28 Apr 2020
26 Apr 2020
AIS
AIS
ais bersalut sekam kayu
ayah bawa pulang dari pekan
simpan dalam tanah dalam-dalam
menunggu berbuka dengar azan
bergegas ke tanah basuh sekam
cuma tinggal sebesar penumbuk
ayah senyum memandang
bangga aku bisa minum
ais dari pekan jauh
begitu ayah membesarkan cinta
segalanya tertanam dalam
hanya airmata berlinangan
25 Apr 2020
bercerita
Pertandingan Bercerita Sebelum Tidur
Anda pasti merindui saat-saat ibu atau ayah membacakan cerita sebelum anda dibuai mimpi indah. Diakui bercerita sebelum tidur mampu mengeratkan hubungan kasih sayang dalam keluarga.
Maka, atas nama kecintaan itu, rakamkan momen anda bercerita sebelum tidur kepada anak-anak anda sebagai kenangan terindah dalam hidup anda sekeluarga dan hantarkan kepada kami. Ya, kepada DBP Malaysia kerana kami menganjurkan Pertandingan Bercerita Sebelum Tidur '"Dengarlah Anakku Sayang".
Rakam, kongsi dan menangi hadiah utama bernilai RM1000.00.
Hendak gugur gugurlah nangka,
Jangan menimpa si ranting jatuh;
Hendak tidur, tidurlah mata,
Jangan dikenang orang jauh.
Selamat mencuba!

23 Apr 2020
biasa
biasa
kita mula dibiasakan
dengan rasa hormat dan mengerti
tiada batas warna dan ukur diri
kita memberi sebagai manusia
kerana sudah terlalu lama kita
terbiasa dengan warna dan darjat
memilih keutamaan sendiri menidakkan
kepentingan orang lain
kita sudah mula menerima
dari acuan wabak dan muhasabah panjang
kita memerlukan orang lain
dan harus sama ditatap pandang manusia
tapi mengapa masih ada
mengisi ketulan waktu dengan najis kebencian
dan mendahulukan warna dan darjat
16 Apr 2020
batal upsr dan pt3
Batal UPSR, PT3: Suatu rahmat tersembunyi
Boleh jadi titik tolak KPM buat keputusan masa depan peperiksaan ini
Oleh Fazleen Safina
BANGI, 22 Syaaban 1441H, Khamis – Tiada keperluan untuk melaksanakan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ketika ini, kata Penyandang Kursi Za’ba, Institut Peradaban Melayu Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Prof Datuk Dr Awang Sariyan.
Beliau yang juga Penasihat Persatuan Linguistik Malaysia berkata, UPSR menimbulkan orientasi pendidikan berteraskan peperiksaan, iaitu hanya lebih menitikberatkan pencapaian kognitif berbanding aspek afektif yang memerlukan penilaian dari segi sahsiah.
“Jika diperlukan penilaian, maka penilaian itu hendaklah berasaskan penilaian sekolah murid, bukan penilaian umum yang baku atau standard bagi seluruh negara, dengan latar belakang yang berbeza-beza.
“Setiap sekolah, berasaskan garis panduan yang dikeluarkan oleh KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) perlu menjalankan penilaian berasaskan sekolah dari segi aspek kognitif, afektif dan psikomotor secara bersepadu dan seimbang,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.
Pada masa sama, Dr Awang berkata, pelaksanaan UPSR mengakibatkan guru cenderung untuk mencapai matlamat orientasi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), dengan hanya memfokuskan kepada kecemerlangan murid dari segi akademik hingga aspek sahsiah menjadi perkara kedua atau kurang diberi perhatian.
“Sesuai dengan pandangan Menteri Pendidikan dalam program Naratif di TV1 yang tidak setuju dengan pengasingan murid berdasarkan kelas pandai dan kelas kurang pandai serta kelas lemah.
“Pengasingan ini membentuk diskriminasi dalam kalangan murid, maka pembatalan UPSR bersempena dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah rahmat tersembunyi dan menjadi titik tolak untuk KPM membuat keputusan,” katanya.
Terdahulu, KPM mengumumkan bahawa UPSR dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi 2020 dibatalkan.
Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Radzi Jidin berkata, pembatalan UPSR tidak akan menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan murid selepas mengikuti pendidikan peringkat rendah kerana penilaian boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah lain.
