31 Oct 2014

mengapa jalan begitu berliku?


mengapa jalan begitu berliku?

mengapa jalan begitu berliku
tak pernah pasti
apa menunggu di balik kabus
usah gusar mematah harap
tanamkan yakin di pintu semangat
usah berpaling dari jalanmu
atur langkah ke hadapan
temuilah kebenaran
itulah perjuangan
liku dan payah 
hanyalah  permainan

mengapa jalan begitu berliku
tuhan menguji segenap mampumu
usah mengeluh di dalam payah
di laut gelombang lambung melambung
di darat jalannya sukar berliku
kerana tuhan terlalu tahu
apa tertanam di penjuru hatimu

mengapa jalan begitu berliku
kerana di hadapan bahagia 
menunggu



 
 

Sekolah Berprestasi Tinggi : Memartabatkan Pendidikan

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT)

OBJEKTIF

MENGANGKAT KUALITI SEKOLAH-SEKOLAH YANG TERBAIK:
Meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan melalui peningkatan tahap autonomi dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan masing-masing (pemusatan dalam aspek kurikulum dan anggota Perkhidmatan)

MENGHASILAN PELAJAR YANG CEMERLANG:
Sebagai tempat untuk melatihkan pelajar cemerlang bertaraf antabangsa dan yang menjadi personaliti unggul dalam semua bidang.

MERAPATKAN JURANG ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH DI DALAM SISTEM:
Sebagai inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan tahap yang lebih tinggi melalui bimbingan dan jaringan antara sekolah-sekolah tersebut.



CIRI-CIRI SBT

Pemimpin Sekolah:
• Boleh deliver, mempunyai akauntabliti dan kredibilit dalam pengurusan sekolah.
• SKT disediakan berpandukan Pengurusan Berasaskan Sekolah.
• Melibatkan sekolah ke peringkat antarabangsa.
• Membangunkan bakat kepimpinan guru dan murid.
• Sentiasa bersedia.
• Proaktif dalam melaksanakan perubahan dan pembaharuan.


GURU:
• Boleh deliver, mempunyai akauntabliti dan kredibilit dalam pengurusan bilik darjah dan
sekolah
• SKT disediakan berpandukan Pengurusan Berasaskan bilik darjah dan sekolah.
• Membantu melibatkan murid ke peringkat antarabangsa.
• Membangunkan bakat kepimpinan murid.
• Sentiasa bersedia.
• Proaktif dalam melaksanakan perubahan dan pembangunan dalam proses P&P

MURID:
• Boleh menyediakan sasaran tahunan bagi peningkatan diri sendiri.
• Boleh bertanggungjawab untuk pembelajaran kendiri.
• Berupaya mengendalikan dan menguruskan diri dan aktiviti sekolah.
• Boleh bekerjasa dalam kumpulan dan berkomunikasi dengan berkesan.
• Boleh menggunakan kuasa autonomi yang diberikan dengan berkesan.

CIRI-CIRI PEMBANGUNAN BERTERUSAN SBT:
• Peningkatan pelan strategik, pengurusan,program akademik dan kokurikulum sokongan.
• Peningkatan tahap prestasi( akademik,kokurikulum dan sukan)
• Peningkatan program jalinan dengan universiti
• Menambahkan jaringan dengan institusi tempatan dan antarabangsa
• Menjayakan lebih banyaj program yang melibatkan komuniti
• Menjadu penanda aras dan contoh bagi sekolah-sekolah lain dari dalam dan luar Negara.
• Peningkatan jumlah murid cemerlang serta meningkatkan keberhasilan untuk semua pelajar
• Peningkatan jumlah murid cemerlang serta meningkatkan keberhasilan untuk semua pelajar.
• Peningkatan jumlah murid yang memasuki Universiti dan institusi yang terkemuka.
• Peningkatan jumlah guru cemerlang
• Peningkatan program immersion untuk Pengetua/Guru Besar dan Guru


PENCAPAIAN AKADEMIK YANG CEMERLANG:
• Skor komposit yang berasaskan
• Skor GPS(pemberatan 70%)
• Skor verifikasi SKPM(pemberatan 30%)

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
• Peningkatan ke taraf dunia.
• SKPM 90%
• Membina aspirasi untuk semua sekolah
• Peluasan sasaran 20 SBT menjelang 2010


KRITERIA ANNEX:

Personaliti Unggul
Rekod pembangunan kejayaan individu dan pemimpin yang berpengaruh dan sekolah baru, memberi aspirasi yang jelas untuk memupuk pemimpin

Anugerah Kebangsaaan dan Antarabangsa
Penyertaan dan pencapaian dalam pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Jalinan Dengan Institut Pengajian Tinggi
Jalinan dengan universiti dalam program pemindahan kredit,kajian tindakan bersama, perkongsian kemudahan dan prasarana.

Jaringan Kukuh
Jaringan kukuh dengan sekolah tempatan dan luar Negara(cth. Program pertukaran staf dan pelajar), komuniti, organisasi awam dan swasta.

Penandaarasan Kebangsaan dan Antarabangsa
Sekolah digunakan sebagai penandaarasan di peringkat kebangsaan dengan menggunakan piawaian antarabangsa(cth. PISA,TIMSS)



SBT mesti kekal kecemerlangan – Muhyiddin
Status boleh ditarik balik jika prestasi merosot
31 Oktober 2014


KUALA LUMPUR 30 Okt. – Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) mesti mengekalkan kecemerlangan atau terpaksa berdepan kemungkinan dikeluarkan daripada senarai sekolah-sekolah yang tergolong dalam kategori berkenaan sekiranya gagal berbuat demikian.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penilaian yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan mendapati beberapa SBT menghadapi masalah untuk mengekalkan prestasi cemerlang masing-masing.

Walau bagaimanapun, menurut beliau, sekolah-sekolah terbabit masih dikategorikan sebagai SBT dan diberi tempoh antara dua hingga tiga tahun untuk melakukan penambahbaikan.

“Yang penting adalah intervensi yang kita boleh buat supaya sekolah tidak menghadapi masalah sebegitu.

“Itu menjadi tanggungjawab kepemimpinan sekolah termasuk pengetua, guru besar, persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) serta pelajar untuk melihat punca prestasi menurun,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pengiktirafan SBT Kohort 5 di Auditorium Bahagian Teknologi Pendidikan, di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Mary Yap Kain Ching; Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Tan Sri Dr. Madinah Mohamad dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Khair Mohamad Yusof.

Dalam majlis itu, Muhyiddin mengumumkan pengiktirafan 13 sekolah sebagai SBT Kohort 5, sekali gus menjadikan sebanyak 128 sekolah di seluruh negara disenaraikan dalam kategori tersebut setakat ini.

Kementerian Pendidikan akan menyalurkan peruntukan khas berjumlah RM9.1 juta kepada semua 13 SBT Kohort 5 itu dengan setiap sekolah akan menerima RM700,000 pada tahun pertama, RM500,000 pada tahun kedua dan RM300,000 pada tahun-tahun berikutnya.

Selain itu, pengetua atau guru besar serta semua guru dan anggota Kumpulan Pelaksana yang layak akan menerima bayaran one-off SBT sebanyak RM1,000 bagi sekolah menengah dan RM700 untuk sekolah rendah.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan memberitahu, kementerian akan mendapatkan laporan prestasi sesebuah SBT terlebih dahulu sebelum menyalurkan peruntukan tahunan kepada sekolah terbabit.

Timbalan Perdana Menteri berkata, laporan tersebut dirumus dengan bersandarkan pencapaian akademik dan penilaian oleh nazir-nazir yang dihantar untuk memantau semua SBT di seluruh negara.

“Kita menerima laporan tentang apa yang mereka telah laksanakan dan apa masalah mereka supaya sekolah-sekolah itu bukan sahaja terus kekal pada tahap sedia ada, tetapi yang penting supaya ada peningkatan dari segi kualiti serta kedudukan sekolah,” jelasnya.

Muhyiddin juga yakin SBT telah memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan kualiti sistem pendidikan negara dengan membuktikan terdapat sekolah-sekolah dan institusi pendidikan berjaya mencapai tahap global.

“Ini boleh menangkis tanggapan segelintir pihak yang mengatakan bahawa sekolah kita tidak baik, sekolah kita ini tiada standard dan sebagainya,” ujarnya.

Beliau melihat terdapat peningkatan dalam prestasi SBT secara keseluruhan, malah sekolah-sekolah berkenaan turut memberi kesan limpahan yang positif kepada sekolah-sekolah lain yang berdekatan.

utusan online


13 sekolah diiktiraf SBT Kohort 5
Oleh HUSSAINI AMRAN
30 Oktober 2014 


MUHYIDDIN Yassin menyampaikan watikah pengiktirafan dan replika cek kepada guru besar SK Air Merah, Indon Osman dan wakil pelajar, Aida Fathini Abdul Jalil pada Majlis Pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi Kohart 5 di Audiotorium Bahagian Teknologi Pendidikan, Bukit Kiara, di Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN

KUALA LUMPUR 30 Okt. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan pengiktirafan 13 buah sekolah sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Kohort 5.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan membuat pengumuman itu pada Majlis Pengiktirafan SBT Kohort 5 di Auditorium Bahagian Teknologi Pendidikan di sini.

