Hikayat Putera Jayapati


HIKAYAT PUTERA JAYAPATI
Ringkasan Persitiwa

1. Kisah bermula dengan Putera Jayapati dengan perasaan gembira menuju kerumah Malik Indera untuk mendapatkan pendahan (lembing pendek) ms 86.

2. Kedatangan Putera Jayapati (PJ)disambut mesra oleh Malik Indera suami isteri. Menjelang petang PJ membersihkan diri/mandi lalu menikmati makan malam yang disediakan.

3. PJ mencitakan (menggunakan kesaktian) mewujudkan kudanya Janggi Aspur untuk membawanya terbang ke mahligai tuan puteri Cendera Nurlaila. Apabila tiba di mahligai tuan puteri, PJ menyuruh kudanya pergi dan datang semula apabila dipanggil. Janggi Aspur pun ghaib.

4. Tuan puteri sangat gembiramenerima kedatangan PJ sehingga tidak mahu berpisah.

5. Episod seterusnya menceritakan peristiwa Raja Indera Wirana memberitahu tentang kedatangan kekandanya Raja Indera Peri membawa bersama puteranya Ranjuna (tunang tuan puteri)untuk mengahwinkan mereka kepada Raja Gangga Wijaya (ayahanda tuan puteri).

6. Permaisuri menyuruh dayang-dayang memanggil puterinya untuk memberitahu tentang kehadiran Raja Peri (bakal mentua tuan puteri) yang ingin mengahwinkannya dengan puteranya Ranjuna pada bulan itu juga.

7. Inangan tuan puteri memaklumkan perkara tersebut kepada tuan puteri yang baru bangun tidur (bersama PJ).Tuan puteri sangat terkejut dan berasa takut.

8. PJ menyuruh tuan puteri pergi bertemu tunangnya tetapi tuan puteri tetap mahu bersama PJ. PJ juga menasihati puteri supaya jangan menderhaka kepada ayahandanya, tetapi tuan puteri tetap berkeras kerana yakin jika pergi pun ayahandanya tetap akan murka (tidak mengampunkan dosanya).

9. Dayang-dayang yang terkejut melihat ada lelaki lain bersama-sama tuan puteri telah diberitahu oleh tuan puteri supaya memaklumkan kepada ayahandanya bahawa beliau tidak boleh mengadap mereka kerana ada halangan.

10. Dayang-dayang memaklumkan apa yang dilihat oleh mereka, perkhabaran itu menimbulkan kemarahan Raja Gangga Wijaya (RGW) lalu menghantar menteri hulubalang untuk menyerang dan membawa pulang PJ(ms 93) ke istana RGW.

11. Tuan puteri menangis ketakutan akan kehilangan PJ, sebaliknya PJ dengan tenang memujuk tuan puteri tuan puteri dengan menyatakan bahawa beliau boleh menghadapinya sendiri.

12. PJ menggunakan kesaktian menyeru nama gurunya Bekawan Narada, menjelma menjadi 4 orang jin (ms 95) untuk menyerang hulubalang RJW di bawah mahligai tersebut.

 13. Segala hulubalang RGW dapat ditewaskan oleh jin berempat, peristiwa tersebut menimbulkan kemarahan, berlaku peperangan antara rakyat RGW dengan PJ, hulubalang RGW hamper menewaskan angkatan perang PJ, bangkit semula semangat jin berempat intuk melawan dan akhirnya angkatan perang PJ beroleh kemenangan.

14. RGW akhirnya mengaku kalah dan menyerahkan keadaan kepada bakal besannya pula-Raja Indera Peri ( RIP), untuk melancarkan serangan kepada PJ, malah memberikan syarat siapa yang Berjaya dalam peperangan tersebut, dialah yang menjadi menantunya.

15. Peperangan antara PJ dengan RGW terhenti selama 4 hari, ketika itulah PJ menimbang gemala hikmat di tengah padang Indera-terdirilah Negara kota lengkap dengan kota paritnya sebagai bersiap sedia untuk berperang dengan RIP. Tuan puteri juga dibawa masuk ke dalam kota tersebut.

16. RIP dan Raja Indera Wirama terkejut apabila melihat terdapat kota, RIP pun memuja hikmatnya , mustaidkan sebuah Negara kota dan istananya-melancarkan peperangan.

17. Angkatan perang PJ hamper menewaskan lawannya, Raja Indera Wirana dalam keadaan marah lalu melompat ke atas kudanya Tandi Biram masuk ke tengah medan peperangan, ramai yang mati kecuali jin berempat, Raja Indera Wirama pun memanah Sangga Mukasin, tiada lut-anak panah terpelanting ke bumi, dipanah ke udara berlaku hujan dan angin yang kuat menimpa jin berempat mengerbangkan rambutnya.

18. Semua peristiwa itu diceritakan kepada PJ-PJ marah lalu menyatakan beliau sendiri akan keluar berperang. Sebelum itu baginda berpesan kepada tuan puteri, sekiranya baginda tewas/mati dibunuh oleh tuning tuan puteri kapankan baginda dengan kain yang dipinggang tuan puteri dan mandikan dengan air mata tuan puteri. Tuan puteri bersedih dan menangis-mahu membunuh diri tetapi dipujuk oleh PJ.

19. Berlaku peperangan yang hebat antara PJ dengan tunang tuan puteri (RIP) disaksikan oleh RGW. RGW (adik RIP) memanah ke udara, turun hujan api terkena PJ , PJ membalas turun air dan angin kencang memadamkan api. RGW membalasnya turun taufan yang dasyat. RIW memanah batu, menimpa PJ, dibalas oleh PJ turun bukit besi kursani untukmenahan batu. RIW terlalu marah lalu bertempik menjadi merak berkepala seribu dan tangan kakinya dua ribu. PJ menjadikan dirinya raksasa yang besar . RIW menjadikan dirinya Walimana dan PJ menjadikan pula dirinya geroda. Mereka berperang sambar menyambar, pagut memagut di udara-kembali ke bumi kembali kepada rupa asal.

20. RIW pun menjadikan dirinya naga kepala tujuh sebesar pulau-Jayapati pula menjadi ular naga seperti gunung. RIW menjadi marah kerana kerana tidak dapat mengalahkan PJ lalu mengambil anak panahnya bernama Dewa Laksana, PJ mengeluarkan anak panahnya bernama Dewa Laksana Dewa. RIW berjanji sekiranya dia kalah dia rela mati. Akhirnya RIW kalah dan mati. Raja Indera Samudera Lela hendak pergi menyerang PJ tetapi dihalang oleh ayahandanya.

21. Masing-masing tertanya-tanya (RGW) siapakah sebenarnya PJ-lalu diberitahu oleh menteri PJ anak Maharaja Kala Wanda-anak raja besar yang tidak diketahui dari mana datangnya.

Comments