Beliau berkata, memandangkan keputusan UPSR dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Maktab Tentera Diraja (MTD), KPM akan memperkenalkan kaedah baharu bagi tujuan itu yang tidak hanya tertumpu kepada prestasi akademik semata-mata.
“Pembatalan PT3 tidak akan menjejaskan penilaian tahap penguasaan murid di peringkat menengah rendah. Satu kaedah baharu akan diperkenalkan. Keputusan yang diperoleh dari kaedah ini akan dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah-sekolah khusus seperti sekolah berasrama penuh dan sekolah teknik.
“KPM akan memastikan dalam apa jua keadaan pun, akses murid kepada PdP tetap diberikan keutamaan, “katanya.
Mengulas lanjut, Dr Awang berkata, meskipun telah wujud peratusan tertentu penilaian berasaskan sekolah (PBS), namun PT3 juga perlu dibatalkan kerana masih tidak sesuai dengan matlamat pembinaan sahsiah.
“Untuk keperluan pemilihan ke sekolah berasrama penuh, penilaian berasaskan sekolah dapat dijadikan sandaran,” katanya.
ismaweb

15 Apr 2020
hadapi hari baru
hadapi hari baru
hadapi hari baru
dengan hasrat baru dan resam baru
tinggalkan tabiat lama sebagai kelainan
jatuhkan semuanya di batu batuan masa lalu
kita sudah mula terbiasa
dengan rasa bersama dengan resam perkongsian
kejauhan tak menjarakkan hati
kemanisan selalu berada di setiap madah
kita mula mengerti makna hidup bersama
bahawa kita sangat memerlukan
kecil atau besar bukan ukuran
muda atau tua bukan batasan
menghormati dan mengerti
itu yang terbawa dalam hari-hari pergi
kita menjadi sayang meski jauh dijarakkan
kita menjadi cinta meski berbatas mesra
hati lebih mengerti siapa teman siapa bukan
kita saling simpati dan mengalirkan airmata
meski hanya membaca dan tak kenali siapa
kita hidup dalam norma baru
berpaksi rasa manusia berjagat jauhnya
mari hadapi hari baru
dengan segala yakin dan janji berani
esok cerah matahari
cahayanya menerangi segala gelap sejarah
monolog dalaman
SYARAT PENYERTAAN MONOLOG DALAM TALIAN / MONOLOGUE ONLINE SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN.
1. Penyertaan terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
2. Kakitangan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan agensi dibawahnya tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.
3. Persembahan adalah dalam bentuk monolog yang dirakam dengan kualiti HD dan dihantar kepada penganjur melalui emel. Ruang rakaman hanyalah terbatas di kediaman masing-masing dan tidak melibatkan orang luar berkumpul.
4. Tema persembahan adalah berasaskan kemanusiaan, menghadapi bencana, penderitaan, kekeluargaan dan patriotisme.
5. Masa yang diperuntukkan adalah sekitar 4 minit sahaja.
6. Setiap peserta secara solo dan penyertaan sekali sahaja dalam kategori ini dan tidak perlu menghantar video kedua.
7. Naskhah adalah dalam Bahasa Melayu, karya tempatan atau antarabangsa. Peserta haruslah bertanggungjawab sekiranya melibatkan perundangan dalam hal hak cipta serta pembayaran royalti dan saguhati. Hanya 5% sahaja dibenarkan sekiranya terdapat campuran bahasa lain selain daripada Bahasa Melayu.
8. Peserta TIDAK DIBENARKAN memaparkan unsur-unsur mengghairahkan / berbaur lucah samada melalui perlakuan, dialog atau kostum yang dipakai. Unsur-unsur yang bertentangan dengan nilai-nilai murni masyarakat tempatan, serta bercanggah dengan agama dan keperibadian bangsa Malaysia serta berbaur perkauman juga dilarang dalam persembahan.
9. Peserta juga DILARANG mempamerkan aksi-aksi kekejaman terhadap manusia / binatang serta perkara-perkara yang bertentangan dengan undang-undang dan Dasar Kerajaan.
10. Setiap penyertaan mestilah disertai dengan nama peserta, alamat, nombor kad pengenalan dan sinopsis persembahan.
11. Semua penyertaan akan dinilai oleh panel yang dilantik dan hanya persembahan yang terpilih sahaja akan menerima honorarium. JKKN selaku penganjur berhak untuk menyiarkan persembahan tersebut di laman sesawang dan media sosial milik JKKN.
