TEMA
Cerpen ini bertemakan kegigihan dalam mempertahankan hak dan maruah diri. Contoh: Mat Seman digambarkan gigih mempertahankan haknya
untuk memelihara kerbaunya di Lembah Bilut walaupun diarahkan oleh Penghulu Isa
supaya berpindah. Mat Seman berusaha keras untuk mempertahankan haknya sebagai
anak watan yang dibesarkan dalam keluarga yang pekerjaannya sebagai gembala
kerbau daripada ditindas oleh pembangunan yang akan dijalankan di Lembah
Bilut.
PERSOALAN
Persoalan pengorbanan seorang ketua keluarga.
Contoh: Mat Seman yang berkaki
sebelah sanggup bersusah payah memelihara enam puluh ekor kerbau sebagai punca
rezeki setelah berhenti sebagai askar.
Persoalan generasi muda yang mewarisi kepakaran dalam memelihara kerbau.Contoh: Tidak mudah menyerah kalah walaupun kakinya
dipotong. Mat Seman juga berani melepaskan kerbau peliharaannya bagi menghalang
kerja-kerja pembangunan di Lembah Bilut.
Persoalan terhadap kecintaan terhadap ilmu.
Contoh: Sutinah berhasrat
untuk menghantar kesemua anak- anaknya
ke universiti. Mat Seman pula berpandangan bahawa universiti adalah
tempat untuk mendapatkan ilmu.Setelah berilmu mereka sendiri akan mewujudkan
kerja.
Keberanian Seorang Lelaki.
Contoh : Mat Seman tidak mudah
menyerah kalah walaupun kakinya dipotong dan berani melepaskan kerbau
peliharannya bagi menghalang kerja-kerja pembangunan di Lembah Bilut.
Pemodenan dan pembangunan yang mengancam budaya hidup di desa.
Contoh: Bagi Mat Seman,
pembangunan di Lembah Bilut akan mencemarkan
kesucian akhlah muda mudi di desa.
WATAK DAN PERWATAKAN
Mat Seman.
1. Suami kepada Sutinah dan ayah kepada Sehak, Milah, Kiah dan
Semah.
2. Bekas seorang tentera yang memilih untuk menjadi gembala
kerbau.
3. Seorang yang memiliki ilmu memelihara kerbau yang diwarisi
daripada arwah ayahnya dan datuknya.
4. Seorang yang kudung sebelah kakinya.
5. Seorang yang mementingkan maruah diri. Contoh: Baginya kerja menjaga stor merendahkan
maruah dirinya.
6. Seorang yang mencintai ilmu. Contoh: Mat Seman bercita-cita supaya
semua anak-anaknya belajar hingga ke universiti.
7. Seorang Yang Berpandangan Jauh.
Contoh: Bagi Mat Seman pelajar lulusan universiti
haruslah menjadi penternak moden seperti gembala lembu yang berkelulusan tinggi
di Amerika Syarikat dan Australia.
8. Seorang Yang Tabah. Contoh: Mat Seman seorang yang tabah.
Walaupun kakinya putus dan bapanya meninggal dunia, Mat Seman tidak pernah
mengalirkan air mata. Arwah bapanya dan datuknya telah mengasuh Mat Seman
menjadi kuat.
9. Mencintai Yang Berani.Contoh: Mat Seman Berani menentang
pemodenan dan pembangunan yang akan mengancam budaya hidup didesa walaupun
kakinya kudung.
10. Seorang Yang Pemurah. Contoh:
Mat Seman akan memberikan baja tahi kerbau kepada orang kampong sebagai baja
tanaman sayur-sayuran. Dia juga akan menyembelih kerbau setiap tahun pada
setiap Hari Raya Haji.
Sutinah
1. Isteri kepada Mat Seman.
2. Seorang yang pemalu serta pendiam.
3. Seorang yang penyabar.Contoh: Sutinah sentiasa bersabar
dengan karenah suaminya.
4. Seorang yang mementingkan pendidikan anak-anak. Contoh:
Sutinah mahu anak-anaknya masuk universiti dan bekerja di bandar. Sutinah tidak
mahu anak-anaknya mewarisi kemunduran dan kemiskinan.
