MELIHAT DENU DARI DEKAT

9 Aug 2025

MELIHAT DENU DARI DEKAT


 


MELIHAT DENU DARI DEKAT

Denu [dːə.nu] di sana memulakan tayangannya pada 21 Ogos 2025 di pawagam pilihan seluruh negara.

Tiba ketikanya untuk kita melihat Denu dari dekat untuk memahami apakah yang berada jauh atau yang dicari oleh sang manusia dalam Denu.

Denu tidak melibatkan perkara besar tetapi sekadar balutan hati dan jiwa manusia, inti pengalaman, hasrat yang terpendam lama di kalbu, percintaan, kasih sayang, rindu akan seni yang indah tradisinya, pemukiman manusia untuk sebuah kerja seni, pengorbanan dan egois manusia.

Bertolak dari balutan-balutan itulah manusia dalam Denu bergerak, bertemu, bermukim, berfikir dan merenung, mencari dan menyaring kebenaran, dan tidak terlepas dari egois yang menutup segala langkah dan pandang.

Pak Yeh mahu seni Mak Yong yang asli dan menepati kehalusan jiwanya. Tiada penodaan pada inti Mak Yong. Asmah sang isteri yang dikahwini atas desak ibu

Asmah demi menyelamatkan mereka dari caci nista dan fitnah. Asmah mahu terbang jauh meninggalkan lingkaran dia berada sekarang. Mahu keluar kerana jauh jauh itu lebih manis dan bermakna bagi Asmah.

Amiruddin ditugaskan oleh Datuk Nik untuk mrnguruskan Mak Yong Pak Yeh. Pada ketika yang sama Datuk Nik mahu Mak Yong Pak Yeh membantu menyemarakkan kempen merdeka. Pak Yeh dan Amiruddin bertemu dn janji diikat untuk membawa Mak Yong Pak Yeh ke Kota Bharu. Asmah mendesak. Pak Yeh menerima.

Kota Bharu menjadi roda yang memutarkan Mak Yong Denu berbeza dari biasa. Pergolakan menetas dan melebar antara Pak Yeh dan Amiruddin.


Denu lakonan Sabri Yunus dan Hairi Safwan


Bermula garapan gelap terang manusia dalam pemaparan Denu. Segenap yang disajikan pengarah lebih banyak melafazkan metafora filem ini dengan cahaya, gelap, terang dan sudut kamera yang rendah dan dekat untuk menjelaskan inti jiwa pelaku dalam Denu. Simbol dan perbandingan digetus dalam filem agar metaforanya berjalan seiring dengan kata bual dan adegan filem.

Sebuah filem yang didekatkan lagi dengan milieu manusia sekitar 50an dari aspek kostum, budaya dan pemikirannya.

Datanglah ke pagawam untuk menceduk makna dari Kolam kecil Denu yang diarahkan oleh Dato Ahmad Tamimi Serigar, Dikuatkan dengan lakon Sabri Yunus, Nad Zainal dan Hairi Safwan.

Tayangan Bermula 21 Ogos 2025

0 comments :

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.