DALAM perkembangan cerpen Melayu selepas perang, Sasterawan Negara Keris Mas adalah orang yang terpenting dan berpengaruh kepada golongan penulis muda. Beliau membentuk namanya sebagai penulis melalui bakat, fikiranyang kritis, penguasaan bahasa yang baik dan kematangan pengalamannya. Keris Mas merupakan contoh seorang penulis yang lebih mementingkan mutu daripada jumlah karya. Melalui karya-karya seni cerpennya jelas memperlihatkan kegigihan beliau sebagai seorang nasionalis yang berwawasan, pejuang keadilan sosial, pengawal dan pengukir bahasa dan sastera bermutu serta pemikir kesusasteraan yang tajam.
Latar Belakang
Kamaludin
Muhammad (Keris Mas) telah dilahirkan pada 10 Jun 1922, di Kampung Ketari,
Bentong Pahang. Keris Mas mendapat pendidikan
awal di sekolah Melayu hingga darjah 5. Hasil dari keputusan peperiksaan yang
baik, beliau layak untuk melanjutkan pelajaran ke Maktab Melayu Kuala Kangsar,
tetapi oleh kerana amalan pemilihan pihak yang berkuasa beliau tidak mendapat
peluang itu. Keris Mas lalu dihantar oleh keluarga ke Sumatera
mengikuti pelajaran di Tawalib School, sebuah sekolah menengah dengan pengantar
bahasa Indonesia dan bahasaArab. Setelah itu, Keris melanjutkan pelajarannya di
Kolej Kulliahtul Muallimin Al- Islamiah (Matab Perguruan Islam) untuk mengambil
diploma perguruan bagi melayakkan dirinya menjadi guru agama. Di kolej ini
bahasa pengantarnya bahasa Indonesia dan Arab, di samping bahasa Belanda yang dijadikan sebagai salah satu mata
pelajaran wajib dan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran tambahan. Tetapi
Keris telah lulus llmu Umum dan bukannya jurusan agama sehagaimana yang
diharapkan oleh keluarganya.
Pada tahun 1940, Keris Mas kembali ke Tanah Melayu dan kemudian
ke Singapura, mendaftarkan diri dengan Pitman College untuk mengambil
peperiksaan matrikulasi Universiti London. Pelajarannya terhalang kerana
meletusnya Perang Dunia Kedua. Selepas pihak Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia
Kedua, Keris Mas menggabungkan diri dalam Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
cawangan Pahang clan bertugas sebagai pegawai penerangan pati tersebut. Pada
penghujung tahun 1447 ketika PKMM mengadakan kongres tergemparnya di Singapura,
Kcris Mas turut hadir.
Tidak lama kemudian Keris Mas mengundurkan diri dari PKMM,
lantas bertugas sebagai pcngarang di Utusan Melayu Singapura. Satu sumbangan
besar yang telah diusahakannya ialah memesatkan lagi pengeluaran majalah Mastika yang pada ketika itu
hampir tidak mendapat sambutan.
Pada tahun 1953, Keris Mas berpindah kerja ke Melayu Raya. Akan tetapi
perkhidmatannya dengan Melayu Raya tidak lama kerana pada bulan September 1453, Keris Mas
berangkat ke Pulau Pinang dan bekerja dengan Warta Negara hingga tahun 1455. Pada akhir tahun 1455
Keris Mas kembali bertugas di Syarikat Utusan Melayu sebagai anggota sidang
pengarang. Bila Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan pada tahun 1456, Ungku Aziz
selaku Pengarahnya telah mempelawa beliau untuk berkhidmat di Dewan Bahasa dan
Pustaka yang pada ketika itu berpejabat di Johor Bahru.
Keris Mas menerima tawaran itu dan pada mulanva beliau berkhidmat
sebagai pengarang umum dari 1 Disember 1456 hingga 31 Oktober 1462 apabila
kemudiannya beliau dilantik menjadi ketua pengarang. Selepas itu beliau
diangkat menjadi ketua bahagian pcngarang dari 1 Julai 1960 hingga 30 Jun 1971
dan akhirnya sebagai Ketua Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera mulai
dari 1 Julai 1971 sehingga beliau bcrsara pada 10 Jun 1977.
