MENELITI NOVEL-NOVEL MALAYSIA 1980-AN
Oleh : Abdullah Tahir
Dalam jangka waktu lima tahun (1980-1984), perkembangan novel-novel Me¬layu di Malaysia khususnya pada separuh pertama dekad 80-an, ditinjau dari sudut kuantiti dan kualiti, tidaklah banyak kelainan jika dibandingkan dengan dua dekad sebelumnya, iaitu tahun-tahun 60-an dan 70-an. Dari jumlah kira-kira 150 buah novel yang diterbitkan dalam tempoh tersebut tidak pun sampai sepuluh buah novel yang benar-be-nar bermutu sebagai karya seni. Dari jumlah tersebut sebahagiannya tergolong dalam jenis novel picisan atau erotik. Akan tetapi terdapat penyertaan yang agak baik sama ada dari penulis-penulis veteran mahupun da¬ri penulis-penulis muda. Beberapa orang penulis veteran terus bergiat dan mencipta novel-novel baru. Antara mereka itu seperti A. Samad Said, Shahnon Ahmad, Abdullah Hussain, Arenawati, A. Shukur Harun, Anas Hadimaja dan S. Othman Kelantan. Sementara novelis muda yang baru muncul pula an-tara lain seperti Azizi Hj. Abdullah, Anwar Ridhwan, Marian Sikana, Ghazali M.A, Norhisham Musta¬pha, Sabar Bohari, Baharuddin C. D, Abdul Talib Hassan, Zahari Affandi, Hambali Abdul Latiff, Zainuddin Saad, Osman Dol, Siti Hawa Hassan, Talib Y.K, Ab. Manap Ab. Malik, S.M. Noor, Sabda S, Abdul Rahman Harun dan Harun Haji Salleh.
Suatu perkembangan yang agak menarik pada awal dekad 80-an ini ialah apabila penulis-penulis veteran seperti Arenawati, Abdullah Hussain, A. Samad Said, Shahnon Ahmad serta juga Keris Mas telah bergiat lebih sungguh-sungguh mencipta novel-novel baru yang lebih bererti, lebih besar dan lebih bernilai. Karya Shahnon terakhir yang diberi judul Al-Syiqaq telah diterbitkan pada awal tahun ini (1985), begitu juga A. Samad Said telah menerbitkan novel terbarunya Daerah Zeni pada bulan Januari 1985. Shahnon kini lebih terkenal sebagai tokoh novelis Melayu yang sering melaung-laungkan konsep sastera Islam di dalam pertumbuhan kesusasteraan Melayu mutakhir.
Arenawati telah mencipta tiga buah novel pada awal tahun 80-an. Novel-novel tersebut ialah Eno, Rontok (1980) dan Royan (1980). Di dalam ketiga-tiga buah novel tersebut Arenawati tidak lagi meneruskan percubaannya menggunakan teknik arus kesedaran dan interior monolog yang begitu kerap sepertimana yang dilakukan dalam novel Lingkaran. Malah dalam Royan, dia kembali kepada watak konvensional dan stereotaip, watak tipikal yang mengusahakan tanah; dan watak biasa yang mengalami kekuatan dan kelemahannya sendiri. Tidak terdapat lagi watak ‘neurosis’ yang mengalami proses pengalaman bawah sedar. Yang jelas kelihatan Arenawati lebih menonjolkan tema untuk menyesuaikannya dengan keadaan politik dan sosioekonomi negara Malaysia yang sedang membangun itu. Walaupun novel-novel terbaru Arenawati ini belum begitu banyak dibicarakan oleh para pengkritik, namun novel Arenawati berjaya me-nunjukkan keseriusannya dalam berkarya. Dari segi persoalan nampaknya ada unsur-unsur mengisi kemer-dekaan dalam novel-novel tersebut, terutamanya novel Royan dan Rontok yang menceritakan kehidupan manusia Sabah sesudah merdeka di bawah Malaysia.
Novel Royan agak tebal jika dibandingkan dengan novel-novel Melayu lain, iaitu 553 halaman. Novel ini mengemukakan pertentangan antara golongan fanatik pada tradisi dengan golongan liberal yang sebe-narnya bukan antitradisi, tetapi menyedari betapa perlunya usaha pembaharuan dalam kehidupan. Gejala seperti ini berlaku kepada diri Lubinoi menghadapi suaminya, Borenting. Royan keserakahan pada masa-masa terakhir dalam diri Dagong, Royan dan pengikutnya; ber¬introkan dengan sikap dan konsep khidmat yang jujur pada diri Borenting, Sabir, Yasin dan Abu Bakar. Dalam diri Yasin dan Abu Bakar sendiri yang dikenali sebagai orang jujur dan ikhlas, tidak pula terlepas dari royan nafsu. Borenting buta huruf, tetapi ikhlas memimpin kaumnya. Sebagai manusia, apabila ke¬hilangan sesuatu yang disayangi, sukmanya remuk dan hatinya patah. Unsur hukum alam tidak dapat di¬elak. Daun tua gugur untuk daun muda dapat ruang. Borenting akan gugur, untuk Sidik cucunya. Sabir dan Yasin akan gugur untuk anak-anak mereka, Rasyid dan Razak Dan sebagai penghuni bumi, Rasyid, Sidik dan Razak akan takluk pada hukum alam dan ciri wujud manusia mengalami dan menghadapi royan, walaupun dalam bentuk royan yarg lain. Sementara dalan novel Rontok pula Arenawati mengemukakan sebuah kisah survival yang berakhir dengan tragedi yang meminta perhatian, simpati dan renungan yang mendalam terutamanya pada watak-watak seperti Umar, Tijah dan Saoda.
