1 Apr 2016

kebesaran cinta


Mathnawi Rumi Kopratasa lagu kebesaran cinta
Nadia Azam
17 Feb 2016

Lihat nama dan dengarkan iramanya, dan ketahuilah album terbaru Kopratasa, Mathnawi Rumi, dirakamkan dengan unsur 'keajaiban.'

Menurut Sani Sudin, ‘keajaiban’ itu berlaku dengan pantas dan proses untuk menyempurnakan album berkenaan tidak melalui laluan sukar.

“Apabila kami masuk studio dan memulakan proses rakaman, ketika itulah melodi lahir secara spontan.

“Prosesnya tidak sukar, malah tidak perlu pula pergi mencari ilham di tepi laut.

“Ia lahir menerusi perasaan, jiwa dan kalbu ketika itu.

“Ambil sajak dan rakam, macam ambil wudhu dan sembahyang,” katanya yang ditemui selepas sidang media pelancaran album Mathnawi Rumi di Institut Integriti Malaysia (IIM) di Kuala Lumpur semalam.


Album itu dilancarkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wajdi Dusuki. Turut hadir Presiden IIM, Dr Anis Yusal Yusoff; Pengarah Urusan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia, Mohd Khair Ngadiron; Pengarah Urusan Luncai Emas Sdn Bhd, Datuk M Nasir dan Pengarah Produksi Luncai Emas Sdn Bhd Mohd Khirin Omar.

Kopratasa bermula dengan kumpulan dianggotai tiga penyanyi namun kini tinggal berdua selepas seorang daripada mereka, Siso atau Syed Indera Syed Omar membawa haluan sendiri.

Selain Sani, kumpulan itu dianggotai Usop (Mohd Yusof Ahmad).

Lebih besar dari alami

Kopratasa dikenali dengan lagu puisi dengan pelbagai tema termasuk cinta, ketuhanan dan masyarakat.

Dalam lagu puisi, Kopratasa berhajat untuk mendidik masyarakat dan melalui Mathnawi Rumi mereka menggunakan petikan daripada kitab Mathnawi karangan ahli sufi terkemuka Jalaluddin Rumi.

Jalaluddin - atau nama sebenarnya Jalaluddin Muhammad Balkhi - adalah penyair Parsi dan guru rohani dari abad ketujuh Hijrah atau 13 Masihi.

Puisi kerohanian beliau sebenarnya sudah lama dihayati oleh masyarakat antarabangsa.

Sehubungan itu, ketokohan dan bait indah dalam karya agungnya mendapat pengiktirafan Pertubuhan Pen­didikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

Buat julung kalinya kandungan Mathnawi - yang berusia 800 tahun mengandungi enam jilid - diterjemah ITBM dan digabungkan menjadi seni lagu dengan kerjasama Luncai Emas.

Bagaimanapun, bagi album Mathnawi Rumi hanya mengandungi sebahagian kecil kandungan naskhah berkenaan dan akan dikembangkan selepas ini jika mendapat sambutan.

Album yang dijual pada harga RM30 itu sudah mulai berada di pasaran semalam.

Menurut Sani, cinta Rumi adalah meluas pengertiannya dan tidak boleh dipandang menerusi pemikiran sempit.

“Cintanya lebih besar dari alam. Justeru, kita tidak boleh bandingkan dengan sempitnya cinta manusia yang segelintirnya ada ketololan,” katanya.

malaysiakini

Kopratasa - Mathnawi Rumi - Mawar


KOPRATASA MATHNAWI RUMI adalah sebuah album yang mengangkat sajak/ puisi penyair agung dan tokoh sufi Islam… Jalalluddin Rumi kepada sebuah genre muzikal yang dimelodikan dan dinyanyikan oleh kumpulan puisi terkenal tanahair, Kopratasa.

Mengandungi 5 lagu/ puisi Rumi terpilih di dalam album ini.

Mawar – Seruling 2 – Ujud 2 – Ujud 1 – Seruling 1

Kopratasa, penyanyi puisi yang popular dengan lagu-lagu seperti ‘Masihkah Kau Ingat’, Permata Untuk Isteriku, Mulia dan banyak lagi kini kembali dengan mengiramakan syair/ puisi agung Jalaludin Rumi dengan sentuhan muzik dan emosi yang cukup mencengkam rasa yang diilhamkan mereka melalui 5 sajak/ puisi terpilih Jalalludin Rumi ini.

Album yang diterbitkan sepenuhnya oleh ITBM dengan kerjasama dan diedarkan oleh Luncai Emas ini dan dijual dengan harga RM30.00 akan mula menemui khalayak mulai 16 Februari 2016 melalui peringkat pertama jualan digital di iTunes Store dan akan disusuli nanti selewat hujung Februari ini ke rangkaian kedai-kedai muzik dan buku terpilih,

Pesanan bagi mendapatkan album ini boleh dibuat secara terus kepada :

Institut Terjemahan & Buku Malaysia ITBM

+603-4145 1800/ecommerce.itbm.com.my

Luncai Emas Sdn Bhd

+603-6156 1357 / 6700/ Lcemas2@gmail.com

KOPRATASA kini merupakan sebuah kumpulan duo bervokal yang dianggotai oleh Sani Sudin dan Usop.

Kumpulan yang begitu konsisten dengan puisi/ sajak sejak 25 tahun yang lalu, kini kembali dengan hasil karya (melodi) yang digabungkan dengan puisi-puisi indah penyair agung dunia Jalaludin Rumi.

Gabungan melodi dan susunan muzik Kopratasa dengan puisi Jalalludin Rumi ini telah membentuk sebuah karya baru dalam bentuk lagu dan sebagai persembahan terbaru kumpulan ini buat tatapan peminat seni.

Kerjasama kedua-dua penyanyi/ komposer ini yang bernaung di bawah Luncai Emas manakala ITBM pula memiliki hakcipta karya agung Jalalludin Rumi ini di Malaysia membuatkan album istimewa KOPRATASA MATHNAWI RUMI ini dilahirkan serta diedarkan oleh ITBM & Luncai Emas Sdn Bhd secara kerjasama.

Album Kopratasa Mathnawi Rumi ini disasarkan kepada khalayak seni yang lebih khusus memandangkan album ini bukanlah album lagu-lagu arus perdana semasa. Kekuatan syair yang indah karangan Rumi ini serta getar rasa irama dan suara Kopratasa adalah sandaran kami bagi menjual album ini.

itbm

Jalaluddin Rumi : suara jiwa



Rumi antara spiritual, metafizik dan sejagat

ku seman ku hussain
06 Mac 2016

FILEM dokumentari Rumi: Poet of the Heart yang diter­­­bit­kan pada 1998 memberikan makna yang ter­sen­­diri terhadap puisi-puisi sejagat yang merentasi ba­tas agama, bangsa, budaya dan politik di dunia. Doku­men­tari ini diusahakan oleh sarjana Barat yang melihat keluarbiasaan Jalaluddin Rumi, penyair Is­lam abad ke 13 yang meninggalkan pesanan-pesanan ber­guna kepada generasi berabad-abad selepasnya.

Rumi: Poet of the Heart juga memperlihatkan keinginan menyebar luas tema-tema sejagat dalam sastera sekali gus menipiskan prejudis terhadap kepelbagaian bangsa dan budaya dalam kalangan sasterawan, pemikir dan sarjana Islam. Dokumentari ini diangkat daripada tafsiran terhadap puisi-puisi sufi yang dihasilkan oleh Rumi yang terus dikaji dan ditafsirkan sejak sekian lama.

