Waktu Itu : Antara Ramadan dan Syawal

WAKTU ITU: ANTARA RAMADAN DAN SYAWAL
(Shamsudin Othman)

MAKSUD SAJAK

Maksud rangkap 1
Penyajak masih ingat detik-detik di bulan Ramadan yang telah mengembalikannya ke pangkal jalan setelah terpesong dari akidah yang sebenar.

Maksud rangkap 2
Ramadan dianggap sebagai seorang ayah yang telah mengajarnya berdoa pada waktu malam. Penyajak telah sedar dan mula berpegang kuat pada agama. Penyajak telah mula bersembahyang sehingga dia berasa tenang ketika tidur dan mula bertadarus dengan hati yang tulus dan ikhlas.

Maksud rangkap 3
Apabila tibanya Syawal, penyajak berasa seolah-olah ada perubahan dalam dirinya.Penyajak mulai rasa kehilangan dan kerinduan terhadap bulan Ramadan.

Maksud rangkap 4
Penyajak berdoa dan berharap kepada Tuhan agar dapat menemui Tuhan dalam jangkamasa kehidupan yang masih lama.

MAKSUD KESELURUHAN
Penyajak masih mengingati dirinya yang leka dengan kehidupan duniawi. Dia masih terbayang akan dirinya semasa di bulan Ramadan yang pernah mengajarnya kembali ke pangkal jalan. Apabila tiba bulan Syawal, penyajak terasa akan kehilangan bulan Ramadan yang mulia.


TEMA

Sajak ini bertemakan keagamaan. Sajak ini juga turut menggambarkan keinsafan dan kesedaran diri penyajak semasa berada pada bulan Ramadan dan bulan Syawal. Contohnya:
Saat kau menuntun
Tanganku pulang
Setelah aku jauh tersasar di dunia


PERSOALAN
Persoalan kesedaran penyajak yang telah kembali ke pangkal jalan
Contoh : tanganku pulang
setelah aku jauh tersasar di dunia’

Persoalan keistimewaan bulan Ramadhan sebagai bulan yang mulia
Contoh : ‘pada malam-malammu
hingga aku berasa
tidurmu berselimut
haruman narwastu’

Persoalan keinginan penyajak untuk menemui Tuhan dalam jangka masa yang agak lama.
Contoh : Kepada-Mu
nantilah aku dalam rutin atma
yang panjang’


BENTUK

Sajak ini mempunyai Empat rangkap

Bilangan baris yang tidak sama bagi seserangkap.
Contoh:
Rangkap 1 – 8 baris
Rangkap 2 – 10 baris
Rangkap 3 – 7 baris
Rangkap 4 – 3 baris

Bilangan perkataan sebaris adalah tidak sama
Terdapat antara satu hingga lima perkataan.
Contoh :
al-mubarak’ – 1 perkataan
mimpiku ialah tadarus yang tulus’ – 5 perkataan

Bilangan sukukata sebaris adalah tidak sama
Terdapat antara 4 hingga 13 suku kata.
Contoh:
‘al-/mu/ba/rak’ – 4 sukukata
‘se/te/lah a/ku ja/uh ter/sa/sar di/du/nia’ – 13 sukukata

Rima akhirnya berbentuk bebas
Contoh : rangkap 3: aabaa

Sajak ini berbentuk bebas

GAYA BAHASA

Diksi
Indah dan sesuai.
Contoh : ‘mimpiku ialah tadarus yang tulus’

Asonansi
Contoh : Al-Mubarak (pengulangan bunyi vokal ‘a’)


Aliterasi
Contoh : ‘Pada malam-malammu’ (pengulangan bunyi konsonan ‘m’)

Simile
Contoh : ‘Seperti seorang ayah’

Repitasi
Contoh: ‘aku’ (rangkap 1, 2, 3)

Sinkof
Contoh : ‘Kau’
‘Ku’
‘Tak’

Inversi
Contoh : ‘Yang siang tak bercahaya’ (rangkap 1, baris 6)
(sepatutnya – siang yang tak bercahaya)

Imej alam
Contoh : ‘Segugus bintang’ (rangkap 1, baris 8)
‘Haruman narwastu’ (rangkap2, baris 9)


NADA

Melankolik
Sajak ini menggambarkan kesedihan dan keinsafan penyajak semasa menyambut bulan Ramadan dan syawal. Penyajak sedih kerana terpaksa berpisah dengan bulan Ramadhan yang mulia dan penuh berkat.
Contohnya :
aku telah menjadi lelaki
yang kehilangan
rRindu dan cinta
ramadhan al- mubarak


NILAI MURNI

Keinsafan
Contoh : saat kau menuntun
tanganku pulang

Keyakinan
Contoh : hingga aku berasa
tidurku berselimutkan
haruman narwastu

Kesyukuran kepada Tuhan
Contoh : ‘aku telah menjadi lelaki
yang kehilangan
rindu dan cinta
Ramadan al-mubarak’

Ketabahan
Contoh : nantilah aku dalam rutin atma
yang panjang

PENGAJARAN

Kita mestilah insaf terhadap tindakan yang bertentangan dengan nilai-nilai agama demi keharmonian hidup.
Contoh : kau mengajar aku mengangkat
kedua-dua tapak tangan ke langit’

Kita perlulah bersyukur pada kebesaran Tuhan Yang Maha Esa yang telah menganugerahkan kita kehidupan yang sempurna.
Contoh : ‘tidurku berselimutkan
Haruman narwastu

Kita haruslah yakin kepada kebolehan diri sendiri agar dapat bersaing dengan orang lain.
Contoh : ’mimpiku ialah tadarus yang tulus’

Hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup agar mencapai kesempurnaan dalam kehidupan.
Contoh : ‘sambil mengharap aksara doa
melepasi makna dan hakikat’

Comments

Post a Comment