Showing posts with label foto. Show all posts
Showing posts with label foto. Show all posts
Home » Posts filed under foto
13 Dec 2016
Daulat Tuanku
December 13, 2016 Mimbar Kata
Merafak
Sembah Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah dan Mengalu-alukan Keberangkatan
Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Sultan Kelantan Di Atas
Pelantikan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV
12 Oct 2014
bila hati menatap
October 12, 2014 Mimbar Kata
kehebatan seorang jurufoto
adalah keupayaan merakamkan detik
yang begitu kecil tetapi memberi makna besar
foto-foto di atas
berupaya bercerita dalam senyap
cerita yang terbit dari lubuk jiwa
dari kamar hati
dari mata yang melihat
dari hati yang menatap
carilah bisik sabdanya
hanya hati yang mengerti
segala makna tersembunyi
foto malek bekkai
adalah keupayaan merakamkan detik
yang begitu kecil tetapi memberi makna besar
foto-foto di atas
berupaya bercerita dalam senyap
cerita yang terbit dari lubuk jiwa
dari kamar hati
dari mata yang melihat
dari hati yang menatap
carilah bisik sabdanya
hanya hati yang mengerti
segala makna tersembunyi
foto malek bekkai
17 Sept 2014
22 Aug 2014
duka negara
August 22, 2014 Mimbar Kata
duka negara
duka bersama ini
antara yang kehilangan
atau menatap dengan simpati
semuanya minta dimengerti
mari satukan jiwa
bersama mendepani
payah dan getir ini
di depan
16 Aug 2014
Pameran Karikatur Seniman dan Seniwati Lagenda Malaysia
August 16, 2014 Mimbar Kata
KATON AQHARI
Dari 2hb Ogos hingga 3hb September 2014
Galeri Seni MaTIC Kuala Lumpur
Masuk Percuma
Pameran 57 Karikatur seni digital pertama Malaysia memberi penghormatan sekaligus memperingati jasa Seniman dan Seniwati legenda serta menarik minat generasi muda dan meningkatkan kualiti kredibiliti industri seni lukis digital Malaysia ke peringkat antarabangsa. Katon Aqhari memilih 57 di atas sempena Hari Kemerdekaan yang ke 57 tahun dan Tahun Melawat Malaysia 2014.
KATON AQHARI (nama sebenar Mohd Khairul Anuar bin A. Rahman), anak jati Melaka, dilahirkan pada 19 April 1981. Beliau menceburkan diri dalam industri kreatif sebagai pelukis ilustrasi pada tahun 1999 di syarikat periklanan Double Click Design dan pelukis papan cerita Keluangman tahun 2000. Kerjayanya di dalam bidang animasi 2D bermula dari tahun 2001 hingga 2008 untuk pasaran tempatan dan antarabangsa. Antaranya-CJ the DJ, Hostel Blues, NFL, Mat Jenin, Anak-anak Sidek dan banyak lagi. Beliau juga mempunyai pengalaman dalam bidang lakonan selama 2 tahun sejak 2003. Kini beliau fokus pada kerjayanya sebagai karikaturis dan pelukis digital. Pada 2013, Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) telah memilih Katon Aqhari menjadi sebahagian daripada Pakar Panel (Panel of Expert) dalam memajukan National Occupation Skill Standard (NOSS) untuk 2D Animasi. Pengiktirafan perkembangan beliau bermula setelah memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Rekacipta Watak & Papan Cerita Animasi Melaka 2008 dan penyertaannya dalam Malaysian 24 Hour Comics Day 2007.
pameran 57 karikatur
29 Jul 2014
Doa Untuk Gaza
July 29, 2014 Mimbar Kata
PEDULI PALESTIN - DOA UNTUK GAZA
Hantar karya anda tanda sokongan terhadap Gaza
Grafik Malaya memanggil semua penggiat seni reka grafik tanah air untuk sama-sama membuka mata dunia; memberitahu apakah sokongan & dokongan kita melalui penghasilan karya grafik bertemakan ‘Peduli Palestin – Doa Untuk Gaza’ yang boleh dimuat turun & disebarkan secara viral melalui media sosial.
Hasil karya oleh para peserta
Berikut adalah semua hasil karya yang telah disumbangkan/dihantar oleh para peserta yang menyertai kempen ini. Anda dibenarkan untuk memuat-turun dan menyebarkannya secara viral melalui media sosial atau mana-mana media lain.