Sekolah-sekolah berkenaan adalah:

1. Sekolah Kebangsaan (SK) Air Merah, Kedah

2. SK Seri Wakaf Baharu, Kelantan

3. SK Kubang Kerian 3, Kelantan

4. Sekolah Menengah (SM) Sains Rembau, Negeri Sembilan

5. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ringlet, Pahang

6. SK St. Thomas, Pahang

7. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib, Pahang

8. SMK Bukit Jambul, Pulau Pinang

9. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, Pulau Pinang

10. SK Lingga Baru, Sabah

11. SK Saujana Impian, Selangor

12. SK Kampong Raja, Terengganu

13. SK Putrajaya Presint 9 (2), Putrajaya.

utusan online



success part 2







What Is The Secret Behind Successful Students?
By Alma Dzib Goodin
Academic Director, Centro de Asesoria y Tutorias en Linea

When you dig a little deeper into the student experience, you realize many of them are mindlessly drifting from task to task rather than understanding the skills they should be gaining and sharpening from their assignments. Photo by Cornelia Kopp.

Most of the time people think a student is successful when they get good academic grades. But when you look a little closer, those who achieve good grades are sometimes unhappy students who have only learned to do what teachers ask.

It’s also said that a student is successful when he or she finds something that motivates him or her to go every day to university, sit down for several hours and seek answers to the questions their teachers and colleagues pose.

A student can be successful only in an area and gain social recognition too, for example in a sports or artistic field.

But sometimes we must think beyond, questions like: Does a s successful student always find success when he or she leaves the University?

Various studies show that the answer… is not necessarily. Actually, sometimes they feel lost without the tight schedules and the need to determine their own execution, after many years that others identify and assess their performance.

One option is teaching Metacognition, but is not necessarily a good way, especially if it is seen more as another academic subject and it fails to explain the benefits of it outside the classroom. That’s why I think t the best thing is to clearly explain the use of it in everyday life.

Another element of success, without doubt, it’s planning goals. How many students go from one task to another without stopping to meditate on the impact of their work and the formation of skills? This is the reason when they are ready to complete their studies, they are so anxious and it’s usual to hear someone say, “I don’t know that I know”. The worst comment of all, though, is “I do not feel confident about myself”.

So when I think about a program with a meta cognitive strategy, this should add several elements to push to students to success, both inside and outside the college classroom, and I just will mention a few elements:

- Meta cognitive Skills, applied not only to deliver tasks, but solving everyday problems, planning tasks and goals, scope of goals, analysis of resources, search solutions, environments, analysis and synthesis of information, search for information skills, and handling computer devices.

- Cognitive abilities, of course, reading, writing because they will be essential in any environment. Math skills are not left behind, regardless of the working area, will be essential, and I cannot forget skills of analysis and synthesis of information applied to the reading.

- Planning of short, medium, and long-term goals, not academic goals, but life goals, where they see themselves at 6 months, a year or 10.

- Creativity, no doubt the resolution of tasks is a good scope, but this implies flexible thinking and this is so important to the adaptation of the environment.

- Leadership, ability to see myself as a leader capable of action not those others require them, but begin tasks on its own initiative, by owns efforts and a team.

- Ability to adapt to not usual environments. This feature is curious, but there are many university students who do not know to do outside of the environment which for so many years has nestled. Even if they have been at work in companies by way of training for the exterior, they continue seeing themselves as “student” and this prevents them from understanding that the time they spend doing work in real environments is only a preliminary step towards “real world”

- Ability to rely on own strengths and know the weaknesses. Sounds easy, right?, because it is one of the major weaknesses of the University. Students are told all the time what to do, when to do it, how to do it.

- Extrinsic motivation, of course will certainly be something good in all undertaken in the future.

- Search for success. There is something called the “the imposter syndrome,” it’s linked particularly to higher education students, and it’s the fact that people do not feel like they have worked hard to achieve goals, they believe that all have been gotten is based on luck. But luck is the audacity of being at the right time, with work and precise skills.

- Sense of humor, successful people has the feature to take life with philosophy. They learn from their mistakes and make them successful. How do you teach that?.

Finally I would like to say that there is controversy if Higher education should promote the work skills or skills for life. I think that both, finally the dream of all students is to conclude their education and find a good job where allow you demonstrate what they learned. Alternatively, apply to their life and touch the lives of others with what you learned. What do you think?

evolllution

tidak jauh darimu, aku menunggu




tidak jauh darimu, aku menunggu
- buat anak-anak yang menduduki STPM SPM

dengan apa lagi ingin kukatakan
sebagai tanda bagaimana aku ingin selalu berada
di dekatmu
dalam waktu kau sedang sarat melawan cabaran
telah tiba ketika
segala duga dan cabar melingkungimu
menguji fikir dan minda 
menguji sabar dan  tabah
menguji semangat dan bara juang 
kau sedang berhadapan
dengan segala yang payah 
dalam arus hidupmu

tidak jauh darimu, aku menunggu
menatap langit terbentang dan awan berarak
menyusun doa dan harap
semoga tuhan memberimu kekuatan
memudahkan segenap sugar
menitipkan tenang damai
di beranda jiwamu
begitu aku 
dalam perjuanganmu
menatap segenap gerak dirimu
luka atau bahagia
pahit atau manis
kerana tidak pernah ada yang lain
selain dari harapan
kau akan menggapai kejayaan

sabarlah anakku
bukan mudah membina peta bahagia
bukan mudah menggapai awan
tapi kau harus yakin dan percaya
segenap yang terbaik ada padamu
hanya dirimulah kekuatan
hanyalah dirimulah keyakinan

tidak jauh darimu, aku menunggu
kau menggapai kemenangan
ingin kulihat  senyum manis
buah ranum kejayaan
terukir di hatimu

selamat berjuang anakku sayang



30 Oct 2014

telah tiba ketika


 telah tiba ketikanya
segala yang menjadi impi dan harap
menemui garis perjuangan akhir
segala usaha dan jerih payah
bertahun 
segala ikhtiar dan upaya
dari segala kerah akal, latih minda
cabaran jiwa 
bauran semangat
himpitan waktu
akan teruji oleh waktu dan ruang

segala yang telah diperbuatkan
segala harap dan  doa
dorongan dan semangat guru-guru
pedoman dan iktibar ibubapa
kata dan  pesan teman-teman
menjadi bekal berharga
 melalui impian tertinggi ini

sabarlah menghadapi
dengan doa dan pinta yang ikhlas
semuanya menguji kita
bagaimana mengurus waktu
menggunakan akal menyelesaikan masalah
membuat keputusan
dan menulis kembali
dalam tulisan yang cantik dan bersih

usah merasa debar dan gusar
ia hanya menghukum perasaan
tetapi hadapi dengan tenang
pohonkan ke hadrat Allah
dipermudahkan segala  urusan

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM DAN STPM
KEPADA SEMUA CALON SPM DAN STPM
DI SELURUH NEGARA
BERMULA PADA 3 NOVEMBER 2014

DOA KEJAYAAN UNTUK SEMUA


belajar dari kejayaan orang-orang berjaya
barangkali kita dapat menghirup semangatnya





29 Oct 2014

hanya enam saat


Roket Ke ISS Meletup
 29 Oktober 2014 


Antares meletup hanya enam saat sebaik ia dilancarkan pada pukul 6.22 petang waktu tempatan.

CAPE CANAVERAL: Roket angkasa lepas komersial, Antares yang menghantar bekalan ke Pusat Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) meletup hanya enam saat sebaik dilancarkan, awal pagi Rabu.

Kepulan asap dan api yang marak dapat dilihat dengan jelas sekitar Florida akibat letupan roket kargo Cygnus yang membawa muatan 2,267 kilogram bahan untuk kegunaan enam angkasawan yang tinggal di ISS.

Senario sebelum Antares meletup di Wallops Island.

Ia adalah perjalanan keempat membawa kapal angkasa Cygnus ke makmal orbit, roket itu melakukan perjalanan pertamanya setahun lalu.

Roket angkasa Orbital Sciences Corp tanpa pemandu itu setinggi 14 tingkat bangunan itu meletup dan terbakar di kompleks pelancaran angkasa lepas Wallops Island, Virginia pada jam 6.22 petang waktu tempatan.

Syarikat pemiliknya berkata, setakat ini tiada kecederaan dilaporkan dan kerosakan yang berlaku hanya membabitkan kemudahan di tapak pelancaran itu.

NASA membiayai misi roket angkasa yang dimiliki syarikat Orbital Sciences yang berpangkalan di Virginia dan syarikat Space-X berpangkalan di California untuk memastikan stok di ISS.

Setakat ini punca kejadian masih tidak diketahui, demikian menurut pengulas misi pelancaran NASA, Dan Huot.

mstar


Roket misi penghantaran bekalan ke ISS meletup
29 Oktober 2014



VIRGINIA - AMERIKA SYARIKAT. Sebuah roket milik Orbital Science Corporation, Antares yang membawa bekalan untuk Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) meletup enam saat selepas dilancarkan dari Wallops Flight Facility di Pulau Wallops, awal pagi tadi.

Kejadian dilaporkan berlaku pada pada jam 6.22 petang (7.22 pagi waktu tempatan).

Pelancaran ini merupakan misi penghantaran ketiga modul kargo Cygnus Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) membawa muatan seberat 5,000 paun berupa bekalan makanan, kajian saintifik dan pelbagai peralatan lain.

Menurut jurucakap NASA, Jay Bolden kejadian ini disifatkan sebagai bencana anomali yang berpunca daripada kegagalan fungsi pelancaran, lapor Space Orbital.

