Home » All posts
1 Feb 2020
31 Jan 2020
ketika senja pergi
January 31, 2020 Mimbar Kata
Di sebuah rumah sederhana, tinggal sepasang suami isteri yang sudah memasuki usia senja.
Pasangan ini dikurniakan dua orang anak yang telah dewasa dan memiliki kehidupan mereka sendiri.
Sang suami merupakan seorang pencen, sedangkan isterinya seorang suri rumah.
Suami isteri ini lebih memilih untuk tetap tinggal di rumah, mereka menolak ketika putera-puteri mereka, menawarkan untuk ikut pindah bersama mereka.
Jadilah mereka, sepasang suami isteri yang hampir renta itu, menghabiskan waktu mereka yang tersisa, di rumah yang telah menjadi saksi berjuta peristiwa dalam keluarga itu.
Suatu malam selepas Isyak di sebuah masjid tak jauh dari rumah mereka, sang isteri tidak menemukan selipar yang dipakai ke masjid tadi.
Saat sibuk mencari, suaminya datang menghampiri seraya bertanya mesra :
“Kenapa ni”
Istrinya menoleh sambil menjawab: “Selipar saya tak jumpa bang”.
“Ya sudahlah, pakai ini saja”, kata suaminya, sambil menyodorkan selipar yang dipakainya.
Walau agak ragu-ragu, sang isteri tetap memakai selipar itu, dengan berat hati. Menuruti perkataan suaminya adalah kebiasaannya.
Jarang sekali ia membantah, apa yang dikatakan oleh sang suami.
Mengerti kegundahan isterinya, sang suami mengeratkan genggaman pada tangan isterinya.
“Bagaimanapun usahaku untuk berterima kasih pada kaki istreriku, yang telah menampung hidupku selama puluhan tahun itu, takkan pernah setimpal terhadap apa yang telah dilakukannya".
Kaki yang selalu berlari kecil membukakan pintu untukku, sewaktu aku pulang kerja,
Kaki yang telah mengantar anak-anakku ke sekolah tanpa kenal lelah, serta kaki yang menyusuri berbagai-bagai tempat mencari pelbagai keperluan anak-anakku”.
Sang isteri memandang suaminya sambil tersenyum dengan tulus, dan merekapun mengarahkan langkah menuju rumah, tempat bahagia bersama….
Karena usia yang telah lanjut dan penyakit diabetes yang dideritanya, sang isteri mulai mengalami gangguan penglihatan.
Saat ia kesulitan merapikan kukunya, sang suami dengan lembut, mengambil gunting kuku dari tangan isterinya.
Jari-jari yang mulai keriput itu, dalam genggamannya mulai dirapikan, dan setelah selesai sang suami mencium jari-jari itu dengan lembut, dan bergumam :
“Terima kasih sayang ”.
“Tidak, saya yang seharusnya berterima kasih kepada abang, telah membantu memotong kuku saya”, getus sang isteri tersipu malu.
“Terima kasih untuk semua pekerjaan luar biasa, yang belum tentu sanggup aku lakukan.
Aku takjub, betapa luar biasanya awak. Aku tahu semua takkan terbalas sampai bila-bilapun”, kata suaminya tulus.
Dua titik bening menggantung di sudut mata sang isteri
“Kenapa abang sebut begitu?
Saya selesa menjalani semuanya bang, apa yang telah kita lalui bersama, adalah sesuatu yang luar biasa.
Saya selalu bersyukur, atas semua yang dilimpahkan pada keluarga kita, baik ataupun buruk.
Semuanya dapat kita hadapi bersama”.
Hari Jumaat yang cerah, setelah beberapa hari hujan.
Siang itu, sang suami bersiap hendak menunaikan ibadah solat Jumaat,
Setelah berpamitan pada sang isteri, ia menoleh sekali lagi pada sang isteri, menatap tepat pada matanya, sebelum akhirnya melangkah pergi.
Tak ada tanda yang tak biasa di mata dan perasaan sang isteri, hingga saat beberapa orang mengetuk pintu, membawa kabar yang tak pernah diduganya.
Ternyata siang itu sang suami tercinta telah menyelesaikan perjalanannya di dunia.
