27 Apr 2013

Pengelana Waktu


PENGELANA WAKTU
RUZAINI YAHYA

MAKSUD RANGKAP
BAHAGIAN 1
Bahasa Melayu telah digunakan oleh golongan pedagang yang berdagang di sepanjang pantai Melaka. Bahasa Melayu suatu masa dahulu menjadi bahasa Lingua Franca (bahasa perhubungan antarabangsa) dan berkembang di seluruh nusantara dan merentasi pelbagai benua. Bahasa Melayu juga telah digunakan oleh pendakwah untuk menyebarkan Agama Islam .Albuquerque telah memuji kehebatan Bahasa Melayu tetapi dalam masa yang sama menipu rakyat menggunakan bahasa. Mudaliar dan Kitul menggunakan kebijaksanaan berkata-kata untuk menabur fitnah sehingga menimbulkan persengketaan. Bahasa Melayu juga telah digunakan dalam pelbagai bidang dan urusan seperti menyampaikan perintah raja. Tun Teja menggunakan bahasa untuk menyampaikan keresahan jiwanya. Tun Fatimah menggunakan bahasa untuk menyampaikan rasa marahnya kepada raja Melaka. Hang Tuah menjunjung kedaulatan dan kesantunan Bahasa untuk menunjukkan taat setia kepada raja. Jelas Masyarakat Melayu lembut budi bahasanya yang tercermin melalui penggunaan bahasa mereka.

BAHAGIAN 2
Bahasa Melayu telah melalui sejarah yang panjang sehingga negara berkembang maju. Bahasa Melayu berkembang sebagai bahasa ilmu. Bahasa Melayu juga menjadi bahasa yang memangkin perpaduan rakyat selepas peristiwa berdarah yang berlaku pada tahun 1969. Proses memartabatkan bahasa melayu telah melalui jalan sukar sehingga wujud tunjuk perasaan yang dipanggil keranda 152. Perjuangan ini akhirnya berhasil apabila Bahasa Melayu termaktub sebagai bahasa Kebangsaan yang menyatukan semua kaum .

BAHAGIAN 3
Bahasa Melayu telah berkembang mengikut peredaran masa seiring dengan pembangunan negara. Bahasa Melayu telah berjaya menawan hati semua lapisan masyarakat, berjaya membentuk jati diri dan menjadi medium perpaduan rakyat. Rakyat berbangga apabila menggunakan bahasa melayu yang penuh dengan kesantunan.

BAHAGIAN 4
Perjuangan memartabatkan Bahasa Melayu telah melalui pelbagai cabaran tetapi perjuangan tetap diteruskan tanpa henti selagi masa beredar. Perjuangan akan diteruskan sehingga Bahasa Melayu sebati dalam diri rakyat yang akan sentiasa menjunjung kedaulatannya walau apa jua rintangan yang terpaksa ditempuh.


MAKSUD KESELURUHAN
Sajak ini menggambarkan sejarah perkembangan Bahasa Melayu bermula dari zaman kesultanan Melayu lagi. Bahasa pada masa itu berkembang sebagai bahasa antarabangsa dan digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat dalam urusan seharian mereka. Bahasa Melayu menjadi cerminan budi masyarakat Melayu pada masa itu. Seterusnya perkembangannya mengalami pelbagai rintangan dan halangan walaubagaimana pun pejuang-pejuang bahasa tidak pernah berhenti mempertahankan kedaulatannya sehingga akhirnya Bahasa Melayu diterima sebagai Bahasa Kebangsaan yang bukan sahaja digunakan dalam komunikasi tetapi sebagai medium untuk menyatupadukan pelbagai golongan masyarakat. Bahasa Melayu akan terus diperjuangkan martabatnya.
Contohnya : apabila nafasmu menelusuri setiap denyut nadi
menjunjung mengahnya bahasa seharum mawar
sekalipun durinya menusuk diri

TEMA
Bertemakan kedaulatan Bahasa Melayu.
Bahasa Melayu berkembang semenjak zaman Melaka dan berkembang sehingga kini walaupun telah menempuh pelbagai cabaran dalam proses pemantapannya.
Contoh : dengan satu bahasa
kau bebat luka bernanah.



PERSOALAN-PERSOALAN
Persoalan sikap manusia yang suka bersengketa
Contohnya mengiringi Kitul menabur fitnah memutik sengketa

Persoalan cabaran dalam perjuangan bangsa
Contohnya : kau selusuri sepantai Nusantara
menantang gelora

Persoalan bahasa sebagai alat perpaduan
Contohnya : yang melarik silaturahim pada kanvas

Persoalan bahasa sebagai medium perhubungan
Contohnya : dari pesisir pantai Melaka kau ialah Lingua franca

Persoalan ketinggian budi masyarakat Melayu
Contohnya : manifestasi budi Melayu memilin lembut bahasa

Persoalan kecintaan terhadap Bahasa Melayu
Contohnya : yang menitiskan madu cinta pada tanah yang kontang

Persoalan bahasa sebagai lakaran budi bahasa dan sopan santun penuturnya
Contohnya : menitip salam rindu di kalbu anak-anak generasimu
kau membina santun dari aksara yang tersusun



BENTUK
Puisi ini mempunyai 4 rangkap

Bilangan baris dalam rangkap tidak sama
Contohnya : rangkap 1 – 20 baris, rangkap 2 – 13 baris

Jumlah perkataan dalam baris tidak sama
Contohnya 1 hingga 10 perkataan sebaris

Jumlah suku kata dalam baris tidak sama
Contohnya 4 hingga 21 suku kata sebaris

Rima akhir dalam baris bebas atau tidak sama
Contohnya rangkap 1 - abcdddddeeefeddddddd

Kesimpulannya, puisi ini merupakan puisi berbentuk bebas


GAYA BAHASA
Diksi yang indah
Contohnya : di tanganmu pendayung membelah segara

Sinkof
Contohnya : kau, mu, ku, tak
Kata ganda
Contohnya lorong-lorong, anak-anak

Metafora
Contohnya segara ilmu, gapura jiwa, madu cinta

Asonansi
Contohnya penyampai titah dan perintah raja (pengulangan bunyi vokal a)
Alitersi
Contohnya menebar harum wangi agama samawi (pengulangan bunyi konsonan m)
Personifikasi
Contohnya : di tanganmu pendayung membelah segara

Anafora
Contohnya: yang menyuburkan rindu pada tanah kontang
yang mencambahkan benih kasih pada pohonan kering dan daunan layu

Alusi
Contohnya Mudaliar, Albuquerque, Tuah, Teja

Imejan/ perlambangan
Contohnya wali, mawar, darah
152 melambangkan Akta Bahasa Kebangsaan

Bahasa asing
Contohnya : lingua franca

NADA SAJAK
Sajak bernada patriotik.
Penyajak bersemangat menyeru supaya masyarakat mempertahankan kedaulatan Bahasa Melayu
Contoh : yang memilin jati diri
daripada peribadi pertiwi
ialah kau yang membuka gapura jiwa.


PERASAAN DAN SIKAP PENYAJAK
Perasaan cinta akan bahasa
Contohnya : bahasaku
kau ialah pengelana
yang menitiskan madu cinta pada tanah yang kontang

Kebencian penyair akan sikap hipokrit manusia
Contoh : memuji dalam terang membelit dalam diam

Bersemangat untuk memartabatkan bahasa
Contoh : Kau ialah pengelana
yang membina kota kukuh
daripada puing yang runtuh

Kagum akan keindahan bahasa
Contoh : Kau adalah pengelana yang tidak peduli pedih peri

Menghargai bahasa
Contoh : kembaramu tanpa henti
noktah menjadi tidak bererti

Semangat juang yang tinggi
Contoh : yang luka di kaki yang luka di hati
melangkah tak henti selagi ada hari



 
NILAI

Cintakan bahasa
Contohnya : menjunjung megahnya bahasa seharum mawar

Semangat perjuangan yang tinggi
Contohnya : Kau ialah pengelana yang tidak peduli pedih peri

Jati diri
Contohnya yang memilin jati diri

Menghargai warisan
Contohnya menitip salam rindu di kalbu anak-anak generasimu

Kegigihan
Contoh : melangkah tak henti selagi ada hari

Keberanian
Contoh : di gigi Mudaliar kau bermain api

Berbudi bahasa
Contoh : kau membina santun dari aksara yang tersusun


PENGAJARAN
Kita hendaklah bangga akan Bahasa Melayu
Contohnya menjunjung megahnya bahasa seharum mawar

Kita mestilah memupuk semangat perpaduan
Contohnya Kaudakap rapat si hitam manis

Kita hendaklah menjaga warisan bahasa
Contohnya menitip salam rindu di kalbu anak-anak generasimu

Janganlah kita mempunyai sikap hipokrit
Contohnya di gigi Mudaliar kau bermain api

Kita hendaklah memiliki jati diri
Contohnya yang memilin jati diri

Kita hendaklah berani mempertahankan hak
Contoh : dengan satu bahasa
kaubebat luka bernanah

Kita mestilah menghargai para pejuang bahasa
Contoh : Kau ialah pengelana yang tidak peduli pedih peri

26 Apr 2013

Ruang Istimewa Masih Terbuka


RUANG ISTIMEWA MASIH TERBUKA
(KHADIJAH HASHIM)

MAKSUD RANGKAP

Rangkap 1
Penyajak menyatakan bahawa rumah pusaka yang ditinggalkan oleh ibu bapanya sarat dengan nilai kasih sayang dan merupakan tempat yang selesa untuk berehat-rehat dan mengerjakan amal ibadat. Di kampung ibu bapanya penduduk di situ kaya dengan nilai budi bahasa dan sentiasa insaf dan ssedar akan kesalahan yang dilakukan.

Rangkap 2
Di kampung halaman ibu bapa penyajak juga hubungan kemasyarakatan antara jiran tetangga dengan sesama masyarakat terjalin dengan kukuh dan penuh persefahaman antara satu sama lain. Masyarakatnya sentiasa menjaga akhlak daripada kata mengata antara satu sama lain. Penyajak berpendapat bahawa sekiranya manusia salah dari segi perlakuan masih boleh dimaafkan tetapi sekiranya mempunyai hati yang kotor akan mengundang sifat angkuh.

Rangkap 3
Di rumah ibu bapa penyajak yang masih terpelihara keindahannya, masih ada peluang untuk bertaubat dan berdoa untuk menghindarkan diri daripada godaan syaitan dan iblis dan memohon ke hadrat Allah untuk mencari keredhaan. Penyajak turut berharap agar dirinya berada dalam ketetapan iman.


MAKSUD KESELURUHAN
Penyajak mengutarakan pendapatnya bahawa kehidupan di kampungnya masih tebal dengan nilai-nilai kasih sayang, semangat kejiranan dan tolong menolong antara satu sama lain. Walaubagaimanapun, terdapat juga segelintir masyarakat yang mempunyai hati yang busuk dengan melakukan umpatan. Walau bagaimanapun rasa keinsafan dan kesedaran tetap wujud demi mencari keredhaan Ilahi.

TEMA
Sajak ini bertema kasih sayang dan hubungan silaturahim.
Kasih sayang dan hubungan silaturahim yang sangat kukuh terjalin dalam masyarakat
Contoh :
Ruang ini diikat seutas tali siraturahim
terjalin antara keluarga juga jiran


PERSOALAN

Persoalan mencari keredhaan Ilahi.
Penyair berusaha untuk mencari keredhaan Ilahi dan tidak mahu dirinya terpesong ke jalan yang salah
mematahkan jarum muslihat syaitan
mengharap diri tetap di landasan benar


Persoalan ingin mengekalkan silaturahim
Hubungan yang erat, mesra dan iklhas antara keluarga, dan jiran menjalinkan kekukuhan hubungan silaturahim.

Ruang ini diikat seutas tali silatrurahim
terjalin antara keluarga juga jiran


Persoalan menginsafi kelemahan dan kekurangan diri
Kehidupan memberi peluang kepada manusia menilai diri sendiri. Manusia perlu berusaha untuk memperbaiki kelemahan dan sentiasa memohon pertolongan Allah.