Kesan kerosakan dapat dilihat sehingga ke bahagian selatan pulau berkenaan, namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Bagaimanapun, Bolden menegaskan pasukan penyiasat terpaksa mengekalkan keselamatan di kawasan sekitar kejadian kerana roket tersebut turut membawa barangan yang dikalsifikasikan sebagai sulit.

Sementara itu, wakil daripada Orbital, Frank Culberston memberitahu, sistem penamatan penerbangan ditetapkan untuk 20 saat selepas pelancaran dibuat.

Bagaimanapun dia menegaskan hasil siasatan akan memberitahu kesilapan yang mungkin berlaku dalam kejadian tersebut. Manakala pihak mereka akan memperbaiki kesilapan tersebut dan terbang semula.

Difahamkan Orbital mempunyai kontrak bernilai 1.9 bilion dolar dengan Nasa untuk menyediakan lapan penerbangan penghantaran bekalan ke ISS.

sinar harian

SPM : Kesusasteraan Melayu Elektif 2014

 Percubaan SPM Kesusasteraan Melayu Elektif Negeri Kedah


Bahagian Satu
[40 markah]
Jawab semua soalan.

1. Ambil golok di atas puan,
Hendak berakait ke Kuala Kedah;
Usah dijolok sarang tebuan,
Badan sakit sesal tak sudah.

Anak indung anak ketitir,
Anak merbah terlompat-lompat; Yang dikendong habis tercicir,
Yang dikejar haram tak dapat
(Dipetik daripada Seuntai Kasih Secebis Harapan)

(a) Nyatakan jenis puisi di atas. [1 markah]
(b) Berikan tiga jenis unggas yang terdapat dalam petikan. [3 markah]


2. Maka terlalulah ramainya di bawah mahligai tuan puteri itu kerana rakyat Putera Jayapati terlalu banyak bangsanya hendak melawan rakyat raja itu. Maka sekaliannya orang di dalam negeri itu pun sangatlah hairannya, serta berkata-kata sesama sendirinya. “Haruslah orang muda itu dapat ia mengambil tuan puteri itu kerana terlalu kesaktiannya. Maka ia mengadakan rakyat berketi-keti, bijak laksana sekali-kali orang muda itu.”

Berdasarkan petikan di atas, nyatakan dua perwatakan Putera Jayapati. [4 markah]

3. Maka kata Raden Kesuma Wati, “Hai nujum, apalah di dalam nujum tuanku?” Maka kata ahlul nujum, “Jikalau tiada dapat telur burung merpati putih yang bersarang di dalam telinga naga yang di atas Gunung Meraksa Dewa itulah akan ubatnya paduka ayahanda itu.”
(Dipetik daripada Hikayat Cendawan Putih, teks Seuntai Kasih Secebis Harapan)
Berdasarkan petikan:
(a) Siapakah ‘paduka ayahanda’ itu? [2 markah]
(b) Nyatakan ubat penyakit ‘paduka ayahanda’ seperti yang dikatakan oleh ahlul nujum. [2 markah]


4. Ibu bapa adalah akar hidup kita
bukan sekadar tangga untuk naik dan turun ibu bapa adalah tunjang yang paling dalam tanpa mereka kita tidak mengenal alam.
(Dipetik daripada sajak Akar, oleh Hilmi Rindu)

(a) Nyatakan maksud gaya bahasa perbandingan terus [2 markah]
(b) Berdasarkan petikan di atas, berikan satu gaya bahasa perbandingan terus. [2 markah]

5. SELAMAT GAGAH : Hamba bersyukur, dapat selamatkan Datuk Bendahara…kalau tidak, datuk dan hamba tak dapat lagi berjumpa saudara-saudara semua di sini.Terima kasih, hulubalang-hulubalang berdua membantu kita, kita sama-sama selamat di sini

Berikan satu latar masyarakat berserta contoh yang terdapat dalam petikan drama di atas?

6. ROSEMERA: Begitulah ceritanya. Maka Kampung Baru kampong Melayu ini terus memburuk dan melayu. Janji akan lebih baru rupanya tambah bercelaru…Komuniti tikus tambah membiak dan semakin sihat, segar dan semakin besar. Longkang atas tanah dan bawah tanah terus juga melekat dan tersumbat. Banjir kilat dengan air hitam pekat dengan bau yang meloyakan tekak terus menyelinap masuk ke bawah rumah dan lantai dapur… (Dipetik daripada drama Muzikal Kampung Baru oleh Hatta Azad Khan )

Berdasarkan petikan di atas, nyatakan dua keadaan Kampung Baru [4 markah]


7. “ Tuangkan saja cuka getah ke belakang kerbaunya. Biar kerbau itu berulat dan mampus hingga busuk seluruh kampung. Biar Berahim tak boleh bersawah. Ini suatu balasan padanya yang senang-senang memokah gelung permatang kita! “

Jusoh bingkas bangun. Ada makna dalam kata-kata bininya itu. Dia menghampiri anak bongsunya yang terkangkang di pinggang bininya. Ditarik pipi Si mongel itu. Budak yang bertahi mata itu tersengih
( Dipetik daripada cerpen Gelungnya Terpokah oleh Shahnon Ahmad )

Berdasarkan petikan di atas, nyatakan satu teknik penceritaan berserta contoh.
[ 4 markah ]

8. Hari ini Mat Seman menjadi lain, usahkan mahu melenggok ke langit mengintai tahi hujan, mahu mengangkat punggung dari umbi pokok jambu air pun dia rasa malas. Biarlah hujan ribut, dia ingin bersama-sama kerbau-kerbaunya di lembah ini. Lembah Bilut akan dipertahankan, walaupun apa yang akan terjadi. Mat Seman tidak pernah meminta apa-apa bantuan daripada orang. Daripada wang sagu hati dia putus kaki,dia membina kandang baru yang ada atap untuk kerbau-kerbaunya, dia membeli penyodok untuk menolak tahi-tahi kerbaunya ke tepi setiap pagi.
( Dipetik daripada cerpen Anak Gembala oleh Zahari Affandi )

Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam petikan di atas . [4 markah]


9. Sah! Memang sah. Tiada sesiapa yang dapat menafikan lagi berita gempar itu. Biah ditemui di rumah setinggan sewaan Muhsin di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Bapa saudaranya sendiri bergegas ke Kuala Lumpur. Pagi ini, orang tua itu balik membawa berita gempar itu. Biah berkeras tidak mahu balik dan mahu bersama-sama Muhsin di Kuala Lumpur.
(Dipetik daripada novel Dari Lembah ke Puncak oleh Ghazali Lateh)
(a) Nyatakan dua latar tempat [2 markah]
(b) Apakah berita gempar yang diberitahu oleh bapa saudara Biah? [2 markah]

10. Setelah selesai menunaikan solat Zuhur secara berjemaah, Anuariza dan Syed Mustafa mengharungi anak paya yang airnya separas pinggang. Membawa bebanan berat di dalam air tidaklah sesukar menariknya menggunakan upih pinang di daratan. Tetapi mereka perlu lebih berhati-hati kerana mungkin ada haiwan berbisa yang mengancam keselamatan. Sampai di tepi paya, Auariza menarik guni buah asam kelubi ke atas tebing. Setelah itu, dia membantu Syed Mustafa dengan menghulurkan tangan dan menarik lelaki itu ke atas tebing.
(Dipetik daripada novel Jeriji Kasih oleh Ramlah Abd Rashid)

Berikan satu nilai berserta contoh yang terdapat dalam petikan di atas. [4markah]


Bahagian Dua
[60 markah]

Bahagian A
(Puisi Tradisional dan Prosa Klasik)

Jawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 2

1. Baca puisi di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


Syair Pentingnya Menjaga Hubungan Keluarga dan Persahabatan

Zahir peruntungan yang telah sejati,
Mendapat saudara handai sahabati,
Ahli kebajikan menyejukkan hati,
Setia amanah nyata dilihati.

Budi yang sama ikhlas mesra,
Menghabisi dukacita sengsara,
Bukan balas intan mutiara,
Melainkan rahmat dipohon segera.

Jatuh padanya itu sekalian,
Darjah kehebatan lagi kepujian,
Nur keelokan rahmat ketinggian,
Daripada ini hingga kemudian.

Kerana fakir tiada berkuasa,
Pada hamba lusuhlah jasa,
Budi yang ihsan dipohon sentiasa,
Ikatan reda sama sebangsa.

Sesungguhnya tenang rasa fikirku,
Serta rahmat anugerah Tuanku,
Yang telah menghasilkan maksudku,
Memecahkan di hati yang terbuku.

Keluasan panjang sinar dan silam,
Keadaan bertambah zahir tak kelam,
Fakir dan syukur hati di dalam,
Ke hadrat al- A’la Klaliq al- Alam.
(Dipetik daripada Seuntai Kasih Secebis Harapan)

(a) Huraikan maksud rangkap lima syair tersebut. [ 4 markah]
(b) Berikan empat ciri bentuk syair di atas. [ 8 markah]
(c) Ciptakan dua rangkap syair bertemakan persahabatan. [ 8 markah]

2. Berdasarkan Hikayat Indera Nata
(a) Jelaskan dua unsur kehebatan Indera Nata [8 markah]
(b) Huraikan tiga nilai murni dalam petikan di atas [12 markah]

Bahagian B
(Puisi Moden dan Drama)

Jawab sama ada Soalan 3 atau Soalan 4

3 Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

RUANG ISTIMEWA MASIH TERBUKA

Ruang ini pusara ayah bonda
dipenuhi haruman kasih sayang
selesa untuk berehat dan beribadat
di sini rasa kemanusiaan lebih mewah
jujur muhasabah diri lagi rela
insaf akan pahala dan dosa.

