Soalan Percubaan SPM 2012 (Kelantan)
Bahagian
Satu
(40
markah)
Jawab semua soalan
1. Hendaklah jadi kepala,
buang perangai yang
cela.
Hendaklah memegang
amanat,
buanglah kianat.
( Dipetik daripada Seuntai Kasih Secebis Harapan )
a) Apakah jenis puisi di atas. (2
markah)
b) Huraikan satu pengajaran
yang terdapat dalam puisi di atas. ( 2 markah )
2. Syahadan,maka dicitanya
nama gurunya Bakawan Narada, maka keluarlah jin keempat orang akan pahlawan
daripada sekalian jin yang amat banyak itu. Maka jin itu pun datanglah menyembah
Putera Jayapati. Maka sembahnya, "Ya tuanku, apa pekerjaan tuanku
memanggil patik ini dan musuh yang mana hendak disuruh patik melawan? Maka
sangatlah ingin rasanya patik hendak berperang". Maka kata Putera
Jayapati,
"Hai saudaraku,lawanlah akan
hulubalang Raja Gangga Wijaya yang di bawah mahligai
ini'.
( Dipetik daripada Hikayat Putera
Jayapati, Seuntai Kasih Secebis Harapan
)
Huraikan dua unsur cerita
panji dalam petikan di atas. ( 4 markah )
3. Maka kata naga itu, "Ya
Tuanku Raden Kesuma Ningrat, ambillah di dalam telinga patik ini". Maka diambil oleh Raden Kesuma Ningrat dua
biji telur itu maka dikasikan kepada tuan puteri satu biji dan kepada Raden
Kesuma Wati satu biji. Maka ia pun kembalilah, maka kata Raden Kesuma Ningrat,
"Hai landak putih kedua, pergilah engkau pulang dapatkan singa, katakan
aku hendak pulang". Maka pergilah landak itu.
( Dipetik daripada Hikayat Cendawan Putih, Seuntai Kasih Secebis Harapan )
Jelaskan dua nilai moral yang
terdapat dalam petikan diatas. ( 4 markah )
4. Pengalaman adalah payung
ketabahannya
menempuh hujan ujian
yang tajam
keredaan adalah bekal
usahanya
merempuh hutan beban
yang kelam.
(Dipetik daripada sajak Sketsa
Pengemis Kecil Pada Landskap Kota Raya, karya Chulan Chin )
Nyatakan dua persoalan dalam
puisi di atas. (4 markah)
5. HULUBALANG : Ampun, tuanku.
Lekas berundur, tuanku. Askar-askar Feringgi
mencari tuanku di keliling Kota
Melaka. Mereka sangat zalim dan kejam. Ramai orang
kita ditawan dan dibunuhnya. Semua masjid dan madrasah dibakar. Lekas
berundur dari sini, tuanku. (SULTAN MAHMUD terdiam sejurus dan
tunduk termenung sambil memandang permaisuri dan sekaliannya). Kita semua
terpaksa berundur,
tuanku. Tapi....tapi, Datuk Bendahara
dengan orang-orangnya masih berdegil menentang di luar kota...
( Dipetik daripada drama Bendahara Tepok oleh Shaharom Husain )
Jelaskan dua latar masyarakat
dalam petikan drama di atas. (4 markah)
6. IMRAN : (Suara putus-putus) Sabar,
Asma. Jangan putus asa. Bawa mengucap.
Mereka
bawa kita ke hospital ni. Engkau akan sembuh cepat,
Percayalah.
Aku pun sakit juga, luka-luka. Maaf ya, Asma. lni semua
salah
aku, tak dengar nasihat kau. Aku menyesal, tapi apa boleh buat,
perkara
sudah terjadi
( Dipetik daripada drama Menggapai Pelangi oleh Taha Abd Kadir )
Jelaskan dua perwatakan
Imran dalam petikan drama di atas. ( 4 markah )
7. Deru angin yang menyentuh
seluruh badanku bagaikan menggerakkan segala sendi
pemalasku. Dingin.
Bagaikan kucing bangun tidur,aku menggeliat.Mengendurkan
otot-otot yang
tegang.Aku melepas pandang ke arah bukit bukau di sekitar rumahku.
