GELUNGNYA TERPOKAH ( SN DATO’ SHAHNON AHMAD)
TEMA
Bertemakan tentang pergolakan hidup berjiran dalam
masyarakat pesawah padi.
Jusoh dan
Berahim hidup berjiran dan sawah mereka masing-masing bersebelahan antara satu
sama lain.Jusoh menuduh Berahim yang menyebabkan gelung padinya pokah sehingga
kering air. Akibatnya Jusoh berdendam dan melakukan niat jahat dengan mencurah
cuka getah ke belakang kerbau Berahim .Akibatnya Berahim mengalami kerugian
kerana kematian kerbaunya.
PERSOALAN:
Persoalan kegigihan pesawah membanting tulang
mencari rezeki.
Contoh:
Jusoh merupakan seorang pesawah yang gigih membanting tulang empat kerat dengan
mengusahakan sawah padi semata-mata untuk memastikan isteri dan tujuh anaknya
tidak kebuluran.
Persoalan hasad dengki.
Contoh:
Jusoh dengki dengan Berahim sehinga sanggup menuduh Berahim yang menyebabkan
gelung padinya pokah sehingga kering airnya.
Persoalan dendam.
Contohnya:
Jusoh berdendam sehingga sanggup mengkhianati jirannya itu dengan mencurah cuka
getah ke belakang kerbau berahim sehingga menyebabkan berahim mengalami
kerugian kerana kerbaunya mati.
Persoalan Kemiskinan Hidup.
Contoh:
Jusoh sekeluarga hidup miskin dan hanya bergantung kepada tanaman padi
sawahnya.
Persoalan fitnah atau tuduh menuduh tanpa bukti.
contoh :
Jusoh menuduh berahim yang menyebabkan gelung padinya pokah. Ini kerana petak
sawah Berahim bersebelahan dengan petak sawah Jusoh. Akibatnya Jusoh mendendami
Berahim dan mencurahkan cuka getah ke belakang kerbau Berahim sehingga
menyebabkan kerbau tersebut mati.
WATAK DAN PERWATAKAN
Jusoh
1. Seorang petani yang bergantung
hidup dengan menanam padi.
2. Seorang yang hidup bahagia walaupun
miskin.
3. Mempunyai seorang isteri dan tujuh
orang anak.
4. Anak bongsunya bernama Sahak.
5. Mempunyai seekor kerbau yang
membantunya di bendang.
6. Hampir 20 tahun hidup bersama - sama
isterinya.
7. Merupakan watak utama dalam cerpen.
8. Seorang pendendam. Contoh: Jusoh
berdendam dengan Berahim sehingga sanggup
mencurah cuka getah ke belakang kerbau Berahim sehingga kerbau Berahim
mati.
9. Seorang yang dituduh gila. Contoh: Jusoh pernah dituduh
sebagai gila oleh penduduk kampung kerana mengamuk untuk membunuh berahim.
10. Seorang yang suka bergurau dengan isteri.
Contoh: Jusoh bergurau dengan mencucuk pinggang
bininya dengan ranting buluh penggaru belakang sewaktu balik dari sawah.
Isteri Jusoh
1. Watak
sampingan.
2. Isteri Kepada Jusoh.
3. Ibu beranak tujuh.
4. Anak bongsunya bernama Sahak.
5. Hampir 20 tahun hidup dengan Jusoh
6. Seorang yang berfikiran jauh. Contoh: Isteri Jusoh
mencadangkan supaya suaminya mencurah cuka getah ke belakang kerbau Berahim.
7. Seorang yang penyayang.
Contoh: Dia menghalang Jusoh daripada menyerang
Berahim kerana bimbang Jusoh ditangkap polis.
Berahim
1. Jiran
Jusoh.
2. Mempunyai petak sawah yang
bersebelahan dengan petak sawah Jusoh.
3. Bekerja sebagai petani.
4. Seorang yang dituduh oleh Jusoh yang menyebabkan gelung
padinya dipokah.
5. Mempunyai seekor kerbau yang membantunya disawah tetapi kerbaunya mati kerana
terkena cuka getah yang dicurah oleh Jusoh.
