Hang Jebat Kesiangan di Istana
Ketiadaan Hang Tuah, Hang Jebat bertindak menderhaka kepada Sultan Mansur Syah dengan tujuan untuk membalas dendam atas kematian Hang Tuah. Beberapa cubaan dilakukan untuk membunuh Hang Tuah, tetapi gagal. Sultan Mansur Syah terkenangkan Hang Tuah. Oleh itu Seri Nara Diraja memberitahu bahawa Hang Tuah sebenarnya masih hidup. Sultan Mansur Syah sanggup memaafkan Hang Tuah. Maka Hang Tuah pun dikeluarkan dari pasungan untuk menghapuskan Hang Jebat. Hang Tuah yang pulang ke Melaka menyatakan kesanggupannya untuk menghapuskan Hang Jebat.
Catatan penting
• Perlanggaran waadat (raja dan rakyat)
• Pertentangan prinsip antara Hang Tuah dan Hang Jebat.
Pertarungan Hang Tuah-Hang Jebat
Hang Jebat terkejut dengan kedatangan Hang Tuah ke istana, kerana disangkakannya Hang Tuah sudah mati. Hang Tuah cuba menaiki istana, tetapi baharu semata dua anak tangga dia naik sudah diterpa oleh Hang Jebat. Akhirnya Hang Tuah dibenarkan menaiki istana. Berlaku pertarungan hebat antara mereka berdua. Dua tiga kali keris Hang Tuah tertikam pada tiang dan dinding, Hang Jebat membenarkan Hang Tuah menanggalkan kerisnya. Pada suatu ketika keris Hang Jebat tertikam di dinding. Hang Tuah secepat kilat terus menikam belakang Hang Jebat yang membawa kematiannya. Mayat Hang Jebat dibuang ke laut dan anak bininya turut dibunuh, kaki tiang rumah dan tanah bekas rumah Hang Jebat digali dan dibuang ke laut. Sultan Mansur Syah telah menganugerahkan Hang Tuah dengan gelaran “Laksamana”. Kemudian Sultan Mansur Syah menitahkan Bendahara membina istana yang baru bagi menggantikan istana lama yang dirampas oleh Hang Jebat.
Catatan penting
• Perwatakan Hang Tuah dan Hang Jebat
Istana Sultan Mansur Syah Terbakar
Semasa melawat istana itu, baginda mendapati salah satu rasuk istana itu kecil. Hal ini menimbulkan rasa kurang senang di hati baginda. Tun Indera Segala segera memaklumkan hal itu kepada Bendahara Paduka Raja lalu Bendahara sendiri menggantikan rasuk itu. Tidak lama selepas diduduki, istana itu terbakar. Ini menyebabkan Sultan Mansur Syah menitahkan Bendahara Paduka Raja menyiapkan sebuah istana baru sebagai menggantikan istana yang terbakar
Catatan penting
• Musibah perlanggaran waadat
Ramalan Bendahara Paduka Raja
Tidak lama kemudian, Seri Nara Diraja jatuh sakit. Sebelum meninggal dunia, beliau telah meminta Bendahara Paduka Raja membahagikan hartanya berupa emas lima buah candu peti. Dua orang anaknya, iaitu Tun Mutahir dan Tun Tahir juga diserahkan kepada Bendahara untuk menjaganya. Bendahara Tun Perak meramalkan bahawa Tun Mutahir akan menjadi orang besar-besar pada suatu hari nanti, tetapi gelaran itu tidak kekal pada dirinya. Ramalan itu berdasarkan suatu peristiwa. Ketika Bendahara Paduka Raja dalam perjalanan untuk sembahyang subuh, Bendahara lihat kepala Tun Mutahir bercahaya terus ke langit. Setelah dihampiri, cahaya itu pun padam. Apabila Tun Mutahir dan Tun Tahir dewasa, Bendahara menyerahkan harta pusaka yang diwasiatkan oleh ayahanda mereka Seri Nara Diraja. Tun Tahir kemudiannya dilantik sebagai Penghulu Bendahari dengan gelaran Seri Nara Diraja, manakala Tun Mutahir pula dilantik sebagai Temenggung dengan gelaran Seri Maharaja.