Ia telah pulang menghadap Sang Penciptanya, ketika sedang menjalankan ibadah solat Jumaat, tepatnya saat duduk membaca Tasyahud Akhir.
Masih dalam posisi duduk sempurna, dengan telunjuk ke arah Kiblat, ia menghadap Yang Maha Kuasa.
"Innaa Lillaahi Wainnaa ilaihi Rooji'uun"
“Subhanallah.... sungguh akhir perjalanan hidup yang indah”, demikian gumam para jamaah, setelah menyedari ternyata dia telah tiada, di akhir shalat Jumaat....
Sang istri terbayang, tatapan terakhir suaminya, saat mahu berangkat ke masjid.
Terselip tanya dalam hatinya, mungkinkah itu sebagai tanda perpisahan, pengganti ucapan "Selamat Tinggal ...".
Ataukah suaminya bimbang meninggalkannya sendiri, di dunia ini. Ada gundah menggelayut di hati sang isetri, Walau masih ada anak-anak yang akan mengurusnya,
Tapi kehilangan suami yang telah didampinginya selama puluhan tahun, cukup membuatnya terguncang. Namun ia tidak mengurangi sedikitpun, keikhlasan dihatinya, yang bisa menghambat perjalanan sang suami, menghadap Sang Khalik.
Dalam doa, dia selalu memohon kekuatan, agar dapat bertahan dan juga memohon agar suaminya ditempatkan, pada tempat yang layak.
Tak lama setelah kepergian suaminya, sang isteri bermimpi bertemu dengan suaminya.
Dengan wajah yang cerah, sang suami menghampiri istreinya dan menyisir rambut sang isteri, dengan lembut.
“Apa yang abang lakukan?" tanya istreinya senang bercampur bingung.
“Awak harus kelihatan cantik, kita akan melakukan perjalanan panjang...
"Saya tidak biasa tanpa awak, bahkan setelah kehidupan di dunia ini berakhir sekalipun.
saya selalu perlukan awak."
"Saat disuruh memilih pendamping, saya bingung, kemudian memberitahu "Pendampingnya tertinggal", Saya pun mohon izin untuk menjemput awak”.
Isterinya menangis, sebelum akhirnya berkata :
“Saya ikhlas abang pergi, tapi saya juga tidak bisa bohong, saya takut sekali tinggal sendirian....
Kalau ada kesempatan mendampingi abang sekali lagi, dan untuk selamanya, tentu saja tidak akan sia-siakan."
Sang isteri mengakhiri tangisannya, dan menggantinya dengan senyuman.
Senyuman indah dalam tidur panjang selamanya….
"Isteri mu itu adalah 'Bajumu' dan Suamimu itu adalah 'Bajumu' pula"
QS Al-Baqarah : 187
27 Jan 2020
projek buku ankedot
January 27, 2020 Mimbar Kata
Siri Anekdot AID Conference
Kami Mencari Anda!!
Mari menjadi penulis buku dengan hanya 500 patah perkataan dan kos hanya RM80!
Mari menulis dalam Siri Anekdot AID Conference!
Siri Anekdot AID Conference merupakan projek penulisan pertama AID yang berhasrat untuk meningkatkan minat membaca dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat menerusi penerbitan berbentuk buku yang menghimpunkan penulisan anekdot (pengalaman berbentuk tulisan pendek) dengan tema-tema tertentu yang berasaskan pengalaman peribadi penulis.