Selaku ketua bahagian, Kcris Mas turut menanggungjawab
tugas sebagai ketua pengarang majalah-majalah Dewan Bahasa dan Dewan Sastera. Sungguhpun Keris Mas
dikenali sebagai anggota aktif ASAS 50, beliau sebenarnya telah menulis karya
kreatif lama sebelum ASAS 50 ditubuhkan.
Sumbangan
Novel beliau yang pertama. Pahlawan
Rimba Malaya
diterbitkan dalam tahun 1946. Menurut keterangannya, Pahlawan Rimba Malaya diterbitkan lebih
pendek daripada manuskrip asalnya oleh kerana pihak penerbit mengalami
kekurangan kertas, maka novel tersebut telah disingkatkan isinya. Setahun kemudian,
semasa memegang tugas pegawai penerangan PKMM, beliau menulis sebuah cerpen perjuangan "Darah
dan Air
Mata",
tersiar dalam majalah Kenchana keluaran 15 Oktober 1947. Nampaknya sejak peringkat awal
kegiatannya mengarang, Keris Mas telah memperlihatkan bakatnya yang kuat. Oleh
yang demikian tidaklah hairan jika dalam tahun 1950-an dan awal tahun 1960-an
beliau menghasilkan banyak karya bermutu terutama dalam bidang cerpen.
Keris Mas adalah di antara tokoh penting malah pernah
memimpin Angkatan Sasterawan 50 atau ASAS 50 yang mendukung kuat fahaman
"Seni untuk Masyarakat" dan turut memberi isi dan arah seperto
terlihat dalam Memoranda ASAS 50 yang membentangkan cita-cita dan perjuangan pertubuhan
itu.
Semasa di Dewan Bahasa dan Pustaka, cita-cita Keris Mas
untuk mcmberikan perhatian kepada perkembangan sastera Melayu telah terhasil
dengan tertubuhnya Bahagian Perkembangan Sastera pada tahun 1971 yang kemudian
menjadi Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera mulai tahun 1976.
Sehingga sekarang Keris Mas telah menghasilkan kira-kira 60 buah
cerpen yang mengemukakan berbagai-bagai persoalan seperti peristiwa cinta,
kepincangan masyarakat, perjuangan kebangsaan, kisah darurat dan
persoalan-persoalan sosial-politik sesudah merdeka. Semua pcrsoalan tersebut
merupakan pemerhatian dan pantulan kembali pengalaman-pengalaman Keris Mas
sejak tahun 1940-an hinggalah sesudah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dalam
tahun1957.
Beberapa buah ccrpen Keris Mas telah diterjemahkan ke
dalam bahasa-bahasa lain seperti Cina, Korea, Inggeris dan Rusia. Sehingga kini 11 buah cerpennya telah
diterjemahkan ke dalam bahasa Cina melalui penerbitan Mingguan Petir,
Nanyang Evening, Nanyang Evening Post, Nanyang Siang Pau, Pemuda Pemudi
Universiti dan Nanyang Siang Wen Che. Tiga buah cerpennya telah juga diterjemahkan kr dalam
bahasa Inggeris seperti "They Do Not Understand" (Mereka Tidak
Mengerti) dalam Tenggara (1968) dan "The Approach of Independence"
(Menjelang Merdeka) dalam Tenggara (1967). Walaupun dalam karya-karya Keris Mas terdapat
pendedahannya terhadap kejadian dan kebenaran yang terdapat dalam masyarakat tetapi
beliau tidaklah pula mengakui bahawa karya sastera semata-mata dapat memajukan
masyarakat. Berhubung dengan perkara ini beliau pernah berkata: Kalau kita
berpendapat bahawa dengan cerita pendek sahaja kita boleh memajukan masyarakat,
boleh mengubah susunan hidup kepada yang lebih sempurna dan baik tentulah
pendapat itu kurang lojik. Cerita pendck tidak dapat mengajar orang tentang ilmu
bercucuk tanam, tidak dapat mengajar orang tentang ilmu ekonomi dan sebagainya.
Tetapi kita harus faham bahawa cerita pendek yang ditulis dengan pengolahan
yang baik dapat menyedarkan orang, dapat
menimbulkan cara berfikir yang maju.
