Anak Alam

Anak Alam kembali menggema. Peristiwa pemeran dua orang pelukis kerabat Anak Alam iaitu Hassan Majid dan Mazlan Noor. Pameran lukisan Gema Hati itu berlangsung di Lobi Utama bagunan The New Straits Times berakhir pada 28 Disember 2013. Ia menjadi landas terbaik untuk generasi muda merenung kembali betapa kewujudan Anak Alam ini antara faktor yang menggerakkan seni tanahair sekitar 40 tahun silam terutama dalam genre seni lukis

Tidak ramai anak muda yang menyedari kemunculan Anak Alam. Tetapi Anak Alam sebenarnya menjadi "universiti" seni yang berjaya mengumpul karyawan kreatif tanahair dan melahirkan produksi yang menyemarakkan dunia seni sama ada lukisan, teater atau puisi.

Seperti dicatatkan oleh Datuk Johan Jaafar, antara penggerak awal Anak Alam ialah Latiff Mohiddin, Mustapha Haji Ibrahim, Siti Zainon Ismail, Abdul Ghafar Ibrahim, Ali Mabuha, Zulkifli Dahlan, Rahim Nazar, Maryam Abdullah dan Mohd Yusof Osman. Mereka dinaungi oleh Usman Awang (Tongkat Warrant) yang ketika itu berada di Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Kumpulan ini juga mendapat sokongan Ismail Zain yang ketika itu menjadi Pengarah Kompleks Budaya Negara (KBN). Kumpulan ini diberikan sebuah banglo lama beralamat di 905, Jalan Merbok di mana Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) kini ditempatkan.

Tidak dapat dinafikan sejarah perkembangan seni lukis negara berkembang melalui panji-panji Anak Alam. Kerabat seni yang begitu ramai melonjakkan rupa dan warna jalur seni lukis tanahair. 


Anak Alam juga mampu menarik bakat dan kebolehan anak mudaselain pelukis dan penyair, mereka dari latar belakang teater seperti Johan Jaafar, Omar Abdullah, Muhamad Abdullah, Ibrahim Ghafar, kemudiannya Hatta Azad Khan, Musa Masran dan Khalid Salleh.

Anak Alam mementaskan drama penuh yang pertama, Angin Kering, karya dan arahan Johan Jaafar pada tahun 1977. Anak Alam  menampilkan teater eksperimental yang menampilkan karyawan teater seperti  Dinsman,  Johan Jaafar, Hatta Azad Khan, Zakaria Ariffin dan Mana Sikana.

Begitulah rentet masa dilalui oleh Anak Alam. Karyawan yang pernah berpaksi di Anak Alam masih terus memberi bakti seni terhadap perkembangan seni tanahair.

Yang penting adalah, pada abad baru ini, apakah tidak ada usaha atau gerak baru untuk melahirkan kembali Anak Alam yang dapat menempatkan kembali jiwa muda dalam kebebasan berekspresi dan berkarya?. Apakah sudah cukup universiti yang ada menampung keperluan anak muda meraih bakat dan pengalaman dalam seni untuk pewaris masa hadapan?

Jejak Anak Alam tidak harus berakhir pada dekad yang telah pergi. Barangkali perlu dibangkitkan kembali dengan mood yang sesuai dengan jiwa baru dan abad baru ini.

Beberapa catatan di bawah sebagai imbasan dan rujukan tentang Anak Alam.

Semoga kita dapat belajar sesuatu dari apa yang pernah berlaku......





Anak Alam dalam seribu warna
Johan Jaafar

Pameran dua orang pelukis Anak Alam, Hassan Majid dan Mazlan Noor, di Lobi Utama, bangunan The New Straits Times Press (NSTP) baru sahaja berakhir. Ruang itu bukan pertama kali diadakan pameran lukisan. Tetapi kali ini, majlis perasmiannya cukup luar biasa meriahnya. Ruang itu penuh deklamasi puisi, gendang, zikir dan untuk julung-julung kalinya bunyi bungkau, alat muzik tradisional dari Sabah terdengar.

Pagi itu ‘anak-anak Alam’ berhimpun semula selepas sekian lama berpisah. Hassan dan Mazlan merupakan ‘graduan’ Anak Alam yang mencipta nama dalam dunia seni lukis.

