KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF

 KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF

PENGENALAN


Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2017 menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang telah dilaksanakan sejak tahun 1989 bagi memenuhi hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Selaras dengan perubahan itu, Lembaga Peperiksaan telah mengadakan perekaan bentuk format pentaksiran berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). Seterusnya, perekaan bentuk format pentaksiran menjadi asas kepada pembinaan instrumen pentaksiran.

  ASAS PERTIMBANGAN


Beberapa prinsip yang menjadi asas pertimbangan dalam proses perekaan bentuk format pentaksiran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ialah:

KESAHAN
Kesahan merujuk ciri ujian dan melibatkan dua perkara, iaitu kerelevanan dan kecukupcakupan. Perekaan bentuk instrumen pentaksiran ini telah memastikan semua konstruk (perkara yang ditaksir) dijelmakan berdasarkan objektif mata pelajaran. Item- item yang dikemukakan adalah akur dengan kurikulum standard dan spesifikasi ujian serta mempunyai kesesuaian dari segi kumpulan sasaran, aras kesukaran, konteks dan situasi. Kandungan instrumen pentaksiran mencakupi semua aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperoleh dalam pendidikan mata pelajaran berkenaan, seperti yang dihasratkan oleh kurikulum standard.

KEBOLEHPERCAYAAN


Kebolehpercayaan merujuk ciri skor ujian dan melibatkan dua perkara iaitu ketekalan dan ketepatan. Di peringkat pembinaan, satu spesifikasi ujian direka bentuk bagi setiap instrumen pentaksiran untuk dijadikan piawaian. Hal ini adalah untuk memastikan ketepatan, kesetaraan dan ketekalan instrumen pentaksiran yang dihasilkan setiap tahun. Analisis data peperiksaan juga dapat menunjukkan tahap kebolehpercayaan sesuatu instrumen pengukuran.

KEOBJEKTIFAN


Keobjektifan merujuk kejelasan fungsi setiap instrumen yang dibina. Setiap instrumen pentaksiran dibina dengan tujuan khusus mengikut spesifikasi ujian tertentu. Jadual Spesifikasi Ujian berfungsi mengawal kefungsian instrumen yang dibina. Setiap pembina harus jelas dengan kehendak setiap instrumen pentaksiran yang dibina. Antaranya, konstruk yang ditaksir dan inferens boleh dibuat daripada skor yang akan diperoleh.

Dalam item berbentuk subjektif, keobjektifan juga merujuk ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan atau ketepatan seseorang pentaksir memberikan skor calon. Dalam konteks ini, ciri keobjektifan pemberian markah atau skor boleh dipertingkatkan dengan menyediakan skema penskoran yang objektif serta markah atau skor yang diselaraskan melalui mesyuarat penyelarasan. Hal ini dapat mengurangkan perselisihan dalam pemberian markah atau skor dalam kalangan pemeriksa atau pentaksir bagi menjamin kebolehpercayaan skor.

 KEBOLEHTADBIRAN


Kebolehtadbiran merujuk kebolehlaksanaan sesuatu program pentaksiran dari segi kos, masa dan personel sama ada program berpusat dan pentaksiran berasaskan sekolah.

KEMUDAHTAFSIRAN


Kemudahtafsiran merujuk keupayaan skor daripada proses pentaksiran dalam memberikan maklumat tentang seseorang murid dalam perkara yang ditaksir. Skor yang baik berupaya untuk mendiskriminasikan murid yang mempunyai kepelbagaian keupayaan. Di samping itu, kemudahtafsiran dapat memberi sebab serta tujuan sesuatu ujian dan pentaksiran itu diadakan.

KEKOMPREHENSIFAN


Kekomprehensifan sesuatu ujian atau pentaksiran merujuk sejauh mana sesuatu ujian itu mengandungi item yang mewakili semua objektif yang penting dalam kurikulum. Jelasnya, prinsip-prinsip pentaksiran yang dinyatakan itu merupakan landasan penting dalam menjalankan pentaksiran. Justeru, mereka yang terlibat dengan  proses pentaksiran dalam pendidikan sewajarnya akur akan prinsip-prinsip pentaksiran yang telah ditetapkan itu agar matlamat dan objektif pentaksiran dapat dicapai dengan jayanya.

 PUNCA KUASA


Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan format pentaksiran bagi mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif SPM mulai tahun 2021. Format tersebut telah dibentangkan dan dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Bil. 1/2020 pada 21 Februari 2020.

MATLAMAT MATA PELAJARAN


Matlamat KSSM Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK) adalah untuk melahirkan murid yang dapat memiliki ilmu dan pengetahuan tentang kesusasteraan; berkemahiran dalam menghasilkan karya kreatif yang menepati ciri-ciri; berkeperibadian mulia dan dapat menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara; serta mampu memahami, menghayati dan menghargai karya sastera.