Untuk penerbitan tahun 2020, AID Conference akan menerbitkan enam buah buku anekdot dengan tema-tema berikut yang akan diberikan tajuk yang menarik:
1. Pengalaman memasuki pertandingan inovasi
Editor: Siti Rosnita Sakarji
Pembaca Pruf: Quah Wei Boon
2. Pengalaman menghadiri persidangan akademik (dalam dan luar negara)
Editor: Masilah Mohamad
Pembaca Pruf: Norfhadzilahwati Rahim
3. Pengalaman berkaitan agama
Editor: Dr Khairunneezam Mohd Noor
4. Pengalaman berkaitan sains dan teknologi
Editor: Siti Norazura Jamal
Pembaca Pruf: Maryam Badrul Munir
5. Pengalaman tentang alam persekolahan (sasaran penulis adalah guru, adik-adik sekolah rendah dan menengah tetapi masyarakat
umum juga boleh menulis selagi karya berkisar tentang alam persekolahan)
Editor: Nabilah Abd Shukur
Pembaca Pruf: Zarinatun Ilyani Abdul Rahman
6. Antologi puisi (bebas tanpa tema)
Editor: Dr Raja Mayang Delima Mohd Beta
Pembaca Pruf: Nordayana Zulkifli
Penulis yang berminat berkarya boleh menghantar karya mereka ke anekdotaidconference@gmail.com dengan subjek email: Penghantaran Karya Anekdot – Inovasi/Persidangan/Agama/SnT/Sekolah/Puisi (pilih satu yang sesuai dengan karya anda). Pastikan subjek email anda tepat dengan kandungan anekdot yang disertakan. Cara penghantaran email yang salah mungkin mengakibatkan karya anda tidak terpilih.
Format penulisan karya anekdot ialah:
Panjang karya dalam 450-600 patah perkataan bagi satu anekdot
Karya bersifat santai dan tidak formal
Karya mempunyai sifat minat manusia (human interest) dan boleh merangkumi beberapa dialog untuk menghidupkan dan memberi warna kepada karya.
Setiap karya yang terpilih (sama ada anekdot atau puisi) dikenakan yuran RM80 bagi setiap satu karya dan apabila buku siap dicetak, penulis akan diberikan lima buah buku yang mengandungi karya mereka secara percuma.
Bagi karya berbentuk puisi, tiada had baris bagi setiap puisi yang dihantar untuk pemilihan.
Selain itu, setiap karya juga perlu mempunyai nama penuh penulis, jawatan, alamat tetap, alamat organisasi, nombor telefon dan email.
Selepas anekdot dihantar kepada urusetia dan terpilih, penulis akan mendapat maklumat dan cara pembayaran yuran RM80 melalui email.
aid
26 Jan 2020
novel coronavirus
January 26, 2020 Mimbar Kata
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan mengenai pengesanan satu (1) lagi kes yang disahkan dijangkiti 2019 novel coronavirus (2019-nCoV). Kes ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan tiga (3) kes positif yang telah dilaporkan pada awal hari ini.
Kes terbaru ini merupakan seorang lelaki berumur 40 tahun yang berasal dari Wuhan, China. Kes tiba di Johor Bahru pada 22 Januari 2020 dengan menaiki bas dari Singapura. Kes datang bersama sekumpulan pelancong warga China seramai 17 orang kesemuanya; yang turut terdiri daripada isteri dan seorang anaknya. Kes mula mengalami gejala demam pada 23 Januari 2020 dan keesokan harinya beliau telah pergi mendapatkan rawatan di salah sebuah hospital swasta berhampiran. Beliau seterusnya telah dirujuk oleh pihak hospital swasta tersebut untuk menerima rawatan lanjut di bawah jagaan Pasukan Perubatan Penyakit Berjangkit Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Ujian pengesanan dan pengesahan bagi kes ini telah dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR). Pada petang 25 Januari 2020, pihak Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan telah menerima pelaporan bahawa sampel pesakit terbabit didapati positif 2019-nCoV.
Pada ketika ini kes masih demam dan batuk, namun beliau berada dalam keadaan stabil. Pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor telah bertindak segera dengan mengesan kesemua 17 kontak daripada kumpulan pelancongan yang sama yang disertai oleh kes dan melakukan saringan kesihatan bagi memeriksa status kesihatan mereka. Hasil saringan mendapati mereka tidak demam dan tidak mempunyai sebarang gejala jangkitan. Sampel klinikal seterusnya telah diambil dalam kalangan kontak tersebut untuk menjalani ujian pengesanan dan pengesahan 2019-nCoV di MKAK Sungai Buloh. Kesemua kontak tersebut seterusnya telah diletakkan di bawah Perintah Pemantauan dan Pengasingan di tempat yang disediakan sementara menunggu keputusan ujian yang dijalankan ke atas mereka.