STRUKTUR PLOT
Permulaan.
Contoh: Jusoh selesai membajak petak sawahnya dan
bercadang menakung air pada petak sawahnya pada malam tersebut. Jusoh telah
menarik gelung air yang telah dikambus dengan kejap ke dalam petak sawahnya.
Perkambangan.
Contoh: Setelah Jusoh bangun pada waktu pagi, Jusoh
mendapati gelung air petak sawahnya telah terpokah. Jusoh menuduh perbuatan
tersebut dilakukan oleh Berahim memandangkan petak sawahnya terletak bersebelahan
dengan petak sawah Berahim.
Puncak/ Klimaks.
Contoh: atas cadangan isterinya untuk menghalang
Jusoh daripada menyerang Berahim dengan menggunakan lading, Jusoh nekad
menuangkan cuka getah terhadap kerbau peliharaan Berahim sehingga menyebabkan
kematian karbau tersebut. Kerbau itu merupakan nadi utama keluarga Berahim
untuk mengerjakan petak sawahnya
Peleraian.
Contoh: Jusoh akhirnya telah dikepung oleh penduduk
yang menudunya gila kerana menerangi Berahim dengan lembing setelah gagal
menahan kemarahan terhadap Berahim yang membuat onar terhadap isterinya.
TEKNIK PLOT
Pemerian / Deskriptif.
Contoh: Matahari nyaris-nyaris tenggelam pada kala
Jusoh melucutkan cakuk tenggala teras
nangka daripada tengkuk kerbau bertanduk songsangnya.
Dialog.
Contoh: “Dah habeh?” .... “Dah habeh apo?”...
Imbas kembali / Flashback
Contoh: Isteri Jusoh teringat akan Lebai Karim yang
ditangkap dan dikurung dalam jel kerana menetak Penghulu Sudin.
Imbas muka / Flashfoward.
Contoh: Terbayang di mata Jusoh yang beranak tujuh,
petaknya kali ini akan menjadi petak yang paling subur.
Saspens.Contoh: “Aku...aku...aku
dipaksa Berahim.” Dan suara itu tidak mampu disambung lagi.
Pembaca tertanya-tanya perkara yang berlaku kepada
isteri Jusoh.
LATAR
Latar Masa
1. Dua
hari sahaja.
2. Pada
waktu petang. Contoh: Ketika Jusoh membajak sawah sehingga senja.
3. Pada
waktu malam. Contoh: Ketika Jusoh berehat dirumahnya.
4. Pada
waktu subuh. Contoh: Berita tentang
kerbau disimbah cuka getah tersebar kepada orang kampung.
Latar Tempat
1. Kampung Banggol Derdap Kampung asal Jusoh.
2. Di Sawah Padi. Tempat Jusoh membanting tulang mengerjakan
sawah padi.
3. Di Rumah Jusoh. Tempat Jusoh berlingdung bersama-sama
keluarganya.
4. Di Rumah Berahim. Tempat
tinggal Berahim sekeluarga.
5. Di kandang Kerbau Berahim. Tempat kerbau Berahim disambah
cuka getah
Latar Masyarakat
Masyarakat petani.
Contoh:
Jusoh dan Berahim merupakan contoh penduduk kampung yang bekerja sebagai petani
dengan menjadikan tanaman padi sebagai sumber pendapatan utama mereka.
Masyarakat
yang gigih berusaha.
Contoh:
Jusoh seorang yang gigih bekerja buktinya selama tiga pagi dan tiga petang dia
membanting tulang empat keratnya menyiapkan gelung padinya.
Masyarakat yang bersikap
pendendam,
Contoh; Jusoh berdendam dengan Berahim kerana
menganggap Berahim punca gelung padinya
pokah. Akibatnya, Jusoh mencurah cuka
getah ke belakang kerbau Berahim sehingga menyebabkan Berahim mengalami
kerugian setelah kehilangan kerbaunya.
Masyarakat yang suka menuduh
tanpa bukti nyata.