Kabus pagi masih lagi
belum mahu membiarkan suria menonjolkan diri. Dingin
menghambat ke seluruh
tubuhku yang kurus
( Dipetik daripada cerpen Benar kata Ayah oleh Ria Asmira )
Berikan. dua gaya bahasa
beserta contoh yang terdapat dalam petikan cerpen di atas.
( 4 markah )
8. "Kau punya cita-cita, Rini?
'tanyaku sekadar mengalih tajuk perbualan.
"Ya. Aku ingin sekali menjadi seorang
doktor. Jika tercapai cita-cita itu nanti, tahulah
aku untuk mengubah nasib bangsaku.
Cuma kadang-kadang aku terasa, dalam hidup
seperti ini, mampukah itu dinamakan
cita-cita atau hanya tinggal angan-angan sahaja?'
Ada segarit senyuman tawar di sudut
bibir gadis itu.
( Dipetik daripada cerpen Di Bawah Langit Takut-takut oleh Amalia
Fauza Bohari )
Huraikan dua teknik penceritaan yang
terdapat dalam petikan di atas. ( 4 markah )
9. " Emak sebenamya ada masalah
berat dan tak tahu dengan siapa emak nak
berkongsi." Di
situ dia noktahkan ayatnya.
( Dipetik daripada novel Jeriji Kasih karya Ramlah Abd Rashid )
a) Siapakah Emak dalam
petikan di atas dan dialog itu ditujukan kepada siapa?
( 2 markah )
b) Apakah masalah berat yang dihadapi oleh emak
dalam petikan di atas? (2 markah)
10. Syed Mustafa senyum dan berpuas
hati dengan penerangan Anuariza. Dia mengakui
ketinggian ilmu agama anak muda itu.
Maghrib dan subuh tadi, dia mendengar laungan
azan yang begitu lunak dari masjid kampung. lbunya mengatakan Anuariza yang
melaungkan azan apabila masuk waktu solat. Sewaktu kenduri kesyukuran di rumahnya
malam semalam juga, Anuariza turut diberi kepercayaan berselawat ke atas Nabi
Muhammad SAW selepas imam kampung itu memulakannya.
( Dipetik daripada novel Jeriji Kasih karya Ramlah Abd Rashid )
Berikan empat unsur lslam
yang terdapat dalam petikan di atas. ( 4 markah )
Bahagian
Dua
( 60
markah )
Bahagian A
(Puisi Tradisional dan Prosa Klasik)
Jawab sama ada Soalan 1 atau
Soalan 2
1. Baca petikan puisi di bawah
dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Syair Pentingnya Menjaga Hubungan
Keluarga dan Persahabatan
Zahir peruntungan yang telah sejati,
Mendapat saudara handai sahabati,
Ahli kebajikan menyejukkan hati,
Setia amanah nyata dilihati.
Budi yang sama ikhlas mesra,
Menghabisi dukacita sengsara,
Bukan balas intan mutiara,
Melainkan rahmat dipohonkan segera.
Jatuh padanya itu sekalian,
Darjah kehebatan lagi kepujian,
Nur keelokan rahmat ketinggian,
Daripada itu hingga kemudian.
Kerana fakir tiada terkuasa,
Pada hamba lusuhlah jasa,
Budi yang ihsan dipohon sentiasa,
lkatan reda sama sebangsa.
Sesungguhnya tenang rasa fikirku,
Serta rahmat anugerah Tuanku,
Yang telah menghasilkan maksudku,
Memecahkan di hati yang terbuku.
( Dipetik daripada Seuntai Kasih Secebis Harapan )
a. Jelaskan tiga ciri bentuk syair di
atas. ( 6 markah )
b. Nyatakan tiga amalan
masyarakat dalam memupuk hubungan kekeluargaan dan persahabatan
yang terdapat dalam syair di atas. ( 6 markah )
c. Ciptakan dua rangkap syair yang bertemakan kasih
sayang. ( 8 markah )
2. Berdasarkan Hikayat Caya
Langkara, teks seuntai Kasih Secebis
Harapan:
a. Nyatakan empat kejayaan watak Caya
Langkara. ( 8 markah )
b. Jelaskan enam ciri cerita lipur lara
yang terdapat dalam hikayat ini. (12 markah)
Bahagian B
(Puisi Moden dan Drama)
Jawab sama ada Soalan 3 atau Soalan 4
3. Baca sajak di bawah dengan
teliti, kemudian, jawab soalan-soalan berikut
DI DADA MEREKA ADA
KHALID
Mereka tak pemah mengimpikan puja
sanjung
dan nama menggunung
di dada mereka ada Khalid
di tangan mereka pedang keberanian
di hati mereka berkubu keyakinan
seorang mati seribu lagi bingkas
mengipas bara perjuangan.