12. Kreatif dalam penghasilan video adalah bonus kepada pemarkahan.
13. Keputusan panel penilai adalah MUKTAMAD.
jom bercerita
JOM BERCERITA DALAM TALIAN SEMPENA
SENI DALAM TALIAN @#dudukrumah / ARTS ONLINE @#stayhome
1.0 Pengenalan
Jom Bercerita Dalam Talian merupakan aktiviti manifestasi berbentuk pertandingan menggunakan teknik penceritaan yang hanya boleh disertai oleh penggiat seni dan tokoh budaya. Sebagai contoh, rakaman video cerita penglipurlara oleh Awang Batil, Pak Romli atau cerita rakyat oleh tokoh budayawan atau penggiat seni yang mengisahkan Pak Pandir, Hang Tuah dan sebagainya yang mempunyai unsur nilai - nilai murni dengan durasi video selama 5 minit hingga 10 minit.
2.0 Syarat-Syarat Penyertaan
2.1 Umum
i. Penyertaan adalah PERCUMA dan TERBUKA kepada TOKOH/PENGGIAT SENI SENI BUDAYA sahaja.
ii. Kakitangan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dan agensi di bawahnya TIDAK DIBENARKAN.
iii. Karya mesti bertemakan cerita-cerita rakyat yang menampilkan unsur nilai-nilai murni dalam penceritaan.
iv. Idea kreatif dalam penghasilan video adalah bonus dalam pemarkahan.
v. Hasil karya dan kreativiti adalah ASLI (ciptaan sendiri) dan BELUM PERNAH diterbitkan.
vi. Karya mestilah menggunakan BAHASA KEBANGSAAN sahaja dan tidak boleh sama sekali menyentuh isu-isu sensitiviti, perkauman, politik dan agama.
vii. Peserta hanya boleh menghantar SATU PENYERTAAN sahaja,
viii. Hanya 30 video yang berkualiti dan terbaik serta menepati syarat kelayakan sahaja akan dinilai, disiarkan serta menerima honorarium berjumlah RM300 bagi setiap 1 video.
ix. Durasi video adalah antara 5-10 minit.
x. Sasaran penceritaan hendaklah bersesuaian untuk golongan kanak-kanak dan remaja.
xi. Rakaman video hendaklah di lokasi kediaman masing-masing.
xii. Semua hasil karya yang diterima akan menjadi hakmilik JKKN dan berhak menggunakan karya tersebut bagi sebarang tujuan pelaksanaan program dan aktiviti jabatan.
xiii. Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan:
a) Borang penyertaan yang lengkap; dan
b) Salinan karya Jom Bercerita seperti butiran berikut:
- Rakaman video yang mempunyai kualiti video dan audio yang baik berdurasi antara 5-10 minit.
- Video mestilah berformat video mp4 resolusi 720p – 1080p menggunakan telefon bimbit.
xiv. Pertandingan bermula pada 14 April hingga 22 April 2020.
xv. Penyertaan boleh dihantar kepada pihak urus setia pertandingan di alamat e-mail seperti berikut:
- Puan Suraya binti Omar: dhia12adib09@gmail.com
- Puan Zuria’h Mohamad: zuriahmohamad@yahoo.com
- Puan Noor Seela binti Noor Sulaiman: seela.77@gmail.com
2.2 Proses Penilaian Juri
i. Setiap penyertaan akan melalui proses penilaian juri yang terdiri daripada juri profesional yang dilantik dan pihak pengurusan atasan.
ii. Penjurian adalah berdasarkan kepada penggunaan bahasa, kandungan, kreativiti penceritaan serta penyampaian secara keseluruhan serta menepati tema yang telah ditetapkan.
iii. Keputusan panel juri adalah muktamad dan sebarang bentuk bantahan tidak akan dilayan.
iv. Pemenang akan dimaklumkan melalui emel dan panggilan telefon. Hadiah akan disampaikan kepada pemenang pada masa-masa yang difikirkan sesuai oleh pihak pengurusan MOTAC/JKKN.
v. Sekiranya peserta tidak mendapat maklum balas daripada pihak urus setia selepas satu (1) minggu dari tarikh tutup penyertaan maka peserta dianggap tidak berjaya.