Buat masa ini KKM ingin menyarankan kepada orang ramai yang ingin melawati negara China agar menangguhkan perjalanan mereka kecuali untuk urusan penting yang tidak boleh dielakkan. Begitu juga, orang ramai adalah diingatkan untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan berikut, khususnya kepada para pengembara semasa berada di negara China dan selepas pulang ke Malaysia:
- Selalu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer);
- Semasa dalam tempoh lawatan, sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (face mask) serta bahan pencuci tangan (hand sanitizer) untuk digunakan apabila perlu;
- Semasa dalam tempoh lawatan, elakkan daripada mengunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul rapat dengan mana-mana individu yang bergejala;
- Semasa dalam tempoh lawatan, elakkan daripada melawat ke ladang haiwan, pasar yang menjual haiwan hidup, tempat sembelihan haiwan atau menyentuh sebarang jenis haiwan;
- Semasa dalam tempoh lawatan, elakkan daripada memakan sebarang produk haiwan mentah / tidak dimasak dengan sempurna;
- Segera mendapatkan rawatan perubatan sekiranya jatuh sakit (iaitu mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk mahupun kesukaran untuk bernafas) dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari lawatan tersebut. Begitu juga, maklumkan mengenai sejarah perjalanan berkenaan kepada doktor yang merawat.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan ini melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
25 Januari 2020
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
minanga
January 26, 2020 Mimbar Kata
KERAJAAN MINANGA
Minanga
Malayu 645–682
Ibukota Minanga
Hulu Sungai Batang Hari
Bahasa Melayu Kuna, Sanskerta
Pemerintahan Monarki
Sejarah
- Didirikan 645
- Invasi Sriwijaya 682
Mata wang Koin emas dan perak
Minanga merupakan salah satu nama dari Kerajaan Melayu yang telah muncul pada tahun 645. Berita tentang keberadaan kerajaan ini didapat dari buku T'ang-Hui-Yao yang disusun oleh Wang p'u pada tahun 961 masa Dinasti Tang, dimana kerajaan ini mengirimkan utusan ke Cina pada tahun 645 untuk pertama kalinya[1]. Kemudian didukung oleh Prasasti Kedukan Bukit yang bertarikh 682.
ASAL USUL
Dari Prasasti Kedukan Bukit, disebutkan bahwa Dapunta Hyang pendiri Sriwijaya bertolak dari Minanga, dengan membawa puluhan ribu tentara lengkap dengan perbekalan[2]. Berita tentang Kerajaan Melayu ini juga disebut dalam catatan perjalanan Pendeta I-tsing atau I Ching (義淨; pinyin Yì Jìng) (634-713) identik dengan kerajaan ini[3].
Selain dari berita buku T'ang-Hui-Yao, dari buku Tse-fu-yuan-kuei pada masa Dinasti Song yang dibuat atas dasar sejarah lama oleh Wang-ch'in-jo dan Yang I antara tahun 1005 dan 1013, juga menceritakan adanya utusan dari Kerajaan Melayu datang ke Cina antara tahun 644 dan 645.
Namun belum ada sumber yang menyebutkan dimana lokasi persisnya tempat yang menjadi ibukotanya serta siapa yang menjadi raja di kerajaan ini.
SUMBER CINA
Artikel ini memuat teks berbahasa Tionghoa. Tanpa dukungan multibahasa, Anda mungkin akan melihat tanda tanya, tanda kotak, atau karakter lain selain dari karakter yang dimaksud.
Pada masa Dinasti Yuan dan Dinasti Ming, kata Ma-La-Yu disebutkan sering (dalam sejarah cina) untuk merujuk kepada suatu bangsa dari laut selatan dengan ejaan yang berbeda akibat perubahan dinasti.
* (Cina: 木 剌 由)- Bok-la-yu, Mok-la-yu
* (Cina: 麻 里 予 儿) - Ma-li-yu-er
* (Cina: 巫 来由) - Oo-lai-yu (dijiplak dari sumber tertulis biarawan Xuan Zang)
* (Cina: 无 来由) - Wu-lai-yu
Sebagian ekstrak dari Chronicle asli Mongol Yuan (dalam bahasa Cina): Chronicle of Mongol Yuan
"以 暹 人 与 麻 里 予 儿 旧 相 仇杀, 至 是 皆 归顺, 有 旨 谕 暹 人" 勿 伤 麻 里 予 儿, 以 践 尔 言 ".