Perjuangan suci tak pernah tunduk
pada igau kematian
mati hanya mampu menumpaskan
pengecut
hidup hanya bererti buat yang berani
biar seribu tahun
perjuangan luhur jalannya berlumpur.
Di dada mereka ada Khalid
singa garang di padang juang
setiap hari akan mereka nantikan
musuh pulang mengusung walang
musuh walang mengusung keranda
teman.
SHAHRUNIZAM ABDUL TALIB
a. Jelaskan nada sajak di atas. ( 4 markah
)
b. Huraikan empat gaya bahasa yang
terdapat dalam sajak di atas. ( 8 markah )
c. Ciptakan sebuah sajak yang bertemakan perjuangan.
Bilangan baris sajak anda itu tidak kurang daripada lima belas baris. (8
markah)
4. Berdasarkan drama Dongeng Sang Puteri karya Wan Ahmad lsmail :
a. Jelaskan empat perwatakan
Puteri Lelawati Ayu . ( 8 markah )
b. Bincangkan tiga
pengajaran dalam drama .
( 6 markah )
c. Huraikan tiga latar
masyarakat.
( 6 markah )
Bahaglan C
( Cerpen dan Novel )
Jawab sama ada Soalan 5
atau Soatan 6
5. Berdasarkan cerpen Anak-anak Pejuang, karya Ghazali Lateh;
a. Huraikan tema cerpen tersebut. ( 4 markah )
b. Nyatakan empat peranan Pak
Denan dalam cerpen tersebut. ( 8 markah )
c. Jelaskan empat konflik batin
watak Pak Denan dalam cerpen tersebut. ( 8 markah )
6. . Berdasarkan novel Dari Lembah ke Puncak karya Ghazali
Lateh.
a. Jelaskan lima
bukti yang menggambarkan kegigihan Jalil dalam novel tersebut.
( 10 markah )
b. Huraikan lima persoalan yang terdapat dalam novel tersebut. (
10 markah )
Skema
Jawapan Peperiksaan Percubaan SPM 2012.
Bahagian Satu
1. a. gurindam
2 markah
b.i. Kita mestilah
menjauhi/membuang sifat/perangai yang buruk/tercela sekiranya hendak menjadi pemimpin/ketua.
Cth : Hendak jadi kepala,
Buang perangai yang cela
1+1m
ii. Kita mestilah memegang amanah yang diberi.
Cth: Hendaklah memegang amanat.
1+1m
iii. Kita hendaklah menjauhi perbuatan khianat.
Cth: buanglah khianat
1+1m
Mak:
2 markah
2. Unsur cerita panji
i. Watak
utama/watak-watak dari kalangan istana/putera- puteri raja
Contoh:
Putera Jayapati/Raja Gangga Wijaya.
1+1m
ii.Ada watak pembantu
Contoh: Jin keempat orang/Bakawan Narada.
1+1m
iii. Ada unsur sakti/luar biasa/dongeng/mitos
Contoh:
Putera Jayapati menyeru gurunya Bakawan Nara yang mengeluarkan pahlawan jin keempat/jin yang amat banyak.
1+1m
iv. Ada unsur peperangan
Contoh:
Pahlawan Jin keempa/rakyat jin/Putera Jayapati hendak berperang dengan Raja Gangga Wijaya.
1+1m
v. Latar tempat di alam nyata / ghaib
Contoh:
Di bawah mahligai.
1+1m
Mak: 4 markah
3. Nilai
moral/murni/kemanusiaan
i.Baik hati.
Contoh: Naga
menyuruh Raden Kesuma Ningrat mengambil dua biji telur
burung merpati di dalam telinganya
2m
ii.Keadilan.
Contoh: Raden Kesuma Ningrat memberikan sebiji
seorang telur burung
merpati putih kepada Tuan Puteri Pelinggam
Cahaya dan Raden Kesuma Wati
2m
iii. Kepatuhan/kesetiaan/ketaatan.
