Panduan Peperiksaan : Kesusasteraan Melayu SPM 2014




Jawab semua soalan Bahagian Satu.

Jawab tiga soalan Bahagian Dua, iaitu satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.


Bahagian Satu
[40 markah]

Jawab semua soalan.


1. Adapun orang tua yang hemat,
syaitan tak suka membuat sahabat.

Jika orang muda kuat berguru,
dengan syaitan jadi seteru.
[Dipetik daripada Seuntai Kasih Secebis Harapan]

Nyatakan dua pengajaran daripada puisi di atas [4 markah]


2. Maka kata naga itu, “ Ya Tuanku Raden Kesuma Ningrat , ambillah di dalam telinga patik ini.” Maka diambil oleh Raden Kesuma Ningrat dua biji telur itu maka dikasi kepada tuan puteri satu biji dan kepada Raden Kesuma Wati satu biji. Maka ia pun kembalilah, maka kata Raden Kesuma Ningrat, “ Hai landak putih kedua, pergilah engkau pulang dapatkan singa, katakan aku hendak pulang,” Maka pergilah landak itu.
(Dipetik daripada Hikayat Cendawan Putih hal. 79)

Berdasarkan petikan di atas, berikan dua nilai murni berserta contoh. [4 markah]


3. Raksasa itu pun terlalu sangat amarahnya. Maka ia pun menangkap Indera Nata serta dimamahnya tubuh Indera Nata.
Kalakian, maka Indera Nata itu pun tiada mara bahayanya itu tetapi semakin dimamahnya juga. Setelah itu maka dirasainya ngilu giginya. Maka segera dikeluarkannya dari mulutnya serta dihempaskannya kepada batu gunung itu. Batu itu pun pecah berhamburan.
(Dipetik daripada Hikayat Indera Nata hal. 49)

Apakah empat tindakan raksasa kepada Indera Nata dalam petikan di atas.
[4 markah]

4. madu ilmu
minuman ajaib
tiap tegukan menyalakan dahaga
bergandaan
tiap pertemuaan merasakan kehilangan
asyik pun berulangan
(Dipetik daripada sajak Madu ilmu,Shafie Abu Bakar)

Nyatakan dua ciri bentuk sajak di atas [4 markah]

5. PUTERA : Siapa Mamat?

KEBAYAN : Budak yang besar, fikirannya kecil. Yang naik basikal keliling kampong, suka menyanyi, suka berpantun tu. Tak pernah jumpa dia ke? Curi barang kamu, kipas kamu tu. Mustahil, orang sekeliling di sini kenal siapa Mamat itu.
(Dipetik daripada drama “Dongeng Sang Puteri”, oleh Wan Ahmad Ismail)

Berdasarkan petikan di atas nyatakan empat perwatakan Mamat. [4 markah]


6. Drama terdiri daripada pelbagai jenis. Berikan pengertian bagi jenis drama berikut :
a. Drama Realisme [2 markah]
b. Drama Bangsawan [2 markah]


7. “ Karim, kau lihat sendiri. Negara kita hari ini sudah jauh ke depan. Kita boleh membangunkan industri pengeluaran kereta sendiri dan tak lama lagi kita akan bina industri motosikal pula. Kita akan bina kilang kita sendiri! Semua itu untuk siapa?”
(Dipetik daripada cerpen “Benar Kata Ayah oleh Ria Asmira, halaman 90)
Senaraikan dua kejayaan Negara seperti yang digambarkan dalam petikan di atas. [4 markah]

8. Berdasarkan cerpen Melakar Impian, karya Mohd Kasim Mahmud, nyatakan watak utamanya dan dua watak lain yang terdapat dalam cerpen tersebut. [4 markah]


