Daun-Daun Kering Di Halaman Rumah



DAUN-DAUN KERING DI HALAMAN RUMAH
(Naapie Mat)

MAKSUD
Rangkap 1
Penyajak berbicara mengenai usianya yang semakin tua.

Rangkap 2
Penyajak menyatakan tentang ketakutan manusia pada masa ini kerana dunia sudah tidak tenteram lagi dan terpaksa mencari tempat perlindungan.

Rangkap 3
Terlalu mustahil untuk memanfaat keindahan hidup dan menjadi lebih matang atau dewasa kerana penyair takut sepanjang hidupnya tersalah langkah dan terjerumus kea rah yang tidak baik.Penyajak seterusnya hanya menyerahkan nasib hidupnya kepada takdir.


MAKSUD KESELURUHAN

Penyajak berasakan usianya semakin meningkat. Beliau menyedari dirinya semakin takut kerana keadaan dunia semakin tidak aman. Oleh itu, penyajak berasa takut membina kehidupan yang lebih sempurna dalam keadaan dunia yang kian tidak tenteram.

TEMA

Kebimbangan terhadap keadaan dunia yang tidak aman.
Contoh:
kedewasaan ketika manusia semakin takut
kerana di setiap sudut benua
ini tidak lagi sejuk

PERSOALAN
Persoalan manusia bukanlah sempurna dan tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.
Contoh:
Terlalu mustahil untuk menjalin
bilah-bilah usia menjaedi sebidang tikar
yang teranyam indah.

Persoalan usia yang semakin meningkat untuk mencari kedamaian hidup.
Contoh:
Usiaku yang semakin gersang
dari menadah suci embun

Persoalan pergolakan yang berlaku di serata dunia menjejaskan kedamaian hidup.
Contoh:
kerana di setiap sudut benua
ini tidak lagi seluk

Persoalan kebimbangan terhadap hidup yang semakin mencabar.
Contoh:
kerana mungkin terdapat bilah-bilahnya
yang serong dan warna kesumbanya
ada yang cerah dan indah berubah warna


BENTUK

Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap

Jumlah baris tidak sama:
R1 – 5 baris
R2 – 6 baris
R3 – 8 baris

Jumlah perkataan antara 3 hingga 7 patah perkataan sebaris.
Contoh:
Yang teranyam indah – 3 patah perkataan
Ada yang cerah dan indah berubah warna – 7 patah perkataan

Jumlah suku kata antara 6 hingga 17 suku kata dalam satu baris.
Contoh:
Yang teranyam indah – 6 suku kata
Kedewasaan ketika manusia semakin takut – 17 suku kata

Rima bebas:
R1 - abcd
R2 -abcdec
R3 -abcddded

Kesimpulannya puisi ini berbentuk bebas.


NADA

Melankolik
Contoh:
Kedewasaan ketika manusia semakin takut
kerana di setiap sudut benua
ini tidak lagi sejuk 

PERASAAN DAN SIKAP

Perasaan kesal/ takut/ bimbang
Contoh:
Lalu kita terpaksa berlari
mencari akar dan pucuk dunia

Sikap waspada, berhati-hati
Contoh:
Terlalu mustahil untuk menjalin
bilah-bilah usia menjadi sebidang tikar
yang teranyam indah

GAYA BAHASA

Asonansi - (ulangan bunyi vokal ‘a’)
Di halaman rumah mungkin bilah-bilah

Aliterasi - (ulangan bunyi konsonan ‘l’)
Terlalu mustahil untuk menjalin

Diksi yang indah dan puitis
Yang teranyam indah

Unsur alam
Embun, daun-daun kering, akar

Metafora
Pucuk dunia

Hiperbola
Mencari akar dan pucuk dunia

Perlambangan
Daun-daun kering, melambangkan usia yang semakin lanjut


NILAI
Keinsafan
Penyajak berasa insaf dengan keadaan dunia yang semakin tidak tenteram
Contoh:
kedewasaan ketika manusia semakin takut
kerana di setiap sudut benua
ini tidak lagi seluk

Berwaspada
Penyajak menyeru supaya kita berwaspada dengan keadaan hidup yang semakin mencabar.
Contoh:
lalu kita terpaksa berlari
mencari akar dan pucuk dunia

Keyakinan
Walaupun dunia semakin kelam-kabut, kita diminta mempunyai keyakinan yang tinggi untuk berdepan dengan masalah hidup.
Contoh :
lalu kita terpaksa berlari
mencari akar dan pucuk dunia

Ketakwaan
Sebagai manusia hendaklah sentiasa mengingati kematian
Contoh : usiaku yang semakin gersang



PENGAJARAN

Manusia hendaklah insaf dengan pergolakan yang berlaku di dunia pada masa kini dan mengambil ikhtibar daripadanya.
Contoh:
kedewasaan ketika manusia semakin takut
kerana di setiap sudut benua
ini tidak lagi seluk

Kita hendaklah sentiasa berwaspada dalam mengharungi cabaran hidup pada masa ini.
Contoh: kerana mungkin terdapat bilah-bilahnya
yang serong dan warna kesumbanya

Kita hendaklah mempunyai keyakinan yang tinggi untuk mengatasi semua masalah yang dihadapi.
Contoh: lalu kita terpaksa berlari
mencari akar dan pucuk dunia

Hendaklah mengingati mati
Contoh : usiaku yang semakin gersang

Comments