Seorang penulis veteran lain yang terus mencipta novel pada awal tahun 80-an ialah Abdullah Hussain Dia menulis tiga buah novel masing-masing berjudul Buih di Atas Air, Konserto Terakhir dan Masuk ke Dalam Cahaya. Novel terakhir telah memenangi hadiah penghargaan peraduan mengarang novel berunsur Islam yang dianjurkan oleh Yayasan Islam Terengganu pada tahun 1979 tetapi baru diterbitkan pada tahus 1983. Dalam dua novel yang terdahulu, Buih di Atas Air dan Konrserto Terakhir, Abdullah telah mem-perlihatkan ciri-ciri konvensiosal dan stereotaip di dalam semua aspekk, terutama yang amat terasa strukturnya. Temanya ialah tentang kegigihan menjadi usahawan dan seniman yang tulen. Buih di Atas Air mengisahkan kegigihan Nordin hendak menjadi seorang usahawan yang berjaya. Nordin dalam mencapai cita-citanya telah menghadapi berbagai-bagai cabaran dan hampir-hampir terpisah pula dengan isterinya yang bernama Lulu, puteri Datuk Seri Kudus putera Malaysia yang ternama, tetapi Nordin dapat bertahan dan tegak sebagai lelaki. Di dalam novel Konserto Terakhir yang mengisahkan kehidupan seorang seniman tulen pula terlihat Abdullah Hussain masih mempunyai daya sensitiviti yang tinggi. Lewat novel ini Abdullah cuba memberi penilaian terhadap dua ciri seni yang indah dan halus iaitu seni cinta dan seni muzik. Pengolahannya masih tetap konvensional baik dari segi tema, struktur dan lebih-lebih lagi dari segi stailnya Stailnya masih tidak berubah dengar novel-novelnya terdahulu yang ditulis dalam tahun-tahun 60-an atau 70-an; bahasanya mudah dan tidak cuba dieksploitkan bahasa perbandingan yang lebih bertenaga. Maka terjadilah gaya bahasanya menyerupai bahasa laporan atau catatan yang mudah difahami. Hilmi yang hidup di bandar merupakan watak tipikal yang berasal dari kampung. Watak itu dibawa dengan cara konvensional juga, iaitu diseksa oleh isteri bapa saudaranya. Hilmi dihina dan diperlakukan seperti orang gaji atau tukang kebun oleh isteri Datuk Johari yang bernama Datin Salmah. Meskipun begitu Hilmi mendapat simpati sepupunya, Hayati. Akan tetapi akhirnya ternyata Hayati itu adalah saudaranya sendiri, dan Datuk Johari itu adalah bapanya. Hilmi meninggal dunia setelah berjaya mencipta lagu yang merupakan hasilnya yang terbaik. Lagu itu tidak sempat dimainkannya di depan DYMM Yang di-Pertuan Agong dan arang-orang kenamaan, tetapi Kon¬sert Perdana itu diteruskan oleh Hayati yang datang khusus dari London.
Novel Abdullah Hussain yang terbaru, Masuk ke Dalam Cahaya merupakan novelnya yang ke-22. Nove l ini bertemakan keimanan dan menyelitkan beberapa persoalan yang dihadapi oleh masyarakat Islam. Watak protagonisnya, Zaman telah keluar meninggalkan rumahnya kerana berlaku sedikit pertengkaran dengan bapanya, Datuk Malik. Perselisihan faham meletus terbit dari niat Zaman hendak berhenti belajar di univeisiti dan mahu pergi ke Mekah dengan berjalan kaki. Akhirnya Datuk Malik menyuruhnya keluar dari rumah itu sekiranya Zaman masih mahu meneruskan niatnya itu. Zaman begitu yakin dengan niatnya lebih-lebih lagi apabila dia merasa dadanya sudah dipenuhi ilmu agama hasil dari bacaan buku-buku agamayang di pinjam dari kawan-kawannya. Novel ini juga menonjolkan cara hidup orang-orang kampung yang berlandaskan lunas-lunas Islam dan tradisi turun-temurun seperti semangat tolong-menolong; bekerjasama mendirikan sekolah, menubuhkan syarikat kerjasama, kenduri-kendara dan juga apabila berlaku kematian. Pak Imam, Tuk Bilal, Ketua Kampung serta pemimpin-pemimpin setempat menjalankan tugas masing-masing dengan mengamalkan konsep kepimpinan melalui teladan. Novel ini juga menimbulkan persoalan fitnah dan keburukan orang yang suka menjadi pak turut. Pengarang mengemukakan watak-watak Mak Timah dan Salbiah sebagai watak-watakyang terlibat dalam kedua-dua persoalan tersebut.
Novelis A. Samad Said yang mula terkenal dengan novel-novel Salina dan Sungai Mengallr Lesu pada dekad 60-an terus mencipta novel dalam awal tahun 80-an. Dua buah noveInya yang bermutu pada tahap ini ialah Langit Petang (1980) dan Daerah Zeni (1985). Novel-novel lain ialah Adik Datang, Keledang dan Di Hadapan Pulau. Kelima-lima buah novel A. Samad Said yang terbaru ini masih memperlihatkan gaya lama yang agak konvensional yang memang digemarinya sejak semula.
