Masihkah Kau Bermain Seruling (Are You Still Playing Your Flute)



SERULING antara subject matter yang menjadi pilihan seniman yang sering terjelma dalam penghasilan karya sastera sama ada dalam bentuk  puisi, catan, drama, dan  lagu. Seruling Bambu misalnya jodol sebuah lagu popular nyanyian Lilis Suryani, Jeffrydin dan Sudirman. Ketiga-tiga penyanyi ini menyampaikan dengan keistimewaan dan pesona bakat seni tersendiri. Tidak kurang pula seniman yang menjadikan seruling sebagai muzik istimewa yang dialun sebagai alat muzik pilihan mereka.

Seruling hidup dalam dunia kesenimanan dengan warna dan kanvas tersendiri. Seruling kerap diwarnakan sebagai imbauan rindu, nostalgia, kasih sayang, kejauhan dan kepiluan yang mendalam. Sebagaimana deru suara seruling yang ditiupkan ia begitu kuat mengusik kejiwaan seseorang. Seruling bertapak sebagai antara elemen muzik Melayu yang membawa kesan tersendiri dalam persembahan seperti dikir barat, ghazal, dondang sayang dan sebagainya. Sebagai alat muzik ia berada dalam persada muzik yang popular dimainkan oleh seniman.

Seruling dan Puisi

Antara puisi yang begitu berkesan membawa subject matter seruling adalah Masihkah Kau Bermain Seruling karya Zurinah Hassan.  Puisi ini diterjemah ke dalam bahasa Inggeris dengan jodol Are You Still Playing Your Flute? Puisi ini menjadi puisi kajian dalam komponen sastera mata pelajaran bahasa Inggeris SPM.

Marilah kita menikmati puisi tersebut diikuti dengan deklamasi oleh Zurinah Hassan sendiri



Masihkah Kau Bermain Seruling

Masihkah kau bermain seruling
walau waktu telah terlewat untuk kita bercinta
aku semakin terasa bersalah
melayani godaan irama
lagu yang tersimpan pada lorong halus buluh
dikeluarkan oleh nafas seniman
diukir oleh bibir
diatur oleh jari
dilayangkan oleh alun angin
menolak ke dasar rasa.

Masihkah kau bermain seruling
ketika kampung semakin sunyi
sawah telah uzur
waktu jadi terlalu mahal
untuk memerhatikan hujan turun
merenung jalur senja
mengutip manik embun
menghidu harum bunga.

Masihkah kau bermain seruling
ketika aku terasa mata bersalah
untuk melayani rasa rindu padamu
di kota yang semakin kusut dan tenat
adik-adikku menganggur dan sakit jiwa
bangsaku dipecahkan oleh politik
saudara diserang bom-bom ganas
dunia sudah terlalu tua dan parah.

Di sinilah berakhirnya percintaan kita
kerana zaman sedang menuntut para seniman
hidup di luar dirinya.

Zurinah Hassan


Are You Still Playing Your Flute?
by Zurinah Hassan

Are you still playing your flute?
When there is hardly time for our love
I am feeling guilty
To be longing for your song
The melody concealed in the slim hollow of the bamboo
Uncovered by the breath of an artist
Composed by his fingers
Blown by the wind
To the depth of my heart.

Are you still playing your flute?
In the village so quiet and deserted
Amidst the sick rice fields
While here it has become a luxury
To spend time watching the rain
Gazing at the evening rays
Collecting dew drops
Or enjoying the fragrance of flowers.

Are you still playing your flute?
The more it disturbs my conscience
to be thinking of you
in the hazard of you
my younger brothers unemployed and desperate
my people disunited by politics
my friend slaughtered mercilessly
this world is too old and bleeding.


 Malah Zurinah Hassan berkesempatan mengupas aspek proses penciptaan puisinya. Pastinya pandangan ini berguna dalam kita memahami selok belok bagaimana puisi ini terhasil.
Tulis Zurina Hassan :

Sajak ini menggunakan gaya percakapan penyair dengan seseorang. Orang yang dimaksudkan di sini ialah seorang yang pandai bermain seruling. Sekali pandang ia seperti sajak percintaan kerana banyak menggunakan perkataan yang lembut dan romantis.
Are you still playing your flute
Are you still playing your flute
when there is no time for our love
I am feeling guilty
to be longing for your song

Tetapi percakapan yang lembut dan romantis dengan pemain seruling itu hanyalah satu cara atau gaya penyair meluahkan segala yang mengganggu fikirannya. Sajak ini bertemakan kemasyarakatan . Keseluruhannya merupakan luahan rasa penyair tentang keadaan masyarakat di negaranya dan antara bangsa yang penuh kemelut dan kacau bilau.
Penyair mengenang sang pemain seruling. Sebenarnya yang dikenang oleh penyair ialah kampong yang sedang tenat.
Are you still playing your flute
in the village so quiet and deserted
amidst the sick rice field

Dia menceritakan tentang keadaan dirinya yang berada di kota…kota yang sakit sedangkan kampong sudah sunyi kerana ditinggalkan oleh anak-anak muda. Apakah pemain seruling itu masih ada di kampong bermain serulingnya? . Ini juga bermaksud adakah sang pemain seruling masih mempertahankan seni dan tradisinya.

