Kesusasteraan Melayu SPM 2012 (Negeri Sembilan)
[40 markah]
Jawab semua soalan.
Puisi A
Kapal belayar menimbang arus,
Patah kemudi menyusur pantai;
Sudah jumpa songket yang bagus,
Kalah membeli menang memakai.
(Dipetik daripada Seuntai Kasih Secebis Harapan)
1.
(a) Apakah jenis puisi di atas [1 markah]
(b) Nyatakan tiga ciri puisi di atas. [3 markah]
2. Serbuk dituang di dalam peti,
Terbang burung ke tengah laut;
Jikalau lambat tuan ngubati,
Dendam berkurung hampirkan maut.
(Dipetik
daripada Hikayat Cendawan Putih)
Jelaskan maksud pantun di atas. [4 markah]
3. Hatta, maka
Indera Wiruna pun segeralah ia memanahkan anak panahnya ke udara,
berdengung-dengung bunyinya. Akan hujung panah itu bernyala-nyala seperti api.
Seketika, maka datanglah anak panah itu hendak mengenai Putera Jayapati, betul
dengan dadanya. Serta dekat, maka diludahnya oleh Putera Jayapati, maka anak
panah itu pun hancur menjadi air. Maka Raja Indera Wiruna pun hairan melihat
senjatanya yang sakti itu tiada mahu membunuh.
(Dipetik daripada Hikayat Putera Jayapati)
Berikan
dua unsur
kesaktian yang terdapat dalam petikan.
[4 markah]
4.
Sesekali pesakitku
aku ingin jadi pesakitmu
yang lelah di laut harap
memintal buih-buih kehidupan
dalam gelombang semangat.
(Dipetik daripada sajak Sesekali
Pesakitku oleh Aminah Mokhtar)
Nyatakan
dua contoh gaya
bahasa metafora dalam petikan sajak. [4 markah]
5. HANG TUAH: Ya, bagi kami itu lebih
mulia lagi daripada menjadi orang
yang ingkar kepada undang-undang dan perintah raja.
yang ingkar kepada undang-undang dan perintah raja.
NAKHODA ANTAH BERANTAH: Tapi, apabila kau sudah mati, perintah apa
yang aku mahu ikut lagi?
yang aku mahu ikut lagi?
(Dipetik daripada drama Lima Perwira oleh Kala Dewata)
Nyatakan dua persoalan dalam petikan. [4 markah]
6. HAJI PAHLAWAN: ..... nasib bangsa kita hanya dapat
dikekalkan dengan kesatuan hati dan kesatuan kebangsaan. Kita hendak meninggi dan memelihara maruah serta kesopanan
bangsa kita ... kita mahu
tanah air dan bangsa kita selamat ... selamat jika kita kuat dan
kekuatan itu jika kita bersatu! (Menangis) Mana Dato Onn? Aku
nak Dato’ Onn! Aku nak Tunku Abdul Rahman!
tanah air dan bangsa kita selamat ... selamat jika kita kuat dan
kekuatan itu jika kita bersatu! (Menangis) Mana Dato Onn? Aku
nak Dato’ Onn! Aku nak Tunku Abdul Rahman!
(Dipetik daripada drama Muzikal Kampung Baru oleh Hatta Azad
Khan)…
Nyatakan empat
harapan Haji
Pahlawan dalam petikan. [4
markah]
7. Tugas utama kami tentulah
membahagi-bahagikan koleksi pakaian yang diderma oleh masyarakat prihatin di
Malaysia kepada penduduk di situ. Penduduk yang rata-rata terdiri daripada balu
bersama sebahagian daripada 50 000 anak yatim akibat perang yang mengorbankan
lebih 10 000 pejuang Barisan Pembebasan Kerajaan Moro.
(Dipetik daripada cerpen Di Bawah Langit
Takut- Takut oleh Amalia Fauza Bohari)…
Nyatakan empat gambaran
masyarakat dalam petikan. [4
markah]
8. ”Ambuh !” Suara parau tercetus keluar daripada
mulut bininya.