Anak Alam dan seni lukis memang tidak boleh dipisahkan. Kira-kira 40 tahun lalu, beberapa orang pelukis menamakan diri mereka Anak Alam. Di antara penggerak awalnya ialah Latiff Mohiddin, Mustapha Haji Ibrahim, Siti Zainon Ismail, Abdul Ghafar Ibrahim, Ali Mabuha, Zulkifli Dahlan, Rahim Nazar, Maryam Abdullah dan Mohd Yusof Osman. Mereka dinaungi oleh Usman Awang (Tongkat Warrant) yang ketika itu berada di Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).



Kumpulan ini juga mendapat sokongan Ismail Zain yang ketika itu menjadi Pengarah Kompleks Budaya Negara (KBN). Kumpulan ini diberikan sebuah banglo lama beralamat di 905, Jalan Merbok di mana Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) kini ditempatkan.

Tempat itu menjadi ruang untuk berkreatif dalam erti kata yang sebenarnya. Dunia seni lukis mendapat suara baharu. Apa yang lebih penting ialah oleh kerana pelopor awal Anak Alam merupakan pelukis dan penyair, maka puisi mendapat suara di kanvas dan kanvas menjadi ruang penyair bersuara. Pelukis dan penyair Anak Alam berkembang lagi dengan nama seperti Yusof Ismail, Pyanhabib, K Thangaraju dan lain-lain.

Anak Alam menarik ramai karyawan muda ketika itu selain pelukis dan penyair, mereka dari latar belakang teater seperti saya, Omar Abdullah, Muhamad Abdullah, Ibrahim Ghafar, kemudiannya Hatta Azad Khan, Musa Masran dan Khalid Salleh.

Saya mula aktif di universiti melalui Kumpulan Kesenian Universiti Malaya (KESUMA). Saya mengikut perkembangan Anak Alam dari jauh sebelum merapatinya. Ketika itu Omar dan Muhamad sudah membawakan ‘teater kecil’ ke tengah gelanggang. Mereka mempersembahkan Pemburu Perkasa ke Kompleks Pertama, ruang letak kereta di sekitar KL dan di mana sahaja.
Angin Kering teater pertama

Pada tahun 1977, Anak Alam mementaskan drama penuh yang pertama, Angin Kering, karya dan arahan saya. Anak Alam menjadi senama dengan teater percubaan atau teater eksperimental. Teater jenis inilah yang membentuk karyawan seperti Dinsman dan saya dari Universiti Malaya, Hatta dan Zakaria Ariffin di Universiti Sains Malaysia dan Mana Sikana di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pada tahun 1978, Anak Alam memulakan teater bergeraknya dengan pementasan dua buah teater pendek, Stesen karya dan arahan Hatta Azad Khan dan Pemburu Perkasa arahan Omar Abdullah. Teater bergerak itu bermula di Seremban, kemudian ke Kuala Lumpur, Taiping, Alor Setar dan berakhir di Pulau Pinang.


Lahir bakat baharu

Demikianlah Anak Alam membuat nama dalam bidang teater. Pementasan formal dan tidak formalnya menarik banyak bakat baharu dalam dunia teater. Salah seorang penemuan menarik ialah Khalid Salleh, penjual ubat di Chow Kit yang dibawakan oleh Krishen Jit untuk berlakon dalam drama Bukan Bunuh Diri karya Dinsman. Khalid kemudiannya menjadi penghuni tetap Anak Alam.

Pelakon drama Anak Alam tidak perlu menjadi ahli Anak Alam, malah Anak Alam tidak pernah ada borang keahlian. Anak Alam juga tidak punya doktrin atau manifesto. Anak Alam memberi ruang pada siapa sahaja, termasuk pemuzik dan penyanyi. Melalui sistem inilah Fauziah Nawi, Roh Noor,Razak Khalek sekadar menyebut beberapa nama terbabit dalam Anak Alam dalam pelbagai pementasannya.

Apabila Universiti Malaya mengadakan Festival Drama pada tahun 1979, menggunakan label Anak Alam, saya mengarahkan drama Si Bongkok Tanjung Puteri karya Shahrom Hussein yang memulakan festival itu.

