ajari aku

Blog Mimbar Kata

tulislah

blog mimbar kata

sehelai daun

blog mimbar kata

hujan dalam sukma

blog mimbar kata

kaki memijak

blog mimbar kata

Showing posts with label kau&aku. Show all posts
Showing posts with label kau&aku. Show all posts

22 May 2016

kau dan aku xi


kau harus menyakini
kegelapan bukan penutup cahaya
tetapi memulakan
fajar baru


segala yang tersembunyi
di sebalik redup kabus
dan awan melintang
bukanlah kehilangan
tetapi memujukmu
untuk memahami
ketiadaan



kesudahan uintuk sebuah perjalanan
apabila kau tiba di penghujungnya
tetapi tahukah engkau
di mana segala itu berhujung
atau kau hanya baru memulakan




aku selalu menunggu untuk bertamu
bukakanlah pintumu

19 Apr 2016

kau dan aku x



dirimu yang menetapkan
kau mampu mengalih kepayahan
dan membuang kebimbangan
kakimu tersedia untuk mengejar mimpimu
bukan membawamu pergi
menjauhi perjuangan


tak ada yang sempurna
tetapi bersyukurlah
dengan apa yang dimiliki
dan siapa yang berada
dalam hidupmu
kerana semua itu
menyempurnakan waktumu



tidak perlu akal yang bijaksana
untuk mengungkapkan
tetapi
hati yang begitu istimewa
akan mendengarkan segalanya


tak ada yang terbaik
selain hati yang kukuh mencintai
dan lidah yang sering
memaafkan


25 Jan 2016

kau dan aku ix



segar kuntum kelopak terbuka
harum kasturi semerbak taman
duga hidup semakin memaksa
bistari langkah mengelak kesulitan
 

neon indah malam cahaya
sayup berkelip pelbagai warna
usah termakan pujuk berbisa
segala palsu pesona dunia


puncak perkasa menggapai angksa
langit tembaga melingkar tasik
usah rasa menyelimut bijaksana
jiwa dan raga hangus terusik






11 Sept 2015

kau dan aku viii


kau sepatutnya memberikan keyakinan
jalan-jalan pilihan untuk mengisi makmur
kekuatan dalam kesatuan
bukan mendorong pergulatan
atau menafikan kebenaran


jalan yang membawa tenteram
jangan kausumbatkan dengan
sumpah dan jerkah
yang semakin mengasingkan
kita amat kerdil
untuk bersengketa

kesabaran meletakkanmu jauh di depan
meski kau merasa amat sakit
menghadapi segalanya
kerana dalam sabar
ada ketekunan, keyakinan, kebijaksanaan
dan kapasrahan

usah berfikir kau bukan siapa-siapa
kerana ada orang menyebut pula
kaulah segalanya

 




1 Aug 2015

kau dan aku vii


tak selamanya aku bisa menjagamu
kau harus belajar untuk bangkit dari jatuh
dan apa lagi ketika luka kakimu
kau harus sendiri mengubatinya
hanya satu pesanku
usah menangis....


sekejap saja
aku akan menjadi bayang
aku akan menjadi kenang
kau harus belajar memenuhi
kosong tatapmu
apa lagi rongga di hatimu


aku selalu ingin
menjadi yang terbaik bagimu
tetapi kalau dalam waktu
aku hanya menjadi
yang terburuk buatmu
berdosakah aku 
pada waktumu




 

27 Jul 2015

kau dan aku vi




suatu ketika kita akan tertusuk dan terduduk oleh kesulitan
untuk apa meronta dan menggigil
begitu dekat dengan kita
tuhan menunggu
doa kita


 kemenangan bukan mudah mengalir dari jemarimu
ia perjuangan yang perlu diraih
dengan keberanian dan kesungguhan keredhaan
ia mengambil dirimu dan jiwamu
untuk menemuinya



kalaupun ada keriuhan
adakah semua itu mengambil segala sakit dan pedihmu
mungkin usai segala itu
kau akan semakin terseksa oleh sepi
usah percaya kesementaraan
tak ada manusia seteguh ibu dan ayahmu
dalam memahami dukacitamu




28 Jun 2015

kau dan aku vii


 siapa sahabat terbaikmu
hati atau akal
kedua-duanya kekasih setia
cuma kamu jarang mencintainya


kau sering menyebut tentang luka
meskipun lama ia masih berbekas
mengapa kau lupakan 
bahagia juga berbekas
menyarung dirimu
mengapa sengaja kaubiarkan?


terlalu sukar untuk membuang keselesaan dan kebiasaan
ia persis lorong yang sering dilalui
tiada cabaran tiada apa-apa  yang dibimbangkan
cuba lorong itu dipadamkan
kau akan meraung kepayahan
dan merasa kehilangan
buangkanlah semua itu
sesekali perbuatkanlah lorong baru
dan arah baru
kau akan lebih merasa selesa dan biasa
dengan kejayaan baru pula





