Sasterawan Negara Arena Wati
Sejak berlabuh di Singapura setengah abad yang lalu,
bermulalah pelayaran hidup Arena Wati dalam dunia penerbitan dan penulisan.
Pengalaman hidupnya yang sebelum ini banyak dihabiskan di laut lepas menjadi
bahan kepada Arena Wati untuk berkarya. Dengan menggunakan ketajaman akal
fikiran hasil pandangan yang luas selepas menongkah gelombang meredah samudera
biru, pengalamannya dalam kehidupan digambarkan dengan tulisan mata pena di
hamparan kertas. Oleh itu lahirlah ilham nukilan beliau yang dapat
menyemarakkan bangsa dan mendaulatkan bahasa.
Arena Wati menelusuri dunia penulisan dengan menghasilkan novel, cerpen, puisi dan wacana yang mencakupi pelbagai ilmu tentang kehidupan. Beliau melontarkan idea, menyuarakan pandangan dan membangkitkan kelesuan berasaskan pena ditangan dan lembaran kertas. Ketika itu lahirlah karya beliau berjudul Kisah Tiga Pelayaran yang diterbitkan di Singapura pada Tahun 1959. Perincian Arena Wati dalam novelnya tiada setara dengan sesiapa pun malah dianggap asli hasil garapan ilmu pengetahuan yang ditimbanya sepanjang menjadi seorang pelaut.
Kerjaya awalnya dalam bidang penerbitan bermula apabila bertugas sebagai editor (Oktober 1954-Oktober 1957) bagi majalah-majalah terbitan Royal Press seperti Hiboran dan Hiboran Filem; dan Harmy di Singapura. Ruangan sidang pengarang dalam Hiboran adalah titik pertama yang menjadikan beliau seorang penulis, pengkritik dan penilai aktiviti semasa dalam dunia penerbitan. Kemudian Arena Wati menjawat jawatan Timbalan Pengurus Percetakan Penerbit Melayu Limited (November 1957-Julai 1961) di Johor Bahru dan seterusnya bertugas sebagai editor di Pustaka Antara Kuala Lumpur selama 12 tahun (Oktober 1962-Januari 1974).
Kemunculan Arena Wati dalam kelompok
penulis-penulis awal telah sama-sama membangkitkan kerancakan kemerdekaan
seperti yang telah dilaungkan oleh golongan nasionalisme Melayu. Beliau bergaul
dengan semua lapisan masyarakat, pelbagai peringkat usia dan dalam arena yang
berbeza-beza. Secara tidak langsung hal ini telah mencambahkan lagi idea dan
pemikiran Arena Wati dalam menghasilkan penulisan yang dapat melakar pergerakan
masa dan peristiwa semasa.
Arena Wati atau nama sebenarnya Muhammad Dahlan Bin Abdul Biang dilahirkan pada 30 Julai 1925 di Kalumpang, Kabupaten Jeneponto,
Pengalamannya yang luar biasa sebagai pelaut banyak memberinya ilham dalam berkarya dan meningkatkan lagi kemampuan beliau dalam bidang penulisan khasnya untuk menghasilkan novel dan cerpen yang baik. Kerjaya beliau di laut lepas bermula sebagai kerani muatan dan kewangan perahu penisi (Mei 1942-April 1943) yang berpangkalan di Singapura seterusnya menjadi nakhoda (Mei 1943-Ogos 1945). Kemudian beliau bertugas sebagai taikong kapal kayu (Januari 1946-Mei 1948), jurumudi (Jun 1948-April 1950) dan nakhoda panisi di sekitar perairan Sulawesi-Makasar yang berpangkalan di Makasar. Kerjaya terakhir beliau di lautan ialah sebagai Pegawai Perancang Harian Dinas Angkutan Angkatan Darat Teritorium VII (Januari 1952-Jun 1954) di Makasar yang mengelola pengiriman pasukan dan logistik dari Makasar ke seluruh Sulawesi, Bali, Kalimantan Timur, Nusa Tenggara, Maluku Selatan dan Maluku Utara.
