja pun segera naik gajah, lalu baginda keluar diiringkan segala menteri hulubalang sida-sida bentara sekalian. Setelah datang ke pantai, maka baginda pun hairanlah melihat perihal todak itu, barang yang kena dilorupatinya sama sekali matilah. Maka terlalulah banyak orang yang mati ditikam todak itu. Maka baginda pun menitahkan orang berkotakan betis, maka dilorupati oleh todak itu, terus berkancing ke sebelah. Adapun todak itu seperti hujan, usahkan kurang, makin banyak orang mati. Syahadan pada antara itu, datanglah seorang budak berkata, "Apa kerja kita berkotakan betis ini? Mendayakan diri kita. Jika berkotakan batang pisang alangkah baiknya?" Setelah didengar Paduka Seri Maharaja kata budak itu, maka titah baginda, "Benar seperti kata budak itu," maka dikerahkan baginda rakyat mengambil batang pisang diperbuat kota, Maka dikerjakan oranglah berkotakan batang pisang. Maka segala todak yang melorupat itu lekatlah jongomya, tercacak kepada batang pisang itu; dibunuh oranglah bertimbun-timbun di pantai itu, hingga tiadalah termakan lagi oleh segala rakyat. Maka todak itu pun tiadalah melorupat lagi. Pada suatu ceritera pada masa todak itu melompat, datang ke atas gajah Paduka Seri Maharaja, kena baju baginda; maka diperbuat orang seloka: 

Carek baju dilompati todak, 
Baharu menurut kata budak.  

Setelah itu maka Paduka Seri Maharaja pun kembalilah ke istana baginda. Maka sembah Orang Besar-besar, "Tuanku, akan budak itu terlalu sekali besar akalnya. Sedang ia lagi budak sekian ada akalnya,jikalau sudah ia besar betapa lagi? Baiklah ia kita bunuh, tuanku." Maka titah raja, "Benarlah bagai kata tuan Hamba sekalian itu, bunuhlah ia!" Maka adalah budak itu, tatkala ia akan dibunuh, maka ia menanggungkan haknya atas negeri itu; lalu ia pun dibunuh oranglah. 

Hatta, setelah berapa lamanya baginda di atas kerajaan, maka baginda pun mangkatlah. Anakanda baginda Raja Iskandar Syah menggantikan kerajaan ayahanda baginda, beristerikan anak Tun Perpatih Tulus, beranak seorang lelaki bernama Raja Ahmad, timang-timangannya Raja Besar Muda, terlalu baik rupa dan slkapnya, tiada berbagai pada zaman itu. Setelah baginda besar, maka oleh ayahanda baginda didudukkan dengan anak Raja Sulaiman Syah, raja Kota Mahligai, bernama Tuan Puteri Kamaru'l Ajaib, terlalu baik parasnya, tiada sebagainya pada zaman itu,

dipetik daripada Sulalatus Salatin

8 Jul 2023

waad melayu

Waad  Melayu diperjelas dalam Sulalatus Salatin sebagai pegangan hubungan rakyat dan pemerintah.

Bersurupah Berteguh Janji 
 Maka sembah Demang Lebar Daun, "Sungguh tuanku seperti khabar orang itu; jikalau tuanku berkehendakkan patik itu, patik sembahkan, lamun mahu duli tuanku berjanji dahulu dengan patik. Maka titah baginda, "Apa janji paman hendak diperjanjikan dengan hamba itu? Katakan oleh paman hamba dengar." Maka sembah Demang Lebar Daun, "Barang maklum duli tuanku Yang Maha Mulia, jikalau anak patik telah terambil ke bawah duli, jikalau ia kena penyakit seperti patik-patik yang lain, telah maklum ke bawah duli tuanku itu, jikalau ada ampun kumia duli Yang Maha Mulia, janganlah tuanku keluarkan dari bawah istana tuanku. Biarlah ia menjadi gembala dapur Yang Maha Mulia, dan menyapu sampah di bawah peraduan duli tuanku. Seperkara lagi, perjanjian patik mohonkan anugerah ke bawah duli Yang Maha Mulia, segala hamba Melayu jikalau ada dosanya ke bawah duli, patik pohonkan jangan ia difadihatkan, dinista yang keji-keji, jikalau patut pada hukum syarak bunuh, tuanku; jangan duli tuanku aibi." 