Novel Langit Petang mengisahkan peristiwa-peristiwa yang dialami oleh tiga watak utama seperti Pak Cik Arif, Hafiz dan Zakiah. Tiga watak yang menjiwai novel ini sentiasa memikirkan hari-hari silam dan masa depan kehidupan mereka. Pak Ariff seorang bekas pejuang kemerdekaan, tidak pernah dapat menikmati hasil perjuangannya pada masa Iampau, akan tetapi dia tidak menyesal kerana sekurang-kurangnya dia ma¬sih dapat bernafas dalam negara yang merdeka walaupun cuma di rumah setinggan di pinggir kota. Ma¬nakala Hafiz pula seorang wartawan sambilan yang mengidap penyakit ‘leukaemia’ telah berhenti kerja dan mengembara ke Pantai Timur ingin mentafsir keindahan alam semula jadi agar dapat dijadikan bahan un¬tuk karyanya. Sementara Zakiah, seorang wanita yang mendendami lelaki kerana lelaki telah merosakkan keperawanannya. Meskipun begitu dendamnya tiada penghujung kerana sebenarnya lelaki tetap memperalatkannya bagi kepuasan nafsu serakah mereka. Akhirnya kecantikannya menjadi luntur. Ketiga-tiga watak utama yang mengalami pengalaman hidup yang berbeza itu saling berinteraksi dalam satu keadaan oleh sebab mereka tinggal sebagai jiran. Pak Cik Ariff rapat dengan Hafiz sebagai jiran, mereka sering bertandang. Akhirnya Hafiz menjadi teman Pak Cik Ariff yang sering membicarakan falsafah: Apakah yang dicari oleh manusia dalam hidup ini. Sementara Zakiah juga mempunyai hubungan yang rapat dengan Hafiz. Ini terjadi berikutan peristiwa Hafiz pernah menolongnya ketika dia mengalami keguguran (anak luar nikah). Zakiah juga mesra dan rapat dengan Pak Cik Ariff kerana mereka pernah berjiran. Hubungan ketiga-tiga watak ini dipertalikan oleh rasa kemanusiaan yang murni. Pak Cik Ariff menjadi penasihat dan tempat mereka merujuk apabila menemui masalah. Dan masing-masing cuba mengenal erti hidup. Bagi Hafiz yang menghadapi sisa-sisa hidupnya yang singkat (menurut doktor dia hanya mempunyai tempoh setahun untuk hidup), merasakan semua yang bergerak di sekitarnya mempunyai erti untuk dia mengenali kewujudannya dalam alam ini. Hafiz meninggal dunia di Kuala Terengganu tidak lama selepas dia memberi hadiah kepada Zakiah. Setelah itu barulah Pak Cik Ariff berasa betapa perlunya dia mengembara untuk menyaksikan tanahairnya yang telah merdeka dan berdaulat. Dia berhasrat hendak menyambung cita-cita Hafiz. Manakala Zakiah pula mula sedar tentang erti hidup dan mati.
Novel terbaru A. Samad Said yang diberi judul Daerah Zeni tidak pula menceritakan kisah yang besar dan mengkagumkan, tetapi kisah biasa. la diolah dalam satu susunan plot dan perwatakan yang agak berbeza daripada novel-novelnya yang terdahulu. Novel ini memaparkan kisah Zeni janda muda mempunyai seorang adik, Zedi yang lumpuh dan seorang bapa, Lazri Meon, yang menjadi pengarang penyendiri. Zeni punya kekasih Ehran, seorang pekerja buruh binaan. Bekas suaminya, Mohdi selalu mengganggu kehi-dupannva. Manusia di sekelilingnva inilah yang menjadi sebagai daerah tempat Zeni bergerak dan hidup, tempat Zeni berinteraksi dan berkonflik. Dia sangat mencintai adiknya kerana itu dia sanggup menjaga adiknya Zedi di rumah sakit orang-orang cacat dan terpaksa menahan perasaan untuk tidak segera ber-kahwin semula, walaupun dia mencintai kekasihnya Ehran. Dia terpaksa berani berhadapan dengan bekas suaminya Mohdi. Dalam keadaan begitu Zeni dapat membentuk jiwa dan peribadinya melalui pemaha-mannya yang mendalam terhadap tingkah laku dan tindakan manusia di sekelilingnya.
Di samping cerita dasar ini terdapat pula sebuah kisah lain yang tersisip dalam cerita pokoknya dalam bentuk manuskrip novel yang ditulis oleh bapa Zeni sendiri. Bab-bab tertentu daripada manuskrip novel itu dibaca oleh watak-watak penting dalam novel ini seperti Zeni, Zedi, Zirah (kawan Zedi) dan Ehran. Cerita dalam manuskrip novel itu tidak lengkap, ada bab-bab yang didapati hilang dan tidak ditemui oleh Zeni. Tetapi bab-bab yang ada ialah tentang kisah wujudnya sekumpulan orang Melayu, dari golongan rakyat clan bangsawan, yang bangkit menentang penjajah Inggeris dalam bad kesembilan belas, iaitu selepas erlaku peristiwa pembunuhan Birch di Pasir Salak. Dalam manuskrip nilah tergambar jelas perasaan dan rerjuangan watak-watak wira Melayu seperti Harridan, Dol Zaleh. Raja Dabet dan Mardi. Kisah ini mengajar Zeni dan Zedi supaya memberikan kekuatan dalam perjalanan mereka menempuh gelombang hidup.
Nampaknya plot novel terbaru A. Samad Said ini tidak begitu menjadi tumpuan dan pemeliharaan utama. Malah, aspek ini sama sekali terabai dan tidak lagi menjadi bahagian unsur yang terpenting dan terpengaruh. Dengan begitu tidak wujud urutan plot seperti dalam novel-novelnya yang lalu, tidak terlihat adanya bahagian-bahagian permulaan, pertengahan dan pengakhiran. Sekali konflik itu wujud, tetapi tidak di kembangkan untuk bergerak ke tahap-tahap yang tradisional yang dikenali sebagai aksi menaik, puncak dan aksi menurun atau antiklimaks. Kesan daripada keterpesongan maka konflik-konflik yang ada yang dialami oleh watak-watak seperti Zeni, Zedi dan Lazri Meon, adalah berterusan tanpa penyelesaian. Pendedahan konflik tanpa penyelesaian dalam novel ini dapat dianggap sebagai lebih bertenaga untuk mewujudkan kesan realiti yang total. Ini jelas kerana banyak konflik atau masalah manusia yang tidak pernah dapat diselesaikan - ia tetap tinggal terus, memendap dalam bahagian kehidupan bawah sedar manusia.