PERDAGANGAN
Dengan adanya perlindungan dari Cina, Kerajaan Minanga menjadi penguasa lalu lintas Selat Malaka saat itu, dan memiliki hasil tambang emas dan perak.
PENURUNAN
Berdasarkan Prasasti Kedukan Bukit, pada tahun 682 Dapunta Hyang bertolak dari Kerajaan Minanga dengan membawa 20.000 tentara kearah selatan lalu mendirikan Kerajaan Sriwijaya. Dengan demikian pusat kerajaan berpindah ke wilayah muara sungai Musi atau Palembang sekarang.
REFERENSI
^ Slamet Muljana, 2006, Sriwijaya, Yogyakarta: LKIS.
^ George Cœdès, 1930, Les inscriptions malaises de Çrivijaya, BEFEO.
^ Gabriel Ferrand, 1922, L’Empire Sumatranais de Crivijaya, Imprimerie Nationale, Paris, “Textes Chinois”.
Prasasti Kedukan Bukit
Prasasti Kedukan Bukit ditemukan oleh M. Batenburg pada tanggal 29 November 1920 di Kampung Kedukan Bukit, Kelurahan 35 Ilir, Palembang, Sumatera Selatan, di tepi Sungai Tatang yang mengalir ke Sungai Musi. Prasasti ini berbentuk batu kecil berukuran 45 × 80 cm, ditulis dalam aksara Pallawa, menggunakan bahasa Melayu Kuna. Prasasti ini sekarang disimpan di Museum Nasional Indonesia dengan nomor D.146.
TEKS PRASASTI
ALIH AKSARA
svasti śrī śakavaŕşātīta 605 (604 ?) ekādaśī śu
klapakşa vulan vaiśākha dapunta hiya
sāmvau mangalap siddhayātra di saptamī śuklapakşa
vulan jyeşţha dapunta hiya
tāmvan mamāva yamvala dualakşa dangan ko-(sa)
duaratus cāra di sāmvau dangan jālan sarivu
tlurātus sapulu dua vañakña dātamdi mata jap
sukhacitta di pañcamī śuklapakşa vula
laghu mudita dātam marvuat vanua...
śrīvijaya jaya siddhayātra subhikşa...
Selamat ! Tahun Śaka telah lewat 604, pada hari ke sebelas
paro-terang bulan Waiśakha Dapunta Hiyang naik di
sampan mengambil siddhayātra. di hari ke tujuh paro-terang
bulan Jyestha Dapunta Hiyang berlepas dari Minanga
tambahan membawa bala tentara dua laksa dengan perbekalan
dua ratus cara (peti) di sampan dengan berjalan seribu
tiga ratus dua belas banyaknya datang di mata jap (Mukha Upang)
sukacita. di hari ke lima paro-terang bulan....(Asada)
lega gembira datang membuat wanua....
Śrīwijaya jaya, siddhayātra sempurna....
^ Damais, Louis-Charles, (1952), Etude d’Epigraphie Indonesienne III: Liste des Principales Datees de l’Indonesie, BEFEO, tome 46.
^ Soekmono, R., (2002), Pengantar sejarah kebudayaan Indonesia 2, Kanisius, ISBN 979-413-290-X
^ Irfan, N.K.S., (1983), Kerajaan Sriwijaya: pusat pemerintahan dan perkembangannya, Girimukti Pasaka
^ Drs. R. Soekmono, (1973 5th reprint edition in 1988). Pengantar Sejarah Kebudayaan Indonesia 2, 2nd ed. Yogyakarta: Penerbit Kanisius. hlm. 38. ISBN 979-4132290X.
^ Muljana, Slamet, (2006), Sriwijaya, PT. LKiS Pelangi Aksara, ISBN 978-979-8451-62-1
^ Coedes, George (1996). The Indianized States of Southeast Asia. University of Hawaii Press. hlm. 82. ISBN 978-0-8248-0368-1.