OBJEKTIF MATA PELAJARAN (OM)


KSSM Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK) bertujuan untuk membolehkan murid mencapai objektif yang berikut:

OM1: Membaca, memahami dan menghayati karya yang dibaca;
OM2: Mengenali pengarang, memahami definisi, ciri-ciri dan fungsi sastera Melayu;
OM3: Menganalisis elemen sastera yang terdapat dalam puisi dan prosa;
OM4: Membentuk sahsiah diri yang terpuji dengan mengenal pasti dan menilai elemen keagamaan serta keperibadian unggul yang terdapat dalam karya;
OM5: Menjadi ahli masyarakat yang prihatin dengan mengenal pasti dan menilai isu serta citra masyarakat yang terdapat dalam karya;
OM6: Menjadi warganegara yang memiliki sikap bertanggungjawab dan cinta akan negara melalui elemen patriotisme dan kepimpinan yang terdapat dalam karya;
OM7: Mengadaptasi atau menghasilkan karya puisi dan prosa bertulis yang menepati ciri-ciri sastera yang baik;
OM8: Mempersembahkan karya yang diadaptasi atau yang dihasilkan dalam pelbagai bentuk yang kreatif, menarik dan berkesan; dan
OM9: Menghargai (apresiasi) Kesusasteraan Melayu dan memupuk minat membaca karya sastera yang berkualiti.

 

Sumber: Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)

Kesusasteraan Melayu Komunikatif Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)

Tingkatan 4 dan 5, September 2018, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia




 OBJEKTIF PENTAKSIRAN (OP)

Objektif pentaksiran berdasarkan matlamat dan objektif mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK) adalah untuk mentaksir pencapaian murid dalam keupayaan untuk:

OP1: Mengetahui dan memahami konsep dan definisi elemen-elemen Kesusasteraan Melayu dengan betul dan tepat;

OP2: Mengetahui dan memahami elemen-elemen Kesusasteraan Melayu yang terdapat  dalam karya sastera dengan betul dan tepat;

OP3: Mengaplikasi dan menganalisis elemen-elemen Kesusasteraan Melayu yang terdapat dalam karya sastera secara kritis;

OP4: Menilai karya sastera berkaitan elemen sahsiah, isu masyarakat dan isu kenegaraan dalam karya sastera dengan kritis;

OP5: Menghasilkan karya sastera yang sesuai dengan kemampuan murid sama ada dalam bentuk pengkaryaan asli atau pengadaptasian yang menepati ciri-ciri sastera yang baik; dan

OP6: Mempersembahkan karya sastera yang dihasilkan atau yang diadaptasikan sesuai dengan kemampuan murid dalam pelbagai bentuk atau media yang kreatif, menarik dan berkesan.

 KONSTRUK DAN ASPEK YANG DITAKSIR

 Konstruk yang ditaksir

 7.1.1 2216/1 – Kertas 1

  Mengingat dan Memahami

  Mengaplikasi

  Menganalisis

  Menilai

  Mencipta

 7.1.2 2216/2 – Kertas 2

   Mengaplikasi

  Menganalisis

  Menilai

  Mencipta

Aspek yang ditaksir

Mengetahui elemen-elemen dalam kesusasteraan Konstruk ini mentaksir pengetahuan asas murid tentang pengertian istilah sastera dalam karya prosa dan puisi. Antara istilah sastera yang ditaksir ialah maksud, sinopsis, tema atau pemikiran, persoalan, binaan plot, teknik plot, watak dan perwatakan, gaya bahasa, nada, ciri prosa, bentuk puisi, nilai murni, pengajaran, latar, sudut pandangan, kritikan sastera dan pembangunan insan.

Mengetahui dan memahami elemen-elemen sastera dalam karya puisi Konstruk ini mentaksir kebolehan murid mengetahui elemen-elemen sastera dalam karya puisi iaitu, maksud, tema, persoalan, gaya bahasa (simile, metafora, personifikasi, hiperbola, paradoks, perlambangan, alusi, asonansi, aliterasi, anafora, responsi, epifora, simplok, repitisi (kata, frasa, baris, rangkap) inversi, hybrid, konotatif, sarkasme, kata ganda, sinkope, peribahasa, bahasa asing, bahasa istana, bahasa arkaik, dialek), irama (puisi tradisional) atau nada (melankolik, patriotik, sinis, romantik, protes), bentuk puisi (rangkap, baris, perkataan, suku kata, rima akhir, kesimpulan bentuk), nilai murni, pengajaran, kritikan sastera (pandangan, sanjungan dan saranan).

Mengetahui dan memahami elemen-elemen sastera dalam karya prosa Konstruk ini mentaksir kebolehan murid mengetahui elemen-elemen sastera dalam karya prosa iaitu sinopsis, tema atau pemikiran, persoalan, binaan plot (permulaan, perkembangan, klimaks, antiklimaks (penurunan) dan peleraian), teknik plot (dialog, pemerian, suspen, imbas muka, imbas kembali, monolog luaran, monolog dalaman, kejutan, konflik), watak dan perwatakan (utama, sampingan,   antagonis    dan    protagonis),    gaya    bahasa    (simile, metafora, personifikasi, hiperbola, paradoks, perlambangan, alusi, simplok, repitisi (kata, frasa, ayat) inversi, konotatif, sarkasme, kata ganda, sinkope, peribahasa, bahasa asing, bahasa istana, bahasa arkaik dan dialek), ciri prosa, nilai murni, pengajaran, latar (tempat, masa, masyarakat), sudut pandangan (sudut pandangan orang pertama dan sudut pandangan orang ketiga) kritikan sastera (pandangan, sanjungan, saranan).

