Sidang Kemuncak Penulis Malaysia (SKPM 2014)


Puisi Wasatiyyah meriahkan SKPM
26 Oktober 2014
Oleh JAMLIAH ABDULLAH

KUBANG PASU 25 Okt. –Program Baca Puisi Wasatiyyah sempena Sidang Kemuncak Penulis Malaysia (SKPM) di Darulaman Golf and Country Club Jitra dekat sini malam ini menyaksikan kira-kira 24 penggiat sastera terdiri daripada penyair dan sasterawan tempatan berhimpun dan mempersembahkan puisi nukilan masing-masing.

Program anjuran Institut Wasatiyyah Malaysia dengan kerjasama Bina Darulaman Berhad (BDB), Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) itu dirasmikan oleh Pengarah Strategik Pejabat Perdana Menteri, Datuk Sahlan Ismail.

Yang hadir sama, Penasihat Institut Wasatiyyah Malaysia, Tan Sri Abdullah Md. Zin dan Pengarahnya, Mohamad Yusof.

Majlis dimeriahkan dengan persembahan deklamasi puisi serta gurindam daripada penyair terkenal seperti Sasterawan Negara, Datuk Ahmad Khamal Abdullah, Datuk Baharuddin Zainal, Khalid Salleh, Puzi Hadi dan Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin.

Turut serta Pyan Habib, Sani Sudin, Ahmad Shukri Abdullah, Dr. Shamsudin Othman dan kumpulan Akira dari Sarawak.

Tidak ketinggalan Pengarah Urusan Kumpulan BDB, Datuk Izham Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif ITBM, Mohd. Khair Ngadiron dan Sahlan yang turut tampil mendeklamasi puisi menyerikan majlis.

Bacaan Puisi Wasatiyyah merupakan inisiatif untuk merancakkan aktiviti sastera dalam negara dan bertemakan kesederhanaan, bertepatan dengan asas penubuhan institut tersebut.

utusan online

Penulis digesa tangkis serangan golongan liberal
25 Oktober 2014


Prof Tan Sri Dr M. Kamal Hassan


JITRA - Penulis tempatan perlu bersedia menangkis serangan golongan liberalisme yang menggunakan media sosial untuk mengelirukan masyarakat terutamanya penganut agama Islam.

Profesor Ulung Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC), Prof Tan Sri Dr M. Kamal Hassan berkata demikian dalam sesi soal jawab selepas
menyampaikan ucaptama pada hari kedua Sidang Kemuncak Penulis Malaysia 2014 (SKPM 2014) di Kubang Pasu dekat sini hari ini.

Tanpa menjawab secara khusus soalan seorang peserta mengenai serangan golongan liberalisme agama termasuk yang terbaru, program “I Want to Touch a
Dog”, beliau berkata maklumat mengenai isu berkenaan perlu dikaji sebelum ia dapat ditangkis.

Katanya, ini penting agar isu tersebut tidak mengheret masyarakat ke kancah perselisihan dan menambahkan kekeliruan dalam masyarakat terutamanya golongan
muda.

Terdahulu dalam ucaptama bertajuk “Penulisan Umum dalam Era Keruntuhan Tamadun Dunia Moden: Tanggungjawab Semakin Berat”, Dr Kamal berkata penulis
harus menjadi penyelesai masalah dan bukan penambah masalah.

Beliau berkata, penulis terutamanya yang beragama Islam perlu mencari dan mengolah inspirasi dan idea untuk memahami dan seterusnya menjurus ke arah
penyelesaian krisis moral tamadun moden dan sekular daripada pandangan alam Tauhid dan Wasatiyyah atau keseimbangan.

"Ini akan meningkatkan peranan penulis sebagai ejen transformasi bagi melonjakkan negara menjadi negara maju menjelang 2020,” kata Dr. Kamal.

SKPM 2014 disertai lebih 200 orang terdiri daripada penulis, penerbit, aktivis sastera, bahasa serta budaya.

Berakhir esok, acara ini merupakan sinergi pintar antara anak syarikat kerajaan negeri Kedah, Bina Darulaman Bhd, Institut Terjemahan dan Buku Malaysia dan Persatuan Penulis Nasional Malaysia. - Bernama

sinar harian


Literature for all our sakes
By Datuk Dr Ibrahim Ahmad Bajunid
24 October 2014

IT is timely that the Sidang Kemuncak Penulis Malaysia, to be held at the end of this month, will focus on the theme “Literature as the Pillar of National Development”.

The summit is being organised by Institut Terjemahan dan Buku Malaysia, the National Writers’ Association of Malaysia, the Language and Literary Agency and the Federation of National Writers’ Association. Kedah Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir will officiate the summit.

The papers are to focus on the tapestry of Malaysian literature, creating peaks of excellence in sustaining works and internationalising Malaysian literature.

The debate remains whether “literature is for literature’s sake” or for society. A similar debate remains in higher education — whether “knowledge is for knowledge’s sake” or knowledge is for employment.

The debate to define whether Malaysian literature is only literature in Malay written by Malaysians or literature written in any of the languages of Malaysia, and may be written by non-Malaysians, rages on. The prescription of what Malaysian literature is will have political as well as ethnic overtones.