Akibat Tiada Menyembah Ke Melaka
Maharaja Jaya yang memerintah negeri Kampar tidak menyembah ke melaka. Ini menyebabkan Sultan mansur Syah menitahkan Seri Nara Diraja Tun Tahir menyerang Kampar. Dalam serangan tersebut Maharaja Jaya dan Mangkubuminya Tun Demang berjaya dibunuh oleh Seri Nara Diraja dan Khoja Baba. Akhirnya Kampar ditawan.
Catatan penting
• Dasar peluasan wilayah.
Sesudah Kampar, Siak Pula
Maharaja Parameswara, pemerintah Siak enggan menyembah ke Melaka. Lantaran itu, Sultan Mansur Syah menitahkan Seri Udana menyerang Siak dan Maharaja Parameswara mati dibunuh oleh Akhtiar Muluk. Anaknya Megat Kudu ditawan dan dibawa ke Melaka. Megat Kudu kemudiannya dikahwinkan dengan Raja Mahadewi puteri Sultan Mansur Syah. Baginda kemudiannya dijadikan raja Siak dengan gelaran Sultan Ibrahim.
DiTolak Bumi Melaka
Pada suatu hari Raja Muhammad berkuda di Kampung Bendahara Paduka Raja. Tiba-tiba bola raga yang disepak oleh Tun Besar anak Bendahara Paduka Raja terkena destar Raja Muhammad lalu jatuh ke tanah. Raja Muhammad murka lalu membunuh Tun Besar. Tindakan Raja Muhammad menimbulkan kemarahan anak buah Bendahara dan berpakat untuk menuntut bela, tetapi ditegah oleh Bendahara, dengan alasan “hamba Melayu tidak pernah derhaka”. Walau bagaimanapun, Bendahara Paduka Raja menegaskan bahawa Raja Muhammad itu usah diakui sebagai raja. Sultan Mansur Syah akur dengan kehendak Bendahara lalu Raja Muhammad dihantar ke Pahang dan dilantik sebagai raja di sana dengan gelaran Sultan Muhammad Syah.
Juara Catur
Tun Bahara (orang Pasai) sangat pandai bermain catur, datang ke Melaka. Tidak ada seorang pun yang berjaya mengalahkannya kecuali Tun Pikrama anak Bendahara Paduka Raja.
Kisah Semerluki di Mengkasar yang diperintah oleh Keraeng Majiko. Semerluki telah jatuh berahi pada isteri ayahandanya (Keraeng Majiko) yang bongsu. Keraeng Majiko menyuruh Semerluki mencari perempuan seiras ibu tiri yang dicintainya. Banyak tanah jajahan Melaka dimusnahkan oleh Semerluki. Oleh itu, Sultan Mansur Syah menitahkan Hang Tuah memerangi Semerluki dan akhirnya Semerluki kembali ke Mengkasar.
Maulana Abu Ishak seorang ulama mekah menyuruh anak muridnya Maulana Abu Bakar membawa Kitab Duri’l Mazlum ke Melaka. Sultan Mansur Syah menyambut baik kedatangan Maulana Abu Bakar, malah Kitab Duri’l Mazlum diarak secara besar-besaran ke istana. Kemudian baginda sendiri berguru pada Maulana Abu Bakar. Kitab ini juga telah dibawa ke Pasai untuk diterjemahkan oleh Makhdum Patakan. Semua pembesar Melaka berguru pada Maulana Abu Bakar kecuali Kadi Yusoff.
Walau bagaimanapun akhirnya Kadi Yusoff berguru juga pada Maulana Abu Bakar. Ini berlaku setelah dia terlihat suatu keajaiban berlaku pada diri Maulana Abu Bakar, yang dikelilingi oleh cahaya seperti sumbu dian. Tun Bija Wangsa diutus ke Pasai kerana baginda ingin mengetahui suatu masalah, iaitu samada isi syurga dan neraka akan kekal di dalamnya atau sebaliknya. Persoalan tersebut telah dijawab oleh Makhdum Mua.
Catatan penting
• Melaka jadi pusat pengajian/pendidikan
• Perwatakan Sultan Mansur Syah
• Watak Arab dan kepentingannya.
Comments
Post a Comment