Menganalisis elemen-elemen sastera dalam karya puisi Konstruk ini mentaksir kebolehan murid menganalisis elemen-elemen sastera iaitu maksud, tema, persoalan, bentuk puisi, gaya bahasa, irama atau nada, nilai murni, pengajaran dan kritikan sastera (pandangan, sanjungan, saranan).

Menganalisis aspek-aspek sastera dalam karya prosa  Konstruk ini mentaksir kebolehan murid menganalisis elemen-elemen sastera dalam karya prosa iaitu sinopsis, tema atau pemikiran, persoalan, ciri prosa, binaan plot, teknik plot, watak dan perwatakan, gaya bahasa, latar, sudut pandangan, nilai murni, pengajaran dan kritikan sastera (pandangan, sanjungan, saranan).

Membangunkan nilai insan. Konstruk ini mentaksir kebolehan murid menilai elemen sahsiah, isu masyarakat dan isu kenegaraan dalam karya sastera.

 Menghasilkan karya sastera .Konstruk ini mentaksir kebolehan murid-murid menghasilkan (karya asli atau adaptasi) dan mempersembahkan karya sastera dalam pelbagai bentuk yang kreatif, menarik dan beresan.

 ARAS KESUKARAN ITEM

Item yang dibina mestilah menepati aras kesukaran yang dihasratkan, iaitu sama ada aras kesukaran rendah (R), sederhana (S), atau tinggi (T).

Aras Item aras R boleh dijawab oleh sebahagian besar calon.
Aras Item aras S boleh dijawab oleh calon yang berprestasi sederhana dan cemerlang.
Aras Item aras T boleh dijawab oleh calon berprestasi cemerlang sahaja.

FORMAT PENTAKSIRAN
 Pentaksiran    mata    pelajaran    Kesusasteraan    Melayu    Komunikatif    menggunakan dua instrumen iaitu;
2216/1 – Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kertas 1 (Ujian Bertulis)
2216/2 – Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kertas 2 (Kerja Kursus)

 FORMAT INSTRUMEN PENTAKSIRAN SPM MULAI 2021
MATA PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF (2216)

 

Bil

Perkara

Kertas 1 2216/1

Kertas 2 2216/2

 

1

 

Jenis Instrumen

 

Ujian Bertulis

Ujian Komunikatif – Kerja Kursus (Penghasilan dan Persembahan)

 

2

 

Jenis Item

 

(a)  Subjektif Respons Terhad

(b)  Subjektif Respons Terbuka

 

Subjektif Respons Terbuka

 

3

 

Bilangan Soalan

 

Bahagian A – 10 item [40 Markah]

 

6 item respons terhad berdasarkan 5 genre.

  4 item respons terhad, iaitu

i.      Item mana-mana genre

ii.     Item kritikan sastera

iii.   Item berdasarkan Pembangunan Insan

 

 

Jawab semua soalan

 

Bahagian B 6 item respons terbuka [60 markah]

 

  Soalan 11 hingga 16

 

Pilih dan jawab 3 daripada 6 soalan

 

Tingkatan 5

(Satu Kerja Kursus secara individu)

 

  Pentaksiran Pusat

Calon dikehendaki menyudahkan Kerja Kursus aspek Pengkaryaan

(Karya asli/adaptasi dan mempersembahkan hasil karya dalam pelbagai bentuk atau media)

 

Bahagian A: Penghasilan Karya [20 markah]

 

Bahagian B: Persembahan Multimedia atau Persembahan Langsung [20 markah]

 

4

 

Jumlah Markah

 

Jumlah : 100 markah

 

Jumlah : 40 markah


Bil

Perkara

2216/1

2216/2

 

5

 

Konstruk


  Mengingat dan Memahami

  Mengaplikasi

  Menganalisis

  Menilai

  Mencipta

 

  Mengaplikasi

  Menganalisis

  Menilai

  Mencipta

 

6

 

Tempoh Ujian

 

2 jam 30 minit (2½ jam)

 

Tingkatan 5: April hingga Mei

 

7

 

Cakupan Konteks


Mencakupi semua standard kandungan dan standard pembelajaran yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)

 

8

 

Aras Kesukaran

 

Rendah : Sederhana : Tinggi

5: 3: 2

 

9

 

Kaedah Penskoran

 

  Analitikal

  Holistik

 

Analitikal

  Holistik

 

10

 

Alatan Tambahan

 

Tiada

 

Tiada

 

 

 


 sila download format pdf

 


 



Comments