9. “Ibu tetap ibu, ayah tetap ayah.Tanpa mereka tidak ada aku di dunia ini. Jika mereka tidak menyerahkan aku kepada emak dan abah, tidak mungkin aku mengenali insan semulia mereka. Kasih yang emak curahkan pada aku langsung tidak berkurangan, walaupun sudah ada anak sendiri. Daripada aku terus mereka dan merencana kenapa dan mengapa ayah dan ibu meninggalkan aku, lebih baik aku fikirkan cara bagaimana untuk membalas budi emak dan budi arwah abah,” hatinya berbicara sendiri (Dipetik daripada novel Jeriji Kasih hal 34 dan 35)

Berikan dua nilai kemanusiaan berserta contoh berpandukan petikan di atas
[4 markah]

10. Dia mengambil dua mata pelajaran lebih daripada rakan-rakan sekelasnya. Mr Goh menggalakkan dia mengambil bahasa Inggeris 121, iaitu kertas bahasa Inggeris antarabangsa yang membolehkan dia ke luar negara jika keputusannya cemerlang. Dia juga mendaftar untuk menduduki mata pelajaran Pendidikan Islam. Masa mata pelajaran Pendidikan Islam dia akan berpindah ke tingkatan lima sastera kerana kebanyakan rakan sekelasnya mengambil mata pelajaran Bahasa Cina. Ketika itu, mata pelajaran Pendidikan Moral belum diperkenalkan.
(Dipetik daripada novel Dari Lembah ke Puncak )

Kemukakan dua nilai murni berserta contoh dari petikan di atas [4 markah]


Bahagian Dua
[60 markah]

Bahagian A
(Puisi Tradisional dan Prosa Klasik)
Jawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 2.

1 Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Pantun Berkait

Burung serindit di dalam cempaka,
Jatuh menimpa dayung petani;
Sumpah perajurit di bumi merdeka,
Taat setia gagah berani.

Jatuh menimpa dayung petani,
Dara menatang dulang suasa;
Taat setia gagah berani,
Rela berjuang sepanjang masa.

Dara menatang dulang suasa,
Ke sungai datar pergi membasuh;
Rela berjuang sepanjang masa,
Tiada gentar menentang musuh.

Ke sungai datar pergi membasuh,
Hinggap tempua mencari sarang;
Tiada gentar menentang musuh,
Senandung jiwa di medan perang.

Hinggap tempua mencari sarang,
Daun meranti gugur berjejal;
Senandung jiwa di medan perang,
Berpantang mati sebelum ajal.

Daun meranti gugur berjejal,
Buah pinang pecah di taman;
Berpantang mati sebelum ajal,
Jasa dikenang zaman-berzaman.


(a) Huraikan tema pantun berkait di atas. [4 markah]
(b) Jelaskan empat pengajaran yang terdapat dalam pantun berkait di atas. [8 markah]
(c) Huraikan empat nilai murni yang terdapat dalam puisi di atas. [8 markah]

2. Berdasarkan Hikayat Caya Langkara:
(a) Jelaskan tiga latar masyarakat dalam hikayat ini. [12 markah]
(b) Nyatakan empat pengajaran yang terdapat dalam hikayat ini. [8 markah]


Bahagian B
(Puisi Moden dan Drama)
Jawab sama ada Soalan 3 atau Soalan 4

3. Baca puisi di bawah dengan teliti dan jawab soalan mengikutinya

HARI TUANYA SINGGAH

di pentas terbuka
ia seakan mengalah
pada lakonan yang tersisa:
lolongan perih
membanting duka
lengkingan jerih
membelasah sengsara
sulur – sulur sepi
merayap dari perdu senyap
mencengkam usianya
di banir musim
hari tuanya singgah
di batas waktu yang saujana;

hanya pada babak terakhir
ia sempat mempersiapkan diri
dan menghayati kembali watak pilihan
sebelum ia rebah dengan skrip tergenggam
di puncak cerita sebuah kebenaran

Awang Abdullah

(a) Huraikan tema sajak di atas. [ 4 markah ]
(b) Huraikan empat persoalan sajak di atas. [ 8 markah ]
(c) Cipta sebuah sajak bertemakan keharmonian masyarakat tidak kurang daripada 12 baris. [8 markah ]


