14 Jul 2015

Imbauan : Pabila panjut bernyala

Tradisi memasang panjut dikekalkan
Lukman Ismail 10 Julai 2015


SUNGAI SIPUT 10 Julai - Beberapa kanak-kanak Orang Asli Bawong memasang panjut, di sini malam tadi. Tradisi memasang panjut merupakan amalan biasa di kampung pada malam menjelang hari raya bertujuan memeriahkan suasana sambutan Aidilfitri yang datang setahun sekali. Di bandar pula, penduduk lebih senang menggunakan lampu hiasan berwarna-warni untuk menerangi kediaman mereka. Masyarakat Orang Asli Bawong masih mengekalkan aktiviti membuat panjut buluh menggunakan minyak tanah dan pelita minyak tanah bagi memeriahkan suasana perkampungan mereka. Terdapat pelbagai jenis ukiran panjut yang di bina di sepanjang jalan antaranya panjut berbentuk masjid, Menara KLCC dan Rumah. - Foto BERNAMA

utusan online


Lantern makers the stars of festive spirit

Astral decorations: Abdul Manap making the star-shaped lanterns at his home in Kuala Kangsar.


KUALA KANGSAR: While some Muslims have the pelita panjut (traditional bamboo lamp) fixed outside their homes here, others hang star-shaped lanterns to light up their lawns.

To take advantage of this trend, a nephew-uncle team has been busy making such lanterns since the beginning of Ramadan at their village in Kampung Kota Lama Kiri here.

Abdul Manap Dahalan, 64, and Azinul Mashi Mohd Fathil, 49, said business had been brisk with Hari Raya around the corner.

“The bamboo lamp is usually set up three days before Hari Raya.

“The lighting of the pelita panjut is aimed at bringing more festive cheer during the night.

“We want to do our part with our star-shaped lanterns,” said Azinul, adding that they had so far made about 40 lanterns.

“It takes up to three hours to complete a lantern,” he said.

“Most of the orders came locally while we have also received some from other states,” he said, adding that Abdul Manap has been making the lanterns for about 40 years.

Azinul said besides bamboo, string and coloured cellophane were also used.

Each lantern is sold for between RM30 and RM80 depending on the size and design.

thestar

Tradisi memasang panjut semakin terhakis. Marilah sekejap mengenang kembali tahun-tahun yang pergi warna dan suasana malam hari ketika memasang panjut. Barangkali ada yang terimbau ke masa kecil atau terkenang detik di kampung yang jauh.

Menjelang aidilfitri ini kembali melihat cahaya panjut ....


Imbauan I

Panjut guna minyak diesel
Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR


Walaupun tidak tahu membuat panjut, namun sekumpulan anak muda di ibu kota berjaya dalam misi mereka. Ternyata panjut yang dihasilkan menceriakan suasana raya.


TRADISI memasang panjut merupakan satu amalan biasa di kampung-kampung dan kawasan pedalaman pada malam menjelang hari raya.

Ia bertujuan memeriahkan suasana sambutan Aidilfitri yang datang setahun sekali. Itu amalan biasa di kampung-kampung. Di bandar-bandar pula, penduduknya lebih senang menggunakan lampu hiasan berwarna-warni untuk menerangi kawasan rumah atau kediaman mereka.

Mungkin faktor kesukaran untuk menghasilkan panjut yang diperbuat daripada buluh dan bahan-bahan lain seperti kayu, paku, tali guni, minyak tanah dan tanah liat menyebabkan warga kota mengambil jalan mudah iaitu menggunakan pelita atau lampu hiasan elektrik sahaja.

Bagaimanapun, sekumpulan anak muda di kawasan penempatan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Laksamana, Jalan Peel, Kuala Lumpur mencipta kelainan apabila berjaya menghasilkan panjut bagi menerangi suasana malam di perumahan tersebut.

Apa yang menarik, kesemua mereka tidak tahu membuat panjut. Namun disebabkan semangat yang berkobar-kobar untuk mencipta kelainan, mereka tetap berusaha mengatasi kekurangan tersebut.

Hasilnya, mulai malam 21 Ramadan lalu, kawasan PPR Laksamana yang baru berusia empat tahun gemerlapan dengan sinaran cahaya panjut yang menerangi suasana malam.


ANTARA proses yang dilakukan dalam menyiapkan panjut oleh sekumpulan anak muda PPR Laksamana, Jalan Peel, Kuala Lumpur adalah menebuk lubang dan menggergaji buluh.