Kehadiran semula puisi-puisi Rumi pada penghujung abad ke-20 dulu sesuatu yang cukup menarik. Selain men­ca­tat­kan jualan tinggi bagi antologi puisi Rumi di Amerika, kar­ya itu juga menguatkan hujah bahawa kesusasteraan pe­nyumbang utama kepada pembangunan insan yang membawa kepada pembangunan ekonomi. Ini bermakna karya-karya sufi Rumi sesuai dengan semua zaman, agama, manusia dan budaya. Sifat-sifat sejagat dalam puisi- puisi ini­lah yang boleh dijadikan renungan ketika manusia te­rus berpecah dan tidak dapat mewujudkan kesatuan dan merai­kan kepelbagaian ragam kepercayaan, ideologi dan budaya.

Saya suka melihat kehadiran puisi-puisi yang berusia lebih 800 tahun ini dalam media yang berbeza sebagai ke­lang­sungan yang wajar diteruskan. Apabila ia menjadi inti kepada sebuah media popular se­­per­ti filem, ini membantu men­cung­kil sifat-sifat luar biasa penyair kelahiran Afghanistan itu sebelum merentas abad ba­ha­ru 16 tahun lalu.

Terbaru, di negara kita Ins­ti­tut Terjemahan dan Buku Ma­lay­­sia (ITBM) mengambil lang­kah proaktif walaupun tidak po­pular apabila men­ter­je­mah dan menerbitkan puisi Mathna­wi tulisan Rumi dalam baha­sa Me­layu. Buku puisi enam jilid edisi terhad hasil ter­jemahan Profesor Dr. Sayid Ajmal Al Aidus itu sudah berada di pasaran. Ini merupakan ter­jemahan da­ri­pa­da bahasa asal iaitu Parsi ke bahasa Melayu yang pertama. Penerbitan bu­ku puisi ini tepat dengan matlamat kewujudan ITBM untuk memindahkan ilmu dalam bahasa asing ke bahasa Melayu dan dari bahasa Melayu ke bahasa asing.

Menerbitkan puisi Rumi da­lam bahasa Melayu adalah satu langkah yang baik walau­pun di negara ini minat terhadap bu­ku tidak seperti di Barat. Saya percaya buku puisi ini dapat mem­beri pelu­ang yang lebih luas kepada khalayak untuk men­dekati dan menyelami pe­mi­kiran penyair Islam yang ter­penting pada abad ke-13.

Serentak dengan itu juga ITBM menerbitkan album Mathnawi Rumi oleh kumpulan Kopratasa yang memetik bahagian-bahagian yang menarik dan mudah difahami da­ripada puisi Mathnawi ini. Dua anggota Kopratasa, Sani Sudin dan Usop memberikan hasil yang baik dalam penciptaan lagu mengiringi puisi ini, barangkali kerana memahami dan menyelami karya puisi ini.

Penghayatan

Pemikiran Rumi dalam puisi-puisinya sesuai dengan Islam, Kristian, Hindu dan Buddha. Rumi berhujah dan me­lontarkan rasa dari jiwanya tentang spiritual dan mistiknya kehidupan manusia yang sejagat ini. Tidak ada mesej yang jelas tetapi perlu dihadamkan secara berbeza-beza men­gi­kut tinggi atau rendah daya intelektual individu.

Hal-hal begini yang menarik perhatian Kopratasa untuk mengiringkan puisi Rumi dengan melodi seperti Hay Reiss mengiringkan visual bersama-sama puisi Rumi.

Kefahaman dan penghayatan yang tinggi Sani Sudin dan Usop memberikan tenaga melodi yang kuat kepada puisi Mathnawi. Rumi yang meninggal dunia pada 17 Disember 1273 ketika berusia 66 tahun meninggalkan sesuatu yang terus dimanfaatkan oleh generasi selepasnya. Merungkai kesan mistik dan menyusuri spiritual yang dituangkan dalam puisi-puisinya satu kembara yang unik.

Keunikan itu dilihat satu faktor yang memandu Kopratasa dalam menginterpretasi frasa kepada melodi. Nampaknya tujuh abad usia karya-karya tidak menghalang untuk terus menjadikan ia baharu dan segar dalam keinginan manusia mencari kesejagatan. Rumi memanfaatkan disiplin pe­mi­kiran metafizik terhadap kesusasteraan. Inilah yang mem­bawa puisi-puisi Rumi jauh ke depan meninggalkan zamannya. Kemudian didokong oleh tiga prinsip utama iaitu kemuliaan, toleransi dan meyakini keragaman.

Biarpun ada yang sangsi terhadap sumbangan kesu­sas­teraan dalam pembangunan manusia, karya-karya Rumi di tangan Kopratasa dan ITBM boleh dijadikan satu contoh baik bagaimana sastera dimanfaatkan. Ini bukanlah suatu yang pelik kerana sarjana Amerika yang terkenal dengan prejudis terhadap negara di luar Amerika memilih karya Rumi sebagai inti karya mereka.

Seperti diungkap Franklin D. Lewis dalam bukunya, Rumi; Past and Present, East and West, Rumi salah seorang tokoh Islam yang digemari Barat khususnya Amerika Syarikat hinggakan ikon budaya popular seperti penyanyi Madonna turut mengagumi dan menjadikan puisi Rumi sebagai inspirasi lagu-lagunya.

Ini membuktikan bahawa sumbangan karya-karya ke­su­sasteraan tidak sama dengan sumbangan kebendaan yang boleh dilihat dengan mata. Memetik kata-kata Cole­man Barks bekas profesor sastera Inggeris University of Georgia, puisi-puisi Rumi menyingkapkan kasih sa­yang dan ketuhanan yang sangat dalam.

Dia tentunya layak bercakap mengenai Rumi apabila mengusahakan penerbitan 12 edisi terjemahan puisi-pui­si Rumi. Antara yang cukup diingati ialah Open Secret dan Unseen Rain. Demikianlah Rumi yang kedalaman pe­mikirannya terus diterokai untuk dipetik mak­nanya.

utusan online 

 

27 Mar 2016

yang menjauh dan tenggelam



yang menjauh dan tenggelam

waktu tak akan berada lama
dalam genggam peristiwa dalam baris pengalaman
ia akan menjauh dan tenggelam
mengakhirkannya dengan suram dan warna-warna kecil
bayang-bayang akan berulang datang
menyambut keberangkatan atau kepergian
dalam tiada kita akan berulang-ulang
mencari tanda sebagai ukir kenangan
tapi bagaimana indahnya terpandang
segalanya sudah pergi dan usai

semua akan menjauh dan tenggelam
tapi itu bukan suatu hukum membunuh anganmu
kaukembali dengan dirimu
dengan segala yang masih berdenyut dan bergerak
pertama. kau harus menyakini dirimu
segalanya bisa kau perbuatkan
kedua kau harus menyakini jiwamu
bersungguh untuk mendapatkan
ketiga kau harus menyakini semangatmu
tak ada yang memustahilkan
dirimu segalanya
usah kau jauhkan keyakinan
kerana tiada siapa yang tahu dirimu
selain kau sendiri mengerti

kembali kau rebut lagi hari
waktu yang berulang dan menghilang
adalah kedewasaan dan kekuatan
menembus
kemustahilan