5. Seorang yang memahami sikap suami.
Contoh: Semasa suaminya pulang dari kerja dia menyediakan minuman kopi untuk
menenangkan perasaan suaminya yang sedang marah. Dia juga berdoa supaya
kemarahan suaminya tidak melarat.
Penghula Isa
1. Ketua Kampung Desa Anggun Batu Sebutir di Lembah Bilut.
2. Berhasrat untuk memajukan Lembah Bilut sebagai sebuah pusat peranginan.
3. Tidak berdiplomasi kerana mengambil keputuan untuk
memugarLembah Bilut tanpa bebincang dahulu dengan Mat Seman.
STRUKTUR
PLOT
Permulaan
Cerita dimulakan dengan
menggambarkan watak Mat Seman sedang menunggu kerbaunya yang sedang meragut
rumput di Lembah Bilut. Pada waktu itu dia terkenangkan kepakaran ilu kerbau
yang dimiliki oleh datuk dan bapanya. Dia juga terkenangkan nasib dirinya yang
terpaksa berhenti menjadi askar kerana terkena jerangkap samar.. Paling
merunsingkan hatinya ialah permintaan ketua kampong supaya memindahkan kerbaunya
daripada Lembah Bilut
Perkembangan
Cerita dikembangkan lagi
dengan kehadiran ketua kampong untuk membincangkan perkara yang sama dan
memaklumkan bahawa kerja-kerja pembangun
akan bermula di Lembah Bilut. Mat Seman merancang supaya kerbaunya tidak
dilepaskan makan di Lembah Bilut keesokan harinya
Puncak/ Klimaks.
Keesokan harinya sekumpulan pekerja bersama-sama dengan
jentera penyodok telah datang untuk memulakan
kerja.Mat Seman telah melepaskan kerbaunya dengan tujuan untuk menakut-nakutkan pekerja-pekerja tersebut.
Peleraian.
Akhirnya kerja-kerja pembangunan
di Lembah Bilut tetap diteruskan.
TEKNIK PLOT
Pemerian.
Contoh: Sudah lama Mat Seman
tersandar disitu, tidak bergerak-gerak sejak pagi.
Dialog.
Contoh: “ Inilah salahnya,
orang Tinah. “ Mak Seman memotong cakap isterinya dengan tiba-tiba.
Monolog Dalaman.
Contoh: Ini soal maruah!
Mana-mana dia pergi apa-apa sahaja dia buat, tengah buang air besar, tengah
kencing, tengah susun tayar buruk dia teringat, berbisik halus diulu hatinya.
Imbas Kembali.
Contoh: Dahulu, payah juga
bagi Mat Seman apabila tiba masa untuk menghalau pulang, kalau seekor dua boleh
dua juga dibedal punggung.
Kejutan.
Contoh: “ Ayah, ayah, kerata
sodok dah sampai!.” Milah yang berdiri dipintu, menjerit.
Saspens.
Contoh: Apabila mendengar
bising bunyi enjin kereta-kereta sodok itu, tiba-tiba sahaja kumplan kerbau itu
berhenti, mengangkat kepala sekejap lalu memusing kebelakang.
LATAR
Latar Tempat
Di lembah Bilut.
Contoh: Tempat Mat Seman
melepaskan kerbaunya untuk meragut rumput. Arwah datuk dan ayahnya juga
menjadikan Lembah Bilut sebagai tempat meragut rumput bagi kerbau peliharaan
mereka.
Di Desa Anggun Batu Sebutir.
Contoh: Tempat tinggal kelurga
Mat Seman setelah berpindah dari kem
askar di Perak.
Kem askar di Perak. Contoh: Tempat Mat Seman
sekeluarga tinggal ketika dia berkhidmat sebagai askar.
Rumah Mat Seman. Contoh: Penghulu Isa datang
memohon supaya Mat Seman memindahkan kerbau-kerbaunya daripada Lembah Bilut.
Latar Masa.
Waktu petang.
Contoh: Mat Seman duduk di
bawah pokok jambu air sambil mengawasi kerbaunya yang sedang meragut rumput di
Lembah Bilut. Selepas itu dia mengarahkan kerbaunya ke kandang apabila hamper senja.