Hasil kerja keras dan penulisannya yang tidak pernah
jemu, Arena Wati telah menerima beberapa anugerah seperti SEA Write Award,
Thailand (1985); Anugerah Sasterawan Negara, Malaysia (1987); Anugerah MASTERA
1, Brunai (2003); dan Anugerah Doktor Persuratan, Universiti Kebangsaan
Malaysia (2003). Beliau juga pernah menjadi Karyawan Tamu di Institut Bahasa,
Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (IBBKM), Universiti Kebangsaan Malaysia (Februari
1986-Mei 1990). Sebelum itu, beliau pernah menjadi felo di University of
Cornell, Amerika Syarikat (Julai 1983-Januari 1984); University of Leiden,
Holland (Februari-Jun 1984); dan University of Kyoto, Jepun (Julai 1984-Januari
1985).
Arena Wati adalah seorang insan yang gemar mengembara, meninjau negeri orang, melihat dan menyelongkar isi alam. Pengembaraannya telah mencakupi seluruh nusantara dan seantero benua kecuali Afrika. Benarlah, jauh perjalanan, luas pemandangan dan banyaklah pengalaman yang telah dimanfaatkan oleh beliau. Semuanya dikongsi bersama oleh Arena Wati dengan khalayak menerusi tulisan-tulisannya yang bersifat antarabangsa.
Arena Wati turut menggunakan beberapa nama pena lain seperti Duta Muda dan Patria bagi mewarnai arena penulisan. Beliau menyemarakkan dunia penulisan dalam pelbagai genre termasuk fiksyen dan akademik. Sehingga kini, beliau telah menghasilkan lebih daripada 50 judul buku dengan lebih 200 buah cerpen, 3 drama di samping puisi dan wacana yang tidak terhitung jumlahnya.
Seorang sasterawan yang berjiwa besar adalah seorang intelektual. Naratifnya sentiasa diilhami oleh matahati dan kalbunya yang luhur serta jujur. Tenaga kepengarangan dan kreatifnya begitu perkasa dalam membisikkan pemikiran inteleknya menerusi pelbagai genre sastera. Dia berupaya mengangkat semangat dan martabat bahasa dan kebudayaan bangsanya, dan meletakkannya di atas singgahsana peradaban dunia. Dia menukilkan naratif perjuangan bangsanya ketika mereka bangkit meruntuhkan penjajahan. Dia meniupkan semangat kebangsaan dalam perjuangan mencapai kemerdekaan ibu pertiwinya. Dia juga mencatatkan pelbagai episod suka duka zaman kemerdekaan nusa dan bangsanya.
Muhammad Dahlan bin Abdul Biang, ialah seorang sasterawan
berjiwa besar dan seorang intelektual. Dia lebih dikenali dengan nama penanya,
iaitu Arena Wati. Beliau dilahirkan pada 30 Julai 1925 di Makasar , Indonesia .
Anak keturunan Bugis ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Belanda di
Makasar antara tahun 1935-1942. Apabila Perang Dunia Kedua meletus dan
persekolahannya terhenti, beliau mengambil keputusan menjadi seorang pelaut.
Selama kira-kira lapan tahun, sehingga ke tahun 1950, sebagai seorang pelaut yang kapalnya singgah dari satu pelabuhan ke satu pelabuhan, beliau berkesempatan memerhati dan mempelajari kebudayaan Melayu di Nusantara.
Setelah berhenti dari pekerjaannya sebagai pelaut, beliau melanjutkan pelajarannya di Sekolah Menengah Islam dan Sekolah Menengah Atas di Makasar sehingga 1951.