13 Apr 2020
artikel
Berita baik untuk penulis-penulis yang sedang lapang sempena lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan!
Portal Mukasurat.my kini aktif semula dan sedang mencari artikel-artikel dan hasil penulisan anda. Samada tulisan blog, pelaporan, esei, pendapat mahupun reviu buku bertulis, kami ingin memaparkan pendangan anda mengenai industri perbukuan di sini.
Jika anda berminat untuk menyumbangkan penulisan atau jika ada pertanyaan, sila emelkan ke tim editorial Mukasurat.my di info@kotabuku.my.
#DudukRumahBacaBuku #MukaSurat #COVID19 #StayAtHome #StaySafe #PerintahKawalanPergerakan #PenjarakkanSosial

11 Apr 2020
duit kijang
Nama Duit Kijang diambil dari motif kijang yang tertera pada muka hadapannya. Besar kemungkinan, duit syiling ini berasal dari Fanam, India Selatan dan dibawa masuk oleh pedagang India. Tarikh duit syiling tersebut sukar ditentukan kerana tiada satu pun duit syiling siri ini yang dicatatkan tarikh pengeluarannya.
Duit Kijang dipercayai dikeluarkan sejak tahun 1400 dan ia sering dikaitkan dengan Che Siti Wan Kembang, seorang pemerintah perempuan Kelantan yang begitu sayang kepada kijang yang dipeliharanya dan menggunakan motif kijang pada duit syiling emas. Motif Kijang dijadikan logo Bank Negara Malaysia pada tahun 1964 kerana duit syiling ini diperbuat dari emas di mana ia menjadi tanda nilai dan martabat. Duit Kijang dipercayai duit syiling Kesultanan Melayu yang pertama menggunakan motif haiwan pada permukaannya. Terdapat 8 jenis / kelas Duit Kijang yang telah dikeluarkan. Setiap jenis / kelas memaparkan ilustrasi kijang yang berlainan. http://bit.ly/3a2Ybeo
The Kijang Coin derived its name from the motif of a Malayan barking deer, or kijang, embossed on its obverse side. Most probably, these coins originated from Fanam, South India, and were brought in by Indian traders. Their dates are difficult to be determined, as none of the coins has their minting dates noted.
It is believed that the Kijang Coins were issued from 1400. The Kijang Coins were associated with Che Siti Wan Kembang, the female ruler of Kelantan that was very fond of her pet ‘barking deer’ and inscribed the kijang illustration on the gold coins. The Kijang was adopted on the Bank Negara Malaysia's logo in 1964 as it was gold, thus indicating value and prestige. It was also among the earliest Malay Sultanate coins featuring an animal motif. There were 8 types / classes of Kijang Coins issued. Each type / class featured different illustration of Kijang. http://bit.ly/2QnbBds
#bnmmag #MuseumFromHome
Inspirasi Logo: Pada tahun 1964, Tun Ismail Mohamed Ali, Gabenor warganegara Malaysia yang pertama telah memilih duit syiling emas Kijang Kelantan sebagai logo kerana nilai dan martabatnya. Duit emas Kijang ini dihiasi motif kijang, berbeza daripada kebanyakan duit syiling awal daripada Semenanjung Tanah Melayu yang biasanya bertulisan Jawi sahaja. Tun Ismail kemudiannya melantik Allahyarham Abdul Wahab Haji Tahir, seorang pengukir Malaysia, untuk mencipta satu simbol yang diolah daripada motif kijang tersebut.
https://bit.ly/2QxSRYI
The Logo’s Inspiration: In 1964, the first Malaysian Governor of Bank Negara Malaysia, Tun Ismail Mohamed Ali, was fond of a gold Kelantanese Kijang coin for its value and prestige. Unlike most early coins from the Malay Peninsula -which only had Jawi scriptures, this gold coin featured a barking deer. Tun Ismail then commissioned a Malaysian sculptor, the late Abdul Wahab Haji Tahir, to create the logo based on the gold coin's representation of the barking deer.
https://bit.ly/2QA4VsN
#bnmmag #MuseumFromHome
sumber fb bank negara malaysia museum and art gallery

cakap filem
Apabila menonton Daulat, minda saya segera membandingkannya dengan siri drama House of Cards (HOC) yang disiarkan di Netflix. Kenapa?