25 Mar 2016

garis-garis jauh



garis-garis jauh

sering kukatakan
bahawa pada waktu kauterus mendaki
usah menoleh lama ke belakang
tak kautemui apa-apa
selain sejarah yang semakin dipudarkan masa
segalanya bertukar
tak sebagaimana kauharapkan
jalan-jalan sempit dan lorong-lorong berdebu
jangan kauanggap semua itu keburukan
kerana jalan hadapan begitu tak pasti
terimalah dengan sabar dan  tenteramkan hatimu
menghirup apa yang berlaku

aku tak bisa kembali
menunjuk jalan atau menghulurkan tali
waktu terlalu tak memberi izin
aku selalu berdoa
kau bisa mendaki lebih tinggi
dan meredah liku panjang
usah menangis
nanti tak kautemukan arah
aku hanya ada dalam doa
semoga kalian bertabah


garis-garis  jauh
adalah harapan yang perlu direbut
berjalanlah untuk tiba di situ
untuk kauhirup
udara baru
dan senyum bermakna
meski aku tiada
tapi itu yang selalu kuharapkan
mendung dan hujan segar
melingkari kalian 
dalam bahagia
 





 
 


Nisya Khaleed ke Putrajaya


SELAMAT PAGI MALAYSIA’ : TEATER PATRIOTISME ‘NISYA KHALEED’

foto che murad

RTM, Angkasapuri, Kuala Lumpur, 23 Mac 2016 – Biro Tatanegara (BTN), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan kerjasama Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia (USM) akan menganjurkan pementasan semula Teater Patriotisme ‘Nisya Khaleed’ pada 27 Mac 2016 (Ahad) bertempat di Auditorium Blok B1, Kompleks JPM, Putrajaya. Menerusi temu bual ‘Selamat Pagi Malaysia’ di RTM1 pada jam 8.30 pagi tadi, YBhg. Datuk Haji Ibrahim Saad, Ketua Pengarah BTN berkata pementasan teater ini merupakan salah satu inisiatif baru penjenamaan semula BTN bagi menyampaikan mesej patriotisme secara meluas dengan pelbagai pendekatan yang lebih berkesan dan menarik minat ramai.

Di samping itu, ia dapat mewujudkan serta mengukuhkan jaringan hubungan dan kerjasama antara agensi-agensi strategik BTN yang bakal hadir pada pementasan tersebut.

Temu bual tersebut turut dihadiri oleh penulis dan juga pengarah teater ‘Nisya Khaleed’, Encik Ahmad Hashim atau nama penanya Senibayan serta pelakon wanita utama yang memegang watak Nisya Khaleed, Syahidatul Munirah Badrul Munir. Teater yang membawa mesej kekejaman dan sarat dengan isu kemanusiaan ini amat sesuai dipentaskan kepada khalayak supaya mereka dapat memahami erti dan makna jihad yang sebenar. Selain itu, ia juga sesuai untuk tatapan umum dalam usaha memberikan kefahaman tentang bahayanya kegiatan terrorisme.

btn



Nisya Khaleed di Putrajaya menampilkan beberapa penampilan istimewa  seperti Khalid Salleh, Sabri Yunus dan Azmeer.


Pastikan temujanji anda

8.30 malam
 27 Mac 2016 di Auditorium 
B1, Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Presint 1, 
 Putrajaya 
anjuran Dewan Budaya USM, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar 
dan Alumni (BHEPA) USM 
dengan kerjasama Biro Tatanegara 
dan Penang Opera

21 Mar 2016

luka nering (tree of sorrow)



Majlis Bicara Karya Tree of Sorrow: Calon Anugerah Sastera Antarabangsa Dublin 2016
Oleh NURDIANA MOHD NUR

Calon Anugerah Sastera Antarabangsa Dublin (ASAD) 2016, Malim Ghozali Pk.

Ketokohan dan kehebatan dalam bidang penulisan dan sastera telah menaikkan nama Malim Ghozali Pk apabila beliau menerima anugerah S.E.A. Write Award (Malaysia) pada tahun 2013 di Bangkok, Thailand. Penglibatan beliau dalam dunia penulisan sastera kian mendapat perhatian apabila dinobatkan sebagai Sasterawan Perak ke-3 pada tahun 2014 oleh Kerajaan Negeri. Dan, nama tokoh hebat ini semakin dikenali apabila beliau dicalonkan bagi Anugerah Sastera Antarabangsa Dublin (ASAD) 2016 menerusi karya terjemahannya Tree of Sorrow yang diterjemah daripadanovel Luka Nering terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sehubungan dengan itu, pada 10 Mac 2016 yang lalu, bertempat di Dewan Semarak, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM), telah diadakan Majlis Bicara Karya Tree of Sorrow: Calon Anugerah Sastera Antarabangsa Dublin (ASAD) 2016, karya Malim Ghozali Pk. Majlis ini merupakan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Universiti Malaya (UM) dan Akademi Pengajian Melayu (APM).

Majlis yang diadakan ini adalah untuk mempromosikan karya Malaysia yang dicalonkan ke ASAD 2016 yang menepati standard kesusasteraan peringkat dunia. ASAD 2016 ialah anugerah yang dianjurkan oleh Dublin City Council bagi novel yang ditulis dalam bahasa Inggeris atau novel yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Pada tahun 2016, anugerah ini memasuki tahun ke-21 penganjurannya.



Pengarah APM, UM, Prof. Dr. Mohamad Mokhtar Abu Hassan menyampaikan ucapan alu-aluan.



Tuan Haji Abang Patdeli Abang Muhi, Ketua Bahagian Promosi dan Pengiktirafan DBP ketika menyampaikan ucapan.

Majlis bicara karya ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah APM, UM, Prof. Dr. Mohamad Mokhtar Abu Hassan. Dalam ucapan, beliau berharap agar majlis ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak dan kerjasama yang terjalin antara DBP dan APM dapat diteruskan dalam program-program yang lain. Seterusnya, Tuan Haji Abang Patdeli Abang Muhi, Ketua Bahagian Promosi dan Pengiktirafan DBP yang mewakili Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, DBP turut menyampaikan ucapan.

Majlis bicara karya ini menampilkan Prof. Dr. Abdul Rahman Napiah atau dikenali sebagai Mana Sikana, sebagai pembicara, dan Prof. Dr. Mokhtar Abu Hassan selaku moderator.
Prof. Dr. Abdul Rahman Napiah atau dikenali sebagai Mana Sikana, sebagai pembicara dalam majlis tersebut.


Prof. Dr. Abdul Rahman Napiah atau dikenali sebagai Mana Sikana, sebagai pembicara dalam majlis tersebut.

Menurut Abdul Rahman Napiah, novel Tree of Sorrow, karya terjemahan daripada karya asalnya, Luka Nering merupakan novel Malim Ghozali Pk yang membawa gaya naratif yang kuat dan mempesonakan. Novel ini mengandungi unsur-unsur magis dan realisme, dapat membangkitkan emosi dan daya fikir khususnya dalam konteks persejarahan tanah air.

Beliau turut menegaskan bahawa terdapat nilai-nilai moral dalam karya ini. Antaranya ialah percintaan luar biasa – kesetiaan anak raja, nilai kekeluargaan (dalam istana), serta persahabatan antara raja dan kakitangan hospital.

Majlis ini diharapkan bukan sahaja dapat mempromosikan pengkarya dan novel terbitan DBP, malah dapat mengetengahkan karya yang bermutu kepada masyarakat umum sehingga ke peringkat antarabangsa. Seterusnya memberi semangat kepada pengkarya lain untuk terus memajukan diri dalam bidang penulisan dan kesusasteraan.

klikweb 


Luka Nering Persejarahan Baharu
Baharuddin Kahar
25 Januari 2015



NOVEL Luka Nering (DBP - 2014) karya Malim Ghozali PK, sejauh ini bolehlah diterima sebagai karya beliau yang terbaik, mantap dan paling menyerlah dibandingkan dengan novel-novelnya yang terdahulu. Pengaliran naratif sungguh memikat, segar dan mempesonakan. Tidak sedikit pun terkesan ia dibuat-buat, malah terasa cukup bertenaga dan bersahaja dengan bahasa yang murni dan cantik.