Apabila KBN meluaskan kawasannya, banglo yang menjadi koloni seniman dirobohkan. Anak Alam tidak bertempat lagi selepas itu. Rumah bersejarah dan bermakna bagi kelompok seniman sudah hilang. Masing-masing membawa diri, sebahagian besarnya meneruskan kegiatan seni masing-masing, sebahagiannya meninggalkan terus dunia seni.

Pada 3 Disember lalu, sebahagian besar ‘anak-anak Alam’ berhimpun semula. Sejarah 40 tahun gerakan seni paling unik dalam sejarah Malaysia seperti ditayangkan semula. Teman yang sudah sekian lama tidak kelihatan muncul semula.

Marzuki Ali dan Ismail Abdullah turut memberikan sokongan. Yassin Salleh yang pernah mendampingi Anak Alam membacakan puisinya. Beliau diserang strok tetapi kesenimanannya tidak pernah luntur. Sasterawan Negara, Datuk Anwar Ridhwan menyempurnakan perasmiannya.

Apabila Pyanhabib membunyikan bungkaunya, saya turut naik ke pentas, diikuti oleh Mustapha. Sudah lebih 40 tahun alat muzik yang menjadi identiti Anak Alam tidak diperdengarkan. Pagi itu bungkau berkumandang.

Anak Alam kembali mengingatkan kami pada sejarahnya yang penuh warna dan peristiwa.


Berita Harian


Anak Alam bond runs deep
By HALIM SAID

KUALA LUMPUR: PASSION for the arts have brought two best friends in a joint exhibition at the Balai Berita, NSTP this month.

The duo, Mazlan Noor and Hassan Majid, are no strangers to the Malaysian art scene, as both had produced many artworks and illustrations from their days at the Dewan Bahasa and Pustaka (DBP) many years ago.

The duo also made their names from their stint in Anak Alam, an art movement in the early 1970s where artistes from various disciplines such as theatre, poetry and fine arts came together to share and showcase their works and talents.

According to Mazlan, 60, from Kg Serkam, Malacca this would be the first time his artworks will be on public display.

"I was ecstatic when the offer came from Datuk Johan Jaaffar, who was also a friend and an Anak Alam member, to host an exhibition of my artworks with my mentor, Hassan Majid."

Mazlan also did the cover illustrations for the two books authored by Media Prima Bhd chairman Datuk Johan Jaaffar -- Nota Kaki in 2011 and Drama-drama Pentas Johan Jaaffar in 2012.

"I am blessed that after retiring from DBP after 30 years I could finally focus on my artworks," said Mazlan.

Mazlan, who is known among his peers as Along, also attributed his passion to art to his mentor Hassan whose works in Dewan Pelajar.

"It was like love at first sight as the illustrations in the magazine with clean and beautiful brush strokes had intrigued me.

"I worked at DBP after my studies and became an illustrator there under Hassan's guidance," he said.

Mazlan has put up around 44 artworks which he had worked on since 2011.

The collection, which depicts the spiritual perspectives of mankind, were illustrated beautifully in abstract paintings of mixed media with random washes of colours.

Hassan, 67, from Jalan Pasar, Cochrane, said he was proud to have known a talent like Mazlan and having to display his works in a joint showcase with Mazlan was something he had awaited for years.

Hassan has put up a total of 15 artworks which showcase his interpretation of human interaction and day-to-day happenings.


His impeccable brush strokes using media such as acrylic and oil can be seen in his paintings such as Pinggiran Kota, Di Kala Malam Bulan Mengambang and Menanti.

The Gema Hati exhibition which had a huge turnout at its launch ceremony in Balai Berita, NSTP, were also attended by renowned poets and theatre performers such as Pyan Habis, Kopratasa group, Khalid Salleh, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar and many more.

National Laureate Datuk Dr Mohd Anwar Ridhwan, who launched the event, said the duo had remarkable talents in arts and as members of Anak Alam they are both exposed to not only paintings but also other art disciplines such as poetry and theatre.

"They are crafting poetry through their paintings and this is rare and refreshing to see."

Present at the event was Johan, who also displayed his talent at playing the "bungkau" -- a musical instrument originating from Sabah.

"Every Anak Alam member must know how to play this instrument. I am so delighted that this event had turned out as a reunion for Anak Alam members who had not seen each other for more than 40 years," he said.

The Gema Hati exhibition ends on Dec 28 and painting works are also available for sale.

The Balai Berita NSTP lobby gallery opens from 10am until 6pm daily.