Sebab HOC menarik sebagai sebuah cerita politik yang realpolitik yang bersifat strategi politik dan kekuasaan. Strategi itu ditunjukkan melalui tindakan, bukannya sembang teori depan muka penonton. Analoginya kalau nak main catur, ya, kita tengok catur benar-benar dimainkan secara profesional tanpa perlu pemainnya berbisik kepada rakan sebelah, "Weh, aku nak makan Queen dia ni. Jadi aku kena gerakkan Knight aku ke sini untuk umpan Castle dia gerak ke sini, lepas tu Bishop aku akan makan Queen dia melalui sini".
Pemain catur sebenar hanya akan duduk diam tersenyum sinis. Semua benda hanya dalam kepala dia saja. Masing-masing akan terus berlagak 'cool' dan menyorokkan emosi mereka. Dalam permainan catur, semua tahu dah matlamat utama adalah untuk 'checkmate' King. Tapi bagaimana nak 'checkmate', tiada siapa akan tahu melainkan dirinya sendiri (dan Tuhannya; [barulah ada gaya Islamik sikit bila sebut begini]). Masing-masing menjadi manusia yang berwatak sinis dan licik. Siapa yang paling tangkas dan licik sahajalah yang akan memenangi permainan catur itu.
Jadi, dalam HOC musim pertama sebagai contoh, kita sudah tahu yang Frank Underwood matlamat dia adalah hendak jadi Secretary of State. Tapi sebab Presiden yang dia naikkan tu langgar janji dan dia tidak dapat menjadi Secretary of State, dia tidak gelabah dulu. Dia susun strategi untuk jatuhkan SOS semasa dan naikkan proksi dia jadi SOS, sebab matlamat terbaru dia ialah nak jadi Vice President pula.
Kita cuma tahu matlamat dia sahaja. Lepas tu kita akan menikmati cerita dengan melihat bagaimana Frank Underwood terus tenang susun catur dia dan pergunakan siapa untuk dia capai matlamat dia. Dia tidak perlu beritahu kepada sesiapa pun, "Untuk capai matlamat aku, kita perlu buat ini, dan ini, dan ini". Kita sebagai penonton tidak akan tahu pun apa yang ada dalam kepala Frank, melainkan menikmati bagaimana dia susun percaturan dia dengan apa cara sekalipun; sama ada baik ataupun jahat.
Ahli strategi politik sebenar tidak akan cakap tentang strategi penuh dia kepada sesiapa pun. Sebab, dalam dunia strategi, sekali strategi telah mula diberitahu walaupun kepada orang paling rapat sekalipun, itulah petanda awal bahawa strategi dia telah gagal. Ahli strategi akan memandang semua orang sebagai bidak catur, dan dia akan gerakkan setiap bidak dengan berhati-hati agar gabungan tindakan daripada semua bidak sebenarnya adalah sedang membantu dia mencapai matlamatnya tanpa mereka sedari.
Jadi, untuk kru telefilem Daulat, sila ambil maklum. Kekurangan telemovie Daulat bermula daripada awal cerita lagi, iaitu apabila Suri memberitahu penonton melalui perbincangan dengan Dato Seri Hassan tentang apakah strategi dia untuk menawan kerajaan semula pada PRU mendatang.
Walaupun penonton sekadar berada di luar 'scene' dan tidak boleh bagi impak pun kepada pergerakan cerita, tapi apabila watak lakonan dalam cerita itu sendiri sudah bocorkan rahsia strategi politiknya kepada penonton, maka ia samalah seperti 'spoiler' daripada telemovie itu sendiri kepada penonton daripada awal. Penonton yang faham ilmu strategi sudah dapat agak dah serba sedikit perjalanan cerita dan apa tindakan yang akan dibuat.
Jadi, mana penonton tak marah kalau 'spoiler' tu datangnya daripada pelakon telemovie itu sendiri. Baru nak tengok, 'spoiler' sudah diberi percuma. Kekurangan cerita ini bukannya pada pelakonnya, atau bajetnya yang sedikit, ataupun masa 'shooting' yang singkat. Itu semua adalah aspek teknikal yang boleh dimaafkan dan tidak kisah sangat pun.