Maka titah Seri Teri Buana, "Kabullah hamba akan janji paman itu; tetapi hamba pun hendak minta janji juga pada paman. "Maka sembah Demang Lebar Daun, "Janji yang mana itu, patik pohonkan titah duli Yang Maha Mulia." Maka titah Seri Teri Buana, "Hendaklah oleh segala anak cucu Hamba, jikalau ada salahnya sekalipun, atau zalim jahat pekertinya, jangan segala Haru ba Melayu itu derhaka dan menitikkan darahnya ke bumi, jikalau mereka itu akan cedera, berundur hingga takluk negerinya juga. "

Maka sembah Demang Lebar Daun, "Baiklah tuanku, tetapi jikalau anak cucu duli tuanku dahulu mengubahkan, anak cucu patik pun berubahlah tuanku." Maka titah Seri Teri Buana, "Baiklah paman, kabullah hamba akan waad itu. Maka baginda pun bersumpah-sumpahanlah dengan Demang Lebar Daun. Titah baginda, "Barang siapa hamba Melayu derhaka mengubahkan perjanjiannya, dibalikkan Allah bumbungan rumahnya ke bawah kaki ke atas." Maka sembah Demang Lebar Daun, ''Jikalau raja Melayu itu mengubahkan perjanjian dengan Hamba Melayu, dibinasakan Allah negerinya dan takhta kerajaannya."

Itulah dianugerahkan Allah subhanahu wa taala pada segala raja-raja Melayu, tiada pernah memberi aib kepada segala Hamba Melayu, jikalau sebagaimana sekalipun besar dosanya, tiada diikat dan tiada digantung, difadihatkan dengan kata-kata yang keji hingga sampai pada hukum mati, dibunuhnya. Jikalau ada seorang raja-raja Melayu itu memberi aib seseorang Hamba Melayu, alamat negerinya akan binasa. 

Setelah sudah Demang Lebar Daun berteguh-teguhan waad itu, maka ia menyembah lalu kem bali ke rumahnya, menghiasi anaknya yang bernama Radin Ratna Cendera Puri itu dengan selengkap perhiasan yang keemasan. Setelah sudah, lalu dibawanya masuk ke dalam, dipersembahkannya kepada Seri Teri Buana. Setelah baginda memandang rupa baik paras anak Demang Lebar Daun itu, maka baginda pun hairan serta dengan sukacitanya. Maka titah baginda, "Sepenuh kasih pamanlah, Hamba terima. "Maka sembah Demang Lebar Daun, "Barang Daulat tuanku bertambah-tambah." Seraya ia bermohon kembali. 

dipetik daripada Sulalatus Salatin




19 Mar 2021

KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF

 KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF

PENGENALAN


Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2017 menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang telah dilaksanakan sejak tahun 1989 bagi memenuhi hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Selaras dengan perubahan itu, Lembaga Peperiksaan telah mengadakan perekaan bentuk format pentaksiran berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). Seterusnya, perekaan bentuk format pentaksiran menjadi asas kepada pembinaan instrumen pentaksiran.

  ASAS PERTIMBANGAN


Beberapa prinsip yang menjadi asas pertimbangan dalam proses perekaan bentuk format pentaksiran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ialah:

KESAHAN
Kesahan merujuk ciri ujian dan melibatkan dua perkara, iaitu kerelevanan dan kecukupcakupan. Perekaan bentuk instrumen pentaksiran ini telah memastikan semua konstruk (perkara yang ditaksir) dijelmakan berdasarkan objektif mata pelajaran. Item- item yang dikemukakan adalah akur dengan kurikulum standard dan spesifikasi ujian serta mempunyai kesesuaian dari segi kumpulan sasaran, aras kesukaran, konteks dan situasi. Kandungan instrumen pentaksiran mencakupi semua aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperoleh dalam pendidikan mata pelajaran berkenaan, seperti yang dihasratkan oleh kurikulum standard.

KEBOLEHPERCAYAAN


Kebolehpercayaan merujuk ciri skor ujian dan melibatkan dua perkara iaitu ketekalan dan ketepatan. Di peringkat pembinaan, satu spesifikasi ujian direka bentuk bagi setiap instrumen pentaksiran untuk dijadikan piawaian. Hal ini adalah untuk memastikan ketepatan, kesetaraan dan ketekalan instrumen pentaksiran yang dihasilkan setiap tahun. Analisis data peperiksaan juga dapat menunjukkan tahap kebolehpercayaan sesuatu instrumen pengukuran.