Alat musik seruling dipilih kerana inilah alat muzik yang paling dekat dengan alam. Cuma sebatang buluh dan tidak memerlukan teknologi canggih untuk menciptanya. Jadi semuanya balik kpd alam. Balik kepada keaslian.
the melody concealed in the slim hollow of the bamboo
uncovered by the breath of an artist
composed by his lips
arranged by his fingers
blown by the wind
to the depth of my heart

Penyair merasa bersalah untuk melayan rasa rindu kepada pemain seruling itu. Begitulah rasa bersalahnya dia memikirkan sesuatu yang indah seperti seni . Di kota dia sepatutnya sibuk kerana di situ kehidupan berlalu dengan pantas.
while here it has become a luxury
to spend time watching the rain
gazing at the evening rays
collecting dew drops
or sniffing scented flowers.

Seolah-olah dia memberikan masanya kepada perkara-perkara yang remeh sedangkan kehidupan sedang dilanda oleh masalah yang sangat besar. Masalah-masalah ini dipaparkan dalam bait seterusnya. Pada masa itu ramai yang menganggur. Orang-orang kita berpecah belah kerana politik . Dan di merata dunia spt Bosnia dan Palestin, orang Islam sedang diburu oleh bom-bom ganas.

in the hazard of this city
my younger brothers unemployed and desperate
my people thorn by politic
my Muslim friends slaughtered mercilessly
this world is old and badly injured.

Is this the end of our love?
time is forcing us as artists
not to be ourselves.
Ini bukan masa untuk memberi perhatian kepada seni. Ini adalah masa untuk bekerja keras. Apabila seniman tidak dapat melayani kecintaannya kepada seni maka itu seperti mereka dituntut untuk tidak menjadi seniman lagi 

Seruling dan Pemainnya

Dari alam kepenyairan kita beralih kepada alam muzik. Seruling menjadi inspirasi dan kekuatan muziknya.
Kebolehan dan kemahiran muziknya amat dikagumi. Beliau yang saya maksudkan adalah Mohar. Menyebut Mohar tidak lengkap jika tidak disebut juga teman kolabrasinya  Abdul Ramli Abdul (Ramli). Kedua-duanya bergabung atas nama MOHRAM. Kisah Mohar pernah ditulis begini :


Individu bernama Muhardiman Ismail ini hanya lelaki biasa saja, apatah lagi dengan penampilan sederhana dan tidak banyak bercakap, lelaki berusia 47 tahun ini seperti tidak ada keistimewaan.

Namun, semuanya berubah apabila Muhardiman atau lebih dikenali sebagai Mohar ini mula meniup seruling. Dengan pergerakan minimum di atas pentas, tiupan seruling bambu atau buluh Mohar mampu menggerakkan ribuan jiwa untuk meminati dia dan permainannya.

Seruling adalah alat muzik sejagat yang terdapat di mana saja. Bunyi seruling terutamanya seruling buluh begitu mengasyikkan. Jika dimainkan pada tengah malam, melodinya yang lunak memecahkan keheningan suasana menerbitkan rasa syahdu, sekali gus membuatkan jiwa terasa tenang. Begitulah kekuatan tiupan Mohar.

“Berbanding seruling atau flut yang diperbuat daripada besi, seruling buluh menghasilkan bunyi yang asli dan lembut. Mungkin ada kelebihan dari segi teknikal, tapi bunyi atau ‘sound’ daripada seruling buluh sebenarnya lebih mengasyikkan.


“Walaupun menampil­kan cara permainan moden, bunyi yang dihasilkan seruling buluh tidak dapat ditiru alat muzik moden seperti keyboard. Getarannya lain dan itu bezanya seruling buluh dengan seruling moden. Getaran daripada alam semula jadi dan besi tak sama,” katanya.


Dalam industri muzik tempatan, nama Mohar bukanlah asing. Tiupan serulingnya boleh didengari dalam album kebanyakan penyanyi tersohor antaranya Datuk M Nasir, Ramli Sarip, Wings, Zainal Abidin, Datuk Siti Nurhaliza, Tan Sri SM Salim, Ziana Zain dan Jamal Abdillah termasuk mengiringi persembahan mereka.

Selain itu, Mohar adalah anggota kumpulan duo Mohram bersama pemain rebana, Ramli Abd Hamid dan mereka sudah menghasilkan tiga album.

Mohar berkata, kelebihan seruling buluh ialah ia boleh menghasilkan kord atau not yang sama pada alat muzik moden. Dalam erti kata lain, ia boleh mengikut dan bergabung dengan bunyian alat muzik moden, namun bergantung pada tahap kepekaan si pemainnya ­dengan muzik berkenaan.