Ruang ini diikat seutas tali silaturahim
terjalin antara keluarga juga jiran
ikhlas menegur ingat-mengingatkan
menjaga lidah juga maruah
tergelincir di jalan cuma
hati kotor berdengki takut takbur.

Ruang cantik ini masih terbuka peluang
bertaubat dan berdoa mematahkan
jarum muslihat syaitan mengharap
diri tetap di landasan benar mohon
anugerah Ilahi berkekalan
permata iman dalam kawalan-Nya.

Khadijah Hashim

(a) Huraikan dua amanat yang ingin disampaikan penyajak [4 markah]
(b) Nyatakan empat gaya bahasa berserta contoh. [8 markah]
(c) Cipta sebuah sajak yang bertemakan mengenang jasa. Panjangnya sajak tersebut antara 12 hingga 15 baris. [8 markah]


4. Berdasarkan Drama Muzikal Kampung Baru karya Hatta Azad Khan:
(a) Huraikan dua perwatakan Gulam Russel. [8 markah]
(b) Bincangkan tiga nilai dalam drama Muzikal Kampung Baru [12 markah]

Bahagian C
( Cerpen dan Novel )

Jawab sama ada Soalan 5 atau Soalan 6

5. Berdasarkan cerpen Anak-anak Pejuang karya Ghazali Lateh;
(a) Terangkan dua pengajaran yang terdapat dalam cerpen. [8 markah]
(b) Huraikan tiga latar masyarakat dalam cerpen ini. [12 markah]

6. (a) Berdasarkan novel Dari Lembah ke Puncak karya Ghazali Lateh; Jelaskan dua peranan watak Latifah sebagai watak pembantu dalam menyokong watak utama [8 markah]
(b) Berdasarkan novel Jeriji Kasih karya Ramlah Abd Rashid; Huraikan tiga persoalan yang terdapat dalam novel ini. [8 markah]

Kertas Soalan Tamat


PERATURAN PEMARKAHAN

Pemberian markah berdasarkan isi dan penyampaian.
(a) (i) Isi
Markah bagi isi berdasarkan peraturan pemarkahan yang ditetapkan.

Fakta berserta huraian atau contoh 2 markah
Fakta berserta huraian dan contoh 2 markah
Fakta tanpa contoh 1 markah
Fakta betul, contoh salah 1 markah
Fakta salah, contoh salah 0 markah
Fakta / huraian / contoh (ada salah satu dan betul) 1 markah
Fakta salah, contoh betul 0 markah

(ii) Gaya bahasa

Fakta betul, contoh betul 2 markah
Fakta betul, contoh salah 1 markah
Fakta salah, contoh betul 0 markah
Fakta salah, contoh betul 0 markah
Fakta sahaja 0 markah

(b) Penyampaian

(i) [Bagi soalan Bahagian Satu] – Hendaklah dalam bentuk struktur / jawapan ringkas
/jawapan pendek.
[Bagi soalan Bahagian Dua] – Hendaklah dalam bentuk esei.

(ii) Hendaklah menggunakan bahasa yang gramatis, jelas dan lengkap.

(iii) Hendaklah menggunakan ejaan yang lengkap dan betul.

(iv) Bagi soalan perbandingan, hendaklah mengikut perbandingan terus, bukannya dalam bentuk yang disenaraikan.

(v) Hendaklah dalam tulisan yang kemas, jelas dan mudah dibaca.

Nota :
PENYAMPAIAN YANG TIDAK MEMATUHI PERATURAN (B) (i) – (v) DI ATAS AKAN DI POTONG MAKSIMUM 2 MARKAH BAGI SETIAP SOALAN.

BAHAGIAN SATU

1. Jawapan
(a) Pantun empat kerat/ pantun empat kerat – Nasihat. 1 markah

(b) i. anak indung/ indung/ burung indung. 1 markah
ii. anak ketitir/ ketitir/ burung ketitir. 1 markah
iii. anak merbah/ merbah/ burung merbah 1 markah
Maksimum 4 markah


2. Jawapan
Dua perwatakan Putera Jayapati :
i. Seorang yang mempunyai kesaktian / terlalu sakti / kesaktiannya 2 markah
ii. Seorang yang bijaksana / bijak. 2 markah

3. Jawapan Markah
a. ‘Paduka ayahanda’ ialah Raja Indera Kemala Putera /ayahanda Raden Kesuma Wati
(2 markah )
b. Ubat penyakit ‘Paduka ayahanda’ :
telur burung merpati putih / telur burung merpati putih yang bersarang di dalam telinga naga / telur burung merpati putih yang bersarang di dalam telinga naga yang di atas Gunung Meraksa Dewa. (2 markah)
Maksimum 4 markah
4. Jawapan

a. Perbandingan terus bermaksud perbandingan yang menggunakan perkataan adalah atau ialah. 2 markah
b. Contoh; ibu bapa adalah akar hidup kita/
ibu bapa adalah tunjang yang paling dalam. 2 markah
Maksimum 4 markah
5. Jawapan
Latar masyarakat :
i. Masyarakat yang bersyukur /berterima kasih
Contoh: Hamba bersyukur dapat selamatkan Datuk Bendahara 2 + 2 markah
ii. Masyarakat yang membantu/ monolog / bekerjasama
Contoh: …hulubalang-hulubalang berdua membantu kita, kita sama-sama selamat di sini.
2 +2 markah


6. Jawapan
Keadaan Kampung Baru :
i. Kampung Baru terus memburuk 2 markah
ii. Kampung Baru terus melayu 2 markah
iii Komuniti tikus tambah membiak/semakin sihat/ semakin segar/ semakin besar
2 markah
iv.Semakin sihat/segar/semakin segar/ semakin besar 2 markah
v .Longkang atas tanah dan bawah tanah tersumbat vi.Banjir kilat dengan air hitam pekat / dengan bau yang meloyakan tekak / terus menyelinap masuk ke bawah rumah dan lantai dapur 2 markah
Maksimum 4 markah


7. Jawapan
i.imbas muka
contoh: Tuangkan saja cuka getah ke belakang kerbaunya biar kerbau itu berulat / mampus hingga busuk seluruh kampung / biar Berahim tak boleh bersawah. 2 markah
ii.pemerian
contoh: Jusoh bingkas bangun / Ada makna dalam kata-kata bininya./ Dia menghampiri anak bongsunya yang terkangkang di pinggang./ Ditarik pipi si mongel itu. / Budak yang bertahi mata itu tersengih. 2 markah
Maksimum 4 markah

8. Jawapan
Persoalan
i. mempertahankan harta benda / hak ii.kegigihan mencari rezeki 2 markah
ii. bijak mengurus kewangan 2 markah
Maksimum 4 markah


9. Jawapan
(a) i. di rumah setinggan sewaan Muhsin 1 markah
ii. di Jalan Ipoh 1 markah
iii. di Kuala Lumpur 1 markah
(b) Biah berkeras tidak mahu balik dan mahu bersama-sama Muhsin/ Biah berkeras tidak mahu balik dan mahu bersama-sama Muhsin di Kuala Lumpur. 2 markah
Maksimum 4 markah


10. Jawapan
Keimanan/Ketakwaan
Contoh: Anuariza dan Syed Mustafa menunaikan solat Zuhur secara berjemaah 2 + 2 markah

Kegigihan/kerajinan
Contoh: Anuariza dan Syed Mustafa mengharungi anak paya yang airnya separas pinggang/Membawa bebanan berat di dalam air tidaklah sesukar menariknya menggunakan upih pinang di darat./Sampai di tepi paya, Anuariza menarik guni buah asam kelubi ke atas tebing.
2 + 2 markah
Keberanian
Contoh: Tetapi mereka perlu lebih berhati-hati kerana mungkin ada haiwan berbisa yang mengancam keselamatan. 2 + 2 markah

Tolong-menolong/Bantu-membantu/Bekerjasama Contoh: Setelah itu, dia membantu Syed Mustafa dengan menghulurkan tangan dan menarik lelaki itu ke atas tebing.
2+2 markah
Maksimum 4 markah

Bahagian Dua

Bahagian A (Puisi Tradisional dan Prosa Klasik

Soalan 1
Jawapan

(a) Maksud rangkap lima syair;
i. Fikiran/ perasaan penyair/ penulis akan menjadi lapang/ senang/ bahagia. 1 markah
ii. memperoleh/ mendapat/ menerima rahmat/ kasih yang dianugerahkan/ dikurniakan oleh Allah/Tuhan. 1 markah
iii. Allah/ Tuhan telah memakbulkan/ menerima/ memperkenan permintaan/ hajat penyair/ penulis 1 markah
iv. menghuraikan/ menzahirkan/ meluahkan dari jiwa/ kalbu yang terpendam/ tersimpan/ tersirat. 1 markah
Maksimum : 4 markah

(b) Ciri bentuk syair :

i. Terdiri daripada 6 rangkap/ berangkap.

ii. Bilangan/ jumlah baris dalam serangkap/ rangkap adalah sama/ empat baris serangkap.

iii. Bilangan/ jumlah patah perkataan dalam sebaris tidak sama/ 3 hingga 5 patah perkataan

iv. Bilangan/ jumlah suku kata dalam sebaris tidak sama/ 9 hingga 13 suku kata sebaris.