Kira-kira 50 tahun lampau, Arena Wati mula menceburkan diri dalam bidang penulisan kreatif ketika bekerja dengan syarikat penerbit di Singapura,
Pada 1974, Arena Wati yang telah pun menjadi rakyat Malaysia, ditawarkan pekerjaan sebagai Pegawai Penyelidik, merangkap Ketua Jabatan Perancangan dan Penyelidikan di Yayasan Sabah. Jawatan ini disandangnya selama 12 tahun. Di Yayasan Sabah, beliau telah membangunkan sebuah perpustakaan yang kini boleh dianggap sebagai sebuah perpustakaan umum yang cukup baik di
Setelah menamatkan perkhidmatannya di Yayasan Sabah, beliau dilantik menjadi Karyawan Tamu dan pensyarah di Fakulti Sains Pembangunan, Universiti Kebangsaan Malaysia, cawangan Sabah, antara Mac 1986 hingga April 1988. Setelah itu beliau dilantik pula sebagai Karyawan Tamu di Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi, hingga April 1990. Sejak itu, hinggalah kini ketika usianya telah menjangkau 78 tahun, beliau telah bersara daripada sebarang jawatan rasmi, tetapi menumpukan seluruh jiwa raganya untuk berkarya sepenuh masa.
Arena Wati menumpukan penulisan kreatifnya dalam genre
novel, cerita pendek (cerpen), kajian sastera, esei dan puisi. Sehingga kini,
beliau telah menghasilkan sebanyak 24 buah novel, 87 buah cerita pendek, 6 buah
antologi cerpen, 23 esei dan kritikan sastera, 9 buah buku kajian sastera, 12
buah puisi dan sebuah autobiografi. Jika dijumlahkan bilangan halaman kertas
hasil tulisannya yang telah diterbitkan, jumlahnya ialah kira-kira 18,000
halaman.
Novel pertama karya beliau yang diterbitkan bertajuk Kisah Tiga Pelayaran, diterbitkan di Singapura pada 1959. Sejak itu, beliau terus berkarya tanpa hentinya. Beberapa buah novel hasil karyanya telah mendapat pengiktirafan tinggi di Malaysia. Novel Lingkaran yang terbit pada 1962 telah memenangi hadiah pengiktirafan dalam Peraduan Mengarang Novel anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel Sandera yang terbit pada 1971 telah memenangi hadiah pengiktirafan dalam Sayembara Menulis Novel 10 Tahun Merdeka, juga anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel Panrita yang terbit pada 1993 telah memenangi Hadiah Sastera
Cerpen pertamanya yang bertajuk “Impian dan Kenyataan” diterbitkan oleh majalah Pedoman Rakyat pada 1952. Sebahagian besar daripada cerpennya telah diterbitkan dalam enam buah antologi. Beberapa buah cerpen Arena Wati juga telah memenangi hadiah tertentu.
Dalam bidang penulisan esei, kritikan dan kajian sastera, Arena Wati terlibat dalam wacana akademik secara serius. Penulisan beliau memperlihatkan daya kesarjanaan dan intelek yang tinggi kerana keupayaannya mengupas pelbagai isu kesusasteraan Melayu dan antarabangsa secara teoritis dan berparadigma tertentu.
