kau dan aku iii


usah berjanji begitu besar
aku tak ingin mendengar apa yang dapat kamu berikan
selain dari apa yang kamu upayakan
cukup sekadar kejujuran dan ketulusan itu
ia lebih dari matahari buatku

 

kasih sayang itu tumbuh
dan menjadi besar
ia memerlukan hatiku dan hatimu
menampung ruang ia  berkembang segar


apabila kau membuka matamu
kau hanya melihat warna dan bayang-bayang yang bersabda
tetapi apabila kau membuka hatimu
kau melihat alam yang memancarkan cinta


untuk tiba ke destinasi yang kau inginkan
ia memerlukan kau melangkah
barangkali jalanmu berbeza dengan yang lain
tetapi yakinilah jalan itu
benar-benar membawamu ke tempat tuju
ke tempat bahagia itu


jangan salahkan masa lalu
kerana ia akan pergi darimu
apa yang perlu kau peduli
bagaimana esok yang perlu kau jejaki
dan ketik kau meraih jaya
hari ini telah tiada


Comments