KEOBJEKTIFAN


Keobjektifan merujuk kejelasan fungsi setiap instrumen yang dibina. Setiap instrumen pentaksiran dibina dengan tujuan khusus mengikut spesifikasi ujian tertentu. Jadual Spesifikasi Ujian berfungsi mengawal kefungsian instrumen yang dibina. Setiap pembina harus jelas dengan kehendak setiap instrumen pentaksiran yang dibina. Antaranya, konstruk yang ditaksir dan inferens boleh dibuat daripada skor yang akan diperoleh.

Dalam item berbentuk subjektif, keobjektifan juga merujuk ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan atau ketepatan seseorang pentaksir memberikan skor calon. Dalam konteks ini, ciri keobjektifan pemberian markah atau skor boleh dipertingkatkan dengan menyediakan skema penskoran yang objektif serta markah atau skor yang diselaraskan melalui mesyuarat penyelarasan. Hal ini dapat mengurangkan perselisihan dalam pemberian markah atau skor dalam kalangan pemeriksa atau pentaksir bagi menjamin kebolehpercayaan skor.

 KEBOLEHTADBIRAN


Kebolehtadbiran merujuk kebolehlaksanaan sesuatu program pentaksiran dari segi kos, masa dan personel sama ada program berpusat dan pentaksiran berasaskan sekolah.

KEMUDAHTAFSIRAN


Kemudahtafsiran merujuk keupayaan skor daripada proses pentaksiran dalam memberikan maklumat tentang seseorang murid dalam perkara yang ditaksir. Skor yang baik berupaya untuk mendiskriminasikan murid yang mempunyai kepelbagaian keupayaan. Di samping itu, kemudahtafsiran dapat memberi sebab serta tujuan sesuatu ujian dan pentaksiran itu diadakan.

KEKOMPREHENSIFAN


Kekomprehensifan sesuatu ujian atau pentaksiran merujuk sejauh mana sesuatu ujian itu mengandungi item yang mewakili semua objektif yang penting dalam kurikulum. Jelasnya, prinsip-prinsip pentaksiran yang dinyatakan itu merupakan landasan penting dalam menjalankan pentaksiran. Justeru, mereka yang terlibat dengan  proses pentaksiran dalam pendidikan sewajarnya akur akan prinsip-prinsip pentaksiran yang telah ditetapkan itu agar matlamat dan objektif pentaksiran dapat dicapai dengan jayanya.

 PUNCA KUASA


Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan format pentaksiran bagi mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif SPM mulai tahun 2021. Format tersebut telah dibentangkan dan dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Bil. 1/2020 pada 21 Februari 2020.

MATLAMAT MATA PELAJARAN


Matlamat KSSM Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK) adalah untuk melahirkan murid yang dapat memiliki ilmu dan pengetahuan tentang kesusasteraan; berkemahiran dalam menghasilkan karya kreatif yang menepati ciri-ciri; berkeperibadian mulia dan dapat menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara; serta mampu memahami, menghayati dan menghargai karya sastera.

OBJEKTIF MATA PELAJARAN (OM)


KSSM Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK) bertujuan untuk membolehkan murid mencapai objektif yang berikut:

OM1: Membaca, memahami dan menghayati karya yang dibaca;
OM2: Mengenali pengarang, memahami definisi, ciri-ciri dan fungsi sastera Melayu;
OM3: Menganalisis elemen sastera yang terdapat dalam puisi dan prosa;
OM4: Membentuk sahsiah diri yang terpuji dengan mengenal pasti dan menilai elemen keagamaan serta keperibadian unggul yang terdapat dalam karya;
OM5: Menjadi ahli masyarakat yang prihatin dengan mengenal pasti dan menilai isu serta citra masyarakat yang terdapat dalam karya;
OM6: Menjadi warganegara yang memiliki sikap bertanggungjawab dan cinta akan negara melalui elemen patriotisme dan kepimpinan yang terdapat dalam karya;
OM7: Mengadaptasi atau menghasilkan karya puisi dan prosa bertulis yang menepati ciri-ciri sastera yang baik;
OM8: Mempersembahkan karya yang diadaptasi atau yang dihasilkan dalam pelbagai bentuk yang kreatif, menarik dan berkesan; dan
OM9: Menghargai (apresiasi) Kesusasteraan Melayu dan memupuk minat membaca karya sastera yang berkualiti.