Persoalan kasih sayang.
Kasih sayang yang tulus dan ikhlas akan membina rasa cinta dan keharmonian dalam keluarga dan masyarakat
Contoh : ruang ini pusaka ayah bonda
dipenuhi harumah kasih sayang


BENTUK

Sajak ini terdiri daripada 3 rangkap
Bilangan perkataan dalam setiap baris tidak sama.
Contoh : Rangkap 1 6 baris, rangkap 2 8 baris dan rangkap 3 6 baris

Rima akhir sajak ini tidak sama
Rangkap 1 abcdaa
Rangkap 2 : abbcddee
Rangkap 3 : aabcba

Bilangan sukukata tidak sekata
Terdapat antara 11 hingga 17 suku kata sebaris

Jumlah perkataan sebaris tidak sekata
Terdapat antara 4 hingga 6 patah perkataan sebaris

Sajak ini merupakan sebuah sajak bebas

GAYA BAHASA

Asonansi
Ruang ini diikat seutas tali silatturahim
(Pengulangan bunyi vokal a)

Aliterasi
Mematahkan jarum muslihat syaitan
(Pengulangan bunyi konsonan m)

Pengulangan kata
Contoh : ruang

Metafora
Contoh : ruang ini diikat seutas tali silaturahim
Mematahkan jarum muslihat syaitan
Landasan benar
Permata iman

Anafora
Tergelincir di jalan cuma terkehel kaki
Tergelincir lidah menyakitkan hati



NADA
Sinis
Penyajak menyindir masyarakat yang masih mempunyai sikap yang negatif yang banyak merosakkan hubungan silaturahim.
Contoh :
tergelincir di jalan cuma terkehel kaki
tergelincir lidah menyakitkan hati

SIKAP

Sikap menghargai ibu bapa
Contoh : ruang ini pusaka ayah bonda
Dipenuhi haruman kasih sayang

Sikap menghargai jiran tetangga
Contoh : Ruang ini diikat tali silaturahim
Terjalin antara keluarga juga jiran

Sikap menginsafi kelemahan diri
Contoh : mengharap diri tetap di landasan benar
memohon anugerah Ilahi berkekalan


Sikap membenci persengketan
Contoh : mematahkan jarum muslihat syaitan
mengharap diri tetap di landasan benar

Sikap mementingkan kebenaran atau kejujuran
Contoh : menjaga lidah juga maruah
NILAI
Bertanggungjawab
Contoh: Kasih sayang
Contoh: dipenuhi haruman kasih sayang

Hormat-menghormati
Contoh: jujur muhasabah diri lagi rela
insaf akan pahala dan dosa

Keikhlasan
Contoh: ikhlas menegur ingat-mengingatkan

Ketaatan
Contoh: memohon anugerah Ilahi berkekalan
permata iman dalam kawalanNya

Kejujuran
Contoh: jujur muhasabah diri lagi rela

Semangat kejiranan
Contoh: ruang ini diikat seutas tali silaturahim
terjalin antara keluarga dan jiran


PENGAJARAN
Kita hendaklah menghormati ibu bapa dan masyarakat sekeliling agar hubungan silaturrahim sentiasa terjaga.

Kita hendaklah menghargai kampung halaman kerana kampung halaman merupakan tempat kita dilahirkan dan dibesarkan.

Kita hendaklah sentiasa saling mengingati tentang hubungan baik antara jiran
supaya hidup aman sepanjang masa.

Kita hendaklah sentiasa berdoa dan bertaubat atas kesalahan yang dilakukan agar hidup kita dirahmati oleh Tuhan.

Saya Nak Masuk Dalam Bloglist Fuh.My

segmen bloglist

Klik Banner untuk bersama Fuh.My

Peluang terbaik untuk bersama Fuh.My
Sertai sekarang untuk bersama mereka yang berjaya
Tarikh tutup segemen pada 30042013

Waktu Itu : Antara Ramadan dan Syawal

WAKTU ITU: ANTARA RAMADAN DAN SYAWAL
(Shamsudin Othman)

MAKSUD SAJAK

Maksud rangkap 1
Penyajak masih ingat detik-detik di bulan Ramadan yang telah mengembalikannya ke pangkal jalan setelah terpesong dari akidah yang sebenar.

Maksud rangkap 2
Ramadan dianggap sebagai seorang ayah yang telah mengajarnya berdoa pada waktu malam. Penyajak telah sedar dan mula berpegang kuat pada agama. Penyajak telah mula bersembahyang sehingga dia berasa tenang ketika tidur dan mula bertadarus dengan hati yang tulus dan ikhlas.

Maksud rangkap 3
Apabila tibanya Syawal, penyajak berasa seolah-olah ada perubahan dalam dirinya.Penyajak mulai rasa kehilangan dan kerinduan terhadap bulan Ramadan.

Maksud rangkap 4
Penyajak berdoa dan berharap kepada Tuhan agar dapat menemui Tuhan dalam jangkamasa kehidupan yang masih lama.

MAKSUD KESELURUHAN
Penyajak masih mengingati dirinya yang leka dengan kehidupan duniawi. Dia masih terbayang akan dirinya semasa di bulan Ramadan yang pernah mengajarnya kembali ke pangkal jalan. Apabila tiba bulan Syawal, penyajak terasa akan kehilangan bulan Ramadan yang mulia.


TEMA

Sajak ini bertemakan keagamaan. Sajak ini juga turut menggambarkan keinsafan dan kesedaran diri penyajak semasa berada pada bulan Ramadan dan bulan Syawal. Contohnya:
Saat kau menuntun
Tanganku pulang
Setelah aku jauh tersasar di dunia


PERSOALAN
Persoalan kesedaran penyajak yang telah kembali ke pangkal jalan
Contoh : tanganku pulang
setelah aku jauh tersasar di dunia’

Persoalan keistimewaan bulan Ramadhan sebagai bulan yang mulia
Contoh : ‘pada malam-malammu
hingga aku berasa
tidurmu berselimut
haruman narwastu’

Persoalan keinginan penyajak untuk menemui Tuhan dalam jangka masa yang agak lama.
Contoh : Kepada-Mu
nantilah aku dalam rutin atma
yang panjang’


BENTUK

Sajak ini mempunyai Empat rangkap

Bilangan baris yang tidak sama bagi seserangkap.
Contoh:
Rangkap 1 – 8 baris
Rangkap 2 – 10 baris
Rangkap 3 – 7 baris
Rangkap 4 – 3 baris

Bilangan perkataan sebaris adalah tidak sama
Terdapat antara satu hingga lima perkataan.
Contoh :
al-mubarak’ – 1 perkataan
mimpiku ialah tadarus yang tulus’ – 5 perkataan

Bilangan sukukata sebaris adalah tidak sama
Terdapat antara 4 hingga 13 suku kata.
Contoh:
‘al-/mu/ba/rak’ – 4 sukukata
‘se/te/lah a/ku ja/uh ter/sa/sar di/du/nia’ – 13 sukukata

Rima akhirnya berbentuk bebas
Contoh : rangkap 3: aabaa

Sajak ini berbentuk bebas

GAYA BAHASA

Diksi
Indah dan sesuai.
Contoh : ‘mimpiku ialah tadarus yang tulus’

Asonansi
Contoh : Al-Mubarak (pengulangan bunyi vokal ‘a’)


Aliterasi
Contoh : ‘Pada malam-malammu’ (pengulangan bunyi konsonan ‘m’)

Simile
Contoh : ‘Seperti seorang ayah’

Repitasi
Contoh: ‘aku’ (rangkap 1, 2, 3)

Sinkof
Contoh : ‘Kau’
‘Ku’
‘Tak’

Inversi
Contoh : ‘Yang siang tak bercahaya’ (rangkap 1, baris 6)
(sepatutnya – siang yang tak bercahaya)

Imej alam
Contoh : ‘Segugus bintang’ (rangkap 1, baris 8)
‘Haruman narwastu’ (rangkap2, baris 9)


NADA

Melankolik
Sajak ini menggambarkan kesedihan dan keinsafan penyajak semasa menyambut bulan Ramadan dan syawal. Penyajak sedih kerana terpaksa berpisah dengan bulan Ramadhan yang mulia dan penuh berkat.
Contohnya :
aku telah menjadi lelaki
yang kehilangan
rRindu dan cinta
ramadhan al- mubarak


NILAI MURNI

Keinsafan
Contoh : saat kau menuntun
tanganku pulang

Keyakinan
Contoh : hingga aku berasa
tidurku berselimutkan
haruman narwastu

Kesyukuran kepada Tuhan
Contoh : ‘aku telah menjadi lelaki
yang kehilangan
rindu dan cinta
Ramadan al-mubarak’

Ketabahan
Contoh : nantilah aku dalam rutin atma
yang panjang

PENGAJARAN

Kita mestilah insaf terhadap tindakan yang bertentangan dengan nilai-nilai agama demi keharmonian hidup.
Contoh : kau mengajar aku mengangkat
kedua-dua tapak tangan ke langit’

Kita perlulah bersyukur pada kebesaran Tuhan Yang Maha Esa yang telah menganugerahkan kita kehidupan yang sempurna.
Contoh : ‘tidurku berselimutkan
Haruman narwastu

Kita haruslah yakin kepada kebolehan diri sendiri agar dapat bersaing dengan orang lain.
Contoh : ’mimpiku ialah tadarus yang tulus’

Hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup agar mencapai kesempurnaan dalam kehidupan.
Contoh : ‘sambil mengharap aksara doa
melepasi makna dan hakikat’

Warkah Luka Dari Ramallah

WARKAH LUKA DARI RAMALLAH
(Husna Nazri)

 Maksud Sajak

Maksud rangkap pertama
Penyajak menceritakan keadaan sebuah kota yang dilanda peperangan. Peperangan ini telah membangkitkan rasa dendam dalam kalangan wanita dan kanak-kanak yang masih kecil.Peristiwa hitam ini mengorbankan banyak nyawa yang tidak berdosa.

Maksud rangkap kedua
Penyajak menerima kritikan demi kritikan tentang peperangan ini. Penyajak secara tidak langsung menyatakan seolah-seolah peperangan tidak dapat dipisahkan daripada penduduk kota tersebut. Penyajak menyeru pembaca agar berasa simpati terhadap keperitan yang dialami oleh penghuni kota tersebut.

Maksud rangkap ketiga
Penyajak seolah-olah ternanti-nanti akan penyelesaian bagi peperangan itu. Penyajak mengharapkan agar penduduk kota akan menikmati kebebasan.

Maksud keseluruhan
Sajak ini mamaparkan kisah peperangan di sebuah kota yang telah mengorbankan banyak nyawa. Penyajak melahirkan rasa kesalnya terhadap peristiwa ini. Penyajak mengharapkan agar peperangan tersebut akan ditamatkan secepat mungkin dan penghuni kota tersebut dapat hidup dalam keadaan aman dan damai.



TEMA
Sajak ini bertemakan kemanusiaan, iaitu kesan peperangan yang telah mengorbankan banyak nyawa di sebuah kota.
Contohnya: dari kota hangus yang
diperciki api perang

PERSOALAN
Persoalan simpati terhadap penghuni kota yang menjadi mangsa perang.
Peperangan meninggalkan kesan kedukaan terhadap penduduk kota. Mereka kehilangan keluarga, harta dan nyawa.
Contohnya : taburlah bunga-bunga mujahid
di daerah syuhadah ini.

Persoalan kaum wanita dan kanak-kanak kecil yang turut menjadi mangsa peperangan.
Peperangan menyebabkan berlaku kematian mereka yang tak berdosa, kecederaan, dan kehilangan harta terutama dalam kalangan kanak-kanak dan wanita.
Contoh: daerah wanita dan anak kecil
mengutip serpihan duka dan air mata

Persoalan kekebasan hilang akibat perang
Perang menyebabkan kehidupan masyarakat tidak bebas dan sentiasa dalam ketakutan.
Contoh: Entah bila suratmu nanti
bersalutkan harum kasturi

Persoalan keganasan manusia yang sanggup memperjudikan nyawa manusia
Perang menyebabkan ramai kehilangan nyawa semata-mata kerana dendam dan amarah. Nyawa manusia menjadi pertaruhan hanya untuk kepuasan sesuatu pihak.
Contoh : gerombolan manusia
bertopeng hitam
yang rakus memperagaka nyawa


BENTUK

Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap.

Bilangan baris bagi setiap rangkap tidak sama.
Contohnya Rangkap 1 – 22 baris, Rangkap 2 – 7 baris dan Rangkap 3 – 5 baris.

Jumlah perkataan dalam satu baris juga tidak sama.
Terdapat di antara dua hingga lima perkataan sebarisnya.
Contohnya: tak bernama
Entah bila bahasa suratmu nanti

Rima akhir dalam baris tidak sekata atau tidak sama.
Rima akhir sajak ini berbentuk bebas
Contoh: Rangkap 1 – abcdbeeafdghhehffhheci
Rangkap 2 – abbbcdcefbgb
Rangkap 3 – aabaa.

Sajak ini merupakan sajak bebas.

GAYA BAHASA
Personifikasi
sepi telah tenggelam / maut telah menjadi teman

Metafora
Contohnya : sayap mimpi / lorongan bara amarah / serpihan duka

Hiperbola
di sini sepi telah tenggelam / yang rakus memperagakan nyawa

Sinkof
Penggunaan kata tak / mu / kau dalam puisi.

Perlambangan
Contoh langit lazuardi (seolah-olah langit mengerti situasi yang berlaku) / merpati putih (mengaku kalah).

Asonansi
Contoh : dilangit lazuardi (perulangan vokal ‘a’)

Aliterasi
Contoh : maut telah menjadi teman (pengulangan konsonan ‘m’)


NADA
Sajak ini bernada melankolik iaitu menggambarkan perasaan sedih penyajak terhadap nasib penduduk kota tersebut. Contoh:
cerita duka ini memenuhi
bahasa suratmu

NILAI
Berperikemanusiaan.
Contoh – tatapilah warkah bersalut / air mata ini

Nilai Bersimpati.
Contoh – taburlah bunga-bunga mujahid / di daerah syuhadah ini

Nilai kasih sayang
Contohnya : tatapilah warkah bersalut / air mata ini

Nilai Menghargai jasa
Contoh : taburlah bunga-bunga mujahid
di daerah syuhadah ini

Nilai cinta akan tanahair
Contoh : membangkitkan dendam
dari setiap lolongan bara amarah


PENGAJARAN
Kita mestilah bersimpati terhadap nasib malang yang menimpa penghuni kota akibat peperangan.
Contoh: menyaksikan ribuan mangsa
tidak berdosa

Kita hendaklah mencintai akan tanahair
Contoh : Penduduk kota ini begitu menyayangi tanahair dan sanggup terkorban demi tanah air.

