28 Jan 2025

Teladan dalam Sulalatus Salatin

 


Singapura Dilanggar Todak

Tuan Jana Khatib seorang yang mahir ilmu khayal lillah telah datang ke Singapura. Dia telah menilik sebatang pohon pinang sehingga terbelah dua. Perbuatan itu menimbulkan kemarahan Paduka Seri Maharaja. Katanya Tuan Jana Khatib mahu menunjukkan kebolehan kepada isterinya. Tuan Jana Khatib telah dihukum bunuh. Sebaik darahnya menitik ke tanah, tubuh Tuan Jana Khatib telah ghaib.Tubuhnya itu dikatakan muncul di Langkawi. 

Selepas peristiwa ini, Singapura dilanggar oleh ikan-ikan todak. Ramai rakyat Singapura telah terbunuh. Paduka Seri Maharaja  menyuruh rakyatnya berkubukan betis menjadikan semakin ramai rakyatnya terbunuh. 

Seorang budak telah mencadangkan supaya berkubu batang pisang. Kecerdikan budak ini menimbulkan kerisauan di hati pembesar. Mereka mencadangkan budak itu dibunuh.

Raja yang meninggal dunia digantikan anaknya iaitu Raja Iskandar Syah. Raja Iskandar Syah mengahwini anak Tun Perpatih Tulus dan mendapat seorang anak bernama Raja Ahmad ataupun nama timangannya Raja Besar Muda. Raja Besar Muda dikahwinkan dengan Tuan Puteri Kamarul Ajaib, anak Raja Sulaiman Syah, raja Kota Mahligai.

Pembunuhan ke atas seorang yang tidak berdosa oleh pemerintah telah menyebabkan Temasik dilanda musibah. Ramai rakyat marhaen yang hilang nyawa akibat serangan todak yang luar biasa. Pengajaran dari peristiwa ini agar pemerintah tidak menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa.



 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.