Society has set itself the agenda to become a knowledgeable and virtuous society. Economists and politicians cannot achieve this exalted agenda. A knowledge- and virtues-based society must have from its ranks a community of writers who have lofty ideas to achieve a vision.

Only great minds of great and honourable writers can generate ideals the next generation can accept.

Great minds and great writers do not just come from large or rich nations.

The experiences of life and the drama of living constitute the conditions and backgrounds from which thinking, feeling, sensing and reflective writers pen words which are bold and moving, leading the next generation towards greatness.

As the nation boldly defines itself and constructs new realities in all domains, in literature, it has to move away from the vestiges of the colonial and post-colonial past, third world mentality, emergent and peripheral domains, and set out into the mainstream. To do so, it must free itself of what a Germans scholar once described as “servility, blind obedience, dogmatism, inflexibility and discrimination against others”.

Malaysian scholar Noritah Omar noted that “one of the biggest challenges faced by writers of modern Malay literature is to depict the multicultural reality of modern Malaysian life… not only to depict an ethnocentric reality populated with Malay characters and issues that are seemingly of exclusive concern to Malay community”.

Analysing the citations for 111 Nobel laureates in Literature from 1901 to this year (writing in many languages), the following benchmark cues as challenges for our writers are noted: “…profoundly sensitive, fresh, beautiful verse, and poetic thought; lofty idealism; the sympathy and love of truth which describe different types of human beings; inspired writings exemplifying the classical humanitarian ideals and high qualities of style; rare strength and fertility of poetic imagination; an intellectual curiosity of wide scope; bold, comprehensive and artistically-significant writings in which human problems and conditions have been presented with a fearless love of truth and keen psychological insight; for the power, honesty and deep-felt emotions of tragedy; for vigorous and graphic art of description and ability to create, with wit and humour, new types of characters; varied and significant writings which champion humanitarian ideals and freedom to think…”

Great works are not just about works of the past but the best works are yet to come.

Great works are not just works in the English language but works in other languages as well, including indigenous languages.

Great works are not just works in the religious traditions but also works in the secular traditions.

Great works are not just those which have won the Noble Prize for Literature or other international awards, but include works which have not won awards at all.

All stakeholders in national development should use literature to promote the best of Malaysia’s virtues and goodness, framed by universal humanitarian virtues shared by all.

Regardless of whether their works are accepted or otherwise, Malaysian writings in languages writers are masterful in should continue, with resolve to contribute to the noble endeavour to develop and unite the nation.

The younger generations are searching for role models and leaders who can fill the vacuum of sterile leadership, or, with truthful boldness, counter the doctrines of hate, psychologically levelling down, diminishing or marginalising people. Leaders who are also great writers can reach individuals and elevate their self-esteem, sense of belonging and pride of being citizens of a just society.

nst

Mek Mulung Diisytihar Sebagai Seni Warisan Kedah - Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir
Sabtu, 25 Oktober 2014




Jitra - Kerajaan negeri mengisytiharkan teater tradisional, Mek Mulung sebagai Seni Warisan Kedah bagi merintis jalan untuk diiktiraf sebagai Warisan Dunia oleh Unesco, kata Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Keputusan itu dibuat dengan mengambil kira fakta bahawa Kedah sebagai satu-satunya negeri yang mempersembahkan seni persembahan itu sejak 400 tahun lalu.

Menurut Mukhriz , sehubungan itu pelbagai usaha akan digerakkan kerajaan negeri dengan kerjasama pihak tertentu untuk mempromosi teater tradisional ini ke peringkat nasional dan antarabangsa.

"Dengan pengiktirafan ini ia sekali gus membuka jalan untuk membolehkan Mek Mulung suatu hari nanti dipertimbangkan Unesco sebagai Warisan Dunia," katanya semasa berucap merasmikan sidang kemuncak Penulis Malaysia dan pelancaran Buku Mek Mulung.

Sementara itu, sebagai tanda penghargaan dan sokongan kepada industri penulisan negara, Mukhriz turut mengumumkan penubuhan Yayasan Penulis Malaysia sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang diharap dapat menggerakkan indutri itu secara lebih aktif.

berita rtm



SIDANG KEMUNCAK PENULIS MALAYSIA


TEMA
SASTERA TERAS PEMBANGUNAN NEGARA BANGSA

TARIKH
24 – 26 OKTOBER 2014 (JUMAAT – AHAD)

LOKASI
DARULAMAN GOLF & COUNTRY CLUB, JITRA, KEDAH

PENGANJUR

BINA DARULAMAN BERHAD (BDB)
INSTITUT TERJEMAHAN & BUKU MALAYSIA (ITBM)
PERSATUAN PENULIS NASIONAL MALAYSIA (PENA)

LATAR BELAKANG
Sidang Kemuncak Penulis Malaysia secara asasnya merupakan perhimpunan yang dirancang untuk bertindak sebagai perhimpunan penulis tanpa membezakan warna persatuan, dan perolehannya dalam bentuk gagasan akan diterjemahkan menjadi realiti. Perhimpunan bertaraf nasional ini akan menghimpunkan penulis, wakil penerbit, aktivis sastera, bahasa serta budaya, kumpulan media dan ahli akademik yang kesemuanya bertanggungjawab merangka gagasan besar intelektual bangsa. Menerusi perhimpunan ini, dialog yang menjana pemikiran merupakan sesi utama sebagai wahana perkongsian pandangan serta gagasan praktikal bagi kemajuan sastera, bahasa dan penerbitan di Malaysia.