”Pak
hang ni nak melawak saja eh! ”
Anak-anaknya
tersengih kegelian melihat telatah emak mereka. Seorang dua berdekah gelak hingga tersembur biji nasi
yang masih belum terkunyah. Jusoh tersenyum
(Dipetik
daripada cerpen Gelungnya Terpokah, oleh
Shahnon Ahmad)
Jelaskan
dua teknik
penceritaan berserta contoh dalam petikan. [4 markah]
9. Sesekali terbayang juga wajah Latifah yang
begitu terserlah kecantikannya. Dalam usia sunti itu Latifah begitu matang
perawakannya. Tutur katanya lembut. Tingkahnya sopan. Sebagai anak muda, Jalil
tidak terlepas daripada berangan-angan untuk memiliki gadis sebaik dan secantik
Latifah.
(Dipetik daripada novel Dari Lembah Ke
Puncak, oleh Ghazali Lateh)…
Nyatakan
empat perwatakan
Latifah yang terdapat dalam petikan. [4
markah]
10. ”Benar seperti kata orang tua awak. Azuera
dan abangnya orang susah malah anak yatim, tapi mereka berjaya. Kenapa? Kerana
azam dan semangat mereka kuat. Mereka memegang prinsip biar apa orang nak kata,
asalkan mereka di pihak yang benar, mereka tidak perlu takut.” Cikgu Syakinah
tersenyem lebar.
(Dipetik
daripada novel Jeriji Kasih,.oleh
Ramlah Abd. Rashid)…
Nyatakan dua pengajaran dalam petikan. [4 markah]
Bahagian Dua
[60 markah]
Bahagian A
(Puisi Tradisional dan Prosa Klasik)
Jawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 2.
1. Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian
jawab soalan-soalan yang berikutnya.
PUISI
Tersebut pula suatu cerita,
Hairan segala di dalam cita;
Baharulah kami mendengar
warta,
Nuri konon tahu berkata.
.
Di Gunung Puteri akan
tempatnya,
Dari udara konon asal
mulanya;
Terlalu harum akan baunya,
Tiada menyamai pada zamannya.
Elok manis indah rupanya,
Terlalu halus barang katanya;
Sangatlah bijak akan akalnya,
Dalam istana sukar
bandingnya.
(Dipetik daripada Seuntai Kasih Secebis Harapan)
(a)
Jelaskan empat ciri
bentuk puisi di atas. [4 markah]
(b)
Nyatakan empat keistimewaan
burung Nuri. [8
markah]
(c)
Cipta dua rangkap
syair bertemakan kerjasama. [8 markah]
2.
Berdasarkan cerita Hikayat Indera Nata
:
(a) Jelaskan lima unsur kehebatan Indera Nata. [10 markah]
(b)
Huraikan lima nilai
murni dalam cerita di atas. [10
markah]
Bahagian B
(Puisi Moden dan Drama)
(Puisi Moden dan Drama)
Jawab sama ada Soalan 3 atau
Soalan 4
3. Baca petikan sajak di bawah dengan teliti,
kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
AYAH
(sesudah dua puasa, aku lagi ingat)
Umur merampas kemudaanmu
menabur putih di kepala
bagi awan pasti yang mengambang ke laut
demikian aku melihatnya
menggugurkan rintik-rintik hujan
ke bumi.
Waktu tua ia memendam nestapa
bersama tubuh yang dingin
lewat hari-hari yang tak gembira
dari keasingan si bongsu,
tapi aku tak menduga sayangmu
tak mengukur korban usia tua
sekaliannya telah selesai dan terlewat.
Sekalian yang menyedihkan kurebut kembali
menggoda saat-saat umurku
mimpi-mimpi malam
dan perjalanan.
(Dipetik
daripada sajak Ayah, oleh Baha Zain)
(a) Jelaskan tema sajak tersebut. [4 markah]
(b) Huraikan empat gaya bahasa berserta contoh. [8 markah]
(c) Cipta sebuah sajak bertemakan kasih sayang seorang
anak kepada ayah atau ibu.
Bilangan baris sajak anda itu hendaklah tidak kurang daripada lima belas baris. [8 markah]
4. Berdasarkan drama Menggapai Pelangi karya
Hatta Azad Khan :
(a) Jelaskan lima unsur Islam yang terdapat dalam drama tersebut.
