Air laut tenang-tenangan
Budi sedikit tidakkan hilang
Itu menjadi kenang-kenangan
Jentayu burung jentayu
Hinggap dibalik pokok mayang
Bunga kembang akan layu
Budi baik bilakan hilang
Demikian ungkap pantun Melayu berkait budi dan jasa
Semua itu tidak mudah terhapus dan terhakis oleh ingatan
Budi dan jasa akan bergantung segar dalam kelopak kenangan
dan sering menjadi sebut-butan
meniti hangat tanpa terusik oleh gerak masa
Foto di bawah ini lebih membawa keharuan
Terharu atas puji dan sanjung
bukan kerana untuk memuji memuja
tetapi atas ikhlas dan tulus
mengenang segenap
manis budi indah bakti
yang diberikan terhadap insan
Bacalah dengan keinsafan
kerana yang berjasa yang berbakti
ada tempat terindah di sudut hati
Tak siapa boleh menolak
atau menafikan
kerana budi dan jasa
hanya hati yang menilaikan
Terima kasih untuk pemimpin ternama
Tun Dr Mahathir Mohamed
Budi dan jasa
sentiasa terpahat
bukan sekadar di sanubari rakyat negara ini
tapi mengimbau ke negeri-negeri jauh
segala manis dan indah budi
dikenal dan dituturkan
meski buat mereka yang tak pernah mengenali
banyak jasa ditaburi oleh Tun kepada Malaysia.Kalaulah dia boleh menjadi PM kita selamanya..kan lebih baik..
ReplyDeleteInsan hebat yang tiada gantinya..
ReplyDeleteone of Malaysia's finest politician :D
ReplyDelete