PENGGILAP REZEKI
(MOHD HASHIM OSMAN)
MAKSUD
Rangkap 1
Penyajak menggambarkan keadaan seorang kanak-kanak
miskin yang menarik perhatian orang ramai di celah-celah kesibukan
masyarakat. Kanak-kanak itu sedang
menyandang sebuah peti kecil, namun dia bukanlah seorang pengemis jalanan.
Walaupun demikian, dia bersedia memberikan perkhidmatan kepada sesiapa yang
memerlukan. Dia juga bukanlah seorang
pencopet / penyeluk saku yang diburu oleh pihak berkuasa, sebaliknya
mengharapkan pengertian masyarakat sekeliling.
Rangkap 2
Kanak-kanak itu melaungkan perkhidmatan mencuci
sepatu. Ini menggambarkan bahawa
kanak-kanak itu tidak berasa malu untuk mencari rezeki walaupun terpaksa
mencuci sepatu dari sepasang kaki ke sepasang kaki. Kerja tersebut dilakukan dengan penuh
kesungguhan demi mendapatkan rezeki bagi menampung perbelanjaan persekolahan
serta keperluan seharian. Si pemilik
kasut berasa puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.
Rangkap 3
Ketika melakukan pekerjaan tersebut, kanak-kanak
itu lebih merasa bimbang dengan keadaan
kasut dan harga kasut pelanggannya daripada memikirkan tentang seliparnya
sendiri yang telah terkoyak.
Rangkap 4
Kanak-kanak itu tidak terhindar daripada herdikan
dan hinaan masyarakat sekeliling, malah semua hinaan itu menguatkan lagi
semangatnya untuk meneruskan perjuangan hidup sebelum malam menjelma.
Rangkap 5
Pada waktu-waktu tertentu, kanak-kanak itu
menyimpan azam untuk menjadi seorang imigran dengan berhijrah mencari rezeki
lebih lumayan di negara jiran. Di negara
lain, kanak-kanak yang sebangsa dan sebaya dengannya tidak pernah mengenali
berus penggilap walaupun untuk kasutnya sendiri.
MAKSUD
KESELURUHAN
Sajak ini menggambarkan kehidupan kanak-kanak kecil
yang terpaksa mencari rezeki dengan menjadi seorang penggilap kasut. Dalam usahanya mencari rezeki, dia berhadapan
dengan pelbagai rintangan dan dugaan.
Walaupun dihina dan diherdik oleh masyarakat sekeliling, dia tidak pernah
patah semangat malah hinaan dan herdikan
itu ibarat simbahan baja yang menguatkan lagi semangat perjuangannya.
Upah yang diterima merupakan rezeki untuk menampung keperluan seharian dan
menjadi bekalan untuk perbelanjaan persekolahan. Kanak-kanak tersebut menyimpan hasrat untuk
berhijrah ke Negara jiran bagi mendapatkan rezeki lebih lumayan.
TEMA
Perjuangan untuk meneruskan kehidupan. Seorang kanak-kanak terpaksa berjuang mencari
rezeki untuk diri sendiri dengan menggilap kasut. Pelbagai dugaan yang dihadapi
dalam usaha meneruskan perjuangan mencari rezeki tidak mematahkan semangatnya.
PERSOALAN
Persoalan
kemiskinan
Contoh : Sekujur
kecil bersalut kemiskinan
Persoalan
kegigihan
Contoh : itulah
suara kegigihan
Persoalan
cabaran / dugaan dalam kehidupan
Contoh : herdik
perli adalah simbahan baja
Persoalan
kesedaran tentang kepentingan pelajaran
Contoh : menyinar ruang
sekolahan hari esok
Persoalan
kesedaran / keinginan untuk mengubah nasib
Contoh : menabung
azam mahu jadi imigran menggali emas di bumi seberang
Persoalan kesenangan
hidup kanak-kanak di negara lain
yang
anak-anak
sebangsa dan sebayanya
tak pernah kenal berus penggilap
walau untuk sepatu sendiri
GAYA
BAHASA
Asonansi
Contoh : yang
anak-anak sebangsa dan sebayanya
Aliterasi
Contoh : yang
menyuburkan ladang perjuangan
Kata ganda
Contoh :
waktu-waktunya / anak-anak / celah-celah
Dialek Indonesia
Contoh : Semir
sepatu, pak! Semir sepatu, bu!
Perulangan frasa
Contoh : dari
sepasang kaki ke sepasang kaki
Kiasan / perbandingan terus
Contoh : ladang
perjuangan / gubuk kelaparan / suara
kegigihan
Personifikasi
Contoh sebelum
malam bertandang
itulah suara kegigihan
Sinkof
Contoh : bu / pak / tak
Inversi
Contoh : rabik
selipar
Perulangan baris
Semir sepatu, pak!
Semir sepatu, bu
BENTUK
Mempunyai 5 rangkap.