Kosmo! sempat bertemu dengan sekumpulan anak muda itu. Mereka nyata bersemangat berkongsi cerita tentang pengalaman membuat panjut.

"Sebenarnya, idea asal untuk membuat panjut diilhamkan oleh Mohd. Farid Dahalan. Beliau yang bertanggungjawab memulakan hasrat untuk mencipta kelainan pada sambutan Aidilfitri kali ini," ujar Ahmad Syafiq Dzahari, 22, yang baru selesai menyalakan panjut yang dihasilkan mereka.

Tambah Syafiq, pada mulanya, dia dan beberapa rakan yang lain kurang bersetuju kerana merasakan ia bukan satu tugas yang mudah. Apatah lagi, kesemua mereka merupakan anak jati Kuala Lumpur dan langsung tiada kemahiran atau pengetahuan dalam membuat panjut.

"Malah, ada juga rakan-rakan yang menyindir dan mempersendakan usaha kami. Tetapi, itu semua ditolak tepi. Apa yang penting, niat baik kami tetap diteruskan," kata Syafiq yang bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi di ibu kota.

Bagi Farid pula, dia bertindak sedemikian semata-mata mahu menghidupkan suasana kampung di tengah bandar raya.

"Seperti yang diketahui, majoriti penduduk di perumahan ini terdiri daripada anak jati Kuala Lumpur. Bahkan, ada di antara kami yang langsung tidak mempunyai kampung halaman kerana dilahirkan dan dibesarkan di bandar besar ini.

"Idea buat panjut muncul sebelum tibanya Ramadan. Jadi, pada awal puasa, saya dan rakan-rakan memulakan operasi mencari buluh untuk dijadikan panjut.

"Lokasi yang dituju adalah Dusun Nanding, Hulu Langat, Selangor. Itu pun setelah diberitahu oleh salah seorang pak cik yang menetap di sini," jelas Farid, 26, sambil mengakui puas hati dan gembira dengan hasil yang diperoleh.


KANAK-KANAK seronok bermain bunga api.

Bercerita lebih lanjut, Farid berkata, proses menebang buluh sewaktu bulan puasa memang mencabar keimanan mereka. Peluh yang keluar membasahi baju tidak dipedulikan. Begitu juga dengan gatal miang buluh yang ditebang.

"Semua itu termasuk 'nyanyian' nyamuk dan agas yang rancak 'menari' di telinga diabaikan sahaja. Akhirnya, selepas berjaya melalui rintangan tersebut, buluh yang dikehendaki berjaya dikumpul dan dibawa pulang," ujar Farid yang bekerja di sebuah syarikat percetakan di Kuala Lumpur.

Apabila semua bahan yang diperlukan sudah tersedia di depan mata, satu perkara lucu terjadi pada mereka iaitu masing-masing buntu dan tidak tahu bagaimana proses membuat panjut harus dimulakan.

"Sudahnya, kami cuma mampu memandang sahaja buluh ini sambil tersenyum antara satu sama lain," katanya sambil tersengih.


BUKAN sahaja kanak-kanak bahkan golongan dewasa juga teruja dengan panjut yang dihasilkan.

Namun, nasib mereka baik kerana atas nasihat dan bantuan seorang lelaki berusia yang dikenali sebagai pak cik Mahathir, barulah operasi membuat panjut dapat dimulakan.

Jika penduduk kampung membuat lubang panjut di buluh dengan menggunakan parang, kumpulan anak muda itu melakukan sebaliknya. Mereka menggunakan mesin drill untuk menebuk lubang. Begitulah kreatifnya mereka.

"Sebenarnya, mesin ini digunakan kerana kami takut buluh akan pecah atau terbelah dua jika silap ditebuk dengan parang. Oleh itu, untuk keselamatan dan mengurangkan risiko 'kehilangan' buluh, ini adalah cara terbaik yang boleh dilakukan," kata Mohd. Azli Abd. Abbas, 23.

Untuk membuat bahagian muncung panjut, mereka menggunakan kertas aluminium yang digulung dan disumbat di dalam lubang yang telah dibuat. Cara itu agak berbeza kerana jika mengikut tradisi di kampung, lubang panjut akan disumbat dengan tanah liat.


 APABILA panjut dinyalakan, kepuasan amat dirasai oleh anak-anak muda ini.

Sementara itu, sumbunya pula diperbuat daripada tali kapas yang dipintal halus, manakala bahagian batang panjut menggunakan buluh yang telah dibelah dan dipotong sederhana.