4. Berdasarkan drama “Menggapai Pelangi” karya Taha Abd Kadir:
(a) Nyatakan pemikiran drama tersebut (4 Markah)
(b) Huraikan struktur plot dalam drama tersebut. (8 Markah)
(c) ZAHID : Pada pendapat aku, kau membuat keputusan terburu-buru. Jalan terbaiknya, kau bincang semula dengan dia, atas dasar agama. Musibah yang menimpa kau tu, aku rasa ialah akibat kau melakukan maksiat. Maksud aku, kau selalu berdua-duaan pada hal kau bukan muhrim. Bukankah itu salah dari segi agama dan dimurkai Allah? Jalan terbaiknya kau bertaubatlah, Imran, kemudian lupakan saja.
(Dipetik daripada drama “Menggapai Pelangi”, oleh Taha Abd Kadir  hal: 330)

Huraikan empat unsur dedaktik yang terdapat dalam petikan di atas.
(8 Markah)


Bahagian C
(Cerpen dan Novel)
Jawab sama ada Soalan 5 atau Soalan 6


5. Dari arah Laut China Selatan, bayu masih terus bertiup. Hardi merelakan tubuh lampainya dijamah bayu lembut itu. Bajunya yang berwarna kuning kemerah-merahan itu berkibar-kibar ditiup bayu. Pada saat itulah, Hardi teringatkan perkenalannya dengan seorang gadis manis berdarah Kadazan. Peramah dan lemah-lembut orangnya. Mukanya bujur sirih.
(Dipetik daripada cerpen Bagai Hembusan Bayu Senja oleh Juri Durabi, halaman 152)

a) Nyatakan empat perwatakan Juliani berpandukan petikan di atas. (4 markah)
b) Berpandukan petikan, berikan dua gaya bahasa beserta contoh. (4 markah)
c) Berdasarkan kreativiti anda, sambungkan cerpen di atas. Jumlah perkataan tidak kurang daripada 80 patah perkataan. (12markah)

6. Berdasarkan novel Jeriji Kasih karya Ramlah Abd Wahab
(a) Huraikan nilai-nilai murni yang dimiliki oleh watak utama (10 markah )
(b) Jelaskan unsur kesabaran yang terdapat pada watak Anuariza (10 markah )


KERTAS SOALAN TAMAT


SKEMA JAWAPAN

Bahagian Satu

1. (i) Kita hendaklah bersikap jimat cermat dalam perbelanjaan. [2 markah]
(ii) Kita hendaklah menuntut ilmu sebanyak mungkin ketika usia muda.
[2 markah]

2. Nilai-nilai murni :

i Nilai baik hati / kemuliaan hati
Cth: “ Ya Tuanku Raden Kesuma Ningrat, ambillah di dalam telinga
patik ini” [2 markah ]

ii Nilai keadilan / bertimbang rasa
Cth: Maka diambil oleh Raden Kesuma Ningrat dua biji itu maka dikasi kepada tuan puteri satu biji dan kepada Raden Kesuma Wati satu biji.
[2 markah]

iii Nilai ketaatan/ kepatuhan
Cth: “ Hai landak putih kedua, pergilah engkau pulang dapatkan singa, katakan aku hendak pulang,” Maka pergilah landak itu.
[2 markah]

3. Tindakan raksasa :

i Menangkap Indera Nata [1m]
ii Memamah tubuhnya [1m]
iii Oleh kerana tiada apa berlaku semakin dimamahnya [1m]
iv Mengeluarkan dari mulutnya apabila rasa giginya ngilu [1m]
v menghempas tubuh Indera Nata ke batu. [1m]


4. Ciri bentuk sajak :
i. Bilangan patah perkataan tidak sama/sekata /berbeza dalam setiap baris iaitu 1 hingga 4 perkataan sebaris. [2 markah]
ii. Bilangan baris adalah 6 baris serangkap. [2 markah]
iii. Bilangan suku kata tidak sama/sekata/berbeza dalam setiap baris iaitu
4 hingga 14 suku kata sebaris. 2m
iv. Rima akhir bebas/tidak terikat [2markah]
v. Rima akhir abcddd [2markah]