Contoh: Landak putih patuh/setia/taat kepada
Raden Kesuma Ningrat
yang menyuruhnya pergi memanggil singa kerana dia hendak pulang 2m
yang menyuruhnya pergi memanggil singa kerana dia hendak pulang 2m
Mak:
4 markah
4. Persoalan
i.Pengalaman hidup
2m
ii. Ketabahan menghadapi ujian
2m
iii.keredhaan menghadapi kesusahan/kesulitan
2m
Mak.
4 markah
5. Latar masyarakat :
i.Masyarakat berada dalam ketakutan.
2m
ii.Masyarakat rnenjadi mangsa / tawanan perang. 2m
iii.Masyarakat kehilangan harta benda 2m
iv.Masyarakat gigih/berani berjuang . 2m
v.Masyarakat taat kepada ketua/ raja.. 2m
vi.Masyarakat dalam keadaan huru hara menyelamatkan diri.2 m
vii.Masyarakat yang zalim/kejam. 2m
Mak. 4 markah
6. Perwatakan lmran
i. Seorang bersikap tenang.
2m
ii. Seorang yang mengakui kelemahan diri. 2m
iii.Seorang yang keras hati.
2m
iv.Seorang yang prihatin / mudah simpat 2m
v. Seorang yang mudah insaf..
2m
Mak. 4 markah
7. Gaya bahasa
i. Personifikasi 1m
Contoh: Deru angin menyentuh seluruh
badanku/Kabus pagi masih tagi
belum mahu membiarkan suria menonjokan diri/Dingin
menghambat ke seluruh tubuhku yang kurus. 1m
menghambat ke seluruh tubuhku yang kurus. 1m
ii. Simile.
1m
Contohnya: Deru angin.yang menyentuh
seluruh badanku bagaikan
menggerakkan segala sendi
pemalasku/Bagaikan kucing bangun tidur
aku menggeliat
1m
iii.Sinkof
Contohnya: badanku/ pemalasku. 1m
vi.Kata ganda
Contohnya: otot-otot 1m
Mak: 4 markah
8. Teknik penceritaan
i. Dialog.
1m
contohnya: " Kau punya cita-citra , Rini?
Tanyaku sekadar mengalih
tajuk perbualan.
1m
ii.lmbas muka.
1m
Contohnya: jika tertcapai cita-cita itu nanti,
tahulah aku untuk
menguba nasib bangsaku. 1m
menguba nasib bangsaku. 1m
iii.Teknik deskriptif/penghuraian. 1m
Contohnya: Ada segarit senyum tawar di sudut
bibir gadis itu 1m
9.
a. i. Solehah.
1m
ii. Anuariza.
1m
b. Memberi jawapan terhadap lamaran Syed Mustafa yang mahu
mengahwininya.
2m
Mak. 4 markah
10. Unsur lslam
i. Waktu-waktu dalam lslam/ subuh / maghrib. 1m
ii. Laungan azan. 1m
iii. Masjid / rumah ibadat dalam lslam. 1m
iv.Kenduri kesyukuran/ amalan hidup lslam 1m
v. Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW 1m
vi. Nama nabi/ Nabi Muhammad SAW 1m
vii. lmam / gelaran dalam lslam 1m
Mak: 4
markah
Bahagian Dua
Soalan 1
a. Bentuk
i. Berangkap
Contoh: Terdiri daripada lima
rangkap. 1+1m
ii. Jumlah baris setiap rangkap sama banyak/empat baris .
Contoh: R1 - R4.
1+1m
iii. Rima akhir sama/terikat/sekata.
Contoh:semua rangkap rimanya
aaaa 1+1m
iv. Jumlah perkataan sebaris tidak sama
banyak/di antara tiga hingga
lima perkataan..
Contoh: Menghabisi dukacita
sengsara ( tiga perkataan )
Budi yang sama ikhlas mesra ( lima perkataan). 1+1m
v. Jumlah suku kata sebaris tidak sama
banyak/di antara sembilan
hingga dua belas
Contoh: Bukan balas intan permata (
sembilan suku kata )
Zahir peruntungan yang telah sejati (dua belas suku kata)
1+1m
vi. Berbentuk terikat / tidak
bebas 2m
Mak:
6 markah
b. Amalan masyarakat.
i. Hubungan kasih
sayang/ kemesraan antara keluarga / sahabat
2m
ii. Selalu
tolong-menolong keluarga yang memerlukan.
