Berapungan menjadi muzik yang merentap sukma
Tidak ada batas sempadan
Tidak ada bahasa yang menutup daerahnya
Tak ada kata-kata yang membuka cerita
Begitu muzik bergema
tanpa visa dan passport
menyerap ke akar kalbu
tanpa mengenal warna kulitmu, warna budayamu
tak perlu tahu apa bangsamu
Muzik mengetuk fikir menjamah tangkai emosi
menikmati dan merasa apa yang terpancar darinya
kerana ia suara jiwa
ruap batin pancar sukma
Muzik memberi kesan pengalaman
estetiknya menyerap sebagai sentuhan indah
berbaur menjadi pengalaman indah
membuka pintu rasa, mengetuk kamar akal
dan kembali
kepada diri
merenung siapa kita
carilah makna darinya
Fariborz Lachini - Raindrops
Fariborz Lachini - Raindrops
Дудук, Саксофон, Флейта. Нежность.
Gheorghe Iovu - Tears for Diana
Tinggalkan kata-katamu :
Apakah muzik sebegini membantu dalam merempuh keras hidup
atau hanya membuat kita semakin terpinggir.....
Saya menunggu suara itu .... terima kasih.
Barangkali perlu kembali ke Suara Jiwa dan Suara Jiwa II
MUNGKINKAH AKAN ADA LAGI SUARA JIWA SETERUSNYA?
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.