Luka Nering setebal 389 halaman ini dimulai dengan prolog dan diakhiri dengan epilog. Dalam prolog, Malim Ghozali telah membuka kunci terhadap persoalan yang harus dihadapi oleh pembaca — menyediakan pelbagai tapak tentang sikap dan perjuangan Tengku Cik yang dianggap wira yang agak rebellius terhadap Inggeris dan berdendam terhadap Perjanjian Pangkor (1874). Tengku Chik dilihat tidak mungkin akur terhadap kebejatan dan kelicikan Inggeris. Dia sayangkan bangsa dan negaranya. Meskipun diasuh di istana, dia lebih berjiwa rakyat. Lebih dekat kepada golongan marhaen ataupun rakyat biasa.

Membaca Luka Nering secara menyeluruh, dapat dilihat ia adalah sebuah novel yang merujuk, berpaksi dan berasaskan sejarah. Malim Ghozali PK dilihat memberikan penekanan yang dominan tentang persejarahan baru — sejarah tanah air ini perlu ditulis oleh sejarawan Melayu. Dengan itu barulah nada atau roh sejarah itu tidak berat sebelah atau dengan halus dapat dimanipulasi oleh sejarawan Inggeris. Dengan itu barulah dapat diangkat kebenaran tentang perkara yang telah berlaku. Kita tidak seharusnya terus-menerus menelan saja yang ditulis oleh sejarawan Inggeris. Dengan kata lain sejarah tanah air ini harus ditulis oleh sejarawan Melayu daripada kaca mata dan nurani tempatan.

Luka Nering ialah sebuah teks yang kuat dan mampu menggugah daya fikir serta emosi. Kita menjadi amat kesal tentang sesuatu yang berlaku selama ini, khususnya pada konteks persejarahannya. Kita menjadi amat terkilan tentang yang berlaku terhadap bangsa dan tanah air oleh keserakahan dan kelicikan penjajah, terutamanya Inggeris. Kita merasa cukup terluka apabila institusi raja yang menjadi lambang kedaulatan Melayu, agama dan jati diri diperkotak-katik oleh Inggeris dan sekali gus membenam maruah bangsa kita ke lumpur kedaifan.

Dalam pada itu, kita tentu tertanya-tanya mengapa Malim Ghozali memberikan tajuk novelnya ini Luka Nering. Sedikit sebanyak ini tentu akan mengajak atau memancing kita untuk mengenal tanda dan lambang sebagai latar belakang falsafah atau premis falsafah yang tersirat. Nering ialah sebatang pohon yang biasanya besar dan agam, mampu melawan ribut. Jika ditiup angin yang sedikit kencang ia akan melahirkan melodi yang pasrah alam dengan segala macam keharmoniannya. Ia gagah dan rimbun, tempat berteduh daripada hujan dan panas — “Kalau hujan, kita berteduh di bawahnya, kita tak basah.” Begitu kata Haji Pohon Nering, seorang pelaku yang agak penting dalam novel ini.

Pokok nering itu sebenarnya ialah lambang, kalau tidak pun ikon kepada Melayu dan institusi raja. Jadi jika pohon nering itu luka bererti orang Melayu yang luka. Institusi raja yang menjadi lambang kedaulatan bangsa, agama, maruah dan jati diri itulah yang luka. Memang kedaulatan Melayu dan institusi raja telah terluka berulang kali sepanjang sejarah dan tamadunnya.

Novel ini adalah sebuah manifestasi perjuangan dan persejarahan baharu yang diadun dengan cukup berseni dan segar oleh pengarangnya. Ia adalah satu bentuk manifestasi perjuangan mempertahankan hak, kedaulatan dan kebenaran yang telah diwarisi sejak dulu. Ini mungkin sekadar satu titik paling minimum dalam kerangka perjuangan pejuang sepanjang sejarah perjuangan umat manusia. Tetapi ia masih tetap satu manifestasi yang tergolong dalam kategori itu. Biasanya golongan ini, tokoh yang jujur, ikhlas dan benar selalunya kalah dan dikucilkan.

Sebagai manifestasi perjuangan dan persejarahan baharu, Malim Ghozali membina pengkisahan karyanya di sekitar watak lingkaran Tengku Chik. Dalamnya berbaur kisah-kisah yang menyangkut soal konflik antara kebejatan dan kekuasaan Inggeris dan pengaruhnya- diwakili (Osborne) dengan kedaulatan bangsa dan tanah air, khususnya orang Melayu diwakili oleh Tengku Cik. Terdapat juga soal percintaan yang menempuh dugaan dan cabaran, soal pengkhianatan serta konspirasi dalam perebutan jalur takhta di istana.

Sebagai sebuah karya moden, urutan struktur naratif novel ini tidak dibina mengikut kronologi, malah imbas kembali tidak menentu dan timbal balik sehingga kelihatan agak segmental atau episod yang terkerat-kerat. Tetapi ini bukanlah kelemahan malah kekuatannya, sesuai dengan alir fikiran watak sentralnya Tengku Chik. Malim Ghozali dilihat memilih cara itu bukan sahaja untuk memberikan kepadatan tentang idea dan mesejnya, tapi turut disesuaikan dengan gerak fikir dan arus kesedaran Tengku Chik.

Terdapat beberapa elemen sastera yang cukup menarik yang perlu juga disentuh sebagai ciri istimewa yang turut memantapkan novel ini. Malim Ghozali dalam beberapa hal dilihat cuba mewujudkan elemen foreshadowing yang berfungsi kuat dan menarik. Sebagai contoh, tentang kematian Haji Pohon Nering kerana diserang Naning. Malim Ghozali telah menyentuhnya atau memberikan bayangannya yang agak banyak.

Satu hal lagi yang dilihat sangat menarik ialah timbulnya kemungkinan lain yang bergerak pada arus bawah sedar. Terasa Malim Ghozali begitu mahir dan cuba menggabungkan alam bawah sedar dan realiti tanpa sempadan.

Kemudian pada penghujung bab ke 21 sebelum epilog, kita dikejutkan oleh kedatangan seorang lelaki Cina bernama Ah Siong, iaitu anak kepada Ah Kiong yang pernah dicederakan oleh Tengku Chik di rumah rehat pada hari DO Osborne terbunuh. Lelaki Cina itu menembak Tengku Chik dengan cuma menggunakan jarinya sama seperti permainan tembak-tembak oleh kanak-kanak. Apakah mungkin sebenarnya Tengku Chik telah hanyut oleh tekanan dan pil-pil yang diambilnya selama bertahun-tahun itu yang telah mula menunjukkan kesannya. Apakah mungkin (dengan segala klu) yang disisipkan Malim, sebenarnya Tengku Chik pada bab 21 itu telah terbenam dalam dunia bawah sedarnya? Dia sesungguhnya tidak ke mana-mana, ada di dalam wadnya. Dan jika ini benar, bererti epilog dan harapan yang membuai pada epilog itu juga sebagai kemungkinan ilusinya juga, kerana dengan pil-pil yang ditelannya selama bertahun-tahun telah menjadikan dia seorang ilusionis yang parah.

Sebagai kesimpulannya, Luka Nering adalah sebuah karya yang kuat. Gaya naratif Malim Ghozali PK sangat memukau dan mempesonakan. Elemen-elemen atau ciri-ciri sasteranya menarik dan meyakinkan. Jika kemungkinan-kemungkinan pada bab-bab penghujung novel ini diambil kira, Malim Ghozali telah mula menuju ke arah gaya penulisan pascamoden yang lebih mencabar.

utusan online




Sastera Pentas Terbaik Untuk Melontarkan Hujah

MOHAMED Ghozali bin Abdul Rashid atau Malim Ghozali PK telah terpilih sebagai penerima S.E.A. Write Award tahun 2013. Klik Web telah mewawancara beliau untuk mendapat sedikit pandangan beliau tentang diri, pengalaman berkarya dan pandangan beliau terhadap kesusasteraan secara umum.