Setiap rangkap mempunyai jumlah baris yang tidak sama / tidak sekata
Contoh :
Rangkap 1 mempunyai 8 baris
Rangkap 1 mempunyai 8 baris
Rangkap 2 mempunyai
9 baris
Rangkap 3
mempunyai 4 baris
Rangkap 4 mempunyai
4 baris
Rangkap 5 mempunyai
6 baris
Jumlah perkataan dalam sebaris adalah tidak sekata,
antara 3 hingga 7 patah perkataan
Contoh : tapi
menagih pengertian
dia lebih
khuatir pada kulit dan harga
Jumlah suku kata dalam sebaris adalah tidak sekata,
antara 8 hingga 15 suku kata
Contoh : se/be/lum ma/lam
ber/tan/dang
da/ri/pa/da ra/bik
se/li/par di/ ka/ki sen/di/ri
Rima akhir tidak sekata / sama
Contoh :
Rangkap 1 : abcdbbbb
Rangkap 1 : abcdbbbb
Rangkap 2 : abcdeefge
Rangkap 3 :
abcd
Rangkap 4 : abcd
Rangkap 5 : abcde
Keseluruhan bentuknya adalah bebas
NADA
Melankolik. Mengambarkan
perasaan simpati penyajak apabila melihat seorang kanak-kanak terpaksa bekerja
sebagai penggilap kasut demi
mendapatkan rezeki bagi menampung
keperluan seharian dan belanja persekolahan.
Contoh: sekujur kecil bersalut kemiskinan
melaung perhatian minta didekati
NILAI
Kegigihan mencari rezeki
Contoh : itulah
suara kegigihan
Ketabahan
menghadapi cabaran / dugaan dalam kehidupan
Contoh : herdik
perli adalah simbahan baja
Simpati
melaung perhatian minta didekati
Bertanggung jawab
Contoh : dia
lebih khuatir pada kulit dan harga
sepatu di kaki orang lain
Kesedaran tentang kepentingan pelajaran
Contoh : menyinar
ruang sekolahan hari esok
Kesedaran / keinginan untuk mengubah nasib
Contoh : menabung
azam mahu jadi imigran
menggali emas di bumi seberang
UNSUR BUNYI
Asonansi
Contoh : daripada
rabik selipar di kaki sendiri
menggali emas di bumi seberang
Aliterasi
Contoh : menabung
azam mahu jadi imigran
Rima akhir tidak sekata / sama
Rangkap 1 : abcdbbbb
Rangkap 2 : abcdeefge
Rangkap 3 : abcd
Rangkap 4 : abcd
Rangkap 5 : abcdef
SIKAP DAN
PERASAAN
Gigih mencari rezeki
Contoh : itulah
suara kegigihan
Tabah / cekal
dalam perjuangan menghadapi dugaan daripada masyarakat sekeliling
Contoh : herdik
perli adalah simbahan baja
yang menyuburkan ladang perjuangan
Tidak malu untuk melakukan pekerjaan / mencari
rezeki
Contoh : dia
merungkai segala rasa malu
dari sepasang kaki ke sepasang kaki
Bertanggung jawab terhadap keselamatan kasut
pelanggan
Contoh : dia
lebih khuatir pada kulit dan harga
sepatu di kaki orang lain
Sedar / Kesedaran tentang kepentingan pelajaran
Contoh : menyinar
ruang sekolahan hari esok \
Bercita-cita untuk mengubah nasib dan keadaan hidup
yang diselubungi kemiskinan dan
kesusahan dengan berhijrah ke tempat baru
Contoh : Waktu-waktunya, dalam diam anak itu
menabung azam mahu jadi imigran
menggali emas di bumi seberang
PENGAJARAN
Kita haruslah tabah dan bersemangat dalam menjalani
dugaan hidup
Contoh : itulah
suara kegigihan
Kita hendaklah bersimpati dengan nasib orang lain
Contoh : sekujur
kecil bersalut kemiskinan
melaung perhatian minta didekati
Janganlah kita mengherdik atau memperli keadaan dan
nasib orang lain yang lebih susah daripada kita.
Contoh : Herdik
perli adalah simbahan baja
Kita hendaklah mempunyai kesedaran untuk maju dalam pelajaran.
Contoh : menyinar ruang
sekolahan hari esok
Kita
hendaklah bersedia melakukan apa jua pekerjaan yang halal tanpa rasa malu
Contoh : dia
bukan pengemis jalanan
tapi menjual perkhidmatan
dia bukan pencopet buruan
tapi menagih pengertian
Kita seharusnya mempunyai cita-cita untuk mengubah
nasib masa depan ke arah lebih baik.
Contoh : Waktu-waktunya, dalam diam anak itu
menabung azam mahu jadi imigran
menggali emas di bumi seberang
nma ayh sy bukan Mohd Hashim tp Mohd Hashim Osman... tq :)
ReplyDeleteterima kasih atas pembetulan diberikan
Deletemaaf atas kesilapan