OBJEKTIF
Mempertemukan penulis pelbagai latar belakang, usia, kecenderungan dan gender dalam satu persidangan;Membentangkan kertas kerja dan cadangan dalam usaha membangunkan persuratan dan penulis Malaysia;Membina rangkaian penulis dalam skala yang besar tanpa mengira persatuan;Membincangkan hala tuju pembinaan persuratan di Malaysia.

MATLAMAT
Program berskala besar dan bersifat terbuka ini disasarkan untuk menjadi medan pembangunan persuratan Malaysia, demi memacu pembangunan negara secara proaktif. Sidang kemuncak ini juga dilihat sebagai platform bagi mengumpulkan hasil tulisan, teks ucapan, pembentangan dan bahan dokumentasi yang boleh diterbitkan untuk rujukan pada masa akan datang. Program ini juga diharapkan dapat menjadi asas kepada penubuhan sebuah yayasan yang akan memantau serta menjaga kebajikan penulis tanah air.

PENGISIAN PROGRAM
Sidang Kemuncak Penulis Malaysia merupakan persidangan bagi sasterawan atau penulis berbincang berkenaan topik penting dalam pembangunan bidang sastera tanah air. Persidangan ini akan disempurnakan perasmiannya oleh Menteri Besar Kedah, Y.A.B. Dato' Seri Mukhriz bin Tun Mahathir. Lebih istimewa, peserta program akan dapat menyaksikan stu detik bersejarah apabila buku khusus berkenaan seni tradisi “Teater Mek Mulung” turut akan dilancarkan oleh Y.A.B. Dato' Seri Mukhriz.

Turut menjadi pengisian bagi sidang kemuncak ini ialah ucaptama Profesor Ulung Tan Sri Dr. M. Kamal Hassan (mantan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) dan Tan Sri Johan Jaaffar (Pengerusi Media Prima).

Sebuah forum istimewa membicarakan topik “Sastera dan Media: Peluang dan Cabaran” akan menampilkan Profesor Tan Sri Dr. Dzulkifli Abd Razak (mantan Naib Canselor Universiti Sains Malaysia), Ku Seman Ku Hussain (Pengarang Mingguan Malaysia) dan Profesor Dr. Ahmad Zaki Abu Bakar (Profesor Universiti Teknikal Melaka) sebagai ahli panel. Lapan (8) sesi selari akan diadakan sepanjang tiga (3) hari persidangan.

Antara tokoh sastera yang akan bersama-sama menjayakan sesi ini adalah Sasterawan Negara (SN) Dato’ Baharuddin Zainal, SN Dato’ Ahmad Kamal Abdullah, SN Profesor Emeritus Muhammad Haji Salleh dan SN Dr. Anwar Ridhwan.

Beberapa penulis dan penggiat sastera tanah air juga akan berkongsi pendapat dan pandangan mereka dalam usaha memperkukuhkan industri kesusasteraan tanah air menerusi sesi selari yang akan diadakan, antaranya Profesor Datuk Dr. Ibrahim Bajunid, Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin, Yang Berhormat Datuk Haji Ariffin Arif, Dr. Siti Zainon Ismail dan Syed Mohd Zakir Syed Othman.Antara topik pembentangan yang akan diketengahkan ialah “Puisi Membentuk Pemikiran Masyarakat: Suatu Utopia?”, “Strategi dan Pendekatan Baharu dalam Pemerkasaan Sastera Malaysia”, “Pembinaan Mercu Tanda Bidang Penulisan Malaysia” dan “Kelangsungan Hayat Sastera di Malaysia”.

Majlis Penutupan Sidang Kemuncak Penulis Malaysia akan disempurnakan oleh Exco Belia dan Sukan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, NGO Negeri Kedah, Yang Berhormat Aminuddin Omar.

SYARAT PENYERTAAN
Terbuka kepada warganegara Malaysia tanpa ketetapan had umur.Peserta yang mendaftar hendaklah mempunyai karya yang pernah diterbitkan oleh mana-mana agensi penerbitan di dalam dan/atau luar negara. Jumlah peserta adalah terhad kepada 200 orang. Pemilihan peserta akan dibuat berdasarkan kriteria yang ditetapkan.Pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian melalui www.skpm.net.

*Tarikh tutup pendaftaran adalah pada/sebelum 5 Oktober 2014.

KUMPULAN PESERTA
Peserta terdiri daripada kumpulan sarjana serta ahli akademik, sasterawan, budayawan, profesional, kumpulan media, pegawai kerajaan, pelajar institusi pengajian tinggi, penulis dan karyawan, selain peminat sastera dan budaya.

itbm





Comments