 

Sumber: Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)

Kesusasteraan Melayu Komunikatif Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)

Tingkatan 4 dan 5, September 2018, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia




 OBJEKTIF PENTAKSIRAN (OP)

Objektif pentaksiran berdasarkan matlamat dan objektif mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK) adalah untuk mentaksir pencapaian murid dalam keupayaan untuk:

OP1: Mengetahui dan memahami konsep dan definisi elemen-elemen Kesusasteraan Melayu dengan betul dan tepat;

OP2: Mengetahui dan memahami elemen-elemen Kesusasteraan Melayu yang terdapat  dalam karya sastera dengan betul dan tepat;

OP3: Mengaplikasi dan menganalisis elemen-elemen Kesusasteraan Melayu yang terdapat dalam karya sastera secara kritis;

OP4: Menilai karya sastera berkaitan elemen sahsiah, isu masyarakat dan isu kenegaraan dalam karya sastera dengan kritis;

OP5: Menghasilkan karya sastera yang sesuai dengan kemampuan murid sama ada dalam bentuk pengkaryaan asli atau pengadaptasian yang menepati ciri-ciri sastera yang baik; dan

OP6: Mempersembahkan karya sastera yang dihasilkan atau yang diadaptasikan sesuai dengan kemampuan murid dalam pelbagai bentuk atau media yang kreatif, menarik dan berkesan.

 KONSTRUK DAN ASPEK YANG DITAKSIR

 Konstruk yang ditaksir

 7.1.1 2216/1 – Kertas 1

  Mengingat dan Memahami

  Mengaplikasi

  Menganalisis

  Menilai

  Mencipta

 7.1.2 2216/2 – Kertas 2

   Mengaplikasi

  Menganalisis

  Menilai

  Mencipta

Aspek yang ditaksir

Mengetahui elemen-elemen dalam kesusasteraan Konstruk ini mentaksir pengetahuan asas murid tentang pengertian istilah sastera dalam karya prosa dan puisi. Antara istilah sastera yang ditaksir ialah maksud, sinopsis, tema atau pemikiran, persoalan, binaan plot, teknik plot, watak dan perwatakan, gaya bahasa, nada, ciri prosa, bentuk puisi, nilai murni, pengajaran, latar, sudut pandangan, kritikan sastera dan pembangunan insan.

Mengetahui dan memahami elemen-elemen sastera dalam karya puisi Konstruk ini mentaksir kebolehan murid mengetahui elemen-elemen sastera dalam karya puisi iaitu, maksud, tema, persoalan, gaya bahasa (simile, metafora, personifikasi, hiperbola, paradoks, perlambangan, alusi, asonansi, aliterasi, anafora, responsi, epifora, simplok, repitisi (kata, frasa, baris, rangkap) inversi, hybrid, konotatif, sarkasme, kata ganda, sinkope, peribahasa, bahasa asing, bahasa istana, bahasa arkaik, dialek), irama (puisi tradisional) atau nada (melankolik, patriotik, sinis, romantik, protes), bentuk puisi (rangkap, baris, perkataan, suku kata, rima akhir, kesimpulan bentuk), nilai murni, pengajaran, kritikan sastera (pandangan, sanjungan dan saranan).

Mengetahui dan memahami elemen-elemen sastera dalam karya prosa Konstruk ini mentaksir kebolehan murid mengetahui elemen-elemen sastera dalam karya prosa iaitu sinopsis, tema atau pemikiran, persoalan, binaan plot (permulaan, perkembangan, klimaks, antiklimaks (penurunan) dan peleraian), teknik plot (dialog, pemerian, suspen, imbas muka, imbas kembali, monolog luaran, monolog dalaman, kejutan, konflik), watak dan perwatakan (utama, sampingan,   antagonis    dan    protagonis),    gaya    bahasa    (simile, metafora, personifikasi, hiperbola, paradoks, perlambangan, alusi, simplok, repitisi (kata, frasa, ayat) inversi, konotatif, sarkasme, kata ganda, sinkope, peribahasa, bahasa asing, bahasa istana, bahasa arkaik dan dialek), ciri prosa, nilai murni, pengajaran, latar (tempat, masa, masyarakat), sudut pandangan (sudut pandangan orang pertama dan sudut pandangan orang ketiga) kritikan sastera (pandangan, sanjungan, saranan).