Peperangan hendaklah dielakkan kerana ia membawa kematian dan kemusnahan.
Contoh: maut telah menajdi teman
paling akrab
penghuni kota perang ini.


NADA
Sajak ini bernada melankolik.
Ia memberi gambaran kesedihan dan kepiluan dialami penduduk kota akibat peperangan. Perang bukan sahaja meragut nyawa orang tidak berdosa tetapi kemusnahan harta benda.

23 Apr 2013

Mak Yong : Muzikal, Drama dan Tari


mak yong


Mak Yong : Muzikal, drama dan tari

Sejarah Mak Yong

MAK YONG merupakan satu-satunya kesenian Malaysia yang diiktiraf oleh UNESCO se bagai warisan pada 25 November 2005. Makyong (atau Mak Yong atau Makyung) merupakan sejenis tarian Melayu traditional. Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu, Patani, Kelantan, Kedah, Perlis serta di Kepulauan Riau - Indonesia.

Mak Yong dipersembahkan sebagai hiburan dan juga sebagai cara perubatan. Mak Yong dipercayai wujud sebelum kedatangan Islam lagi. Ia dipentaskan sebagai pementasan Diraja di bawah naungan Kesultanan Kelantan sehingga 1920-an. Dengan itu, tradisi ini dikekalkan dalam bentuk asal tanpa meninggalkan peningkatan yang terdapat di istana seperti pakaian yang berhias cantik.

Persembahan Mak Yong biasanya dibuka dengan lagu "Mengadap Rebab" diikuti dengan tarian, lakonan dan muzik. Setiap satu cerita mampu dipersembahkan merentasi beberapa amalan dalam siri pertunjukkan tiga jam. Dalam persembahan tradisi di kampung, ia dilakukan dipanggung terbuka yang berlatarkan daun kelapa. Penonton akan duduk di tiga sisi panggung, sisi yang ke empat dikhaskan bagi orkestra yang terdiri dari pemain rebab, gendang kepala dua dan tetawak. Kebanyakan peranan dilakukan oleh wanita dan ceritanya berasaskan cerita rakyat tradisi dengan watak raja, dewa dan pelawak. Mak Yong di kaitkan dengan upacara di mana pawang cuba menyembuhkan pesakit yang dirasuk melalui nyanyian, tarian bersawai dan menurun.

Asal-Usul Mak Yong

Mak yong diasaskan di Kerajaan Pattani yang kini merupakan sebahagian daripada Thailand. Oleh kerana ia diwarisi secara lisan dikalangan kampung, usia sebenar Mak Yong tidak dapat dipastikan. Bagaimanapun, fakta yang ia bebas daripada pengaruh-pengaruh luar menunjukkan ia sekurang-kurangnya berusia 800 tahun dan hampir pasti lebih awal lagi. Menurut Hikayat Patani Mak Yong dibawa ke Kelantan lebih 200 tahun dahulu. Dari situ ia berkembang ke Kedah dan negeri-negeri lain.

Lagenda biasanya mengaitkan tarian dengan semangat padi yang digelar Mak Hiang tetapi yang lain mempercayai ia dicipta oleh makluk digelar Semar. Para sejarahwan tidak pasti samaada Mak Yong berasal dari tradisi rakyat atau teater istana. Sungguhpun begitu ia ditonton oleh semua lapisan masyarakat untuk menghormati semangat padi, berterima kasih bagi tuaian atau merawat penyakit.

Semasa di Patani, Mak Yong biasanya dipersembahkan di istana sehingga 1920 di mana ia sering dipertontonkan dikalangan orang biasa.

Pada awal abad ke-20, tarian Mak Yong mula berkembang ke merata-rata kampung tanpa naungan istana. Punca utamanya adalah kerana kedatangan British ke Kelantan telah mengurangkan kedudukan ekonomi raja-raja ini. Faktor inilah yang mengakibatkan kemerosotan mutu persembahan dalam generasi kedua, iaitu zaman selepas Bah Air Merah pada tahun 1926 hinggalah tahun-tahun 1950-an. Unsur-unsur komersil pertunjukan Mak Yong telah memperalatkan nilai-nilai estetik klasik yang ada dalam Mak Yong. Persembahan Mak Yong yang diadakan dengan cara pemajakan akan bermula dari pukul 8.30 malam hingga pukul 11.00 malam sahaja. Kemudian, persembahan diberhentikan dan alat-alat muzik biola dan akordion menggantikan rebab dan serunai untuk memainkan lagu-lagu joget. Penonton-penonton akan naik pentas untuk menari joget dengan penari-penari Mak Yong.


Nilai moral penari-penari Mak Yong juga mula merosot. Banyak sekali kisah-kisah sumbang di antara penari-penari Mak Yong dengan penonton-penonton selepas selesai persembahan Mak Yong, dan perceraian di kalangan suami isteri dan anak-anak Mak Yong merupakan satu perkara yang biasa sahaja. Malah ada di kalangan penari Mak Yong yang berasa bangga dengan jumlah bilangan suami yang dapat dikutip oleh mereka. Pandangan masyarakat terhadap penari-penari Mak Yong mula merosot dan mula hilang kepercayaan terhadap moral mereka. Keadaan ini mempercepatkan lagi kejatuhan imej Mak Yong.

Pada akhir-akhir 1960-an, sudah tidak banyak lagi kumpulan Mak Yong yang wujud, dan tidak banyak lagi orang yang berminat mempelajari seni tari ini. Kemasukan pengaruh-pengaruh kebudayaan Barat yang meluas menggelapkan lagi permainan Mak Yong. Kalau ada pun persembahan Mak Yong pada masa perayaan seperti Hari Keputeraan Sultan, persembahan itu hanya dikerumuni oleh orang-orang tua.

Kumpulan generasi ketiga tarian Mak Yong telah dipelopori oleh Kumpulan Seri Temenggung, sebuah kumpulan belia. Guru-guru Mak Yong yang terdiri daripada orang-orang lama dari generasi pertama telah diambil untuk melatih mereka dalam tarian-tarian dan nyanyian-nyanyian Mak Yong yang asli seperti yang terdapat pada masa generasi yang pertama dulu. Dengan latihan itu, unsur-unsur yang asli mula dihidupkan kembali.

Jenis-Jenis Mak yong

Terdapat 5 jenis persembahan Makyong yang pernah wujud. Tiga daripadanya terdapat di Malaysia. Setiap jenis persembahan Makyong mempunyai perbezaan yang membezakan di antara satu dengan yang lain. Jenis-jenis Makyong tersebut ialah:-
a. Makyong Patani - ditemui di Pattani, Yala dan Narathiwat, tiga buah wilayah di selatan Thailand yang dahulunya merupakan wilayah Kesultanan Melayu Patani.
b. Makyong Kelantan - ditemui di negeri Kelantan dan Terengganu, Malaysia.
c. Makyong Kedah - ditemui di negeri Kedah, Malaysia.
d. Makyong Laut - ditemui di negeri Perlis (Malaysia) dan wilayah Satun (Thailand).
e. Makyong Riau - ditemui di Wilayah Riau, Indonesia.


Mak Yong Kelantan : Cerita, Struktur dan Muzik

Cerita Mak Yong Kelantan

Cerita-cerita Mak Yong (asal abad ke 17, di zaman kegemilangan islam di Nusantara) diambil dari Menora(abad-abad terdahulu, mungkin zaman kedatangan ugama Buddha dari India/ Sri Lanka) atau dipinjamkan dari cerita-cerita Wayang Kulit (Hikayat Seri Rama dari Jawa dan Cerita Mahraja Jawa dari Kemboja) dan daripada cerita bangsawan(persembahan abad ke 19 dan 20) kerana ini merupakan rumpun genre teater tradisional. Bagi Makyong di Kelantan tajuk cerita adalah berkait dengan nama watak utama dalam cerita. Contohnya Dewa Muda, Anak Raja Gondang, Raja Bongsu Sakti, Raja Tangkai Hati dan lain-lain.

Satu cerita dalam persembahan Mak Yong adalah hasil dari gabungan gerak tari, nyanyian, muzik dan teks. Tema yang mendasari cerita-cerita Mak Yong adalah merupakan mitos percintaan anak-anak raja dan dewa-dewa, kisah pengembaraan dan juga kehidupan di istana, misalnya cerita Raja Tangkai Hati. Sungguhpun di tengah-tengah masyarakat petani dan nelayan mengatakan cerita-cerita Mak Yong juga berkaitan dengan dua alam iaitu alam dunia dan alam ghaib (alam kayangan Dewa-Dewi). Cerita-cerita Mak Yong membawa penonton untuk meneroka kehidupan di bumi, di laut dan di kayangan. Orang Kelantan berpendapat bahawa semua cerita Mak Yong mempunyai hubungan yang erat dengan dewa-dewa, tentang pengembaraan dewa-dewa atau anak-anak raja serta seringkali menyelitkan peristiwa-peristiwa ghaib. Oleh kerana itu cerita-cerita ini dianggap sebagai cerita roman dan saga. Sebagaimana yang dijelaskan tadi bahawa kisah dalam persembahan Mak Yong adalah berkisar kepada kisah raja-raja.

Mak yong sendiri telah mengalami proses Islamisasi sewaktu islam menyerap masuk ke nusantara dan istana-istana seawal 1028 di Champa, 1198 di Pattani. Pattani dan Kelantan pula adalah satu negeri sebelum Perjanjian Bangkok 1909. Cerita-cerita mak yong yang dikembangkan dan diperkemaskan oleh Tengku Temenggung Kelantan pada awal 1900 memang terpengaruh dengan cerita Ramayana, Cerita Panji dan cerita-cerita dari pelajaran Islamnya(tasauf) dan dekat dengan kitab Al-Ghazali yang membicarakan tentang penyakit-penyakit hati. Setiap cerita mempunyai watak baik dan jahat seperti semua cerita tradisional dan ada sebab dan akibat.

Mak Yong yang lengkap, asli dan autentik dipersembahkan dalam permainan Mak Yong. Perkara ini dibuktikan melalui senarai cerita yang direkodkan oleh Mubin Sheppard yang mencatatkan bahawa Cerita Makyong bermula dengan satu cerita Dewa Muda lalu berkembang kepada cerita Anak Raja Gondang, Bongsu Sakti, Raja Tangkai Hati, Indera Dewa-dewa Indera, Puteri Timun Muda, Raja Muda Laleng, Raja Muda Lembek, Gading Bertimang dan Raja Dua Serupa.


Sementara itu menurut kajian Mohamed Afandi Cerita Makyung terbahagi kepada 5 kumpulan cerita.

Kumpulan 1:
1. Cerita Anak Raja Gondang
2. Cerita Bongsu Sakti
3. Cerita Tuan Bijak Laksana.

Kumpulan 2 - Cerita DewaTujuh
1. Bisnu Dewa
2. Cerita Dewa Indera
3. Andera Dewa
4. Cerita Dewa Sakti
5. Cerita Dewa Pechil
6. Cerita Dewa Samar Daru
7. Cerita Dewa Muda

Kumpulan 3:
Cerita Raja Muda Laleng

Kumpulan 4:
Cerita Raja Muda Lembek

Kumpulan 5:
Cerita Raja Tangkai Hati


Dari sini jelas memperlihatkan kesinambungan cerita-cerita tersebut antara satu sama lain. Mak Yong yang lengkap dan autentik ialah: Dewa Muda, Dewa Pecil (dan Dewa Samadaru sebagai suatu versi lain), Dewa Sakti (Raja Sakti), Dewa Indera-Indera Dewa
Dewa Panah (Anak Raja Panah), Anak Raja Gondang (mengandungi Bongsu Sakti dan Bijak Laksana), Gading Bertimang, Raja Tangkai Hati, Raja Muda Lakleng, Raja Muda Lembek, Raja Besar dalam negeri Ho Gading, dan Bedara Muda

Cerita Mak Yong sebagai sebuah hasil sastera rakyat, cerita-cerita Mak Yong diperturunkan secara lisan. Dalam proses penyebarannya ia mengalami pindaan dan tokok tambah pada jalan cerita, teks dan juga tajuk. Sehingga kini masih belum dapat dikenal pasti berapa lamakah cerita-cerita Mak Yong yang dipersembahkan telah wujud. Kesukaran juga dihadapi dalam usaha menyenaraikan tajuk cerita-cerita Mak Yong kerana terdapat tajuk yang berlainan tetapi mempunyai isi cerita yang sama. Walaubagaimanapun cerita-cerita Mak Yong adalah sebenarnya berada dalam lingkungan atau rumpun yang sama. Persembahan Mak Yong biasanya berlanjutan tiga hingga lima malam. Ini menepati salah satu ciri sastera rakyat. Ia juga boleh dianggap sebagai penglipur lara.

