MENCARI SRIKANDI
Muhammad Lutfi Ishak
MAKSUD SETIAP RANGKAP
Rangkap 1
Penyajak mempersoalkan wanita yang dapat menyelesaikan karenah wanita menggunakan tutur kata , tangisan, kebijaksanaan dan nasihat. Sekiranya berdepan dengan lelaki yang ego ,dia mampu melembutkan kesombongan lelaki itu.
Rangkap 2
Penyajak membaca sejarah Siti Fatimah yang berhadapan segala kesulitan semasa berada di bukit pasir Sahara , dan Fatimah sentiasa memberi semangat kepada suami meneruskan perjuangan
Rangkap 3
Penyajak berharap kelahiran seorang pejuang wanita yang sangup menghadapi segala cabaran agar orang lain menerima manfaat daripada perjuangannya.
Rangkap 4
Pada zaman ini penyajak mengharap kehadiran seseorang seperti Khadijah yang bersedia melindungi pemimpin seumpama Nabi Muhammad.
MAKSUD KESELURUHAN
Penyajak tercari kemunculan seorang wanita yang mampu menyelesaikan masalah kaum wanita. Wanita tersebut meyelesaikan masalah menggunakan tutur kata, rayuan kebijaksanaan dan nasihat seterusnya melenturkan kesombongan lelaki. Wanita tersebut diharapkan sanggup menghadapi cabaran dan mendatangkan kebaikan kepada orang lain seperti Fatimah. Penyajak mengharapkan kelahiran wanita seperti Khadijah yang sentiasa melindungi suaminya.
TEMA
Keunggulan sifat wanita dapat membentuk akhlak mulia manusia. Wanita yang unggul dapat memberi manfaat kpd orang lain.
Contoh : yang menggunakan lidah dan air mata sebagai senjata.
yang akan melembut kerenah para wanita
yang mentafsir masalah
PERSOALAN
Persoalan wanita dan lelaki saling memerlukan.
Contoh:
‘Menyelimuti seorang lagi pemimpin seperti
Muhammad’
Persoalan kesanggupan menghadapi cabaran
Contoh : ‘tidak menilai cabaran’
Persoalan kepelbagaian kaedah menyelesaikan masalah.
Contoh:
‘Dengan akal dan kata-kata ibu’
Persoalan keikhlasan dalam perjuangan
Contoh:
‘tidak menilai cabaran
tapi laba pengembaraan’
BENTUK
Jumlah Rangkap
Terdiri daripada 4 rangkap
Bilangan Baris
Bilangan baris dalam satu rangkap – tidak sama iaitu
Contoh :
R1 : 9 baris
R2 : 7 baris
R3 : 6 baris
R4 : 4 baris
Bilangan Perkataan
Bilangan perkataan dalam 1 baris tidak sama iaitu antara 1 hingga 6 patah perkataan sebaris.
‘Muhammad’
(1 patah perkataan)
Menunggu seorang lagi srikandi seperti Khadijah
(6 patah perkataan)
Bilangan sukukata dalam baris
Bilangan sukukata dalam baris tak sama iaitu antara 3-17 sukukata.
Contoh :
‘Muhammad’ ( 3 sukukata)
‘Menunggu seorang lagi srikandi seperti Khadijah’ ( 17 sukukata)
Rima Akhir
Rima akhir tidak sama
Contoh :
RI - abbbacdec
R2 - aaabcdd
R3 – abbccc
R4 - abcd
Kesimpulan
Sajak ini berbentuk bebas
GAYA BAHASA
Anafora
yang akan melembutkan karenah.. ‘
yang menggunakan lidah’
Sinkof
Contoh : ‘ku’
Alusi
Contoh : ‘Muhammad’
Pemilihan kata / diksi – tepat /indah/sesuai
Contoh : sebagai senjata
Metafora
Contoh : pedang ego
Simile
Contoh : menunggu seorang lagi srikandi seperti Khadijah’
Kata Ganda
Contoh : kata-kata
Asonansi ( vokal ‘i’)
Contoh : ‘siapa srikandi itu’
Aliterasi (konsonan ‘k’)
Contoh : ‘akan lahirkah seorang srikandi’
NADA
Romantis
Huraian: Penyajak merujuk keperibadian Fatimah dan Khadijah sebagai model wanita unggul yang sentiasa menyokong suaminya.
Contoh : menunggu seorang lagi srikandi seperti Khadijah
PERASAAN / SIKAP
Penyajak mengingatkan wanita agar menjadi wanita unggul.
Contoh : yang mentafsir masalah
sebagai bukit pasir
Penyajak memberi peringatan kepada kaum wanita agar menjadikan Khadijah dan Fatimah sebagai model.
Contoh : menunggu seorang lagi srikandi seperti Khadijah
Penyajak menyarankan agar wanita sentiasa menyokong perjuangan suami.
Contoh : mengasah jiwa suami
setajam belati
Penyajak memberitahu agar bijaksana menyelesaikan masalah
Contoh : yang ketika memilih jalan
tidak menilai cabaran
tapi laba pengembaraan
Penyajak kagum dengan ketabahan kaum wanita
Penyajak memilih Fatimah dan Khadijah sebagai gambaran wanita unggul
NILAI
Keberanian
‘menyelimuti seorang lagi pemimpin seperti
Muhammad’
Bertangungjawab
aku di sini menduga riak sirah
Penyajak menyeru supaya kita sentiasa menjadikan sejarah sebagai panduan.
Kebijaksanaan
Contoh : ketika diacu ketajaman jiwa lelaki
ke tengkuknya dengan lembut
ia melentur pedang ego
ke dada para lelaki
Hendaklah bertindak secara bijaksana dalam menyelesaikan masalah
Ketabahan
Contoh : yang ketika memilih jalan
tidak menilai cabaran
tapi laba pengembaraan
PENGAJARAN
Kita hendaklah sentiasa bertindak secara rasional dan berfikir secara bijak dalam menangani sesuatu masalah.
Contoh : ‘‘dengan akal dan kata-kata ibu’
Kita perlu menjadikan tokoh-tokoh yang baik sebagai role model.
Contoh : ‘menunggu seorang lagi srikandi seperti Khadijah’
Kita haruslah berani menghadapi cabaran hidup.
Contoh : ‘tidak menilai cabaran’
Seorang isteri hendaklah bertanggungjawab membantu suami.
Contoh : ‘mengasah jiwa suami’
Seorang wanita seharusnya bersifat lemah lembut dalam urusan seharian.
Contoh :’yang akan melembut kerenah para wanita’
Comments
Post a Comment