Shahnon Ahmad, novelis Melayu yang sangat prolifik pada tahun-tahun 60-an dan 70-an tidak aktif lagi pada tahun 80-an. Setakat ini baru sebuah novel yang dihasilkan iaitu Al-Syiqaq. Novel ini mempunyai dua jilid. Jilid kedua sedang dalam proses penerbitan. Al-Syiqaq sebagai novel Islam jelas tidak memenuhi konsep yang dilaung-laungkan oleh Shahnon iaitu ‘sastera Islam itu sastera kerana Allah’. Novel ni sebaliknya dapat dianggap sebagai novel semi sejarah dan un¬sur-unsur keislaman cuma ditampilkan secara luaran sahaja. la me¬ngisahkan sejarah perjalanan hidup watak Sasaelos, seorang ahli pelaga kerbau di perkampungan Matarusa, sebuah desa terpencil di Selatan Thailand. Akibat daripada gara-gara seekor kerbau jantan, Sasaelos bersama keluarganya dibunuh secara kejam oleh perompak-perompak berbangsa Thai yang mengganas di kawasan pedalaman itu. Hanya Pataeng Sagalas yang terselamat kerana sewaktu pembunuhan berlaku dia tidak ada di rumah. Pataeng Sagalas pada mulanya seorang pel¬aga ayam, tetapi kesan pembunuhan ke atas keluarganya itu telah menginsafkannya dan dia menjadi lebih dekat dengan ajaran agama Islam. Pataeng Sagalas kemudian berhijrah ke kampung Teloi Tua di Kedah. Di sana dia mula mengajar agama dan terbentuklah satu sistem pondok di Teloi Tua. Apabila Pataeng meninggal dunia pengajaran agama di pon¬dok itu diambil alih oleh anaknya Saman. Semasa Saman menjadi guru, pondok di Teloi Tua itu terpaksa ditutup dan dia bersama keluarga berpindah ke Selarong Batang, cuba membuka kawasan perkampungan baru. Di sinilah Saman menghabis¬kan zaman tuanya dengan menderita sakit tua. Zuriat Sasaelos berakhir apabila Kalthom anak perempuan paman berkahwin dengan Hassanudin seorang pelarian politik pada zaman Belanda memerintah Suma¬tera. Anak lelaki Saman yang bernama Yaakob enjadi jahat, hilang entah ke mana. Watak ini menye¬rupai watak bapa saudaranya bernama Dollah yang mati dibunuh oleh pasukan keselamatan. Yaakob se¬orang anak yang amat jahat, malah pernah berzina dengan ibu tirinya yang masih muda bernama Siti Hajar.
Novel ini mempunyai tema yang cuba menyelitkan unsur-unsur agama, tetapi lebih condong kepada pengembangan serta keadaan kehidupan penganutnya di selatan Thai dan di Kedah terutama pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Masyarakat perkampungan Matarusa sepertimana kampung-kampung , di selatan Thai contohnya Setoi, Narasimpon, Lubuk Cemara dan Poseng selalu berada di dalam ketakutan dan kecemasan kerana kekejaman orang-orang jahat dari bangsa Siam yang membenci penduduk Melayu yang beragama Islam. Mereka sering melakukan segala macam kezaliman terhadap orang-orang Islam seperti merompak harta benda, membakar rumah dan membunuh dengan cara yang amat kejam. Novel ini dapat dianggap sebagai novel semi sejarah bukanlah kerana ia memaparkan perjalanan hidup seseorang tokoh sejarah yang real, tetapi kerana ceritanya merangkumi ksah kehidupan empat generasi, iaitu Sasaelos, Pataeng Sagalas, Saman dan Kalthom. Kisah kehidupan mereka itu memakan masa selama satu abad. Dengan demikian, tidaklah berlebihan jika dikatakan novel ini bermodelkan novel Roots karya Alex Haley.
Persoalan lain yang agak penting ingin disampaikan oleh Shahnon dalam novel AI-Syiqaq ini ialah pentingnya institusi keagamaan seperti surau, madrasah dan pemimpinnya seperti imam atau tuk guru sebagai penyatu umat atau penganut agama Islam. Sekiranya institusi-institusi keagamaan seperti ini lemah, maka akan wujudlah perpecahan dalam persaudaraan Islam. Oleh demikian, untuk mencapai perpaduan itu tokoh-tokoh agama yang menguasai institusi surau, madrasah, masjid dan pondok itu perlulah bertindak tegas, bijaksana dan sabar. Semasa menyatukan anak-anak buah menentang penjahat-penjahat Siam, Lebai Cucu imam kampung Matarusa mengajar penduduk kampung itu supaya menanamkan semangat kecin¬taan mereka pada madrasah kerana di madrasah itulah asas-asas perpaduan akan terpupuk dan terjalin dengan baik. Demikian sikap dan kepimpinan Pataeng Sagalas sewaktu memimpin pelajar-pelajarnya di pondok yang diasasnya sendiri di Teloi Tua. Akan tetapi keadaan berubah pada zaman Saman menjadi guru agama di pondok peninggalan arwah ayahnya itu. Ramai anak buah meninggalkan pondok itu. Ramai pula yang pergi belajar bersilat. Hal ini terjadi kerana Saman sendiri mengabaikan tugas dan kepimpinannya tergugat apabila dia berkahwin lagi dengan Siti Hajar sebagai isteri keduanya yang sangat muda. Pertentangan nilai, sikap, pemikiran dan pandangan hidup generasi yang berbeza sangat jelas terlihat dalam novel ini. Golongan generasi tua adalah golongan yang tidak agresif, sabar dan mengamalkan nilai-nilai lama. Sementara golo¬ngan muda pula lebih agresif, mahu lepas daripada kongkongan, sukakan sesuatu yang baru dan yang lebih penting lagi, wujudnya unsur-unsur penentangan secara terbuka terhadap generasi tua contoh yang baik seperti watak Dollah dan Yaakob.
Novel AI-Shiqaq ini juga mengemukakan persoalan kedudukan pe¬rempuan dalam Islam dan bagai¬mana mereka boleh mempengaruhi dan menentukan iman, kedudukan dan kepimpinan kaum lelaki. Perempuan yang setia dan alim yang diwakili oleh Sippit (isteri Sasaelos), Huduh (isteri Pataeng Sagalas) dan Zainab (isteri Saman) dapat membantu suami ke jalan yang benar dan hak. Manakala perempuan yang diwakili oleh Siti Hajar yang megah dengan kecantikan (dan juga berlaku curang kepada suami - bercinta dengan anak tiri) pula adalah ‘utusan syaitan’ yang menjatuhkan lelaki dan serentak meruntuhkan pondok Teloi Tua.