Cerita Mak Yong mempunyai struktur yang tersendiri dan bentuknya. Walaupun cerita berbeza sekalipun strukturnya adalah sama. Di antara Strukturnya ialah:


Struktur dalam cerita Mak Yong

1. Bertabuh
2. Mengadap rebab
3. Raja atau Pak Yong keluar dan berdialog dengan Mak Yong.
4. Pak Yong Muda atau Puteri Mak Yong akan menyanyi.
5. Dialog Pak Yong memanggil pengasuh.
6. Yanyian Pak Yong Tua- Sendayong Pak Yong.
7. Dialog
8. Nyanyian Peran
9. Dialog antara Pak Yong dengan Peran
10. Pak Yong menyanyi lagu berkhabar.
11. Dialog
12. Nyanyian Peran
13. Dialog
14. Nyanyian Peran
15. Dialog
16. Lagu barat cepat
17. Dialog Peran 1 dan 2
18. Lagu Tok wak
19. Dialog Pak Yong
20. Lagu Ela oleh Pak Yong membawa cerita yang akan di persembahkan.

Selepas dengan persembahan Rebab, segmen memperkenalkan diri disembahkan sebelum pecah cerita . Segmen ini merupakan satu segmen yang memberi penjelasan dan pemahaman kepada khalayak agar dapat memahami dan mengenali watak bagi menghayati segmen-segmen berikutnya.

Pak Yong selaku watak utama atau teraju dalam persembahan akan memperkenalkan dirinya, negaranya, asal usulnya, istananya dan mimpinya melalui ‘Lagu Ela’.Ini merupakan satu cara bagi mendekatkan penonton dengan watak dan memudahkan penonton memahami jalan cerita. Dengan cara ini penonton dapat menghayati cerita yang dipersembahkan dengan mudah.


Sinopsis Cerita Wak Raja Gondang

Cerita Wak Raja Gondang Anak Raja Gondang adalah sebuah kisah di dalam negeri Serendah Sepagar Ruyung yang diperintah oleh Raja Besar. Kisah bermula dengan Permaisuri Raja Besar iaitu Puteri Gerak Petera sedang hamil anak sulung mereka. Sebagai persiapan Sekiranya menimang seorang putera maka baginda, Raja Besar keluar berburu ke hutan untuk mencari Gajah Putih Bergading Hitam.

Ketika dalam perburuan, Puteri Gerak Petera bersalin, baginda tidak melahirkan seorang putera tetapi seekor siput gondang. Apabila Raja Besar pulang ke istana, baginda terkejut dan amat murka kerana melihatkan anaknya bukan manusia. Maka, baginda menuduh Puteri Gerak Petera membuat hubungan sulit lalu menghalau Puteri Gerak Petera dari istana. Puteri Gerak Petera bersama anak gondangnya membawa diri dan mendapatkan perlindungan dari Wak Pakil Jenang, seorang bekas pekerja istana. Baginda juga mengarahkan anak gondangnya untuk dijaga oleh Wak Pakil Jenang semasa bekerja.

Akhinya apabila tiba saat dan ketikanya, gendang menetas dan keluarlah seorang putera dari gondang. Pada awalnya Wak Pakil Jenang tidak mempercayai kejadian itu. Apabila Puteri Gerak Petera pulang, didapati gondangnya kosong, berlaku salah faham antara Puteri dengan Wak Pakil Jenang. Anak Raja Gondang menceritakan hal yang sebenar, maka Puteri menyumpah akan sesiapa yang mengganggu gondangnya. Anak Raja Gondang memohon izin untuk memulakan pengembaraan menemui ayahandanya lalu berangkat ke Padang Luas Saujana padang. Di sinilah bermulanya pengembaraan Anak Raja Gondang yang melalui pelbagai halangan, namun atas kebijaksanaannya maka baginda dapat mengatasi anak-anak Mak Inang Kurang Sa Empat Puluh dan Wak Juara Pemikat. Kerana kesengajaannya menganiaya Wak Juara Pemikat maka baginda telah ditangkap o!eh Wak Pertanda Raja lalu membawanya masuk ke istana. Helahnya telah berjaya menemukannya dengan Raja Besar.

Raja Besar terpikat dengan Anak Raja Gondang, lantas mengambil Anak Raja Gondang sebagai anak angkat baginda. Baginda tidak menyangka bahawa Gondang adalah anak kandungnya.




Sinopsis Cerita Hikayat Dewa Muda

Bahagian 1 - Dewa Muda bermimpi didatangi seorang lelaki tua memintanya memburu kijang ucana (emas). Jika tidak tertunai, negeri Selindungan Bulan akan ditimpa bencana. Setelah terjaga, Dewa Muda memanggil pengasuh antara kedua iaitu Peran Tua & Peran Muda bertanyakan maksud mimpinya. Kedua peran sukar menfsirnya lalu memanggil Tok Nujum & menurutnya Dewa Muda perlu mematuhi arahan mimpinya. Dewa Muda & pengasuh keduanya berangkat ke hutan lalu terpandang kijang ucana namun ghaib tiba-tiba namun diteruskan perburuan hingga tersesat di sebuah tasik yang indah. Sewaktu Dewa Muda membasuh muka, muncul wajah Puteri Ratna Emas dalam bayangan air dan mengarahkan agar semua syarat dipatuhi jika ingin bertemu dengannya seperti bermain wau beremas. Dewa Muda lantas pulang menemui bonda & menyatakan hasrat lalu diberitahu bahawa wau tersebut di Tanah Jawa.



Bahagian 2 - Wau berjaya ditemui, malangnya tersangkut atas dahan (bumbung istana bota). Awang Sejambul Lebat dipanggil membantu Dewa Muda untuk meneruskan niat menemui Puteri Ratna Emas dengan meniti tali yang diikat pada busut rumput. Di pertengahan jalan, Dewa Muda ditakuti oleh suara Bota yang garang dan Dewa Muda berasa takut, lantas Dewa Muda turun ke bumi tetapi telah dipukul oleh Awang Si Jambul Lebat dengan Lintang 40 membujur 40 sehingga Dewa Muda sanggup mendaki semula. Mereka berasa amat penat lalu menjamah sedikit makanan dan tertidur di situ. Pada waktu itu, Puteri Ratna Emas dan Inang Bongsu sedang bermain di taman istana. Mereka terkejut melihat tanaman di makan orang. Namun apabila ternampak Dewa Muda dan Awang Sejambul Lebat mereka pun berkenalan. Berputiklah cinta antara Dewa Muda dan Puteri Ratna Emas. Sewaktu hendak di bawa ke dalam istana, Dewa Muda telah ditukarkan rupanya oleh Puteri Ratna Emas menjadi sekuntum Bunga Putih bagi mengelak diketahui asal usul kekasihnya itu oleh ayahanda Raja Bota dan Inang Bongsu yang curiga.


Alat Muzik Mak Yong

Alat-alat Muzik Dalam Mak Yong Muzik adalah begitu penting dalam persembahan Mak Yong. Tanpa muzik, maka sesuatu tarian ibarat tidak mempunyai nyawa. Maka, dalam persembahan Mak Yong, muzik adalah begitu pentingnya. Alat muzik utama yang dimainkan dalam persembahan Mak Yong adalah rebab tiga tali, sepasang gendang, dan sepasang tetawak. Namun, terdapat alat tambahan juga dimainkan dalam muzik Mak Yong untuk menambahkan kesedapan alunan melodinya. Antara alat-alat tersebut adalah canang, kesi, serunai.

Serunai selalunya lebih sinonim dengan persembahan wayang kulit dan Rebab sinonim dengan mak yong. Walubagaimanapun, mungkin ada kumpulan dan persembahan yang menggunakan serunai dalam mempelbagaikan kreativiti.

Rebab merupakan alat yang paling penting dalam muzik Mak Yong. Rebab mempunyai 3 bahagian iaitu pucuk rebung, batang dan muka. Tempurung muka dibuat daripada kayu nangka atau sena dan ditutupi dengan kulit lembu. Terdapat susu pada muka di penjuru kiri. Fungsinya adalah untuk mengimbangkan tekanan udara dalam dan luar. Masa dahulu, tali rebab diperbuat daripada benang besar dan kemudian menggunakan benang kasar. Sekarang pula mengunakan tali gitar, tali gambus atau tali biola. Penggesek rebab diperbuat daripada kayu dan tali tangsi. Ahli muzik yang terpenting dalam kumpulan muzik Mak Yong ialah pemain rebab dan juga dikenali sebagai Tok Minduk. Beliau adalah ketua dan juga "pemimpin" kumpulan muzik itu. Beliau memulakan semua lagu sepanjang 8 hingga 16 bar dan selepas itu diikuti oleh gendang, gong, suara penyanyi solo dan korus.

Unsur nyanyian dalam Mak Yong diselenggarakan oleh kesemua pelakon dan juga ahli-ahli muzik. Pelakon utama akan mula menyanyi empat atau lapan bar selepas pendahuluan dilakukan oleh tok minduk. Rangkap ini akan dinyanyikan semula oleh korus dan juga ahli-ahli muzik. Biasanya melodi pendek akan digunakan berkali-kali.
Rebab -  alat muzik utama dalam Mak Yong
Beliau juga memberi isyarat memulakan lagu, menukar rentak dan hal-hal lain mengenai aspek muzik. Tok minduk dan ahli muzik lain menghafal kesemua lagu-lagu Mak Yong. Ia juga menjalankan istiadat buka panggung. Ahli-ahli muzik ditempatkan di sudut kiri pentas dan tok minduk duduk mengarah barat.

Gong atau tetawak turut memainkan peranan yang penting. Gong ibu adalah lebih besar dari gong anak yang diperbuat dari tembaga. Bunyian gong ibu lebih rendah dari bunyian gong anak. Kedua-dua digantung dan dipisahkan oleh 2 batang kayu yang dinamakan mengembang. Pemukul diperbuat daripada kayu yang dinamakan mengembang. Pemukulnya diperbuat dari kayu yang hujungnya dibalut dengan kain atau kepingan getah Gong besar akan berbunyi pada setiap bit terakhir sesuatu lagu manakala gong anak akan menentukan bit-bit tertentu. Pic gong yang menentukan form dalam muzik Mak Yong.

Gendang anak dan gendang ibu diperbuat dari kayu nangka dan muka gendang ditutupi dengan kulit lembu dan kulit kambing. Pemukulnya diperbuat dari rotan dan kayu. Gendang digunakan untuk mengawal tempo sesuatu lagu.

Kesi juga merupakan alat tambahan dalam muzik Mak Yong. Terdapat dua bahagian pada kesi iaitu empat piring dan dua kicah dan diperbuat dari besi ataupun tembaga. Suara yang dihasilkan oleh kesi adalah memecah dan gemersik.

Canang merupakan suatu alat tambahan dalam muzik Mak Yong. Terdapat canang ibu dan canang anak. Perbezaaan canang boleh didengar melalui bunyi. Jika bunyinya adalah kuat maka itu adalah canang ibu dan sebaliknya. Canang digunakan untuk mengawal bit sesuatu lagu.

Repertoire muzik Mak Yong terdiri daripada lagu-lagu paluan dan lagu-lagu nyanyian. Lagu - lagu paluan dimainkan untuk beberapa kegiatan tertentu, termasuk lagu yang bertajuk Pak Yong Turun untuk mengiringi pelakon-pelakon ke atas panggung pada permulaan persembahan, lagu Barat yang biasanya perjalanan dalam cerita, dan lagu yang bertajuk Sang atau Penyudah untuk menyudahi sesuatu persembahan. Walau bagaimanapun, kebanyakkan muzik Mak Yong adalah muzik vokal yang dimainkan dengan tujuan tertentu berasas kepada keadaan cerita tertentu.

Pada permulaan persembahan dramatari Mak Yong, lagu (serta tarian) yang sangat penting ialah lagu yang bertajuk Menghadap Rebab apabila semua pelakon member hormat kepada alat muzik rebab. Lagu khas ini memberi aspek ritual yang penting kepada pelakon-pelakon dan pemain-pemain muzik dalam rombongan Mak Yong. Tetapi dalam konteks cerita, lagu yang bertajuk Ela dinyanyikan untuk menyampaikan berita, manakala lagu Mengulit Raja Nak Tidur dimainkan untuk masa tidur atau untuk membangkitkan perasaan yang halus.
Untuk suasana sedih lagu Jembar atau Mengambul biasanya dimainkan, manakala untuk kegiatan berjalan lagu yang sesuai ialah Timang Welu dan Kijang Emas. Lagu-lagu yang bertajuk Sedayung Mak Yong dan Sedayung Pakyung kerapkali digunakan untuk berbagai tujuan. Adalah dipercayai bahawa lagu Sedayung Pakyung dikaitkan dengan kuasa yang luar biasa terutama kuasa yang bersifat sakti dan lagu ini digunakan khususnya untuk mengubah atau menjelma rupa atau bentuk watak atau sesuatu yang lain dalam cerita. (dipetik dari buku Muzik Malaysia: Tradisi Klasik Rakyat dan Sinkretik oleh Patricia Matursky dan Tan Sooi Beng m.s 29)


Watak Dalam Mak Yong

Watak-watak yang dimainkan

Watak - watak penting dalam sesebuah cerita makyung :-


1. Pak Yong - Menjadi raja atau pemerintah dan menjadi tulang belakang cerita makyung


2. Pak Yong Muda - Walak utama atau hero dalam cerita makyung. Watak inilah yang mengalami berbagai-bagai peristiwa dari saat ia dilahirkan hingga dewasa semasa cerita berkisar di sekitar kehidupan Pak Yung Muda.