Atas kerja keras mereka, sebanyak 24 batang panjut sepanjang satu meter berjaya disiapkan. Setiap batang panjut mempunyai dua tabung minyak.

Satu perkara yang penulis kagumi adalah kesungguhan mereka untuk menghidupkan suasana raya sehingga sanggup berkongsi duit untuk membeli minyak bagi menyalakan panjut yang dipasang sepanjang malam terakhir Ramadan sehingga Aidilfitri tiba.

Setiap hari, mereka memerlukan kira-kira tujuh liter minyak untuk diisi ke dalam setiap batang panjut yang telah dibuat. Jadi, masing-masing akan menyumbang sejumlah wang mengikut kadar yang termampu atas tujuan tersebut.

"Satu lagi kelainan kami ialah kami tidak menggunakan minyak tanah seperti di kampung, sebaliknya kami memilih alternatif lain iaitu minyak diesel yang lebih murah harganya," tutur Azli yang mula sibuk membantu memasang panjut sekitar pukul lapan malam.

Keseronokan anak-anak muda itu semakin bertambah apabila melihat ramai kanak-kanak bermain bunga api di sekitar kawasan yang diterangi cahaya panjut.

Ia secara tidak langsung memeriahkan suasana hari raya yang bakal disambut oleh seluruh umat Islam di Malaysia nanti.


Ditanya perancangan untuk jangka masa panjang, Farid memaklumkan hasrat mereka untuk membuat panjut yang lebih panjang dan mempunyai reka bentuk tertentu seperti yang biasa dilakukan oleh masyarakat di kampung terutama di Perak dan Terengganu.

"Insya-Allah, itu antara perancangan untuk tahun-tahun akan datang. Selain itu, mungkin juga kami akan menggabungkan antara pelita moden dan tradisi serta lampu hiasan untuk menyerikan kedatangan Aidilfitri yang disambut setahun sekali.

"Apa pun, semuanya bergantung kepada kerjasama yang diberikan oleh anak-anak muda di kawasan ini. Saya harap mereka tidak jemu untuk memberi sokongan dalam setiap aktiviti yang dirancang komuniti penduduk di sini," kata Farid menutup bicara lewat malam tersebut.

kosmo

Imbauan II

Tradisi Memasang Pelita Panjut Semakin Terhakis Dan Membimbangkan, kata Adun Belanja


Tradisi menyalakan lampu panjut bagi menerangi laman rumah sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri sejak puluhan tahun lalu kini semakin dilupakan dan bakal menjadi sejarah sekiranya tindakan segera mengembalikan budaya Melayu itu dibuat, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Belanja, Datuk Mohd Zaim Abu Hasan.

Menurutnya, zaman kegemilangan budaya Melayu itu kini semakin terancam dan boleh dilihat pada setiap kali menjelang sambutan Hari Raya di mana bilangan rumah yang memasang lampu minyak tanah tersebut semakin berkurangan.


“Jika 10 tahun lalu, setiap rumah di kampung-kampung akan berlumba-lumba memasang pelita minyak tanah menghiasi laman masing-masing, malahan diadakan pertandingan bagi memeriahkan lagi suasana ketika umat Islam menyambut Hari Raya.

”Bagaimana pun sekarang, tradisi itu semakin dilupakan generasi muda,” katanya kepada pemberita selepas Program Ziarah Raya-Merdeka di Kampung Bukit Chupak, Parit semalam.

Pada program berkenaan, Zaim telah berkunjung ke beberapa buah rumah penduduk untuk meninjau sambutan Hari Raya sambil menghulurkan duit raya kepada kanak-kanak.

Turut mengiringi beliau, Ketua Kampung Bukit Chupak, Khairul Saleh Baharuddin, 42.

Sementara itu, Khairul Saleh berkata budaya memasang panjut kini semakin dilupakan disebabkan kesibukan tugas termasuk penggunaan lampu kelip-kelip elektrik menyebabkan keaslian panjut semakin terhakis.

”Sehubungan itu,masyarakat perlu menghidupkan semula budaya berkenaan kerana ianya memberikan suasana menarik di waktu malam.

”Bagi tujuan itu, adalah dicadangkan pada masa hadapan, semua kampung dalam kawasan Parlimen Parit mengadakan pertandingan panjut setiap kali menjelang sambutan hari Raya,” katanya.

peraktoday


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.