5 Perwatakan Mamat
i Budak yang besar [1marka]
ii Fikirannya kecil [1markah]
iii Suka berbasikal [1markah]
iv Suka menyanyi [1markah}
v Suka berpantun   [1markah]

6 a Maksud drama Realisme
i Drama Realisme ialah drama yang menggambarkan realiti
atau peristiwa kehidupan masyarakat sebenar yang dapat dilihat
dengan nyata. [2markah]

b Maksud drama Bangsawan
i Drama bangsawan ialah drama tradisional yang masih belum
menggunakan skrip penulis dan sutradara. [2markah]


7. Dua kejayaan negara :

i Negara telah mencapai kejayaan. [2markah]
ii Membangunkan industri kereta sendiri. [2markah]
Maksimum 4 markah

8. Watak utama dan watak sampingan.

i Watak utama – Rosli   [2markah]
ii Watak sampingan
- Azwan  [1markah]
- Lamin  [1markah]
- Fuad  [1markah]
Maksimum 4 markah

9 Nilai-nilai kemanusiaan :

i. Kasih sayang – ibu ‘aku’ menyayangi aku 1m+1m
ii. Mengenang budi/ jasa—aku ingin membalas budi ibu bapanya 1m+1m
Maksimum 4 markah

10. Nilai-nilai Murni :

Rajin
Jalil mengambil dua mata pelajaran lebih daripada rakan-rakannya  [2 markah]

Kegigihan
Jalil mengambil mata pelajaran Bahasa Inggeris 121 untuk membolehkan dia ke luar negara/ mengambil mata pelajaran Pendidikan Islam dan terpaksa berpindah kelas  [2 markah]

Keyakinan
Jalil mempelajari mata pelajaran Bahasa Inggeris 121 dan Pendidikan Islam  [ 2 markah]

Berfikiran positif
Mr Goh menyuruh Jalil mengambil mata pelajaran Bahasa Inggeris 121  [ 2 markah]

Berdikari
Jalil mengambil mata pelajaran Pendidikan Islam walaupun terpaksa pindah ke kelas sastera
[ 2 markah]


Bahagian Dua

Soalan 1

Soalan 1(a) Tema pantun berkait ialah semangat cinta akan tanah air. [2markah]
cth. Sumpah perajurit di bumi merdeka [2markah]
Taat setia gagah berani.
[Maksimum: 4 markah]

Soalan 1(b) Pengajaran

(i) Kita perlulah mempunyai semangat patriotik/ cinta akan tanah air. [2 markah]

(ii) Kita hendaklah menumpahkan kesetiaan kepada tanah air. [2 markah]

(iii) Kita hendaklah rela berjuang mempertahankan tanah sepanjang
masa. [2 markah]

(iv) Kita janganlah takut menentang musuh yang mengancam negara. [2 markah]

(v) Kita hendaklah berani berkorban nyawa demi mempertahankan
tanah air. [2 markah]

(vi) Kita hendaklah mengenang jasa para pejuang yang meninggal dunia
demi mempertahankan tanah air. [2 markah]

[Maksimum: 8 markah]

Soalan1(c) Nilai murni

(i) Semangat patriotik/cinta akan negara [1+1 markah]
cth. Sumpah perajurit di bumi merdeka
Taat setia gagah berani

(ii) Keberanian [1+1 markah]
cth. Tiada gentar menentang musuh

(iii) Kesetiaan kepada negara [1+1 markah]
cth. Taat setia gagah berani

(iv) Rela berkorban nyawa [1+1 markah]
cth. Rela berjuang sepanjang masa
cth. Senandung jiwa di medan perang

(v) Mengenang jasa [1+1 markah]
cth. Jasa dikenang zaman-berzaman

[Maksimum: 8 markah]

Soalan 2

Soalan 2(a) Latar masyarakat
(i) Masyarakat yang mempercayai tilikan nujum. [2markah]
Cth: Raja Saiful Muluk memintaahli nujum melihat nasib anakandanya yang baru dilahirkan yang diberi nama Caya Langkara.
[2m]