Sebagai seorang sasterawan dan pengkaji sastera Melayu yang serius, hasil usaha Arena Wati diiktiraf di peringkat antarabangsa. Ketika menjadi felo di Universiti Cornell, beliau diterima dengan penuh hormat oleh para ilmuan Amerika Syarikat yang mempunyai kepakaran dalam kajian Melayu dan Nusantara. Dalam novelnya Bunga Dari Kuburan (1987), yang mengisahkan pengalamannya di Amerika Syarikat, Arena Wati turut menukilkan perwatakan beberapa orang profesor Barat yang dikenalinya ketika itu. Dalam novel ini, jalan pemikiran dan sikap para cendekiawan Barat tersebut, dan pemikiran para pelajar siswazah dari Asia Tenggara yang berada di Universiti Cornell ketika itu, diadun ke dalam satu naratif fiksyen pasca kolonial dan pascamoden yang cukup baik. Dalam novelnya Kuntum Tulip Biru (1987), Arena Wati membawa pembacanya ke dalam kehidupan dan pemikiran beberapa orang intelektual Eropah yang bertugas di universiti
Menerusi tiga novel ini, buat kali pertama dalam sejarah kesusasteraan Melayu dan Nusantara, seorang tokohnya, iaitu Arena Wati, berwacana mengenai beberapa aspek pemikiran dan nilai masyarakat Amerika Syarikat, Belanda dan Jepun sambil meletakkannya ke dalam fiksyen tertentu, menerusi paradigma pascamoden, pasca kolonial, dan feminisme. Hal ini telah memulakan, secara serius, pembinaan perspektif baru bagi naratif kesusasteraan Melayu yang berupaya keluar daripada kepompong Melayu Nusantara, dan berupaya menyingkap rahsia minda dan nilai kebudayaan asing. Seperti yang kita tahu, sasterawan Barat telah sekian lama menghasilkan naratif kita, naratif masyarakat Dunia Ketiga, daripada kacamata Orientalisme mereka, sehingga telah melahirkan wacana ilmu kolonial yang memperkecilkan minda Dunia Ketiga. Zaman ini, zaman pasca kolonial ini, kita mengalu-alukan pemerkasaan ilmu lokal, dan bagi kita, ilmu lokal ialah ilmu Nusantara, yang maha penting untuk merongkaikan dominasi ilmu kolonial. Hanya sasterawan yang berjiwa besar, intelektual, dan faham tentang perlunya memartabatkan ilmu lokal, ilmu Melayu Nusantara, yang jujur sahaja yang dapat memikul tugas yang maha berat ini. Arena Wati telah menunjukkan jalan baru yang harus diikuti oleh sasterawan Melayu Nusantara lainnya.
Menerusi novelnya Sukma Angin (1999), Arena Wati membawakan naratif pascamoden, iaitu satu kondisi sosio-budaya pelbagai kumpulan etnik dan ras yang terdapat di kalangan komuniti pelaut di Nusantara, pada zaman akan terjadinya Perang Dunia Kedua. Menerusi kisah kehidupan sebuah kapal dagang milik orang Melayu yang bernama Sukma Angin ini, Arena Wati menobatkan prinsip hidup saling bantu-membantu dalam kondisi budaya Nusantara yang plural ketika itu. Menerusi nukilannya ini, kita dapat mengesan tanggapan teoritis Arena Wati bahawa kepelbagaian etnik, ras dan budaya adalah asas yang melahirkan kondisi pascamoden, dahulu dan sekarang. Ini adalah tanggapan pascamoden yang lebih realistik daripada sudut pandangan budaya Melayu Nusantara.
Hanya jauharilah yang mengenal manikam. Demikianlah para jauhari yang mengenali Arena Wati, sebagai permata sastera dan intelektual Melayu Nusantara, telah menganugerahkannya dengan beberapa kehormatan. Pada 1975 beliau telah dianugerahkan pingat Ahli Mangku Negara oleh Yang Dipertuan Agung, bagi pihak Kerajaan
Sesungguhnya, hasil naratif sasterawan yang berjiwa besar dan intelektual, seringkali menjadi pemangkin kepada pemikiran, dialog serta perdebatan paradigma yang berpanjangan zaman berzaman. Inilah yang kita pelajari daripada Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah dan karya-karya besar Melayu lainnya. Kita sesungguhnya mempelajari daya intelek dan pemikiran Melayu menerusi hasil karya Arena Wati.
Arena Wati yang kita kenali ini ialah:
Tingginya dia di persada budaya,
Raganya
menugal impian perkasa;
Jauhari yang mengenal
kaca permata,
Zaman
berzaman masyhur namanya.
Comments
Post a Comment