v. Rima akhirnya sama / terikat contoh : aaaa

vi. bentuknya terikat / tidak bebas

vii. Mempunyai jeda
contoh: Setia amanah/ nyata dilihat
Maksimum 8 markah

c. Pengkaryaan (Syair persahabatan)

Nota: Calon mencipta satu rangkap syair sahaja, berikan
Tema : 2 markah
Bahasa :2 markah
Bentuk : 2 markah
Kreativiti : 2 markah

Calon mencipta selain syair, markah bentuk maksimum 1 markah sahaja.
Syair yang tidak menepati tema, markah tema 0 markah

Soalan 2


(a) Dua unsur kehebatan Indera Nata :
i. Bijak menyelesaikan masalah.
Contoh: Indera Nata bijak memberi pendapat kepada ayahandanya, Raja Rom, telah berjaya menyatukan semula ayah dan ibunya,Tuan Puteri Chenderawati yang telah lama terpisah.

ii. Berhemah dalam setiap tindakan.
Contoh: Indera Nata menyambut kedatangan raja-raja Mesir, Iraq, Siam, Keling dan Peringgi dengan penuh berhemah sehingga berjaya melembutkan hati mereka lalu membatalkan niat hendak membawa balik puteri- puteri mereka.

iii. Gagah menewaskan musuh yang luar biasa kekuatannya.
Contoh : Indera Nata berjaya merebut dan melarikan tujuh orang puteri raja daripada raksasa / Indera Nata menewaskan raksasa yang merancang hendak menyerang negeri Rom kerana menuntut bela atas kematian anaknya Si Batu Kembar yang telah dibunuh oleh Indera Nata dalam peperangan / Indera Nata berjaya menewaskan raksasa, mengikat dan membawa balik ke negeri Rom. / Indera Nata berjaya mendapatkan seekor gajah berganding emas.

iv. Seorang yang bertakwa kepada Allah S.W.T.
Contoh:Indera Nata sangat mempercayai kuasa Allah S.W.T dalam setiap tindakannya. Baginda hanya mengahwini empat daripada tujuh orang puteri raja kerana mengikut syariat / ajaran Islam.


(b) Tiga nilai murni :

i. Kasih sayang.
Contoh : Tuan Puteri Cenderawati amat mengasihi suaminya, Raja Rom.
2+2 markah
ii. Kebijaksanaan

Contoh : Indera Nata memberikan pendapatnya kepada ayahandanya, Raja Rom yang meminta isterinya, Tuan Puteri Cenderawati datang menemuinya sebaik sahaja baginda hidup semula. Indera Nata sebaliknya mahu Raja Rom pergi menemui isterinya itu,

iii. Berani.
Contoh : Indera Nata berani menentang raksasa yang terlalu gagah serta dapat mengikatnya, bahkan dibawa pulang ke negeri Rom.

iv. Berhemah tinggi.
Contoh : Indera Nata menyambut kedatangan raja-raja Mesir, Iraq, Siam, Keling dan Peringgi dengan penuh berhemah sehingga Berjaya melembutkan hati semuanya.

v. Beriman.
Contoh : Indera Nata percaya akan kekuasaan Tuhan. Selalu disebutnya bahawa Tuhan Maha Kuasa/ Indera Nata menyatakan manusia pelupa dan lalai manakala Tuhan tidak.

Bahagian B (Puisi Moden dan Drama)
Soalan 3

a. Dua amanat yang ingin disampaikan penyajak;

i. Kita hendaklah melengkapkan diri dengan akhlak yang baik/ berperibadi mulia.
2 markah
ii. Kita hendaklah menjaga hubungan/ silaturahim dengan ibu bapa. 2 markah

iii. Kita hendaklah menjaga hubungan/ silaturahim dengan jiran tetangga. 2 markah

iv. Kita hendaklah Insaf akan perbuatan dosa dan mencari / mendapatkan pahala. 2m

v. Kita hendaklah sentiasa menjaga tutur kata/ bersopan santun. 2 markah

vi. Kita hendaklah menjaga maruah diri. 2 markah

vii. Kita hendaklah ikhlas/ berhati hulur dalam berpesan- pesan/ nasihat- menasihati.
2 markah
viii. Kita hendaklah bersihkan hati dari sifat dengki/ iri hati / takbur / bongkak. 2 markah

ix. Kita hendaklah bertaubat dan berdoa moga dijauhkan dari tipu daya/ hasutan syaitan. 2 markah

x. Kita hendaklah memohon/ berharap berada di jalan yang lurus/ benar/ diredai.
2 markah
xi. Kita hendaklah memohon/ meminta kurniaan/ anugerah/ kenikmatan Allah/ Ilahi berkekalan/ selama- lamanya. 2 markah

x. Kita hendaklah berharap agar mendapat keredaan / keampunan Allah/ Ilahi. 2 markah

Maksimum 4 markah

d. Empat gaya bahasa berserta contoh;

i. Asonansi
Contoh: Ruang ini pusara ayah bonda (pengulangan vokal ‘a’ )

ii. Aliterasi
Contoh : hati kotor berdengki takut takbur (pengulangan konsonan ’t’)

iii.Anafora
Contoh: tergelincir di jalan cuma terkehel kaki tergelincir lidah menyakitkan hati

iv. Responsi/ simplok
Contoh : tangan kotor hanya terpalit lumpur hati kotor berdengki takut takbur.

v. Personifikasi
Contoh: Hati kotor berdengki takut takbur

vi. Kata ganda
Contoh: ingat-mengingatkan

vii. Metafora
Contoh: jarum muslihat/ permata iman/tali silaturahim

viii. Alusi
Contoh: Ilahi/ kawalan-Nya

ix. Inversi
Contoh: jujur muhasabah diri lagi rela / ruang ini diikat Seutas tali silaturahim.

x. Bahasa Arab
Contoh : Syaitan/ takbur/ muhasabah

Maksimum 8 markah

c. Pengkayaan Sajak. Nota:
i. Jumlah baris sajak yang dicipta oleh calon yang kurang daripada 7 baris, berikan markah maksimum 4 markah.

ii. Jumlah baris sajak yang dicipta oleh calon antara 7 hingga 11 baris, masimum markah

iii. Jika calon tidak menulis tajuk sajak, tolak 1 markah kreativiti.

iv. Jika calon menghasilkan sajak lebih daripada 15 baris, periksa seperti biasa.

v. Sajak yang tidak menepati tema, markah tema ialah 0.

vi. Jika calon menciplak sajak ( petikan ), maksimum markah ialah 1 markah.

Jika calon menciplak sajak ( lirik lagu ) maksimum markah ialah 3 markah.

Pengkaryaan
1. Tema 2
2. Bentuk 2
3. Bahasa 2
Kreativiti 2
Maksimum 8 markah


Soalan 4

a. Perwatakan Gulam Russel :

i. Seorang yang prihatin terhadap masa depan penduduk Kampung Baru.
Contoh : Gulam Russel prihatin / sanggup bersusah payah demi memajukan Kampung Baru. 2+2m

ii. Seorang yang berpandangan jauh.
Contoh : Seorang yang sanggup bersusah payah menyediakan pelan Perancangan untuk memajukan Kampung Baru                                                                 2+2 markah

iii. Seorang yang menghormati orang yang lebih tua. Contoh : Gulam Russel menghormati Haji Pahlawan dan menganggapnya seperti datuknya sendiri                       2+2 markah

iv. Seorang yang percaya kepada ketentuan Allah.
Contoh : Gulam Russel menyatakan kepada Haji Palawan jodoh pertemuan di tangan Allah. 2+2m

v. Seorang yang mempunyai jati diri.
Contoh Gulam Russel merantau mencari ilmu, mengenali dunia dan sempadan baru, kenal orang lain, kenal gaya dan cara mereka. Yang elok saya belajar, yang tak elok saya tak tiru.   2+2 markah

Maksimum 8 markah


b. Nilai dalam drama Muzikal Kampung Baru :

i. Bersikap jujur
Contoh : Jalad dan Nasan tidak bersikap jujur dalam mbuat perubahan untuk memajukan Kampung Baru, sebaliknya mementingkan keuntungan peribadi terhadap setiap usaha yang telah dilakukan
2+2 markah

ii. Rasional.
Contoh : Haji palawan dan Raja Molek yang berfikiran sempit dalam menerima cadangan Gulam Russel sebaliknya mempersoalkan asal usul Gulam Russel yang merupakan anak
kacukan daripada pelbagai bangsa.                2+2 markah


iii) Keperihatinan
Contoh : Gulam Russel, Ratnasari, Rosemera, Tulus dan Joshua Ong amat prihatin terhadap nasib penduduk Kampung Baru yang jauh ketinggalan daripada kepesatan pembangunan Kuala Lumpur dan telah menyediakan cadangan pelan Perancangan untuk memajukan kampung tersebut. Markah 2 + 2

vi Keberanian
Contoh : Rosemera dan Ratnasari berani berhadapan dengan Penduduk kampung seperti Jalad dan Nesan untuk memberikan gambaran yang sebenar berkaitan dengan kehidupan penduduk Kampung Baru untuk tatapan masyarakat luar.  2+2 markah

v) Bersatu padu / bekerjasama / tolong menolong
Penduduk Kampung Baru yang tidak bersatu padu dalam melakukan usaha untuk memajukan Kampung Baru sebaliknya hidup berkelompok dan mementingkan diri sendiri. 2+2 markah

