RUANG ISTIMEWA MASIH TERBUKA
(KHADIJAH HASHIM)
MAKSUD RANGKAP
Rangkap 1
Penyajak menyatakan bahawa rumah pusaka yang ditinggalkan oleh ibu bapanya sarat dengan nilai kasih sayang dan merupakan tempat yang selesa untuk berehat-rehat dan mengerjakan amal ibadat. Di kampung ibu bapanya penduduk di situ kaya dengan nilai budi bahasa dan sentiasa insaf dan ssedar akan kesalahan yang dilakukan.
Rangkap 2
Di kampung halaman ibu bapa penyajak juga hubungan kemasyarakatan antara jiran tetangga dengan sesama masyarakat terjalin dengan kukuh dan penuh persefahaman antara satu sama lain. Masyarakatnya sentiasa menjaga akhlak daripada kata mengata antara satu sama lain. Penyajak berpendapat bahawa sekiranya manusia salah dari segi perlakuan masih boleh dimaafkan tetapi sekiranya mempunyai hati yang kotor akan mengundang sifat angkuh.
Rangkap 3
Di rumah ibu bapa penyajak yang masih terpelihara keindahannya, masih ada peluang untuk bertaubat dan berdoa untuk menghindarkan diri daripada godaan syaitan dan iblis dan memohon ke hadrat Allah untuk mencari keredhaan. Penyajak turut berharap agar dirinya berada dalam ketetapan iman.
MAKSUD KESELURUHAN
Penyajak mengutarakan pendapatnya bahawa kehidupan di kampungnya masih tebal dengan nilai-nilai kasih sayang, semangat kejiranan dan tolong menolong antara satu sama lain. Walaubagaimanapun, terdapat juga segelintir masyarakat yang mempunyai hati yang busuk dengan melakukan umpatan. Walau bagaimanapun rasa keinsafan dan kesedaran tetap wujud demi mencari keredhaan Ilahi.
TEMA
Sajak ini bertema kasih sayang dan hubungan silaturahim.
Kasih sayang dan hubungan silaturahim yang sangat kukuh terjalin dalam masyarakat
Contoh :
Ruang ini diikat seutas tali siraturahim
terjalin antara keluarga juga jiran
PERSOALAN
Persoalan mencari keredhaan Ilahi.
Penyair berusaha untuk mencari keredhaan Ilahi dan tidak mahu dirinya terpesong ke jalan yang salah
mematahkan jarum muslihat syaitan
mengharap diri tetap di landasan benar
Persoalan ingin mengekalkan silaturahim
Hubungan yang erat, mesra dan iklhas antara keluarga, dan jiran menjalinkan kekukuhan hubungan silaturahim.
Ruang ini diikat seutas tali silatrurahim
terjalin antara keluarga juga jiran
Persoalan menginsafi kelemahan dan kekurangan diri
Kehidupan memberi peluang kepada manusia menilai diri sendiri. Manusia perlu berusaha untuk memperbaiki kelemahan dan sentiasa memohon pertolongan Allah.
Persoalan kasih sayang.
Kasih sayang yang tulus dan ikhlas akan membina rasa cinta dan keharmonian dalam keluarga dan masyarakat
Contoh : ruang ini pusaka ayah bonda
dipenuhi harumah kasih sayang
BENTUK
Sajak ini terdiri daripada 3 rangkap
Bilangan perkataan dalam setiap baris tidak sama.
Contoh : Rangkap 1 6 baris, rangkap 2 8 baris dan rangkap 3 6 baris
Rima akhir sajak ini tidak sama
Rangkap 1 abcdaa
Rangkap 2 : abbcddee
Rangkap 3 : aabcba
Bilangan sukukata tidak sekata
Terdapat antara 11 hingga 17 suku kata sebaris
Jumlah perkataan sebaris tidak sekata
Terdapat antara 4 hingga 6 patah perkataan sebaris
Sajak ini merupakan sebuah sajak bebas
GAYA BAHASA
Asonansi
Ruang ini diikat seutas tali silatturahim
(Pengulangan bunyi vokal a)
Aliterasi
Mematahkan jarum muslihat syaitan
(Pengulangan bunyi konsonan m)
Pengulangan kata
Contoh : ruang
Metafora
Contoh : ruang ini diikat seutas tali silaturahim
Mematahkan jarum muslihat syaitan
Landasan benar
Permata iman
Anafora
Tergelincir di jalan cuma terkehel kaki
Tergelincir lidah menyakitkan hati
NADA
Sinis
Penyajak menyindir masyarakat yang masih mempunyai sikap yang negatif yang banyak merosakkan hubungan silaturahim.
Contoh :
tergelincir di jalan cuma terkehel kaki
tergelincir lidah menyakitkan hati
SIKAP
Sikap menghargai ibu bapa
Contoh : ruang ini pusaka ayah bonda
Dipenuhi haruman kasih sayang
Sikap menghargai jiran tetangga
Contoh : Ruang ini diikat tali silaturahim
Terjalin antara keluarga juga jiran
Sikap menginsafi kelemahan diri
Contoh : mengharap diri tetap di landasan benar
memohon anugerah Ilahi berkekalan
Sikap membenci persengketan
Contoh : mematahkan jarum muslihat syaitan
mengharap diri tetap di landasan benar
Sikap mementingkan kebenaran atau kejujuran
Contoh : menjaga lidah juga maruah
NILAI
Bertanggungjawab
Contoh: Kasih sayang
Contoh: dipenuhi haruman kasih sayang
Hormat-menghormati
Contoh: jujur muhasabah diri lagi rela
insaf akan pahala dan dosa
Keikhlasan
Contoh: ikhlas menegur ingat-mengingatkan
Ketaatan
Contoh: memohon anugerah Ilahi berkekalan
permata iman dalam kawalanNya
Kejujuran
Contoh: jujur muhasabah diri lagi rela
Semangat kejiranan
Contoh: ruang ini diikat seutas tali silaturahim
terjalin antara keluarga dan jiran
PENGAJARAN
Kita hendaklah menghormati ibu bapa dan masyarakat sekeliling agar hubungan silaturrahim sentiasa terjaga.
Kita hendaklah menghargai kampung halaman kerana kampung halaman merupakan tempat kita dilahirkan dan dibesarkan.
Kita hendaklah sentiasa saling mengingati tentang hubungan baik antara jiran
supaya hidup aman sepanjang masa.
Kita hendaklah sentiasa berdoa dan bertaubat atas kesalahan yang dilakukan agar hidup kita dirahmati oleh Tuhan.
great entry
ReplyDelete