Seorang lagi novelis veteran yang tiba-tiba muncul dengan novel yang lebih bererti ialah Keris Mas. Dia telah menghasilkan sebuah novel yang lebih besar dan bernilai yang diberi judul Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur (1982). Lewat novel ini Keris Mas menonjolkan persoalan manusia yang mementingkan diri sendiri dalam menghadapi arus pembangunan negara semasa. Manusia dalam novel ini adalah bayangan na¬tijah daripada pembangunan yang dirancang dan dilaksanakan oleh kerajaan. Secara sinis pengarang memperlihatkan kebijaksanaannya menonjolkan persoalan ini kerana kesan daripada yang ter,irat adalah pembangunan yang negatif tetapi secara lumrahnya diterima oleh kebiasaan sebagai yang bersifat positif.
Novel ini juga mengemukakan sebuah cerita yang melibatkan tiga generasi manusia dan cukup bertalian dengan persoalan hidup orang-orang Melayu semasa khasnya dalam hubungan dengan dunia perniagaan dan perdagangan dengan constraint lainnya seperti sikap, masalah dakwah dan penerimaan masyarakat terhadap projek-projek kerajaan, khususnya projek FELDA. Ketiga-tiga generasi yang dimaksudkan itu ialah pertama, generasi orang tua Encik Muhammad, orang kaya Indera Datuk Idris dan Datuk Tan. Generasi kedua pula terdiri daripada Mahmud, Encik Muhammad, Datuk Tan, Tan Sri Syed Aris, Yang Berhormat Muhd. Yusuff, Imam Saad, Pak Salim dan Tuk Empat Dahlan. M anakala generasi ketiga terdiri daripada orang¬orang muda lingkungan umur 20-30 tahun seperti Rahim, Robert, Jahid, Syarifah Mahani, Sudin, Sani, Lebai Maarup, Jamaluddin, Mat Akil, Kasim, Kemat Jerangkung dan Muhammad Alif.
Dari segi perwatakan, pengarang berjaya mengetengahkan peribadi-peribadi yang berencam untuk mem-perolehi tujuannya; selaras dengan perkembangan cerita yang kompleks yang melibatkan ramai watak, tetapi berfungsi dan hidup. Segala gerak tindak dan perlakuan para watak, terutama watak-watak utama, terkawal rapi dan jelas terarah kepada objektif dan kemuncak cerita dengan penonjolan aspek-asepk fikiran dan perasaan. Pandangan hidup pengarang jelas terukir dalam novel ini bila kita mengikuti takah-takah dalam perjalanan cerita. Pembangunan ma¬nusia menjurus ke arah kemusnahan kerana keabaian perimbangan nilai¬nilai rohaniah dengan nilai-nilai jasmaniah.
Suatu hal yang amat ketara dalam perkembangan novel Melayu pada tahap separuh pertama dekad 80-an ini ialah munculnya bakat-bakat baru yang menjanjikan harapan baik dan optimis dalam meninggikan mutu novel-novel Melayu. Antara mereka yang menampakkan bakat yang baik dan mempunyai potensi yang cemerlang pada masa akan datang ialah Azizi Hj. Abdullah, Ghazali M.A, Hambali Abdul Latiff, Baharuddin C.D, Zainuddin Saad, Sabda S, Abdul Rahman Harun dan Talib Y. K. Azizi telah menulis novel Seorang Tua di Kaki Gunung (1982), Ghazali M.A menghasilkan Meniti Cahaya (1980), Hambali dengan novel sulungnya Damai Tapi Gersang, Zainuddin Saad menghasilkan novel Hanyut (1979) diikuti dengan novel Pohon Jejawi Tuk Merah (1981), Sabda S muncul dengan novel Arbain (1985), Abdul Rahman Ha¬run menerbitkan novel sulungnya diberi judul Seorang Guru Tua (1985) dan Talib Y. K. sebelumnya lebih terkenal sebagai cerpenis muncul dengan karya sulungnya diberi tajuk Mega-mega di Langit (1985). Nampaknya membaca karya-karya penulis/novelis yang muncul seperti di atas itu memperlihatkan semacam kesinambungan dari dekad sebelumnya baik dari aspek persoalan mahu¬pun struktur. Pengekalan ciri-ciri tradisi konvensional dan stereotaip novel-novel Melayu masih terdapat dalam novel-novel yang disenaraikan di atas itu. Akan tetapi terlihat juga keindahan estetika di dalam pembinaan isi dan strukturnya. Se¬kiranya dibandingkan dengan novel-novel terdahulu beberapa buah novel pengarang baru ada yang lebih ke¬mas dan teratur seperti novel-novel - Seorang Tua di Kaki Gunung, Damai Tapi Gersang, Meniti Cahaya, Pohon Jejawi Tuk Merah, Mega-mega di Langit dan Seorang Guru Tua. Novel-novel tetsebut di atas lebih menumpukan kepada satu-satu persoalan tertentu, lebih terarah dan mudah dimengertikan apa yang hendak ditonjolkan. Kemudahan itu pula bukanlah bererti pembaca dengan cepat mengetahui segala kesimpulan di dalam peleraian plotnya, kerana rangkaian peristiwanya diteruskan secara terarah tanpa selingan-selingan yang tidak relevan.