3. Mak Yong - Juga permaisuri dan dalam setengah cerita mengambil peranan yang penting sebagai watak utama.


4. Puteri Mak Yong - Sebagai heroin dalam cerita makyung


5. Peran - Terdapat beberapa orang peran atau pelawak dalam cerita makyung. Peran tua biasanya memegang watak yang lebih penting daripada peran-peran lain dan bertindak sebagai orang suruhan raja. Lain-lain peran adalah watak kelakar.


6. Dayang - dayang - Terdiri daripada gadis-gadis manja yang juga bertindak sebagai penari atau pengiring Mak Yung atau Puteri Mak Yung.



Selain daripada watak-watak yang tersebut di atas, watak-watak jahat tidak ketinggalan, seperti raja jin dan sebagainya yang merupakan pihak lawan kepada watak-watak baik di atas.



Struktur Mak Yong
Cerita makyung mempunyai struktur yang tersendiri. Bentuknya adalah sama dalam semua cerita Tang dimainkan. Setiap cerita bermula dengan upacara mengadap rebab di mana watak utama akan menyanyi solo dan diikuti oleh korus. Pelakon-pelakon akan membuat gerak seni jari, bahu dan badan sambil menyanyi. Akhimya mereka bangun secara perlahan dan berdiri tegak sebaik sahaja habis nyanyian solo. Mereka kemudian mengelilingi pentas dengan tarian perlahan dan salah seorang akan memulakan nyanyian solo. Nyanyian di sini adalah 'sedayong Makyung'.



Contoh lagu mengadap rebab:



Bong wei... membalik tipo gak
Dage membue silolah cik wei
Dage membue silolah cik wei
Ayuhlah cik wei
Seperti suloh memain angin la...
Eh... bemban gugor di tapok
Selude cik wei... meningga maye la...
Ayuh tue wei
Seperti aur menarik suse Ia
Eh.., sawo kami menggorok likaghe
Aur cik wei menarik suse la...
Ayuh tue wei
Liuk litok tekula blalai la...

Eh... liuk ko kiri
Luk ko kane
Liuk ko kiri kulai ko kane la
Ayuh tue wei
Seperti denok menanti la...
Eh... berdiri kami tapok tigo
Kami nok adap ke timor
Jagolah...
Ayuh tue wei
Kami nok pecah lakoh lima la...




Lagu Mengadap Rebab

Repertoire Lagu Dalam Mak Yong

1. Lagu Menghadap Rebab - terpanjang & terpenting, simbol penghormatan kepada rebab.
2. Lagu Kijang Mas - dimainkan sebagai lagu instrumental sebelum bermula persembahan Mak yong.
3. Lagu Sindung - dinyanyi oleh Pak Yung semasa hendak memberi arahan dan mendedahkan emosinya, juga dinyanyi oleh peran tua dan dimain sebagai lagu selingan sebelum persembahan.
4. Lagu Sedayung - lagu yang menyampaikan maklumat @ arahan kepada peran @ watak lain.
5. Lagu Mengambul - dinyanyi oleh watak utama dalam adegan sedih untuk menyampaikan berita sedih.
6. Lagu Saudara - dinyanyi berselang-seli dengan lagu Kijang Mas oleh seorang inang.
7. Lagu Pak Yong Muda - dinyanyi oleh Pak Yong menyampaikan berita negeri semasa adegan sedih.
8. Lagu Mak Yong Muda - dinyanyi oleh Mak Yong pada pertengahan cerita dalam adegan sedih.
9. Lagu Tuk Wok - dinyanyi oleh peran tua semasa menyampaikan berita @ meluah perasaan.
10. Lagu Barat - terdapat 4 versi iaitu Barat Anjur, Kisah Barat, Barat Cepat dan Gunung Barat.
11. Lagu Pikir - dinyanyi oleh watak untuk meluahkan perasaan dan mengiringi tarian.
12. Lagu Yur - dinyanyi oleh peran @ Pak Yong untuk menyampaikan berita.
13. Lagu Balik Padi - dinyanyi ketika gembira semasa dalam perjalanan.
14. Lagu Berkhabar - dinyanyi Pak Yong @ peran untuk menyampaikan berita.
15. Lagu Gading Timah - dinyanyi Pak Yong dalam cerita Tuan Puteri Bergading Timah.
16. Lagu Kojol - dinyanyi oleh peran untuk mengambarkan aksi fizikal seperti mendayung sampan.
17. Lagu Buluh Seruas - menggambarkan suasana.
18. Lagu Jamba (Gembal) - menggambarkan suasana.
19. Lagu Yo Peran - dinyanyi Pak Yong untuk memanggil peran tua pada permulaan cerita, peran juga menyanyi lagu ini.
20. Lagu Anak Kumbang - dinyanyi semasa gembira oleh Pak Yong, Mak Yong, Puteri dan Putera.
21. Lagu Sri Gunung - dinyanyi Peran @ Pak Yong untuk menyampaikan berita. juga dinyanyi semasa selingan sebelum persembahan cerita.
22. Lagu Menguli - lagu timang-timagan untuk kanak-kanak dewasa.
23. Lagu Dayung Sampan - dinyanyi semasa melakukan aksi mendayung sampan.
24. Lagu Mak Puyuh - dinyanyi oleh Peran semasa bergurau.
25. Lagu Tari Inai - mengiringi tarian inai.
26. Lagu Kisah Puteri Mak Yong - dinyanyi oleh Puteri @ Mak Yong untuk meluahkan perasaan.
27. Lagu Menghadap Raja - dinyanyi peran dalam perjalanan menghadap raja.
28. Lagu Sabar - dinyanyi semasa melakukan aksi seperti membaca surat untuk mendedahkan maklumat.
29. Lagu Berlari Hambat Rusa (Lagu Berjalan) - mengiringi dalam perjalanan @ semasa memburu.

Persembahan Mak Yong Puteri Jerijit Emas

Catatan Kedua

 Pewaris seni tari Mak Yong 



Guru dan pelajar yang terlibat dalam kumpulan Putri Ratna Mas Sekolah Kebangsaan Long Ghafar di Kota Bharu, baru-baru ini. - utusan/Aizzul A.Majid


KOTA BHARU 16 April - Persembahan Mak Yong merupakan satu bentuk tarian Melayu yang merangkumi kombinasi tarian, muzik dan drama yang sangat popular satu ketika dahulu.
Tarian Mak Yong telah mula bertapak sejak 400 tahun dahulu bermula di Pattani kemudiannya tersebar luas di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, khususnya Kelantan.

Melalui penggunaan kostum menarik, tarian yang unik serta diserikan dengan alunan muzik seperti rebab, tawak, gendang, canang, kesi dan serunai tidak hairanlah tarian ini menjadi kegilaan masyarakat dahulu.
Selain itu, Mak Yong juga telah menjadi antara medium hiburan utama kepada masyarakat dan seringkali mendapat tempat untuk dipersembahkan pada sesuatu majlis.

Namun, zaman silih berganti warisan tarian tersebut kini dilihat semakin tenggelam dan kurang mendapat tempat di hati masyarakat.

Jika tarian berkenaan tidak dipertahankan dan tidak ada usaha-usaha dilakukan untuk mengembangkannya, tidak mustahil satu hari nanti ia akan terus lenyap dan bakal pupus begitu sahaja.
Menyedari hakikat tersebut, Sekolah Kebangsaan (SK) Long Ghafar di sini telah tampil menghidupkan semula tarian Mak Yong ini.

Dengan usaha beberapa orang guru di sekolah berkenaan yang sangat menjiwai tarian tersebut, sebuah kumpulan Mak Yong yang melibatkan murid sekolah itu telah berjaya ditubuhkan.

Kumpulan tersebut telah dibarisi oleh murid-murid SK Long Ghafar dan ia turut dibantu oleh pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Long Ghafar yang rata-ratanya berumur di antara 9 hingga 17 tahun.
Paling menarik perhatian, kumpulan yang diberi nama Putri Ratna Mas SK Long Ghafar itu merupakan satu-satunya kumpulan Mak Yong di Malaysia yang dibarisi oleh murid-murid sekolah rendah.
Penyelaras Mak Yong sekolah berkenaan, Farah Wahida Mohamad, 41, berkata, nama kumpulan Putri Ratna Mas ini telah diilhamkan oleh bekas Pengarah Warisan Tak Ketara, Siri Neng Buah.

Katanya, kumpulan tersebut telah ditubuhkan pada 2009 dan sehingga kini mempunyai seramai 40 ahli.
"Seramai empat orang guru bertanggungjawab menyelaras kumpulan berkenaan, antara yang terlibat adalah Tee Hasanah Mazlina Mohd. Zain, Zakina Abd Aziz, Zarinah Zainal Abidin dan Norhayati Mohd," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Mengimbas kembali bagaimana tercetusnya idea untuk menubuhkan sebuah pasukan Mak Yong peringkat sekolah, Farah Wahida menjelaskan, dia sebenarnya sangat meminati seni terutamanya tarian Mak Yong dan mahu warisan itu kekal sepanjang zaman.

Katanya, dia juga mahu memupuk minat dalam kalangan kanak-kanak agar mencintai warisan tarian yang unik ini.

"Alhamdullilah sejak ditubuhkan ia mendapat sambutan yang hangat daripada murid-murid dan ibu bapa juga sangat menyokong anak-anak mereka terlibat dengan aktiviti berkenaan.
"Mereka ini juga sangat berminat dengan seni tarian ini jadi tidak sukar untuk tenaga pengajar mendidik mereka," katanya.

Katanya lagi, kumpulan tersebut telah mendapat sokongan daripada Jabatan Warisan Negara dengan tampil memberikan dana untuk menjalani latihan serta mengadakan persembahan.

Ujarnya, Jabatan Warisan Negara sentiasa menyokong usaha murni sekolah untuk mempertahankan seni warisan ini, selain memupuk kanak-kanak ini agar mendalami seni tarian warisan tersebut.
"Kami mengadakan latihan seminggu dua kali iaitu hari Jumaat dan Sabtu selama tiga jam.
"Walaupun mereka ini menghadiri latihan, apa yang membanggakan saya ia tidak mengganggu pelajaran mereka, malah mereka juga merupakan pelajar yang cemerlang dalam akademik," katanya.

Sementara itu, tambahnya, sejak tiga tahun penubuhan kumpulan terbabit, pelbagai kejayaan telah ditempa.
"Kami juga telah banyak melakukan persembahan khususnya pada majlis-majlis penting di negeri ini, selain turut giat mengadakan persembahan di seluruh negara.
"Kami turut dijemput mengadakan persembahan di luar negara, antaranya di Medan, Indonesia dan Bangkok, Thailand.

"Putri Ratna Mas akan terus mengorak langkah ke depan dalam memperjuangkan tarian Mak Yong ini agar ia kembali mendapat tempat di hati masyarakat dalam dan luar negara," katanya.

Salah seorang ahli kumpulan Putri Ratna Mas, Yanis Saira Muhamad Yasin, 17, berkata, dia memegang watak utama iaitu sebagai raja setiap kali persembahan.

Katanya, sudah lima tahun dia memegang watak utama yang bertanggungjawab menghidupkan jalan cerita.
Berbekalkan wajah yang cantik serta bakat yang unik, Yanis Saira sudah berkecimpung dalam seni tarian ini sejak di bangku sekolah rendah lagi.

Tambahnya, dia sangat meminati tarian ini dan pembabitannya juga banyak didorong oleh ibunya yang juga merupakan bekas penari Mak Yong.
"Saya rasa darah seni emak telah mengalir dalam diri sehingga membuatkan saya begitu teruja dengan tarian berkenaan.
"Setiap kali mengadakan persembahan di dalam ataupun luar negara saya menjiwai watak yang ditugaskan seterusnya mampu memberi kepuasan kepada setiap penonton yang hadir," katanya.

Bagi Mohd. Zulfitri Hafiz, 14, pula, berbekalkan minat yang mendalam terhadap tarian tersebut dia telah menyertai kumpulan berkenaan pada 2009.

Katanya, mula-mula menyertai kumpulan ini dia merasakan sangat sukar, namun dengan komitmen yang jitu semasa latihan, semuanya kini menjadi mudah.

"Dalam setiap persembahan, dialog yang dilafazkan adalah spontan, itulah cabaran menguji kreativiti setiap ahli kumpulan ini. Saya sudah biasa jadi tidak menjadi masalah setiap kali membuat persembahan di depan orang ramai," akuinya.

