30 Jan 2021
PERNAHKAH KAU ADA
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH
MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH
PENGENALAN
DEFINISI OPERASI
4. Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ialah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dilaksanakan di rumah atau pusat komuniti atau di mana-mana lokasi yang bersesuaian. PdPR boleh dilaksanakan dalam talian dan/ atau luar talian dan/ atau off-site dengan berstruktur dan terancang.5. PdPR dilaksanakan apabila murid tidak dapat hadir ke sekolah dalam satu tempoh yang tertentu atas sebab bencana atau wabak atau sebab-sebab lain dengan kelulusan pendaftar negeri.
OBJEKTIF
6. Objektif Manual PdPR ialah:
PENDEKATAN DAN KAEDAH PdPR
Pendekatan PdPR
7.1.3. ePermainan (gamification), video, klip audio, eBuku, rakaman atau tugasan dalam talian.
7.2. Pelaksanaan PdPR memerlukan murid menggunakan peranti berskrin seperti komputer, komputer riba, tablet atau telefon pintar dalam tempoh tertentu. Masa penggunaan peranti ini dikenali sebagai tempoh layar (screen time) murid.
Tahap Persekolahan Tempoh Waktu Layar Sehari

Prasekolah 1 jam
Rendah 1-2 jam
Menengah rendah 2-3 jam
7.4. Guru perlu menetapkan tempoh masa layar yang bersesuaian dengan mengambil kira pandangan ibu bapa/ penjaga.
7.7. Guru juga perlu menetapkan tempoh masa penggunaan peranti secara di luar talian dengan mengambil kira pandangan ibu bapa/ penjaga.
Kaedah PdPR
8. Antara kaedah PdPR yang boleh digunakan ialah pembelajaran menggunakan modul dan pembelajaran berasaskan projek.8.2.4. Tempoh pelaksanaan aktiviti;
PELAKSANAAN PdPR
9. PdPR perlu dirancang mengikut keupayaan murid dan kesediaan sumber yang ada. Guru berperanan melaksanakan perkara berikut:9.2. merancang RPH berdasarkan RPT yang telah disusun dan jadual waktu PdPR supaya kandungan kurikulum dapat disampaikan secara optimum;
9.3. menentukan kaedah penyampaian yang fleksibel mengikut situasi semasa dengan mengambil kira sumber yang ada pada murid;
9.4. Menyediakan bahan yang mudah didapati, diakses dan bersesuaian dengan kaedah PdPR yang digunakan;
9.5. Memastikan murid mendapat tugasan/latihan yang dirancang oleh guru;
9.6. menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran seperti kuiz, tugasan/ latihan dan projek untuk menentukan pencapaian murid;
9.7. mengadakan perbincangan dengan ibu bapa/ penjaga untuk menyokong pembelajaran murid di rumah; dan
9.8. merekodkan pelibatan murid dalam PdPR menggunakan kaedah yang bersesuaian.
10. Pentadbir berperanan untuk:
10.2. mengatur jadual pembelajaran yang fleksibel bagi menguruskan aktiviti PdPR yang berkesan; dan memantau PdPR yang dijalankan dan memberikan sokongan yang bersesuaian kepada guru.
11. Ibu bapa/penjaga berperanan untuk:
PENUTUP
12. Manual PdPR ini merupakan panduan kepada guru untuk melaksanakan PdPR secara berstruktur dan terancang supaya murid dapat mengikuti PdPR secara optimum. Kejayaan PdPR murid memerlukan sokongan semua pihak iaitu KPM, JPN, PPD, sekolah, guru, ibu bapa/ penjaga dan komuniti.
teruji warna
TERUJI WARNA
one minute video
28 Jan 2021
Belajar Dari Rumah
KOMUNIKASI DUA HALA GURU, IBU BAPA BANTU JAYAKAN PdPR
Oleh Norhidayyu Zainal
KUALA LUMPUR, 20 Jan -- Komunikasi dua hala antara warga pendidik dan ibu bapa perlu lebih mesra dan telus bagi mewujudkan ekosistem pembelajaran yang berkesan untuk anak-anak di rumah, demikian menurut pakar Pendidikan dan Pengembangan Prof Dr Ismi Arif Ismail.
Beliau berkata hubungan yang akrab antara guru dan ibu bapa akan membawa kepada keberkesanan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dan lebih menyeronokkan kepada pelajar.
“Buat masa ini, dalam keadaan normal baharu, PdPR adalah kaedah terbaik untuk meneruskan pembelajaran. Oleh itu, perlu ada komunikasi yang lebih kerap antara guru dan ibu bapa," katanya kepada Bernama.
Mengulas lanjut, beliau berkata selain berkongsi perkara yang diajar dan kerja rumah kepada pelajar, setiap tenaga pengajar perlu membantu ibu bapa dalam memberi sokongan kepada pembelajaran anak-anak di rumah.