23 May 2015

kau dan aku vi


meski tiada apa yang dapat kauberikan
tapi menghindari dari menyakiti
adalah kebahagiaan yang kauberikan buat orang lain
sepanjang usiamu


 kautak mampu membahagiakan semua orang
tetapi mendoakan mereka kebahagiaan kau bisa
perbuatkanlah semampumu


kadang-kadang kau perlu berada
amat berjauhan
di situ kau akan melihat
dengan lebih terang
apa yang kau inginkan


mungkin kau akan melupakan
orang-orang yang pernah tertawa denganmu
tetapi bagaimana dengan 
orang-orang yang pernah menangis denganmu
hatimu akan lebih tahu
menilainya

 
detik yang akan tiba adalah kehidupan
esok hari semua itu menjadi kenangan
kau tak mampu mengubah apa-apa lagi



12 May 2015

kau dan aku v


aku pernah nyatakan
hidup ini hanyalah garis-garis kecil
kita tak pernah tahu apa yang berlaku di hujungnya
sehingga kita tiba dan menatapnya sendiri
dan sekiranya garis itu tercantum
kita akan bertemu
dan sekiranya ia garis lurus yang tak pernah  menyentuh
semua itu menjadi ilusi

 

waktu adalah persis air yang mengalir pergi
sekali ia menyentuh kaki kita
kita tak akan pernah menyentuhnya lagi
 hargai apa yang pernah kita miliki


bukan sedikit keasingan menjadikan kita begitu akrab
dan keakraban menumbuhkan keasingan
hanya ketulusan
boleh menyelamatkan semua itu


jika bukan kerana kesetiaan
bagaimana tangkai begitu kukuh
menjulang kelopak


jangan kau merasa kecewa
segenap apa yang kau inginkan
tidak pernah tiba di tanganmu
sedang semua itu begitu kau harapkan
kerana kau mampu belajar
dari segenap ketiadaan itu

25 Apr 2015

kau dan aku (cerita jiwa)

kaudanaku

kau dan aku

banyak kata-kata yang terlontar di bibir
atau terdiam menjadi usik jiwa di pantai kalbu
semua itu memberi warna dan  garis
untuk menjadi pedoman dan teladan
membakar semangat dan hasrat
dan menjadi inspirasi
yang bermakna untuk minda dan jiwa

semua yang menjadi cerita jiwa
jika dilontarkan
barangkali ada yang memberi bekas
iktibar dan suluh
dalam liku dan redup denai hidup
merungkai segala sukar
melerai segala kusut
ia semakin memaknakan 
ruang dan waktu
yang seringkali kita hirup ini

KAU DAN AKU
merupakan ungkap jiwa
kata inspiratif
dialog minda
yang barangkali membawa
setidaknya setitik makna
untuk kita bersama

ikutilah siri kau dan aku
di sini

ikhlas
mimbar kata

baca kembali :


kaudanaku

24 Apr 2015

kau dan aku iv

ketika semuanya tersungkur
usah kau anggap segalanya musnah
rintihan tak membawa kita ke mana-mana
kau akan luka
tapi kita harus menjalani lagi
ruang dan waktu
sabdakanlah pada dirimu
kau harus bangun dan membersihkan
kepenatan dan kelelahan
usah memilih jalan pudar itu
kau masih memiliki
suara dan jiwa
perjuangan belum muktamad

kita harus berani berada
di tempat lebih jauh di tempat lebih asing
kebiasaan hanya memberi kita 
segenggam pengalaman yang semakin pudar
keasingan menjadi kita lebih
berhati-hati dan waspada
usah kau gusat pada keasingan
kerana di situ
kau akan memeta pengalaman
dan jalan terbaik dirimu


masa yang sangat berharga bagi kita
adalah ketika semuanya akan berakhir
kerana kita tahu
sesudah ini segalanya tiada lagi
cahaya akan pergi dan warna akan usai
mengapa tidak jadikan saja
waktu dan ruang yang kita miliki
masa yang sangat berharga
dan begitu sempurna kita menjaganya


kau harus sesekali menoleh
ke dalam kenangan
kerana di situ kau belajar
menghargai masa depan

21 Apr 2015

kau dan aku iii


usah berjanji begitu besar
aku tak ingin mendengar apa yang dapat kamu berikan
selain dari apa yang kamu upayakan
cukup sekadar kejujuran dan ketulusan itu
ia lebih dari matahari buatku

 

kasih sayang itu tumbuh
dan menjadi besar
ia memerlukan hatiku dan hatimu
menampung ruang ia  berkembang segar


apabila kau membuka matamu
kau hanya melihat warna dan bayang-bayang yang bersabda
tetapi apabila kau membuka hatimu
kau melihat alam yang memancarkan cinta


untuk tiba ke destinasi yang kau inginkan
ia memerlukan kau melangkah
barangkali jalanmu berbeza dengan yang lain
tetapi yakinilah jalan itu
benar-benar membawamu ke tempat tuju
ke tempat bahagia itu


jangan salahkan masa lalu
kerana ia akan pergi darimu
apa yang perlu kau peduli
bagaimana esok yang perlu kau jejaki
dan ketik kau meraih jaya
hari ini telah tiada


STATUS

Search This Blog

DAUN