About

Saya Mimbar Kata. Dengan Kata TULIS HATIMU

Salam dihulur pembuka kata
Susun jari pohon ampun
Sekejap menegur dalam sapa
Kepada Allah kita pasrahkan

Menatap kaca buram. Begitu saya temukan nasib yang tertebar pada dunia sastera. Ia semakin mengundur dan larut dalam  gantungan dunia moden dan upaya abad baru seperti internet, media sosial dan rempuhan pengaruh teknologi dan kemodenan. 

Sastera sedikit terbiar dan terjarak dari haluan khalayak. Alam yang pernah penuh warna dan segar pada kelopak jiwa khalayak dan pembaca, menjadi mengecil dan buram persis kaca buram.

Sepatutnya perkembangan dunia sastera harus berganding dan berupaya melonjak bersama denyut abad baru. Pembaharuan yang dimiliki manusia dari corak komunikasi dan interaksi seharusnya tidak meninggalkan debu yang menghakis wajah sastera.

Sastera harus berlari dan kuat merempuh alam jauh. Berbicara tentang kemanusiaan, keilmuan, dan keindahan sehebat zaman tulis baca dan percetakan. Sastera harus dimartabat berlari dengan langkah sama dalam membugar kemajuan dan kemakmuran negara. Manusia mendekati buku-buku untuk meneroka ilmu dan biarlah buku sastera dan ilmu sastera berupaya 
merebut hati dan cinta pembaca.

Saya kembali memerhati perlunya sastera dengan pendekatan yang lebih terbuka dan menawan. Tidak lagi hanya menonjolkan imbas sastera secara tuntas tetapi disedrhanakan dengan lakar jiwa dan sabda keinsanan yang luas. Saya mahu mencuba yang ini entah berjaya atau entah gagal, Menikmati sastera, seni dan bahasa dari sudut hati dan kejiwaan insan. Memilih realiti atau garap harap manusia sebagai naratif dalam sastera. Memilih untuk menulis tentang keinsanan dan kejiwaan sebagai sumber untuk membudayakan sastera. Berlari dalam langkah realiti untuk meloncat ke alam fiksi sastera. Menimbang cetera insan atau fotografi sebagai lakaran kehidupan dengan bahasa mudah dan biasa sebagai soroton alam sastera dan seni manusianya.

Dengan itu saya memperkenalkan  Blog Mimbar Kata dengan dukungan sebagai wadah TULIS HATIMU. Biar meriah dengan tulis tulisan keinsanan dan kejiwaan bagi meneroka realiti manusia.

Saya mencuba untuk segalanya...
Terima kasih kerana bersama di sini.  

Dari Tanjung ke Kuala Berangan
Singgah di jeti membeli selasih
Kalaulah lemah dan kekurangan
Begitu adat baru bertatih


Comments

  1. saya suka kata -kata yang penuh berhias dan berbunga! terbaik

    ReplyDelete
  2. salam suboh, antara azan Sy mmberitahu & mohon izin kebenaran mmbaca, mengongsinya pula antaranya.moga tuan stuju n brlapang dada atas permintaan fakir ini.terima kasih tuan atas usaha & perkongsian2 ini..sekali lg mohon kebenaran mmbaca & kongsi..tuan Allah sahajalah yg mmbalasnya...Assalam Alaikum.

    ReplyDelete
  3. dekat mimbar kata ini... tak ada peranan pengkritik ke??? sya sgt memerlukan pengetahuan tentang peranan pengkritik. harap dapat membantu.. terima kasih

    ReplyDelete
  4. salam
    ada x sinopsis bab 10-13 sulalatus salatin?

    ReplyDelete

Post a Comment