Cerita Penglipur Lara

Cerita Penglipur Lara

Definisi

Cerita-cerita yang mengandungi unsur pengembaraan (adventure) anak-anak raja. Ia mengisahkan cerita-cerita mengenai Raja-raja atau golongan istana dengan segala gambaran keindahan, kemewahan, kesaktian serta kejadian-kejadian yang luar biasa (supernatural). Cerita penglipura disampaikan oleh tukang-tukang cerita yang memiliki keistimewaan dan kelebihan menyampaikan isi cerita. Tukang cerita menggunakan berbagai-bagai cara bagi menarik hati pendengar mengikut cerita dari awal hingga akhir. Tukang cerita menggunakan atau memainkan alat-alat bunyian sambil bercerita seperti menggesek selampit, memukul gendang , bermain rebab, bercerita mengikut irama bunyian yang dimainkan. Pendengar tertarik bukan sahaja kerana suara tukang cerita yang merdu, tetapi berbagai gaya dan lagu, cerita bagi menggambarkan suasana ada riang, sedih, marah, pujuk rayu dan sebagainya. Tukang cerita penglipura berbeza peranan mengikut daerah atau negeri.
Negeri Kelatan – Tok Selampit bermain alat bunyian rebab
Kedah – Awang Batil.
Perak – Penglipura.
Selangor – Awang Belanga.
Minangkabau (Indonesia) – Tukan Kaba.
Brunei – Diandangan (alat bunyian – Dombak)

Cerita-cerita ini kebanyakannya diceritakan oleh Pawang Ana dan menantunya Mir Hassan dan dibukukan oleh R.O. Wilkinson. Sebelum cerita-cerita ini dibukukan dalam bentuk tulisan, cerita-cerita ini adalah menjadi hak monopoli dan keistimewaan tukang-tukang cerita dan tok dalang. Cerita-cerita ini disampaikan pada ketika-ketika tertentu oleh dalang-dalang, ahli-ahli penglipur lara dalam majlis-majlis perkahwinan, memuja umur Sultan atau pada masa menyambut sesuatu perayaan. Cerita-cerita penglipur lara ini mempunyai bentuk yang tersendiri yang mementingkan pendengaran dan bila dibukukan hilanglah setengah daripada keindahannya. Juga cerita-cerita ini dapat memberi imbasan mengenai masyarakat lama dalam pandangan, gambaran dan tujuan-tujuannya.

Antara cerita-cerita Penglipur Lara yang terkenal ialah:
Hikayat Malim Deman
Hikayat Awang Sulung Merah Muda
Hikayat Anggun Cik Tunggal
Hikayat Malim Dewa
Hikayat Raja Budiman II
Hikayat Raja Muda
Hikayat Raja Ambung, Raja Dunan,
Hikayat Seri Rama, Hikayat Indera Putera dan Selampit.

Di lndonesia pula terdapat cerita-cerita Si Umbut Muda, Sebai Nan Aloeh, Si Pahit Lidah dan Nan Tunggal Si Magek Jabang.\


Semua cerita Penglipur Lara yang terkenal di alam Melayu menggunakan nama hikayat. Memang bentuk, sifat dan aliran cerita-cerita ini dalam menggambarkan kisah-kisah hero dan heroin memakai bentuk hikayat.
Cerita-cerita ini kapada masyarakat sekarang dipandang sebagai cerita-cerita tahyul dan fantasi, kerana isinya tidak masuk akal dan coraknya terlalu romantik.

Nama Teks atau Karya Penglipura yang telah dibukukan.

Cerita-cerita penglipura berasal dari sastera lisan, nama cerita-cerita penglipura atau hikayat telah dibukukan. Usaha membukukan oleh Pawang Ana dan menantunya Mir Hassan. Di antaranya: Hikayat Malim Deman, Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Malim Dewa / Anggun Cik Tunggal, Hikayat Raja Budiman, Hikayat Seri Rama.
Cerita penglipura dalam bentuk hikayat terdapat juga dari Minangkabau ialah : Cerita Sabai Nan Alutih, Cerita Si Umbut Mudo, Cerita Nan Tunggak Magik Jabang.
Cerita-cerita penglipura terkenal dalam masyarakat Melayu yang telah dibukukan: Hikayat Raja Budiman, Hikyat Selampit, Raja Dewa Dari Kelantan, Cerita Awang Gembang, Cerita Mahadong Bingsu (Terengganu) dan Cerita Raja Muda Setangkai Ali

Ciri-Ciri Umum Cerita Penglipurlara
Umumnya struktur cerita penglipurlara terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:

Bahagian Pengenalan. Cerita penglipura akan mengisahkan sebelum belaku pengembaraan. Mengenai Kelahiraan putera-puteri raja dan kehidupan puteri-piteri raja zaman kecil / kanak-kanak, dipenuhi dengan kejadian yang luar biasa, terutama mengenai kelahiran disertai dengan hujan rebut, kilat, petir serta suasana alam yang luar biasa. Contoh: Hikayat Malim Deman.

Kisah awal menceritakan asal-usul Malim Deman. Baginda putera kepada Raja Malim Dewa yang memerintah Bandar Muar. Ketika bonda Malim Deman akan melahirkan Malim Deman ke dunia, suasana alam dengan serta-merta berubah, air pasha penuh, berbunyi genta, rebut dan taufan turut serta menandakan akan lahir seorang yang perkasa.

Bahagian Pengembaraan. Dalam bahagian ini, cerita penglipura mengisahkan mengenai sebab-sebab anak raja mengembara serta kisah-kisah yang berlaku sewaktu berbagai-nagai rintangan, berlakunya peperangan dengan musuh-musuh, perkahwinan, cabaran dan kesusahan yang dideritai oleh anak raja, sebelum berjaya mencapai yang dihajaiti.

Contohnya: Hikayat Halim Deman.

Menceritakan sebab-sebab Malim Deman keluar dari Istana, kerana ingin mencari isteri yang dinyatakan dalam mimpi baginda. Malim Deman bermimpi seorang tua yang berjanggut putih menyuruh baginda keluar mengembara ke hulu Sungai Muar. Di sana baginda akan bertemu denga puteri kayangan bernam Puteri Bong yang akan menjadi isterinya nanti.

Bahagian selepas pengembaraan (bahagian akhir cerita). Kisah-kisah selepas menghadapi rintangan dalam masa pengembaraan. Membawa kejayaan watak utama dalam mencapai hajat atau tujuan pengembaraan. Watak utama berjaya memperolehi hidup bahagia dan gembira dengan kerajaan yang besar dan penih dengan kemegahan.

Contoh: Hikayat Malim Deman.
Watak utama Malim Deman Berjaya mendapatkan isterinya Puteri Bongsu, sebelum pulang ke istan di Negeri Bandar Muar. Malim Deman berkahwin dengan anak Raja Jin Islam bernama Tuan Puteri Turus Mata. Mereka kembali ke istana dan memerintah kerjaan yang besar.
Sebahagian besar daripada cerita penglipura bertemakan percintaan antara wira dengan wirawati dan peperangan. Wira sangatlah ditonjolkan. Jelasnya percintaan kesaktian wira dan pengagungan wira adalah tema cerita-cerita penglipura.

Fungsi Cerita Penglipurlara

Fungsi utama cerita penglipura dalam masyarakat Melayu tradisional ialah sebagai ‘alat’ hiburan.
Melalui cerita penglipurlara masyarakat dapat menikmati hiburan yang dapat melupakan mereka dari kesukaran, dan kepayahan hidup.

Ia dapat memberikan kelapangan fikiran kegembiraan. Fungsi ini jelas di mana tukang-tukang cerita dengan diiringi irama dan lagu yang menarik, gaya bercerita, cara berpakaian.

Isi cerita. Cerita penglipurlara mengisahkan mengenai kecantikan, kemewahan, kelebihan anak-anak raja, sifat gagah berani, kebijaksaan menentang musuh serta alam kayangan di luar daripada kehidupan manusia biasa.

Mendengar cerita-cerita ini dapat meringkan penat lelah setelah sehari berkerja di siang hari. Keistimewassn tukang-tukang cerita berperanan penting menarik perhatian pendengar serta berupaya member kesan hiburan yang menarik dan indah.

Ia juga bergungsi sebagai alat pengajaran dan pendidikan moral. Antara nilai-nilai moral dan etika yang ditonjolkan ialah: Sifat hormat kepada Ibubapa dan orang tua; Sifat tanggungjawab pemimpin (raja); Sifat-sifat patriotik dan cintakan tanahair; Hubungan harmoni dan mesra antara golongan raja dan rakyat; Berbuat baik kepada ibubapa dan kepada mereka yang tidak bernasib baik; serta Sifat berdikari dan mencari untung.

Latar ceritanya bukan sahaja bermain di dunia kita, bahkan ada kalanya beredar di permukaan air laut dan meninggi hingga ke kayangan. Perkara yang harus disedari dalam mengkaji cerita ini ialah: cerita-cerita ini mestilah dikaji berdasarkan zamannya, zaman yang tidak mengenal ilmu sains, zaman di mana datuk nenek kita berdamping rapat dengan fenomena alam. Jikalau dikaji dengan mendampingkan masyarakat zamannya, baharulah kita dapat memahami selok-belok kepercayaan mereka, faham sosial dan masyarakat mereka. Berasaskan masyarakat zamannya, cerita-cerita ini berupa kebenaran, boleh berlaku, dan lantaran itulah maka cerita-cerita ini disukai oleh setiap ahli masyarakat.


Ciri-Ciri Umum Cerita Penglipurlara

Inti cerita adalah mengenai cinta dan peperangan atau dugaan. Cerita-cerita ini tidak mempunyai plot yang terjalin. Sebahagian besar daripadanya hanya menyambung-nyambungkan satu peristiwa dengan yang lain. Dengan itu sudah tepatlah nama bila hikayatnya diletakkan di hadapannya.

Watak utama (wira) dan pasangannya (wirawati) biasanya dari kalangan di raja.

Tema dalam cerita-cerita ini tidak banyak perbezaannya antara satu sama lain.
Hikayat ini biasanya boleh dibahagikan ke dalam tiga peringkat.
a. Pengenalan terhadap watak wira dan kesusahan atau kezaliman yang menyebabkan wira atau wirawati dibuang atau dihalau. Kemudian bermulalah pengembaraannya.
b. Dalam pengembaraan dan perantauannya, wira dan kadang-kadang wirawati dengan pengikutnya menemui berbagai-bagai halangan dan peristiwa membela yang baik dan memusnah yang buruk dan jahat. Cerita sampai ke puncaknya.
c. Wira dan wirawati biasanya mendapat kebahagiaan dan hidup aman damai semula.

Cerita penglipurlara ini kerapkali dimulakan dengan keadaan ibu bapa wira, yang berkehendakkan seorang anak, misalnya: Mereka mencari ubat mandul atau sesuatu keinginan yang sukar didapati.
Wira dari masa diperanakkan menunjukkan sifat-sifat yang ngeri masa wira dilahirkan, keadaan suasana alam sangat mengerikan dan menakutkan saperti guruh petir, angin ribut, hujan panas.

Sejak kecil lagi sang wira atau wirawati terpaksa mengembara disebabkan mimpi raja atau telahan nujum — wira dibuang atau dihanyutkan atau terpaksa mengembara mengadu nasib.

Wira dan juga wirawati mempunyai sesuatu kuasa semulajadi atau sesuatu kesaktian saperti sifat gagah perkasa, kecantikan yang dapat menawan puteri-puteri, dengan menggunakan sesuatu alat atau perkakas saperti cincin, pedang atau pakaian yang mempunyai kuasa untuk menolongnya. Wira juga dibantu oleh seorang penolong Bujang Selamat, nenek kebayan atau orang tua.

Dalam pengembaraannya wira bertemu dengan puteri-puteri jelita dan dapat menawan mereka. Kerapkali puteri-puteri itu adalah tunang orang dan terpaksa dirampas. Setelah beradu kekuatan wiralah yang selalunya menang. Dalam pengembaraan juga hero berlawan dengan musuh-musuh seperti gergasi, naga, raja-raja yang bengis dan selepas perlawanan yang berat sebelah, wiraah yang menang. Wira berupa pengharapan kapada pihak yang lemah dan yang teraniaya, membela yang baik dan menghapus yang buruk.

Pengembaraan wira disebabkan oleh beberapa perkara:
a. Wira dibuang kerana telahan nujum dan sebagainya.
b. Untuk membela yang baik dan memusnah yang buruk.
c. Kerana soal-soal persendirian.

Wira kerapkali pula menukar rupa atau menjelma kerana kepentingan diri sendiri atau untuk menduga kekasihnya.

Semasa peninggalan wira, ibu bapanya menderita akibat niat buruk dari pembesar atau nujum; dan herolah yang kembali membela mereka.

Hampir semua cerita penglipurlara ini disulami dengan bentuk-bentuk puisi yang penuh berirama dan yang digubah dengan bijak untuk menceritakan kisah-kisah putera puteri, kemakmuran negeri, pakaian, kebesaran raja-raja dan lain-lain.

Cerita-cerita penglipur lara juga kaya dengan gambaran kepercayaan masyarakat lama saperti sabung-menyabung, adat dan perayaan perkahwinan, adat istiadat saperti melenggang perut dan juga bermacam-macam adat raja-raja. Inilah yang menjadi bahan penyelidikan kita dalam hendak mengenal dan memahami masyarakat lama.

