MAS hasilkan filem pendek 'Terbang' sempena Hari Kemerdekaan
KUALA LUMPUR: Pasukan media sosial Malaysia Airlines (MAS) menghasilkan filem pendek berjudul 'Terbang' dalam semangat sambutan Hari Kemerdekaan dan sebagai meneraju kempen #FLYINGHIGH.
Dalam satu kenyataan hari ini, MAS menyatakan 'Terbang' hanya tersedia dalam YouTube di http://www.youtube.com/watch?v>HKU1Kx9X0MM dan Facebook di http://apps.facebook.com/terbangtinggi.
"Filem pendek ini mewakili semangat dan nilai rakyat Malaysia yang mengimpikan untuk terbang tinggi dalam membawa nama negara mereka dengan penuh bersemangat serta rasa bangga.
"Memaparkan wau sebagai simbol warisan Malaysia dari Pantai Timur, 'Terbang' melambangkan jenama MAS dan bagaimana rakyat Malaysia mengibarkan Jalur Gemilang dengan megah di seluruh dunia sejak 42 tahun lepas," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Enrich, Program Pelanggan Kerap MAS, memberi penghargaan kepada rasa cinta yang menyatukan rakyat Malaysia menerusi pertandingan #MH57Merdeka Instagram.
Peserta hanya perlu memuat naik imej atau video mengandungi lima atau tujuh orang memaparkan kecintaan dan perpaduan kepada negara Malaysia dalam cara paling menarik berserta keterangan gambar tidak lebih 50 perkataan dalam akaun Instagram mereka.
"Berikutan kejayaan pertandingan #MH56 Instagram tahun lepas, #MH57Merdeka akan bermula dari hari ini sehingga 30 Sept," menurut kenyataan itu.
Untuk maklumat lanjut berkaitan pertandingan #MH57Merdeka Instagram, sila layari facebook.com/malaysiaairlines.
- BERNAMA
berita harian
terbang
langit - yuna
Terus cekal dan terbang tinggi di langit
KITA INGIN MELIHAT
MAS TERUS TERBANG
MEGAH DI LANGIT LUAS
BERSAMA KITA MENYOKONG
BERSAMA HADAPI KAPAYAHAN INI
BERSAMA BERHARAP DAN BERDOA
MAS TERBANG SELAMANYA
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.