Admission is free.

nst


Experimentation the Anak Alam way
By Johan Jaaffar

THIS month, 35 years ago, Kumpulan Anak Alam performed two plays for the road. It was literally theatre on the move (teater bergerak). Stesen was written and directed by Hatta Azad Khan. W. Mankowitz's play, brilliantly adapted by Renda as Pemburu Perkara was directed by Omar Abdullah. The plays were brought to Seremban, Kuala Lumpur, Taiping, Alor Star and ending in Penang on Nov 5, 1978. It was the first teater bergerak for Anak Alam, a concept borrowed from Rudolph Puspa of Indonesia's Teater Keliling that came to Kuala Lumpur in 1975 and 1976.

Anak Alam (literally child of nature) was housed at 905, off Jalan Merbuk, where Aswara (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan) is now. It was fertile ground for the arts. The first generation Anak Alam were painter-poets -- A. Latiff Mohidin, Mustapa Ibrahim, Siti Zainon Ismail, Maryam Abdullah, Mohd Yusof Osman, among others. Then came the dramatists -- myself, Omar Abdullah, Muhammad Abdullah, Khalid Salleh, Musa Masran and Zakaria Ariffin, to name a few. It was Omar and Muhammad who started to perform teater kecil (little plays) for the group. They brought the plays to the public, performing them at whatever place available. It was a strange idea for the people of Kuala Lumpur who looked at them as weird people doing extraordinary things.

They performed Pemburu Perkasa at Pertama Complex and improvisations at Benteng or on the streets of Kuala Lumpur. When I joined them, I staged my own Pasrah and Dia, two of my short plays. It was fun and challenging.

Experimental theatre as it was known was a craze. Together with Nordin Hassan, Dinsman, Hatta and Mana Sikana, we were regarded as the proponents of absurd theatre in the country.

Absurd or otherwise, the campuses in the 1970s were alive with plays -- mostly protest ones -- in line with the spirit of political activism of the era. Universiti Malaya's Experimental Theatre, true to its name, was the centre of the theatre universe.

It was about that time when Krishen Jit discovered a medicine seller at Jalan Chow Kit. He is currently one of the finest actors on stage and film -- Khaled Salleh. We were "buskers" in a different form -- staging short plays instead of playing music and singing.

It was a tough life for the members -- many were unemployed, living on paintings, writing and busking. Anak Alam was the mecca for arts at the time. When Anak Alam initiated its theatre on the move, Zakaria and Hatta were there to help. Hatta not only directed his play Stesen but acted in it as Busu. I was the station master. Muhammad played in both Stesen and Pemburu Perkasa as Mamat and Datuk respectively. K. Thangarajoo, a budding artist, played Raju while Ariffin Ismail was Akil.

One interesting feature about the group is that Anak Alam had enough talents to put up an exhibition or play musik alam (literally nature's music). Many could play the bungkah (a flute-like musical instrument from Sabah) and the percussions. In such programmes, there will be bungkah jam sessions in between plays.

The late Ismail Zain, an artist himself and formerly the director of the Ministry of Culture, Youth and Sports (better known by its Malay acronym KKBS at the time) was the patron. With the late Usman Awang, he was the protector and motivator of the group. In his preface for the pamphlet for teater bergerak, Ismail mentioned the fact that Anak Alam was leaderless and without a manifesto.

It was an artists' colony that was self-contained, independent yet surviving on the principle of enriching the arts. Moving from one place to another was a tedious process. But we travelled light. There were dialogue sessions with local theatre groups as we moved along. At the time, financial support was the biggest nightmare. Funds for innovation and creativity were eons away. Theatre groups depended on KKBS or raised their own money to stage a play. When I staged Angin Kering at Universiti Malaya, a friendly head of publicity of a company (corporate communications was unheard of at the time) gave RM2,000.

Anak Alam has ceased to exist. Yet it is part of the glorious history of arts in the country. It has in fact achieved a cult status among its followers. Many of its members have moved on with their lives. Many remained as painters and actors. But the experience of teater bergerak in 1978 will be etched forever in our consciousness.

It was a defining moment in the history of theatre. Young theatre enthusiasts have a lot to learn from our experience.

nst

Surat Latiff Mohidin untuk Ali Rahmad, manifestasi jenerasi Anak Alam.