Menganalisis elemen-elemen sastera dalam karya puisi Konstruk ini mentaksir kebolehan murid menganalisis elemen-elemen sastera iaitu maksud, tema, persoalan, bentuk puisi, gaya bahasa, irama atau nada, nilai murni, pengajaran dan kritikan sastera (pandangan, sanjungan, saranan).

Menganalisis aspek-aspek sastera dalam karya prosa  Konstruk ini mentaksir kebolehan murid menganalisis elemen-elemen sastera dalam karya prosa iaitu sinopsis, tema atau pemikiran, persoalan, ciri prosa, binaan plot, teknik plot, watak dan perwatakan, gaya bahasa, latar, sudut pandangan, nilai murni, pengajaran dan kritikan sastera (pandangan, sanjungan, saranan).

Membangunkan nilai insan. Konstruk ini mentaksir kebolehan murid menilai elemen sahsiah, isu masyarakat dan isu kenegaraan dalam karya sastera.

 Menghasilkan karya sastera .Konstruk ini mentaksir kebolehan murid-murid menghasilkan (karya asli atau adaptasi) dan mempersembahkan karya sastera dalam pelbagai bentuk yang kreatif, menarik dan beresan.

 ARAS KESUKARAN ITEM

Item yang dibina mestilah menepati aras kesukaran yang dihasratkan, iaitu sama ada aras kesukaran rendah (R), sederhana (S), atau tinggi (T).

Aras Item aras R boleh dijawab oleh sebahagian besar calon.
Aras Item aras S boleh dijawab oleh calon yang berprestasi sederhana dan cemerlang.
Aras Item aras T boleh dijawab oleh calon berprestasi cemerlang sahaja.

FORMAT PENTAKSIRAN
 Pentaksiran    mata    pelajaran    Kesusasteraan    Melayu    Komunikatif    menggunakan dua instrumen iaitu;
2216/1 – Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kertas 1 (Ujian Bertulis)
2216/2 – Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kertas 2 (Kerja Kursus)

 FORMAT INSTRUMEN PENTAKSIRAN SPM MULAI 2021
MATA PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF (2216)

 

Bil

Perkara

Kertas 1 2216/1

Kertas 2 2216/2

 

1

 

Jenis Instrumen

 

Ujian Bertulis

Ujian Komunikatif – Kerja Kursus (Penghasilan dan Persembahan)

 

2

 

Jenis Item

 

(a)  Subjektif Respons Terhad

(b)  Subjektif Respons Terbuka

 

Subjektif Respons Terbuka

 

3

 

Bilangan Soalan

 

Bahagian A – 10 item [40 Markah]

 

6 item respons terhad berdasarkan 5 genre.

  4 item respons terhad, iaitu

i.      Item mana-mana genre

ii.     Item kritikan sastera

iii.   Item berdasarkan Pembangunan Insan

 

 

Jawab semua soalan

 

Bahagian B 6 item respons terbuka [60 markah]

 

  Soalan 11 hingga 16

 

Pilih dan jawab 3 daripada 6 soalan

 

Tingkatan 5

(Satu Kerja Kursus secara individu)

 

  Pentaksiran Pusat

Calon dikehendaki menyudahkan Kerja Kursus aspek Pengkaryaan

(Karya asli/adaptasi dan mempersembahkan hasil karya dalam pelbagai bentuk atau media)

 

Bahagian A: Penghasilan Karya [20 markah]

 

Bahagian B: Persembahan Multimedia atau Persembahan Langsung [20 markah]

 

4

 

Jumlah Markah

 

Jumlah : 100 markah

 

Jumlah : 40 markah


Bil

Perkara

2216/1

2216/2

 

5

 

Konstruk


  Mengingat dan Memahami

  Mengaplikasi

  Menganalisis

  Menilai

  Mencipta

 

  Mengaplikasi

  Menganalisis

  Menilai

  Mencipta

 

6

 

Tempoh Ujian

 

2 jam 30 minit (2½ jam)

 

Tingkatan 5: April hingga Mei

 

7

 

Cakupan Konteks


Mencakupi semua standard kandungan dan standard pembelajaran yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)

 

8

 

Aras Kesukaran

 

Rendah : Sederhana : Tinggi

5: 3: 2

 

9

 

Kaedah Penskoran

 

  Analitikal

  Holistik

 

Analitikal

  Holistik

 

10

 

Alatan Tambahan

 

Tiada

 

Tiada

 

 

 


 sila download format pdf

 


 



STATUS

Search This Blog

DAUN