menambat sukma
siapa yang memutuskan tali kejap
menambat sukma
antara kita
sedang
dalam dayung waktu
surut dan pergi masa
kita tetap sama
dengan jiwa dan rasa
dengan raga dan kata
ketakutan kita adalah serupa
sepi pun tak berbeza
rindu tetap berbanding tiada
cinta dan kasih
berturapkan peta tanpa beza
antara kita
tangan cinta yang memegang
tak berbeza sentuh dan raih
tak berbanding dakap dan usap
antara kita
atau siapa sahaja
begitu kita menambat sukma
menjadi satu dan bersama
merumahkan cinta
merumahkan cinta
siapapun akan menunggu dan menanti
dengan harap dan mimpi serupa
di mana pun kita berada
tiada berbeza dalam rasa dan hela udara
lorong dan denai yang sama
kita lalui
dalam perjalanan
mencari makmur dan sejahtera
tertambat di sukma
terbingkai di jiwa
tanpa bezanya
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.