Persoalan yang dikemukakan dalam novel-novel Seorang Tua di Kaki Gunung dan Pohon Jejawi Tuk Merah hampir sama, iaitu kedua-duanya mengemukakan orang tua sebagai watak utama. Tukya dan Tuk Na¬ipiah merupakan dua orang tua yang gigih dan mempertahankan keperibadian dan tradisi sehingga berakhir dengan kematian. Tukya dalam Seorang Tua di Kaki Gunung adalah seorang watak tipa dari sebuah desa di pedalaman - di kaki Gunung Bongsu. Cabaran cucunya yang mempersenda-sendakan rumahnya yang buruk dan bergoncang, menyebabkan Tukya dengan tenaga tuanya penuh azam menebang pokok cengal batu; walaupun dia berjaya, tetapi dia menemui maut kerana ditindih oleh batang cengal. Demikian juga Tuk Napiah dalam novel Pohon Jejawi Tuk Merah telah mempertahakan warisan Kampung Jejawi, iaitu tidak mengizinkan pohon jejawi yang besar di tebing sungai ditebang kerana hendak mendirikan sebuah jambatan di situ. Tuk Napiah sanggup membunuh siapa sahaja yan berani menebang pokok jejawi itu. Tetapi akhir-akhirnya Tuk Napiah mengakui kebenaran kata-kata Yob apabila Kamal dan Alwi mati lemas sewaktu mereka menyeberangi sungai dengan menggunakan sampan. Alasan Yob jika ada jambatan mungkin Kamal dan Alwi tidak mengalami tragedi itu. Lantas Tuk Napiah dengan semangat gigih berbekalkan tenaga tuanya menebang pokok jejawi itu bererti tumbangnya usia Tuk Napiah. Persoalan novel ini lebih simbolik daripada novel Azizi Hj Abdullah. Walaupun kedua-dua novel ini mendukung tema dan persoalan yang agak mudah, tetapi berjaya disusun dalam satu pembinaan plot dan perwatakan yang meyakinkan. Ini diperteguhkan dengan penggunaan bahasa yang lincah, segar ditambah pula adanya usaha pengarang mengeksploit penggunaan bahasa perbandingan dan bahasa daerah yang bukan sahaja segar tetapi dari segi ideolex watak-watak utama yang menggerakkan kedua-dua novel tersebut.
Novelis muda lain yang mula meningkat pada dekad 80-an ialah Baharudin C.D. Meskipun dia telah mencipta novel pada akhir-akhir tahun 70-an, tetapi karyanya yang terkuat setakat ini ialah novel Sesudah Fajar Sebelum Senja (1982). Novel ini memaparkan kisah anak muda bernama Johari, graduan sains politik yang menolak peluang bekerja di berapa buah agensi kerajaan yang menjanjikan status yang tinggi, gaji yang lumayan dan hidup mewah. Johari memilih bekerja sebagai wartawan di Harian Malaysia. Tetapi setelah bekerja selama dua tahun dia meletak jawatan kerana bekerja sebagai wartawan juga dirasanya tidak mendapat kebebasan Dia lalu membuka sekolah swasta di tempat kelahirannya di Daerah Kecil dengan empat orang sahabat iaitu Ridhuan (sepupunya), Alex, Fahmi dan Sabariha. Semasa tinggal di Daerah Kecil itu Johari terlibat dalam kegiatan politik. Dia muncul sebagai pembela golongan yang tertindas, tetapi akhirnya dia ditangkap oleh pemerintah. Akhbar-akhbar menngelarkan Johari sebagai mass champion. Akhirnya selepas kematian sepupunya Ridhuan, Johari meninggalkan Daerah Kecil untuk bekerja di Kuala Lumpur dan telah diterima dengan gembira oleh Idham dan rakan-rakannya untuk bekerja semula di Harian Malaysia.
Novel Sesudah Fajar Sebelum Senja berjaya mengemukakan se¬orang watak wira yang kecundang (defeated hero). Dia (Johari) mempunyai nilai sebagai seorang wira yang menentang arus establishment. Johari adalah hero yang antagonistik, yakni penentang segala status quo yang tidak jujur, korup dan tidak amanah kepada tugas dan tanggungjawab. Saya kira wira yang menjadi watak utama novel ini mencerminkan perubahan definisi wira (hero) yang konvensional yang diubah oleh media, cara hidup (lifestyles), keutamaan (priorities) dan ideologi. Golongan itu ditentangnya dengan tenaga individualiti dan kemerdekaan/kebebasan. Meskipun dia sering menerima tekanan-tekanan sosial, wira ini tetap tegak sebagai non-conformist. Dia adalah wira yang tidak memiliki kuasa sosial (social power), berdiri sendiri, me-lawan tekanan-tekanan terhadap kemerdekaan dan kebebasannya dengan spiritual. Akhirnya wira men-derita, hancur dan kematian pun menjemputnya. Hingga ke akhir hayat jiwanya tetap kukuh dan menerima nasibnya yang malang dengan penuh rela.
Pengolahan cerita novel ini agak menarik, tetapi pengarang kurang berjaya menggambarkan perwatakan kerana terlalu dibawa-bawa oleh perasaan ideal dan romantisnya. Pengarang masih belum berupaya mengungkapkan fikiran dan perasaan manusia dalam bentuk seni yang baik. Meskipun terasa amat hebat dan pada banyak ketika begitu dra¬matik sekali, tetapi sebagai sebuah karya seni, novel ini kurang berhasil terutamanya dari segi pembinaan strukturnya.
Dua buah novel yang agak baik ditulis oleh dua orang novelis Malaysia yang masih muda ialah Damai Tapi Gersang oleh Hambali Abdul Latif dan Meniti Cahaya karya Ghazali M.A. Novel Damai Tapi Gersang ditulis oleh Hambali semasa sedang menuntut di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Novel ini mengisahkan bagaimana sekumpulan suku kaum Senoi di Pahang bertungkus-lumus berusaha menghalang pembalak-pembalak dari terus memusnahkan hutan rimba yang segar. Diketuai oleh Jati seorang pemuda Senoi yang terpelajar dan disokong oleh Mansur siswazah yang menjadi pencinta alam, cuba menentang usaha-usaha pembalak yang kian dekat dengan tempat kediaman mereka, iaitu Bukit Perkasa dan Gunung Teguh. Kaum Senoi menghadapi pembangunan dalam keadaan dilema - menerima pembangun¬an tetapi dengan pengorbanan. Akhirnya mereka berjaya mengekalkan keaslian hutan rimba itu apabila kerajaan mengambil keputusan un¬tuk menjadikan kawasan itu sebagai Taman Negara.
Dilihat daripada jalinan ceritanya jelas novel ini mengemukakan satu tema yang jarang disentuh oleh pe-nulis-penulis Malaysia, kecuali di dalam bentuk cerpen. Cara pengarang mengemukakan masalah clan bagaimana konflik yang dihadapi oleh Bayuk dan anak-anaknya Jalak, Ngah, Jati dan Semah cukup meyakinkan. Sebetulnya novel Damai Tapi Gersang lebih menonjolkan persoalan kemanusiaan clan konflik antara kejahatan dengan mempertahankan keharmonian clan tanggungjawab. Konflik kejahatan ditimbulkan oleh ancaman penjahat komunis sehingga kaum Senoi terpaksa menubuhkan Senoi Praaknya. Persoalan kemanusiaan ditimbulkan dalam Persatuan Pencipta Alam, ini merupakan ben¬teng kaum Senoi untuk menyelamatkan kaumnya dari ancaman pemodenan.