[10 markah]
(b) Huraikan lima persoalan dalam drama tersebut. [10 markah]
Bahagian C
(Cerpen
dan Novel)
Jawab sama ada Soalan 5 atau Soalan
6
5. Berdasarkan cerpen Anak-Anak
Suria karya Zaharah Nawawi :
(a) Huraikan
tema cerpen. [4 markah]
(b) Jelaskan satu unsur suspens dan satu unsur kejutan dalam cerpen. [4 markah]
(c) Huraikan tiga pengajaran dalam cerpen. [12 markah]
6. Berdasarkan novel Dari Lembah Ke Puncak karya Ghazali Lateh :
(a) Berikan
lima bukti
yang menggambarkan kegigihan Jalilseperti yang terdapat dalam novel. [10 markah]
(b) Huraikan
lima
perwatakan Pak Teh. [10 markah]
Skema Jawapan Kesusasteraan Melayu SPM
Bahagian Satu
1. a) Jenis
puisi – Pantun empat kerat 1 markah
b)
i. Rima akhir ialah abab 1
markah
ii. Jumlah patah kata 4-5
patah perkataan dalam baris1 markah
iii.
Jumlah suku kata 9-10 suku kata dalam baris 1 markah
iv.
Baris pertama dan kedua adalah
pembayang/baris
ketiga dan keempat adalah
maksud 1
markah
v. Bentuk terikat 1 markah
[Maksimum 4 markah]
2. i.
Jika lewat/lambat mencari
penawar/ubat 2 markah
ii. Sakit akan berpanjangan dan boleh mengakibatkan
kematian/maut
2 markah
[Maksimum 4 markah]
2 markah
[Maksimum 4 markah]
3. i. Hujung panah bernyala-nyala seperti
api 2 markah
ii. Air ludah/Ludah Putera Jayapati
menyebabkan
anak
panah menjadi air 2
markah
[Maksimum 4 markah]
4. i. Laut
harap 2
markah
ii.
Buih-buih kehidupan 2
markah
iii. Gelombang semangat 2
markah
[Maksimum 4 markah]
5. i. Patuh pada undang-undang negara 2 markah
ii.
Taat kepada raja / pemerintah 2 markah
iii.
Sanggup berkorban untuk negara 2 markah
[Maksimum 4 markah]
6. i. Berharap dapat mengekalkan kesatuan
hati 1 markah
ii.
Berharap dapat mengekalkan kesatuan
kebangsaan 1 markah
iii.
Berharap dapat meninggikan maruah
bangsa 1 markah
iv.
Berharap dapat meninggikan kesopanan bangsa 1 markah
v. Berharap dapat memelihara maruah bangsa 1 markah
vi. Berharap dapat memelihara kesopanan
bangsa 1 markah
vii. Berharap bangsa/tanah air selamat 1 markah
viii. Berharap bangsa akan kuat 1
markah
ix. Berharap bangsa dapat bersatu 1 markah
[Maksimum 4 markah]
7. i. Masyarakat yang prihatin 2 markah
ii. Masyarakat yang suka menderma 2 markah
iii. Masyarakat balu 2
markah
iv.
Masyarakat anak yatim 2
markah
v.
Masyarakat mangsa perang 2 markah
vi.
Masyarakat pejuang 2
markah
[Maksimum 4 markah]
8. i. Teknik pemerian/deskriptif 1 markah
ii. Cth: Jusoh tersenyum 1 markah
iii. Teknik
dialog 1
markah
iv. Cth: Pak hang ni nak melawak saja eh! 1
markah
[Maksimum 4 markah]
9. i. Seorang yang cantik 1
markah
ii. Seorang yang matang 1
markah
iii. Seorang berusia sunti 1
markah
iv. Seorang yang lembut 1
markah
v. Seorang yang bersopan-santun 1 markah
vi. Seorang yang baik 1 markah
[Maksimum 4 markah]
10. i. Kita hendaklah mempunyai azam/semangat yang kuat 2 markah
ii. Kita hendaklah berpegang kepada prinsip 2 markah
iii.
Kita haruslah berani jika berada di pihak
yang
benar 2
markah
iv.