2m
iii. Selalu
berhubung/bertanya khabar ahli keluarga 2m
iv. Sentiasa membuat
kebajikan 2m
v. Semangat setia
kawan. 2m
vi. Bersatu padu /
mengamalkan semangat perpaduaan. 2m
vii. Berbudi/ berbuat
jasa dengan ikhlas 2m
Mak:
6 markah
c. Mencipta Syair
i. Tema 2m
ii. Gaya Bahasa 2m
iii. Bentuk. 2m
iv. Kreativiti. 2m
Mak. 8 markah
Soalan 2.
a. Kejayaan-kejayaan watak Caya
Langkara
i. Berjaya mengambil kembang
kuma-kuma putih di puncak
gunung Mesir
2m
ii .Berjaya menyembuhkan penyakit
ayahandanya/Raja
Saiful Muluk.
2m
iii. Berjaya menyembuhkan penyakit
Raja Mesir.
2m
iv. Berjaya menyelamatkan diri
daripada dibakar/dibunuh oleh
Muqaddam dan Muqaddim di dalam gua. 2m
v. Berjaya membebaskan Muqaddam dan
Muqaddim/Tuan
Puteri Ra'na Kaseen
yang ditawan oleh Raja Peringgi. 2m
vi. Berjaya mendapatkan balik
kembang kuma-kuma putih yang
dirampas oleh
Raja Peringgi.
2m
vii.Berjaya berkahwin dengan Tuan
Puteri Ra'na Kaseen/Puteri
Raja Madinah. 2m
viii. Berjaya
menjodohkan/mengahwinkan bondanya/Tuan Puteri
Sekandrum
dengan Raja Madinah 2m
ix. Dilantik sebagai pengganti Raja
Madinah .2m
x. Berjaya menawan dan mengislamkan ajar-ajar/Raja Jin K2m
xi. Berjaya mengahwinkan Muqaddam
dengan Tuan Puteri Ratna
Dewi/Puteri
Raja Peringgi 2m
xii. Berjaya mengahwinkan Muqaddim
dengan Tuan Puteri Ratna
Dewi
Kemala/Puteri Raja Mesir
2m
Mak:
8 markah
b.Ciri-ciri lipur lara dalam Hikayat
Caya Langkara
i. Memaparkan suasana/keadaan
kehidupan putera-puteri raja,
contoh: Suasana/keadaan
kehidupan Muqaddam/Muqaddim/
Caya Langkara
iaitu putera Raja Saiful Muluk/Raja negeri Ajam
Saqat dll 2m
ii. Berlatarkan istana,
contoh: lstana Raja
Saiful Muluk/istana Raja Madinah/istana Raja
Mesir/istana Raja
Peringgi/dll.
2m
iii.Watak-watak/watak utama terdiri
daripada kalangan
putera-puteri
raja/istana
contoh: Caya Langkara
( watak utama ) ialah putera Raja
Saiful Muluk/Tuan
Puteri Ra'na Kaseen ialah puteri Raja Madinah/
Tuan Puteri Ratna Dewi
Kemala ialah puteri Raja Mesir/Tuan
Puteri Ratna Dewi ialah
puteri Raja peringgi/dll. 2m
iv.Ada unsur pengembaraan/merantau,
contoh:
Muqaddam/Muqaddim/Tuan Puteri Ra'na Kaseen/Tuan
Puteri Ratna
Dewi Kemala/Caya Langkara mengembara/merantau
di dalam hutan untuk
pergi ke puncak gunung negeri Mesir untuk
mendapatkan kembang
kuma-kuma putih. .
2m
v.Ada unsur peperangan,
contoh: Caya Langkara
berperang dengan ajar-ajar/Raja Jin Kafir/
rakyat
Raja Jin/menteri/hulubalang/mangkubumi/pahlawan negeri
Mesir/Peringgi
2m
vi.Ada unsur percintaan/berkasih
sayang,
contoh: Caya Langkara
bercinta/berkasih sayang dengan Tuan
Puteri Ra'na Kaseen
2m
vii.Penggunaan puisi
tradisional/bahasa berirama/runs,
contoh: Tuan Puteri
Ratna Dewi berpantun:
Berkuda lagi berambu,
Perca
diambil akan cemara,
Orang muda baharu
bertemu,
Marilah
diambil akan saudara 2m
viii.Ada unsur latar tempat di
kayangan/alam ghaib,
contoh: Caya
Langkara berperang dengan ajar-ajar/Raja
Jin Kafir di
kayangan/di alam ghaib.