13 Jan 2020
metafora
January 13, 2020 Mimbar Kata
Mulanya tidak kukenal ia metafora. Ia hanya kata-kata yang suka kugarap dan tulis kononnya menulis puisi. Biarlah apapun terjadi aku belum berhenti menulis puisi. Dari zaman bangku sekolah hingga kini. Dari tulis di majalah sekolah hingga facebook begini. Penting aku bisa menulis ... baranagkali tak dibaca sesiapa, Biarlah puisi bukan untuk dijual tetapi ditulis dalam kapasiti terbaik diri...
Yang membuat aku dekat demgan puisi kerana metafora rupanya. Kata-kata yang memberi banding antara abstrak dan konkrit itu metafora.... wahhh
baru kutau setelah memasuki sekolah dan berguru ada metafora dalam puisi ada paradoks dan ada personifikasi. Semua itu bahasa puisi...
cintaku seluas lautan
pohon-pohon harap yang tumbuh perlahan
itulah metafora
cuma sekarang ini bagaimana mendekatkan semua ini kepada jiwa remaja dan muda belia agar cinta puisi. Tak terjaswab tanya ini...
metafora tak terbandingkan barangkali
11 Jan 2020
penulisan kreatif mastera
January 11, 2020 Mimbar Kata
Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) akan melaksanakan Sayembara Penulisan Kreatif Mastera. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 28 Februari 2020.
Borang penyertaan boleh diperoleh melalui laman sesawang DBP www.lamanweb.dbp.gov.my
7 Jan 2020
HSPM 2017/1018
January 07, 2020 Mimbar Kata
HIDAYAH HAIROM
27 November 2019
KUALA LUMPUR - Novel berjudul Hari-hari Terakhir di Jesselton, karya Ruhaini Matdarin diangkat sebagai pemenang yang mengungguli Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2017/2018 malam tadi.
Karya bagi kategori A iaitu Buku Sastera Dewasa itu membolehkan pemenang membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM8,000.
Manakala untuk kategori Cerpen Eceran, dimenangi oleh Nisah Haron dengan karya berjudul 'Perempuan dan Kain Layang'.
Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Abang Sallehuddin Abg Shokeran berkata, anugerah tersebut bertujuan memberikan pengiktirafan bertaraf kebangsaan kepada penulis yang menghasilkan karya bermutu.
Katanya, ia juga bagi mengenal pasti karya-karya sastera yang bermutu yang ditulis dalam bahasa Melayu dan menggalakkan penerbit menerbitkan karya-karya sastera yang bermutu dalam bahasa Melayu.
"HSPM kali ini menilai karya yang terbit pada tahun 2017 dan 2018 dengan pencalonan dibuka pada bulan April 2019. HSPM 2017/2018 menghimpunkan seramai 27orang panel yang terdiri daripada tokoh dan pakar bidang sastera.
"Panel-panel ini telah menilai sejumlah 267 buku karya sastera dan 5132 karya eceran yang terdiri daripada genre novel, puisi, cerpen, drama, esei/kritikan sastera, biografi/autobiografi dan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja.
"Hasil daripada penilaian tersebut, panel memutuskan sebanyak 44 karya sastera layak dan diperakui sebagai pemenang HSPM 2017/2018. Walau bagaimanapun, panel memutuskan tiada pemenang untuk kategori Kumpulan Esei/Kritikan Sastera,Kumpulan Drama,Kumpulan Cerpen Kanak-kanak dan Remaja; dan Kumpulan Drama Kanak-kanak dan Remaja," katanya ketika berucap pada majlis tersebut.
Dalam pada itu, beliau berkata, Hadiah Tunas Cipta memberikan pengiktirafan kepada karya puisi dan cerpen yang dihasilkan oleh kanak-kanak berumur7– 11 tahun bagi Kategori Kanak-kanak dan 12–21 tahun untuk Kategori Remaja.
"Kehadiran mereka bersama- sama dengan penulis besar tanah air pada malam ini diharap dapat memberikan dorongan kepada mereka untuk terus berkarya dan pada suatu hari nanti, melakar nama sebagai penerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia," katanya.
Pada masa sama, Abang Sallehuddin berkata, DBP kini bergerak ke arah penerbitan digital di mana tahun hadapan DBP akan menerbitkan majalah digital yang bersifat masa sebenar atau real time.
"DBP juga akan mempergiat usaha mendigitalkan penerbitan untuk dimanfaatkan pembaca bukan sahaja dalam negara tetapi juga dapat dicapai oleh pembaca di luar negara.