Malim Ghozali PK

Tahniah kerana dipilih sebagai penerima SEA Write Award. Apakah perasaan apabila diumumkan sebagai penerima?

Sudah tentu saya bersyukur dan gembira. Sayang, orang-orang yang memerhatikan perkembangan saya sebagai penulis — terutama ibu dan ibu saudara saya sudah lama menyahut panggilan Ilahi.

Tidakkah saudara rasa lambat berbanding dengan sesetengah penulis yang menerimanya pada usia yang jauh lebih muda?

Itu tidak menjadi isu kepada saya. Bila dan bagaimana itu semua ketentuan daripada-Nya. Lagi pun saya menganggap diri saya sebagai pengarang “keluar masuk” — karya (sajak) mula terbit pada tahun 1968, kemudian berhenti menulis pada tahun 1970. Menulis semula tahun 1985, kemudian berhenti pula pada 1990. Selepas itu tidak menulis selama enam belas tahun, sehinggalah terjun semula pada 2006. Apa pun, semasa saya “hilang” selama 16 tahun (1990 – 2006), saya berjaya menghasilkan buku kajian al-Quran. Cuma, saya meninggalkan bidang penulisan kreatif buat sementara waktu, mengalihkan tumpuan kepada bidang penyelidikan. Jadi, jumlah tahun sebenar saya berkarya dalam genre puisi, cerpen dan novel hanyalah empat belas tahun. Namun demikian, saya gembira kerana hasil karya saya masih relevan.

Saudara bertugas sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik dengan beberapa jawatan penting selama 21 tahun. Bagaimana saudara dapat membahagi-bahagikan masa?

Kadang-kadang peristiwa dan fenomena yang berlaku di sekeliling kita, tidak perlu dirakamkan secara spontan. Barangkali, kita akan menyimpannya dalam kotak fikir. Apabila kita rekodkan secara begitu, jarang ia kehilangan. Sampai suatu ketika, kita boleh menuliskannya semula pada kertas.

Sebagai contohnya, saya bertugas sebagai Penolong Pegawai Daerah 1 Daerah Kecil Slim River pada tahun 1974-1976. Tetapi semasa saya bertugas sebagai Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri Perak Darul Ridzuan pada tahun 1983-1984, barulah saya menghasilkan cerpen “Tuan DO”. Cerpen tersebut tersiar dalam Dewan Sastera pada tahun 1985.

Berdasarkan pengalaman berburu pada tahun 1975 di daerah yang sama, saya turut menghasilkan cerpen “Langit Tidak Berbintang di Ulu Slim” pada tahun 2012, iaitu 37 tahun selepas perburuan itu berlaku. Saya beruntung kerana mempunyai daya ingatan yang kuat.

Apakah matlamat saudara menggauli dunia penulisan sastera?

Pertama, berkongsi pengalaman. Tidak mungkin pengalaman seseorang itu serupa. Jadi saya membaca autobiografi dan biografi orang untuk melihat liku-liku hidup mereka. Kita boleh juga menyampaikan falsafah, taakulan dan pemikiran secara halus dan berhemah dalam karya.

Kedua, tidak mungkin kita menjadi penulis tanpa pada masa yang sama menjadi seorang pembaca. Ada simbiosis antara membaca dengan menulis. Jadi, dunia sastera memberi kita peluang untuk memperluaskan pembacaan. Lebih banyak kita membaca, lebih banyak maklumat yang kita kutip.

Saudara bukan sekadar memperjuangkan keagungan bangsa Melayu, malah menelusur falsafah dan pemikiran tinggi bangsa Melayu yang sebati dengan Islam.

Bangsa Melayu mempunyai koridor sejarah yang panjang — lebih kurang 1,500 tahun, yang bermula di Sungai Melayu, di Tanah Andalas. Tasawur bangsa Melayu atau pandangan hidupnya meliputi seluruh aspek kehidupan. Daripada cara hidup bermasyarakat hinggalah kepada sains dan ilmu pelayaran terkumpul dalam kompendium bangsa Melayu.

Orang Melayu telah faham tentang thermo dynamics dan bouyancy sejak lama. Lalu mereka membina kapal-kapal yang mampu belayar jauh hingga membuka tanah-tanah baharu seperti Republik Malagasy, yang sekarang dikenali sebagai Madagascar. Jadi, ada banyak pelajaran yang dapat dijadikan subjek penulisan. Bukankah salah satu tujuan berkarya itu menghayati pencapaian dan mengharumkan nama bangsa?

Saudara dikatakan sering memberontak dalam karya. Komen?

Memberi pandangan alternatif tidak boleh disamakan dengan memberontak. Karya merupakan sudut pandangan si pengarangnya. Pengarang memberikan falsafah dan sudut pandangannya dengan memberikan hujah dan rasional. Sekiranya sesebuah karya itu ditulis tanpa hujah bagi mewaraskan apa-apa yang ingin disampaikan, itu barangkali boleh dianggap sebagai karya yang memberontak, yakni menyampaikan pandangan secara melulu. Karya-karya saya mempunyai hujah untuk mewaraskan setiap sudut pandangan.

Hasil karya saudara secara relatif sedikit berbanding dengan usia; tiga buah novel, dua kumpulan cerpen dan tiga kumpulan puisi, padahal itu kekuatan saudara.

Seperti yang saya sebutkan awal tadi, dari segi bilangan tahun saya bekarya, hanyalah empat belas tahun. Sepanjang tempoh tersebut saya menghasilkan tiga buah novel, (yang keempat, Luka Nering, sedang dalam penerbitan), tiga buah kumpulan puisi (yang terbaru, Sajak-sajakku Tak Pernah Tahu, baru saja terbit), tiga buah kumpulan cerpen (kumpulan yang ketiga, Langit Tidak Berbintang di Ulu Slim sedang dalam penerbitan DBP), sebuah buku kajian al-Quran (Kebenaran Mutlak Memahami Kesempurnaan (KMMK)) dan tiga buah buku mewah, Kampung-kampung Tersohor di Sepanjang Sungai Perak, Mendayung ke Muara Cabaran-cabaran Mutakhir dan Mendatang dan Hotel Syariah De Palma: Konsep dan Pelaksanaan. Sekiranya bilangan buku-buku ini, empat belas buah kesemuanya, dibahagikan dengan jumlah tahun menulis sebenar, kesannya saya telah menghasilkan sebuah buku setahun. Namun, saya tidak pernah menyorotnya sedemikian. Lagipun, untuk mengkaji dan menghasilkan buku kajian al-Quran (KMMK), memakan masa yang sangat panjang.

Akhir-akhir ini saudara mendekati Islam, terutamanya mengkaji al-Quran. Apakah yang mendorong saudara berbuat demikian?

Saya mula mengkaji al-Quran secara serius mulai 1990. Apa sahaja yang difahami tentang sains, fizik dan matematik sudah diperjelaskan oleh al-Quran. Prinsip-prinsip tegar dalam fizik seperti E=mC dan Prinsip Heisenberg misalnya, boleh kita pelajari lewat surah an-Nur dan surah al-Fath. Saya berpeluang memperjelaskannya menerusi televisyen, ceramah di kolej, universiti, surau dan masjid, sama ada di dalam mahupun di luar negara, termasuk di Amerika, Perancis dan Bulgaria.