Kita haruslah berusaha untuk berjaya walaupun
miskin/susah/anak yatim 2 markah
[Maksimum 4 markah]
Bahagian Dua
Bahagian A (Puisi Tradisional dan Prosa Klasik)
1. (a) Empat ciri bentuk puisi
i. Rima
akhir puisi sekata/ aaaa 1
markah
ii. Empat baris serangkap 1
markah
iii. Jumlah patah kata 4 - 5 patah perkataan
sebaris1 markah
iv. Cth: Tersebut pula suatu cerita 1 markah
v. Jumlah suku kata 9 - 12 suku kata
sebaris 1 markah
vi.
Cth: Nuri konon tahu berkata 1
markah
vii.
Semua baris adalah
maksud 1 markah
viii.
Bentuk terikat 1
markah
[Maksimum 4 markah]
(b) Empat
keistimewaan burung Nuri
i. Burung Nuri tahu/pandai
bercakap/berkata 2 markah
ii. Burung Nuri berasal dari udara/kayangan 2 markah
iii. Burung Nuri mempunyai bau yang
harum/wangi2 markah
iv. Burung Nuri tiada
tandingan pada zamannya 2 markah
v. Burung Nuri mempunyai wajah yang
cantik/indah2 markah
vi. Burung Nuri berkata-kata dengan halus/sopan/
berbudi bahasa
2 markah
2 markah
vii. Burung Nuri sangat bijak 2 markah
viii. Burung Nuri tiada tandingan di dalam istana 2 markah
[Maksimum 8 markah]
(c) Ciptaan syair bertemakan kerjasama
i. Tema
2 markah
ii. Bentuk 2
markah
iii. Bahasa 2
markah
iv. Kreativiti 2
markah
[Maksimum 8 markah]
2. (a) Lima unsur kehebatan Indera Nata
i. Memiliki kesaktian yang boleh menghidupkan
semula Raja Rom 2
markah
ii. Berjaya
mencari gajah bergadingkan emas 2
markah
iii Bijak berhujah/berkata-kata 2 markah
iv. Mempunyai paras rupa yang sempurna/indah 2 markah
iv. Mempunyai paras rupa yang sempurna/indah 2 markah
v. Berjaya menggulingkan batu gunung 2 markah
vi. Berjaya menghempas / merantai /menangkap/menewaskan
raksasa yang besar 2
markah
vii. Berjaya menyelamatkan tujuh puteri raja 2 markah
[Maksimum 10 markah]
(b) Lima nilai murni
i. Pemurah 1 markah
ii. Cth: Indera Nata memberi sedekah fakir miskin1 markah
ii. Cth: Indera Nata memberi sedekah fakir miskin1 markah
iii.
Bijaksana/pandai 1
markah
iv.
Cth: Indera Nata bijaksana berkata-kata /berhujah
dengan ayahandanya 1
markah
v.
Berani 1
markah
vi.
Cth: Indera Nata berani berlawan dengan raksasa1
markah
vii.
Lemah lembut/berbudi bahasa 1 markah
viii.
Cth: Indera Nata lemah-lembut apabila berbicara
dengan ayahandanya 1
markah
ix.
Menghormati 1
markah
x.
Cth: Indera Nata menghormati Raja Rom 1 markah
xi.
Kasih sayang 1
markah
xii.
Cth: Indera Nata menyayangi ayahanda/ bondanya 1
markah
xiii.
Merendah diri 1 markah
xiv.
Cth: Indera Nata meminta Tuanku Syah Alam tidak
memberi
hormat kepadanya kerana beliau menantu1 markah
xv.
Keinsafan 1
markah
xvi.
Cth: Raja menyesal atas perbuatannya yang tidak
usul
periksa/ membuang isterinya 1
markah
xvii.
Ketaatan 1
markah
xviii.
Cth: Tuan Puteri Cendera Kesuma taat akan
suaminya 1
markah
[Maksimum 10 markah]
Bahagian B (Puisi Moden dan Drama)
3. (a) Tema
i.
Keinsafan seorang anak terhadap
kasih
sayang/
pengorbanan ayahnya 2
markah
ii.
Penyajak/ aku menginsafi/
mengenang jasa/
kasih sayang/ pengorbanan ayahnya 2
markah
[Maksimum 4
markah]
(b) Empat
unsur gaya bahasa
i. Asonansi 1
markah
ii. Cth: bagai awan pasti yang mengembang
ke laut1 markah
iii.