(ii) Masyarakat yang yang tidak berdendam dengan orang. [2markah]
Cth: Caya Langkara tidak menyimpan dendam terhadap kedua-dua kakandanya, Muqaddam dan Muqaddim walaupun kedua-duanya pernah cuba membunuhnya. [2markah]

(iii) Masyarakat yang suka memfitnah orang lain / menipu. [2markah]
Cth: Muqaddam dan Muqaddim telah berbohong dengan ayahandanya tentang Caya Langkara sehingga Caya Langkara dan bondanya dibuang negeri. [2markah]

(iv) Masyarakat yang tidak menyiasat terlebih dahulu sebelum bertindak.
[2m]
Cth: Raja Saiful Muluk telah membuang Caya Langkara dan bondanya ke dalam hutan hanya kerana mendengar fitnah daripada kedua-dua anakandanya yang pendengki. [2markah]

(v) Masyarakat yang bertimbang rasa. [2markah]
Cth: Caya Langkara telah mengampunkan dosa kedua-dua kakandanya, malahan telah menjodohkan kakandanya dengan puteri yang cantik jelita. [2markah]

Soalan 2(b) Pengajaran

(i) Kita janganlah terlalu mempercayai tilikan nujum. [2markah]
(ii) Kita jangan berbuat menipu kerana buruk padahnya. [2markah]
(iii) Kita hendaklah menyiasat terlebih dahulu sebelum menjatuh sebarang hukuman. [2markah]
(iv) Kita mestilah mengamalkan perintah Allah dengan ikhlas terutama dalam pemerintahan. [2m]
(v) Kita hendaklah berterima kasih kepada orang yang telah menolong kita. [2markah]


Soalan 3

Soalan 3a. Tema
Tema – keinsafan diri seorang tua cth; seorang tua yang menyedari kesilapannya yang lalu dan cuba membaiki dirinya pada hari – hari terakhir kehidupannya. [ 2m + 2m]

Soalan 3b Persoalan

i. Sikap mudah mengalah cth;di pentas terbuka ia seakan mengalah [2markah]
ii. Kesepian dalam kehidupan cth ; salur – salur sepi merayap dari perdu senyap. [2markah]
iii. Sikap berputus asa dengan kehidupan cth ia seakan mengalah. [2 markah]
iv. Kesedaran pada usia tua cth ;hanya pada babak terakhir dia sempat mempersiapkan diri.
[2 markah]
v. Penderitaan/kesusahan menjalani kehidupan/menghabiskan sisa kehidupan sebagai seorang tua cth ;lolongan perih membanting duka/lengkingan jerih membelasah sengsara  [ 2markah]
vi. Kebenaran sebuah kehidupan yang akan tiba pada kematian cth;sebelum ia rebah dengan skrip tergenggam. [2 markah]
vii. Setiap manusia akan melalui hari – hari tuanya cth;hari tuanya singgah di batas waktu yang saujana. [2markah]

Soalan 3c Cipta sajak
Tema – 2 markah
Bahasa – 2 markah
Bentuk – 2 markah
Kretiviti – 2 markah
( kurang 12 baris dan tiada tajuk tolak markah kretiviti )


Soalan 4

Soalan 4(a) Pemikiran drama Menggapai Pelangi

i Pemikiran drama tentang konflik kejiwaan akibat daripada perjanjian dan sikap tanggungjawab terhadap sesuatu perbuatan. [2markah]
Contohnya, konflik kejiwaan dihidapi oleh Imran apabila kekasih lamanya muncul semula dan Imran
rasa bersalah dan mahu bertanggungjawab terhadap apa yang telah berlaku terhadap Rosma. [2markah]