Maksimum 12 markah

Soalan 5

a. Pengajaran dalam Anak-Anak Pejuang :

i. kita hendaklah mengenang jasa orang lain.
Contoh : Ah Bee tidak pernah lupa jasa Pak Denan yang membenarkan Ah Bee dan bapanya Ah Yau menginap di rumahnya ketika darurat/ mengenang jasa tokoh pejuang tanah air.  2+2 markah

ii. Kita hendaklah berani mempertahankan tanah air. Contoh: Pak Denan berani berjuang menentang Malayan Malayan Union.                                                                 2+2 markah

iii. Kita hendaklah saling membantu
Contoh : Ah Bee sentiasa menghulurkan sumbangan kepada Pak Denan terutama sejak Pak Denan tinggal seorang diri.                                                                      2+2 markah

iv. Kita hendaklah prihatin/mengambil berat kehendak dan perasaan ibu bapa.
Contoh :Anak-anak Pak Denan tidak memahami semangat perjuangan ayah mereka selama ini. 2+2m

v. Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup.
Contoh : Pak Denan tabah membesarkan anak-anaknya seorang diri sehingga menjadi insan berpendidikan dan berjawatan tinggi.     2+2 markah

vi. Kita hendaklah insaf akan kesilapan yang lalu.
Contoh : Anak-anak Pak Denan akhirnya insaf dan meminta maaf kerana tidak memahami semangat perjuangan yang ada pada ayah mereka.                                      2+2 markah

vii. Kita janganlah memungkiri janji.
Contoh : Anak –anak Pak Denan tidak mengotakan janji mereka untuk menjemputnya ke Kuala Lumpur bagi melihat perarakan Hari Kebangsaan.                          2+2 markah

viii. Kita hendaklah menghargai pemimpin/ pejuang tanah air Contoh :Pak Denan menamakan anak-anaknya sempena nama pemimpin negara                               2+2 markah

ix. Kita hendaklah mempunyai semangat cinta akan tanah air negara/patriotisme ./
Contoh :Pak Denan tetap ingin ke Kuala Lumpur bagi menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan walaupun dihalang oleh anak-anaknya.                                           2+2 markah

x. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai cita-cita. Contoh : Pak Denan tetap/gigih berusaha untuk ke Kuala Lumpur bagi menyertai perarak                            2+2 markah

Maksimum 8 markah

b. Latar masyarakat :

i. Masyarakat yang berbilang kaum
Contoh : Terdapat keluarga Ah Bee yang mengusahakan perniagaan sayuran dan Maniam yang menjalankan perniagaan kedai kopi.                            2+2 markah

ii. Masyarakat yang mengenang jasa
Contoh :Ah Bee tidak pernah melupakan jasa Pak Denan yang membenarkanAh Bee dan bapanya Ah Yau menginap di rumahnya ketika darurat dahulu.     2+2 markah


iii. Masyarakat yang bantu-membantu
Contoh :Siapanya:Ah Bee sentiasa menghulurkan sumbangan kepada Pak Denan terutama sejak Pak Denan tinggal seorang diri                                             2+2 markah
.
iv. Masyarakat yang insaf
Contoh :Anak-anak Pak Denan akhirnya insaf dan meminta maaf kerana tidak memahami semangat perjuangan Pak Denan selama ini.                                2+2 markah

v. Masyarakat yang berani mempertahankan tanah air Huraian:Pak Denan berani menentang Malayan Union                                                                              2+2 markah

vi. Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan hidup Contoh:Pak Denan tabah membesarkan anak-anaknya seorang diri sehingga menjadi insane berpendidikan dan berjawatan tinggi. 2+2m

vii. Masyarakat yang mungkir janji                                   
Contoh:Anak-anak Pak Denan tidak mengotakan janji mereka untuk menjemputnya ke Kuala Lumpur bagi menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan.  2+2 markah

viii. Masyarakat yang menghargai pemimpin
Contoh:Pak Denan menamakan anak-anaknya sempena nama pemimpin negara. 2+2 markah

ix. Masyarakat yang cinta akan tanah air/patriotisme
Contoh: Pak Denan tetap ingin ke Kuala Lumpur untuk menyertai perarakan Hari Kebangsaan walaupun dihalang oleh anak- anaknya.                                      2+2 markah

Maksimum 12 markah

Soalan 6

(a) Peranan Latifah

(i) Membantu meringgankan penderitaan Jalil semasa di kampung Contoh: Latifah membantu merawat luka kaki Jalil akibat tertusuk kaca semasa di sawah.     2+2

(ii) Membantu kejayaan Jalil dalam pelajaran
Contoh: Latifah memujuk Pak Lang Ali/bapanya untuk membantu membayar yuran peperiksaan Jalil.
2+2 markah

(iii) Membantu memajukan syarikat Jalil
Contoh: Latifah menerima jawatan pengurus akaun di Syarikat Alam Hijau/syarikat milik Jalil. 2+2

(iv) Memberi sokongan moral ketika penduduk kampung memulaukan Jalil
Contoh: Latifah tetap berkawan dengan Jalil walaupun kawan-kawan dan orang kampung yang lain memulaukan/meminggirkan Jalil.                              2+2 markah

(b) Persoalan

(i) Kasih sayang dalam keluarga.
Contoh: Soleha sangat menyayangi anak-anaknya Anuariza dan Azuera .  2+2 markah

(ii) Pengabaian tanggunggjawab terhadap anak-anak.
Contoh: Syed Mustafa lebih mementingkan kerjaya sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anaknya.                                                                                        2+2 markah

(iii) Berani menghadapi cabaran.
Contoh: Anuariza berani berhadapan dengan ancaman binatang buas ketika mengutip buah asam kelubi di dalam hutan paya                                                                   2+2 markah

Kepentingan ilmu/pelajaran untuk masa depan.
Contoh : Soleha memasti anak-anaknya mendapat pendidikan Pendidikan walaupun tanpa suami.

(iv) Kemiskinan bukan penghalang kejayaan
Contoh: Walaupun Anuariza dan Azuera hidup dalam kemiskinan tetapi mereka berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan.                                   2+2 markah

(v) Tolong-menolong/Bantu-membantu/Bekerjasama dalam masyarakat.
Contoh: Penduduk kampung membantu majlis kenduri tahlil di rumah Syed Mustafa. 2+2

(vi) Tabah/Sabar/Cekal menghadapi cabaran hidup.
Contoh: Anuariza/Soleha tabah menghadapi hinaan dan cercaan penduduk kampung. 2+2

(vii) Beriman/ketakwaan kepada Allah.
Contoh: Anuariza dan Syed Mustafa menunaikan solat walaupun masih berada di dalam hutan paya ketika mengambil asam kelubi.                                                        2+2

(viii) Mengenang budi/jasa orang lain
Contoh: Soleha sanggup menerima lamaran Syed Mustafa kerana terhutang budi kepada keluarga Nek Siah.                                                                                            2+2

(ix) Gejala sosial dalam kalangan remaja.
Contoh: Syed Fariz terlibat dengan masalah mencabul, mencuri, merokok, peras ugut dan menubuhkan kumpulan haram.                                                             2+2

(x) Insaf/Sedar atas kesilapan.
Contoh: Syed Mustafa insaf akan kesilapannya yang mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak.                                                                                           2+2

SKEMA PEMARKAHAN TAMAT 

28 Oct 2014

Kanak-Kanak dan Alam Teater

DBP nafasi teater kanak-kanak
Oleh Ladin Nuawi
28 September

"Kami akan sentiasa memberi dorongan, kerjasama dan sokongan yang padu demi pembangunan dan pemerkasaan kesusasteraan kanak-kanak khususnya teater kanak-kanak." Demikian cetus nurani Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Dr. Awang Sariyan yang dianggap telah memberikan nafas baharu kepada teater kanak-kanak yang sedang nazak kebelakangan ini.

Memang perlu nafas agar terus berkembang kerana teater mampu menjadi wadah membentuk insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani sebagaimana yang diharapkan dalam pendidikan masa kini, kata Pengarah Jabatan Pengembangan Sastera DBP, Abang Sallehuddin Abang Shokeran.

Kita perlu bersyukur di atas keprihatinan yang ditunjukkan oleh organisasi yang pernah menjadi tunggak pembangunan teater di negara ini. DBP membuktikan melalui pementasan teater kanak-kanak Laba Sang Bijaksana yang diadakan di Auditorium DBP baru-baru ini oleh produksi Kembara Anak Bukit yang bersatu dengan Citra Cilik DBP berdasarkan karya dan arahan Noor Hashimi Hassan.

Hakikatnya, memberi nafas kepada teater kanak-kanak bukan kerja mudah kerana teater ini bersifat semi-amatur. Setiap orang yang terlibat mempunyai tanggungjawab lain. Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja DBP yang membentuk pasukan pengurusan dan kerja di bawah ketuanya, Norimah Bajuri dan setiausahanya, Filzah Ibrahim ibarat bernafas sampai menggunakan telinga. Syabas.

Menerbitkan teater kanak-kanak memang menyesakkan nafas apabila melibat pelajar sekolah dari pelbagai tempat. Bukan mudah untuk mengatur jadual latihan sejak awal tahun. Ia perlu diselaraskan dengan jadual sekolah, jadual ujian/peperiksaan dan keizinan Pusat Pendidikan Daerah (PPD). Ini belum diambil kira jadual tusyen, kelas tambahan, kelas agama dan kemampuan masa ibu bapa.

Kita kena akui, sesak nafas atau tidak, kerja teater bermula dengan naskhah. Naskhah Laba Sang Bijaksana mengambil unsur teater purba atau bangsawan. Ia ada hukum-hakam tersendiri yang menyebabkan tidak ramai yang berani menulisnya. Semua kena faham asasnya iaitu peranan dan penggunaan bahasa, adab, adat, pakaian, perhiasan dan seni bina.