“Seruling buluh boleh diibaratkan seperti layang-layang yang liar. Bagi menstabilkannya perlu ada teknik supaya ia melayang mengikut pengendalinya. Jadi, untuk bermain seruling buluh perlu ada teknik supaya bunyi yang dihasilkan tepat dengan apa yang diingini,” katanya.

Menurut Mohar, untuk menjadi pemain seruling yang bagus, kelebihan mahir bermain alat muzik moden seperti gitar atau piano akan banyak membantu selain memerlukan banyak latihan.

“Bukan mudah nak jadi pemain seruling yang bagus. Paling penting adalah latihan. Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mencari ‘tone’ yang sesuai serta memahaminya. Adakah ‘tone’ yang dikeluarkan itu tebal atau nipis? Ini saja memakan masa berbulan-bulan. Selepas itu perlu berlatih kemahiran jari serta teknik pernafasan yang betul,” katanya.

Kini Mohar mempunyai lebih 40 batang seruling yang sering digunakan dalam setiap persembahan atau rakaman album. Selain seruling buluh, Mohar turut memiliki seruling besi, PVC, kayu dan nibong.

Apa yang menarik, sebanyak tujuh seruling buluh miliknya dibuat ­dengan tangannya sendiri. Walaupun bunyi yang dihasilkan tidak banyak beza berbanding seruling yang dibeli, ia lebih mendatang­kan kepuasan.

Mohar mula tertarik dengan seruling buluh sejak berusia enam tahun lagi. Bunyi-bunyian yang terhasil daripada alat muzik itu yang dimainkan sekumpulan pemuda di kampungnya di Riau, Indonesia ketika itu memberinya perangsang untuk membuatnya sendiri.

Suasana kampung yang belum tercemar dengan pembangunan memudahkan Mohar mendapat­kan buluh. Dia kemudian tampil dengan seruling buluh pertama buatannya, tetapi dengan lubang berbentuk empat segi, bukannya bulat seperti seruling sebenar.

“Saya main belasah saja meniupnya, tapi ia tetap menghasilkan melodi tersendiri walaupun tak sesedap mana. Saya diketawakan seorang pemain dan pembuat seruling di kampung yang saya panggil Pak Cik Manan kerana lubang seruling empat segi itu. Dialah yang me­ngajar saya membuat dan bermain seruling.

“Selepas itu barulah saya tahu cara-cara untuk menebuk lubang seruling berbentuk bulat iaitu ­dengan menggunakan besi yang dipanaskan,” kata­nya.
Bagaimanapun, Mohar sudah lama tidak membuat serulingnya sendiri berikutan kesukaran untuk mendapatkan buluh di samping faktor masa yang semakin tidak mengizinkan.

Sumber : My Metro

Mohram dan Serulingnya

Kehebatan dua insan seni ini terserlah dalam irama dan nukilan muzik mereka. Terasa ada bauran yang halus dan memanggil ke dalam pengertian dan kesedaran. Muzik yang bertutur dalam bahasanya berupaya membawa alun jiwa dan kefahaman batin yang terindah.

Mohram - Puing-Puing
Album : ANTARSSUKHA




Ada banyak pesona menarik untuk menceritakan perjalanan muzik Mohram. Muzik tanpa vokal yang dibawa Muhardiman Ismail (Mohar) dan Abdul Ramli Abdul (Ramli) itu sudah cukup lunak menghiburkan peminat sejak lebih sedekad lamanya.

Mohram yang dihidupkan dengan alunan seruling Mohar dan paluan rebana Ramli berjaya membawa kumpulan itu ke serata dunia khususnya Asia Barat. Atas faktor fusion etnik itulah, Mohram yang menghasilkan tiga buah album termasuklah Sakti (2001), Antarssukha (2004) dan terbaharu, Alam menjadi nama paling tepat untuk disatukan bersama penyanyi antarabangsa Sami dalam Konsert Salaam Sami Yusuf pada Julai 2012. Mohram pernah dijemput sebagai pemuzik undangan oleh Sami semasa konsert di Kuwait (2005), Dubai (2006) dan kali terakhir di Arena Wembley, London (2007).

 Kolaborasi Mohram, serta duet Sami Yusuf dan Datuk Siti Nurhaliza  dalam  You Come To Me

Epilog

Demikian bicara seruling ,seniman dan dunia kepenyairan.
Ia membawa  makna tersendiri dalam lurah dan lorong  hidup manusia ini.

Barangkali ada sesuatu yang berbisik dalam hati saudara/ri, tuliskanlah di sini....

Comments

  1. huu.. seruling.. hee.. seruling yg kat sekolah tu biasa teman main.. adakah seruling itu yg dimaksudkan? heee..

    ReplyDelete

Post a Comment