Soalan 4(b) Struktur plot drama Menggapai Pelangi

i Permulaan
Imran terkejut menerima panggilan telefon daripada Norasma. Mereka telah mengatur untuk bertemu
dalam masa terdekat. [2markah]

ii Perkembangan
Norasma telah menceritakan segala peristiwa dan dugaan yang telah berlaku atas dirinya serta
keluarga. Imran rasa bersalah dan menyesal serta ingin menunaikan janjinya kepada Norasma dan
bertanggungjawab atas segala yang berlaku. [2markah]

iii Puncak / klimaks
Imran telah berterus terang kepada isterinya tentang perjanjian yang dibuat olehnya kepada Norasma.
Isterinya berasa sedih namun dapat memaafkannya dan merelakan keputusan yang dibuat oleh Imran
dengan reda. [2marlkah]

iv Peleraian
Norasma dan Imran telah memilih arah hidup masing-masing. Norasma memilih untuk ke Mekah
dan tidak mahu mengganggu kehidupan keluarga Imran. 2 markah]

Soalan 4(c) Unsur dedaktik

i Kita hendaklah berfikir dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. [1markah]
Contohnya, “kau membuat keputusan terburu-buru” [1markah]

ii Kita hendaklah berbincang terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan diambil. [1markah]
Contohnya, “Jalan terbaik kau bincang semula dengan dia" [1markah].

iii Kita hendaklah menjauhkan diri daripada melakukan maksiat. [1 markah]
Contohnya, “ Musibah yang menimpa kau tu, aku rasa akibat kau melakukan maksiat. [1markah]

iv Kita janganlah melakukan perkara yang dimurkai oleh Allah  [1markah]
Contohnya, “Bukankah itu salah dari segi agama dan di murkai Allah”. [1markah]

v Kita hendaklah segera bertaubat kepada Allah. [1markah]
Contohnya, “Jalan terbaiknya kau bertaubatlah”  [1markah]

Soalan 5

Soalan 5(a) Perwatakan Julaini :

- Gadis manis berdarah Kadazan   1m
- Seorang yang peramah.               1m
- Seorang yang lemah lembut.       1m
- Mukanya bujur sirih.                   1m
Maksima 4 markah

Soalan 5(b) Gaya bahasa serta contoh:

- Personafikasi contonya:     1m
Hardi merelakan tubuh lampainya dijamah bayu lembut itu. 1m
- Kata ganda contonya:       1m
kemerah-merahan, berkibar-kibar. 1m
- Peribahasa contohnya:      1m
mukanya bujur sirih.    1m
Maksimum 4 markah

Soalan 5(c) Sambungkan cerpen mengikut kreativiti.
Tema – 2 markah
Bahasa – 2 markah
Bentuk – 2 markah
Kretiviti – 2 markah
Teknik  - 2 markah


Soalan 6

Soalan 6(a) Nilai Murni watak utama

i. Bijaksana 1m
- Mendapat keputusan cemerlang dalam STPM  1m

ii. Kerajinan 1m
-Rajin melakukan pelbagai erja bagi membantu ibunya 1m

iii. Kasih sayang 1m
-Anuariza begitu sayangkan Soleha 1m

iv. Kesabaran 1m
-Anuariza bersabar melayani kerenah Syed fariz 1m

v. Rasional 1m
-Anuariza menerima dengan hati terbuka niat Solehe mahu
berkahwin dengan Syed Mustafa 1m

Soalan 6(b) Unsur kesabaran watak utama

i. Sabar menerima ketentuan Ilahi/ kecacatannya 1m
-Anuariza tidak pernah menyalahkan takdir di atas kecacatannya 1m

ii. Sabar Mencari rezeki 1m
-Anuariza sabar mengharungi paya untuk mencari asam kelubi 1m

iii. Sabar melayani kerenah Syed Fariz dan Syarifah Farisya 1m
-Anuariza sabar semasa melayani kerenah Syed Fariz semasa
ditugaskan menjadi guru tuisyennya 1m

iv. Sabar menerima berita perkahwinan ibunya 1m
-Anuariza bersabar apabila mendapat tahu bahawa ibunya berniat
berkahwin dengan Syed Mustafa 1m

v. Sabar menuntut ilmu 1m
-Walaupun diejek Anuariza telah menuntut ilmu sehingga berjaya 1m


Comments