Kita boleh belajar di mana-mana sahaja tetapi pada analisis terakhir kita harus merujuk semula kepada al-Quran. Di situlah tersimpannya kemuncak segala ilmu. Insya-Allah dalam masa terdekat, saya akan menerbitkan kajian biologi menggunakan al-Quran sebagai sumber, khususnya dalam kejadian manusia, iaitu J12 – Matematik dalam Kejadian Manusia.

Di samping itu saya sebenarnya sudah meniupkan semangat dan dakwah Islamiah dalam novel-novel saya, tetapi bukanlah dengan cara didaktik. Sorotilah dengan teliti Redang, Janji Paramaribo dan Daun. Saudara akan bertemu apa yang saya maksudkan. Hal yang sama juga akan saudara temui nanti dalam Luka Nering.

Saudara menyatakan bahawa saudara sering “keluar masuk” dalam dunia penulisan. Mengapakah hal ini berlaku?

Dari satu sudut, “keluar masuk” saya lebih bermaksud kepada dari bidang ke bidang. Buat satu ketika saya berada dalam bidang sastera, kemudian keluar dan masuk pula ke dalam bidang penyelidikan, kemudian kembali pula ke dalam bidang sastera.

Ada juga ketikanya, antara 1970 dengan 1984, saya lebih menumpukan terhadap kerjaya saya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Cuma dalam tempoh tersebut adalah juga sekali-sekala menulis puisi. Kenapa hal ini berlaku? Entahlah, saya pun tak tahu. Saya percaya tidak semua hal yang berlaku di sekitar kendiri memerlukan jawapan. Betul tak?

Pandangan saudara tentang perkembangan sastera hari ini. Adakah sastera Melayu masih relevan kerana kemodenan tidak memerlukan sastera untuk terus berkembang.

Benar, kemodenan tidak memerlukan sastera untuk terus berkembang. Namun, sastera adalah pentas terbaik untuk berfikir dan melontarkan hujah. Kita juga belajar menulis dan berbahasa dengan baik. Apa gunanya teori-teori sains dan fizik yang tinggi-tinggi kalau semuanya disampaikan dengan bahasa yang tunggang-langgang?

 “Karya-karya saya mempunyai hujah untuk mewaraskan setiap sudut pandangan.”

Saudara menguasai bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dalam konteks persuratan. Adakah kedua-dua bahasa ini perlu bersaing atau lengkap-melengkapi?

Saya belajar di sekolah Melayu sehingga darjah lima sebelum memasuki sekolah Inggeris (Special Malay Class I) pada tahun 1959. Barangkali, kerana saya berkenalan dengan bahasa Inggeris agak awal, itulah yang menyebabkan saya boleh menguasai bahasa itu dengan baik.

Bahasa hanyalah medium untuk menyampaikan pemikiran dan sudut pandangan. Saya lebih beranggapan kedua-dua bahasa tersebut boleh berjalan seiring. Cuma, jika saya menulis dalam bahasa Inggeris, saya langsung berfikir dalam bahasa itu. Kalau saya berfikir dalam bahasa Melayu dan menulis dalam bahasa Inggeris, ada sedikit gangguan, kerana ada unsur terjemahan dalam kepala, sebelum menurunkannya dalam bentuk tulisan. Jadi, penulisan boleh menjadi kurang lancar.

Pandangan saudara apabila golongan penulis mendepani perjuangan kepartian politik?

Itu bukan sastera, tapi manifesto parti. Seni adalah kehalusan – sama ada bahasa atau pun pemikiran dan falsafah yang ingin disampaikan. Kita menyampaikan cerita, dan dalam cerita itu, saringlah ilmunya. Kita juga belajar daripada alam dengan cara halus.

Kita melihat pohon-pohon dan rerumput meliang-liuk ditiup angin. Kita belajar bahasa alam daripada situ. Kita proses maklumat untuk mencari ilmu yang tersembunyi. Dan, julat antara ilmu dengan maklumat itulah yang kita namakan sebagai intelek.

Apakah harapan saudara terhadap kesusasteraan Melayu dan bahasa Melayu?

Sebagai bahasa besar yang difahami dan diguna pakai oleh lebih 300 juta orang pengguna, sudah tentu kita mengharapkan pencapaian yang lebih baik di peringkat dunia. Belum ada karya dari rantau ini yang memenangi Hadiah Pulitzer atau pun Hadiah Nobel dalam bidang sastera. Karya-karya kita harus diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa besar dunia lain seperti bahasa Inggeris, Sepanyol dan Mandarin supaya dikenali oleh masyarakat dunia. Pihak-pihak yang dipertanggungjawabkan untuk menangani bidang ini harus melakukannya dengan lebih bersungguh-sungguh.

klikweb

merawat pokok


Periksa, rawat pokok untuk terus hidup

Oleh RIZAM ZAKARIYA
Foto SURIYA BONMA


AHMAD AINUDDIN (kanan) dan Nik Ikmal melakukan kerja-kerja pengumpulan data tahap aliran air pada batang pokok menggunakan peralatan thermal dissipation probe.

KETIKA memulakan kerjaya sebagai seorang jururunding landskap pada tahun 2000, Fariza Firdaus Mohd. Salleh, 38, hanya melakukan tugas-tugas yang diamanahkan kepadanya.

Graduan Sarjana Seni Bina Landskap, Universiti Putra Malaysia (UPM) itu banyak terlibat dalam projek pembinaan dan mengindahkan landskap.

Begitupun, dia tidak pernah mempunyai perasaan sentimental terhadap pokok walaupun sebahagian besar tugasnya berkaitan dengan tumbuhan itu.

“Sepanjang 10 tahun pertama bergelar jururunding landskap, saya kerap mendengar istilah arborist atau doktor pokok tetapi saya tidak tahu apa maksudnya. Bagi saya, pokok adalah pokok dan jika rosak, tebang sahaja pokok berkenaan serta tidak perlu dirawat seperti manusia.

“Gelaran doktor pokok itu sendiri sebenarnya kedengaran agak lucu. Saya tidak pernah terfikir untuk menjadi doktor pokok kerana kerjaya saya hanyalah sebagai perancang landskap, bukan memeriksa tahap kesihatan pokok,” katanya.

Fariza Firdaus menjelaskan, lama-kelamaan, dia mula menyedari bahawa tugas sebagai jururunding landskap tidak hanya terhad kepada merancang pembinaan landskap tetapi turut memerlukan kemahiran tambahan terutamanya pengetahuan berkaitan pokok.

“Sejak itu, saya terfikir untuk menjadi arborist bagi meningkatkan pengetahuan terhadap pokok. Pada 2012, saya ambil keputusan untuk menghadiri bengkel dan menduduki ujian yang dikendalikan oleh Persatuan Arborist Malaysia (PArM).

“Akhirnya, saya berjaya menjadi seorang arborist yang bertauliah dan ia sangat membantu dalam melebarkan kerjaya saya,” katanya.

Pengiktirafan itu diperakui oleh Persatuan Arborikultur Antarabangsa (ISA) yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Arborist sebenarnya berasal daripada perkataan Latin iaitu Arbor yang bermaksud pokok.

Di negara ini, arborist mula dikenali selepas Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dengan kerjasama UPM mengendalikan satu bengkel berkaitan kerjaya itu selain turut menawarkan ujian yang dipantau oleh ISA pada 2005.

Kumpulan pertama


PICUS tomograph berteknologi sonar ini digunakan untuk mengesan ketumpatan batang pokok.

