Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur sorot DEB
KUALA LUMPUR: Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur karya Sasterawan Negara (SN), Keris Mas digerakkan daripada acuan matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Novel yang diterbitkan pada tahun 1982 itu, menyorot secara kritis dasar yang berlangsung pada 1971 hingga 1990, sekali gus dipilih sebagai novel wajib baca untuk Jejak Novel Merdeka.
Penyair dan pengarang, Saifullizan Yahaya, berkata naskhah itu membawa buah fikiran Keris Mas yang mahu membincangkan persoalan pembabitan Melayu dalam bidang perniagaan dan pembangunan ekonomi.
Beliau yang juga Editor Dewan Sastera (DS) berkata, melalui novel ini, Keris Mas menonjolkan perihal bangsa Melayu yang bercita-cita tinggi dalam membangunkan bangsa dan negara selepas mencapai kemerdekaan untuk setanding dengan bangsa lain di dunia.
"Sebagai pengarang yang berpegang teguh kepada konsep Angkatan Sasterawan 1950 (ASAS 50), iaitu Seni Untuk Masyarakat, Keris Mas menggerakkan novel ini daripada acuan matlamat DEB.
"Ia juga ditulis berkemungkinan kesan daripada buku Revolusi Mental yang diterbitkan pada 1970 yang membincangkan hal ehwal sejarah bangsa Melayu.
"Naskhah ini sarat dengan ideologi negara meskipun isiannya tidak menyentuh secara langsung mengenai jerit perit dan pahit getir perjuangan mencapai kemerdekaan," katanya kepada Sastera & Budaya di sini.
Saudagar Besar dari Kuala Lumpur yang berlatarkan dunia korporat asalnya ditulis secara bersiri dalam akhbar dari Mac hingga November 1981 tetapi kemudian diterbitkan semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1982 dalam bentuk novel.
Saifullizan berkata, beliau melihat Keris Mas yang terbabit secara langsung dan menyaksikan sendiri kemerdekaan tanah airnya cuba membincangkan matlamat DEB yang diadakan bagi menyusun kembali masyarakat melalui keseimbangan ekonomi.
"Saya melihat, Keris Mas mahu berkongsi pandangan dengan pembaca mengenai perjuangan mengisi kemerdekaan dan usaha memelihara kemerdekaan negara khususnya dalam perkongsian ekonomi rakyat pelbagai kaum di Malaysia.
"Dalam masa sama, Keris Mas mahu mengingatkan pentingnya corak pembangunan yang dicita-citakan, seimbang dari segi material dan rohani," katanya.
Selain Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur, Jejak Novel Merdeka turut menyenaraikan novel Hujan Pagi karya (SN, Datuk Seri A Samad Said); Interlok (SN, Datuk Abdullah Husin) dan Putera Gunung Tahan (Pak Sako).
bharian

Comments
Post a Comment