Jelasnya, komunikasi tersebut bukan hanya bersandarkan kepada tugasan pembelajaran semata-mata tetapi perlu lebih holistik supaya seimbang dalam menunaikan tanggungjawab mendidik anak-anak secara bersama.
“Komunikasi lebih efektif ini akan membantu menyelesaikan segala permasalahan timbul sekali gus anak-anak dapat belajar mengikut persekitaran sesuai dengan keadaan di rumah berdasarkan kepada kemampuan masing-masing," kata Ismi Arif yang juga Pengarah Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) Putra Infoport, Universiti Putra Malaysia.
Pada 16 Jan lepas, Kementerian Pendidikan memaklumkan sesi persekolahan secara bersemuka bermula hari ini di seluruh negara, dengan hanya melibatkan calon yang akan menduduki peperiksaan utama bagi 2020.
Berikutan itu, semua murid sekolah rendah dan pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 sesi persekolahan 2021 akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah PdPR mengikut kesesuaian guru dan murid mulai tarikh berkenaan.
Bagaimanapun, keadaan itu menimbulkan rasa gelisah pelbagai pihak terutama ibu bapa sehingga tular di media sosial.
Turut senada, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan yang menyifatkan kerjasama guru dan ibu bapa adalah penting terutama dalam mendisiplinkan anak-anak untuk terus mengikuti PdPR.
Tambahan pula, beliau berkata pendekatan PdPR masih baharu di Malaysia dan perlu diperkukuh serta diperkasakan dengan komitmen jitu semua pihak.
“Anak-anak perlukan arahan dan ketegasan ibu bapa dalam memastikan mereka mengikuti kelas selain ibu bapa juga perlu terus memantau pembelajaran anak-anak mereka agar tidak disalah guna. Pada masa sama, guru juga perlu memahami situasi ibu bapa itu sendiri yang walaupun ada di rumah, mereka sebenarnya juga menjalankan tugas kerana bekerja dari rumah,” katanya.
Beliau turut mencadangkan agar Kementerian Pendidikan menubuhkan pusat rujukan PdPR di setiap Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
"Ia berfungsi sebagai pusat sehenti bagi menangani sebarang masalah dan cabaran dihadapi oleh pihak yang menjalankan PdPR di rumah. Oleh itu, seorang pegawai khas akan ditugaskan sebagai koordinator atau perancang untuk menyelaras PdPR," katanya
Sementara itu, Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) Mohd Azizee Hasan berkata semua guru, ibu bapa dan anak-anak seharusnya memanfaatkan platform pelantar pembelajaran digital sedia ada antaranya Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa), Google Classroom, Akademi Youtuber Malaysia dan Sophia.my.
Tidak cukup dengan itu, beliau berkata Kementerian Pendidikan juga giat menerbitkan video pengajaran untuk slot TV Pendidikan yang disiarkan menerusi saluran TV Okey (RTM), Tutor TV (Astro) dan DIDIKTV@NTV7 di saluran NTV7 selain EduWebTV.
“Ia sekali gus menjadi platform pemudah cara yang sangat baik buat ibu bapa, guru dan anak-anak untuk terus mengadakan PdPR terutama ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini,” katanya.
-- BERNAMA
27 Jan 2021
zaitun
zaitun
Berikut adalah kandungan vitamin dan mineral yang terdapat pada 100 gram (g) buah zaitun:
- Kalori: 115 kilokalori (kkal)
- Karbohidrat: 6,3 g
- Air: 80%
- Protein: 0,8 g
- Gula: 0 g
- Serat: 3,2 g
- Lemak: 10,7 g
- Vitamin A: 20 mikrogram (µg)
- Vitamin C: 0,9 mg
- Vitamin E: 1,65 mg
- Vitamin K: 1,4 µg
- Vitamin B3: 0,04 mg
- Vitamin B5: 0,02 mg
- Vitamin B6: 0,01 mg
- Kalsium: 88 mg
- Zat besi: 3,3 mg
- Magnesium: 4 mg
- Fosfor: 3 mg
- Potasium: 8 mg
- Sodium: 735 mg
- Zinc: 0,22 mg
GARIS-GARIS JAUH
garis-garis jauh
menunjuk jalan atau menghulurkan tali
waktu terlalu tak memberi izin
aku selalu berdoa
kau bisa mendaki lebih tinggi
dan meredah liku panjang
nanti tak kautemukan arah
semoga kalian bertabah
garis-garis jauh
adalah harapan yang perlu direbut
berjalanlah untuk tiba di situ
untuk kauhirup
udara baru
dan senyum bermakna
meski aku tiada
tapi itu yang selalu kuharapkan
mendung dan hujan segar
melingkari kalian
dalam bahagia
26 Jan 2021
TATAP
TATAP
CERITA DARI CERITA
CERITA DARI CERITA
dengan hatimu
DENGAN HATIMU