Tenangkan hatimu

Tenangkan hatimu
perjalanan hidup ini lelah
semuanya menunggu dengan pintu cabar yang kejap
tajamnya onak pancaroba
tenangkan hatimu
untuk lebih bijaksana
menempuh duga panjang

denganmu aku tenang - opick


rapuh - opick


tiada duka abadi - opick


bila waktu telah berakhir - opick


semoga kau mampu bertahan
dan berada dalam rahmat Ilahi
sepanjang masa

20 Apr 2013

Segmen : Kami & Blog Awak!

Segmen ini dijayakan oleh CCK, Aisya Humaira, FizGraphic dan Cik Lyeen


19 Apr 2013

Shahnon Ahmad

SASTERAWAN NEGARA SHAHNON AHMAD

(Shanon bin Ahmad, Haji, Datuk, Pejuang Sastera, Profesor Emeritus, Sasterawan Negara, Juwahir, Tutang)
LAHIR : 13 Januari 1933 di Banggul Derdap, Sik, Kedah Darul Aman.
ALAMAT : 61, Cangkat Minden, Jalan 1, 11700 Gelugor, Pulau Pinang.


SHAHNON AHMAD sebagai pengarang tidak payah diperkenalkan lagi dalam kesusasteraan Melayu. Beliau bukan sahaja terkenal kerana novelnya Ranjau Sepanjang Jalan dan Rentong, atau kerana kerap kali memenangi Hadiah Karya Sastera, atau kerana beliau seorang sarjana di Universiti Sains Malaysia, tetapi kerana beliau adalah seorang penulis berbakat, serius dan mempunyai falsafahnya sendiri. Shahnon bukan menulis hasil-hasil kesusasteraan hanya untuk bersastera semata- mata, tetapi beliau adalah seorang pencari yang sentiasa mencuba memperbaiki seninya dengan pelbagai gaya dan pendekatan, meneroka ke alam fikiran untuk memperkayakan lagi isi karangannya, dan sentiasa mempertimbangkan falsafahnya sebagai seorang penulis sehingga benar-benar mencapai kebenaran.

Shahnon mula berkarya pada pertengahan tahun 1950-an, namun dalam masa 10 tahun, beliau telah muncul sebagai penulis yang mempunyai bakat besar. Beliau adalah seorang penulis yang begitu sensitif terhadap peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di dalam dan di luar masyarakat bangsanya. Beliau mempelopori sikap yang dinamakannya Malay Power apabila melihat betapa lemahnya orang Melayu bila keadaan politik, ekonomi, dan sosial menekan yang mengakibatkan tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969. Dan inilah salah satu sebab yang mendorong beliau meningkat daripada pemikiran membela orang yang tidak berupaya yang berhadapan dengan kekejaman dan kekuatan alam kepada pemikiran membela orang atau bangsanya apabila berhadapan dengan kekuatan manusia lainnya.

Pendidikan awal yang diterimanya ialah di sekolah Melayu di Sik dan lulus darjah V dalam tahun 1946. Kemudian beliau melanjutkan pelajarannya di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, hingga lulus Sijil Persekolahan. Beliau menjadi guru dan mengajar di Grammer English School, Kuala Terengganu pada tahun 1954. Dari tahun 1955 hingga tahun 1956, beliau bertugas sebagai Pegawai Tentera di Port Dickson, Negeri Sembilan. Satu kemalangan telah menyebabkan beliau berhenti daripada lapangan tentera dan bertugas semula sebagai guru dan mengajar bahasa Inggeris di Sekolah Melayu Gunung dan Sekolah Bukit Besar, Kedah dari tahun 1957 hingga tahun 1959.

Pada tahun 1960, Shahnon menjadi guru bahasa di Maktab Sultan Abdul Hamid hingga tahun 1963. Kemudian beliau berpindah ke Jenan, mengajar sastera di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim hinggalah ke tahun 1967.

Pada tahun 1968, beliau berangkat ke Canberra, Australia dan bertugas sebagai pegawai penyelidik di Australian National University (ANU). Beliau mengambil kesempatan itu untuk terus menuntut di ANU sehingga memperoleh ijazah Sarjana Muda pada tahun 1971. Sekembalinya ke tanah air, Shahnon menjadi Pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim dan tidak lama selepas itu, ditawarkan berkhidmat di Universiti Sains Malaysia sebagai pensyarah dalam tahun 1974. Di sinilah beliau memperoleh Sarjana Sastera pada tahun 1975. Shahnon kemudiannya dilantik menjadi Dekan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan sejak awal tahun 1979. Mulai Jun 1980, Shahnon dilantik sebagai Profesor Sastera Universiti Sains Malaysia. Pada tahun 1982, Shahnon dilantik pula menjadi profesor penuh di universiti yang sama. Kemudian Shahnon dilantik menjadi Pengarah Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia.

Shahnon Ahmad dalam kesusasteraan Melayu moden merupakan tokoh penulis yang penting dan yang amat banyak diperkatakan. Karya awalnya berupa terjemahan tersiar dalam majalah Mastika dan selepas itu, terus bergiat dalam dunia penulisan terutama cerpen, novel, dan esei serta kritikan. Walaupun Shahnon telah meneroka hampir kesemua bidang penulisan, tetapi beliau mengaku bahawa menulis puisi dan drama dirasakannya amat canggung. Kekuatan beliau ternyata terletak dalam penulisan cerpen dan novel dan akhir-akhir ini pula dalam bidang esei dan kritikan.

Beliau mulai giat menulis dan mulai terkenal sejak tahun 1956 lagi iaitu dengan tulisannya yang berbentuk cerpen, esei, dan kritikan. Persoalannya yang dapat dilihat melalui cerpen-cerpennya pada peringkat awal ialah persoalan yang berunsur sinis dan seks. Cerita-cerita yang dikemukakan lebih banyak menyingkap penderitaan manusia desa dan kehidupan di kota-kota. Tidak lama kemudian Shahnon menjadi lebih terkenal sesudah menghasilkan novel pertamanya berjudul Rentong pada tahun 1965. Rentong merupakan novel Shahnon yang amat jelas menunjukkan bakatnya yang besar sebagai novelis. Sesudah menghasilkan novel keduanya berjudul Terdedah, Shahnon melahirkan pula Ranjau Sepanjang Jalan. Novel ini telah mendapat sambutan hangat daripada masyarakat pembaca serta para pelajar, dan telah dijadikan teks sastera tingkatan enam untuk beberapa tahun. Novel ini telah diangkat menjadi sebuah filem dalam tahun 1983.

Ranjau Sepanjang Jalan dan Rentong dapat dianggap sebagai kemuncak daripada kegiatan penulisan novel Shahnon Ahmad. Ranjau Sepanjang Jalan telah pun diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Adibah Amin dengan judul No Harvest But A Thorn. Panel The Sydney Morning Herald pada tahun 1973 telah menempatkan novel ini sebagai satu daripada 10 novel yang memikat hati untuk tahun 1972.

Shahnon menggemari karya beberapa orang penulis luar negeri, antaranya termasuklah karya-karya Pramoedya Ananta Toer dan Patrick White. Karya-karya Pram digemari kerana kekuatan bahasanya sementara karya Patrick White kerana kehidupan desa yang diutarakannya.

Konsep perjuangan Shahnon terlihat dalam kebanyakan tulisannya dan konsepnya ini pula pernah dilahirkannya dalam kata alu-aluannya pada sebuah antologi puisi GATRA, Kebangkitan, berbunyi: Kami adalah bangsa Melayu, dalam perjuangan menegakkan identiti melalui sastera.

Daripada riwayat hidup Shahnon, kita sekali gus dapat mengenal latar belakang novel-novel yang dihasilkannya. Melalui Rentong misalnya kita melihat bahawa Shahnon cuba menganalisis masyarakat desa yang amat memerlukan pembangunan. Shahnon Ahmad melahirkan simpatinya yang melimpah terhadap perjuangan kaum tani yang miskin di kampungnya Banggul Derdap. Terdapat kepadatan teknik dan isi yang baik dalam beberapa buah novelnya dan pembaca dapat merasakan keharuan daripada konflik-konflik yang dilalui oleh watak-watak seperti Dogol, Semaun, Pak Senik, Jeha, dan Lahuma.
Kekuatan Shahnon dalam karya-karyanya ialah kekuatan sensitiviti dan imaginasinya sebagai seniman yang berhasil menangkap segala konflik jiwa orang kampung. Dalam mengabdikan kehidupan desa yang menjadi sebahagian daripada kehidupannya, lukisan-lukisan alam dan suasana Banggul Derdap menjadi hidup dan bererti. Suatu keistimewaan yang kita dapati dan nyata daripada penyorotan Shahnon terhadap petani-petani miskin ialah bukan maksud dirinya meletakkan segala kesalahan kepada pemerintahan seperti yang sering dikemukakan oleh pengarang-pengarang ASAS 50 dalam waktu kegemilangan angkatan tersebut dulu. Beliau melihat orang kampung dengan segala kesederhanaan mereka untuk mencari rezeki yang halal, di samping menyerahkan dirinya bulan-bulat kepada Allah Azzawajalla. Segala musuh tanaman mereka datangnya daripada Allah dan kepada Allah jugalah mereka meminta perlindungan.

Dalam pada itu, Shahnon ada juga mengetengahkan tema-tema berat, ketuhanan seperti dalam Protes dan soal politik orang Melayu dalam Menteri dan Perdana. Apa yang ketara dalam setiap karyanya ialah penggunaan gaya bahasa dan teknik penulisan yang bersahaja. Beliau banyak menggunakan perbandingan-perbandingan yang asli, kata-kata loghat Kedah dan perulangan ayat supaya dapat meninggalkan kesan. Kata-kata itu dipilih demikian rupa hingga dapat menggambarkan suasana dan mood cerita dalam diri pembaca.

Pada tahun 1973, terbit sebuah lagi novel Shahnon berjudul Serengenge. Pihak Panel Hadiah Karya Sastera telah memilih novel ini sebagai novel terbaik untuk tahun 1973. Srengenge memperlihatkan suatu usaha mencari sintesis antara kepercayaan tradisi dengan ilmu psikologi moden. Selain itu, teknik pemindahan dan dengan ilmu psikologi moden. Selain itu, teknik pemindahan dan pertukaran sudut pandangan daripada satu watak kepada satu watak yang lain untuk melukiskan peristiwa-peristiwa yang berlaku secara imbas kembali merupakan suatu pembaharuan yang cuba dilakukan oleh Shahnon. Pada tahun 1985, lahir pula novel Shahnon yang terbaru berjudul Al-Shiqaq I.

Dalam bidang cerpen, beberapa buah karya Shahnon telah dipilih memenangi Hadiah Karya Sastera. Sekurang-kurangnya sebanyak tiga buah kumpulan cerpen persendirian beliau telah diterbitkan iaitu Anjing-anjing, Debu Mereh, dan Selesai Sudah. Di samping itu, cerpen Shahnon telah juga diterbitkan dalam beberapa antologi bersama.

Beliau telah beberapa kali memenangi hadiah RM100.00 untuk cerpen yang tersiar dalam Berita Harian dan Mastika dalam tahun-tahun 1960-an. Pada tahun 1974, Shahnon memenangi Hadiah Karya Sastera dalam bidang esei dan kritikan pula.

Pada tahun 1975, Shahnon telah dilantik menjadi salah seorang anggota Panel Hadiah Karya Sastera. Beliau telah dianugerahi gelaran `Pejuang Sastera’ oleh Perdana Menteri pada tahun 1976. Dalam tahun 1982, Shahnon telah dianugerahi pula Anugerah Sastera Negara daripada kerajaan dan mulai tahun 1983, Shahnon dilantik semula sebagai Panel Hakim Hadiah Karya Sastera. Seperti yang terlihat sehingga kini, Shahnon adalah penulis yang sukar ditandingi bakat dan kesungguhannya dalam berkarya. Beliau bukan sahaja menulis dalam banyak bidang malah berbicara tentang banyak hal dan sejak akhir-akhir ini, Shahnon mula berminat menukar pokok persoalan penulisannya daripada masalah cerita hidup masyarakat desa kepada hal-hal yang menyentuh keislaman dalam dunia kesusasteraan. Polemik Shahnon dengan Kassim Ahmad mengenai takrif sastera Islam disiarkan dalam majalah Dewan Sastera untuk beberapa keluaran pada tahun 1984.

Shahnon telah dianugerahi Darjah Kebesaran Datuk Setia Diraja Kedah yang membawa gelaran `Datuk’ daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah dalam tahun 1980. Pada 11 September 1993, Shahnon Ahmad dianugerahi gelar Profesor Emeritus oleh Universiti Sains Malaysia.

