Sinopsis Hikayat Indera Nata
1. Si Batu Kembar menangis meminta tolong kerana kepanasan. Si Batu Kembar, baginda raja dan Indera Jenaka dan dayang-dayang biti perwara telah mati terbakar.
*Peristiwa-Ketika belayar untuk mengambil buah-buahan dan bunga-bungaan di Pulau Pelanggam Cahaya Si Batu Kembar menculik Tuan Puteri Cenderawati lalu dibuang ke laut.Tuan Puteri Cenderawati telah bertemu dengan Bentara Gangga lalu diberi Gemala Hikmat Kesaktian.
1. Si Batu Kembar menangis meminta tolong kerana kepanasan. Si Batu Kembar, baginda raja dan Indera Jenaka dan dayang-dayang biti perwara telah mati terbakar.
*Peristiwa-Ketika belayar untuk mengambil buah-buahan dan bunga-bungaan di Pulau Pelanggam Cahaya Si Batu Kembar menculik Tuan Puteri Cenderawati lalu dibuang ke laut.Tuan Puteri Cenderawati telah bertemu dengan Bentara Gangga lalu diberi Gemala Hikmat Kesaktian.
2. Indera
Nata dan Tuan Puteri yang ketujuh sangat gembira kerana Raja dan Si Batu Kembar
telah mati.
3. Tuan
Puteri Cenderawati merupakan ibu kepada Indera Nata memberitahu kepada anaknya
bahawa Raja Rom yang dibunuh itu merupakan ayahanda beliau.
4. Indera
Nata menyuruh isterinya Tuan Puteri Cendera Kesuma mohon pertolongan tuhan
untuk menghidupkan semula ayahandanya. Tuan Puteri Cendera Kesuma menggunakan
Batu Hikmat Kesaktian pemberian daripada Betara Gangga serta memohon
pertolongan Allah S.W.T, Raja Rom hidup semula lalu terpandang Tuan Puteri
Cendera Kesuma(menantunya).Tuan Puteri Cendera Kesuma menceritakan semula
peristiwa Si Batu Kembar menyihir Tuan Puteri Cenderawati menjadi orang Utan
dan membuangnya ke laut dan bertemu dengan Betara Gangga yang memberikannya
Batu Gemala Hikmat. Tuan Puteri Cendera Kesuma juga menceritakan semula
peristiwa Indera Nata dan dirinya telah disuruh oleh ayahandanya itu mencari
gajah bergandingkan emas.
5. Raja
Rom menginsafi kesilapannya lalu mahu berjumpa Indera Nata.Puteri Cendera
Kesuma meminta dayang-dayang memanggil Indera Nata dan kesemua enam puteri
(Tuan Puteri Nur Laila,Tuan Puteri Ratna Cahaya, Tuan Puteri Bayang-Bayang,
Tuan Cendera Dewi dan Tuan Puteri Indera Dewi).
6. Raja
Rom bertemu Indera Nata, lalu berpeluk dan bertangis-tangisan saling memohon
maaf menyatakan rasa insaf atas perbuatannya menganiaya anaknya Indera Nata,
lalu bertanyakan tentang isterinya Tuan Puteri Cenderawati.Raja Rom bimbang
sekirannya isterinya tidak mahu menerimanya atau memaafkannya, lalu menyuruh
Indera Nata menjemput ibunya. Indera Nata menasihati ayahnya supaya pergi
sendiri menjemput ibunya kerana mengikut adatnya lebih baik lelaki menjemput
perempuan kerana sifat perempuan yang pemalu. Raja Rom mengajak Indera Nata
pergi bersama-samanya.
7. Raja
Rom berasa malu ketika bertemu semula dengan isterinya.Tuan Puteri Cenderawati
menyindir suaminya, sepatutnya Raja Rom duduk bersama Si batu Kembar ketika
itu.Raja Rom mengaku kesilapan dan kebebalannya, lalu memohon maaf
berkali-kali. Tuan Puteri memaafkan suaminya dan mengikut suami dan anaknya
kembali ke Istana dengan menghelakan Jempana Emas(hal. 42).
8. Raja
Rom terlalu suka lalu member I sedekah emas keapada fakir dan miskin kemudian
rakyatnya itu mendoakan kesejahteraan dan keselamatan Raja Rom.
9. Kisah
Raja Mesir, Raja Iraq, Raja Siam, Raja Keling, dan Raja Peringgi mendapat
berita puteri-puteri mera berada di negeri Rom lalu bercadang mengambil semula
anak-anak mereka sekiranya gagal mereka bersepakat melancarkan perang.
10. Raja
Mesir menuju ke negeri Rom, bertemu raja-raja lain ditengah lautan. Semasa tiba
di Rom mereka dijemput untuk menghadap Raja Rom.Indera Nata berperahu kecil
menyambut mereka ditengah lautan. Semua raja tersebut kagum melihat keelokkan
rupa parasnya lalu tunduk member hormat.indera Nata memohon maaf dan bersedia
menyerahkan dirinya kerana telah merampas anak-anak raja tersebut dari Raksasa.
11. Perbuatannya
itu telah meredakan kemarahan raja-raja tersebut sebaliknya melahirkan rasa
kagum melihatkan keelokkan tingkah laku Indera Nata.
12. Indera
Nata membawa isteri-isterinya ke dalam Istana berjumpa dengan ayahanda
masing-masindg dan mereka bersuka ria selama tiga hari tiga malam.
13. Ayahanda
Si Batu Kembar yang murka dengan Indera nata yang menyebabkan kematian anaknya
datang menyerang Rom. Indera Nata bersedia untuk berperang dan Tuan Puteri
Cendera Kesuma memberi Batu Gemala Kesaktian kepada suaminya.Kemudian Indera
Nata masuk ke hutan lalu bertemu sebuah gunung yang besar dan tinggi, tempat
tinggal raksasa. Peristiwa penting(m/s 48)-Indera Nata mengajak anak-anak raja
menggolekkan batu yang ada diatas gunung kebawah supaya raksasa yang tidur
terus terjaga dan keluar dari gunung.
14, Indera
Nata bertemu dengan raksasa.Raksasa terlalu suka kerana menyangkakan akan dapat
menewaskan Indera Nata. Selepas itu, berlaku pertarungan antara Indera Nata dan
raksasa. Raksasa terlalu marah kepada Indera Nata lalu menangkap dan memamahnya
tetapi gigi raksasa merasa ngilu sebaliknya Indera Nata tidak tercedera
sedikitnya.Raksasa mengeluarkan Indera Nata daripada mulutnya lalu
menghempaskannya kepada batu gunung, batu pecah berhamburan, tubuh Indera Nata
juga dibaling ke gunung, gunung pula pecah.Indera Nata pengsan dan anak-anak
raja semuanya menangis.Apabila Indera Nata tersedar semula beliau menampar pipi
raksasa, rakasasa pengsan lalu dirantai oleh Indera Nata.Raksasa berusaha
melepasakan diri daripada rantai lalu diberi peringatan oleh inderata Nata
bahawa Allah S.W.T lebih memuliakan manusia daripada jin dan Syaitan (hal. 51).
15 Indera
Nata membawa balik raksasa ke istana Rom dan Raksasa mati dibunuh (hal. 53). Indera
Nata mahu menyerahkan semula isteri-isterinya kepada ayahanda mereka masing-masing tetapi puteri dan ayahanda keberatan meninggalkan suaminya. Semua
raja membatalkan niat untuk membawa balik puteri-puteri mereka dan memberi
nasihat kepada anak-anak puteri sebelum balik ke negeri masing-masing.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.