Cerita purba bahasanya bukan sekadar bahasa berirama. Pemilihan perkataan pula harus sesuai dengan latar zaman dan tempatnya. Berkata-kata dengan raja atau pembesar tentu terikat dengan pangkatnya. Ganti nama seperti beta, tuan hamba, hamba, tuanku, patik kenalah kerap digunakan. Kalau bertutur dengan raja biasanya dimulakan dengan "ampun tuanku" atau "tuanku, boleh patik memberi pendapat?"

Bergerak di sekitar raja atau pembesar ada tertibnya juga. Pembesar atau rakyat bukan boleh sebarang melintas di depan orang yang lebih tinggi pangkatnya. Gerak tangan atau air muka pun kena kawal. Berdiri dengan raja juga ada jaraknya.

Untuk mencantikkan naskhah atau lakonan purba, elok juga mendapat nasihat atau merujuk dengan pihak yang biasa berurusan dengan istana. Rujukan luar terdapat pada buku drama Sharom Hussein, filem Melayu purba zaman Studio Jalan Ampas, teater Bangsawan serta buku-buku hikayat Melayu.

Busana juga wajib diberi perhatian. Bukan sebarang orang boleh pakai warna kuning. Rakyat biasa atau pembesar 'diharamkan' memakai warna kuning apabila mengadap raja atau berurusan di tempat umum. Pemakaian tengkolok dan senjata juga terikat dengan tertibnya. Kita kena kenal potongannya yang mana untuk raja, yang mana untuk rakyat.

Apa pun, pentas ada tertibnya yang biasa dipatuhi walaupun cerita purba. Secara mudah, mesti ada sebab dan musabah watak muncul di pentas. Tidak berapa cantik apabila pelakon berlakon, berdialog terlindung di bahagian belakang pentas. Untuk menyedari kesilapan ini eloklah semasa memberi arahan atau latihan lakonan, kita adakan jarak dengan pelakon. Kita sebaik-baiknya berada di jarak kerusi penonton. Dengan ini kita dapat membezakan jarak pandangan pentas dengan kamera kepada pelakon.

Dialog-dialog utama seperti teka-teki yang terdapat dalam Laba Sang Bijaksana perlu diberi 'ruang khas' supaya penonton juga bersedia untuk mencari jawapannya. Kalau diulang teka-teki itu pun tidak menjadi masalah sebab ini pementasan bukan teks bacaan yang boleh diulang baca. Memang elok dielakkan gangguan gerak lain atau dialog lain yang tidak perlu waktu itu.

Teka-teki dan hukuman memakai tengkolok panjang menggerakkan cerita teater ini. Sayang benar peristiwa di sekitar tengkolok itu kurang dibesarkan. Tentu ada satu reaksi khas watak yang gagal menjawab teka-teki dan watak-watak yang ada di sekitarnya. Rugilah kalau semua muka pinggan kosong tiada riaksi sama ada lucu, malu atau tercabar.

Adegan-adegan melegakan nafas penonton melalui penampilan Kumpulan Orang Asli, Kumpulan Gua Gegar Tapa, Gergasi dan Kumpulan Cucu Nenek Kebayan memang terpuji. Kumpulan Penari Desa Anggerik dan Kumpulan Penari Asyik memenuhi syarat teater purba kanak-kanak. Kumpulan Bercerita Kelip-kelip DBP sebagai pembuka panggung amat membantu keselesaan penonton. Kumpulan ini bertindak sebagai tauke panggung.

Keceriaan yang mereka bawa melupakan kita bahawa set begitu daif sekali. Kebetulan kos produksi terlalu kecil. Namun begitu daya cipta satu kerangka set serba guna - sebagai gua, rumah nujum, boneka - sewajarnya diteladani.

Sebaik-baik sahaja pementasan Laba Sang Bijaksana berakhir semua menarik nafas lega. Bolehlah kita akui kata-kata Dr. Awang, "kesedaran dan apresiasi teater perlu diterapkan di peringkat awal kanak-kanak supaya mereka akan terdidik sebagai generasi yang menghargai budaya bangsa mereka."

Saya bersetuju dengan pengakuan Noor Hashimi bahawa teater kanak-kanak di negara ini agak ketinggalan dan terpinggir berbanding genre sastera lain. Untuk mengatasinya kita perlu mengadakan bengkel penulisan naskhah purba berserta tata-tertib istana dan latihan teater kanak-kanak.

utusan online 



Mendekatkan Kanak-kanak kepada Bangsawan

Oleh NORLIZA OMAR

TEATER kanak-kanak “Laba Sang Bijaksana” telah dipentaskan di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 18 dan 19 September 2014 yang lalu. Pementasan ini telah berlangsung dengan jayanya, dan mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada penonton. Pementasan teater ini adalah gabungan kerjasama antara DBP dengan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.



Salah satu adegan teater “Laba Sang Bijaksana”

Teater kanak-kanak ini merupakan hasil karya Noor Hashimi bin Hasan, iaitu pengarah pementasan teater ini juga. Noor Hashimi merupakan pendidik yang telah banyak mengarah teater kanak-kanak. Berdasarkan pengalamannya dalam bidang penulisan dan pengarahan teater, Noor Hashimi sering diundang sebagai hakim, penceramah atau pembimbing bengkel teater (lakonan/pengarahan) anjuran pelbagai pihak termasuk DBP.


Noor Hashimi bin Hasan, pengarah dan penulis skrip “Laba Sang Bijaksana”

Pada tahun 2013, DBP pernah mementaskan teater kanak-kanak yang melibatkan Kumpulan Citra Cilik DBP yang terdiri daripada 30 orang anak staf DBP. Teater tersebut berjudul “Danial dengan Bawang Hitam” di bawah bimbingan Noor Hashimi. Sejak penubuhan Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja pada tahun 2006, telah banyak teater kanak-kanak dipentaskan. Jika teater kanak-kanak DBP sebelum ini lebih berbentuk muzikal dan cerita binatang, DBP pada tahun ini mengubah cita rasa dengan mengangkat genre bangsawan. Genre ini mula dilupakan oleh golongan dewasa apatah lagi kanak-kanak. Justeru, buat pertama kalinya DBP memilih pementasan teater bangsawan kanak-kanak ini.

Objektif teater kanak-kanak adalah untuk mendekatkan kanak-kanak kepada bangsawan supaya dapat mewarisi nilai-nilai murni untuk diterapkan dalam kehidupan harian mereka selain melahirkan kumpulan kanak-kanak yang berbakat besar dalam bidang teater dan persembahan seni sastera. Melalui teater, kanak-kanak dapat memupuk semangat bekerja secara berkumpulan, mendisiplinkan diri dan seterusnya mampu membina keyakinan diri. Penglibatan ini juga memupuk kesedaran dan apresiasi dalam kalangan masyarakat umum dan penggiat teater di Malaysia terhadap seni teater bangsawan kanak-kanak. Hasil garapan itu dapat melahirkan pengarah, pelakon dan tenaga produksi teater kanak-kanak tempatan yang profesional.

Adik Muhammad Danial Ayob sebagai Malim Indera

Pementasan teater kanak-kanak “Laba Sang Bijaksana” ini mengisahkan seorang putera bernama Malim Indera yang merupakan anak Raja Negeri Beringin Sari. Baginda gemar memberikan teka-teki kepada anak-anak pembesar istana. Sesiapa yang tidak dapat menjawab teka-teki tersebut, akan disuruh memakai tengkolok panjang.


Antara adegan yang mencuit hati penonton

Kebijaksanaan Putera Malim Indera telah membangkitkan perasaan iri hati dalam kalangan anak pembesar yang lain seperti Bayan, iaitu anak Bendahara Negeri Beringin Sari. Beliau telah berjumpa nujum dan diberitahu bahawa Putera Malim Indera bakal menjadi seorang yang masyhur apabila dewasa nanti kerana kebijaksanaannya itu. Nujum juga memberitahu, apabila baginda menjadi raja nanti, pembesar yang akan dipilih dalam kalangan orang yang bijaksana juga. Bayan membuat rancangan jahat bersama-sama kawan-kawannya untuk membuang Malim Indera ke hutan larangan.


Adik Wan Hasbur Rahman Wan Yusuf sebagai Bayan

Teater kanak-kanak ini merupakan satu cabang teater yang penting sebagai wahana untuk meningkatkan penghayatan dan kecintaan terhadap sastera seawal usia kanak-kanak lagi. Antara matlamatnya adalah mendedahkan kaedah pengajaran dan pembelajaran kepada kanak-kanak dalam aspek berkomunikasi menggunakan laras bahasa mengikut konteks dan situasi yang sesuai di samping menerapkan nilai-nilai murni dalam diri kanak-kanak. Menurut Noor Hashimi, pementasan ini menjadikan kanak-kanak lebih matang dalam pergaulan, tindakan dan pemikiran.

Semoga DBP akan terus mementaskan teater kanak-kanak dan seterusnya menggilap bakat kanak-kanak dalam bidang teater dan seni persembahan.

klikdbp






Mia Rangkul 4 Anugerah Teater Kebangsaan 2014



Ipoh, Perak- Sekali lagi sejarah tercipta! begitulah rekod kecemerlangan Adik Mia PERMATA Insan apabila berjaya merangkul sekali lagi anugerah di Peringkat Kebangsaan dalam bidang Teater.