Novelis yang seangkatan clan senegeri dengan Hambali, Ghazali M.A pula lewat novel sulungnya Meniti Cahaya cuba menonjolkan persoalan keagamaan, iaitu masalah pertukaran/kepercayaan beragama. Watak utama novel ini Soo Cin Ann diperkenalkan melalui konflik dalaman adik perempuannya Soo Siu Wai yang memeluk agama Islam dengan menukarkan namanya kepada Suriani. la amat kasih kepada abangnya dan selalu mendoakan agar abangnya juga akan menganut agama Islam. Soo Cin Ann memukul adiknya dua kali, tetapi menyesal dan berasa amat kejam dengan tindakan itu. Soo Cin Ann mengalami konflik dalam diri clan konflik-kon¬flik tersebut dikemukakan agak sederhana. Sebagai seorang guru dia curiga menghadapi guru-guru lain kerana perbuatannya membelasah adiknya. Kemudian dia berdepan de-ngan Guru Besar yang bercakap tentang Tuhan dalam Islam. Dia hairan bagaimana adiknya sampai meninggalkan kepercayaan lama. Konf¬lik tersebut dipertajamkan dengan mimpi yang dialaminya. Mula-mula dia bermimpi lemas di laut; ternyata tidak ada tuhan laut yang menolongnya. Kemudian dia bermimpi naik bukit dan bertemu dengan harimau; ternyata tidak ada tuhan bumi yang menyelamatkannya. Mimpi-mimpi Soo Cin Ann ini merupakan pengala¬man bawah sedar, dan kemudian membawa kepada perubahan sikap-nya sehingga akhirnya dia memeluk agama Islam.
Novelis Melayu termuda muncul pada dekad 80-an ialah Talib Y. K seorang kerani dari Kelantan. Novel-nya yang diberi judul Mega-mega di Langit (1985) menyingkapkan se¬lengkar kehidupan kaum belia, mere-ka ini terlalu banyak dihimpit oleh persoalan hidup yang routine. Keroutinan dan stereotaipnya hidup anak-anak muda inilah yang menjadi persoalan pokok atau tema novel ini. Pengarang menggambarkan kehidupan muda mudi dalam alam remaja sebagai penuh dengan pancaroba; mereka seolah-olah tidak mempunyai matlamat hidup yang terarah. Mereka bertindak cara mereka sendiri: hidup berpoya-poya tiada tujuan yang hakiki. Tetapi ada yang mulanya berpoya-poya dan kemu¬dian insaf dan berjaya dalam pelajarannya.
Pada separuh pertama dekad 80¬an ini terdapat juga beberapa orang novelis yang sudah terkenal dalam bidang cerpen terus mencipta novel. Antara yang terpenting ialah S. Othman Kelantan dengan novel Pe-wira (1982), R. A. Niza dengan novel Kaul (1980), Noorjaya dengan novel Awang Toksan (1982), Shaari A.B menulis novel Ruyup (1982), dan Osman Dol muncul dengan novel yang diberi judul Lari dari Neraka (1985). Melalui novel Perwira S. Othman mengemukakan perjuangan anak-anak muda Melayu yang dipimpin oleh Tuk Janggut menentang penjajahan Inggeris di Kelantan. Kebangkitan Tuk Janggut dengan pengikut-pengikutnya menentang campur tangan Inggeris yang menekan beban cukai ke atas rakyat, telah melahirkan ramai perwira Melayu yang memperlihatkan keberanian. kegigihan dan kecintaan yang tidak berbelah bagi kepada bangsa dan tanahair, khususnya negeri Kelantan. Watak utama novel ini, Awang Teleng orang kanan Tuk Janggut telah bersumpah dan menerima amanat dari Tuk Janggut berikrar akar. meneruskan perjuangannya sampa: ke titisan darah terakhir. Awang Teleng berjuang dengan menghadapi askar Sikh bersama teman-temannva seperti Mat Saman, Ali Kebal dan beberapa orang lain. Akhirnya Awang Teleng kecundang dan gugur dimamah oleh muntahan peluru senapang askar-askar Sikh, iaitu askar upahan Inggeris. Novel ini mengambil premis dan latar sejarah benar yang meletus di Pasir Puteh Kelan¬tan. S. Othman dengan menggunakan bahasa yang lincah, segar dan penuh dengan metafora dan bahasa perbandingan mengolah novel Perwira ini dengan cara babakan yang penuh aksi. Begitupun teknik ini diselit juga dengan penggunaan interior monologue. Sementara itu novel S. Othman yang terbaru berjudul Gerimis Senja kini sedang dalam pro¬ses percetakan dan dijangka terbitkan pada akhir tahun 1985 ini.
Novel Kaul karya R.A Niza ialah novel yang memenangi hadiah penghargaan Peraduan Novel anjuran GAPENA-Yayasan Sabah pada tahun 1979. la mengutarakan masalah utama golongan miskin yang tertindas akibat wujudnya pembangunan yang semata-mata memikirkan kepentingan beberapa pihak dan berapa kerat manusia sahaja termasuklah para pemimpin rakyat yang korup dan tidak melakukan keadilan. Engku Hasnol, wakil rakyat yang menggunakan pekerja Melayu seperti Badar, Bidin dan Shahrom untuk mendapatkan hasil bijih di lombong-lombong terdedah dan di tanah orang-orang Melayu. Dengan kebijaksanaan Engku Hasnol dan rakan kongsinya, Tauke Lim, tanah kepunyaan orang Melayu banyak jatuh ke tangan mereka. Soal rasuah, kedudukan pemimpin yang korup, anasir subversif dan sikap berdikari amat banyak disentuh oleh pengarangnya dalam novel ini.
