Kajian Puisi Melayu Moden
AKAR(Hilmi
Rindu)
MAKSUD
Rangkap 1
Penyajak menyatakan bahawa ibu bapa merupakan orang
yang sangat penting dalam hidup bukan sekadar bergantung ketika senang mahupun
susah malahan lebih daripad itudan tanpa mereka seseorang itu tidak akan lahir
di dunia.
Rangkap 2
Ibu bapa merupakan penentu dalam kehidupan
seseorang walaupun jasa mereka sering dilupakan tetapi merekalah yang mendidik
seseorang itu dengan sempurna.
Rangkap 3
Penyajak berharap anak-anak sentiasa mencurahkan
kasih dan sayang seperti mana ibu bapa mencurakan kasih sayang terhadap
anak-anak mereka.Ibu bapa tidak akan pernah lupa untuk memberi kasih sayang
kepada anak-anak mereka.
Rangkap 4
Ibu bapa merupakan orang yang sangat penting dalam
kehidupan setiap anak,tanpa mereka sudah pasti kehidupan anak-anak tidak akan
sempurna.Ibu bapa bukan sekadar tempat kita bergantung walaupun mereka tidak
pernah mengharap sebarang balasan daripada anak-anak mereka.
MAKSUD
KESELURUHAN
Penyajak menyatakan tanggungjawab dan peranan ibu
bapa menjaga dan membesarkan anak-anak. Ibu bapa ibarat akar pokok. Tanpa ibu
bapa, kita tidak akan wujud di dunia ini. Mereka bertanggungjawab memberikan
kesempurnaan dalam hidup anak-anak.
TEMA
Tanggungjawab/peranan ibu bapa dalam kehidupan anak-anak.
Contoh: Ibu bapa bukan sekadar melahirkan zuriat, malahan mereka
bertanggungjawab mendidik anak-anak dengan sempurna dan memberikan kasih sayang
sebaiknya/ Rangkap
ibu bapa
bagi kita adalah penentu kewujudan
meskipun tidak dikenang
merekalah yang menyempurnakan
jalan.
PERSOALAN
Persoalan tentang peranan ibu bapa dalam hidup
seorang anak.
Contoh : ibu bapa adalah tunjang yang paling dalam
Persoalan tentang ibu bapa yang tidak pernah
mengharap sebarang balasan daripada anak-anak.
Contoh : meskipun
tidak dikenang
merekalah yang
menyempurnakan jalan
Persoalan
tentang kasih sayang seorang anak terhadap ibu bapa.
Contoh
: anak-anak yang dikasihi
Kasihilah ibu
bapa sebagaimana mereka
Mengasihi
Persoalan tentang nasihat kepada anak-anak
Contoh:
anak-anak yang dikasihi
kasihilah ibu bapa sebagaimana mereka
mengasihi
BENTUK
Terdiri daripada 4 rangkap
Bilangan baris dalam rangkap tidak sama.
R1 : 4 baris
R2 : 6 baris
R3 : 8 baris
R4 : 7 baris
Bilangan Perkataan dalam setiap baris tidak sama –
antara 1 hingga 7 perkataan.
Contoh : mengasihi (1 perkataan)
Ibu bapa bagi
kita dalah penentu kewujudan (7 perkataan)
Bilangan suku kata dalam sebaris tidak sama –
antara 4 hingga 18 suku kata.
Contoh : me/nga/si/hi (4 suku kata)
I/bu/ ba/pa
ba/gi ki/ta a/da/lah pe/nen/tu ke/wu/ju/dan (18 suku kata)
Rima akhir bagi setiap rangkap tidak sama.
R1 abcc
R2 abbaca
R3 ababacbb
R4 aabcada
Kesimpulannya sajak ini berbentuk bebas
GAYA BAHASA
Asonansi
Contoh : ibu bapa adalah akar hidup kita
(pengulangan vocal ‘a’)
Aliterasi
Contoh :meskipun tidak dikenang (pengulangan
konsonan ‘k’)
Metafora. Contoh : akar hidup
Diksi : perkataan berganda : contoh – anak-anak
Anafora
Contoh : mereka
bukanlah sekadar tangga atau titian
mereka malah member tanpa mengharap
Imejan. Contoh : akar / pohon
NADA
Melankolik Contoh : anak-anak yang dikasihi
kasihilah ibu bapa sebagaimana mereka
mengasihi
PERASAAN/SIKAP
PENYAIR
Perasaan kasih
contoh : kasih sayang ibu bapa kepada anak-anak
tidak terbatas.
Perasaan simpati
contoh : mereka
tidak meninggalkan sedikitpun
kecuali rasa kasih dan saying mereka
Sikap bertanggungjawab. Ibu bapa bertanggungjawab
membesarkan anak-anak dengan
kesempurnaan.
Sikap penyayang. Ibu bapa menyayangi anak-anak
tanpa mengharap balasan.
Sikap baik hati. Ibu bapa membesarkan anak-anak
tanpa mengharap sebarang balasan.
NILAI
Kasih sayang
Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak.
Tanggungjawab
Tanggungjawab ibu bapa untuk membesar dan mendidik
anak-anak dengan sempurna.
Mengenang jasa
Anak-anak seharusnya mengenang jasa ibu bapa yang
telah mendidik dan membesarkan mereka.
PENGAJARAN
Kita mestilah menghormati ibu bapa
Kita mestilah menyayangi ibu bapa
Kita mestilah menghargai pengorbanan ibu bapa
Kita janganlah mengabaikan tanggungjawab sebagai
ibu bapa
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.