Tapi kekurangannya adalah ada pada plot cerita, yang bermula daripada penulisan skrip filem, yang sudah tentu tidak ada kaitan dengan soal masa dan bajet (kecuali kalau penulis skrip buat kerja sambil lewa sebab dapat bayaran murah, yang saya rasa adalah mustahil kerana rasanya produksi Daulat adalah daripada gabungan rakan-rakan kru yang bekerjasama mencipta telefilem ini).
Untuk sebuah telefilem politikal sebegitu, pihak yang perlu dirunding bukannya sekadar dengan pengarah filem dan penulis skrip berwibawa, tetapi pihak paling utama perlu dirunding ialah dengan ahli strategi politik yang faham betul realpolitik itu bagaimana. Setidaknya dia dapat memberi nasihat tentang 'mood' realiti politik sebenar dan memahamkan apa maksud Machiavelli sebenar tanpa perlu petik kata-katanya atau tayang gambarnya besar-besar dalam cerita. Dan setidaknya, kalau nasihat itu dapat didengar dengan baik tanpa menolaknya mentah-mentah, pasti ada kelainan sedikit pada Daulat berbanding apa yang telah dilahirkan.
Ini pandangan dan cadangan saya. Jangan kata tidak sokong industri filem Melayu pula atau keluar kata-kata, "Dah pandai sangat, buatlah filem sendiri." Basi dah ayat macam tu. Zaman sekarang adalah zaman penonton filem mula kritis dengan hasil filem yang mereka tonton. Kalau anda nak terus berada di takuk lama yang percaya bahawa menyokong itu harus memuji, silakanlah. Bermakna industri perfileman kita akan terus ketinggalan di belakanglah kalau begitu.
fb ahmad muziru idham

10 Apr 2020
6 Apr 2020
Hati Seorang Doktor
Hati Seorang Doktor Berdepan Dengan Pesakit Covid 19
Dr Ahmad Luqman Bukhari
"Doktor, tolonglah. Saya merayu sangat sangat ni. Benarkan saya balik dulu. Kalau susah nafas lagi saya janji saya datang balik."
Pesakit depan aku ni datang ke bahagian kecemasan sebab sukar bernafas.
Awal tadi dia maklumkan dadanya terasa sempit, seolah olah dia sedang berada di kawasan aras tinggi yang mana kandungan oksigen dalam udaranya makin menipis.
Selepas dipakaikan 'face mask oxygen' menutupi hidung dan mulutnya, barulah pernafasannya terasa lancar.
Detail sejarah pesakit diambil, physical examination, blood investigation dan juga pemeriksaan xray dada dilakukan.
Hasilnya setelah perbincangan dengan pakar perubatan, kami memutuskan lelaki awal 40 an ini kemungkinan besar antara yang dijangkiti penyakit Covid19.
Dia perlu ditahan untuk pemeriksaan lanjut dan mesti dimasukkan ke wad isolasi khas bagi penyakit berjangkit untuk proses rawatan.
Sebaik saja keputusan tu dimaklumkan kepadanya, terus dia merayu-rayu mohon supaya tak dimasukkan ke wad.
"Saya ada isteri dan anak anak di rumah. Paling kecil baru je umur 6 bulan. Dah 2 minggu saya tak kerja doktor. Saya kena usaha lagi carikan makanan untuk family saya.
Saya tak boleh duduk kat sini doktor. Tolonglah faham."
Matanya dah berkaca. Aku tahu dia sedang berusaha menahan tangisan.
Serius aku pun jadi sebak sama. Mujur pakai face shield. Bolehlah cover sikit.
Aku faham sangat apa yang dia nak sampaikan.
Dia ketua keluarga sama macam aku.
Benda paling utama yang berlegar di fikiran kami ialah bagaimana nak pastikan ahli keluarga terus survive pada saat saat sukar begini.
Bagaimana nak pastikan ada sedikit makanan dapat diletak atas meja makan di rumah sana.
Bagaimana nak pastikan semua ahli keluarga terus kekal selamat di dalam rumah.
Malangnya permintaan tu tak dapat aku tunaikan. Pesakit ni wajib ditahan terlebih dulu demi kebaikan masyarakat yang lebih besar di luar.
Pahit untuk ditelan tapi itulah realiti yang sedang berlaku ketika ini.