Novel sulung Noorjaya (bekas anggota polis) Awang Toksan pula mengisahkan kehidupan seorang tokoh desa berdepan dengan berbagai-bagai keganasan. Noorjaya terlihat dalam novel ini lebih menumpu kepada banyak aspek penting seperti sejarah, sosial, semangat kebangsaan dan juga unsur psikologi. Perbauran antara aspek-aspek tersebut dalam satu pengolahan yang baik dan harmonis, dengan menyerapkan teknik dan unsur-unsur dalaman, menjadikan novel ini mempunyai nilai sastera yang baik setanding dengan novel-novel yang serius yang terbit pada awal tahun 80-an seperti Seorang Tua di Kaki Gunung, Tebaran Malam, Ruyup, Perwira, Sesudah Fajar SebeIum Senja dan lain-lain yang telah analisis terdahulu daripada ini.
Perkembangan dan penerbitan novel-novel Melayu pada tahun-tahun 84 dan 85 nampaknya merupakan penerbitan novel-novel hasil daripada peraduan yang dianjurkan oleh badan-badan tertentu. Antara badan-badan yang menganjurkan peraduan mengarang novel ialah GAPENA-Yayasan Sabah, Yayasan Terengganu, Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri dan Peraduan Novel Sempena Sambutan Perayaan Hari Guru. Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka telah diberi penghormatan oleh penganjur untuk menerbit¬kan novel-novel pemenang hadiah utama, sementara penerbit swasta menerbitkan novel-novel pemenang hadiah penghargaan. Suatu aliran yang agak menarik akhir-akhir ini ialah adanya kecenderungan para pe¬nerbit berlumba-lumba menerbitkan novel-novel yang bertemakan Islam. Ini terjadi oleh kerana ada peraduan novel berunsur Islam yang dianjurkan oleh pihak-pihak yang telah disebut di atas. Keghairahan novelis Melayu mencipta novel-novel berunsur Islam dikatakan sebahagiannya aki¬bat daripada cetusan oleh konsep `Sastera Islam' yang dicanang oleh Shahnon Ahmad. Hingga kini novel-novel jenis inilah yang banyak diterbit dan dipasarkan. Antara yang terpenting seperti Tebaran Malam (1982) karya S.M. Noor, Meniti Cahaya ciptaan Ghazali M.A, Ronjang (1984) karya sulung Mana Si-kana, Muhammad Akhir (1985) buah tangan Anas K. Hadimaja, Ku Ingin Kasih Mu (1982) dan Perempuan di Lereng Bukit (1984), kedua-duanya karya Siti Hawa Mohd. Hassan, Masuk ke Dalam Cahaya (1983) oleh Abdullah Hussain, Mengejar Kedamaian (1983) oleh Abdul Manap Abdul Malik, Hidayah (1984) karya Harun Hj. Saleh, Remang(1984) karya A. Shukur Harun, Lari dari Neraka (1985) oleh Osman Dol, Arbain (1985) karya sulung Abdul Rahman Harun. Melainkan novel Meniti Cahaya, Ronjang, Muhammad Akhir dan Remang, yang lain-lain semuanya adalah hasil daripada berbagai.bagai peraduan mengarang novel berunsur Islam.
Kebanyakan novel tersebut membawa tema yang berhubungan de¬ngan kehidupan masyarakat Islam di Malaysia, dan ini sebetulnya merupakan syarat utama yang dikenakan oleh para penganjur peraduan. Dari sekian banyak jumlah novel tersebut jelas novel-novel Meniti Cahaya, Ronjang, Remang dan Muhammad Akhir (yang tidak menyertai peraduan) jauh lebih baik, terutamanya jika diteliti dari aspek keseimbangan antara isi dengan binaan struktur. Novel-novel yang lain terlihat ada semacam pengabaian dari aspek pe¬ngolahan struktur. Ini terjadi oleh sebab pengarang lebih mementingkan aspekisi atau mesej daripada mengawal keseimbangan, sedangkan ini adalah penting diberi perhatian kerana sebagai karya seni, novel mes¬ti mempunyai keseimbangan dan keharmonian di antara kedua-dua aspek tersebut. Kecuali novel Ronjang karya Mana Sikana, novel-novel lain hampir kesemuanya tidak, mempu¬nyai kelainan dari segi pengolahan strukturnya. Dalam Ronjang terdapat sedikit percubaan pengarang menggunakan teknik blurring clan absurd, sementara dalam Muhammad Akhir terdapat seorang pendakwah muda boleh menghilangkan atau mengghaib diri buat beberapa ketika. Persoalan yang menarik ialah dalam novel Seorang Guru Tua yang memaparkan kisah kegelisahan seorang guru pondok yang sudah tua (Haji Noh) berhubung dengan masa depan pengajian agama Islam melalui sistem pondok yang dikendalikannya. Dalam hubungan ini, ada dua pihak yang mungkin boleh meneruskan sistem pondok iaitu anaknya atau muridnya. Dalam novel ini pengarang memfokuskan kepada persoalan institusi pengajian tradi¬sional di tengah-tengah perkem¬bangan pendidikan moden yang diberi nilai ekonomi yang lebih.
Kecenderungan penciptaan novel yang bertemakan atau berunsurkan Islam, kian meluas akhir-akhir ini clan beberapa orang novelis veteran seperti Shahnon Ahmad, Nora, A. ShukurHarun, S. Othman Kelantan, Anas K. Hadimaja dan Abdullah Hussain mula memberi tumpuan serta menggemari tema seumpama itu. Begitu juga halnya terjadi kepada beberapa orang novelis muda/baru seperti Norhisham Mustapha, Sabda S, Abdul Rahman Harun, Mana Sikana, Azizi Hj. Abdullah, Harun Hj. Salleh dan Siti Hawa Mohd. Hassan. Kecenderungan pertumbuhan se¬perti ini mungkin memberi kebaikan kepada satu pihak, tetapi jika dilihat dari perkembangan sastera Melayu per se ia mungkin saja merugikan.
(Dewan Sastera, Ogos 1985)

novel dulu dan sekarang sangat berbeza......yang masa saya tingkata pun penulisan dia lain, la ni lagi lain banyak....=D
ReplyDelete