Aliterasi 1 markah
iv.
Cth: dari keasingan si bongsu 1
markah
v.
Personifikasi 1
markah
vi.
Cth: Umur merampas kemudaanmu/
menabur
putih di kepala 1 markah
vii.
Simile 1
markah
viii.
Cth: Bagai
awan pasti yang mengambang ke laut
1 markah
ix.
Sinkof 1
markah
x.
Cth: mu / tak / tapi 1
markah
xi.
Kata ganda 1
markah
xii.
Cth:
Rintik-rintik/mimpi-mimpi/hari-hari/saat-saat 1
markah
xiii.
Repitisi 1
markah
xiv.
Cth: tak 1
markah
[Maksimum 8 markah]
(c) Cipta
sajak bertemakan kasih sayang anak kepada ayah/ibu
Tema 2
markah
Bentuk 2
markah
Gaya
Bahasa 2
markah
Kreativiti 2
markah
[Maksimum 8 markah]
4. (a) Lima unsur Islam
i.
Penggunaan nama watak berunsur
Islam 1 markah
ii. Cth: Imran/ Norhayati/ Norasma/ Zahid 1 markah
iii. Penggunaan nama Allah 1 markah
iv. Cth: Insya-allah/ Ya Allah/ Ilahi 1 markah
v.
Mengerjakan ibadah umrah 1
markah
vi.
Cth: Norasma ke Makkah mengerjakan umrah 1 markah
vii.
Latar tempat berunsur Islam 1
markah
viii. Cth: Makkah 1
markah
ix. Bertaubat 1
markah
x. Cth: Zahid menasihati Imran bertaubat
nasuha 1 markah
xi. Berserah/ tawakal/reda kepada Allah 1 markah
xii. Cth:
Norasma berserah/tawakal/ reda kepada Allah1 markah
xiii. Ucapan
salam 1
markah
xiv. Cth: Imran menjawab salam Nazmi di
telefon 1 markah
xv.
Penggunaan Bahasa Arab 1
markah
xvi.
Cth: Alhamdulillah/ munafik/ Assalamualaikum1 markah
[Maksimum 10 markah]
(b) Lima
persoalan
i. Tanggungjawab suami terhadap keluarga 1 markah
ii. Cth: Imran bertanggungjawab dalam
menguruskan
rumah
tangga/ menjaga
anak dan isterinya 1 markah
iii.
Kepentingan menunaikan/ menepati janji
1 markah
iv. Cth: Norasma menuntut janji Imran untuk
mengahwininya/
Imran ingin mengahwini
Norasma
demi menepati janjinya 1
markah
v. Sikap mementingkan/ mengutamakan orang
lain
daripada diri sendiri 1
markah
vi. Cth: Norasma membatalkan hasrat berkahwin
dengan
Imran demi Norhayati/ keluarga Imran 1
markah
vii.
Pengorbanan seorang isteri 1 markah
viii. Cth: Norhayati membenarkan suaminya
berkahwin
dengan kekasih lamanya/ Norasma 1
markah
ix. Kasih sayang antara suami isteri 1 markah
x. Cth: Imran dan Norhayati saling
menyayangi 1 markah
xi. Reda akan ketentuan takdir 1 markah
xii. Cth: Norasma reda dengan ketentuan takdir
1 markah
xiii. Peranan
sahabat/ rakan dalam kehidupan 1
markah
xiv. Zahid sering menasihati Imran/
Dr.
Mona sering menasihati Norhayati 1
markah
[Maksimum 10 markah]
Bahagian
C (Cerpen dan Novel)
5. (a) Tema cerpen
i.
Kasih sayang manusia terhadap haiwan 2 markah
ii.
Cth: Amanani dan Hakim amat menyayangi
kucing
mereka/ Suria/ anak-anak Suria 2
markah
[Maksimum 4 markah]
(b) Unsur suspens dan unsur kejutan dalam
cerpen
i. Amanani
mendengar bunyi anak kucing menjerit-jerit
kecemasan dari arah tong sampah
rumahnya 1 markah
ii.