KARYA

Novel
Rentong, Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1965, 123 hlm.; Terdedah, Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1965, 116 hlm.; Ranjau Sepanjang Jalan, Kuala Lumpur: Penerbitan Utusan Melayu (M) Bhd., 1966, 188 hlm.; Menteri, Alor Setar: Dinas Penerbitan Pustaka Sekolah, 1967, 119 hlm.; Prostes, Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1967, 161 hlm.; Perdana, Singapura: Pustaka Nasional, 1969, 213 hlm.; Srengenge, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1973, 233 hlm.; Sampah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1974, 65 hlm.; Kemelut, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., 1977, 156 hlm.; Seluang Menodak Baung, Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd., 1978, 304 hlm.; Al-Syiqaq I, Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd., 1985, 427 hlm.; Tunggul-tunggul Gerigis, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989 (Edisi Sasterawan Negara, 1990), 305 hlm.; Patriarch, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991 (Edisi Sasterawan Negara, 1995), 227 hlm.; Ummi & Abang Syeikhul, Pulau Pinang: Percetakan Yusran, 1992, 145 hlm.; TIVI, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995, 117 hlm.; Ibu Adalah Pentafsir dan Sungai, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1995, 252 hlm.; Sutan Baginda, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, 115 hlm.; Stumps (Terjemahan), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997 (cet. 2), 334 hlm.

Cerpen
Dua Zaman (antologi bersama), Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara, 1963, 190 hlm.; Anjing-anjing, Kuala Lumpur: Penerbitan Jambatanmas, 1964, 100 hlm.; Perajurit yang Pulang (antologi bersama), Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1964, 132 hlm.; Debu Merah, Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1965, 221 hlm.; Angin Retak (antologi bersama), Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1966, 177 hlm.; Konflik (antologi bersama), Alor Star; Penerbitan Pustaka Utara, 1967, 118 hlm.; Koleksi Cerpen-cerpen Malaysia (antologi bersama) Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya, 1977, 446 hlm.; Selesai Sudah, Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd., 1977, 164 hlm.; Cerpen-cerpen ASEAN (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1978, 279 hlm.; Angin Pulau (antologi bersama), Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd., 1985, 433 hlm.; Dongeng Merdeka (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1985, 339 hlm.; Titisan Indah di Bumi Merkah (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1985, 405 hlm.; Alun Menggulung Perlahan (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1986, 286 hlm.; Seketul Hati Seorang Pemimpin, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989, 346 hlm.; Takah Demi Tokoh (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993, 346 hlm.

Drama
Anak Rempang Karam di Kota, Alor Setar: Penerbitan Pustaka Maha, 1968, 126 hlm.


Kajian
Kajian Novel Desa Pingitan (bersama Yahaya Ismail), Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara, 1966, 26 hlm.; Penglibatan dalam Puisi, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., 1978, 194 hlm.; Gubahan Novel, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979, 147 hlm.; Kesusasteraan dan Etika Islam, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1981, 113 hlm.; Detik-detik Diri di Daerah Daif, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, 167 hlm.; Kesusasteraan, Kepolitikan, Kealaman, Kedirian Kemanusiaan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, 183 hlm.; Sastera Sebagai Sismograf Kehidupan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993, 566 hlm.; Sastera: Pengalaman, Ilmu, Imaginasi dan Kitarannya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994, 161 hlm.’ Literature As a Seismograph of Life (Terjemahan Hawa Abdullah), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994, 445 hlm.; Pongang Sastera, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1995, 209 hlm.

Esei/Kritikan
Di Sekitar Pemikiran Kesusasteraan Malaysia 1957 – 1972 (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1976, 419 hlm.; Penulisan Kreatif (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980, 92 hlm.’ Sastera dan Sasterawan (antologi bersama), Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia, 1980, 259 hlm.; Sekitar Pemikiran Kesusasteraan Islam (antologi bersama), Kuala Lumpur: GAPIM, 1980, 10 hlm.; Imej dan Cita-cita: Kertas Hari Sastera 1980 (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, 374 hlm.; Novel-novel Malaysia dalam Kritikan (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982, 357 hlm.; Sastera dan Agama (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, 130 hlm.

Wawancara
Wawancara Sastera (disusun oleh A. M. Thani), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, 367 hlm; Mohd. Yusof Hasan, Shahnon Ahmad, Ahmad Kamal Abdullah (Peny.), Jambak I, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993, hlm. 181-206.

 Bacaan Tambahan

USM Lestarikan Karya Shahnon Ahmad

 usmshahnon 1
PULAU PINANG, 8 Okt. 2012 – Universiti Sains Malaysia (USM) sentiasa menyokong dan memastikan kelangsungan sosok pemikiran Sasterawan Negara, Prof. Emeritus Dato’ Shahnon Ahmad terus berkembang dalam kalangan mahasiswa universiti.
Naib Canselor, Prof. Dato’ Omar Osman berkata, USM mahu melihat mahasiswanya mampu menyambung usaha-usaha Sasterawan besar seperti Shahnon Ahmad dalam menonjolkan kreativiti pemikiran dalam dunia Kesusateraan.
Katanya, walaupun tokoh Sastera yang terkenal dengan pemikiran tersendiri itu sukar dicari ganti, namun tidak mustahil untuk menara ilmu seperti USM mencari dan mengasuh bakat yang ada untuk sekurang-kurangnya menempatkan diri dalam senarai Sasterawan terbilang.
``Pelajar-pelajar yang berminat dengan novel popular wajar ditarik untuk meminati novel-novel serius dengan pemikiran melalui program-program pengajian Sastera yang bermutu dan bersifat interdisiplinari,’’ katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena majlis perasmian Pameran Shahnon Ahmad Dalam Media, Persidangan Kebangsaan Shahnon Ahmad Dalam Sastera, Budaya dan Media serta Pelancaran Buku (esei-esei tentang Shahnon Ahmad) serta  Prototaip E-Novel  berjudul Mahabbah.
Shahnon Ahmad turut meluangkan diri hadir pada majlis itu bersama isterinya, Datin Wan Fatimah Wan Salleh. Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa USM, Prof. Ahmad Shukri Mustapa Kamal, Pengarah Penerbit, Prof. Dato’ Md. Salleh Yaapar dan Dekan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK), Prof. Dato’ Abu Talib Ahmad.
usmshahnon 2
Tambah Omar, peranan media khususnya media baru perlu ditingkatkan agar dapat melahirkan sumber tenaga kerja yang berpotensi menceburkan diri dalam dunia industri kreatif yang sedang berkembang pesat.
``Di USM kita sentiasa memastikan program Kesusasteraan cukup maju dan mempunyai daya saing untuk menarik lebih ramai pelajar bermutu dan mempunyai bakat besar untuk berkembang seiring dengan perkembangan bidang Sastera di universiti ini,’’ ujarnya.
Dalam pada itu, program khas anjuran PPIK dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur serta Perpustakaan Hamzah Sendut USM itu memperlihatkan penumpuan kepada karya-karya Shahnon Ahmad dalam abad ke-21.
Antara yang diperbincangkan dalam program yang akan berlangsung sehingga 11 Oktober depan itu adalah rasa gelisah dan kepedulian Sasterawan Negara tersebut terhadap suasana politik negara dan hubungan karya-karyanya dengan media dan budaya.
usmshahnon 3
Selain itu, turut dimuatkan adalah Ucaptama yang menampilkan Sasterawan Negara, Dato’ Dr. Anwar Ridhwan (ASWARA) serta forum Shahnon Ahmad dalam Media  yang akan menampilkan Seniwati Negara, Dato’ Sarimah Ahmad sebagai antara panelis.
Shahnon Ahmad yang dilahirkan di Sik, Kedah namun telah dibesarkan dan banyak berkarya di Pulau Pinang turut pernah menabur bakti di USM sebagai Profesor, Pengarah Pusat Islam dan ahli Senat, selain menjadi ikon budaya yang membantu menyumbang dalam perkembangan Sastera di USM.

Sumber :  USM

 
 
Latihan Ilmiah Berkaitan Dengan Sasterawan Negara Shahnon Ahmad

Mohd. Yusof Hasan, Shahnon Ahmad. Novels of the Troubled Years 1965-1978. Tesis Doktor Falsafah, Australian National University, Australia. Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Daud Haji Hamzah. Perwatakan di dalam Novel-Novel Shahnon Ahmad. Kuala Lumpur: Latihan Ilmiah di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 1968.

Mohd. Yusof Hasan. Novel-Novel Shahnon Ahmad: Dari Sudut Ekstrinsik. Kuala Lumpur: Latihan Ilmiah di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 1969.

Tan Chin Kwang. Latar Belakang Intelektual Penulis-Penulis Cerpen Melayu Selepas Perang Dunia Kedua (1946 – 1970). Kuala Lumpur: Tesis Sarjana Sastera, Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya, 1971.

Abd. Wahab Haji Ali. Imej Manusia dalam Sastera: Satu Kajian Perwatakan dalam Beberapa Buah Novel Melayu Tahun-tahun 60an. Kuala Lumpur: Tesis Sarjana Sastera, Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya, 1973.

Ramli Mat. Cerpen-cerpen Shahnon Ahmad: Satu Kajian. Kuala Lumpur: Latihan Ilmiah, Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 1974.

Raja Utih Raziah Raja Abdul Rashid. Loghat Daerah dalam Novel Shahnon Ahmad: Loghat Peranakan ke atas Struktur dan Fungsi. Kuala Lumpur: Latihan Ilmiah, Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 1975.

Abdullah Tahir. Cerpen-cerpen dalam Majalah Dewan Bahasa (1957-1973): Satu Analisis Mengenal Tema dan Struktur. Kuala Lumpur: Latihan Ilmiah di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 1975.

Mohd. Shukur Shariff. Novel-novel Shahnon Ahmad tahun 1962an: Satu Kajian. Kuala Lumpur: Latihan Ilmiah, Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 1975.

Mohd. Yusof Hasan. Bahasa Daerah dalam Karya-karya Shahnon Ahmad. Pulau Pinang: Tesis Sarjana Sastera Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, 1975/1976.

Mohd. Zapor Zainoldin. Satu Analisa Terhadap Novel Srengenge Karya Shahnon Ahmad. Kuala Lumpur: Latihan Ilmiah, Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 1977.

Rashid Abdullah. Kegiatan dan Perkembangan Kesusasteraan Melayu Moden Kedah Selepas Perang Dunia Kedua hingga tahun 1980. Kuala Lumpur: Latihan Ilmiah di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 1980/1981.

Ungku Maimunah Mohd Tahir. Antara Kampung dan Kota: Rural Bias in the Novels of Shahnon Ahmad. Tesis Doktor Falsafah, Australian National University, Canberra, Australia, 1984.

Sohaimi Abd. Aziz. Mobiliti Sosial Perspektif Barat dan Islam dalam Novel-novel Terpilih Shahnon Ahmad. Pulau Pinang: Latihan Ilmiah, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, 1990/1991.

Muhammad Helmi Muhammad. Cerita Pendek Shahnon Ahmad. Kuala Lumpur: Latihan Ilmiah di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 1996.

Ooi Eng Lye. Novel-novel Mutakhir Shahnon Ahmad (1980an-1990an): Satu Kajian Perhubungan Gender. Pulau Pinang: Tesis Sarjana Sastera, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, 1996.
Nordin Mohammad. Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Novel-novel Pilihan Shahnon Ahmad. Bangi: Tesis Sarjana Pendidikan, Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1997.

Mohd. Faizal bin Musa (Faizal Tehrani). Politik dan Kepimpinan dalam Karya-karya Shahnon Ahmad. Kuala Lumpur: Latihan Ilmiah, Bahagian Pengajian Syariah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 1998.

Talib Samat. Strategi Naratif dalam Fiksyen Shahnon Ahmad. Pulau Pinang: Tesis Doktor Falsafah, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, 1999.

Ros Zakaria. Martabat Nafsu dalam Novel-novel Shahnon Ahmad. Bangi: Tesis Doktor Falsafah, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Pusat Pengajian Bahasa Kesusasteraan dan Kebudayaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2002.

Norsimah Mat Awal. Analisis Struktur Dalaman dan Peluasan Makna Kata Adjektif dari Perspektif Semantik Kognitif: Terjemahan Karya Shahnon Ahmad. Bangi: Tesis Doktor Falsafah, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2003.

Muhamad Fauzi Ismail. Sinisme dalam Naratif: Suatu Analisis Kritikan Politik dalam Novel Shahnon Ahmad. Pulau Pinang: Tesis Sarjana, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, 2004.

Abd Wahab Sulaiman. The Truth Beneath the Mask: Exploring Juvenalian Satire in Shahnon Ahmad’s Shit. Bangi: Tesis Sarjana, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2005.

Ahmad Redzaudin Ghazali. Permasalahan Sosial dalam Novel-novel Terpilih Najib Mahfuz dan Sahnon

Ahmad: Satu Kajian Perbandingan by Ahmad Redzaudin bin Ghazali. Bangi: Tesis Master, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2005.

Roslan Chin. Memahami Kematian dalam Novel-novel Terpilih Shahnon Ahmad Melalui Kod Budaya dan Simbolik: Satu Kajian Semiotik/oleh Roslan. Pulau Pinang: Tesis Sarjana, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, 2005.

Azhar Mohd. Ali. Pemikiran Politik dan Pembinaan Negara Bangsa dalam Novel Terpilih Shahnon Ahmad dan Puti Wijaya: Satu Kajian Bandingan/Azhar Mohd. Ali. Pulau Pinang: Tesis Doktor Falsafah, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, 2010.

Sumber : Pameran Shahnon Ahmad Dalam Media