Memang cerpen Keris Mas mampu menghidupkan imaginasi dan
ini menjadi anak kunci kejayaannya. Selain daripada itu ialah kerana
kepintarannya mengawal teknik dan menarik fikiran pembaca terhadap masalah
sosial melalui bahasa yang mudah dan jelas. Berhubung dengan hal yang terakhir
ini, beliau pernah berpendapat bahawa bayangan pertama dari bakat seseorang
penulis mudah terlihat dalam tekniknya. Tetapi kesempurnaan dan kematangan
bakat itu bergantung pada kesanggupannya mengisikan hasil fikiran dan
pengalamannya ke dalam kata-kata, ayat-ayat dan keseluruhan pengolahan
karangannya.
Sungguhpun Keris Mas lebih terkenal sebagai penulis
cerpen, beliau juga tidak ketinggalan memperlihatkan bakatnya dalam penulisan
novel. Novel-novelnya seperti Pahlawan
Rimba Malaya, Korban Kesuciannya dan Anak Titiwangsa merupakan tiga buah novel yang sederhana. Pahlawan Rimba Malaya
ditulisnya
selepas pendudukan Jepun sementara Korban Kesuciannya (1949) ditulisnya semasa
bekerja di Utusan Melayu. Anak Titiwangsa pula, yang terbit dalam tahun 1967 diusahakannya sewaktu
dalam kesibukannya berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka.
Keris Mas mempunyai pengalaman pembacaan yang luas dan
dapat melontarkan kembali idea-idea daripada pembacaannya menerusi perbualan
mahupun tulisan. Selain daripada itu beliau di kenali sebagai seorang yang
tegas, petah berhujah dan ramah. Boleh dikatakan sejak tahun 1947 hingga kini, hidup
Keris Mas tidak renggang daripada kegiatan sastera. Malah seluruh hidupnya
merupakan penglibatan dalam pembangunan dan pengembangan sastera Melayu -
sebagai wartawan, editor, pentadbir sastera, penulis sastera kreatif dan
pengkritik.
Bila Keris Mas bersara, beliau terus diberikan
penghormatan untuk menjadi Penulis Tamu Dewan Bahasa dan Pustaka selama setahun
dari 1 Julai 1977 hingga 30 September 1978. Selama jangka waktu ini beliau
telah selesai menyiapkan sebuah memoir mengenai penglibatannya dalam
perkembangan sastera dari tahun 1945 hingga tahun 1977. Sejak awal 1979, Keris
Mas menjadi Karyawan Seni di Universiti Malaya dan membantu dalam kursus penulisan kreatif. Pada
awal tahun 1980-an Keris Mas berjaya menghasilkan sebuah novel bercorak
sosiopolitik yang diberi judul Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. Beliau dilantik
sebagai Penulis Tamu Dewan Bahasa dan Pustaka sekali lagi mulai tahun 1985 dan
berjaya menghasilkan sebuah yang berjudul Rimba Harapan.
Anugerah Pejuang Sastera berupa wang tunai RM10,000 dan surat penghargaan telah dianugerahi oleh
Perdana Menteri kepada beliau pada 29 Mei 1976 .Kerana kebolehan dan rasa
tanggungjawabnya, Keris Mas telah dilantik oleh Perdana Menteri menjadi
Setiausaha Panel Hadiah Karya Sastera (1971 - 1976), dan pada tahun 1979 pula
dipilih sebagai salah seorang daripada anggota Panel Anugerah Sastera Negara.
Panel Anugerah Sastera telah bersetuju memilih Keris Mas sebagai penerima
Anugerah Sastera Negara yang pertama pada tahun 1981. Penyampaian Anugerah ini
telah berlangsung di Bangunan Parlimen pada 26 April 1981 oleh Duli Yang Maha
Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Demikianlah Keris Mas yang pada mulanya diharapkan oleh
keluarganya untuk menjadi guru agama, akhirnya menjadi seorang sasterawan.
Sebagai penulis kreatif, pentadbir dan pengurus sastera, Keris Mas telah
memberikan sumbangan yang penting dan bererti dalam perkembangan sastera Melayu
baru
Karya-Karya
:
Novel
- Pahlawan Rimba Malaysia, 1946
- Korban Kesuciannya, 1949
- Anak Titiwangsa, 1967,
- Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, 1982
- Rimba Harapan, 1986
Cerpen
- Patah Tumbuh, 1962
Esei/
Kritikan
- Esei Pilihan Keris Mas (disusun oleh A Bakar Hamid), 1981
- Memoranda, 1961
Memoir
- Memoir Keris Mas : 30 Tahun Sekitar Sastera, 1979Wawancara Sastera, 1984
- Wawancara Sastera 1984
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.