2m
ix.Ada unsur/latar tempat di alam
nyata,
contoh: di negeri Ajam
Saqat/Mesir/Madinah/Peringgi/di puncak
gunung Mesir/di
dalam gua/di hutan/di laut/ dll.
2m
x.Ada unsur kesaktian/luar
biasa/dongeng,
contoh: Kembang
kuma-kuma putih yang berakar dan melekat
di tapak tangan Tuan
Puteri Ra'na Kaseen/makanan naga kuna
yang terlalu
banyak/naga kuna yang berenang terlalu laju di laut/
Caya Langkara yang
bercahaya duduk di atas permukaan air
laut/dll.
2m
xi.Ada watak pembantu,
contoh: Naga
kuna/kucing putih dan kucing hitam/Raja Jin Kafir
yang memeluk
agama lslam/dll 2m
xii.Plot cerita berakhir dengan
kejayaan/kegembiraan, ..
contoh: Tuan Puteri
Ra'na Kaseen/Caya Langkara berjaya
mendapatkan kembang
kuma-kuma putih di puncak gunung
Mesir/Caya Langkara
berkahwin/bernikah dengan Tuan Puteri
Ra'na Kaseen/Raja
Saiful Muluk/Raja Mesir/Raja Madinah
sembuh daripada
penyakitnya dengan hikmat kembang
kuma-kuma putih. 2m
Mak:
12 markah
Soalan 3.
a. Nada
i.Patriotik
Contoh : di tangan mereka pedang keberanian .2+2m
Mak: 4 markah
b.Gaya bahasa
i. Pemilihan kata/diksi yang/tepat/berkesan/puitis
Contoh: perjuangan/ luhur 1+1m
ii. Asonansi
Contoh: di tangan mereka
pedang keberanian ( pengulangan a )
1+1m
iii. Aliterasi
Contoh: di dada mereka ada
Khalid ( pengulangan d ) 1+1m
iv. Sinkof
Contoh: tak 1+1m
v. Anafora
Contoh: musuh pulang mengusung walang
musuh walang mengusung keranda teman. 1+1m
vi. Metafora
Contoh: pedang keberanian/bara
perjuangan/padang juang 1+1m
vii. Responsif
Contoh: di dada mereka ada Khalid
di tangan mereka pedang keberanian . 1+1m
viii. Anafora
Contoh: Musuh pulang
Musuh walang 1+1m
ix. Pengulangan baris
Contoh: Di dada mereka ada Khalid. 1+1m
Mak. 8 markah
c. Mencipta sajak
i. Tema . 2m
ii. Gaya bahasa 2m
iii. Bentuk 2m
iv. Kreativiti 2m
Mak. 8 markah
Soalan 4.
a. Perwatakan Puteri Lelawati Ayu :
i. Seorang yang penyayang
Contoh : Puteri Lelawati Ayu amat menyayangi Nenek
Kebayan Kembang Kasturi . 1+1m
ii. Seorang yang suka merendah diri
Contoh : PLA selalu merendah diri dengan menyatakan
dirinya hodoh,walhal dia seorang yang cantik. Hal ini diakui
oleh Nenek Kebayan dan Mamat 1+1m
iii. Seorang yang setia
Contoh : PLA tetap setia bersama neneknya untuk tinggal
di kawasan setinggan, walaupun ayah kandungnya iaitu
keturunan istana mempelawa untuk tinggal di istana. 1+1m
iv. Seorang yang tidak suka meminta-minta
Contoh : PLA berpendapat bahawa orang yang suka
meminta-minta merupakan ahli neraka. 1+1m
v. Seorang yang tabah
Contoh : PLA tabah menghadapi kehidupan yang miskin
di kawasan setinggan yang busuk dan kotor 1+1m
vi. Seorang yang tidak mudah mempercayai orang lain.