"Selaras dengan perkembangan teknologi ini, DBP akan melihat semula syarat dan kategori dalam Hadiah Sastera Perdana Malaysia bagi memastikan penerbitan digital turut sama dapat dinilai dan diberikan pengiktirafan,"katanya.
sinarharian
Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar dan Siti Haliza Yusop
KUALA LUMPUR: Pengarang dari Sabah dan Sarawak mengungguli kategori Buku Sastera Dewasa pada Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2017/2018 yang diumumkan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini. sebentar tadi.
Ruhaini Matdarin dari Sabah mengungguli genre Novel melalui karyanya, Hari-hari Terakhir di Jesselton manakala Roslan Jomel dari Sarawak mengungguli genre Kumpulan Cerpen (Roden yang Cenderung Terjun dari Atas Bangunan).
Kesemua pemenang bagi kategori Buku Sastera Dewasa membawa pulang wang tunai RM8,000 pada majlis penyampaian hadiah yang disempurnakan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.
Yang turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom dn Ketua Pengarah DBP, Datuk Abang Sallehuddin Abg Shokeran.
Turut mengungguli kategori sama ialah bekas Pengerusi Media Prima Berhad, Tan Sri Johan Jaaffar bagi genre Autobiografi melalui naskhah Jejak Seni Dari Pentas Bangsawan ke Media Prima Berhad. Dua lagi pemenang bagi kategori sama ialah Ahmad Muzafar Baharudin dan Rahimah A Hamid, masing-masing mengungguli genre Kumpulan Puisi melalui naskhah Sepasang Sayap di Bahu) dan Kajian Sastera (Proses Kreatif Sensitiviti dan Kreativiti Pengarang).
Wartawan BH, Hafizah Iszahanid turut diumumkan pemenang Kategori Cerpen Eceran melalui Mulieres dan membawa pulang wang tunai RM1,500.
Selain Kategori Buku Sastera Dewasa, HSPM yang diwujudkan bertujuan memberi pengiktirafan bertaraf kebangsaan kepada penulis yang menghasilkan karya bermutu turut mempertandingkan kategori Karya Eceran, Kesusasteraan Kanak-Kanak dan Kesusasteraan Remaja.
Turut diadakan pada majlis sama ialah Penyampaian Hadiah Sastera Tunas Cipta 2017 / 2018 serta Pelancaran Sayembara Penulisan MENARA dan 26 buku Sasterawan Negara.
Abang Sallehuddin berkata, HSPM kali ini menilai karya yang diterbitkan sepanjang tahun 2017 dan 2018 membabitkan sejumlah 267 karya sastera dan 5132 karya eceran terdiri daripada genre novel, puisi, cerpen, drama, esei/kritikan sastera, biografi/autobiografi dan bahan bacaan untuk
kanak-kanak dan remaja.
"Hasil daripada penilaian tersebut, panel memutuskan sebanyak 44 karya sastera layak dan diperakui sebagai pemenang HSPM 2017/2018," katanya.
Sementara itu, Ruhaini yang pertama kali mengungguli HSPM menyifatkan novel yang dihasilkan mempamerkan kematangan kepengarangannya selepas sedekad serius menulis.