Hampir semua pesakit yang datang ke hospital waktu kritikal ni bukan atas kemahuan. Mereka terdesak kerana benar benar perlukan bantuan.
Namun kerapkali ia berakhir dengan sebuah perpisahan.
Antara ketua keluarga dengan ahli keluarga yang lain.
Antara ibu dengan anak.
Antara suami dengan isteri.
Dan jika penyiasatan lanjut menunjukkan keputusan positif, maka perpisahan itu hanya akan berakhir melalui 2 cara sahaja.
Pesakit sembuh sepenuhnya lalu berpeluang untuk kembali memeluk semua kesayangannya.
Atau ianya berakhir dengan sebuah kematian yang menatijahkan perpisahan kekal buat selamanya.
Sebab itu suka atau tak, kita sebenarnya kena terima hakikat bahawa dah tak ada jalan lain yang terbentang di depan melainkan kita semua wajib menangi peperangan ini.
Kawan-kawan,
Kalian mesti terus kuat.
Usahalah untuk terus kekal bertahan di balik dinding rumah dan kami akan cuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik di baris depan.
InsyaAllah.
Dr Ahmad Luqman Bukhari,
Kita wajib menang!

memberi
MEMBERI
kita harus belajar menyayangi
merasa ingin bersama memberi
untuk tidak pergi sesuka hati
untuk duduk dan menatap lingkaran diri
sememangnya ia berjeriji
terasa diri dilingkar dawai dan duri
tapi inilah pengorbanan
untuk bersama kita pahatkan
kita hanya menetap dan diam
sedang teman-teman lelah memikul tanggungjawab
berdepan cemas takut dan gelora wabak
tapi mereka lakukan demi nyawa diselamatkan
betapa pedih hati mereka
segala upaya yang mereka perbuatkan
kita masih ingin bebas berjalan
melepas bosan
kita harus mengerti
meskipun ia menyulitkan diri
kerana kita mahu
negara dan hidup ini
bercahaya
4 Apr 2020
jalan
JALAN..
tiba ketika
kita hanya memandang jalan
semua menjadi diam
burung-burung pun tidak terbang
mentari berladung awan
kita memerhati jauh-jauh
ke dalam batin jiwa
anugerah yang pernah ada
hidup dan keriuhan yang mendatang
siapakah yang berbahagi semua itu?
inilah ketika
kita berjalan-jalan ke dalam diri
melihat apa yang kita kautkan
melihat apa yang kita tinggalkan
adakah burung-burung bersarang
adakah matahari terang
di labuh batin sendiri...
2 Apr 2020
Dr Amirul
Ini Dr. Amirul. Kawan baik saya sejak zaman kolej lagi. Seorang peminat sukan NBA. Malangnya dia juga seorang peminat Liverpool FC
.
Lebih malang lagi, beberapa minggu lepas dia telah terdedah kepada seorang pesakit COVID-19 POSITIF selama 3 jam tanpa pakaian perlindungan diri (PPE) lengkap. Kenapa dia tak pakai? Sebab pesakit tu tak beritahu semua orang dia baru pulang dari Korea.
.
Bukan sahaja Dr. Amirul yang terdedah, malah Doktor2 di Jabatan Kecemasan dan di wad juga terdedah tanpa perlindungan sebab pesakit tersebut tak jujur semasa ditanya oleh petugas kesihatan
Maka doktor2 yang terdedah tu semuanya terpaksa dikuarantin. So, berkuranglah doktor-doktor yang boleh bekerja pula. Dan yang paling sedih, mereka terpaksa berpisah dari keluarga.
.
Tapi , setelah buat test Covid-19, keputusan Dr. Amirul adalah NEGATIF. ALHAMDULILLAH! Sekarang Hero Malaya ni dah kembali bertugas
.
TOLONGLAH BERCAKAP BENAR! . Kalau pernah travel, duduk dekat dengan orang Covid-19 positif, atau ada gejala2 tu BERITAHU jelah kat petugas kesihatan. Bukan suruh menipu pun. Minta JUJUR je! Help us to help you!
.
Terima kasih kepada semua rakan2 seperjuangan dan frontliners. Let's win this battle. Yang lain, JUST STAY AT HOME. Jom doakan keselamatan dan kesihatan kita semua. Aminn.
Sumber IG : @izzar
Subscribe to:
Posts (Atom)