22 Ogos 2014
Tujuan Hari Berkabung Malaysia 22 Ogos 2014
Tarikh 22 Ogos 2014 dipilih sebagai Hari Berkabung Negara ekoran tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 pada 17 Julai 2014 di wilayah Donestk, timur Ukraine. Pada hari tersebut kerajaan turut menerima 16 daripada 24 jenazah warga Malaysia termasuk seorang warga Belanda tragedi MH17 yang diterbangkan khas dari Amsterdam ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Peraturan Hari Berkabung Malaysia 22 Ogos 2014 MH17
Bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang di seluruh negara pada hari berkenaan;
Semua acara yang berunsur hiburan ditangguhkan pada hari berkenaan;
Pakaian hendaklah warna-warna yang suram dan tidak warna terang/garang. Bagi yang berugama Islam dan terlibat secara langsung, mereka digalakkan memakai songkok (tanpa lilitan warna putih)/selendang hitam; dan
Pada hari berkenaan juga, rancangan hiburan pada semua saluran radio dan televisyen hendaklah ditangguhkan dan diganti dengan bacaan Al-Quran dan program berunsur keagamaan.
Al-Fatihah
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.