Contoh: Jusoh menuduh Berahim
yang menyebabkan gelung padinya pokah
sehingga kekeringan air. Tuduhan yang dibuat oleh Jusoh adalah secara
membabi buta tanpa usul periksa. Akibatnya Jusoh berdendam dan bertindak jahat
dengan mencurah cuka getah ke belakang kerbau kesayangan Berahim.
Masyarakat petani yang bergantung kepada haiwan.
Contoh: Jusoh menggunakan kerbau untuk membajak tanah
sawahnya.
Masyarakat yang tidak mengamalkan nilai toleransi.
Contoh: Jusoh tidak
bertoleransi dan berbincang dengan Berahim untuk mengetahui peristiwa yang
sebenar sebaliknya menggunakan pertimbangan sendiri dengan cara mencurah cuka
di belakang kerbau Berahim.
Masyarakat yang belum mencapai kemajuan.
Contoh: Penggunaan kerbau dalam aktiviti membajak oleh Berahim.
NILAI
Nilai Kegigihan.
Contoh: Jusoh seorang yang
gigih bekerja buktinya selama tiga pagi dan tiga petang dia membanting tulang
empat keratnya menyiapkan gelung padinya.
Nilai Kemesraan.
Contoh: Hubungan Jusoh dengan
isterinya sangat mesra buktinya Jusoh sempat mengusik isterinya di dapur
sehinggakan anak-anak mereka tertawa melihat telatah ibubapa mereka.
Nilai Keprihatinan.
Contoh: Penduduk kampung
berbondong-bondong ke rumah Berahim semata-mata untuk melihat kerbau Berahim
yang dicurah cuka getah oleh Jusoh.
Nilai Kasih Sayang.
Contoh: Jusoh sangat menyayangi
isteri dan anak-anaknya sehingga dia sanggup bekerja di petak sawah pagi dan
petang.
Nilai Bertanggungjawab.
Contoh: Jusoh sanggup
membanting tulang untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang ketua
keluarga.
PENGAJARAN
Kita hendaklah gigih bekerja
untuk mencari rezeki.
Contoh: Jusoh seorang yang
gigih bekerja buktinya selama tiga pagi dan tiga petang dia membanting tulang
empat keratnya menyiapkan gelung padinya .
Kita janganlah suka menuduh
seseorang tanpa sebarang bukti.
Contoh: Jusoh menuduh Berahim
yang menyebabkan gelung padinya pokah. Ini kerana petak sawah Jusoh dan Berahim
adalah bersebelahan.
Kita janganlah mengkhianati atau berdendam sesama manusia.Contoh:
Jusoh berdendam dengan Berahim kerana
menganggap Berahim punca gelung padinya
pokah. Akibatnya, Jusoh mencurah cuka getah ke belakang kerbau Berahim sehingga menyebabkan Berahim mengalami
kerugian setelah kehilangan kerbaunya.
Kita janganlah menganiayai
binatang ternakan.
Contoh: Jusoh menganiayai
binatang ternakan Berahaim iaitu seekor kerbau yang digunakan oleh Berahim di
bendang. Jusoh menganiayai binatang tersebut dengan mencurah cuka getah ke
belakang kerbau tersebut walaupun kerbau tersebut tidak bermusuhan dengan
Jusoh.
Kita hendaklahlah menyiasat
terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tuduhan kepada orang lain.
Contoh: Jusoh menuduh Berahim
yang menyebabkan gelung padinya pokah sehingga kekeringan air. Tuduhan yang
dibuat oleh Jusuh adalah secara membabi buta tanpa usul periksa, akibatnya
Jusuh berdendam dan bertindak jahat dengan mencurah cuka getah ke belakang
kerbau kesayangan Berahim.
Kita hendaklah bersabar
Contoh: Jusuh tidak sabar dan hilang kewarasannya
apabila gelung padinya pokah sehingga menuduh Berahim menjadi puncanya
SUDUT PANDANGAN
Sudut Pandangan Orang Ketiga Terbatas.
Pengarang tidak terlibat sama ada dengan
persoalan-persoalan mahupun dengan watak, tetapi pengarang masih meresap ke
dalam cerita bagi mengetahui maklumat tentang diri watak dengan menggambarkan
aspek-aspek penting sahaja.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.