bharian
KEPUTUSAN PENUH HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA 2017/2018
KATEGORI A: BUKU
Novel: Ruhaini Matdarin
Hari-hari Terakhir di Jesselton
Kumpulan Cerpen: Roslan Jomel
Roden yang Cenderung untuk Bunuh Diri
Kumpulan Puisi: Muzaf Ahmad
Sepasang Sayap di Bahu
Kajian Sastera: Rahimah A Hamid
Proses Kreatif Sensitiviti dan Kreativiti Pengarang
Biografi/autobiografi: Johan Jaafar
Jejak Seni: Dari Pentas Bangsawan ke Media Prima Berhad
KATEGORI B:
CERPEN ECERAN
Nisah Haron: Perempuan dan Kain Layang
Hafizah Iszahanid: Mulieres
Mana Sikana: Di Negeri Pembohong
SM Zakir: Cendeng Biawak
Saharil Hasrin Sanin: Ops Akliah
WB Rendra: Bukan Diksi atau Stanza
Clayton Robert: Penjaga Piala
Lee Keok Chih: Sentiasa Mencintai Pentas ini
Anis: Bukit Janna
Zainal Rashid Ahmad: Lain Jalan Bunuh Diri
CERPEN ECERAN REMAJA
Salina Ibahim: Anak tanpa Watan
Mawar Shafei: Bulan di Gifford Avenue
Maskiah Masrom: Bagai Terkurung dalam Perut Paus
PUISI ECERAN
Ridzuan Harun: Menghening Sunyi
Rosli K Matari: Dari Barus ke Quds terlalu payah, Akhirnya Dijumpai di dalam Rumah
Fahd Razy: Catatan yang ditemui dalam tangan Anak Kecil di Lorong Tak Bertanda
SM Zakir: Tanahtanah dan Lampulampu
Marsli NO: Ketika Sunyi Ini (Tanah Rata)
elison Jupin: Kaizen Merdeka
Ariff Mustafa Hamzah: Cerita Kota 2
Rudi Mahmood: Di kala Hujan Luruh
Hasyuda Abadi: Pada Hari-hari yang Berharga
Roslan Jomel: Di atas Pasir Tertulis Sebuah Sajak.
saudagar besar dari kuala lumpur
January 07, 2020 Mimbar Kata
KUALA LUMPUR: Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur karya Sasterawan Negara (SN), Keris Mas digerakkan daripada acuan matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Novel yang diterbitkan pada tahun 1982 itu, menyorot secara kritis dasar yang berlangsung pada 1971 hingga 1990, sekali gus dipilih sebagai novel wajib baca untuk Jejak Novel Merdeka.
Penyair dan pengarang, Saifullizan Yahaya, berkata naskhah itu membawa buah fikiran Keris Mas yang mahu membincangkan persoalan pembabitan Melayu dalam bidang perniagaan dan pembangunan ekonomi.
Beliau yang juga Editor Dewan Sastera (DS) berkata, melalui novel ini, Keris Mas menonjolkan perihal bangsa Melayu yang bercita-cita tinggi dalam membangunkan bangsa dan negara selepas mencapai kemerdekaan untuk setanding dengan bangsa lain di dunia.
"Sebagai pengarang yang berpegang teguh kepada konsep Angkatan Sasterawan 1950 (ASAS 50), iaitu Seni Untuk Masyarakat, Keris Mas menggerakkan novel ini daripada acuan matlamat DEB.
"Ia juga ditulis berkemungkinan kesan daripada buku Revolusi Mental yang diterbitkan pada 1970 yang membincangkan hal ehwal sejarah bangsa Melayu.
"Naskhah ini sarat dengan ideologi negara meskipun isiannya tidak menyentuh secara langsung mengenai jerit perit dan pahit getir perjuangan mencapai kemerdekaan," katanya kepada Sastera & Budaya di sini.
Saudagar Besar dari Kuala Lumpur yang berlatarkan dunia korporat asalnya ditulis secara bersiri dalam akhbar dari Mac hingga November 1981 tetapi kemudian diterbitkan semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1982 dalam bentuk novel.
Saifullizan berkata, beliau melihat Keris Mas yang terbabit secara langsung dan menyaksikan sendiri kemerdekaan tanah airnya cuba membincangkan matlamat DEB yang diadakan bagi menyusun kembali masyarakat melalui keseimbangan ekonomi.
"Saya melihat, Keris Mas mahu berkongsi pandangan dengan pembaca mengenai perjuangan mengisi kemerdekaan dan usaha memelihara kemerdekaan negara khususnya dalam perkongsian ekonomi rakyat pelbagai kaum di Malaysia.
"Dalam masa sama, Keris Mas mahu mengingatkan pentingnya corak pembangunan yang dicita-citakan, seimbang dari segi material dan rohani," katanya.
Selain Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur, Jejak Novel Merdeka turut menyenaraikan novel Hujan Pagi karya (SN, Datuk Seri A Samad Said); Interlok (SN, Datuk Abdullah Husin) dan Putera Gunung Tahan (Pak Sako).
bharian
4 Jan 2020
media / sastera / sastera moden / video / warna kata