nouman

Ustaz Nouman pukau 4,000 tetamu
Oleh HAIKAL RAMAN

Nouman (tengah) menyampaikan ceramah mengenai penghijrahan beliau pada program di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 2, Putrajaya baru-baru ini.

BERSEMPENA dengan kehadiran bulan Ramadan, komuniti sukarelawan belia, 1Malaysia For Youth (iM4U) dengan kerjasama Institusi Bayyinah dari Amerika Syarikat telah menganjurkan program The Beauty of Ramadan with Ustaz Nouman Ali Khan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 2, Putrajaya baru-baru ini.

Penampilan istimewa tokoh agama antarabangsa itu mendapat sambutan meriah, berjaya menarik kira-kira 4,000 pengunjung dan penglibatan lebih 300 sukarelawan daripada segenap lapisan usia serta latar belakang.

Nouman merupakan pendakwah Muslim tersohor dan pengasas kepada Institusi Bayyinah yang memberi fokus pada pembelajaran bahasa Arab serta al-Quran. Kehadirannya dianggap sinonim dengan bulan al-Quran diturunkan.

Buat julung-julung kalinya dianjurkan dengan berskala besar, majlis itu bertujuan untuk mempertingkatkan perkembangan kerohanian dalam kalangan belia dan komuniti setempat. Malah, turut mendapat penjelasan dan kupasan ringkas isu adab oleh Penasihat Agama iM4U, Ustaz Halim Hafidz menerusi pentas Warung Halal.

“Kami amat berbesar hati kerana mendapat peluang berkolaborasi dengan Institusi Bayyinah dan membawa pendakwah popular ini ke pentas Warung Halal. Pemilihan Nouman yang bersifat kontemporari itu dipercayai akan dapat menyentuh hati belia.

“Melalui program ini, kami mengharapkan jemaah yang hadir akan mempelajari sesuatu pemahaman komprehensif tentang Islam khususnya pembalikan diri pada bulan Ramadan ini,” kata Halim ketika ditemui Kosmo! pada majlis tersebut baru-baru ini.

Sesi soal jawab

Antara aktiviti yang berlangsung sepanjang program ialah iftar perdana, solat Tarawih, solat fardu berjemaah, sukan sunnah seperti memanah, qiamullail dan bersahur. Intisari utama adalah sesi ceramah bersama pendakwah tersohor tersebut dan eksklusif sesi soal jawab bersama Nouman.

Menyampaikan pelajaran dengan menggunakan pendekatan tersendiri, beliau turut menjadi perhatian dunia Muslim dan seramai 1.3 juta pengikut di laman sosial Facebook. Mendapat jemputan ceramah agama sekitar 90 buah negara, Nouman turut berada dalam senarai 500 Muslim paling berpengaruh.

“Saya amat teruja melihat pada bilangan jemaah yang hadir pada program yang dianjurkan ini. Saya sangat berbesar hati apabila menjadi sebahagian daripadanya. Ia merupakan satu usaha murni dalam memberi fokus kepada pembentukan rohani dan inspirasi kepada belia.

“Melalui majlis ini, saya berharap agar mereka dapat berkongsi pemahaman dan bertukar-tukar pengetahuan tentang Islam seiring ke arah pembangunan Muslim secara holistik,” kata pendakwah itu selepas menyampaikan ceramah dan menjawab kesemua isu berkaitan al-Quran serta hukumnya.

Dalam pada itu, seorang pengunjung, Khaleed al-Waleed berkata, penganjuran program tersebut dilihat mampu menarik ramai hadirin terutama sekali golongan belia. Mengambil peluang dan menjadikan Nouman sebagai penceramah juga merupakan satu langkah yang bijak.

Jelas Khaleed, dalam mendapatkan penjelasan sesuatu perkara, penceramah tidak perlu terlalu rigid sebaliknya, penyampaian Nouman dilihat amat berkesan. Beliau turut mengambil contoh yang lebih realistik dan bersifat kontemporari, sesuai dengan gaya hidup semasa.

“Saya sudah lama mengikuti perkembangan beliau iaitu sejak beberapa tahun lalu. Video ceramah pertama ditonton dalam laman web Quran Weekly dahulu berkaitan tentang pengertian Ramadan dan penjelasan mengenai ibadah pada bulan penuh berkat ini.

“Tidak sangka, malam ini menjadi memori dalam hidup saya apabila dapat bertemu dan bertanya secara langsung kepada beliau. Apa yang lebih menggembirakan saya ialah apabila diberi penerangan dengan penuh terperinci serta jelas di atas setiap soalan yang diajukan,” katanya penuh teruja.

Tambahnya, konsep santai Warung Halal yang dibawa oleh pihak penganjur turut dilihat sebagai satu pendekatan bersifat ‘orang muda’. Ia lebih memberi kesan mendalam selain berjaya memenuhi kehendak individu moden yang menginginkan suasana pendidikan Islam dilakukan dalam keadaan santai.

kosmoonline




Biography
Nouman Ali Khan

Nouman is the founder and CEO of Bayyinah, as well as the lead instructor for a number of Bayyinah courses including the ‘Fundamentals of Classical Arabic’ and ‘Divine Speech’. His first exposure to Arabic study was in Riyadh, Saudi Arabia where he completed his elementary education. He continued Arabic grammar study in Pakistan, where he received a scholarship for ranking among the top 10 scores in the national Arabic studies board examinations in 1993. But his serious training in Arabic began in the United States in 1999 under Dr. Abdus-Samie, founder and formal principal of Quran College, Faisalabad, Pakistan who happened to be touring the US for intensive lectures in Tafsir and Arabic studies. Under Dr. Abdus-Samie, Nouman developed a keen methodical understanding of Arabic grammar. He further benefited from Dr. Abdus-Samie by internalizing his unique teaching methods and later translating his work into English for the benefit of his own students. Nouman served as professor of Arabic at Nassau Community College until ’06 and has taught Modern Standard and Classical Arabic at various venues for nearly 7 years with over 10,000 students nationwide. Currently he has dedicated himself to a seven-year-long project, of conducting a linguistic & literary focus Qur’anic Tafseer series in English. Recordings of sessions conducted so far can be downloaded at www.bayyinah.com/dream.

sumber nakcollection

Comments