‘Pada 1 mei yang lalu telah lahir ‘Kumpulan Anak Alam’ di ibu kota – kelahiran yang begitu lama kau tunggu tunggu- perngertian dan sambutan dari teman-teman pelukis sungguh mengyakinkan – selain dari menyatakan ‘kesedaran’ terhadap hal-hal yang berlaku di sekeliling tujuan pertama adalah menolong diri kita sendiri secara gotong royong dalam apa apa usaha kreatif – malam perlelongan lukisan JO adalah usaha pertama yang telah kami lakukan – tidak lama lagi kami akan mengadakan ‘hari alam’ atau ‘nature day’ – juga pada hari puisi nanti kami bermaksud akan menyumbangkan beberapa acara sebagai menambah pengalaman dan visi puitis.

‘Pelukis-pelukis zaman ini kami kira tidak patut memencilkan daerah imajinasinya, tetapi mereka mesti cuba mendalami secara fizikal mahupun visual daerah-daerah seni lain. Dan ini kita lihat dari kumpulan Anak Alam sendiri misalnya telah lahir beberapa orang penulis puisi yang mempunyai bakat yang baik. Penglibatan ini adalah penting dan menggembirakan sekali kerana ianya telah menambah pengalaman kami sebagai pelukis.’


Manifestasi Jenerasi Anak Alam
ditubuh pada 1 May 1974

di sekeliling kami mesin-mesin mulai
berkuasa,
manusia-manusia menilai sesuatu
di atas
hitam dan putih semata,
dan kebenaran hanya,
diperuntukkan kepada satu sumber
yang telah ditentukan
terlebih dahulu,
dan kesenian satu hobi yang
diitampalkan kepada
status hidup.

di sekeliing kami berguguran
kata-kata tentang ’seni’
dan
ucapan-ucapan
terhadap seni dari orang-orang
yang tidak mengenal
apa lagi punya apresiasi
terhadap seni.
dan di sekeliing kami
kehijauan
mulai bertukar
kepada batu-bata dan kaca
dengan debu
yang dipaksakan
keada kami menyedutnya
tiap detik waktu.

dan dikeliling kami
tali dan jaring
birokrasi semakin menceruti
gerak langkah
dan tuturkata
sehingga kami merasa kehilangan diri
dan realiti.

kami jenerasi anak alam.
dengan kesedaran di atas
dan dengan cinta yang hangat
kepada seribu warna
dan kebebasan kemanusiaan
menyatakan kehadiran kami
dalam
satu tenaga
seniman untuk berkomunikasi
dengan
alam keliling
dengan warna bahasa
dan garisbentuk sebagai pengucapan
kami
yang dikenal oleh manusia sejagat.

jenerasi kami adalah wadah
kegiatan dan kesanggupan
di mana idea
dan imajinasi seniman diterapkan
dengan kejujuran
dan sifat kebenarnnya.

semua seniman dari cabang seni
yang merasakan getaran
dan keharuan yang sama
dengan manifestasi ini
adalah saudara-saudara kami
yang satu wadah.

tidak ada perbatasan keturunan,
warna kulit,
kepercayaan,
usia,
jantina dan ukuran rambut
bagi jenerasi anak alam.

Artikel dicedok dari Dewan Sastera 1974

Naskah Percuma


Khalid Salleh dan semangat Anak Alam

BENARKAH Anak Alam telah mati? Pertanyaan ini tentunya nampak sedikit provokatif. Apa lagi bagi sebuah kumpulan yang mencetuskan gerakan karya eksperimental yang penting dalam sejarah seni dan sastera dekad 70-an.

Anak Alam lebih kepada satu reformasi seni apabila tampil dengan bentuk karya yang di luar konvensional. Bukan itu sahaja malah banyak melahirkan bakat-bakat baru dalam semua cabang seni; lukisan, teater, puisi dan muzik.

Anak Alam cukup hebat apabila didukung oleh Sasterawan Negara Datuk Usman Awang, Latiff Mohidin, Mustafa Haji Ibrahim, A. Ghafar Ibrahim, Siti Zainon Ismail, Pyanhabib, Khalid Salleh, Aziz H.M dan beberapa lagi.