Kumpulan pertama arborist bertauliah di negara ini kemudiannya menubuhkan PArM. Ia bagi mengumpulkan kesemua arborist dalam satu komuniti untuk bertukar pendapat dan meningkatkan kemahiran masing-masing.

PArM yang berdaftar sebagai sebuah persatuan di bawah ISA telah mengambil inisiatif untuk meneruskan program yang dilakukan oleh FRIM dan UPM dengan mengendalikan kursus persediaan serta ujian bagi melahirkan lebih ramai arborist di negara ini.

Mengulas lanjut mengenai kerjaya arborist, Presiden PArM, Prof. Dr. Ahmad Ainuddin Nuruddin memberitahu, khidmat arborist sangat diperlukan di negara ini dalam beberapa tugas iaitu bagi tujuan penanaman pokok, pangkasan, penebangan, pemindahan, penilaian risiko pokok, penilaian ekonomi dan perancangan hutan bandar.

Menurut beliau, arborist turut bertanggungjawab untuk memberi cadangan dan pandangan terhadap pihak-pihak tertentu berkaitan pokok. Ia melibatkan semua peringkat bermula daripada pemilihan benih, lokasi untuk ditanam, pemeliharaan dan pemuliharaan termasuk kaedah untuk menebang pokok.

Peralatan khusus


Kejadian pokok tumbang boleh dielakkan sekiranya tahap kesihatan pokok diperiksa lebih awal. – Gambar hiasan

Kebanyakan pelanggan lebih kerap menggunakan khidmat arborist bagi tujuan pemulihan iaitu mengesan tahap kesuburan dan kesihatan pokok.

Bagi melaksanakan tugas itu, terdapat beberapa peralatan khusus yang akan digunakan seperti klinometer, pita pengukur, tukul, pemutar skru, pisau dan picus tomograph.

“Klinometer merupakan satu alat yang menyerupai teropong elektronik yang digunakan untuk mengukur ketinggian sebatang pokok manakala picus tomograph pula digunakan sebagai pengimbas batang pokok bagi mengesan tahap ketumpatannya.

“Tukul pula untuk mengesan kewujudan sebarang lompong pada teras pokok. Pemutar skru atau pisau digunakan untuk mengesan kesan luka pada batang atau kulit,” katanya.

Jelasnya lagi, jika pokok yang diperiksa itu mengalami kerosakan sama ada pada batang teras atau dahan, arborist akan memberi cadangan supaya bahagian yang rosak itu dipotong bagi mengelak ia berisiko kepada orang ramai atau harta benda.

Sekiranya kerosakan yang dialami itu kecil, hanya kerja-kerja pemuliharaan dilakukan bagi membolehkan pokok tersebut kekal hidup dan menjadi sebahagian daripada landskap di kawasan berkenaan.

“Pokok tidak boleh ditebang atau dipotong sesuka hati kerana ia boleh menyebabkannya menjadi stres, sekali gus merencatkan pertumbuhan.

“Sebab itulah khidmat arborist sangat diperlukan dalam memastikan pokok boleh hidup dengan baik walaupun telah mengalami kerosakan,” tambahnya.

Bercakap mengenai pokok hiasan yang terdapat di tepi jalan dan di taman-taman pula, Setiausaha PArM, Nik Ikmal Fathi Husain memberitahu, kebanyakannya merupakan pokok bernilai tinggi terutama pokok yang ditanam pada zaman British.

“Pokok seperti angsana dan hujan-hujan yang masih hidup kini mungkin sudah berusia lebih 100 tahun. Ia bernilai tinggi walaupun pada asalnya ditanam untuk tujuan pokok teduhan.

“Pokok itu masih boleh dilihat di beberapa kawasan terutamanya di Taman Tasik Taiping di Perak, Klebang (Melaka) dan di George Town (Pulau Pinang).

“Disebabkan itu, khidmat arborist sangat diperlukan bagi tujuan pemuliharaan dan pemeliharaan agar pokok tersebut kekal hidup dan tidak mendatangkan risiko kepada orang ramai,” katanya.

Tambahnya lagi, semua pihak berkuasa tempatan (PBT) mempunyai perancangan tersendiri untuk memelihara dan memulihara pokok-pokok di bawah seliaan mereka.

“Kebanyakan PBT memiliki arborist mereka sendiri dan ada juga yang menggunakan khidmat arborist bertauliah dari luar negara bagi melakukan kerja-kerja itu.

“Secara tidak langsung, perkembangan itu telah mengiktiraf kerjaya arborist sebagai sesuatu yang sangat penting dalam bidang landskap,” katanya.

Nik Ikmal menjelaskan, kesedaran yang tinggi dalam kalangan anggota masyarakat terhadap pemuliharaan dan pemeliharaan pokok-pokok turut mendorong pelbagai pihak untuk menggunakan khidmat arborist.

Katanya, antara pihak tersebut ialah pemaju-pemaju perumahan dan komersial yang kini cenderung untuk mewujudkan kawasan hutan bandar.

kosmo

lukisan kristal


Seni lukisan kristal Rosli Mohalim


SENI kaligrafi Islam atau tulisan khat sangat unik dan mempunyai pelbagai jenis seperti kufi, nasakh, farisi, thuluth serta diwani.

Tambah menarik apabila seni kaligrafi itu mempunyai pengubahsuaian atau elemen kemodenan yang mampu mencuri perhatian orang ramai.

Pemain gitar kumpulan tersohor Sweet Charity, Rosli Mohalim, 61, menggunakan seni kaligrafi itu untuk menghasilkan seni kristal.

Tidak semua kaligrafi sesuai untuk menggunakan seni kristal dan anak kelahiran Singapura itu lebih cenderung memilih khat kufi.

“Khat kufi lebih senang berbanding khat yang lain kerana strukturnya bercorak simetri dan mudah untuk menghiasi kristal-kristal itu,” katanya ketika ditemui Kosmo! di lobi bangunan Utusan Melayu, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambahnya, terdapat beberapa cara untuk menghasilkan seni kristal itu. Pada peringkat awal, Rosli akan mencetak terlebih dahulu khat-khat kufi yang dikehendakinya.

Kemudian, Rosli akan menghiasi khat itu dengan batu-batu kristal yang diimport dari Korea Selatan, China dan Taiwan yang terdiri daripada pelbagai warna.

Rosli yang merupakan bekas mahasiswa dalam jurusan seni halus menghiasi khat itu dengan teliti di samping menggunakan gam yang kuat supaya batu-batuan kristal tersebut tidak tercicir.

“Jika mempunyai tempahan untuk menggunakan batu kristal Swarovski, saya boleh melakukannya. Setakat ini, saya hanya menggunakan batu kristal biasa,” ulasnya.

Mendapat idea


Rosli selaku pemain gitar kumpulan Sweet Charity menceburkan diri dalam seni kristal sejak empat tahun lalu.

Rosli menceritakan, dia amat meminati perhiasan pada pakaian sejak dahulu lagi, sekali gus mendapat idea untuk menggunakan kristal dalam karya seninya.

“Saya mula menceburkan diri dalam penghasilan seni kristal kira-kira empat tahun lalu. Ia bermula sekadar hobi sebelum bertukar menjadi minat,” jelasnya.

Rosli turut menjelaskan, pemilihan khat kufi sebagai fokus utama adalah kerana ia dilihat sebagai trend masa kini di samping ingin menerapkan minat orang ramai terhadap kaligrafi Islam.

“Secara tidak langsung, saya dapat menghidupkan kembali warisan Islam menerusi seni kristal ini,” tuturnya.

Mengulas mengenai proses penghasilan seni kristal pula, Rosli memberitahu, ia bergantung kepada saiz dan penggunaan batu.