FB timeline cover “Doa Untuk Gaza” oleh saudara Aiman Rosli
FB timeline cover “free Palestine” oleh saudara Designer Caboks
Poster “Fight for Palestine” oleh saudara Sahrudin Yusof
Poster Free Palestine by Izuan Bakar
FB timeline cover “Pray 4 Gaza” oleh saudara Sahrudin Yusof
Poster “Pahlawan Palestin” oleh saudara Iqbarizwan a.k.a PeterPuttyPutdut
Poster “Gaza sadness” oleh saudara Kambing Abstract
FB cover United Muslim by fauzi x96
Poster Stop the war by FRED FIRDAUZ
FB cover Save Gaza by Percetakan Puncak Gemilang
Poster Stop the War by Ahmad Fazrin
Poster Cousin where are you by Dszuki Hinode
Poster “It’s not about religion, It’s about humanity” oleh saudara Erdy KakiManipulasi
Poster “Doa Untuk Gaza” oleh saudara Aiman Rosli
FB timeline cover “We All Stand United for Gaza” oleh saudara Ulul Azmi
Poster Against Zionism by Muhammad Syahman
Poster “Fifa 2014 & Pray for Gaza” oleh saudara Mohd Faez
FB timeline cover “Save Me, Save Gaza, Save Islam” oleh saudara Hary Ray
Poster “#Pray 4 Gaza” oleh saudara Qamarul Mazlan
Poster “pray for Gaza” oleh saudara mohd faez
FB timeline cover “Effort” oleh saudara Wansmith
Poster “Free Gaza” oleh saudara Firdaus Mahadi
Poster “Doakan agar tangisnya henti di syurga” oleh saudara Idet Saad
Poster “Doa Qunut Nazilah” oleh saudara Aiman Rosli
FB cover Freedom for Gaza by Affif Ammar
Poster FREEDOM FOR GAZA by Tanda Putera
FB timeline cover Pray for Gaza by Finie Ramos
FB timeline cover Save Palestine by dakwahdesign
FB cover Gaza needs your voice by mediaBAPIM
Poster Blind Eyes by Rumah Tekno
Poster Save Gaza Free Palestine by Fred Firdauz
FB cover Pray 4 Gaza by Muhammad Taufik
FB cover Qunut Nazilah by Firdaus Khusairi
Poster Keep fighting & protect by Reja
Poster Ya Allah Selamatkan Bumi Palestin by Putra Syafiq
Poster Let the blood be the proof by Ieka95
Poster Save Gaza Save Humanity by Azrin Izwan
Poster Free Palestine by Rusydee Artz
FB cover Al-Hurriyyah by Mikael al-Aidid
Poster I stand by Palestine by Hazlie Lieo
Poster Save Gaza by Wirawan
Poster Say No To Zionist by Haslan Ghafar
Poster Save Gaza by Wirawan
FB cover Free Palestine by Nazer Wahab
FB cover We Support All Efforts by Alfi Ramadhani
Poster Pray is The Most Powerful Weapon by The Journey of Dakwah
Kuasa mata pena designer
Hari ini para blogger & penulis maya telah menyedarkan dunia melalui penulisan mereka, maka marilah pada kali ini kita juga menabur bakti. Tunjukkan mereka kuasa yang berada di hujung mata pena pereka grafik tanah air kita. Kuasa yang dapat mengubah persepsi dunia, kuasa yang dapat menarik sokongan semua.
Hantar hasil karya ‘Peduli Palestin’ anda
Hasil-hasil karya anda yang bertemakan ‘Peduli Palestin – Doa Untuk Gaza’ akan dibenarkan untuk dimuat turun oleh semua untuk disebarkan secara viral melalui media sosial. Berikut adalah cara untuk anda sertai kempen ini.
- Hasilkan karya grafik bercirikan sokongan anda terhadap Gaza, Palestine.
- Slogan ini hanya cadangan. Anda boleh mereka kata-kata yang unik & tersendiri.
- Tiada saiz khusus. Apa sahaja saiz asalkan menggunakan 96 DPI.
- Hantarkan dalam format .JPG, .JPEG atau .PNG sahaja.
- Hantarkan hasil karya melalui borang online di bawah.
- Hasil karya lengkap akan dipaparkan di ruangan di bawah.
- ‘Share‘ page ini kepada rakan designer anda yang lain agar lebih ramai yg menyertai.
- Hasil karya dibenarkan diguna & disebarkan secara viral oleh pengunjung.
Kunjungi Grafik Malaya untuk menghantar sumbangan anda
sumber :grafik malaya
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)