Pembaca tertanya-tanya sebab anak kucing menjerit/
sama
ada anak kucing itu anak kucing Amanani1 markah
iii. Anak-anak Suria diseksa/ dibunuh oleh
Ayu/
pembantu
rumah Amanani 1 markah
iv. Pembaca
terkejut kerana tidak menyangka Ayu
sanggup
menyeksa/membunuh kucing 1
markah
[Maksimum 4 markah]
(c)
Tiga pengajaran
i. Kita haruslah menyayangi haiwan
peliharaan 2 markah
ii. Cth : Amanani/Hakim amat menyayangi
Suria
dan
anak-anaknya/kucing peliharaan 2
markah
iii.
Kita janganlah kejam terhadap haiwan 2
markah
iv.
Cth : Ayu sanggup melemaskan/membunuh
anak-anak kucing majikannya 2
markah
v.
Kita haruslah jujur/ amanah menjalankan tugas2 markah
vi.
Cth : Ayu tidak jujur dalam menjalankan tugas
menjaga
anak-anak Suria/ kucing majikannya 2
markah
vii. Kita janganlah bersikap berpura-pura 2 markah
viii.
Cth : Ayu berpura-pura bersikap
penyayang
terhadap
haiwan/ kucing majikannya 2
markah
ix. Kita haruslah reda dengan ketentuan
Tuhan 2 markah
x. Cth : Amanani reda dengan kematian
kucingnya2 markah
[Maksimum 12 markah]
6. (a) Lima bukti yang menggambarkan kegigihan
Jalil
i. Jalil
gigih berusaha/bekerja untuk menebus
kembali
tanah arwah ayahnya 2 markah
ii.
Jalil gigih mencari rezeki untuk menyara
kehidupannya seorang diri apabila
ibunya
berpindah
ke Guar Cempedak 2 markah
iii. Jalil gigih berusaha menanam padi 2 markah
iv. Jalil gigih belajar menghadapi
peperiksaan SPM2 markah
v. Jalil gigih belajar sambil bekerja di
universiti 2 markah
vi. Jalil gigih berusaha menyiapkan
lukisan-lukisan
yang
ditempah oleh pihak hotel 2
markah
vii. Jalil gigih membantu Persatuan Bekas
Perajurit
dalam
mendapatkan projek Gunting Rambut
Seluruh
Negara 2
markah
viii.
Jalil gigih mengubah nasib dengan melakukan
pelbagai
pekerjaan/ belajar berungguh-sungguh2 markah
ix. Jalil gigih berusaha untuk mengembangkan
syarikat
perniagaannya/ Sykt. Alam Hijau 2
markah
x. Jalil gigih mengubah nasib/ keadaan/
taraf hidup
orang
kampungnya 2
markah
xi. Jalil gigih mendapatkan kerjasama orang
kampung
untuk
menjual tanah bagi tujuan pembangunan2 markah
xii. Jalil gigih berusaha membangunkan Taman
Tema
Lembah Nibung di kampungnya 2
markah
[Maksimum 10 markah]
(b) Perwatakan
Pak Teh
i.
Seorang yang gigih 1
markah
ii.
Cth: Pak Teh gigih meneroka hutan/
mengusahakan sawah/ mendapatkan geran
tanah 1
markah
iii.
Seorang yang tegas
iv.
Cth: Pak Teh tegas mempertahankan haknya
apabila
Ah Tong mengubah sempadan tanahnya1 markah
v. Seorang yang berani 1
markah
vi. Cth: Pak Teh berani melawan Ah Tong yang
cuba mengubah kawasan sempadan
tanahnya 1 markah
vii. Seorang yang rajin 1 markah
vii. Seorang yang rajin 1 markah
viii. Cth: Pak Teh rajin mengusahakan sawah/
membuat
pelbagai kerja kampung 1
markah
ix. Seorang yang penyabar 1
markah
x.
Cth: Pak Teh bersabar apabila Mak Teh
menjual
tanah bagi membeli motosikal Muhsin 1
markah
xi. Seorang yang mahir kerja tangan 1 markah
xii. Cth: Pak Teh mahir membuat peralatan
daripada
buluh/
alat menangkap ikan/ bubu/ nyiru 1
markah
[Maksimum 10 markah]
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.