Melihat Bayan Bercerita
Dari sudut utara beliau menjelmakan dirinya dengan buah karya yang semakin dipeduli dan dihargai. Begitu produktif bukan sekadar memenuhi lajur kosong teater utara tanahair tetapi melangkah jauh melebar sayap ceritanya ke pelusuk lain tanah air. Bukan sekadar di pentas teater tetapi turut memasuki alam televisyen dan drama, menghasilkan skrip serta menulis lakon layar adalah antara kegigihan yang tak terbandingkan. Begitu seorang seniman mengerjakan panggilan seninya, menulis skrip dan mengarah serta mementaskan produksi diperbuatnya sebagai santapan hidup dengan berani dan yakin. Itulah Seni Bayan. Bayan yang bercerita.
Bangunan Suluh Budiman pada serat kacamata lama.
Di sini bakat dan jiwa seni Seni Bayan berkembang
Selain teater, pentas puisi pula tidak pernah sepi dari penglibatan Seni Bayan terutama bersama dua sahabat yang lain iaitu Arazmi Seman dan Mohd Rozman Shafie. Rozman meneruskan bakat muziknya dengan singkatan yang berpengaruh LY, dan Arazmi meneruskan karier sebagai guru. Di celah bangunan tua Suluh Budiman anak-anak muda ini berkembang biak dalam arena puisi, lagu puisi dan pentas. Banyak acara puisi diadakan termasuk melalui kegiatan ASASMU mengadakan Malam Puisi. Lagu puisi yang dikumandangkan oleh LY adalah asuhan bakat yang akhirnya menjadi nilam berguna tanahair muncul sebagai komposer terkenal dan produktif. Seni Bayan atau Ahmad Hashim menulis liriknya. Kemudiannya Senibayan sendiri menghasilkan lirik untuk lagu-lagu Ly dan Azmeer. Beliau juga turut menghasilkan puisi dan karya-karyanya termuat dalam majalah Cenderamata dan Suara ASASMU.
Hiroshima menjadi masterpice Seni Bayan
Putaran masa selalu tidak dijangkakan. Pertemuan kembali dengan sahabat lamanya Arazmi memungkinkan cahaya segar dan warna terang kembali berakar. Pada waktu itu Arazmi sedang meneruskan pengajian di USM. Jiwa seniman Seni Bayan meronta kembali dan beliau mahu kembali ke pentas. Berbekalkan skrip yang amat sederhana garapan sahabat berjudul Dalang, Seni Bayan menggerakkan Grup Teater Kampung Seronok mementaskan teater berkenaan. Inilah keberanian yang ada pada Senibayan. Kebanyakan pelakon dalam grup teater ini adalah penduduk kampung seronok yang tidak ada asas teater, melainkan beberapa orang mempunyai bakat dalam muzik. Senibayan ke hadapan mengarahkan teater Dalang dan memasuki Pertandingan Teater Peringkat Negeri Pulau Pinang. Arazmi dipilih sebagai pembawa watak utama Mat Junuh.
Bintang terang ada pada Dalang, yang muncul dengan Pengarah Terbaik, Drama Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik Peringkat Negeri Pulau Pinang 1993. Seni Bayan mula melihat jauh dalam neon lampu dan warna yang berkelip di pentas. Kejayaan Grup Teater Kampung Seronok amat mengejutkan. Bukan saja ia sebuah grup yang baru tetapi pemain-pemainnya adalah mereka yang tak pernah berada di pentas teater. Paling memberangsangkan Dalang terpilih untuk ke peringkat akhir Pekan Teater Kebangsaan.
Langit tidak selalu cerah. Di peringkat Pekan Teater Kebangsaan, Dalang tidak mendapat para juri. Produksi Dalang pulang dengan kehampaan dan terasa benar suatu yang berat berpayung dalam jiwa pengarahnya. Banyak waktu dihabiskan untuk merenung dan bermuhasabah tentang Dalang yang ditolak juri. Ada yang menganggap pengakhiran Dalang tidak meyakinkan. Ada yang memberi komen tentang pencahayaan Dalang yang tidak memuaskan. Tetapi Lan Chin berkali-kali mempertahankan konsep pencahayaannya. Ada yang menyebut bahawa lakonan dalam Dalang tidak berkesan.
Seni Bayan hanya diam dan jauh di sudut hatinya, beliau merangka suatu yang lebih berani. Dalang menjadi inrospeksinya yang kuat untuk menyimpul sulur baru dalam alam teater.
Tok Janggut antara karya dan arahan Seni Bayan yang terbaik
Masa terus pergi dan berganti. Pengalaman sering ditambah oleh kesaksian dan penemuan. Demikian zaman awal Seni Bayan dari ledak jiwa anak muda di beranda bilik darjah ke pentas penuh lampu dan warna. Tetasan zaman awal menyediakan natijah pada zaman dewasa.
Selagi Sungai Bernam mengalir selagi itu karya-karya Seni Bayan bisa menetas. Selagi awan bergumpalan di puncak titiwangsa, selagi ada batas bicara dan imbas nurani yang mahu disebut dan diceterakan dalam lakon dan gerak. Selagi sejuk Tanjung Malim kala hujan masih terasa... selagi itu nostalfia lalu masih ada dan ilham dan nyala seninya belum berakhir....
Selagi Sungai Bernam mengalir selagi itu karya-karya Seni Bayan bisa menetas. Selagi awan bergumpalan di puncak titiwangsa, selagi ada batas bicara dan imbas nurani yang mahu disebut dan diceterakan dalam lakon dan gerak. Selagi sejuk Tanjung Malim kala hujan masih terasa... selagi itu nostalfia lalu masih ada dan ilham dan nyala seninya belum berakhir....
Teruskan berkarya seorang Seni Bayan...
Moga terus berkarya Seni Bayan...
ReplyDelete