KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF KERTAS 2

 2216/2 – KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF KERTAS 2


CONTOH ITEM BAHAGIAN A – PENGHASILAN
[20 Markah]

CONTOH 1

Berdasarkan cerpen Profesor Sufi karya A. Rahmad yang bertemakan kegigihan menuntut ilmu, adaptasi cerpen tersebut kepada sajak.
Sajak tersebut mestilah;

i. mematuhi bentuk sajak
ii. menepati tema
iii. tidak kurang daripada 30 baris

CONTOH 2

Berdasarkan cerpen Rindu Seorang Rafik karya Nisah Haji Haron yang bertemakan semangat
setia kawan, adaptasi cerpen tersebut kepada syair.
Syair tersebut mestilah;

i. mematuhi bentuk syair
ii. menepati tema
iii. sekurang-kurangnya 10 rangkap syair

CONTOH 3

Berdasarkan cerpen Air Mata Dalang karya Rahimidin Zahari, adaptasi nilai-nilai murni yang
terdapat dalam cerpen tersebut kepada pantun empat kerat.
Pantun empat kerat tersebut mestilah;

i. mematuhi bentuk pantun empat kerat
ii. sekurang-kurangnya 10 rangkap pantun

CONTOH SOALAN BAHAGIAN B – PERSEMBAHAN MULTIMEDIA ATAU
PERSEMBAHAN LANGSUNG
[20 Markah]

Karya adaptasi yang anda hasilkan pada Bahagian A hendaklah dipersembahkan.
Persembahan mestilah;

i. Persembahan multimedia menggunakan satu bentuk perisian. Contohnya;
Powerpoint, Mikromedia, Flash Mx, Movie Maker, Kahoot, Phowtoon dan
sebagainya. Persembahan tersebut hendaklah mengandungi penerapan elemen
multimedia, iaitu grafik, animasi, teks dan audio visual.

ATAU

ii. Persembahan langsung yang mengandungi penerapan elemen multimedia, iaitu
grafik, animasi, teks dan audio visual.

sumber : Buku Format SPM 2021 2216 Kesusasteraan Melayu Komunikatif




sila down load format pdf




Comments