Empat anugerah berprestij yang telah berjaya dirangkulnya pada tahun ini adalah, Anugerah Pelakon Wanita Harapan, Pelakon Wanita Harapan Keseluruhan, Peserta Wanita Terbaik dan Anugerah Platinium Bangsawan Kanak-Kanak.

Kejayaan bersempena Kem Semarak Teater Sekolah Menengah dan Rendah Peringkat Kebangsaan 2014 yang telah diadakan pada 22-26 Mei 2014 bertempat di Ballroom Hotel Syuen ini telah disertai oleh peserta dari semua negeri di seluruh Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan Labuan dan Sekolah Seni Malaysia (SseM).


Kem Semarak Teater pada tahun ini dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan di rasmikan dengan jayanya oleh Pengarah Pendidikan Negeri Perak serta dihadiri oleh Pengarah Bahagian Kokurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

Semasa Peringkat Negeri Pahang, adik Mia telah terlibat dengan produksi teater muzikal. Pada kali ini, beliau terlibat pula dengan produksi bangsawan kanak-kanak. Tajuk persembahan teater yang dilakonkannya adalah “Akal Sejengkal Akal Sedepa”.

Setelah terpilih dalam sesi uji bakat, adik Mia telah di beri watak Mamunda, iaitu cucu kepada nenek kebayan Kemangi. Mamunda ialah ketua kepada tiga kembar, Mamundu dan Mamundi. Watak ini sangat mencabar bagi beliau kerana memerlukan gaya sebutan serta memek muka yang pelbagai.

Beliau berasa amat bersyukur kerana dapat membawa wataknya dengan baik sekaligus mencipta rekod kecemerlangannya sekali lagi dalam arena teater!

Untuk makluman, Adik Mia pada tahun lepas berjaya merangkul dengan Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik juga dalam Semarak Teater Sekolah Menengah dan Rendah Peringkat Kebangsaan.


Adik Mia tersenyum bangga sambil memegang trofi-trofi yang dimenanginya.

 permata insan

Cabaran pendidikan teater

Oleh HARYATI KARIM



KESABARAN amat diperlukan untuk melatih kanak-kanak dalam mempelajari teater kerana mereka terkenal dengan sifat degil dan suka bermain.

INDUSTRI teater dilihat semakin berkembang pada hari ini, meskipun begitu tahap perkembangannya di Malaysia sangat perlahan berbanding dengan negara luar.

Jika di luar negara sejak kecil lagi, ketika kanak-kanak baharu mengenal abjad, mereka telah dipupuk dengan seni persembahan tetapi ia kurang dipraktikkan di Malaysia.

Bukan tiada langsung, ada sekolah tadika atau sekolah rendah yang menyokong seni teater tetapi jumlahnya tidak banyak sedangkan kebaikan yang diperoleh daripada seni teater begitu banyak.

Menurut aktor dan pengarah teater, Taiyuddin Bakar yang kini sedang giat menjalankan persiapan teater kanak-kanak Kampung Semut dan Tanda Kecil, seharusnya seni persembahan atau teater diselitkan dalam pembelajaran pada peringkat tadika dan sekolah rendah.

“Sistem pelajaran di Malaysia mementingkan keputusan akademik sehingga ramai ibu bapa terlepas pandang bahawa aktiviti seni sebenarnya sangat berguna dalam proses perkembangan kanak-kanak.

“Kanak-kanak yang terlibat dalam aktiviti seni mempunyai lebih keyakinan diri kerana mereka melakukan pementasan di hadapan orang ramai,” ujarnya yang telah berlakon dalam 28 buah teater, lima buah filem, 25 buah drama televisyen dan filem pendek.

Bukan itu sahaja, tambahnya seni teater juga membantu kanak-kanak lebih fokus, disiplin serta meluaskan kemahiran pergaulan mereka.

“Seni teater memerlukan latihan yang mana waktu latihan itu membentuk disiplin diri serta fokus untuk mendengar arahan. Mereka juga lebih bijak bergaul kerana seni teater diadakan secara berkumpulan,” katanya.


BENGKEL teater kanak-kanak di bawah kelolaan Rumah Anak Teater (RAT) dan Jarilima Productions terdiri daripada 23 orang pelajar yang berusia empat sehingga 16 tahun.

Taiyuddin yang sebelum ini pernah memenangi anugerah Pengarah Terbaik dalam Festival Teater Kuala Lumpur (2005) menerusi pementasan Anak Bulan di Kampung Wa’ Hassan menjelaskan disebabkan minat yang mendalam dalam seni teater menyebabkan dia rasa terpanggil untuk mengembangkan seni teater kanak-kanak.

“Saya minat teater dan saya suka kanak-kanak. Sebenarnya kanak-kanak mempunyai banyak keistimewaan dan saya suka bekerja dengan mereka.

“Kanak-kanak tidak pandai menipu, jika mereka suka mereka akan cakap suka begitulah sebaliknya. Saya bertanggungjawab untuk mencungkil bakat atau keistimewaan yang mereka sendiri pun tidak sedar yang mereka miliki,” ujarnya lagi.

Teater Sarang Semut dan Tanda Kecil

Rumah Anak Teater (RAT) dan Jarilima Productions dengan kerjasama rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bakal mengadakan dua pementasan teater kanak-kanak berjudul Kampung Semut dan Tanda Kecil.

Pementasan terbitan bersama Faisal Mustaffa dan Norzazila Zulkifli ini merupakan final daripada bengkel teater yang diadakan selama dua bulan di Linda Jasmine Studio.

Faisal memberitahu, bengkel teater yang diadakan di Linda Jasmine Studio itu terbuka kepada semua kanak-kanak yang berminat dengan bayaran RM150 sebulan.

Pementasan teater Kampung Semut dan Tanda Kecil bukanlah atas tujuan komersial atas mengaut keuntungan tetapi ia lebih kepada aspek pendidikan kerana kedua-dua naskhah yang dipilih penuh dengan pengajaran.

“Tujuan pementasan teater ini diadakan adalah sebagai persembahan final daripada bengkel yang dihadiri selama dua bulan.

“Bengkel hanya diadakan pada waktu cuti persekolahan dan hujung minggu sebagai aktiviti sampingan kanak-kanak. Apa yang saya lihat, kini kanak-kanak yang menyertai bengkel ini lebih matang dan lebih fokus berbanding pada peringkat permulaan bengkel ini dimulakan,” katanya.


Bengkel yang mempunyai 23 orang pelajar itu terdiri daripada mereka yang berusia empat tahun sehingga 16 tahun.

“Kami beri kebebasan kepada kanak-kanak ini untuk bereksperimen dengan apa yang ada di sekeliling mereka. Malah, prop untuk pementasan ini juga dibuat oleh mereka,” tuturnya.

Kedua-dua teater ini ini merupakan olahan dan diarahkan oleh pengarah Taiyuddin Bakar dengan aktor Nam Ron sebagai Penasihat.

Taiyuddin juga sempat menceritakan pengalamannya bekerja dengan kanak-kanak, katanya, kesabaran amat diperlukan kerana melatih kanak-kanak berbeza dengan orang dewasa.

“Kanak-kanak, mereka degil dan suka bermain. Jadi, saya menggunakan umpan gula-gula dan coklat pada peringkat permulaan bengkel.

“Lama-kelamaan umpan itu tidak lagi diperlukan kerana minat, mereka dengan sendirinya akan memberikan tumpuan yang sepenuhnya di dalam kelas,” ucap Taiyuddin.

Akui Taiyuddin, kedua-dua naskhah yang dipersembahkan sebenarnya agak berat untuk kanak-kanak kerana dialog yang agak panjang.

Bagaimanapun, kesemua kanak-kanak yang terlibat berjaya menghafal skrip teater dalam masa hanya tiga hari sahaja.

“Kanak-kanak senang untuk menerima apa sahaja ajaran yang diberikan, justeru, mereka mampu menghafal skrip yang panjang dalam masa yang singkat. Saya sendiri pun terkejut dengan kemajuan mereka,” luah pengarah ini lagi.


SENI teater memerlukan latihan yang mana waktu latihan itu membentuk disiplin diri serta fokus untuk mendengar arahan.

Teater Kampung Semut mengisahkan kehidupan semut di perkampungan mereka. Mereka hidup aman dan damai bersama rakan mereka yang lain iaitu kumbang, ulat bulu, rama-rama dan sesumpah.

Setiap hujung minggu mereka akan adakan jamuan beramai-ramai bagi meraikan kelahiran baru. Pada satu minggu mereka tidak dapat membuat jamuan mereka kerana telah dihalang oleh sekumpulan belalang yang jahat.

Belalang telah menyekat sumber makanan dan juga mencuri semua makanan mereka. Semut-semut dan kawan dalam kesedihan. Walau bagaimanapun, mereka ingin berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Persembahan teater Tanda Kecil pula cuba untuk mendekati kelompok manusia yang menjalani kehidupan tanpa menyedari kemusnahan alam yang sedang berlaku.

Mereka terus hidup dengan nafsu yang makin membesar untuk memenuhi tuntutan hidup. Akhirnya alam musnah dan manusia turut musnah bersamanya.

Kedua-dua teater ini akan dipentaskan dalam durasi 45 minit pada 2 hingga 5 Jun depan di Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Tiketnya pula RM15 (dewasa), RM10 (kanak-kanak), manakala percuma bagi kanak-kanak yang berusia tujuh tahun ke bawah.

kosmo online