“Sebelum ini, saya bukan sahaja menjual seni kaligrafi tetapi terdapat juga potret yang berharga RM15,000. Bagi kaligrafi pula, ia dijual dalam lingkungan harga bermula RM2,000 ke atas.

“Bagi lukisan yang kecil, saya mengambil masa selama beberapa jam sehingga beberapa hari. Jika lukisan besar seperti potret, ia mungkin mengambil masa beberapa minggu untuk disiapkan,” katanya.

Rosli juga berhasrat untuk menghasilkan potret-potret pemimpin terdahulu hingga kini dalam bentuk seni kristal dan perkara itu masih dalam perancangan.

kosmo

12 Mar 2016

Segmen Bloglist Kataubaid.com Mac 2016



Blog Kataubaid.com sedang mencari 5 blog untuk di senaraikan dalam Bloglist Mac dan April 2016 . Untuk menyertai segmen bloglist kataubaid.com , boleh ikut cara-caranya seperti di bawah :

1. Follow Blog kataubaid.com
2. Like page -- > kataubaid .
3. Copy Coding di bawah ini dan pastekan di blog anda dan publish.
4. Pastekan Url entri anda di ruangan komen .
5. Selesai.

5 blog akan di pilih untuk menjadi bloglist kataubaid.com untuk bulan Mac dan April 2016 . Tarikh penyertaan bermula dari 10 Mac -12 Mac 2016 sahaja . Semoga dengan adanya blog korang dalam bloglist kataubaid.com dapat membantu menambah traffic blog anda setiap hari .

Jemput join ya !

sekian.

perlahan berangkat



perlahan berangkat

izin aku perlahan berangkat
dari permaidani hatimu
dari jalur tatapmu
bukanlah untuk pergi dan melupakan
tapi memberimu waktu menerima
setiap jalan yang dilalui
akan ada penghabisan
dan setiap gelap yang melingkari
akan bermula lagi cahaya baru

sesakit manapun perpisahan
akan lebih mendukakan
semuanya terpisah dan hilang
khabar dan ingatan
terhenti pada sudut yang sepi
tapi sekiranya antara gilir masa
masih ada kenang dan bayang
tandanya hanya jarak merenggangkan
tapi hati masih saja menyapa
dalam deru lembut pawana

marilah berdoa
tuhan temukan kita
iktibar dan pedoman
bagaimana menyunting  bunga ikhlas
menyarungkannya 
di sanggul hidup
di telapak jiwa


6 Mar 2016

terima kasih cikgu




Keputusan SPM 2015 ini adalah keputusan salah seorang pelajar kelas saya. Saya adalah guru Sains dan guru kelas pelajar tersebut; kelas tingkatan 5 yang paling belakang.

Pelajar ini merupakan pelajar yang lembam dalam pembelajaran. "Blur" apabila guru bertanya sesuatu, suka sengih setiap masa, menjadi bahan buli dan bahan jenaka kawan-kawan, suka berbuat apa sahaja yang diarahkan oleh kawan-kawannya walaupun perbuatan tersebut memalukan.

Saya suka bersembang dengan dia. Dia banyak diam sambil tersengih tanpa menjawab sepatah pun soalan saya. Di sudut hati saya, dia hanya perlu perhatian, bukan perlu belajar untuk habiskan silibus.

Saya jarang mengajar apabila masuk ke kelas ini. Saya akan ajar tajuk berkaitan selama 10 minit, buat 1 atau 2 soalan contoh, kemudian bersembang dengan mereka.

Saya tahu dan saya yakin, bicara dan perhatian guru lebih bernilai di mata pelajar-pelajar sebegini berbanding menengking mereka dan memaksa mereka menyiapkan kerja sekolah.

Ibubapa pelajar ini hanya hadir ke sekolah setahun sekali. Datang awal pagi, beratur panjang semata-mata untuk menuntut bantuan persekolahan RM100.

Mesyuarat PIBG tak pernah hadir. Perjumpaan Jaya Waris di mana guru bertemu waris untuk berkongsi perkembangan anak mereka di kelas, juga tidak pernah hadir.

Pelajar seperti ini hanya mahukan kasih sayang, perhatian dan rasa dipunyai oleh ibubapa.

Jika kita sebagai guru tidak dapat mengisi kekosongan tersebut di dalam hati mereka, maka sekolah akan menjadi neraka kedua selepas rumah mereka.

Peperiksaan sebenarnya bukan menilai tahap pemahaman pelajar, tetapi menilai tahap ketulusan seorang guru dalam mendidik mereka.

Setelah saya melihat keputusan pelajar ini, terdetik memori silam sewaktu saya menjadi pelajar yang sangat meminati Sains dan Biologi dahulu:

"Kita meminati sesuatu subjek kerana guru subjek tersebut."

Terima kasih anak-anak muridku kerana "mengajar" ku selama ini untuk menjadi seorang guru dan ayah yang baik.





fb cikgu izzat

menerima kepayahan




menerima kepayahan

telah kukatakan berkali
dan kubisikkan baris pesan
suatu detik kita perlu menerima
segala yang payah dan sulit
menjadi bahagian dari surut dan pergi waktu
yang akan berada di tengah cerah warna
menunggumu di sudut kecil lorong hayat
terimalah segala itu
kerana di dalam segenap sukar dan kasar hidup
tertanam keindahan 

usah ragui
akan bagaimana kauhadapi semua itu
kerana jiwa dan batinmu
tertulis kegagahan dan keperkasaan
melawan badai dan nafas kepayahan
ajarkanlah jantung dan darahmu
jemari dan tubuhmu
menerima segenap yang datang
dengan kepercayaan dan keyakinan sendiri
semangatmu segalanya
melawan gelap dan redup kesukaran

tak pernah ada jalan mudah
dan segala penuh warna bukan abadi
begitulah kesakitan
bukan selamanya bertamu
kauharus berani menepis
sakit dan sedih
gelisah dan gundah
dengan segala dirimu

terimalah kepayahan
yakinilah
di segenap rantingya
pasti bertunas bahagia




malam puisi damai



Firdaus Abdullah


SN Datuk Dr Zurinah Hassan


Ahmad Sarju

Malam Puisi Damai 26 Februari Ini
24 Feb 2016
Oleh: Shaiful Nizam

KUALA LUMPUR: Malam Puisi Damai yang bertemakan “Memperkasa Kepimpinan, Memartabatkan Bangsa” bagi melahirkan rasa hati, sokongan dan dokongan sasterawan dan seniman terhadap pemimpin negara akan berlangsung pada 26 Februari ini bermula jam 8.00 malam di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam.

Malam puisi tersebut bakal dimeriahkan dengan deklamasi puisi oleh Sasterawan Negara yang baharu, Datuk Dr Zurinah Hasan; mantan senator, Datuk Dr Firdaus Abdullah; Pengerusi Tetap Persatuan Penulis Nasional (PENA), Dr Ibrahim Ghafar, Yang Di Pertua Persatuan Penulis dan Kebajikan Negeri Selangor (KEMUDI), Abu Hassan Ashari Abas; Timbalan Yang Di Pertua Majlis Kebudayaan Selangor, Zainal Mohd Jais; Tokoh Pemimpin Siswa 2013, Ju Ariana Ibrahim dan mantan Presiden Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan, Muhammad Anas Misbahudin. Turut menyerikan lagi acara ialah persembahan nyanyian daripada Daqmie, Sheqal, Kopratasa dan Fazleena & The Lasykar.

Program sempena Karnival Karangkraf 2016 anjuran Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dan Kumpulan Karangkraf dengan kerjasama MySuara TV turut disiarkan secara langsung di rangkaian MySuara TV dan MySuara FM.



mysuara