aku pernah nyatakan
hidup ini hanyalah garis-garis kecil
kita tak pernah tahu apa yang berlaku di hujungnya
sehingga kita tiba dan menatapnya sendiri
dan sekiranya garis itu tercantum
kita akan bertemu
dan sekiranya ia garis lurus yang tak pernah menyentuh
semua itu menjadi ilusi
waktu adalah persis air yang mengalir pergi
sekali ia menyentuh kaki kita
kita tak akan pernah menyentuhnya lagi
hargai apa yang pernah kita miliki
bukan sedikit keasingan menjadikan kita begitu akrab
dan keakraban menumbuhkan keasingan
hanya ketulusan
boleh menyelamatkan semua itu
jika bukan kerana kesetiaan
bagaimana tangkai begitu kukuh
menjulang kelopak
jangan kau merasa kecewa
segenap apa yang kau inginkan
tidak pernah tiba di tanganmu
sedang semua itu begitu kau harapkan
kerana kau mampu belajar
dari segenap ketiadaan itu












0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.