Gerakan yang diasaskan oleh Anak Alam sebenarnya tidak pernah mati. Semangat berkarya terus mengalir kepada kebanyakkan seniman yang pernah membesar di banglo usang di sebelah Padang Merbuk ini.

Suatu hal yang penting ialah Anak Alam diujudkan pada zaman 'kemiskinan' tetapi mampu memperlihatkan karya-karya yang mencabar pemikiran. Kalau peruntukkan menjadi agendanya, Anak Alam tidak mungkin wujud. Barangkali siapa sahaja yang menganggap diri sebagai aktivis teater, semangat Anak Alam wajar ditelaah semula.

Pada 6 hingga 12 Jun ini di Matic, Khalid Salleh akan mementaskan sekali lagi teater konvensionalnya, Kena Main. Pementasan ini dianggap memberi erti yang cukup besar di sebalik ketiadaan Anak Alam. Apa lagi di tengah-tengah 'gemerlapan' dan 'elitis' teater Melayu pada seting, bintang dan kutipan box office.

Pementasan Kena Main yang tidaklah 'mewah' kerana Khalid adalah antara aktivis kelahiran Anak Alam pada zaman teater meredah kemiskinan. Tetapi ia menjadi penting sebagai membuktikan Anak Alam tidak pernah mati setelah membina bakat dan seniman muda dekad 70-an.

Siapa Khalid Salleh sebenarnya? Selain seorang lelaki sering memakai beret, membawa beg sandang dan mudah ditemui di Jalan Masjid India, apa lagi yang diketahui mengenai seniman ini?

Sebenarnya tidak ada siapa menduga penjual ubat di kaki lima ini berhasil menjadi pelakon apabila diberi kepercayaan oleh Krishen Jit dalam Bukan Bunuh Diri.
Inilah manusia bernama Khalid Salleh yang pernah berceloteh di depan khalayak selama lima jam terus-menerus di kaki lima. Bagi rakan-rakannya, Khalid bukan menjual ubat tetapi buat teater di kaki lima.

Kini Khalid satu-satunya generasi Anak Alam yang konsisten dengan teaternya. Dia menjadi
kelangsungan budaya dan fenomena berkarya Anak Alam. Ini kerana Anak Alam diwujudkan bukan zaman teater yang dilonggokkan dengan kemewahan. Sebaliknya anak-anak muda yang senama dengan kebebasan berkarya.

Lalu tidak hairanlah kalau Khalid diasuh mementaskan teater berbelanja kecil. Zaman Anak Alam tidak mengajar pengarah teater mengheret bintang ke pentas kecuali mempunyai kelayakan.
Kerana itu teater persembahan Khalid yang sebelum ini tidak ada bintang sekalipun pernah membawa Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Datuk Nordin Razak menjadi pelakon Gong Gedombak.

Bintang bagi Khalid adalah yang diyakini boleh berlakon dengan baik. Kena Main turut memanfaatkan bakat kalangan mereka yang cacat penglihatan tetapi diyakini bakatnya.
Kena Main adalah pengalamannya di kaki lima. Dan Khalid pernah berkata, kehidupan di kaki lima menyembunyikan banyak mistik dan rahsia. Lalu Kena Main adalah secebis daripada rahsia itu yang mahu dikongsikan bersama khalayak.

Ia agak berbeza dengan naskhah Khalid sebelum ini; Si Bereng-Bereng, Umbut Mayang Mengurai, Bertam Bertam Bukan Semambu, Sijil Penuh dan Gong Gedombak.
Semua karyanya lebih menyusur ke alam di bawah sedar, membuka satu lapisan pemikiran dan menghubungkan dengan dunia real. Khalid lebih mendekati persoalan mistik selain kehidupan yang dilihat dengan mata kasar.

Lalu lahirlah kisah percintaan pemuda nelayan dengan Puteri Tujuh yang muncul dalam mentera Ulek Mayang, bunian dalam Si Bereng-Bereng atau Raja Abdullah yang terkejut dengan gelagat anak muda di Kuala Lumpur dalam Gong Gedombak.

Tetapi Kena Main agak lain. Teater ini ada sentuhan muzikalnya. Kisahnya pemuzik cacat penglihatan mencari rezeki di kaki lima. Khalid sebenarnya ingin bercerita tentang suatu yang relevan dengan kita semua.


Oleh: KU SEMAN KU HUSSIEN

randai_teaterbatik


Comments