Waktu pagi.
Contoh: Sutinah dan anaknya keluar ke kandang
untuk memberi makan batang-batang pisang kepada kerbau mereka.
Latar Masyarakat
Masyarakat yang gigih bekerja walaupun cacat.
Contoh: Walaupun kakinya putus sebelah, namun Mat
Seman tetap bersemangat waja untuk
mencari rezeki.
Masyarakat yang dahagakan pemodenan. Contoh: Penghulu Isa menginginkan pembangunan dilaksanakan di kampungnya.
Masyarakat yang mencintai kesucian desa.
Contoh: Mat Seman beranggapan
pembangunan yang dilaksanakan akan mencemarkan akhlak remaja kampung.
Masyarakat yang mentingkan ilmu pengatahuan.
Contoh: Mat Seman dan
isterinya ingin anak-anaknya belajar sampai ke universiti.
Masyarakat yang sanggup
berkorban mempertahankan kampung halaman.
Contoh: Mat Seman sanggup
mengorbankan nyawanya sendiri untuk menghalang kerja-kerja pembangunan.
Masyarakat yang taat pada suami. Contoh:
Sutinah taat dengan suruhan suaminya.
GAYA BAHASA
1. Repitisi di akhir ayat.
Contoh: Kerbau demam dia tahu, kerbau cerah perut dia
tahu, kerbau bunting seminggu pun dia sudah tahu, sampai kerbau hendak
berbini pun dia tahu. (Halaman 80, baris I hingga 3)
2. Simile. Contoh:
Ketika inilah Mat seman berasa puas, dia jadi macam seorang jeneral.
(Halaman 81, baris 1 dan 2)
3. Hiperbola.
Contoh: Hati Mat Seman sudah dibancuh dengan batu bukit
sejak kecil. Halaman 84, perenggan kedua.
4. Personifikasi. Malasnya kian menebal membungkus hatinya.
Halaman 86,
5. Sinkof. Contoh: “ Dahlah Tinah, aku taulah apa nak
buat.”
NILAI
Nilai maruah diri.
Contoh: Mat seman sanggup berhenti kerja
kerana tugasannya sebagai penjaga stor dianggap merendahkan maruah dirinya.
Nilai Berilmu.
Contoh: Mat seman dan Sutinah
mempunyai keinginan yang kuat supaya anak-anaknya dapat menjejakkan kakike
universiti.
Nilai ketaatan.
Contoh: Sutinah taat dengan suruhan suaminya
dan memahami sikap suaminya.
Nilai pengorbanan.
Contoh: Mat Seman sanggup
mengorbankan nyawanya sendiri sehingga dirempuh oleh kerbau-kerbaunya untuk
menghalang kerja-kerja pembanhunan di Lembah Bilut.
PENGAJARAN
1. Kita janganlah menjadikan kekurangan diri sebagai alasan
untuk berjaya dalam hidup. Contoh: Mat Seman walaupun cacat tetap berjaya dalam
hidupnya.
2. Kita hendaklah gigih berusaha. Contoh: Mat Seman gigih
berusaha meneruskan kehidupannya walaupun kudung sebelah kaki.
3. Kita hendaklah mementingkan ilmu pengetahuan kerana.
Contoh: Mat Seman mahu anaknya
berjaya dalam pelajaran.
4. Kita hendaklah
mempertahankan budaya tradisi daripada dicemari.
Contoh: Mat
Seman mempertahankan Lembah Bilut daripada dibangunkan.
5. Kita hendaklah berpandangan jauh dan tidak terikat dengan
pemikiran lama. Contoh: Tok Penghulu Isa berhasrat menjadikan Lembah Bilut
sebagai pusat peranginan.
6. Kita hendalah bertimbangrasa semasa menjalanka tanggungjawab
sebagai seorang ketua atau pemimpin.
Contoh: Penghulu Isa tidak berbincang dahulu dengan Mat
Seman semasa mengambil keputusan membangunkan Lembah Bilut
SUDUT PANDANGAN
Menggunakan sudut pandangan
orang ketiga.
Comments
Post a Comment