Contoh : PLA tidak cepat mempercayai kata-kata Tengku
Mahmud bahawa baginda merupakan ayahanda Puteri./
PLA menyiasat terlebih dahulu akan kebenaran kata-kata
Tengku Mahmud tersebut 1+1m
Mak: 8 markah
b. Pengajaran dalam drama :
i. Kita hendaklah menghindari sikap mementingkan darjat
atau kelas dalam kehidupan
Contohnya : Pihak istana tidak bersetuju apabila Tengku
Mahmud Baginda telah mengahwini anak Nenek Kebayan
Kembang Kasturi yang merupakan seorang penari joget. 1+1m
ii. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap amanah yang
diberikan kepada kita.
Contohnya : Nenek Kebayan Kembang Kasturi telah
memelihara Puteri Lelawati Ayu selama 18 tahun setelah
kematian bondanya 1+1m

iii. Kita hendaklah berpegang teguh kepada ajaran agama.
Contohnya : Nenek Kebayan tidak pernah meninggalkan
sembahyang dan selalu membaca Al-Quran. 1+1m
iv. Kita hendaklah sentiasa mengawal anak-anak agar mereka
tidak melakukan perkara yang tidak sihat.
Contohnya : Watak ibu kepada Puteri Lelawati Ayu telah
menjadi penari joget tanpa pengetahuan Nenek Kebayan
Kembang Kasturi disebabkan kelalaiannya dalam mengawasi
pergerakan anaknya itu 1+1m
v. Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan yang menimpa diri kita.
Contohnya : Nenek Kebayan Kembang Kasturi 1+21

vi. Tabah menghadapi
penderitaan hidup sewaktu zaman penjajahan
Jepun suatu ketika dahulu. 1+1m
Mak: 6 markah
c. Latar masyarakat :
i. Masyarakat istana / golongan bangsawan.
Contohnya:Tengku Mahmud Baginda ialah dari golongan
bangsawan / istana. . 1+1m
ii. Masyarakat Melayu setinggan
Contohnya :PLA dan Nenek Kebayan Kembang Kasturi
ialah penghuni rumah setinggan yang daif dan kotor 1+1m
iii. Masyarakat penyayang
Contohnya :Tengku Mahmud sangat menyayangi anaknya,
walaupun terpisah 18 tahun, baginda tetap mencari
anaknya. 1+1m
iv. Masyarakat yang suka bersedekah.
Contohnya :Mamat dan Puteri menerima makanan dan
pakaian dari sedekah seseorang yang baik hati 1+1m
v. Masyarakat yang mentaati perintah Allah
Contohnya :lbu PLA telah meninggal dunia semasa sedang
solat walaupun dia seorang penari kelab malam 1+1m
vi. Masyarakat yang rajin berkerja.
Contohnya :Putera melakukan kerja kraf tangan untuk
menyara hidup seperti membuat topeng/kipas 1+1m
vii. Masyarakat miskin/setinggan.
Contohnya : Nenek Kebayan /PLA tinggal di kawasan
setinggan / kotor / daif. 1+1m
viii. Masyarakat yang suka tolong- menolong.
Contohnya :Mamat sentiasa membantu PLA dan
Nenek Kebayan Kembang Kasturi . 1+1m
Mak. 6 markah
Soalan 5.
a.Tema cerpen
Semangat patriotik/Perjuangan kemerdekaan tanah air 2m
Huraian: Pak Denan bekas pejuang tanah air ingin

bersama-sama meraikan hari kemerdekaan yang
diadakan di Kuala Lumpur. Malangnya hasrat Pak Denan mendapat tentangan
daripada anaknya.
2m
Mak: 4 markah
b. Empat peranan Pak Denan
i. Seorang pejuang kemerdekaan negara 2m
ii. Melumpuhkan Malayan Union.. 2m
iii. Menjelajah ke seluruh negeri dan desa untuk membangkitkan
semangat menentang penjajahan semasa mudanya. 2m
iv Menyedarkan anak-anaknya supaya mencintai tanah air.2m
iv. Berperanan sebagai model/ pejuang tanah air 2m
Mak: 8 markah
c. Empat konflik batin/jiwa/dalaman/mental
i. Kecewa.
Contohnya : Pak Denan kecewa apabila anaknya Abdul Rahman
menghalang hasratnya untuk datang ke Kuala Lumpur. 7m

ii. Sedih.
Contohnya : Pak Denan sedih atas kematian isterinya. 2m
iii.Terkilan.
Contohnya : Pak Denan terkilan dengan sikap Abdul Rahman
yang menolak rayuannya untuk menyaksikan sambutan hari
kemerdekaan di Kuala Lumpur 2m
iv. Bimbang.
