Kepada sahabat : Keinsafan
banyak pintu yang terbuka
lorong keinsafan.
di situ berilah waktu
untuk hati berbicara
untuk jiwa bersabda
tentang kehidupan dan lorong panjang
tentang masa yang tiba dan pergi
tentang diri sebagai pengembara
ke mana berpenghujung
masa yang semakin meninggalkan
ada ketika terdengar muzik dan suara
bergema membelah pintu rasa
tak semuanya menjentik alpa
kerana sesekali jiwa terjamah kesedaran
pintu keinsafan terbuka
membawa kita ke lorong muhasabah
tak ada sempadan cahaya
warna-warna keinsafan
menembus jalur membentang garis
memancar terang
memasuki kalbu
membuka keinsafan
tq share ^_^
ReplyDelete