. Contohnya : Pak Denan tambah bimbang apabila anaknya tidak
pulang mengambilnya untuk ke Kuala Lumpur, sedangkan
hari sudah malam 2m
v. Marah.
Contohnya :Pak Denan marahkan anak-anaknya yang datang
meminta maaf kepadanya di Tugu Negara 2m
Mak: 8 markah
Soalan 6.
a. Kegigihan Jalil
i. Kegigihan menebus kembali tanah pusaka ayahnya.
Contoh: Jalil berusaha dengan gigih mengumpul wang untuk
menebus semula tanah tersebut. 1+1m
ii.Kegigihan dalam menuntut ilmu.
Contoh: Jalil berusaha gigih untuk meneruskan pelajarannya
walaupun hidupnya miskin/tanpa ibu. 1+1m
iii. Kegigihan mencari rezeki bagi menyara kehidupan.
Contoh: Jalil gigih mengerjakan sawah walaupun kakinya
luka. 1+1m
iv. Kegigihan berusaha untuk mengubah nasib.
Contoh: Jalil sanggup berhijrah ke Kuala Lumpur mencari
kerja untuk mengubah nasib hidupnya dan seterusnya
menyambung pelajaran dan berjaya membuka Syarikat
Alam Hijau. 1+1m
v. Kegigihan rnempertahankan hak.
Contoh: Jalil berusaha dengan gigih mengumpul wang dan
bersabar dengan karenah Pak Amat yang mungkir janji
sehingga dia berjaya menebus semula tanahnya. 1+1m
vi. Kegigihan mencapai cita - cita.
Contoh: Jalil gigih bekerja dan mengembangkan syarikat
perniagaannya hingga berjaya membina Taman Tema
di kampungnya... 1+1m
vii. Kegigihan untuk memajukan kampungnya.
Contoh: Jalil berusaha membina Taman Tema untuk
membangunkan kampungnya . 1+1m
Mak: 10 markah
b. Persoalan
i.Kasih sayang anak terhadap ibu/dalam keluarga
Contoh: Jalil tetap mengasihi ibunya walaupun dia dilayan
dengan kasar oleh Mak Teh. 1+1m
ii.Amalan musyawarah/gotong royong dalam masyarakat.
Contoh: Penduduk kampung Bukit Nibung berbincang
untuk mencari kata sepakat berkaitan pampasan tanah
bagi pembinaan Taman Tema. 1+1m
iii. Keazaman untuk mencapai cita-cita.
Contoh: Jalil mempunyai keazaman untuk mendapatkan
kembali tanah pusaka yang dijual oleh ibunya 1+1m
iv.Sumbang mahram dalam keluarga
Contoh: Pak Ngah Kadir tergamak melakukan sumbang
mahram terhadap darah dagingnya sendiri iaitu Biah. 1+1m
v. lmpian merealisasikan cita-cita dalam hidup
Contoh: Jalii bercita-cita untuk memajukan tanah bendang
di kampung Bukit Nibung menjadi Taman Tema yang
terkenal. 1+1m
vi.Sikap terburu-buru membawa padah.
Contoh: sikap Mak Teh yang tergesa-gesa menjual tanah
pusaka arwah suaminya menyebabkan dia kehilangan
segala-galanya 1 +1m
vii. Kepentingan ilmu/pelajaran untuk masa hadapan
Contoh: Kejayaan Jalil dalam Peperiksaan SPM
melayakkan dia melanjutkan pelajaran ke pusat
pengajian tinggi/UPM . 1 +1m
viii.Kemiskinan/kesusahan bukan penghalang untuk mencapai
kejayaan hidup.
Contoh: Walaupun Jalil hidup dalam kemiskinan, namun
dia tetap berjaya dalam pelajaran 1 +1m
ix.Amanah untuk ditunaikan.
Contoh: Jalil menunaikan amanah arwah bapanya untuk
mendapatkan geran tanah. 1 +1m
x.Sikap tolong-menolong dalam pelbagai etnik/ masyarakat.
Contoh: Ah Bee membantu Jalil semasa kesusahan. 1 +1m
xi.Amalan perbomohan dalam masyarakat Melayu
Contoh: Mak Teh menemui Tok Su Dollah untuk
mengetahui sama ada Muhsin melarikan Biah. 1 +1m

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.